Dari fruit park, masih siang lagi. Sempat lah kami pergi ke yamazaki river. Konon boleh maghrib kat situ macam aku buat tahun lepas, pastu tengok illumination. Sampai2 sana, sikit lagi matahari nak terbenam. Lebih kurang last year jugak ar. Kelam2 gitu. Tapi sempat lah tengok bunga tu berwarna putih. Parking kete kat vdrug store. Dari last year aku dah berazam nak parking situ kalau datang sini lagi hiks.
|
Rembang senja di yamazaki river. |
|
Lebat nya bunga dia!!! Macam gula2 kapas. |
|
Pucuk daun dah mula keluar. |
|
Hanabira pun dah keguguran ke tanah. |
Maghrib kami di dalam kawasan nagoya city university, sebelah sungai ni. Pastu jalan2 sambil tunggu illumination. Sampai pukul 7 tunggu2, takde. 7.30 kot. Sampai pukul 7.30 pun masih takde. Pukul 8 kot. Ok, tu bukan kot lagi. Tak mungkin sebab last year lepas maghrib terus hidup lampu spotlight tu. Tapi kami tunggu lah jugak sampai pukul 8 malam. Pastu kami terus blah. Pergi makan lagi baik! Tak tau lah apasal dia tak hidupkan lampu tu. Nak kata dah tamat musim, elok je lagi bunga tu merimbun. Nak kata hari biasa dia tak 'on'kan, last year aku pergi hari khamis. Eh, memang tak tau lah apesal. Sudahnya, kami bergambar kat lampu tepi jalan je lah. Hergh!
Begitu lah berakhirnya aktiviti tengok bunga kami yang tak kelihatan di malam hari. Aku tak kisah sangat sebab dah pernah tengok last year, ni encik suami lah. Dia belum pernah tengok lagi. Tu yang aku beriya nak suruh beliau tengok jugak tu. Tapi, takde rezeki nampaknya. Sedih betul. Entah tahun depan sempat ke tidak tah nak tengok. Haih...
0 komen:
Post a Comment