Sepatutnya hujung minggu tu baru lah bunga sakura pink ni full bloom. Tapi, encik suami tak boleh janji lah pulak. Kalau nak, pergi sendiri, katanya. Holoh... kalau pergi sendiri tak feeling ar kan. Jadi, bila hari isnin tu ada masa terluang sikit, maka kami pun bergegas lah kami pergi ke fruit park ni. Tapi sebelum tu kena pergi tachiya beli ikan dulu. Tengok lah tu, sampai nak pergi pasar pun tak sempat tau. dari tachiya, kami terus ke moriyama. On the way tu dah check email siap2. Takut sensei cari. Rupanya, bila balik baru perasan, ada email masuk beberapa minit dari check yang terakhir tu haha. Ada meeting pukul 5 petang, bagitau pukul 3 petang. Boleh? Tak pepasal ponteng meeting.
Sampai2 je sana, pak guard tu tanya, betul ke nak masuk? Dah suntuk dah ni. Dah nak tutup. Kena bayar parking pulak tu. Suntuk pun suntuk lah pakcik. Memang takde masa lagi dah. Pastu cecepat lah kami masuk. Memang betul pun, ada spesis yang dah full bloom, tapi bunga utamanya belum full bloom. Takpe lah. Last year dah dapat tengok yang kembang semangkuk dah kan. Sama je. #sedapkanhati.
|
Hari biasa tak ramai orang. Lagi pun dah nak tutup. |
|
So cute, bawak mak/nenek tengok bunga. Orang sebelah tu. |
|
Scan, save. Entah bila dapat tengok lagi lepas ni. |
|
Cak pong cak pong. |
|
Hujan bunga! |
|
Gerai jualan makanan di bawah pohon sakura. |
|
Jarang2 bunganya. |
|
Artistik lah sangat kononnya. |
|
Spesis 5 kelopak. |
|
Tak berapa meriah juraiannya. |
|
Hiks. |
|
Like! |
|
Yang putih di antara yang pink. |
|
Kat belakang tu ada 2 slide yang panjang. Cantik kalau ambik gambar sambil menggelungsur dengan background sakura merimbun. |
|
Dah, jom balik! |
|
Sayonara! |
|
Eh, sejak bila kakyan bukak hotel kat sini? hihi. |
Sayonara sakura ku...
0 komen:
Post a Comment