Saturday, 30 April 2016

Sakura Datang Lagi : Pesta Muda-Mudi Di Tsuruma Park


Selepas kekecewaan semalam, ingat dah the end dah aktiviti sakura hanami ku tahun ini. Sekali petang besok tu, encik suami balik ajak pergi tengok yamazaki river lagi! Wow, amazing! Aku pun cecepat masak dan kami makan siap2 lepas maghrib. Mulut berkata, tak harap sangat lampu tu hidup malam ni, tapi dalam hati masih mengharap haha.

Kali ni kami tak park kereta. Lalu je dulu, kalau ada lampu baru kita park. Sekali lalu, hampesss... takde jugak!!! Maknanya memang dia tak hidupkan lah kot hari biasa. Weekend kot baru ada. Atau memang dah tamat tempoh nya. Atau, ah apa2 lah. Sekian.

Dari situ, kami terus pergi ke tsuruma park. Situ pun encik suami tak pernah tengok lagi. Last year kami pergi dah time nak tutup dah, orang sumer dah balik. Jadi beliau tak dapat bayangkan lah apa yang aku citer kan pesta muda mudi tu. Ok, kalau pergi tsuruma park, wajib park kat aeon chikusa. Agak jauh lah jugak, tapi setahun sekali katanya, kan. Eh, nanti nak tengok bunga ros kena datang situ lagi.

Tahun ni orang tetap ramai dan meriah, cuma takde pulak pentas hiburan kat tengah2 tu. Suasana pasar malam tu ada lah. Ada gerai2 makanan, permainan ala funfair dan lori2 kebab. Tapi kami tengok je lah. Patut bawak makanan tadi piknik kat sini. Eh, tapi tadi nak pergi yamazaki river jek. Tak de lampu tu yang lajak ke sini. Balik tu jumpa lah orang mabuk terhoyong hayang di situ.

Tulip dan sakura muncul bersama2.

Oh, tapi tahun ni derang pasang lampu lantern tu semua warna merah. last year ada yang putih, ada yang merah,


Eh, macamana nak nampakkan tulip ngan sakura sekali?

Kita duduk!

Ok, dia degil bokeh depan.

Tak nampak pun pokok sakura tepi air pancut tu.

Di belakang tu penuh dengan orang yang sedang berparti.






Entiti!























Dikau lah, sakura malam.

Ok, kali ni betul2 the end. Selepas dari ini, tiada lagi sakura. Sayonara.


0 komen: