Friday, 15 April 2016

Mini Cuti - Cuti Jepun Edisi Tokyo : Passport Pick Up


Dan kejadian ini pula berlaku pada 14 februari 2016. Dah lebih sebulan dari tarikh orang embassy telefon suh ambik passport. Nak pergi asik tangguhhh je. Sekejap jepun cuti lah, sekejap mesia pulak cuti lah. Cuti embassy ni ikut 2-2 negara. Tapi tak semua cuti lah dia ambik. Rupanya time aku nak pergi tak jadi sebab ingat embassy tutup aritu sebenarnya derang tak cuti pun. Deepavali ke thaipusam tah. Pastu ada satu cuti jepun, pun derang tak tutup rupanya. Tapi takpe lah. Lain kali check kat website dia, ok?

Mula2 kami plan nak pergi balik hari je. Pergi hari isnin naik shinkansen. Sekali encik suami dah kira2 tambah tolak kali bahagi, untung lagi kalau pergi naik kereta, dari segi kos. Tambah pulak boleh jalan2 tempat lain lagi, ikut suka kita. Kalau naik shinkansen kan dan patah kaki sikit. Ye lah... ikut kan je lah. Aku suka je naik kereta, cuma teringin je nak naik shinkansen. Kang balik besok orang tanya, boleh la aku cakap aku pernah naik, kan hihi. Member datang jepun sekejap pun dah pernah naik. Aku yang nak tumbuh akar ni tak naik2 lagi. Kesian tau!

Dan bila pergi naik kereta, tak boleh lah pergi balik hari sebab nanti penat. 8 jam kot pergi balik. So, kita pergi hari ahad jugak, macam masa pergi renew passport ni aritu. Masalahnya tempat tinggal tak cari lagi. Sampai ke pagi ahad tu masih tak dapat lagi. Dah tengahari baru confirm. Kami akan bermalam di rumah pelajar malaysia. Ala2 homestay ar gitu.

So, dah tengahari lah baru kami keluar rumah. Kononnya nak singgah tengok fujisan yang berkopiah. Entah sempat ke tidak. Pukul 5 petang  dah maghrib. Tapi, kalau setakat fujisan berkopiah, kat tepi highway tu pun dah boleh tengok, kan? Masalahnya sekarang, aku nak tengok dari arah yang sama macam gambar kat belakang duit 1000 yen. Gitu. Macam2 lah kau ni. Makin dekat nak sampai, makin tebal kabus. Sohih! Memang tak nampak bayang ler encik fuji tu jawabnya.

Akhirnya, kami pun sampai di lokasi yang digembar gemburkan itu. Di Tasik Motosu.

Ini matlamat kita.

Booo... tak nampak pon. Awan berarak melitupi kopiahnya.

Non hado. Tapi tetap nak bergambar. Boleh?

Sipi2 pun takdo.

Ni ni! Nampak tak? Takkk...

Takpo la... nak wat cemana. Takde rezeki tu namanya.

Anggap ada.




Tetap nak tunggu sampai maghrib. Ingat bila awan tu dah bergerak ke tepi, boleh lah nampak, kan? Tapi, datang awan yang lain pulak. 


Dipaksa menjadi model 1000 yen.

Apa susah2. Ada tu ha gambo clear kat situ.

Fuh, kalau dapat ambik gambo siap reflection tu lagi terbaik. Time bila pulak yang takde angin?



Tanpa mengenal erti putus asa hihi.


Sudah2 lah tu...

Babai fujisan!

Dari sini, kami terus ke rumah tumpangan kami. Masuk2 jek, tergezut mek! Awat usang beno? Kesian betul. Tapi, duduk je lah. Nak tido je kot. Dah jimat kat sini, boleh makan sedap2 hehe. Pastu kami terus pergi cari makan. Kami ke restoran ippin di shibuya! 2 kali pusing baru jumpa. Apa ke kecik beno papan tanda dia.

Bukti kami di kedai ippin. Tu ha gambo upin ipin.


Wahhh ada menu kambing!

Appetizer. Sedap sangat! Ayam apa tah. Tapi awat seciput sangat?

Menu pilihan kami. Nasi dalam bekas buluh dan daging wagyu.

Nasi buluh untuk aku. Campuran ayam panggang, daging cincang, black pepper  udang dan cheese. Sedap jugak, tapi muak sikit sebab ada cheese kat atas tu. Dan nasi dia beras jepun.





Makan wagyu dengan nasi. 

Well done! Cair di mulut daging wagyu ni. Ada rasa tetel kat tengah2. Kami berdua je customer terakhir malam tu. Siap boleh sembang2 dengan chef2 dia.

Habis makan, kami pun balik rumah. Ada tempat parking kat depan rumah tu yang free, tapi takat kete kancil berani ar. Aku suruh encik suami park dengan bantuan aku kat luar pun dia tak berani. Takut tersagat, kete aku katanya hihi. Holohhh boleh laaa... takut sangat tau! Terpaksa parking berbayar 900 yen semalaman.

Pagi isnin 15 februari, kami keluar rumah pukul 10 pagi. Sebenarnya tak tau waktu sebenar kena keluar. Ikut standard hotel je lah. Rasanya derang tak kisah pun. Bukan nak buat housekeeping sangat pun. 

Sampai di embassy, aku masuk sensorang jek. Encik suami tunggu dalam kete, park kat depan tu, boleh 60 minit. Katanya tak payah ambik nombor. Tunggu punya tunggu, bila aku tengok orang tu dah settle satu customer, cecepat aku bangun tunjuk lampiran yang derang bagi aritu. Pastu tunggu lagi dia gi naik opis kat atas. Tak lama kemudian, passport aku pun sampai. Kalau ikut tarikh renew tu, bulan 11 tahun lepas. Maknanya dah lama la derang bawa balik application aku tu. Maybe time cuti new year aritu baru derang gi ambik bawak balik semula. Tak kisah la... yang penting dah dapat passport sebelum expired. Sebelum tu dia suruh check semua takde salah, kemudian sign penerimaan dan dia pun bagi resit rasmi. Settle.

Habis tu, kami nak cari makan. Oh, lupa! Malam tadi sebelum pergi ippin tu kami dah pergi malay asian cuisine dah. Tapi dah nak tutup pulak. Malam ahad tutup awal katanya. Boleh lagi sebenarnya, tapi kena makan cepat2. Isy, susah2 jek. So, untuk lepas kan kempunan malam tadi, kami pergi ke sana sekali lagi. 

Wah, lagi menarik! Ada tabehoudai 1000 yen seorang! Tapi bukan semua benda la boleh ditabehoudaikan. Main dish dapat makan sekali jek. Soup, salad, dessert and drink je boleh ambik ulang kali. Puas hati lah!

So, untuk main dish tu aku ambik nasi ayam, encik suami tetappp dengan nasi goreng nya. Tapi memang sedap pun nasi goreng dia hihi.

Nasi nya tak berapa nak nasi ayam la tapi.

Nasi ayam hainan kot. Ada togeh tu macam ciner punya style kan.
Nasi goreng dengan sambal tumis.


Salad kalau cenggini aku boleh makan baaanyakkk!!! Taruk jagung penuh2, feh!

Koktel buah2an.

Cuma yang tak best nya, parking kat situ mahal gilos. Biasa kami naik densha tak pikir pasal parking, boleh la makan lama2.

Dari situ, kami terus balik. Takde mood nak soping moping kain ke periuk ke hape. On the way balik, opkos la akan lalu gotemba premium outlet kat tepi highway tu kan. Rasa2 dapat singgah tak???

Yeay! Best nya bila pergi outlet time sale, kan?

Demikian lah kisahnya mini cuti2 kami ke tokyo untuk mengambil passport tempohari. Pasni macam dah takde sebab nak pergi tokyo. Mereput lah kami kat nagoya tu... eh ni.





0 komen: