Adakah aku manusia yang teraniaya? Tidak rasanya. Adakah aku ada berdoa dan meminta apa2 berkaitan perkara tersebut? Pon tidak rasanya. Malah aku telah pon redha dan pasrah. Apa2 pon, syukur Alhamdulillah. Dia ingin melindungi aku dari menjadi anak (menantu) derhaka.
Apa kes? Tak lain tak bukan, ianya berkenaan trip cuti2 mesia aku tu lah. Kemain lagi aku berduka lara siap ngan misi pemusnah lagi. Isy isy isy apa nak jadi lah.
So, apa terjadi?
Malam tadi, mil call. Dia maybe tak jadik ikut kitorang ke utara sebab dia akan ikut rombongan cik kiah ke langkawi 22-25hb! Wew! Tak tau lah sape yang menaja rombongan ni, tapi memang pergi bawak badan dan duit jek ar katanya.
Mulanya mil takmo pergi, sebab nak ikut kitorang kan. Sekali, kawan2 dia cucuk ar. Pergi ngan anak2, biler2 pon boleh (amboi?!). Pergi ngan kengkawan ni yang sekali sekala jek. Jadi, itu lah kisahnya. Suka tak? Alooo buat2 tanya pulak.
So, tak dapat lah cucu2 bertemu tok nenek mereka buat masa nih. Oleh kerana rombongan tu rombongan cik2 kiah, maka cik asim pon otomatik tak pergi mana2 la hahaha. Eh, tergelak kan bapa mertua pula.
Tapi, kemungkinan besar, kami masih membawa seorang penumpang ke sana.
Moral of the story, selepas ini, jangan lekas bersetuju kalo encik suami mengajak outstation. Tunggu 'que' baru bagi keputusan. Mengikut rekod, setakat ini, setiap kali outstation, beliau akan mengajak ibu bapa beliau. Macam anak mak kan? Alolololo comel nyer.
Tuesday, 8 December 2009
God Has Answered
Latah
Korang melatah tak? Apa perkataan yang kuar time melatah? tak yah melatah la. Kalo terkejut sikit2 je pon boleh. Selalunya kiter dengar orang melatah menyebut kemaluan sendiri atau jantina lawan (hahaha sopan tak aku?). Kalau jenis yang sopan sikit, tersebut opocot. Tak pon, opocot malikut terkentut(kihkihkih). Tu kira sopan lagik la kot.
Macamana dengan aku? Aku melatah la sesikit. Tapi bukan la melatah jenis meleret2 sampai hilang kawalan tuh. Cuba teka, agak2, apa yang aku sebut biler melatah? Aku kalau boleh biarlah kalo melatah tu sebut sesuatu yang comel, seperti erm erk mmm oh teddy bear! Atau oh mummy! Tak pon oh kucing parsi mata biru! Comel ker? Tah?
Alaaa malu la nak bagitau. Tapi, dah terlanjur terlepas citer nih, aku bagitau lah jugak. Kata sporting kan. Kalo korang terdengar orang melatah kuar perkataan ni, maybe aku lah tu. Sebab, aku rasa, jarang ada orang melatah sopan lagi islamik macam aku huhuhu. Korang jangan gelak ok hihi.
Eh, sebelum tuh. Sejarah, bagaimana aku boleh terlatah sedemikian mungkin kerana pertama kali aku melatah ialah semasa hujan petir kilat sabuung menyabung kot.
Jadi, perkataan nya ialah...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
A'uzubillahiminassyaitonirrajim bismillaahirrahmaanirrahim...
Mungkin sebab dah terbiasa, jadi aku lancar je menyebutnya dengan laju. Hihihi
Amacam? Sopan tak?
Monday, 7 December 2009
Kegilaan Terhadap Jack Bauer Continues
24 season 7 dah ditayangkan di ntv7 sejakkk tah lupa. Aku pon jarang tengok. Lupa. Dan buat2 lupa. Sebabnya, aku dah termiss beberapa episod. Nak tengok pon dah tak feel. So, aku tunggu je lah axn abis tayang season 6. Mesti pastu dia akan tayang season 7 lak.
Hujung minggu lepas, aku berkesempatan ke jb. Duk pulak dekat ngan holiday plaza. So, aku pon terjah ler ke situ untuk mencari dvd. Sampai kat sana, eh eh kat mana pulak kedai dvd banyak2 nih? Aku memang laaa pernah sampai situ, ada la dalam 3 kali kot. Memang tak hapal la layout dia. Ropanya belah hujung satu lagi. Pung pang pung pang, aku pon beli ler dvd2 seperti di atas. Sekeping rm5 sahaja.
Memula beli yang season 7 tu jek. Ada 6 disc. Pastu, tengah selak2, terjumpa satu lagi, 24 Redemption. Tah, dia kata versi the movie. Tak pernah pulak aku dengo. Beli je lah. Kata, pengumpul koleksi 24 kan. Kang tak cukup sejam ke dalam citer tu, nak salah kan saper? Eh, kenapa nak salah kan seseorang pulak? Tah?
Balik rumah semalam, aku pon terus lah memasang 24 redemption itu. Eh eh macam pernah tengok? Ooo iye lah. Pernah tayang kat ntv7 gak. Kiranya, kalo dah tengok yang ni, esok biler tengok series tu, senang ler nak faham. Memang pon. Kalau biasa, biler tengok drama bersiri, episod satu biasanya sesi memperkenalkan watak, kan? Redemption ni kira episod memperkenalkan watak dan jalan cerita la gitu.
Selesai tengok redemption, aku teruskan ke series pulak. Sambil2 tu, aku iron baju. Fuh! Ni lah masalahnya menonton drama siri. Nak terkucil pon ku tahan jebattt. Padahal, boleh je pause kan dvd tu ek? Tapi tetappp takut terlepas. Tah pape.
Kununnya, dah pukul 12am tu, aku suh la encik hairul hangkut player tu ke bilik. Tapi dia kata susah nak kena bukak cable tie bagai. Pukul 12.30am, abis episod 4/5, aku pon masuk tido. Encik hairul lak keluar berjaga. Bangun pagi, huaaaa nyesal tido lambat. Ngantuk lorrrr.
Tapi sekarang, huuuuuu tak sabar nak balik. Best nyerrr.
Kenapa tak tengok je kat lappy kat opis? Tah kenapa tah, lappy ni takleh bukak file tuh. Tapi takpe, berkat sikit kerja aku uhukkk.
So, macamana? Best ke season 7? Hohoho kalo orang kata tak best tu, memang something wrong la. Bagi aku, semua season besttttttt. Oh, Jack!
p/s untuk review, klik di sini dan sini
Sunday, 6 December 2009
Pasukan Yang Membosankan
Selepas menang besar dalam sukan olimpik, derang terus tak masuk mana2 game. Even super series final pon derang tak join. Gerak gempur training katanya. Kunun hebat banget la tuh. Tapi memang pon hehe.
Awal tahun ni, derang muncul semula. Asal derang masuk jek mesti menang. Lebih2 lagi si kak lin tuh. Sampai aku pon dah putus harapan pada chong wei. Asik kalah jek.
Tapi, derang tak masuk semua competition. Derang masuk yang besar2 jek. Takat super series ciput2 ni, derang tak layan ar sangat.
Walau pon kak lin banyak menang, namun ranking dunia dikira berdasarkan pencapaian dalam setiap competition. Walau pon ko menang dalam setiap game yang ko masuk, tapi chong wei lagi banyak masuk competition. Biler ko tak masuk, chong wei boleh la menang. So, dia still ranking nombor 1 dunia. Good for him. Gaji pon lebih la kalo jadi nombor 1 kan.
Dan tahun ini, sekali lagi derang tak masuk final super series masters. Kununnya, derang mementingkan kualiti, bukan kuantiti. Tak guna main banyak2 kali, tapi kalah. Lebih baik main sekali sekala, tapi setiap kali tu menang. Gitu lah lebih kurang.
Jadi, aku declare pasukan negara itu sebagai pasukan yang membosankan. Dah.
???
Friday, 4 December 2009
Cubaan Merosakkan Rancangan Itu - Atas Pengaruh Nates dan Dorongan Nafsu
Ewahhh sedap nyer korang mengata aku ek. Tak faham tanggungjawab lelaki la, pendengki la, iri hati la, hati kaudu la, syak wasangka la, kedekut la, hipokrit la. Pendek kata, semua yang buruk, jahat, negatif, dosa, sumer aku la. Ingat aku tak tau lah tuh. Walau pon korang tak menyatakan dalam bentuk komen, tapi aku merasainya melalui trafik nuffnang tau huahuahua.
Walau pon begitu, aku ni cakap jek lebih. Tu pon dengan encik hairul jek aku pung pang pung pang. Depan in-law, terus sopan santun. Last2 esok, aku ikut jugak hehehe. Biasa lah kan. Dalam rumahtangga ni kenalah ada tolak ansur. Kalau bukan, aku yang beransur, jangan harap la nak tunggu dia pulak kan? Berhenti berharap lerrr. Wahhh dan2 mode ustazah.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!
Tapi, itu tak bermakna aku dah berubah. Aku belum suka dan gembira dengan apa yang aku katakan sebelum ni aku tak suka itu. Hahaha terus ilang imej ustazah. Tapi, mengikut senario kali ni, masih boleh dikompromi lagi. Huh! Kalo tak memikirkan pinggan mangkuk dan periuk belanga kat idaman suri ngan haji ismail group tu, tak kuasa aku nak ikut kihkihkih. Nak kuar tanduk dah ni. Ermmm sempat lagi kalo nak rosakkan plan itu huhu. Astaghfirullahal'azim...
Eh, jom tengok, apa yang aku terfikir untuk merosakkan rancangan licik mereka tuh. Meh cekidaut!
Menggunakan pihak ke-4 iaitu encik fendi. Bapak dia kan keje bergilir ngan fil kan? Fendi, ko suh arrr bapak ko cuti 17-23hb ni. Buat la kenduri anniversary pertama ko ker, lenggang perut ke, cukur jambul ker sunat anak sedara ke, apa2 la janji bapa mertua ku kena ganti jaga pam air tu pada hari tersebut. Plissszzz!!!
Harharhar kerja kotor.
Sekian, terima kasih.
"Isteri Taat, Keluarga Berkat"
Saya yang menurut perintah,
Thursday, 3 December 2009
Aku Bukan Bos
Wednesday, 2 December 2009
Tutorial For Beginner aka Cik Bunga kihkihkih (malu ar kalo otai2 baca haha)
Aritu aku dah tutor part intermediate kan? Kali ni kiter patah balik tang beginner lak. Aku buat entry ni specially dedicated to cik bunga yang nak melencong ke langkawi malam nih hihihi. Almaklum lah kan, kawan2 aku ni rata2nya baru kenal blog. Khusyuk dan tawadduk je memasing time kerja. Aku je yang siap konar baring lagi kat dunia blogger. Welcome my friend!
Okeh, masalah cik bunga ni ialah, dia dah tukar template dia 10 kali dalam masa sebulan nih jek hikhikhik. Mesti susah nak buat pilihan biler tengok template anggun2 huhuhu. Biler dah tukar template tu, tau je lah. Abis sumer gajet2 dia ilang hihihi. Lenkali copy dulu sumer code tu, okeh? Tapi, kalo blogger list memang tak dapat nak menolong la. Memang kena copy sebijik2.
Dulu, aku pon guna classic. Alaaa zaman template aku kaler hijau gambar bangku putih yang sangat menenangkan tuuu. Suka template tu. Tapi, apakan daya. Masa tu sumer orang dah bertukar kepada beta. Apa ke slow beno ko nak pakai classic tuh? Dah lah takde gajet2 yang best. Maka, aku pon bertukar kepada beta. Tukar la template kaler oren yang dikatakan menyakitkan mata tu. Lepas kena komplen, aku pon tukar 2-3 kali jugak sehinggalah ke template stoberi sekarang nih. Ni pon dah rasa jemu, nak tukar lagi hikhik. Tahun depan kot.
Opsss ni tutorial ker haper nih? Lupa plak tujuan asal. Okeh, kiter teruskan je lah ke tukar2 kaler tulisan.
Aku sebenarnya tak pasti, cik bunga ni tak geti tukar kaler keseluruhan blog kerrr tukar kaler sambil2 menaip entry. Yang mana satu eh? Takper, aku buat 2-2 sekalik.
Oleh kerana cik bunga tengah cuti sakan, boleh la dia godeh2 blog kan. Jadi, dia pon dah tukar kepada beta kot. Ek? So, senang la keje aku. Nak tukar tulisan di beta adalah semudah abc!
Memula ko masuk kat muka apa ke tah namanya nih. Tengok je lah.
Tu aku dah siap bulat2 kasik numbering lagi. Memula ko klik yang nombor 1 tuh. Layout.
Pastu dia kuar la cenggini. Pastu ko klik la kat Fonts & Colors tu.
Kuar ar cenggini pulak. Pastu ko godeh2 la kat situ. Kalo tak cukup color palette kat situ, ko boleh bukak link INI. Tukar je coding kat tepi tuh. Pastu save je lah. Kat sini takleh preview kot. Kalo edit html boleh preview.
Itu kalo nak tukar kaler keseluruhan blog. Kalo nak main kaler2 ngan tulisan, lagi la senang. Jap, aku nak tengok blog cik bunga ni, dia pernah buat ke tak. Ermmm ok, tak pernah. Maknanya boleh la aku tunjuk. Kalu dia dah pandai pon takper, ramai lagi beginner kan...
Dari gambar yang first tadi, rujuk nombor 4.
Memula ko taip la dulu apa yang ko nak taip. Kendian ko select la huruf ke, perkataan yang ko nak tukar2 tu. Kendian ko klik nombor 4 tu, dan tukar la kaler hehehe. Gitu jek.
Bukan setakat, kaler, saiz, font, italic ke haper, sumer bleh. Kalo nak besarkan or kecikkan, klik nombor 3.
Yang penting sekali, pastikan ko nyer kertas kajang tu dalam mode compose (nombor 2). Kalo dalam mode edit html, signature ke, gambar ke, sumer kuar kod2 jer. Dan kaler2 pon tak kuar. Aku pon dulu belajar dari orang juga hehehe.
Satu lagi, kalo nak buat link kat tengah entry. Macam yang aku buat pada INI dan orang kat atas tu, pon senang jek.
Memula ko select la perkataan atau gambar yang ko nak link kan. Kendian klik nombor 5. Dia akan kuar cenggini. Ko masukkan la address website yang ko nak link kan tuh kat situ.
Ni pulak, kalo ko pengguna classic atau pon tak suka guna cara senang. Nak gak tunjuk ko terror coding ker kan. Ok, kalo classic, dia tak tulis Layout. Sebaliknya, ko kena klik Template kot. Aku pon ingat2 lupa hahaha. Betul la kot.
Tapi, kalo guna beta tapi nak edit memacam lagi selain color tulisan ke, ko klik la edit html tuh. Nanti dia kuar lebih kurang cenggini la.
Benda alah ni lah yang aku godeh2 tu. Kalo nak tau coding untuk template blog lain punyer pon boleh. Tapi lain kali la ek. Ok, kalo takat nak tukar color jek, carik la coding yang cam kat atas tuh. Kira tu initiation ar. Ko boleh tukar color dengan menukar code yang aku bulatkan tuh. Mesti ada # kat depan code tu tau. Kat sini boleh preview dulu sebelum save. Selagi tak save, kalo ko rasa macam, eh, tak jadik la, boleh la clear edit tu. Kira dia undo la semua yang ko godeh2 tuh.
Gitu lah. Banyak lagi boleh dibuat dalam kotak edit html tu. Boleh besar kan, kecikkan border ke, sidebar ke, nak pindah sidebar ke kiri ke, ke kanan ke, apa2 la berkaitan template tuh. Nak buat 3 column pon bleh edit kat situh. Pendek kata, nak tutup blog terus po bleh hahaha. Ko padam je lah sumer kod tu. Hilang la blog ko hahaha. Kang ada masa aku citer lagi eh. Korang tak tanya, aku pon tak tau nak ajar apa. So, tanya la. Cikgu nak ajar cikgu nih.
Tuesday, 1 December 2009
Ketepikan Keegoan Mu
Tak tau lah apa punyer pe'el tah aku nih. Yang pastinya pe'el ni memang negatif. Aku tak suka arrr kalau pergi jenjalan ke mana2, femli sumer dihangkut sama. Ada 2 situasi yang aku tak suka.
Satu
Femli dia pergi ke mana2, aku dipaksa ikut sekali. Huaaaaaaa tak suka laaa. Tau tak aku nak berehat di hujung minggu? Nak pegi, pegi je lah. Tak ajak aku pon aku tak kisah la adoiii. Contohnya kalipertama, masa derang nak pegi kenduri kawen 3 pupu mil kat sabak bernam tahun lepas. Masa tu pon aku dah serikkk. Kali kedua, 2 minggu lepas. Derang nak pegi kenduri kawen adik kepada biras aku. Kira umah besan pil la. Ponnn kena pergi jugak. Bukan kena pergi sebenarnya, suami ku memang suka volunteer jadi dreber. Padahal boleh je pil tu pegi sendiri. Tapi oleh kerana kami duduk di 'on the way' ke tempat tersebut, otomatik kami pon terpaksa pergi. Tak suka tak suka tak sukaaaaaaa! Maka aku dipaksa ikut. 2 kali aku turun kl bulan lepas tau. Kaya kan suamiku? Siap lalu hi way lagi tau. Biar duit dia abis. Kang duit banyak2, susah pulak. Aku suka je suamiku sengkek hahaha. Aku nak ikut tu pon kira baik.
Dua
Suami ku ajak pegi mana2, tapi ajak femli dia sekali. Contoh kejadian, masa dia ada lawatan budak praktikal kat terengganu. Dah dekat2 nak pegi tu, dia ajak mak dia pulakkk. Dah la mil tu takleh ajak2 ayam. Mesti dia nak ikut punyer lah. Terusss aku cancel cuti dan tak ikut hahaha. Alasan, tak dapat cuti. Boleh? Eeeee tensen ar cenggini. Lenkali, kalo nak ajak sanak saudara sumer, takyah la ajak aku. Aku lagi rela la tak pergi daripada pergi beramai2 cenggitu.
Dan sekarang ni, aku sedang berbelah bagi. Hujung bulan ni, dia ajak pegi langkawi. Dah lama dah dia ajak. Kira sempat ler aku plan nak soping apa kat sana hehe. Ada conference kat sana. Aku pon, teruja la kan. Bukan senang nak cuti2 berbayar cenggitu kan. Dah 3 tahun tak jejak kaki ke sana. Mesti best sebab masa first time pegi tu, aku tak kerja (baca: tak berduit). Sekarang dah ada lah sikit. So, memang plan nak soping moping la kononnya. Siap takmo soping gaji bulan ni lagi sebab nak simpan untuk ke sana. Kalau dulu tak sempat pergi tempat bersejarah tu sumer, kali ni mesti nak pergi. Yeay!
Aku dah apply cuti, tapi belum approved lagi. Maybe sebab time tu betul2 budak baru abis exam. So, kena tanda paper dan sediakan markah sumer tu lah. Tapi, kawan aku yang ambik cuti pada hari yang sama dah approved pulak. So, takde masalah kot untuk cuti. Masalah dikira selesai.
Masalahnya sekarang, balik cuti aritu, dengan ringan mulutnya, encik hairul tu dah ajak mak dia ikut. Boleh? Boleh takkk???
Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dengan ini saya mengumumkan bahawa, cuti saya ditarik balik. Huh!
Kenapa aku bersikap sedemikian???
1. Selain mak, mesti adik beradik sumer ikut sebab derang tengah cuti dan menganggur kannn.
2. Aku kan nak soping moping kan. Harus lah tak patut kalo soping untuk diri sendiri jek, kan?
3. Kos akan meningkat; makan minum
4. Camne nak gaduh2 dalam kete? huahuahua jauh tau perjalanan tu.
5. Aku memang tak suka la... takde sebab sebenarnya. 4 sebab di atas cuma alasan belaka.
Yang baik nyer ialah, derang tak ikut sampai langkawi. Cuma sampai yan je. Derang akan ditinggalkan di rumah ipar dan biras ku di sana.
Tu sebabnya aku serba salah samada nak mempertahankan ego ku, atau pon sebaliknya, tak kisah la... bukan derang ikut sampai langkawi pon, kan? Boleh je jenjalan soping moping kat langkawi tu sampai pengsan. Poyo ker keliru dengan perkara sebegini? Tapi, tetap la pergi balik tu bersama2 kan?