Thursday 23 July 2020

Percutian 3 Minggu Di Nagoya : Perjalanan & Tokube


Sementara aku nak cari balik gambar2 korea yang dah tak tau kat mana tu, ada baiknya aku mulakan pelan2 entry pasal percutian aku balik kampung Nagoya pada hujung tahun 2018 yang lalu. Isy, lama betul. Dah lama aku upload gambar2 semua, cuma tak datang seru nak tulis je. Ni sementara momentum tengah ada ni, baik aku perabih semua entry tertangguh. Banyak je peristiwa berlaku sepanjang 3 tahun ni, tapi sejak menjak dah tak berblog ni, semua update kat ig je. Fb pun aku jarang update sebab  ramai sangat kawan. Eh, memang lah semua pun dalam fb tu kawan yang aku kenal. Kalau blog ni tak ramai orang kenal. So boleh la mengeradau lebih sikit hihi.

Semasa pulang ke tanahair buat selamanya dulu, aku telah berazam untuk kembali semula ke sana hanya pada musim bunga atau musim luruh sahaja. Tidak ingin kutempuhi lagi musim sejuk yang menyucuk atau musim panas nan membahang. Nak kata serik, hmmm ya lah kot. Tak sanggup nak duduk dalam esbok takleh keluar2. Cukup lah 4 kali winter di Jepun dan sekali di Korea aritu. Mintak dijauhkan la.

Tapi, kita hanya merancang, kan. Akhirnya, aku terpaksa juga pergi ke sana pada awal musim sejuk 2018. Takde sape paksa pun tapi. Masa aku pergi tu dah hujung musim luruh sebenarnya. Tapi sebab aku stay 3 minggu, maka sempat lah merasa kedinginan musim sejuk tuh. Rasa nak jerit je, sejukkkkkkk! Tapi sibbaik lah sekejap je. Feh.

Nak dijadikan cerita, tarikh pemergian aku ialah pada 7 Disember - 27 Disember 2018. Ikut hati nak je habiskan sampai hujung tahun. Tapi apakan daya, sistem hrmis tu ngengada tak bagi cuti melangkau tahun. Tapi masa dah nak hujung tahun tu boleh pulak orang admin cakap, kalau nak cuti tahun lain boleh isi borang manual. Ceh! Kita dah beli tiket pergi balik lah. Dan pemergian aku tu bersempena dengan cuti semester. Paper terakhir student aku ialah pada hari khamis 6 Disember. Tak sempat tanda paper, aku terus chow pergi jepun.

Oleh kerana tiket flight adalah pada tengah malam, maka aku bertolak ke klia tu dekat nak tengahari lah juga. Dah nak gerak awal, tapi kereta pulak takleh start. Lama kena tinggal. Sebab encik suami dah pergi sebulan sebelum tu lagi. Terpaksa panggil pomen alambiru datang jumpstart. Dia pesan, kete jepun ni manja sikit. Dia takleh panaskan enjin dengan start gitu je. Kena bawak jalan2 sikit. Ooo mana la aku tau.

Oh, cerita pasal tiket flight pun ada drama. Aku cari tiket ni dari skyscanner. First time guna platform camtu untuk beli tiket. Tak buat research dulu. Rupanya dia akan divert ke ejen2 serata dunia. Yang aku beli tu dari ejen di amsterdam ke rusia tah. Tapi memang senang je lah proses dari booking sampai pembayaran tu. Dia kata, dia akan email itinerary booking kita tuh. So, aku pun bukak la email. Tapi takde pun email pasal tiket. Beberapa kali aku refresh, tapi still takde. Masa ni dah cuak giler. Aku buat tu petang masa balik kerja, tapi sampai ke malam masih takde email. Maka sepanjang malam tu lah baru aku membuat research pasal kaedah ticketing skyscanner nih. Pastu jumpa lah review dan segala macam pasal ejen yang aku beli tiket tu. Memang mendebarkan lah. Sebab banyak kes yang tertipu rupanya! Siap aku dah email kat company tu lagik. Tapi aku tak cerita kat encik suami lagi hihi. Siap dah fikir, kalau kena tipu ni, terpaksa lah beli tiket lain dan kemudian baru bagitau encik suami haha. Baca punya baca, akhirnya terjumpalah satu review seseorang ni. Katanya kalau tak dapat email, cuba bukak spam folder. Ya Allah! Betapa bersyukurnya aku kerana rupa2nya email tu masuk kat spam. Kenapa lah aku tak terfikir selama ni nak tengok kat situ? Sejak hari tu aku asik bukak je spam folder, kot2 apa2 email ada masuk situ.

Dalam email pertama tu, dia cuma bagi order information je. Belum dapat itinerary lagi. Katanya proses mengambil masa paling lama 18 hari. Feh. Kalau tak salah aku, masa tu ada masa 20 hari sebelum fly kot. Kalau betul dapat tiket selepas 18 hari, mau lagi berdebar aku dibuatnya. Ye lah, lagi 2 hari nak pergi tiket belum ada. Jadi ke tidak nih? Tapi rupanya itu cuma polisi worst case dia je. Aku rasa besok nya tu dia dah email tiket sebenar.

Tapi. Walau pun dah dapat tiket, aku belum lega lagi. Sebab, kan aritu aku baca review banyak yang kena tipu kan. Lalu aku pun check booking tu terus kat page airline tersebut iaitu JAL. Fuhhh lega betul bila nampak nama aku dah masuk dalam tu. Ni baru lah confirm betul.

Bila dah selesai bab tiket tu barulah aku perasan yang rupanya ejen yang banyak menipu tu bukan yang jual tiket ni. Tak tau lah bawah satu company ke apa, tapi ejen tu buat travel package. Tak pasti lah ada kaitan ke tak. Nama dekat nak sama dah. Gate1 ke gitu lah kalau tak silap namanya. Ala, kalau bukak skyscanner akan jumpa punya nama ejen ni. Tapi aku boleh confirmkan kat sini yang mereka ni boleh dipercayai. Gitu. Terus lembut hati.

So, sebelum pergi klia tu, aku singgah di JPJ Senawang kerana ada urusan penting. Tepat2 sampai situ dia stop bagi nombor giliran, dalam pukul 4.30 gitu. Tapi aku merayu cakap datang dari johor, dia kasi gak nombor. Dari Senawang, aku terus ikut hiway lekas nak pergi ke ioi city mall. Sebab aku belum tukar duit! Sampai2 je ioi, terus gi tukar duit. Sempat berbasa basi dengan orang yang sama2 tukar duit yen. Pas tukar duit, aku gi beli ayam kehepsi. 2 bucket kau! Pastu terus pergi rumah abang tp. Sampai2 lagi 5 minit nak masuk maghrib. Fuh! Sibbaik sempat solat jamak. Masa bertolak tu belum masuk waktu zohor. Pastu jem teruk pulak kat hiway. Dengan terkejar2 nak gi jpj ngan tukar duit nya lagi. Kalau ikut plan aku, lepas Maghrib tu nak terus gi klia. Tapi sebab sampai pun dah nak maghrib, aku pulak berlengas tak mandi lagi. Makanya dekat 8 jugak baru gerak. Biasalah aku kan sejenis takut kena tinggal katebang. Mesti nak tepat2 3 jam sebelum dah sampai epot. Sempat lah sebelum bertolak tu aku pindahkan e'ayam goreng tu dalam plastik ziplock. Takde lah kembung sangat jadinya. Apa tak kembungnya, satu beg je dah penuh dengan stok makanan segera untuk encik suami. Sarifah, berahim, megi berbungkus2 aku beli. Sampai kan ke hari ni encik suami trauma nak makan megi. Kalau kat pasaraya tu, siap patah balik kalau terlalu area makanan berahim sarifah semua tu hihi.



Dipendekkan cerita, aku pun terbang lah ke sisi suami ku pada malam itu. Lebih kurang sama timing dia dengan flight mas. Kalau mas biasa 11.45, dia 10.50pm. Hampir semua penumpang merupakan orang jepun. Tiba2 terselit aku sorang orang malaysia.



Duduk2 je terus dihulurkan air mineral dan sehelai tuala basah suam. Ah lupa kiter dah sampai Jepun. Jepun Airlines.

Makanan dalam flight.

Dah lupa apa benda ni.

Sampai di Narita, aku hampir sesat haha. Tah macam mengelirukan jek signboard dia. Aku pulak keluar2 je terus masuk toilet. So, aku terlepas lah dari follow orang yang turun sama2. Pusing punya pusing, akhir nya jumpa pun jalan keluar. Tengok2 kat carousel baggage tu dah takde orang. Beg pun dah takde. Alamak, mana beg aku? Ah sudah! Sedang aku termangu2 di sisi conveyor tu, datang lah pakcik ni suruh tanya kat kaunter JAL. Rupa2nya derang dah ambikkan beg aku dari situ sebab aku transit. Cumanya sebab transit domestik, maka kena keluarkan baggage sekali. Sama lah macam dulu masa naik mas time datang mula2 tu. Bezanya transit ni awal sejam dari mas, so takyah terkejar2 ke terminal seterusnya.

Ni lah punca2 sesat. Selfie dalam toilet.

Lepas ambik beg, aku terus ke kaunter kastam. Dekat siaraya dia ada cakap, derang sedang dalam pemantauan ketat terhadap penyeludupan dadah dan senjata api. Makanya semua orang kena check bagasi betul2. Nebes weh. Dah lah aku bawak hayam kehepsi kan. Takut kerana salah ok.

Tiba giliran aku, dapat kat pegawai kastam pompuan muda. Dia tunjuk aku pamplet ada gambar pokok2, binatang2, pistol dan sebagainya dan tanya kalau aku ada bawak benda2 tu. Eceh. Macam lah aku faham apa yang dia tanya tu. Tapi aku rasa ya lah kot. Pastu dia mintak kebenaran untuk bukak 1 beg. Pulak tu dia suruh aku yang pilih beg yang mana satu. Maka seharusnya lah aku bagi beg yang takde hayam hahaha. Tapi still tak tenteram sebab banyak lagi makanan segera yang lain dalam beg tu. Tawakal je lah. Sambil2 tu dia ajak sembang pulak. Tanya nak pergi mana, buat apa dll. Elok jugak. Sambil bercakap sambil dia menyeluk beg tu tanpa melihat. So takde apa lah yang mencurigakan ditemui.  Satu yang aku perasan orang jepun ni, kalau kita sebut je nama universiti, terus dia respek giler kat kita. Lebih2 lagi kalau kita sebut nama uni yang top 7 premier university tu kan. Kompem dia terus tutup beg kau suruh jalan haha. So, selamat lah aku bersama 2 bucket ayam kehepsi di situ. Lepas imigresen, aku terus check in untuk connecting flight ke Nagoya pula. Oh, berapa berat beg yang aku bawak? Tepat2 23kg+23kg+10kg hand luggage+beg laptop. Sibbaik dia dah letak dalam troli siap2. Cuma kena angkat sikit dari troli ke penimbang je. Pastu dia kasi maps cemana nak pergi ke terminal 2. Punya lah jauh! Dah lah laluan tu takde kedai2 ke apa. Terpaksa lah aku tunggu kat terminal tu lama. Ada dekat 3 jam kot.

Pemandangan sebelum berlepas ke Chubu. Hello MAS!

Flight ke Nagoya ni kita boleh pilih seat dari awal. Kat website JAL memang ada bagitau cara memilih seat kalau nak tengok gunung fuji ikut route tertentu. Untuk route Narita-Chubu ni, kita kena duduk belah kanan. Dah tau tu, terpaksa lah tahan mata dari terlelap sepanjang jalan tu. Karang sia2 je pilih seat tapi nampak dalam mimpi je. Route return nampak sayup2 je. Yang ni memang clear seketul fujisan kat situ.

View sebenar

View dah zoom in

Tanda2 dah dekat nak sampai Chubu

Katebang ni akan pusing keliling pulau ni untuk masuk airport Chubu


Sampai2 je kat Chubu, encik suami dah menunggu. Beliau pinjam kereta muyi. Terus aku dibawa ke rumah muyi untuk lunch. Pas lunch baru lah balik ke rumah sewa. Malam tu kami makan sushi di tokube. Yey! Bab makan akan aku share dalam satu entry nanti.

Reunited!

Updated! Tak jadi lah nak asingkan entry makan. Kita masuk terus lah ikut kronologi. Macam susah je nak cerita sebab tetiap hari pun makan kan. Okeh, kita mulakan dengan tokube!

Tokube kawana. Futari, suanai, tu je geti cakap hehe.

Kalau kat aeon chikusa ni, harus dah berdebar giler dah bila dapat meja bar ni. Sebab kat situ takde notepad untuk order. Kena baca buku menu dan dan sebut order terus kat chef dia. Pernah dulu aku bantai kore kore je hihi.


Mesranya jepun kat belakang tu haha.

First sekali, salmon mayo. Sedap nya lahai. Terharu! Tak sia2 aku tak makan sushi selama 2 tahun.

Apa beza dengan nipponsushi? Bezaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat.

Unagi, salmon, maguro. Itu je yang aku boleh makan.

Aku tak berapa gemar belut putih ni.



Aku rasa sushi malaysia lack of aroma kot. Faktor freshness maybe?

Udang mana pernah tak sedap.


Tertelan2 lioq aku tengok gambo ni.

Sajer nak tunjuk muka chef tu.

280x12 + 300x3 + 660x2 + yang panjang tu tak ingat berapa = 5580+ lebih kurang makan kat nipponsushi je.

Time kat sana dulu, tiap kali gaji aku belanja makan sini. Sebelum kerja tak berani meminta.

Branch kawana ni dekat dengan rumah sewa. Boleh jalan kaki je.





Eh, macam dah panjang lah pulak. Sambung lain kali lah ya.

0 komen: