Thursday 30 July 2020

Percutian 3 Minggu Di Nagoya : Cafe Crossroad, Aeon Atsuta & Megakebab


Hari keenam (Khamis), kami pergi makan tengahari di crossroad cafe di jica. Macam biasa lah, makan chicken karage dan mutton. Takde apa2 yang berubah setakat ini. Portion masih banyak. Harga pun masih sama.


Daging kamben.




Boleh buat peraduan teka 4 perbezaan gambar ni dengan gambar di atas.














Ramai orang beratur nak tengok konsert kot.

Esoknya pula (hari ke-7 - Jumaat), aku pergi ke aeon atsuta. Gigih tu menapak ke sana dari stesen kanayama. Pernah lah mula2 sampai dulu pergi jalan kaki. Tapi selepas ada kereta tak pernah lagi menapak ke sana. Antara aeon kesukaan aku ni.

Dulu pergi sini sampai melecet kaki. 

Santekkk... Nyesal tak beli.

Satu yang seronoknya shopping kali ni ialah boleh tengok harga yang tulisan besar tu je, takyah tengok +tax haha. Nama pun tourist kan.

Balik tu singgah kedai zafar. Tak beli pape pun sebab tak larat nak angkut barang. Jauh perjalanan nak balik ni.

Sumber makanan halal kami selama di sana.

Balik tu janji ngan encik suami kat dai, nak pergi makan kebab kat belakang dai.

Aku makan kebab sando (sandwich)

Encik suami makan kebab raisu (rice). Sedap pulak nampak gambar ni. Terliur tengok jagung salad tu.

Sampai kat megakebab ni, terjumpa ngan alin sekeluarga. Balik tu tumpang kereta baru dia hantar balik rumah. Dapat gak merasa naik kereta baru hehe.

Sampai di rumah, kami membuat operasi mengangkat mesin basuh dari rumah bawah. Actually ada beberapa buah rumah kosong yang meninggalkan mesin basuh. Maka encik suami tanya kat oyasan kot2 kami boleh pinjam mesin basuh tu. 

Suatu misi yang agak impossible sebab buat keje malam2, pastu tak nak ada bunyi bising, tapi laluan sempit. Dah sampai atas, skru pengikat getah paip takleh bukak pulak. Belasah je pakai pisau. Ini adalah pemandangan biasa (mesin basuh kat luar rumah) kat rumah jepun yang 1LDK.


0 komen: