Monday 19 October 2009

Gothika

Aku rasa la kan, channel axn tuh dah tayang da vincci code tu banyak kali dah. Kalau dia tayang ari jumaat, biasanya ada ulangan ari sabtu dan ahad jugak. Tapi setiap kali aku tengok, setiap kali tu jugak la tak pernah abis. Kalau tak tengok intro, tak tengok ending. Minggu lepas pon aku tak dapat tengok sampai abis jugak sebab dak nurin tu nak tengok kartun. Tapi kali ni aku dah tengok dari mula, so dah dapat ikut la jalan citer nya. Memang citernya macam citer angel and demon ar. Kena follow dari mula baru bleh paham. Nampak gayanya, memang aku kena carik dvd citer tu lah kot. Ok, dah abis membebel.

Jumaat lepas pulak, ada citer gothika. Aku memang tak pernah tengok citer nih. So, jumaat malam tu cuba lah tengok. Pon sama jugak, tak tau hujung pangkal. Hari sabtu, kebetulan aku terbukak tv kul 10am, citer tu pon baru nak start, so, aku layan ar sekali lagi. Best best best. Cemana citer nya?

Lebih kurang gini la...

Watak2: Halle berry ni ialah seorang psikiatris (kot gini ke ejaannya?). Dia sedang merawat penelope cruz. Suami dia pon psikiatris gak. Boss dia kot. Opismate dia yang ensem bernama pete. Derang ni tak percaya kepada hantu dan paranormal. Jadi, kalo pesakit2 tu citer pelik2, memang ler derang tak percaya. Si penelope cruz ni pon dah malas nak citer sebab bukannya si halle berry ni nak percaya pon.

Pada hari itu, halle berry ni nak balik rumah ke nak pegi mana tah, memalam dalam hujan lebat. Tengah jalan, ada lencongan, so dia kena lalu satu jambatan putih. Tiba2, muncul seorang budak pempuan tengah jalan. Dia cuba mengelak dan terbabas, tapi takde pape. Dia pon pergi kat budak pempuan tu dan konon nak tolong. Tiba2...

Dia dah berada di dalam tahanan hospital tempat dia kerja. Kira dia plak dah jadi pesakit. Rupa2nya, dia dituduh membunuh suami dia di rumah (pada hari yang dia jumpa budak tu tadik. balik2 rumah terus dia bunuh laki dia). Dia pulak langsung tak ingat kejadian tersebut. Yang dia ingat, dia jumpa budak pempuan tuh. Dan, seperti dia sebelumnya, kawan dia pon tak percaya la biler dia cakap dia jumpa budak pempuan tu sebab dianggap macam paranormal la. Derang tak jumpa pon budak pempuan. Tapi, dia ternampak gambar budak tu kat opis sorang doktor ni. Rupanya budak tu anak doktor ni, disyaki mati membunuh diri.

Dipendekkan citer, satu hari, dia dapat keluar dari sel dan masuk ke opis saper tah. Dia terjumpa keratan akhbar mengatakan ada sorang budak pempuan disyaki mati jugak. Dan ketika itu juga, dia nampak penelope cruz sedang dirogol. Biler dia pergi ke sel penelope ni, dia nampak penelope ni dan seseorang yang bertattoo anima sola. Tapi, derang tak percaya jugak. Esok tu, penelope bagitau kat halle yang lelaki yang rogol dia tu cakap, lepas ni adalah giliran dia pulak.

Pada satu hari yang lain, hantu budak pempuan ni datang pukul dia. Siap baling2 dia kat dinding ar. Cctv pulak tunjuk dia yang membanting diri sendiri. So, derang pon pergi la nak selamatkan dia. Time ni lah dia cuba melarikan diri dari hospital itu. Lari punya lari, akhirnya, sorang guard yang jaga kat control room ni kasik kunci kete dia dan dapat lah halle ni lari.

Dia pon balik ke rumah dia. Dan dia pon terjumpa la kesan darah pembunuhan suami dia. Kiranya time ni la baru dia dapat ingat balik apa yang berlaku. Rupanya dia bunuh laki dia dengan kapak. Lepas bunuh tu, dia berendam kat bath tub. Masa tu lah hantu budak pempuan tu kuar dari badan dia. Rupa2nya, masa dia nak tolong budak tu kat tengah jalan tu lah hantu tu masuk dalam badan dia. Pastu, dia pon menangis2 la, why me why me? Sambil tengok gambo laki dia. Sebabnya, derang takde masalah rumahtangga pon. Tetiba, ada setitik darah menitis di atas gambo itu. E'eh, dari mana datang darah nih? Hidung aku tak berdarah pon? Dia pon teringat gambo tu diambil di satu rumah di erkkkk lupa plak nama tempat tuh. Kira macam rumah percutian ke gitu lah kot. So, dia pon pergi lah ke sana.

Kat sana, dia pergi ke bangsal ala2 stor kot. Tetiba dia ternampak macam satu penutup lurang di atas tanah. Dia pon bukak ar dan ada satu bilik bawah tanah. Dia pon turun. Dan dia menemui satu handy cam. Dia pon replay ar apa ke benda yang di rakam. Ropanya, laki dia lah yang merogol budak pempuan itu. Kot. Aku tak perasan saper pempuan yang dalam video tu, tapi kalo ikut logik cerita, memang hantu budak pempuan tu lah hihi. Tiba2, muncul budak pempuan yang sorang lagi yang dalam sotkabor tu, tapi masih hidup. Rupanya belom mati lagi. Dan tiba2 jugak, muncul sorang polis, kawan baik laki dia. Tah, aku pon tak perasan cemana dia bleh muncul. Halle berry kena tahan lagik.

Kononnya, macam dah abis ar citer ni sebab dah tau yang laki dia sebenarnya yang jahat. Tapi, doktor yang bapak budak pempuan yang hantu tu citer plak, dia ada mimpi anak dia terbakar macam dalam tatto anima sola tu tadi. Halle berry pon macam pelik la, cemana mimpi doktor tu boleh sama ngan apa yang dia lihat pada badan lelaki yang rogol penelope tu tadi? Kendian, baru lah dia faham, kenapa hantu tu salu tinggalkan mesej 'not alone'. Dia bagitau kawan dia, pete, tapi pete tak percaya hantu. Dia nak bagitau la kat polis yang kawan husband dia.

So, polis tu pon datang la ke sel dia. Dia pon bagitau, mengikut ilmu psikologi dia, maksud not alone tu ialah, bukan laki dia sorang je yang buat keje tu, tapi ada partner in crime jugak. Cemana ciri2 partner itu? Orangnya diabaikan oleh ibu bapa, suka menganiayai binatang bla bla bla. Polis tu cakap, profile tuh macam sepadan dengan ku jek? Tapi, aku tak suka menganiayai binatang!!! Muahahahhahaha dan tanduk pon sudah keluar. Rupa2 eh, polis tu lah partner laki dia. Sejak remaja lagi derang dah buat keje nih. Masa belasan tahun lagi derang pernah bunuh budak pempuan. Maka berlaku lah adegan kejar mengejar di situ. Akhirnya, polis tu mati terbakar. Dan pete pon datang. Dan selamat. Setahun ke dua tahun kendian, penelope cruz pon dibebaskan.

Hahahaha aku suka ar cite nih. Tapi aku tak suka sinopsis yangaku tulis nih ahahha. Kalau aku tak pernah tengok dan baca sinopsis ni, komfem tak faham dan tak teringin nak tengok kot huhuhu. Lantak ler. Sukati aku la. Saper suh baca hihihi.


0 komen: