Thursday 1 October 2009

5 Balang, 5 Jenis Kuih

Aku tau la, korang takleh datang beraya kat umah aku. So, aku tayang je la gambar kuih raya aku kat sini. Telan lioq je la ek.

Oleh kerana aku cuma ada 5 bijik balang kuih yang dibeli pada tahun pertama perkahwinan, maka, aku beli pon 5 jenis kuih je la. Mana la aku tau yang suami ku ada mengorder kuih raya dengan kengkawan beliau. Aku pon tak order mengorder tau. Jadi, bila tiba hari raya, tak cukup ler balang kuih aku. Camno nih? Kiter rotate la. Abis kuih ni, ganti kuih tu. Kalo orang yang datang tu tanya sesama mereka, mesti terkejut, eh, aku tak jumpa pon kuih tu kat umah tu? Itu adalah kerana kuih yang dimakan oleh si A sudah diganti dengan kuih lain semasa si B datang. Apa2 la.

So, kiter layan gambar ni je la. Ni biskut2 je yang aku letak. Setakat kerepek pedas tu, takyah letak gambar pon korang dah tau kan.

Ini namanya biskut balqis. Tah apa significantnya nama tu ngan kuih ni, aku pon tak tau. Kalo ikut rasa nya, dia diperbuat daripada corn flakes, minyak sapi, coklat cip, susu dan tepung kot. Kalo ko boleh telan kuih suji dan makmur, maknanya boleh la jugak telan kuih ni. Minyak sapi kan... boleh meloyakan tekak. Eh, tapi sedap tau kuih ni.


Kuning menyala gila kuih semprit nih. Serius, aku tak rasa macam kuih semprit pon. Rasa semprit lain la. Apa nih? Tipu eh? Sibbaik beli sikit jek. Lain kali buat sendiri eh. Komplen kuat.

Ni kuih wajib tayang pada hari raya. Sedap, rangup dan berkrim sekali. Badam pon sebijik dalam duduk. Tapi, aku rasa, komfem tukang buat ni untung lebih sebab biskutnya cinonet je. Aku rasa, janji tutup badam je kot. Cepat2 naik haji ekkk.

Ni kuih yang baru aku jumpa. Popia mini bersira lada. Oleh kerana isinya sedap, otomatik dia jadi sedap. Sungguh enak dimakan begitu saja. Ada ke kuih raya dalam balang yang kena sapu jem dan kaya baru boleh makan eh? Memang ar dimakan begitu saja.

Oh, aku makan banyak batang buruk aka dahan rapuh aka suci dalam debu pada hari raya tahun ini. Tapi, yang kat rumah aku punya jugak yang tersedap sekali paling terlampau amat the most. Tahniah kepada syarikat batang buruk muar atas prestasi yang cemerlang ini. Keep up your good work ok?

Sekian.

0 komen: