Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

Wednesday, 2 June 2010

P.U.N.B.


Sindrom kering idea datang lagi. Tapi kali ni aku dah siap tulis beberapa title entry. Cuma nak menggorengnya tu yang tak leh lagi. Mungkin juga faktor kesibukan kot.

Perasan tak iklan punb* kat radio cnar? Ada 2 versi. Yang pertama, bapak ngan anak lelaki. Bapak dia suh anak dia join skim perantis s1swazah. Anak dia cuma ada sk*m tahap 2 jek, tapi masih layak apply. Yang kedua pulak, 2 orang ahkak. Sorang ni bergegas2 nak pergi punb* sebab nak dengar taklimat ari isnin. Yang kedua ni lebih general. Yang first tu khas untuk s1swazah jek.

Aku ada 'first hand' experience dengan skim ini. Cuma tak menjadi jek hihi. Ok lah. Mari aku ceritakan bagaimana ianya terjadi. Rasanya aku pernah tulis gak kat blog ni, cuma time tu aku buat lebih kurang jek.

Aku diperkenalkan dengan punb* ni oleh abang ipar ku. Masa tu aku tengah menanam anggur. Kalau dulu ada fb agaknya, mesti aku dah kaya dengan hasil anggur kat famvil ek? Anggur mahal ooo. Masa tu juga, aku belum ada apa2 bisnes. Zaman2 saham apa tu? Yang kat internet tu. Swiskesh kot. Mujur lah aku tak sempat terperangkap ke dalam bisnes itu. Nyaris dah. Belum sempat nak join, dia dah bunuh diri dulu huhuhu.

Punb* ni ada beberapa skim iaitu prosper s1swazah, prosper borong dan prosper runcit. Dulu la. Sekarang dah ada skim perantisan s1swazah pulak. (Psssttt website punb* ni dari dulu sampai sekarang, samaaa je templatenya hihihi). Yang aku tau prosper s1swazah je. Yang lelain tu buat2 tak dengar jek.

Kalau skim lain, derang leh offer >50k up to 200k. Tapi untuk skim siswazah, derang cuma kasik maksimum 50k sahaja. Itu pun dah cukup banyak untuk memulakan perniagaan kecil2, kan? Kenalah mula dari kecil. Tak guna kalau mula besar, lama kelamaan semakin kecil kan.

Mula2 sekali, langkah pertama untuk segalanya, kiter kena lah pergi mendengar taklimat setiap hari isnin itu. Bukan kena pergi tiap2 ari isnin pon. Pergi sekali jek. Masa aku pergi dulu tempatnya masih kat jalan pinang off jalan apa tah, dekat2 klsisi (convention center, bukan city centre) tu, belakang parking aquaria. Bangunan uoa2 ke haper tah. Sekarang dia dah pindah kat klsentral.

Bila kiter pergi ke sana, ada ramai la lagi orang2 yang nak dengar taklimat nih jugak. Ramai okehhh. Bila dah dengar bla bla bla (dia terangkan lebih kurang jek), akan ada exam. Wahhh susahnyaaa. Tak suka, kan? Actually bukan la exam nak menguji kepandaian ke haper. Takde kena mengena dengan taklimat yang disampaikan. Lebih kepada kajian sikap kita la kot. Macam soalan exam mtest yang last tu. Contohnya, kalau ko ditimpa masalah, apa yang korang buat? A. menjerit, B. menangis, C. bunuh orang. Gitu lah lebih kurang soalannya hehehe. Tah pape. Dia nak tau kita ni layak ke menjadi usahawan. Jawab pun boleh tipu2. Macam mtest jugak hahahahahahahahaha. Agaknya, ada tak orang yang jawab soalan cenggitu dengan jujur dan ikhlas ek? Sebab, tujuannya kan untuk mendapatkan sesuatu kan? Macam mtest tu, kalau ko jawab hentam je yang buruk2, agak2 lulus tak? Mesti lah kita akan jawab yang baik2 ajer, kan? Tapi, susah lah kot nak konsisten sebab soalannya banyak dan ada kaitan. Kalau tipu memang nampak la kan hehe. Kena bijak di situ.

Oleh kerana yang konon2 nak berniaga tu ialah aku, maka, aku sensorang je yang ambik exam tu. Kena bayo seploh hengget tau untuk exam. Kalau tak ambik exam, you are free to go hehe. Selesai tu, boleh la balik.

Tidak lama kemudian, datang lah surat yang menyatakan, tahniah, anda layak untuk mengikuti kursus bla bla bla. Maknanya ko dah lulus la exam tadi. Tah2 semua pun layak ek? Sebab aku yang macam tak layak ni pun boleh layak hehe. Jadi, dia pun offer kita untuk gi kursus tu. Macam aku, kursusnya mula ari ahad, balik ari khamis ke jumaat tah, kena tengok arkib la kalau nak tau. Kursus aku dibuat di wisma mai5 belakang mekdi seksyen 3 shahalam. Bayar rm50 jek, makan minum tempat tinggal semua ditanggung. Masa tu lah. Katanya selepas tu derang nak kenakan bayaran sebab kebanyakan pesertanya membisu seribu bahasa selepas habis kursus. Derang target semua akan hantar proposal. Duit derang banyak, tapi takde saper yang mintak. Camno?

Kandungan kursus tu ada macam2. Memula ada motivasi, pastu marketing la, accounting la, buat proposal la, macam2 la. Siap ada lawatan sambil belajar lagi. Seronok la jugak. Seronok la bagi aku yang dah lama duk rumah tak bercampur orang kan. Jumpa ramai kawan2 baru. Ada yang masih contact sampai sekarang.

Abis kursus, derang bagi masa sebulan untuk hantar proposal. Kalau nak wat loan tu la. Kalau ko pergi kursus tu sebab nak isi masa lapang buang2 duit gomen (oh, punb* ni ialah 'badan' gomen yea), diam2 je lah. Siap kena warning lagi, saper yang tak hantar, derang akan tuntut bayaran kos kursus tu tadi. Tapi sebenarnya peraturan tu belum dikuatkuasakan lagi. Derang baru nak kuatkuasakan kot. Tak tau lah sekarang dah ada ke tidak cenggitu. Sekarang punya dah lain kot. Masa tu katanya kos kursus tu untuk seorang ialah rm700/900 gitu. Tapi aku rasa kalau untuk prosper s1swazah ni dia suh bayo rm700, seketul dua je lah kot yang pergi. RM700 untuk layak pinjam rm50k? Baru layak mohon, belum tentu dapat lagi. Aku katakan layak mohon sebab bila memohon tu kena sertakan salinan sijil kursus tersebut.

Semasa dalam kursus ni, ada satu sesi emmm apa nak sebut ek? Ala2 consultation la gitu. Kita dapat face to face ngan pegawai punb* ni untuk diskas pasal rancangan bisnes apa yang kita nak buka nih. Tak semestinya nak buka bisnes baru. Nak besarkan bisnes pun boleh. Ada kawan tu, mak dia ada bisnes kraftangan pengantin. Dia datang tu untuk besarkan bisnes tu. Kiranya, dengan tiket siswazah tu, dia dapat membantu bisnes keluarga. Ada yang memang dah ada bisnes trading, siap dah beli lori 3 tan, pon datang untuk nak kembangkan bisnes. Yang paling aku ingat, penghulu kami, memang bisnes minded punya orang. Lepas grad terus buat bisnes trading (kat sini baru aku faham makna trading tu huhuhu). Antara kata2nya yang aku ingat,

"Cuba tengok sebatang pen. Pen yang biasa2 je yang beli kat kedai 50 sen tu. Tetapi, bagi orang yang otak bisnes, dia tambah je sikit kat badan bas tu, 'universiti sekian sekian malaysia', berapa boleh jual? Paling kurang rm1.50."

Banyak lagi perkara yang menaikkan semangat yang aku dapati dari kursus tu. Yo yo o gitu. Oh, berbalik pada sesi consultation tu tadi. Masa giliran aku tiba, aku pun bagitau lah orang tu tentang bisnes plan aku. Tetapi, siang2 direject nya. Ces! Bukan lah dia reject jenis bisnes tu, tetapi cara atau pendekatan aku melakukannya. Dia nak, kalau boleh, untuk permulaan, jangan ada premis. Kiranya takyah sewa kedai la. Sebab sewa kedai ni antara modal yang hangus. Apa ke istilahnya tah, lupa dah. Overhead cost ker? Tiap2 bulan kena bayar dan tinggi pula nilainya. Jual tak jual, tetap kena bayar kan? Jadi, dia kata, apa kata aku mulakan dari rumah? Katanya lagi, bisnes aku ni bukan macam kedai makan, yang orang akan datang cari kiter. Tetapi bisnes aku boleh dilakukan dengan cara aku cari orang, selain orang pon boleh cari aku hehe. Berbelit2. Orang di sini bermaksud customer la. Dengan kata lain, dia menggalakkan home-based bisnes.

Aku ada cakap jugak pasal online bisnes, tapi dia kata, boleh, tapi tak cukup. Memang pun. Kita tak boleh bergantung 100% pada online bisnes. Kena ada offline juga. Bila aku pertimbangkan, memang patut pun dia cakap cenggitu. Sebab dengan maksimum rm50k yang dia boleh kasi, banyak lah juga yang akan habis di peringkat 'premis'. Ye lah, nak renovate segala bagai. Alatan dalam kedai lagi. Last, nak beli stok pun tak cukup.

Maka, selesai je kursus tersebut, aku pun terus pulun buat bisnes plan. Masa ni lah dapat aku aplikasikan ilmu2 etr300 yang aku pelajari masa diploma dulu ehehe. Cumanya, masa diploma tu aku buat bisnes ternak ayam daging. Income dari taik ayam lagi banyak dari income jual daging ayam hihihi. Yang best nya tentang bisnes plan kali ni, derang dah siap kasi templete untuk bahagian akaun. Tinggal masukkan jek.

Lebih kurang sebulan kemudian, aku pun submit. Giler bersemangat! Percaya tak? Macam tak percaya je kan? Itu lah aku dulu hehe. Tiba2. Macam lah sekarang dah lain. Tak lama selepas aku poskan RP itu, aku mendapat call dari derang yang meminta aku datang untuk sesi presentation & interview. Mak aihhh. Part ni lah yang aku paling lemah sekali. Temuduga.

Jadi, pada tarikh yang ditetapkan, aku pun pergi. Siap buat powerpoint segala ni. Dengan bawak contoh produk lagi. Macam mimpi pulak aku rasa. Betul ker aku pernah melaluinya? Tiba di sana, aku sensorang je lah kan. Ya, ini perjuangan individu. Pandai2 ko lah. Bersama2 aku, ada sorang lagi pempuan nak interview jugak. Kenapa aku je yang beriya2 bawak laptop bagai?

Masuk je tempat interview, ada 2 orang panel. Bilik tu bilik meeting kot. Ada meja bentuk oval. Dia suh aku duduk. Kemudian dia suh aku ceritakan secara ringkas tentang bisnes plan ku itu. Ringkas ya. Takde powerpoint mak nenek presentation watsoever. Macam interview jek. Mesti dia dah study e'awal dah RP aku tu kan? Tak lama pon, pastu dia suh aku perbaiki lagi RP yang aku hantar tu. Ada la benda2 yang aku dah lupa dah. Alahaiii, itu jek?

Balik tu, aku pon baiki2, email2, calling2 ngan salah seorang pegawai. Pung pang pung pang ada lah yang aku tak puas ati dan rasa macam give up sikit. Dan tiba lah bulan puasa. Apa kena mengenanya bulan puasa dalam ini pelem? Rasanya bulan puasa ni lah yang telah memutuskan hubungan aku dengan punb* ni kot. Sebab selepas tu, aku terus mendiamkan diri dari mereka.

Kenapa? Semuanya gara2 aku kononnya ditawarkan kerja ini. Ya, kerja sekarang ni. yang sebenarnya adalah palsu belaka. Nak tau lebih lanjut, sila KLIK DI SINI, DI SINI, DI SINUN, , DI SIAK (bahse banjar kot hehe), HERE dan akhirnya DI SANA.



Monday, 31 May 2010

M.A.W.I ~ W.0.R.L.D



Hahaha mimpi apa malam tadi sampai buat entry pasal mawi neh? Isy, takde maknanya mimpi. Sebenarnya, balik kerja aritu, aku terdengar lagu mawi & m nasir, tah apa ke tajuk nya, dah lupa dah. Nampak sangat hehe. Dan2 tu aku terus pasang cd mawi. Saje lah nak mengimbas kembali zaman minat giler kat dia dulu. Dah 5 tahun berlalu, segalanya sudah berubah. 360 darjah! Jom, bekas2 peminat mawi, kita kembali menyusur kenangan di tahun 2005 itu.

Aku mula2 tengok af kat kedai makan seri bunga seksyen 2. Af1. Masa tu rosma nyanyi lagi my all kot. Ada ke dia nyanyi lagu nih? Tah, tapi lagu omputih la dan dia pakai baju kaler merah. Pastu, aku tengok final af1 kat umah kakak ku di bestari jaya. Kat mana tah tu kan? Batang berjuntai la. Terpaksa gak tulis nak bagi korang faham.

Masa af2, aku tengah nak pindah ke dungu*n. Ingat lagi, masa aku sibuk2 jumpa dekan berbincang pasal transfer tu, ada sorang akak ni cakap, "kecik je dia ni, macam nughul." Siapakah nughul itu? Aku pun tak tau. Lepas2 tu baru aku faham, mungkin dia maksudkan nughul af2 tu lah kot. Ke aku yang perasan ekekek. Bila dah pindah, kawan2 pulak sibuk nak tengok af tapi takde estro. Ada sekali tu, derang ajak aku pergi rumah seorang staf ni kat kuarters. Sanggup pulak aku pergi memalam tu. Pelik betul. Final af2 aku tengok kat rumah kakak ku lagi. Kebetulan aku ada interview kot. Tengok sensorang je sebab kakak ku pergi rombongan ke errrr kota baru kot. Banyak memori dah delete. Sibbaik masih dok kat recycle bin. Ingat la jugak sesikit.

Selepas tu, aku pun kawen. Rumah pun dah ada estro. Jadi, aku mula betul2 follow af3. Itu pun dapat tengok konsert je sebab rumah kat dung*n takde estro jugak. Tetiap minggu memang aku balik bp. Gigih kan? Tak lah. Bukan balik sebab nak tengok af. Lebih kepada menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga hehehe. Ye lah tu.

Ingat lagi, setiap minggu, balik je dungu*n semula, aku akan download video nyanyian dia. Tah, ada lagi ke tidak tah. Tak ingat pulak aku ada simpan dalam cd ke tidak. Pastu dok la ulang ulang ulang. Ye lah, setiap minggu rasanya macam best je performance dia. Keluar suara pancit pun buat2 tak dengar. Kalau dengar radio pulak, dengar lagu yang dia nyanyi, tapi penyanyi sebenar yang nyanyi, rasa macam, eh, mawi nyanyi lagi sedap la huhuhu. Bila nyanyi lagu jamal abdillah, dah rasa setanding dah. Bila tengok dia nyanyi beautiful maria, rasa macho giler. Sampai sanggup menghafal lirik lagu.

Masa tu juga, banyak giler blog yang aku follow. Yang puji, yang kutuk, semua aku layan. Antaranya club-bid, juandanz@ dan banyak la lagi. Pastu dulu ada website yang kena bayar kalau nak tengok tu. Diari extended ke haper. Leh tau aktiviti derang lebih lanjut. Eh, dulu diari dia 2x sehari kot kan? Rasa macam banyak giler yang kiter tau pasal dia. Masa dia nyanyi lagu hattan, pergh! sedih giler sebab orang kutuk2.

Bila dah menang, resah gelisah menanti album keluar. Hari ke hari bulan ke bulan. Akhirnya, dekat2 nak puasa ke raya kot baru kuar albumnya. Dalam adik beradik aku, yayu sorang je kot yang tak beli album dia. Mana laaa album tu tak terjual beratus2 ribu ek? Tu baru adik beradik aku. Tak kira lagi adik beradik korang. Mak bapak atuk nenek pun beli album dia jugak. Yang tak boleh blahnya, yang aku beli tu, cd. Padahal aku takde pun cd playernya. Kat kereta pun pakai kaset. Ada takde, aku dengar kat pc je lah.


Ada masa nya, mawi diundang menjadi dj jemputan kat era. Bila tau je, aku terus pangkah2 kat kalendar, tarikh dan masa dia akan ke udara. Padahal aku boleh dengar radio dalam kereta je (masa kat dungu*). Giler poyo.

Pastu, masa aku dah tak keje pulak, ada program resume mawi. Hahaha ni memang tak boleh blah punya program. Last2, masa final, tinggal 2 orang peserta yang mana salah seorang tu ialah perempuan, bekas secretary kot, dah lupa. Tapi memang dia boleh la buat keje tu. Tapi, oleh kerana lawannya tu lelaki, iras2 pulak rupa gayanya, langsung kalah pempuan tu. Jap jap, man ke haper nama mamat yang menang tu? Tapi yang musykilnya, selepas tu pun aku rasa dia tak jadi pa mawi gak. Dah siap berenti keje bagai lak tu.

Masa tahun pertama dia menang af tu, dia ada buat rumah terbuka hari raya kan. Jangan lupa uolsss. Aku lah salah seorang yang menyesakkan lalulintas di felda taib andak itu. Kalau tak salah aku dia buat pada hari raya ke-3 ke ke-4 gitu. Masa tu aku dah balik bp, tapi patah balik semula ke kulai semata2 nak pergi ke sana. Pulak tu, time tu lah pulak betri kancil nak kong. Masa pergi tu kami tolak baru start. Bila dah sampai, sengaja parking kat bukit. Tapi, masa sampai tu dah takde dah makanan. Mawinya pun dah takde atas pentas. Itu rumah terbuka ke, karnival syuerheboh? Siap ada jualan tshirt, megi, kereta (dia jadi duta eon kot) dll. Sempat la aku bergambar ngan kereta savvy dia yang plet nya maw1100 kot.

Bila nak balik, memang betul pun ketenya takleh start. Menolak ler. Itulah first time aku start kete guna kekdah tolak tu. Masuk gear 2, bila dah agak laju, lepas klac. Eh, ye ker gitu? Ye lah kot.

Selepas pak atan meninggal, dia break up ngan ina. Dan di situlah berakhirnya saat gemilangnya mawi dalam hidup aku. Tak tau lah siapa yang salah siapa yang benar. Bila baca buku ina tu, rasa macam mawi yang salah hehe. Kot lah ada buku mawi jugak, mesti nampak ina lak yang salah.



Lepas putus tunang, mulanya ina pindah keje kilang kat kota. Kilang soode kot yu? Nampak macam baju dia kaler pink. Boleh pulak mampu beli kete. Besar gak gaji dia ek? Pastu dia ditawarkan keje ngan syarikat apa tah, sebelum dapat tawaran jadi model dan seterusnya tawaran menyanyi ngan hijaz rekod. Dah nyanyi2 dengan agak sumbeng, sangkut pulak ngan suhaimi. Lalu, bertunang lah dia sebelum berkahwin. Masa dia kawen, aku tengah kat mersing. Dekat dah ngan umah dia hehe. Tapi, tak pergipun. Tak kosser. Bukannya aku peminat dia pun. Cuma kesian je kat dia kerna dipermainkan oleh mawi.

Demikian lah serba sedikit kisah kenangan ku. Kini, aura entah ke mana, menyampah lagi ada. Tu lahhh orang tua2 dah pesan. Jangan suka sangat kat orang, nanti jadi benci.


Friday, 5 December 2008

Novel Cintaku Phewwwiiittttttt! Episod Akhir

Alamakkk lupa lak kan. Nostalgia patutnya kena la tepek gambo. Ok, ni aku dah buat 'image digitizing'. Huhuhu ni kalo lecturer digital aku baca term aku ni sure nangis terharu nih. Tapi confirm blur arrr gambo tu. Takde scanner, guna kemre digital jek la. Boleh la, janji ada.

Bila dah masuk asrama, kami pon mula berutus surat. Tapi rasanya surat aku kepada ayun lagi banyak sebab asrama aku ni strict betul. Sumer surat kena baca ngan warden dulu. Maka, banyak lah surat yang tak sampai ke tangan aku. Apa la abang ni... mesti ada tulis jiwang2, sebab tu la kantoi. Tak kisah la. Surat abang pulak, aku pos ke alamat kawan dia yang duduk luar. So, memang selamat. No 33 jalan sri skudai * taman sri skudai hehehe. Aku ingat lagi tau alamat tu.

Masa duduk asrama ni, memang la aku ni sengkek. Tiap2 bulan, abang tp akan hantar wang pos RM50. Masuk form 5 baru aku ada akaun giro. Kat asrama, kami kena bayar duit makan RM1 sehari. Itu cikgu dah tolak siap2 dari biasiswa kecil persekutuan. Memang tak berbelen la scholar tuh. Jadi, dengan duit 50 hengget tu lah aku gunakan untuk beli barang keperluan serta belanja jajan. Salu sebulan sekali je aku kuar outing. Nak kuar apa nyer kalo dah takde duit kan. Tu pon biler dapat wang pos, kena cash kan kat po. Seksa tul kena beratur sikit punya panjang ker.

Biler dah dekat2 spm, cikgu ni cam senang jek kasik kami ni balik kampung. Salu tu kalo tak cuti penggal, takde nyer dapat balik. Nak balik kena tulis surat. Kalo surat sendiri takpe, ni nak surat dari parent. Adusss. Ayun pulak memang dibenarkan balik kampung sebulan sekali. Jadi, biler nak balik tu dia kasi tau lah dalam surat. Aku pun, karang la surat kengkonon abah nak buat kenduri la, apa2 la alasan yang logik. Isy isy isy, baru aku teringat yang aku tulis dan sign surat tu sendiri. Abis, nak tunggu abah sign, alamat tak balik la aku kan.

Bila dah balik tu, kami dapat lah berjumpa time nak balik semula ke asrama. Oleh kerana aku balik tu mengejut, ada la 2 kali kot, aku takde la mintak abah duit tambang nak balik tu. Buat2 macam ada je lah. Aku memang jaaaaaarang sekali mintak duit kat abah, kecuali terdesak, seperti kasut dah koyak rabak, terpaksa gak beli baru. Tu pon rasanya sekali jek, time form 5. Yuran spm pon mintak ngan kak uni. Dulu yuran spm aku rm200. Mahal betul.

Tapi suspen jugak sebab aku memang tak de duit pon nak balik tu huhuhu. Sebenarnya kami dah plan nak balik sama2. Boipren kena la belanja gelpren kan hihihi. Dan semestinya ayun ni lah yang bayo kan tambang bas aku. Sibbaik ada dia. Kalo tak, tak balik la aku.

Masa tu, aku rasa sedih sangat. Abang gi anto aku ke kluang, pastu naik bas ke jb pulak. Pulak tu, lepas antar aku tu, aku tak tau cemana dia balik. Kalo dapat bas ekspress tu ok lah. Agaknya dia naik bas sambung2 ke, aku pon tak tau. Kesian nyer… Ada sekali tu, dia ada amali spm servis radio dan tv ari isnin. Ari ahad tu dia antar aku. Pada hari ahad or sabtu tu jugak cikgu ada kelas tambahan berkenaan pekse amali tu. Tapi dia tak datang kelas tu. Maka, dia tak tau lah hint2 pasal exam tuh. Dan akibatnya, abang tak dapat A1 pon untuk subjek tuh. Blame me ! Tapi takpelah... tv kami lum pernah rosak lagi. Kalo rosak pon, kiter beli baru je lah ek. Takyah repair2.

Kat sekolah abang lak, takde yang ambik add maths kecuali abang sensorang. So, takde la kelas add maths untuk dia. Cuma dia belajo ngan cikgu personally jek. Memang susah la cenggitu kan. Aku yang belajo full time ni pun ala2 goyang je ngan add maths. Dia ambik tu pon rasanya sebab cita2 nak masuk uni. Ek? Jadi, kekadang tuh dalam surat, aku ada la kasik kertas soalan add maths ngan jawapan untuk dia cuba buat. Kesian lagik. Lulus lah jugak time spm ek. Cukup2 makan. Dapat gak masuk uni. Eh, lupa nak cite result spm kami. Agregat abang 2x agregat aku hehehe. Tapi sekarang, sape yang ada master? Huhuhu...

Zaman percintaan di bangku sekolah ni memang lah saje carik pasal. Penat tau. Yang best nyer cuma, perasaan ada orang yang ’take care’ kiter. Dari segi otak, memang la meletihkan. Mana nak belajar, mana nak ingat pakwe. Bukan la kena ingat, tapi asik teringat je. Camno? Aku rasa, masa untuk aku menulis surat pon dah melebihi masa aku belajo. Test pad tu bawak je kulu kilir. Tapi bila baca balik surat2 tu, hihihi kelako la pulak. Tak padan ngan budak. Agaknya kalo aku takde pakwe, mesti aku leh kalahkan nur amelina tuh. Hehehe takde nyer.

Bila masuk uni, skill mengarang aku semakin parah. Kalau dulu 3-4 helai depan belakang tu perkara biasa. Nih dah sampai 8-10 lai lah pulak. Arituh, time duduk rumah tak keje, aku baca surat2 tu sampai nak muntah. Tah apa2 je lah aku nih. Karattttttzzzzzzz.

Zaman diploma ni pun seksa jugak. Tapi tak de lah susah macam zaman sekolah. Kl ngan shah alam ni kan dekat jer. Tapi, still, masa tu mana ada henfon2 nih. Kalo duduk asrama mana ada tefon2 pon. Nak tak nak, surat lah jugak. Banyak giler surat time diploma. Apa taknya, dalam seminggu, kekadang 2 pucuk aku pos. Dah jumpa, sebelum balik, kasik surat lagi. Gilo!

Kat mana kami berjumpa di kl? Pintu masuk cm! Ni lah tempat kami berjumpa boleh dikatakan setiap 1-2 minggu sekali. Tapi yang tak best nyer, aku je lah yang salu kena tunggu. Nyampah!

Ada sekali tu, aku tunggu kat food court cm. Yang kat dalam tu, yang ada kedai makan claypot tuh. Tah ada lagi ke tak tempat tuh. Tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai lah ke tengahari. Masa tu abang duk kat keramat. Umah dia dekat ngan depoh transnasionel. So, biler nak ke kl, dia salu tumpang bas trans yang nak ke pudu. Tapi hari tu, tah cemana dia leh salah naik bas, dan mungkin dia pon tak tanya driver tuh, bas tu pon menuju ke utara. Tah cemana cerita nya, dia pon diturunkan kat tol tanjung malim. Ambik ko! Menapak la pegi carik bus stand tanjung malim. Dari situ, baru lah dia balik semula ke kl. Sampai sekarang, kalo aku nampak bas tanjung malim, kaler hijau tu, mesti aku ingat peristiwa tu. Eh, ye ke cerita ni? Kalo dia tipu aku, makanya aku tipu korang jugak la ekkk. Akhirnya kami berjumpa la jugak. Tapi ngan muncung yang boleh sangkut hanger la.


Time convo dia, aku pegi sekali ngan femli dia.


Time convo aku, aku ambik gambo dia, dia ambik gambo aku. Takde femli pon. Uhuk uhuk sedih nyer. Abang tp nak datang, tapi hujan lebat. Dia ada moto je time tuh. Takpe lah. Diploma jek kan.

Habis zaman diploma, aku sempat kerja kilang 2 minggu sebagai technician di senai. Abang pulak, keje hitachy bangi. Biler aku sambung degree, abang pulak keje, ok lah sikit dari sudut ekonomi tu. Boleh la takat nak top up sewa rumah ke kan. Tapi biler abang pon sambung degree atas desakan aku (aku memang suka paksa dia belajo huhuhu), baru lah kami dapat jumpa setiap hari. Sejak dulu teringin nak study sama2 kat library, gi kelas sama2, cuti semester pon sama. Masa ni lah baru merasai sumer tuh. Tapi kami tak sama batch, kelas pun dah tentu tak sama. Kelas aku pulak kat stadium shah alam tu. Nak tak nak kena la ada rider nak ke sana. Bile time exam baru lah kami study kat library. Gigih nyer kan bang? Pepagi library lum bukak dah duk kat pintu sebab nak cop port yang best. Study pon sambil dengan walkman. Sekarang ada ipod la, mp3 la, mp4 la. Guna bateri grandcell, tiap ari kena charge. Lagu fevret dulu, lagu ila sabry ke hape nama dia yang dalam citer gerak khas the movie tuh. Dulu bahagian engine kat tingkat atas sekali ek? Lupa dah. Pastu ramai kengkawan study sesama. Sweet je memory tuh. Library nak tutup baru kami balik. Isy, tak sangka la aku serajin itu huhuhu. Adoiyaiii memang tough la belajo time degree dulu. Tak tau lah uni lain atau course lain. Tapi aku rasa memang zaman belajo tu memang kena belajo betul2 la. Kalo tak, harus la kantoi di tengah jalan. Biler dah grad tu, rasa lega sesangat yang amat.

Apa ke benda nih? Keratan tiket tayangan perdana senario the movie yang pertama kat yuitm. Macam best jek time tuh.

Lepas grad, aku duduk rumah selama 2 bulan. Nov-Dis 2002. Kebetulan time tu puasa dan raya. Memang menikmati betul cuti pengangguran tuh. Bulan januari 2003, abang balik semula ke kampus untuk semester akhir. Tinggal subjek elektif ngan final project jek. Takde final exam dah. Aku plak dapat tawaran keje kat situ jugak. Jadik lah aku lecturer yang pakwe nyer student lagi.

Huhahuha dipendekkan cerita, bulan 6 2003 abang pon grad, bulan 11 2003 baru dia dapat keje pertama. 5 bulan gak tanam anggur. Tapi bagus gak. Bulan 9 tu kak zela kawin dan abah tengah renovate rumah. Bleh la dia tolong2 ikat batu blok tu kan. Siap gado2 ngan abah. Hihihi. Tapi nganggur2 pon masih dapat ptptpu tau. Tah cemana sistem derang, ingat abang masih lum grad, tu yang loan masih masuk lagi. Tak pepasal kena bayar balik lagi banyak. Bulan jan 2004, abang tukar keje kat bp nih. Bulan 6 2004, kami pon bertunang. Bulan 9 2004 plak abang mula keje kat ito. Tak tau lah cemana kami leh bertunang secepat itu. Sebenarnya kami plan nak kawin tahun depan ke, lambat lagi la. Bertunang jek dulu kan. Tapi, yayu pun nak kawin tahun tu. Mak cakap, takkan mak nak buat kenduri banyak2 kali. Ye lah, bukan senang nak buat kenduri kawin ni kan. Penat pon iyer. Yang kami pulak, mana ler cukup duit lagi. Abang baru je keje tak sampai setahun. Nasib baik laaa aku ni menteri kewangan. Dalam masa 6 bulan bertunang tu, memang la aku berjimat cermat. Abang cukupkan je duit hantaran. Lain2 biar aku uruskan.

Huhahuha susah betul nak cari tarikh kawin yang sehsuai. Satu nya, kalo boleh takmo langkah bendul. Pastu adik beradik takleh nikah sama tahun hijrah. Pastu takleh nikah bulan Muharam. Yayu lak takleh kawin tahun tu sebab kakak najib plak nak kawin tahun tu (last2 kakak najib pon tak jadik kawin jugak). Macam2 la constraint nyer. Akhirnya, kami pon decide untuk nikah dulu, kendian sanding nanti sekali ngan yayu. Kira yayu nikah time nak sanding tu lah. Dah gitu, nak tahun lain2 pulak. Muharam bulan 2 2005. Nak abiskan muharam, dah masuk bulan 3. Bulan 4 plak anak sedara mak depan rumah pulak nak kawin, so takmo dekat2 sangat, takut penat. Orang kampung ni sumer dah tua2. Nak tak nak, yayu kawin gak bulan muharam kot. Lupa lak. 18 ke 19hb Februari 2005. Aku nikah bulan zulkaedah. Kira tahun lain2 lah tuh. Nak wat kenduri kawin pon kena tengok tarikh orang gaji. Kang tengah2 bulan orang takmo datang pulak. Aku mengikut jek. Yang penting kami dah nikah 25 Disember 2004. Ulang lagi sekali, sehari sebelum tsunami. Hihihi.

Lepas nikah bulan doblas, kenduri umah aku bulan 2. Kendian, bulan 3, kenduri umah abang plak. Tu pun satu hal. Time kenduri umah aku, belanja sumer share 3 couple. So, sorang sikit je lah. Kenduri umah abang, kena bagi belanja full. Ikat la perut mana yang patut. Takde gi hanimun ke hape. Mak2 ni kan sebenarnya hepi sangat biler buat kenduri kawin anak nih. Tu yang kami buat gak kenduri, walau pun tak bersanding bagai. Walau pon poket kering giler. Selesai sumer tuh, bulan 7 baru lah kami gi hanimun ke pulau redang. Hahaha pengantin dah basi baru nak gi hanimun. Tak kisah lah, janji hepi, tak mabuk laut.

And they live happily ever after. Setakat nih lah. Akan datang, harap2 berkekalan ke akhir hayat. Walau pon nampak panjang jalan cerita, bercinta bertahun2 baru la kawin, seperti membuktikan jodoh tu kuat, tapi kiter kena la ada sikap seperti sebelum kawin jugak. Masa belum kawin, punya lah jagaaaa sangat percintaan tu supaya kekal sampai ke jinjang pelamin. Gado2 pon cuba gak berbaik2. Ni dah kawin, tak bermakna jodoh tu dah tentu takleh terlerai kan. Sepatutnya, masa nilah kiter lagi nak jagaaaaaaaaaa supaya perkahwinan tu kekal. Takleh ambil mudah je. Kalo dulu sangking nak mendapatkan, sekarang pon kena sangking jugak la mengekalkan. Eh, aritu aku dengan mil cakap perkataan sangking nih. Maksud dia tu sama la ngan apa yang abang cakap arituh. Maknanya memang ada la perkataan nih. Jawa ke?

Okeh, sekian. Ngeeee...

p/s Ni bukan detik perkenalan lagi dah. Dah jadk kisah percintaan la pulak. Tak kisah la... nama pon nostalgia de amor.

Thursday, 4 December 2008

Novel Cintaku Phewwwiiittttttt! Episod 2


Ok lah, sambung balik ler. Aku sebenarnya tengok respon orang. Kalo ada permintaan, baru ada penawaran. Syok jugak nostalgia2 nih.

Okeh, flash back ke tahun 1994. Tahun ni kami pmr, exam yang menentukan ke mana hala tuju sekolah kami seterusnya. Waktu awal2 sekolah, aku masih baru kat sekolah tu. Yelah, masa aku pindah aritu, tak lama tu dah final exam. Kiranya tak sempat nak kenal semua lagi. So, bila masuk sekolah, aku takde kawan nak duduk dalam kelas. Masa form 2 dulu aku duduk sensorang. First day tu je aku duduk ngan melly sebab kawan sebelah dia tak datang. Eh, ke melly yang tak datang, aku duk ngan ayu? Ahhh mana2 la.

So, pepagi tu sebelum masuk kelas, sorang kawan ni ajak duk ngan dia. Siti Hasmah aka koma namanya. Dia budak at4. Sebelum terlupa baik aku bagitau, student sekolah aku ni terdiri daripada orang2 at4, at5 dan semenchu. Sampai sekarang aku trauma lalu kedai baju comma. Nanti aku cerita sebabnya. So, aku pon duduk la ngan koma.


Koma ni pulak ada geng. Kira kawan rapat la. Mereka ni terdiri daripada koma, ipah dan zaimah. Ipah budak at4, zaimah lak dak semenchu. Asalnya dalam kelas ni, ada sorang je girl dari at5. Bila aku masuk barulah ada dua orang. Kelas ikhlas lak cuma ada sorang dak at4.


Waktu form 2, aku ada dengar2 gossip antara koma ni ngan ayun. Eh, ayun tu laki aku la. Guna nama panggilan pada masa tu la ek. Kata flashback… Bila masuk form 3, derang salu la kenen2 kan derang berdua ni. Aku? Aku takde kena mengena dalam ini pilem. Aku kan budak baru. Tapi, oleh kerana aku duduk sebelah koma, maka cerita2 tu cepat la sampai ke telinga aku. Pernah gak aku nyibuk2 tanya kat koma, betul ke derang kapel nih. Kira tanya kat yang punya badan la. Kepochi nyer... (Eh, aku rasa aku tak biasa panggil dia koma la. Biasa aku panggil siti. Tukar la ek.) Dan dia cakap, takde lah. Jawapan artis gitu. Kami cuma berkawan baik huhuhu. Haaa part tu aku tak ingat. Yang aku ingat derang cuma digossip kan ajer. Tapi kalau dah kena gossip tu kan, at least dalam ati tu sikit2 mesti ada kuch kuch hota hai kan. Betul tak bang? Ngaku je lah.


Pada satu hari, timbul niat di hati aku nak menelefon si ayun nih. Tak kisah la nak cakap aku ngurat dia ke hape. Mungkin itu lah petunjuk dari Allah swt untuk menyatakan bahawa dia lah jodoh aku seploh tahun lagi. Kot la. Itu interpritasi aku je. Dari mana aku dapat nombor telefon, aku pun tak ingat dah. Tapi aku telefon dia dan menyamar sebagai A dari kelas 3 Azfar. Kelas ni kira kelas corot la dalam form 3 tu. Kebetulan, ada sorang jek girl yang namanya mula ngan A dalam kelas tu, dan dia pon budak at5 gak. Part tu aku tak pasti ayun perasan ke tak. Kalo dia siasat mungkin dia tau lah kot. Dan apa yang aku cakap masa telefon tu pon aku tak ingat. Mungkin sembang2 gitu je kot.


Pada suatu hari, sekolah aku mengadakan hari penyampaian hadiah untuk pekse form 2 punyer. Lambat lak dia wat hari anugerah ni ek? Lantak lah. Beberapa hari sebelum tu, biasa la kan, rehersal bagai. Jadi, untuk form 2, aku dapat nombor 2 kot? Ke nombor 1? Tah, tak ingat dah. Yang pasti aku salu switch je ngan si fendi. Kalo aku no 1, dia no 2 and vice versa. Dan aku dapat hadiah terbaik kemahiran hidup dan keseluruhan form 2. Eh, tu maknanya aku dapat nombor 1 la ek? Apa da. Dan terbaik matematik dirangkul oleh si ayun. Eeeehhhh cemana aku nyer markah paling tinggi, tapi orang lain yang dapat adiah? Ini tidak adil! Dan, di situ lah bermula segalanya. Ecehhh macam bagus je cerita aku ni.


Oleh kerana aku tak puas ati ngan perkara tersebut, aku pun ngan tak pikir panjang, telah menelefon si ayun. Masa tu aku terlupa bahawa suara aku mesti lah sama ngan si A budak 3 azfar tu ek? Aku pun kepoh2 la tak puas ati, cemana ko bleh dapat terbaik matematik. Aku sepatutnya yang dapat tau. Aku nak adiah tu. Tak kira, ko kena kasik adiah ko kat aku. Ewahhh kemain lagik. Dari sekolah lagi dah nampak perangai ’berkira’ tu kan? Memang buruk perangai.


Selesai majlis tersebut, tengok2, dapat hadiah buku latihan/rujukan pmr. Ayun dapat buku matematik, aku pun dapat buku yang sama dalam pakej hadiah keseluruhan tuh. So, takde lah aku mintak buku tu dah. Abis kat situ la kes matematik nih.


Pada satu hari, dengan tiba2, kering (kawan yang duduk ngan ayun) datang kat aku. Pada masa tu rasanya ayun ni dah tau sape si A yang tefon dia tu. Masa tu aku tengah sembang2 ngan ipah and zaimah. Siti takde kat situ. Dan dia berkata,


”Enot, ko suka kat ayun ek?”


Erk erm errr apa aku nak jawab? Huaaaaaa soalan maut ala2 soalan michelle dalam melodi tu la pulak. Malu nyer... Yang tambah malu tu sebab dia tanya depan ipah dan zaimah. Dan ipah dan zaimah ialah geng siti. Aku tak nak dikatakan potong line kawan. Lebih baik potong double line daripada potong line kawan sendiri kan. Tu lah sebab nya aku takleh dengo abang sebut koma, even untuk koma yang (,) tuh. Poyo! Eleh, abang pon elegik dengo nama budak af5 yang sik cayak kah tu kan? Hehehe.


Sejak itu, aku dah tak tegur kering lagi. Takmo kawan dia. Tapi, jauh di sudut hati, ada waktu waktu nya aku memang suka pun wakakakakaka. Tapi, demi tak mo nampak gedik, aku buat dek jek lah. Masa tu kira dah mula kuch kuch hota hai la lebih kurang. Bunga2 je gitu.


Dalam pada yang sama, aku ada gak suka ngan sorang budak kelas ikhlas. Ni rasanya aku pernah cerita dalam entry trek selebriti aku dulu. Awal tahun 2007. Takyah la ulang tayang kan. Nak flash flash back pulak kang. Masa tu, aku tak ingat cemana, aku leh lupa kan ’cinta’ku di depan mata dan respon pada orang kat kelas hujung sana. Mungkin sebab takde apa2 berlaku kot. Just pandang2 jeling2 jek, mana nak jadik. Kena la ada langkah pertama ke hape kan.


Kat bawah ni gambar kami ketika pergi rombongan ke air papan mersing selepas selesai pmr.


Ni gambo beramai2. Ehem... dalam gambo ni ada mamat yang aku ceritakan tuh. Cuba lah teka. Nyibuk je. Dia kelas lain, tapi ngengada nak ikut rombongan kelas aku. Tak kisah la, janji dia bayokan tambang aku. Huhuhu. Ambik kesempatan. Ayun tidak kelihatan dalam ni.

Ini lak gambo girls. Mana ek si koma? Haaa yang kanan sekali duduk tuh, yang tudung biru tuh. Sebelah dia tu ipah. Zaimah lak hujung belah kiri duduk.

Yang ni gambo the boys. Haaa nak tau kat mana duduk nyer si ayun? Tu hah yang duk celah ketiak cikgu baju ijau tuh. Mana lak si fendi ek? Dia tak ikut ek rombongan nih? Gambo pakwe lama tu pon ada gak hihihi. Nasib ko la aku jaja muka kat sini


Sehingga la masuk form 4, aku dah mula menyampah ngan pakwe tu. Asik telepon jek tiap2 ari. Pastu jiwang pulak tu. Goli den. Siap kasik coklat la, surat wangi2 la. Ada sekali tu, masa form 3, aku bagitau dia, petang tu aku ada kelas tambahan, so aku lepak umah melly la tengahari nyer. Petang biasanya balik ngan bas sesi petang. Tetiba mamat tu leh datang umah melly, ala2 nak jemput aku balik, naik motor. Apa kes tu? Dah buang tebiat? Gua brutal beb.


Masa form 4 tu, aku masuk kelas ilmiah. Sains tulen. Masa pemilihan kelas tu aku mintak kelas zarin, ada subjek prinsip akaun. Kelas aku belajo ekonomi asas. Tapi cikgu2 ni tak ikut pon permintaan kami. Dia ikut result pmr. So, aku sekelas ngan ayun. Pakwe lama tu pulak dah kena reject. Asik laaa mengekor aku. Rimas! Yang jadik rimas tu sebab dia dok panggil aku nora nora nora. Geli tau. Gua enot ok.


Dulu penggal baru masuk bulan doblas kan. So, awal bulan januari 1995, mula lah kami ni dapat tawaran sekolah berasrama bagai. Yang mula2 sekali sekolah vokay. Beramai2 la derang ni pegi pejabat sekolah mintak surat berenti. Kering, mail, ayun. Tak paham aku kenapa nak masuk sekolah vokay, kena berenti sekolah. Dah takleh patah balik sekolah tu. Kalau nak, kena masuk sekolah lain. Macam berpatah arang lah kalo mengambil keputusan masuk sekolah vokay tuh. Sampai sekarang ke cenggini? Tak paham aku.


Mula2 takde siapa tau yang ayun pun nak masuk sekolah vokay. Tau dia nak pindah sekolah, tapi dia cakap nak masuk sekolah tinggi muar. Kampung dia kat muar. Sampai la beberapa hari terakhir dia kat sekolah tu, pulang buku teks bagai, baru lah sumer orang tau. Aku dah tau dulu. Hihihi kami bertukar2 gambar. Jumpa kat depan library, letak gambo dalam buku, pastu pass je buku tu. Cover line konon. Belakang gambo tu aku ada tulis ayat poyo, apa ek? Lupa lak. Kang balik aku gi tengok. Eh, kenapa kami bertukar2 gambar pulak ek? Aku pun tak tau kenapa. Nak kata aku tukar gambar ngan kering ke, mail ke, takde lah pulak. Selain tu, aku ada bawak kemre pada hari terakhir derang. Dan kami pon bergambar lah beramai2. Kalo tengok gambar tu, rasa syahdu pon ada.


Ini lah gambar nyer. Budak2.


Ni plak gambo yang kami tukar. Yang aku kasik dia lupa lak nak ambik gambo.


Beberapa hari sebelum tuh, aku ada membuat satu keputusan. Kononnya masa kemahiran hidup kot, ada belajo cara membuat keputusan. Kena senaraikan pro and contra setiap pilihan. So, aku pon senaraikan lah kebaikan dan keburukan ayun and the previous mamat nih. Ada lagi benda alah tu aku simpan hihihi. Dan aku pon bertekad, kalo pon aku tak bersama ’si dia’ ini, aku rela la takde pakwe2 nih. Ewahhh macam orang dewasa la pulak aku rasa.


Malam sebelum ayun berpindah, (dia masuk sekolah tu ari isnin, maknanya ari ahad malam isnin la), tak ingat la pulak saper tefon saper. Tapi memang kami ada menelefon la. Kira macam nak kasik amanat terakhir la gitu. Macam dah takleh berjumpa lagi jek. Lepas letak jek telefon, terus aku menangis bagai nak rak ala2 frust menonggeng gitu. Sedih beno gamaknya. Tak tau lah... macam over la pulak aku rasa. Macam la ayun tu nak pegi berperang. Tapi rasanya aku sedih sebab macam takde harapan lagi untuk kami.


Ermmm tapi perpisahan itu lah permulaan ’percintaan’ kami yang sebenarnya.


(Nyanyi lagu nurul Kerana Terluka okeh? lalalala)


Berat nya rasa hati nak melangkah pergi

Tetapi apakan daya aku terpaksa

Buat kali terakhir ingin ku mengucapkan

Semoga dirimu berbahagia selalu

Tentang diriku ini terserah pada Mu Tuhan menentukan


Tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi

Pandai lah aku menjaga diriku ini

Sekali ku melangkah oh biarlah ku teruskan

Perjalanan ini walau pun sendirian

Hanya Tuhan yang tahu duka lara hidupku ini

Tak tertahan... aduhai sayang


Ku masih lagi teringat bicara mu yang terakhir

Pedihnya hingga menikam kalbu... bisanya

Selamat tinggal sayang ku

Selamat tinggal kasih ku

Aku terpaksa pergi dahulu

Kerana terluka hati ini


Kiranya tempias membasahi jendelamu

Itulah air mata yang jatuh di pipi ku

Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajah mu

Oh itu lah rinduku yang menyebut nama mu

Setelah kian lama tak jumpa...

Eh, macam lain je maksud lagu ni? Tak kisah la. Aku suka lagu ni bab tempias2 tuh huhuhu.


Bersambung...

Thursday, 17 May 2007

Lets Sing Together

Artist: Air Supply
Album: Now And Forever
Title: Goodbye

(david foster, linda thompson)


I can see the pain living in your eyes
And i know how hard you try
You deserve to have so much more
I can feel your heart and i sympathize
And i'll never criticize
All you've ever meant to my life

(chorus)

I don't want to let you down
I don't want to lead you on
I don't want to hold you back
From where you might belong

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say but good-bye

You deserve the chance at the kind of love
I'm not sure i'm worthy of
Losing you is painful to me

(chorus)

I don't want to let you down
I don't want to lead you on
I don't want to hold you back
From where you might belong

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say but good bye

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to try
Though it's gonna hurt us both
There's no other way than to say good-bye

Oit oit, slow sket, ingat sedap ke sore tu? ngehngehngeh...
Nostalgia zaman duduk asrama Semejay 1995/1996...

Friday, 4 May 2007

Ada Yang Tertunggu-tunggu Ke?

Amaran! Entry Yang Berjela.

Eh, eh, eh. Baca title tu dengan tonasi bertanya pada diri sendiri, bukan tonasi bertanya pada orang. Takde unsur riak occay...

Akhirnya, ada pun masa untuk blogging. Seminggu yang lepas asyik berjalan je. Pergi Kelantan, balik kampung, gi JB dan Melaka. Mana nak mula ek? Erk...

Jumaat 27/4/07

Pagi2 lagi Yayu dah SMS bagitau dia dah bertolak dari Muo. Sebenonya Yayu nak balik Kota. Oleh sebab jauhnya perjalanannya tu, hari Rabu lagi dah bertolak; balik kerja. Singgah bermalam kat umah Eita kat Bandar Tasik Puteri Rawang. Hari Khamis bergerak ke Muo pulak, umah akak ipo dia. Pastu hari ni ke BP pulak. Aik? Beza sejam je jarak Muo-BP pun singgah bermalam gak? Sebenonya adik Najib ada interview nak masuk program pendidikan kat UTHM ari Sabtu. Jadi kena lah temankan. Oleh kerana aku nak ke Kelantan, maka aku suh diorang buat macam umah sendiri je lah malam ni.

Lebih kurang kul 9 gitu derang sampai. Abang baru nak gi kerja. Sempat belikan soto dulu. Penang takde soto agaknya. Hehehe BP pon takde char kuey tiow ma...

Kekenyangan makan soto, tengahari kami tak makan. Lepas Jumaat aku masak lauk sikit. Kari ayam je. Tak makan pun. Dalam pukul 3.30 petang, kuar sekejap. Memula gi BSN dulu, Najib nak gi bank in cheque. Lama la pulak. Sampai dekat pukul 5 baru siap. Ke, kitorang kuar kul 4 ek? Taklah lama sangat sampai sejam lebih. Lupa lah.

Sambil tunggu dalam kete tu, tengok satu peniaga ni tengah bukak push cart dia, nak jual roti john dan burger bagai. Dia ambik dua petak parking untuk sebuah lori dan sebuah push cart. Agaknya dia bayo parking untuk 2 petak tu untuk 2 jam setiap hari kat Majlis kot. Kot.

Lepas gi bank, kami menuju ke BP Mall. Hujan renyai2, tapi banyak air bah atas jalan depan Kg. Istana ngan depan BP Mall. Mana datang air tu ek? Takde lah hujan. Aku tengok renyai jek. Tak tau lah. Agaknya air dari atas Gunung Soga tu terjun tapi tak masuk dalam parit, tapi terjun atas jalan, kot. Kot lagi.

Kat BP Mall, kami terus ke tingkat atas, bahagian baby. Yayu carik baju nak kasik hadiah. Pergi bahagian pakaian wanita, beli seluar jeans Lady Like. Yayu yang beli. Murah je, RM 23 jek. Aku rasa seluar tu kat mana2 pun harganya gitu. Harga asal RM 79, ada 70% discount. Tak tau lah, betul ke ada harga asal tu atau memang RM 23 tu harga dia sejak dulu. Yang aku pelik, The Store, Pacific, Jusco, semua buat cenggitu. Lantak ler. Janji murah dan selesa.

Tengah kat situ, abang call. Kawan dia nak mintak tolong. Maka kami pun cecepat kuar. Tak sempat nak jenjalan lagi. Nak buat cemana, kan? Hari ni hari dia, hari kita tak tau bila. Keluar dari BP Mall, dah takde banjir dah. Terus pergi hospital BP. Sampai2 tu, terus carik Id. Kawan abang tu namanya Idzura. Memula aku jumpa sorang lagi kawan dia. Kompius jap aku, apasal muka Id ni lain? Nape dia sihat jek? Rupanya Id gi hospital ngan kawan dia, Sarah namanya. Sarah ni tak geti drive la pulak. Maka, aku lah akan menjadi supir mereka.

Kisahnya, Id ni main bola jaring, minggu lepas. Tetiba terseliuh macam abang aritu. Memula dia urut je. Dah surut pun bengkaknya. Dia gi hospital tu untuk dapatkan surat pelepasan dari melakukan aktiviti lasak sebab dia nak gi induksi ngan BTN cam abang gak minggu depan. Tah macamana doktor tu x-ray boleh suspect retak pulak. Tak paham aku. Ada ke orang terpelecok boleh retak tulang? Takat tergeliat atau putus ligamen ke urat ke, logik lah jugak. Isy, pulak tu suspect je pun. Dah suspect tu pulak, disimennya kaki minah tu jam tu jugak. Dah sudah! Maka, daripada nak dapatkan surat, jadik dapat simen ngan MC 19 hari. Tak dapat lah dia gi induksi ngan BTN tu. Tak pepasal. Sibbaik abang tak pergi hospital aritu. Aku dah sibuk suh gi gak. Nasib nasib...

Pastu aku pun bawak derang balik ke Parit Raja. Perhatian! Perhatian! Itu merupakan kali kedua aku bawak kete auto selepas test drive City aritu. Hihi susah gak nak control speed dia. Kalo manual senang je aku tekan kuat sikit terus pick up. Ni yang tak best nih. Sampai umah derang, abang pun dah tunggu. Terus balik.

Sampai rumah, Yayu pun baru sampai. Lepas hantar aku ke hospital tadik dia gi bus stand ambik adik Najib. Baik aku sebut nama dia untuk rekod. Ain. Pastu terus masak nasik. Sibbaik aku dah siap masak lauk tadik. Lepas solat, makan, dalam kul 9 malam, kami pun bergerak.

Senang sikit berjalan dah siap makan semua. Tinggal jalan je. Singgah Petronas Taman Yayasan Segamat isi minyak. Nak qadak hajat pun takleh. Toilet kunci. Terpaksa patah balik ke kawasan rehat kat simpang tu. Pastu terus menuju ke Muadzam. Sampai Muadzam, singgah Petronas lagi. Lepak2 sekejap. Takleh tido. Karang tertido, siang baru sedar, naya je. Pernah sekali kitorang balik dari Dungun, sampai situ kul 3 lebih. Konon nak rehat sekejap. Abang ada kelas kul 8 pagi. Bulan puasa pulak tu. Sedar2 dah pukul 6 lebih. Tak dapat sahur. Terus pecut balik. Sampai BP dah kul 8 lebih. Tak ingat abang gi kelas ke tak time tu. Masa tu aku ada buat test malam, tu yang kitorang bertolak dari Dungun lepas test tu. Teringat masa tu. Ada 2 kes meniru dalam test tu. Pertama, dia bawak buku. Buku besar A4 dia boleh buat lapik kertas dia. Ingat aku tak kenal buku aku agaknya? Lagi satu, aku jumpa kertas jawapan tulisan lain dengan warna pen lain atas meja sorang mamat nih. Puas lah aku siasat orang keliling dia. Last2 jumpa aweks sorang ni guna pen dan kertas yang sama. Tengok tulisan, sah dia. Serba salah akak. Aweks tu budak pandai. Baru abis hari pulak tu. Lepas dapatkan nasihat kawan2, aku pun kasik lah jugak 1/2 dari markah kepada ke 3-3 adik2 tu. Tapi yang sorang tu, markah dia pun tak seberapa, bila dah potong separuh, terus fail. Padan muka! Sape suh bawak buku. Tu pun aku kesian gak, kasik separuh. Lulus lah jugak aweks sorang tu. Tapi tak dapat lah score walaupun paper tu very the senang nak dapat A. Ada gak kes lain, tapi biarlah rahsia. Malas nak ingat.

Sabtu 28/4/07

Sambung balik. Tak lama tu, kami pun teruskan perjalanan. Sepanjang jalan, takde cite sebab aku tido je. Very tak sehsuai. Ada lah aku sedar bila abang berenti2, tapi aku tido balik je. Sampai KT dah masuk Subuh. Singgah solat kat masjid terapung. Ni kali kedua aku di masjid tu. Toilet kecik, orang ramai berbas-bas. Tak convenience langsung.

Teruskan perjalanan, hari dah nak siang. Dah banyak kete. Perut dah berkeroncong. Akhirnya sampai gak di KB lebih kurang kul 9 pagi. Berenti mandi kat masjid Kubang Kerian. Dari aritu dah singgah solat kat sini time nak balik. Kali ni pagi2 pulak. Sebelum tu dah usha2, banyak tempat mandi. Kebetulan pulak toilet lelaki pulak tengah renovate. Sibbaik tak de orang lain.

Siap berdandan sumer, terus carik sarapan. Jumpa pasar MPKB. Oh, kat situ rupanya, ingat kat mana lah. Makan roti canai yang kuahnya cam nak basi je. Abang dah nenong2 sikit. Mana tak nye, 12 jam drive, tak tido walau sepicing. Amboi bahasa aku. Pas sarap, naik atas, survey2 sikit. Oh, situ banyak tudung bawal. Batik tak banyak. Pastu kami terus ke supplier. Lama gak memilih. Sampai abang pun dah tak bleh bagi pendapat dah. Senoneng abis dah tu. Maka, cepat2 lah kami cari hotel. Sibbaik dah kul 1 lebih. Hehehe lama tak lama lah kan. Bayang dan kira kan je sendiri. Kali ni duk Hotel Azam, sebelah Hotel Suria tu je. Tukar lah pulak. Tak beza pun rate dia. Standard la 2-3 bintang. Cuma kat sini baru sikit. Masuk bilik solat, terus zzzZZZzzz.

Pukul 4.30, aku bangun, solat dan keluar. Abang sambung tido lagi. Pergi PSK, nak carik tudung Yayu. Punya lah susah nak cari warna hijau kekuningan. Dah jumpa warna, sulam nya pulak tak berkenan. Last2 pukul 6 baru jumpa yang berkenan. Aku pun sambar 2 lai. Suka! Pagi tadik pun supplier kasik selai tudung. Kalo tiap kali ambik stok dapat tudung, takyah beli lah nampaknya. Yang lepas dia kasik kain pelikat untuk abang ngan Najib. Time kasih la Kiah...

Pastu aku gi Mydin pulak. tujuannya nak beli shoulder pad. Dapat lah 2 dozen pasang. Jimat banyak tu. Pukul 7 baru aku balik bilik. Lepas mandi, solat, kami kuar makan. Pergi jauh2 nak jalan2 carik makan, last2 makan McD je. Aku makan McChicken, abang BigMac. Dah lama tak makan, sedap lah pulak. Pas makan, aku terus balik bilik. Konon nak tengok konsert AF. Petang tadik dah tengok ada channel astero. Tapi, kita takleh control sendiri. Orang kat reception yang control. Maka dia tengok bola. Huargh!!! Dia boleh bukak time penyingkiran jek? Dush!

Ahad 29/4/07

Ari ni dah takmo jalan lagi. Kali ni santai sikit. Lepas check out, terus balik. Bagus kan? Carik kedai makan tepi jalan pun tak jumpa. Last2 makan tengahari kat Setiu. Tak ingat pulak nama tempat tu. Tapi ada R&R lah. Aku makan nasik lauk daging kicap ngan kuah lemak pucuk paku. Sedapnya... Abang makan ikan keli. Pun sedapnya...

Sampai KT baru pukul 3 lebih. Terus gi Pasar Payang. Dah pergi KB ni, tengok PP tu macam takde apa je. Pusing2 situ gak. Beli kopok sira berlada je sedozen. Pastu pergi Kampung Losong. Sesat sikit jek. Best nya, banyak gerai kopok lekor. Singgah yang hujung sekali. Gerai Kak Yah. Erm... very maju perniagaan derang nih. Beli kopok kering ikan tamban 6 bungkus = 3 kilo. Kopok lekor rebus RM 10, goreng RM 2. Nyam nyam. Makan sambil jalan. Kete yang jalan, bukan kaki.

Oleh kerana masih siang, boleh lah lalu jalan Jerangau. First time lalu jalan tu. Kata orang lagi dekat. Jimat sejam. Tapi non ado! Tak tau mana silapnya, sama je 3 jam sampai Kuantan. Ke sebab dah biasa jalan pantai tu ek? Entah ler. Lalu Jerangau, tengok je gerai limau madu yang terbiar. Kosong. Tak musim agaknya. Dulu tiap minggu aku beli limau madu seploh hengget bawak balik BP. Yang sekilo 3 hengget pun dah beso2. Paling beso baru RM 3.50. Murah sesangat. Manis pulak tu. Tak sama ngan siam punya. Takde rezeki nak makan limau nampaknya.

Singgah berenti isi minyak kat Petronas Al Muktafi Billah Shah (AMBS). Oh, kat sini rupanya. Selalu dengar atau tengok papan tanda je. Kali ni baru dapat lalu. Lebih kurang Muadzam Shah jugak tempat tu. Bandar buatan.


Masjid pandangan dari Petronas AMBS. Nampak pulak kawad pagar tempat aku ambik gambo tu. Very tak pro la...


Jambatan merentasi tasik yang boleh nampak dari tempat yang sama.


Gambar wajib snap tiap kali singgah Petronas.


Pintu gerbang AMBS. Bandar Penawar, Muadzam Shah pun cenggini suasananya.

Yang aku perasan jalan ni ada papan tanda ngan tulisan beso2. Lebih2 lagi bila ada selekoh. Siap ada selekoh maut, selekoh bahaya bagai. Tapi tak de lah bahaya pun. Tiba part yang betul selekoh, takde plak papan tandanya. Tak paham aku. Pemandangan, kelapa sawit. Tak heran akak. Celik2 mata aje aku dah tengok pemandangan tuh. Lain kali lalu pantai je lah. Boleh gak makan otok-otok ngan satar kat Geliga atau minum air jagung kat Dungun.

Dari situ, kami terus ke Muadzam. Sempat Maghrib kat Petronas. Aku suka solat kat situ sebab suraunya asing laki pempuan. Lepas Maghrib, makan kat Cafe Ridan. Dulu pernah sekali aku beli mi goreng kat situ. Sedap. Kali ni order mi goreng gak. Masih sama rasanya. Lepas makan, aku pulak drive, sampai lah ke rumah. Sekian.

Cop cop cop, nak sambung lagi. Sekian tu untuk kisah jalan2 tu jek. Sampai rumah pukul 11.30 malam. Dengan penuh semangat aku menyiapkan kain untuk shooting esok. Boleh? Lambat gak tido. Macam tak penat je?

Isnin 30/4/07

Pagi2 lagi aku dah shooting. Sampai tengahari baru siap separuh. Tak larat dah. Sambung lain kali. Dalam kul 3 gitu, abang kuar beli nasi beriani. Nyum nyum. Lepas makan, kami pun bersiap balik Kota. Yiiiha! Terbukti! Memang tak penat. Pukul 4.30 baru bergerak. Lalu jalan biasa. Singgah Petronas Bandar Tenggara je. Sampai Kota lum Maghrib. Berenti Maghrib kat surau Pasak. Pastu terus balik Semenchu. Dah janji nak tido AT5 ngan Yayu esok. Sampai2 je terus dijamu ngan ubi goreng. Belasah je. Ubi goreng aku bleh tahan lagi. Kalau ubi rebus...adeh. Pastu makan nasik sikit. Mak dah masakkan telur dadar, jamah lah sikit.

Selasa 1/5/07

Selamat Hari Pekerja. Sebagai seorang bukan pekerja, aku tak rasa apa2 pun. Duk rumah je. Ikut kan tiap kali 1 Mei ada karnival sukan kat Tanjung Balau. Sejak aku kecik lagi. Tapi memikirkan siap ada promo kat radio Era lagi, harus lah sesak kan. Baik bersukan kat rumah jek. Tengahari makan lauk ketam masak lemak cili api. Ketam apa tah, kecik2 tapi isi banyak. Nyum nyum. Abang Yus pun datang tengahari. Sorang. Baru balik dari Tanjung Balau.

Petang, lepas Asar baru balik AT5. Mala ada lagi. Dah abis ari. Ari Sabtu nak buat kenduri potong jambul pulak. Anak dia sebijik muka bapaknya. Bulat. Jenis cam Nurin, senyap je tak nangis2 dalam hari. Karang kuat nangis lah tu. Ikut teori mak, kalau dalam hari kuat nangis, abis ari tak banyak buat perangai. Gitu lah vice versa. Tapi dah pandai berbual tu, baru pat ploh ari. Ramah. Nama dia Nurul Ain. A'ah kan? Sekarang dah abis musim nama Nurul kot? Rasanya tahun 90an je ramai Nurul ni.

Petang sembang2 ngan abah pasal produk jade. Sekarang ni (sejak aku balik yg lepas) musim jualan produk jade dari Korea dan Jepun di FELDA. Setakat ni yang aku tau dah masuk Semenchu ngan Sungai Mas selain AT5. Kekdahnya, derang buat sesi demonstrasi dan penerangan setiap hari dengan pelbagai ganjaran. Memula dulu dia kasik minyak masak 5 kilo. Pastu 2 kilo. Kekadang sabun basuh jenama Ilsung, pencuci sayur pun ada. Sekarang dia kasik barang plastik. Baldi, gayung, bakul, pinggan, mangkuk. Segala macam lah. Sehari ada 3 sesi. Pagi, petang, malam. Sape rajin datang, dapat lah banyak barang tu. Jangan tak tau, abah pergi tiap pagi tau. Maka banyak lah dapat 'hadiah' tu. Tapi takkan asik nak dapat je, kan... Kena lah beli gak. Derang jual barang berperingkat2. Dari tali pinggang, bantal, tilam, krim, sabun. Segala macam lah. Abah dah 'ter' beli tali pinggang. Tali pinggang tu ala2 girdle la. Bezanya ada beberapa bijik batu jade kat keliling tu. Pakainya bila2 masa. Tapi nak senang time tido lah. Betapa kuatnya tindak balasnya, sesiapa yang pakai tu bleh demam tau. Abah pun baru baik demam 2 minggu. Jiran2 pun sama. Abang pun try lah pakai sekejap. Tetiba malam makan bertambah2. Konon effect dia lah. Piiirah!

Abah ada beli krim jade. Menurut cite nya time demo tu, derang simbah air mendidih kat tangan dia, bukan tanagn abah, demonstrator tu lah. Pastu dia sapu krim tu. Esok pagi, tengok dah baik dah tangan dia. Aku pun try le letak kat tempat kena gigit semut baru ni. Arini dah kering dah. Ceh, tak tau lah betul ke tidak, tapi boleh tahan gak lah kesannya tu. Mala kata masa dalam ari dia sapu kat 'perut', membuak gak le darah kuar. Pastu rasa lega 'perut'nya. Ye lah tu.

Mak ada beli sabun, cuci muka. Konon boleh hilangkan jeragat. Belum nampak kesan, baru je pakai. Hehehe itu lah kisah marketing strategi yang amat mantap. MIL pun dah hint2 nak beli tali pinggang tu, tapi BIL tak kasik. Tak tau lah tu. Kata mak, orang yang datang tiap2 ari tu kata demonstrator tu ala2 ada ilmu sikit ler, kasik orang suka, nak datang jer. Mesti kuat pelaris tu. Orang Melayu. Eh, lupa nak bagitau harga barang2 tu. Dalam takde hasil tu , orang FELDA sekarang mampu beli gak tau. Belt tu harganya RM 390. Krim, RM 60. Tilam ada yang seribu lebih, ada yang 2 ribu lebih. Bantal sebesar bantal baby, seratus lebih. Biar lah. Orang tua kan. Bila lagi nak merasa benda tu sumer.

Malam makan lauk asam pedas ikan pari. Aku kalau ikan pari ni kureng lah sikit. Kalau asam pedas ikan mayung mak memang maveles. Apa2 lah asam pedas selain ikan pari, asal mak masak, aku suka lah.

Rabu 2/5/07

Pagi sarap ubi rebus. Sakit perut gue. Tengahari masak biasa je sebab abah lum 'belanja'. Kedai D'Mart tutup lama, baru arini bukak, maka berdoyon tiba lah satu kampung nak belanja. Dah petang baru siap. Kata abah, scanner ada satu je. Camno? Yang bagusnya, kalau beli cash, ada delivery service. Bagus bagus. Tak tau lah dia charge ke tidak. Dia naik motor roda 3 je anto barang tu. Masa kecik2 dulu, time belanja tu lah paling best sekali. Abah akan bawak satu guni baja. Barang sumer masuk dalam tu. Masuk buku. Cukup bulan tolak gaji jer. Pernah sekali kaki aku dihempap tin susu lepas balik gi belanja tu lah. Apa jadi kat kaki aku masa tu ek? Tak ingat. Dulu, beli minyak tanah pun kat situ. Kena pam sendiri. Nostalgia lah pulak...

Pukul 3 petang, kami pun bergerak nak balik. Bawak Mala gi umah Along. Sempat minum dulu mentara tunggu Yayu. Rumah Along tengah renovate. Abang Long ada tapi tengah tido, layan bola malam tadik. Pagi sebenonya. Jumpa Yayu kat bus stop ladang Tai Tak, terus gi JB. Saje, jalan2 buang duit. Opss, berkongsi rezeki.


Pemandangan biasa di langit kampung kami. Laluan utama trafik udara.


Papan tanda ala batu nisan. Semua FELDA sepanjang jalan Desaru ni ada papan tanda yang sama. Mengingati mati.

Memula pergi Jusco Tebrau City. Pusing2 tak beli apa. Berkenan blouseArcadia, tapi KIV dulu. Masuk Speedy, terbeli DVD Mukhsin. RM 13.90 jek. Murah nyer. Tak lama kat situ. Pukul 7 gak kuar. Ajak derang makan mee rebus Stulang Laut. Tempat wajib singgah kalo gi JB. Order tauhu bakar gak. Boleh lah. Ada menu baru, nasi lemak berlauk, tapi tak order pun. Aku makan mee rebus special. Eh, dah takde kerepek ala2 tempeyek lak. Dia kasik ayam ngan cendawan goreng tepung. Sedap.


Tauhu bakar yang boleh lah tahan kat restoran mee rebus Stulang Laut.


Ni lah mee rebus nyer. Makan sambil menikmati suasana tepi tambak menghadap pulau Temasik.

Abis makan, kami pun berpisah. Derang nak gi hospital plak, melawat kawan Najib kat ICU. Kami terus balik lalu Kulai. Sepanjang jalan aku macam hilang ingatan sikit. Tetiba je dah sampai rumah. Ke, aku tertido? Tak rasanya. Kompius...


Khamis 3/5/07

Pagi abang ada taklimat induksi ngan BTN. Aku mendobi kat rumah. Tengahari abang balik sebab takleh buat keje, tak bawak lap top. Petang nak sambung shooting, bateri camera plak kong. Kena lah tunggu charge dulu. Mentara tu kuar makan kat Seri Kenangan. Kira makan malam lah. Malam Jumaat kan ada makan2 kat surau. Kalau takde pun, dah makan dulu. Lepas Isyak abang balik bawak nasik lemak sedap yang biasa tu. Tengok 24. Geram nyer, dia bleh salah orang. Tengok gaya je dah tau Mariane tu yang jahat. Padan muka mati. Kat NTV7 pun ada gak, tak tau musim ke berapa punyer. Aku kalo tengok 24 memang emosi sikit. Suka ar ngan Jack tu. Tak hensem tapi macho. Kira macam Shah Rukh Khan lah... Hihihi. Malam abang tolong shooting sekali. Cepat sket siap.

Jumaat 4/5/07

Ari ni kerja meng upload dari pagi lagi. Tengahari dah boleh publish. Lega. Petang Yayu SMS bagitau nak singgah anto surat PTPTPu. Kul 6.30 gitu baru dia sampai. Aler.. macam tak luak je loan aku tu. Sebulan je dah bertambah RM 30+ yang kos pentadbiran tu. Huh! Takpe, pasni aku bayar sekali banyak, bio cepat sket abis. Lepas Maghrib Yayu pun beransur ke Muo lagi, umah abang Najib plak. Ke, umah akak dia aritu tah. Lantak ler. Petang abang bawak Ulin ngan barang2 dia. Dah abis exam dah.

Sabtu 5/5/07

Tarikh posting 4hb, tapi ni dah masuk cite 5hb lah pulak. Sukati lah. Pukul 11 pagi, kami keluar. Anto Ulin ke bus stand. Makan dulu kat kedai mamak. Aku makan mi goreng. Boleh lah. Orang Melayu yang masak, tak sama ar ngan mi goreng mamak. Asalnya nak terus ke Melaka, tetiba ada benda teringgal plak. Balik umah dulu. Pastu terus ke Melaka. Tujuannya nak ambil barang Ila pulak. Dia dah nak grad dah. Ada 2 paper lagi. Jadi kami bawak sebahagian barang dia, next week In pulak gi ambik barang ngan tuan barangnya sekali. Pun nak singgah umah aku tu.

Singgah Tesco Melaka solat Zuhur ngan beli barang sikit. Ila pesan Milo. Kami beli buah ngan biskut sikit buat bekal abang gi kursus. Pusing2 kat situ, ada pulak pengumuman kanak2 hilang. Budak Cina. Selalu kalau dengar berita, kemalangan ke, hilang ke, mesti tunggu nak dengar, orang apa. Kalo bukan Melayu je, rasa macam lega gitu. Tak kisah lah orang nak cakap apa. Bukan aku sorang yang cenggitu. Ke, kemanusiaan aku ni kureng ek?

Sampai umah Ila dah kul 4. Macam jauh jek. Padahal 2 jam je. Lepas angkut2, kami pun blah. Rumah dia kira depan je ngan UiTM tu. Nama jalan dia Jalan Dimensi xx. Taman Dimensi agaknya. Unik. Kami masuk dalam UiTM jap. Pusing2 dalam tu. Ada tasik. Berbukit sikit. Kalo Dungun ngan Penang nyer tanah rata je. Time tengah pusing2 tu, Ila call, tertinggal lemari plastik plak. Kuar U, gi umah dia balik. Pastu, terus menghala ke Melaka.


Pintu masuk UiTM Melaka. Ada trade mark Melaka lagi. Tangga batu.

Tak singgah lagi. Terus ke Muar. Sampai Muar dah dekat kul 6. Saje lah cari tempat makan. Try cari gerai mee bandung yang Nana ngan Ramlah Ram sebut dalam carta Era dulu. Tengok kat bus stand express, takde. Rupanya kat bus stand biasa. Ooo dah bukak balik tempat tu. Dulu dia renovate, pindah ke stadium. Dah lama beno. Masuk2 je terus nampak sign board dia. Abang Sayang. Aku makan sepinggan. Abang makan nasik goreng ayam. Nasi goreng ngan ayam goreng yang dicincang dan dicampur sekali. Nasi goreng ala2 gerai yang selalu aku pergi time kat Kluang dulu. Tepi sungai, belakang Coronation. Lepas tau tempat tu kotor, dah tak pergi. Mee bandung, memang tip top. Rasa mee bandung sebenar. Lain kali mesti singgah situ lagi.


Masjid Kedua Muo dilihat dari gerai mee bandumg Abang Sayang.


Ini lah mee bandung nya. Tak banyak sangat. Mungkin lain kali kena order 2 pinggan ler.


Otak-otak Kempas kot sebab pedas sikit. Kalo JB punyer tak pedas. Tapi aku suka Kempas punya.

Lepas makan, cari surau. Mujur ada kat atas bangunan tu. Ramai budak sekolah melepak tempat tu. Macam2 gaya. Pastu terus balik. Sempat beli tauhu panas kat pasar malam pesta.

Hari ni Ahad 6/5/07

Pagi abang beli soto ngan roti canai. Lepas Zuhur, gi hantar abang ke Uni. Abang ada kursus kat Shah Alam 7-9hb. Pergi ngan kawan2. Maka, aku tinggal sorang ler sekarang. Sob sob sob. Tingin nak baca kartun Aku Budak Minang ngan Aca lah. Kena cari ni...

Adeh, sakit perut aku tengok badminton ni, Final SIngapore Open bergu Choong Tan Fook ngan Lee Wan Wah lawan China. Excellent defend! Mesti tengok ulangannya! Tapi... Huargh!!!

http://ayunasia-batik.fotopages.com/ - Trippy Text

Friday, 13 April 2007

Raya? Gilo Ko Opo?

Aku baca arkib seseorang. Tetiba nak cite pasal raya. Oh tidak! Aku belom gilo lagi. Saje. Tak bleh ek?

Aku selalu dengar, orang cakap, raya sekarang dah tak macam dulu. Dah tak meriah. Kalau ikutkan, yang lain nya cuma takleh main mercun. Itu je. Event lain masih sama. Sembahyang raya, baraan, beraya, makan2. Adakah bebudak sekarang rasa raya tu meriah seperti mana aku rasa meriahnya raya dahulu? Dan adakah abang2 atau mak aku rasa raya time aku rasa meriah dulu tu tak meriah macam aku rasa sekarang terhadap budak2 sekarang?

Raya dulu, seronok dapat dan bagi kad raya. Raya sekarang, seronok dapat dan hantar SMS 'raya'.

Raya dulu, seronok beraya keliling kampung, even tak kenal pun tuan rumah. Raya sekarang seronok tour open house setiap hujung minggu.

Aku rasa kat mana2 pon raya, zaman bile pon, yang seronoknya ialah dapat berkumpul satu keluarga. Betol tak? Masa ni lah semua boleh balik kampung serentak.

Mungkin skop pemikiran aku agak sempit sebab aku merupakan generasi ke-2 FELDA. Maknanya kampung halaman aku merupakan tempat baru bagi orang tua ku. Tiada datuk, nenek atau moyang dalam komuniti tu. Bagi aku, zaman kanak2 dan remaja generasi ke-2 ialah kemuncak Hari Raya. Mungkin parents kami ada zaman kemuncak hari raya mereka sendiri semasa muda dulu. Tapi macamana pulak dengan dengan generasi ke-3? Adakah mereka merasai kemuncak hari raya seperti kami? Atau mereka rasa raya tu biasa aje. Adakah sekadar dapat pakai baju baru, makan ketupat, kuih-muih raya, tengok AF Raya, tengok filem best2 dan kutip duit raya dari generasi ke-2? Adakah mereka menikmati raya seperti kami?

Gilo ko op aku ni? Dah lah post pasal raya tak kena masa, entry pulak mengarut plak. Jap, tanya abang samada aku gilo ko tidak.

Thursday, 5 April 2007

Repeat Customer

Apa maknanya bila anda mendapat repeat customer? Satu, dia berpuas hati dengan servis atau produk anda, dua, tiada pilihan lain. Kedua-duanya makna yang bagus. Pertama, jika kedai makan, dia akan datang lagi kerana makanan sedap, murah dan bersih. Sedap semata-mata takkan menjamin repeat customer jika kedai anda kotor dan harganya mahal. Begitu lah ia saling berkait. Kesemua faktor ini mesti diblend sebati.

Kalau servis jahitan (kes aku), jahitan anda kemas, upah murah dan siap dalam masa yang dikehendaki. Kalau jahitan tak kemas, komfem dia takkan tempah kat anda lagi. Kalau mahal, mungkin dia akan datang lagi, tu pun kalau semua kedai lain dah tak ambil tempahan time dekat nak raya. Waktu biasa2, tak hingin dia nak tempah kalau mahal cenggitu. Dan kalau tak boleh siap seperti yang dijanjikan, jadilah macam abang bila mana baju nya tak siap padahal lagi seminggu nak pakai (kenduri kawin bertandang rumah dia). Padahal dah hantar 3-4 bulan dulu lagi. Sampai terpaksa beli yang lain, mujurlah ada tenpat yang terima tempahan walaupun dateline nya seminggu. Dan kekal lah dia sebagai tailor baju melayu tiap2 tahun selepas itu. Dan makna kedua tu bagus sebab anda tiada saingan. Tapi, kualiti2 tersebut tadi masih perlu dijaga kerana kos mendapatkan customer baru adalah jauh lebih tinggi berbanding untuk mengekalkan yang sedia ada. Ya. Sekali anda mendapatkannya, tangkap, dan gari lah dia agar dia tak lari. Prinsip ini mesti dipegang oleh setiap usahawan. Sekian sesi ceramah hari ini. Terima kasih.

Sebenonya nak bagitau, aku dah dapat repeat order sejak memulakan kerja menjahit ni. Tak mahu takbur dan bongkak, tapi aku akan berusaha untuk mengikat mereka agar tidak bertukar kepada yang lain. Tapi kalau nak raya sok, dah tak mampu, tak mau lah aku menyiksa diri kan. Mana nak kerja lagi, mana nak menyembat lagi. Habis, takyah uruskan rumahtangga? Jadi, kalau aku terlupa nanti, harap ada yang menyedarkan. Ok?

Nak sambung cerita kawan sepermainan ku...

IJAH

Ijah ni nama penuh dia Siti Nurhaliza. Ececeh takde lah. Takde Nur pada nama dia dan ada H dihujungnya. Kami sekelas dari darjah 5 iaitu semenjak kelas dipecahkan mengikut prestasi. Tiada dakwa dakwi lagi. Mesti lah aku dalam kelas pertama. Biasa lah, blogger lah katakan. Tapi, kami tak berapa rapat waktu. Mungkin sebab dia duduk jauh dari group aku dalam kelas. Tapi semasa darjah 6, kami se'geng. Ya. geng Sweetheart. Kuikuikui. Gossip dia dan Grepes telah bermula sejak darjah 5 lagi. Macamana gossip tu bermula, aku pun tak perasan. Mungkin sebab diorang duduk sebelah2 kot. Tak padan kecik, dah pandai gossiping.

Masuk sekolah menengah, Ijah sorang2 dari AT5 yang tercampak dalam kelas 1 Falah. Yang lain budak AT4 dan Semenchu. Jadi, aku pun tak geng lagi ngan dia. Apatah lagi, aku berpindah pula ke SMBM selama hampir 2 tahun. Bila aku pindah semula ke SMS, aku dimasukkan sekelas ngan Ijah. Ya, 3 Falah. pada hari perpindahan aku tu, aku sepatutnya dihantar ke kelas 2 Falah di bangunan 3 tingkat sana. Aku dah tahu dah, kelas tu kat bangunan tu, tapi kenapa cikgu Penyelia Petang (Cikgu Halim) ni bawak aku menuju ke bangunan 1 tingkat? Aku ikut je lah. Lepas cikgu Halim masuk kelas tu untuk memperkenalkan aku dan kemudiannya menyuruh aku masuk, akupun bersuara, "Cikgu, saya tingkatan 2, bukan tingkatan 1." Lerrr cikgu Halim sudah suruh aku masuk dalam kelas form 1 da... Kelas In, adik ipar aku tu.

Selepas itu, baru lah aku dibawa ke kelas 2 Falah. Ala... tempat aku bertemu ngan abang pertama kali tu. Hehehe. Dalam kelas tu, aku duduk di belakang Ijah. Masa minggu pertama tu aku duduk ngan Masidahyu sebab Emyllia tak datang. Sejak tu sampai tingkatan 4 aku sekelas ngan Ijah, sebelum aku masuk asrama. Kat rumah dialah aku tunggu bas bila aku pergi bas trip pertama pukul 6.15 pagi sebab dah janji nak dating kat belakang kelas. Kuikuikui. Tak baik betul aku ni. Time abang takde lah aku dating. Abis, abang dating ngan S*** boleh plak? Kalau naik bas trip kedua dan nak naik, tak sempat ler nak dating... Takde lah, aku rasa cuma 2 kali je kot aku dating dalam setahun tu. Selain tu aku saje datang awal sebab nak baca buku. (sebenonya supaya dapat nampak pakwe pagi2, naik satu bas hihihi tak senonos tau!)

Dengan Ijah juga aku pergi beraya ke Semenchu masa form 4. Tak berani gi rumah abang, pergi sebelah rumah abang pun jadik la. Kawan kitorang jugak. Ijah pun sempat dating ngan Faizal kat situ. Kikiki. Baca kisah ni macam maaaaaaaaadang dating je kitorang ni ek? Takde lah. Setahun sekali jek sebenonya.

Ada kes sebelum Ijah couple ngan mamat tu sebenarnya. Masa tu awal2 form 4, aku lum masuk asrama lagi. Satu hari, Ijan telefon aku bagitau ada orang nak berkenalan ngan aku. Huhuhu gabra gua sekejap. Apa kejadahnya semua ini? Ada ke yang sudi nak berkenalan ngan aku? Tapi, masa tu , mungkin mamat tu lum pasti lagi siapa sebenarnya yang mana satu orang nya. Tak paham aku, camana lah, boleh 'minat' tapi tak pasti. Maka, Ijan bagitau, petang esok, derang nak datang rumah aku untuk membuat verification. Aiyooo macam hape je bunyinya diri ku ini. Untuk cover situasi tu, aku suh Ijan cakap kat abang, aku nak pinjam buku cerita. Kak Zela ada banyak buku cerita sebenonya. Kalau tak salah, aku nak pinjam buku Black Widow. Maka, petang tu, derang pun beramai2, tah bape motor tah datang rumah, konon nak kasi buku cerita tu lah. Uiyooo berani tul budak2 tu datang rumah aku. Tapi tak masuk lah. Balik tu Ijan pun telefon. Sebenarnya dia sudah salah orang. Orang yang nak diberkenalankan tu sebenarnya Ijah, bukan aku. Tu lah mamat tu yang aku sebut namanya di atas tu. Selamat aku. Kalau tak, tertutup lah peluang aku nak mengeratkan hubungan dengan mamat ni (abang ler tu). Tak baik cakap 'kalau' la... Memang dah jodoh aku kuat dengan abang, apa2 pun rintangannya, kalau dah tertulis dia jodoh aku, itu lah yang terjadi. Syukur...

Selepas SPM, aku dan Ijah sama2 pergi mintak kerja di kilang VS Industry. Kami kerja sama2 selama 2 bulan sebelum aku bertukar2 kerja. Nyesal aku berenti dulu. Heeeeee. Bila keluar result SPM, Ijah ditawarkan ke matrik di SMS Muar. Dua tahun kemudian dia menyambung pelajaran di UMS dalam bidang Kejuruteraan Kimia (kot). Terkini, setahu aku dia lum kawin dan masih kerja di kilang Flairis kat Kota. Dia turut datang pada majlis perkahwinan dan pertunanganku. Itu lah kali terakhir aku jumpa dia. Rumah dia cuma sepelaung je ngan rumah aku. Sepelaung abang lah, suara aku kurang tinggi ampltude dan frequncynya. Hihihi.

Aku rasa, macam takkan cerita mengenai Nonon dan Rapiah. Cukuplah aku kenalkan dia sebagai kawan sekolah rendah aku. Kawan sekokurikulum, sekelas tambahan dan sepermainan. Ramai lagi kawan2 yang aku sentiasa ingati; Zakiah, Yana, Ana, Mes, Zura, Sila, Sarini, As dll. Kawan lelaki sekolah rendah yang pernah aku lepak rumah derang pulak antaranya; Farid, Helmi, Nizar, Nizam, Anizan dll.

Tak lupa kawan2 sekolah menengah SMBM; Lynn, Thid, Mas, Suas, Rozie (sama UiTM so, selalu jumpa dulu), Ju dll. SMS plak; Ayu, Melly (kawan baik masa form 3), Miah, S***, Ipah, Zaimah, Lynn, Idah dll. SMSJ; Fara, Omel, Haza, Azza, Suli, Fezza, Wanie dll.

tambahan
Aku ada kawan sekelas masa tingkatan 1 dan 2 di SMBM. Namanya Mohd Yusari bin Kliwon. Dia ni kelako budaknya. Sentiasa bersongkok. Masa form 4&5 aku selalu jumpa dia kat bus stand Kota time nak balik asrama sebab dia sekolah kat vokay Kota. Lepas SPM, aku kerja sama ngan dia kat kilang PNE Elektrik. Masa tu aku QC Inspector. Kami selalu borak2 sambil aku jaga line. QC Inspector tak check2 reject. Aku jaga quality di production line.

Pada tahun Jun 2005 aku membaca berita mengenai seorang pilot TUDM terhempas di Labuan. Ya, dialah pilot tu. Gambar dia bersanding terpampang besar gedabak di akhbar BH. Tak mungkin aku salah orang. Kali terakhir aku berjumpa dengan dia di UTM Skudai masa konvo diploma abang. Masa tu aku tegur dia. Dia berpakaian tentera warna putih. Kami berbasa-basi tak sampai 5 minit. Tak sangka itu kali terakhir aku melihat dia. Al- Fatihah.


Ya. Aku tak ramai kawan. Tapi aku masih mengingati mereka semua.