Monday, 20 July 2020

Sinar Mentari Oh Korea - Part 5 : Yonsei University

Baca entry sebelumnya Hanyang University


Hari Selasa besoknya, kami pergi ke Yonsei University. Uni ni dekat je dengan guest house kitorang. Dekat tak dekat la. Dalam 1km gitu. Memang diorang pilih guesthouse tu pun sebab dekat dengan uni ni. Semalam masa jalan2 kat shopping mall dekat guest house tu aku perasan ada jalan underground menghala ke uni ni. Tapi tak tau la panjang ke tidak jalan tu. Bukan apa, kalau berjalan ikut bawah tu kurang la sikit sejuknya tu. Tapi masa kami pergi tu diorang ajak jalan ikut atas. Boleh la cuci mata kedai2 tepi jalan. Stret starang je jalan tu.


Sesampai je kami kat situ, masih awal la pulak. Janjinya pukul 9 kot. Ingat jauh, tu yang gerak awal. Rupanya dekat je. So, sementara nak tunggu tu, kami lepak la kat dalan bangunan dia. Luas, lapang dan bersihnya lahai. Ok, bab bersih tu betul kat tempat tertentu kot. Kalau kat tepi2 jalan tak bersih sangat la. Kalau banding ngan jepun. Kalau banding ngan malaysia kira bersih la. Sebab akupun dah duduk malaysia sekarang ni, maka kita compare dengan malaysia la kan.

Berjalan masuk ke kawasan Uni.

Lapang dan luas je.

Cantik.






Yonsei University

Di dalam bangunan yang aku kata bersih tu.


Lepak2 menunggu masa


Aku tak ingat dah apa yang kami buat mula2. Tapi yang aku ingat kami masuk ke dalam lecture hall untuk presentation oleh student2 master dan phd dari pihak uthm dan this uni. Pastu ada seorang student dari malaysia kat uni ni. Eh tak ingat lah.

Student YuTHM

Student YuTHM lagi.

Ni student sana kot.
Dah habis tu, kami di bawa jenjalan sekitar uni. Pergi library dan kedai koperasi dia. Biasalah, nak beli souvenir.



Kat library.

Bila masuk lalu sini, dia akan reserve seat siap2.




Study area.



Ada beanbag tempat lepak2 study dan stido.

Tu maca stido je?


Last sekali kami gi kedai koperasi.
Dari situ, kami dibawa pergi ke Namdaemun market. Kat sini la tempat beli brooch dan souvenir2 lain. Untungnya member tu dah biasa. So dia bawak terus ke kedai yang biasa orang malaysia pergi. Sebab kedai ni je yang jual brooch2 jenis yang orang malaysia pakai. Yang lain tu macam tak sesuai dengan kita yang pakai brooch kat tudung nih. Tapi memang puas hati lah beli brooch korea ni. Dia punya berkilat tu tahan lama dan menyilaukan mata gituh. Berbaloi sangat.

Selain brooch, kat sini juga ada area jual cadar2 dan selimut, periuk belanga dan souvenir. Memang kami borong souvenir kat sini je. Selain tu, aku juga ada beli comforter. Eh nyesal pulak aku beli selai je. Sebab ringan je selimut nya. Masa beli tu aku suruh dia pack sedut vakum terus. Memang cantik lah!

Row ni jual brooch kesukaan rakyat malaysia.

Rambang mata uols.


Keluar dari market ni, dah nak malam. Sekali tengok, snow turun! Wowwiii ni baru betul winter sonata haha. Ok, Snow ni memang sangat dinanti oleh mereka yang lain. Kecuali aku haha. Bukan lah tak suka, tapi dia menambah sejuk yang memang dah -14 degree tu. Sejukkkkkk!!!

Hujan snow tapi takde payung.
Dari situ, kami pergi ke Myeongdong. Ni tempat wajib kot kalau pergi korea. Dia sejenis shopping street yang banyak menjual skincare dan juga street food. Aku follow je member yang dah lama duduk situ. Apa yang dia makan, kita makan. Banyak je jual lobster la haper la. Tapi dengar cerita status halal kat situ tak boleh percaya sangat. Tapi aku sempat la beli benda alah egg bread ni.

Roti telur kuaci.

Sebelum balik, kami lepak2 kat cafe Beans Bins. Makan waffle, minum kopi.

Waffle strawberry. Makan share ramai2. Sedap.

Waffle coklat pun sedap.







Pastu kami pun balik. Rasanya balik tu kami makan megi kot.


Sunday, 19 July 2020

Kisah Dr. Suami



Syukur Alhamdulillah, setelah 3 tahun kami pulang dari negara Jepun, akhirnya pada 25 Mac 2020 yang lalu, encik suami telah pun bergraduasi dari pengajian PhD-nya dan kini menerima gelaran Dr. di hadapan nama. Atau lebih tepat lagi, Ts. Dr. Ts tu gelaran Technologist, dapat dari Malaysia Board of Technologist (MBOT). Sekarang baru lah boleh sambung cerita closing pasal kepulangan kami yang 3 tahun lepas tu hehe. Dulu malas nak cerita sebab nanti mesti orang tanya, dah habis belajar ek? Dah grad eh? Dah dapat Dr. eh? Ye lah, bila orang dah tanya tu, kadang2 terpaksa aku cakap dah, ya, a'ah. Walau hakikatnya tidak, hmmm, belum. Mintak mahap la ya.

Dengan itu juga, ini bermakna, aku dah takde sebab nak pergi jepun lagi dah, selain alasan nak balik kampung. Tambahan pula sejak zaman covid ni, macam semakin sayup2 je lambaian sakura tu. Sebenarnya aku sepatutnya pergi ke sana semasa majlis graduasi tu, tapi covid dah melambai terlebih dahulu. Maka kempunan lah aku nak makan2, jalan2 huhuhu. Sebelum cerita pasal trip tak jadi tu, baik aku cerita sikit kronologi kejadian grad nya encik suami akhirnya ini.

Kisahnya bermula pada tahun 2018 apabila encik suami dapat kembali ke Meidai selama 3 bulan untuk menyelesaikan research yang tergendala sebentar itu. Sebentar tak sebentar sangat lah. Dekat 2 tahun juga. Tapi kalau emas, emas lah jua. Dibuang tetap berharga gitu kan. Kebetulan research beliau yang terakhir sebelum balik dulu menggunakan material emas hehe. Okeh, dipendekkan cerita, selepas balik dari 3 bulan tu, encik suami terus berhubung dengan supervisor beliau. Aku pulak memainkan peranan sebagai pusher. Sekejap2 aku tanya, dah contact sensei? Sebenarnya yang belum settlenya ialah part publish paper. Syarat graduasi dari uni ialah minimum 2 paper. Yang pertama dah publish tahun 2016. Yang kedua ni yang lambat banyak.

Lebih kurang pada bulan September ke Oktober 2019, Arai sensei maklumkan ada jurnal yang encik suami publish paper pertama dulu ni calling for paper submission for special edition gitu. Tapi yang tak boleh blahnya, dia kata, possibility untuk paper tu accepted agak kurang. Dengan erti kata lain, jangan berharap sangat la. Betapa beliau under-estimate paper encik suami haha. So, encik suami pun cecepatlah submit paper ke sinun. Tapi sebelum nak sampai submission ke jurnal tu, nak lepas tapisan arai sensei je pun boleh putus asa dibuatnya huhu. Biasanya kena melalui co-supervisor dulu. Dah lepas co-supervisor baru dia hantar ke arai sensei ni. Memang kena keringkan hati lah. Tak lama pastu, dapat lah review dari reviewer. Banyak juga nak kena jawab. Berbakul2 jugak la kena maki 'stupid' ngan sensei sebelum nak reply review tu huhuhu. Kalau aku dah nangis dah tu. Sibbaik lah encik suami dah kebal. Cakap lah apa pun sensei, hari ni hari bodoh saya hahaha.

Akhirnya, pada 29 November 2019, paper kedua tersebut berjaya diterbitkan. Bayar pakai duit sendiri hokehhh. Takpe lah. Janji grad kan.

Dan bila paper dah publish, misi menyiapkan tesis/dissertasi lah pula. Part ni paling takyah bimbang sekali sebab sebelum balik tahun 2017 lagi encik suami dah sediakan tesis ni. Tinggal nak masukkan data je sebenarnya. So, dalam bulan Disember tu lebih kurang proses semakan tesis je lah. Sambil2 settingkan tarikh untuk viva/public hearing.

Tiba2 pada 16 Januari 2020, baru je aku masuk kerja selepas MC sebulan, encik suami kata dia nak pergi Nagoya. Bayangkan, hari tu hari Khamis, aku  baru balik parit raja, encik suami pulak baru balik dari KL (ada kerja yang setiap minggu kena gi KL), lepas maghrib kami keluar gi makan, time tu beliau cakap nak gi jepun, besok pagi! Apakah? Dan2 tu lah kami cari tiket flight. Mujur ada flight Thai Air kul 8+ pagi. Kenapa takleh tunggu hari lain? Sebab tesis  dan beberapa dokumen penting nak kena hantar hari Isnin depan tu. Makanya, malam tu jugak lah encik suami bergerak ke klia. Rasanya dalam pukul 2 pagi gitu. Seminggu jugak lah beliau pergi tu. Itu pun bertungkus lumus lah juga nak mencetak dan binding tesis tu. Tesis pulak bukan macam kita2. Hard cover binding. Dia macam buku.

Last minute booking. Sibbaik ada harga yang munasabah.

Rasanya time ni derang pergi sampai ke anjo ni mencari kereta untuk muyi.

Bersama rakan se lab, se viva, si galap. Orang egypt.

Aku yang suruh selfie2 ni. Kalau harapkan beliau, memang takde la gambo ke apa buat kenangan.

Benda alah ni je yang di bawa balik. Dah tu, tak tau nak kirim apa.

Dah nak balik semula.

 

Kemudian, dapat pula tarikh viva iaitu pada 21 Februari 2020. Time ni covid gelombang pertama baru tamat. Kira time beliau pergi jepun tu tempoh bertenang sebelum gelombang kedua kembali lah. Tapi masa tu belum ada kuarantin2 ni lagi. Cuma beliau pakai mask je lah kat opis. Tu pun orang ramai macam takut bila tengok beliau pakai mask. Macam pembawa covid dari jepun gitu. Kebetulan hari yang beliau balik tu ialah hari kapal persiaran diamond apatah tu melepaskan mereka2 yang negatif selepas 14 hari kuarantin. Mana lah tau kot2 derang naik katebang pulak ke kan. Tapi alhamdulillah, tiada apa2 berlaku selepas 14 hari dan hari2 seterusnya.

Sebulan kemudian. Flight yang sama.





Naik train dari airport ke Nagoya.

Sampai2 je tido rumah muyi. Futon kuuu!

Pergi jepun makan indon. Apo?

Bulan bali. Aku pun tak pernah makan kat sini.

Pastu besoknya check in hotel kat sakae.


Pernah menjadi lokasi makan kegemaran. Tahun terakhir dah tak pergi lagi dah.

Lalu ambik bau je.

Selepas viva si anas.

Makan megakebab je senang sebab kat belakang dai.

Besoknya hari viva si galap pula.

Makan megakebab lagi.

Saling memberi sokongan. Gitu.


Bersama supervisor tersayang, arai sensei.


Yang tu.

Dan pada hari Jumaat, 21 Februari, encik suami pun selesai viva dengan jayanya. Major ke minor? Kat jepun takde major minor. Sebab sebelum viva tu, tesis dah dihantar kepada panel untuk review. Kira masa ni lah kena buat correction ke apa. Pulak tu kan bulan Januari tu encik suami dah pergi print tesis kan? Masa tu lagi dah settle bab ni sebenarnya. Jadi, viva ni lebih kepada presentation dan sesi soal jawab je lah. Dan ia tak dipanggil viva pun. Cumanya, lepas habis tu, sensei panggil balik la untuk jawab soalan2 yang tak betul dijawab hahaha. Baru nak bergumbira dah kena marah lagi sebab tak jumpa sensei terus. Sempat lah beliau belikan pinggan noritake aku sebelum bergegas mengadap yang dipertuan sensei hihi.

Salah seorang panel.

Sempat belikan mangkuk hihi.

Masa untuk pulang. Time ni gelombang pertama covid tamat.



Dan di pihak aku pula, teruja dengan berita graduasinya encik suami, tanpa berfikir panjang, aku terus menempah tiket flight ke Nagoya dengan koreanair. Tapi bila dah beli tiket tersebut, baru aku tau yang baggage allowance dia cuma 23kg. Seco'et nau! Huaaa kemurungan seketika. Tapi, seminggu kemudian, tiba2 koreanair email bagitau yang derang terpaksa reschedule route KL-Incheon ke hari esoknya. Masalahnya route Incheon-Nagoya dia maintain pulak? Dia jadi clash lah. Sepantas kilat encik suami menghubungi koreanair untuk membatalkan tempahan. Luckily, mereka dengan senangnya membatalkan tempahan tersebut dengan full refund. Yahoo! Boleh lah tukar tiket JAL!

Pastu, aku pun meneruskan misi memburu tiket JAL pula. Dapat lah juga dengan harga RM200 lebih mahal. Tapi kira masih murah berbanding masa aku pergi sensorang aritu. Musim sakura pulak tu kan. Bila dah beli tiket, aku pun hantar permohonan ke luar negara. Sebenarnya time tu dah 50-50 nak pergi sebab kes covid dah makin meningkat. Kiranya, kalau aku pergi jugak, memang bertubi2 lah kecaman bakal menimpa ku. Tapi, pada 7hb Mac, secara rasminya Nagoya University mengumumkan bahawa majlis graduasi terpaksa dibatalkan atas sebab pandemik covid-19. Sedih lor. Menangis aku sebaik sahaja mengetahui berita tersebut. Namun apakan daya, Allah swt sebaik2 perancang. Yang penting, encik suami dah pun grad. Konvo tu formaliti je kan.

Kemudian, aku pun terus memohon pembatalan flight. Alhamdulillah, JAL memberi full refund walau pun kita sendiri yang cancel. Dan flight tu tak cancel pun sebenarnya. Sebab pada hari kejadian aku bukak flight radar dan nampak la flight tu tengah terbang. Flight 20hb Mac. Baru je start PKP.

Huhuhu (ditangisi).

Selepas tarikh konvo, muyi tolong ambikkan sijil encik suami dan anas sekali.

Yang diidamkan.

Akhir kata, Tahniah, Dr. H@irulazwan!




Thursday, 13 February 2020

Pengalaman Pembedahan Buang Fibroid

Tak sangka dan tak pernah terfikir bahawa pada suatu hari aku akan melalui pengalaman dibelah perut seperti ini bukan kerana beranak. Yelah. kalau mengandung tu mungkin la akan terfikir mungkin bersalin secara ceasarean. Tapi selain dari itu, sebab apa pulak nak kena belah2 ni kan. Kalau ikut pengalaman ahli keluarga, kak uni je kot yang pernah bersalin ceaser ni. Yang lain semua normal. Nak tanya pengalaman pun dah 27 tahun dulu kot. Berjaman! Maka aku pun google je lah. Mujur ada juga blog yang cerita secara detail. Tapi tak banyak lah. Yang banyaknya orang share pembedahan tebuk 3 lubang untuk buang cyst. Bunyi macam sama tapi aku rasa tak sama kot. Takpelah. Dah lepas pun. Oleh kerana sukarnya nak mendapatkan maklumat tersebut, ada baiknya aku sendiri menulis pengalaman aku sendiri untuk rujukan aku pada masa hadapan. Bak kata seseorang tu, ni kira rehearsal la. Untuk final gegarvaganza nanti hehe.

Kenapa dan bagaimana aku membuat keputusan untuk menjalani pembedahan ini, tak perlulah aku detailkan di sini. Kita straight ke kisah surgery tersebut je lah ya. Cuma yang boleh aku katakan, aku dapat tahu akan adanya fibroid di dalam rahimku ini pada hari sabtu, 7 disember 2019 dan dan2 tu juga aku setuju untuk dibedah pada hari jumaat, 13 disember 2019. Dah doktor tu bagi tarikh tu, aku pun terus ok kan je. Tak pikir panjang pun. Tapi sempat lah terpikir, mungkin ini cara Allah nak divertkan aku dari memikirkan kes kat opis yang menghantuiku itu kot. Sebulan cuti ni boleh lah tenangkan fikiran kot. Walau pun kerja tetap jalan (wasap opis tetap menderu), tapi tak perlu lah aku berhadapan dengan perkara tersebut. Kita PM tepi je hehe. Dan satu lagi yang menyebabkan aku tak fikir panjang tu sebab hari khamis tu ialah hari terakhir exam. Paper aku hari rabu, sempatlah tanda dan key in markah. Bukan banyak pun jawapan derang hehe.

So, hari khamis tu aku balik keje pukul 3pm, sampai rumah bih kurang pukul 5pm. Terus aku basuh baju siap2. Sambil2 tu, kemas baju untuk check in malam karang. Selamba badak je aku tak ambik cuti ke hape. Menurut kata doktor, kalau takde pape, hari sabtu dah boleh balik rumah dah. Gitu jek. Tapi aku standby baju untuk tambahan 2 hari lagi. Plannya nak gerak ke hospital lepas maghrib. Nak makan dulu. Sekali pukul 7.30pm klinik dah call, tanya dah sampai ke belum. Usahkan sampai, bertolak pun belum uols! Apa lagi, terus lah kelam kabut kami bersiap sebab derang kata kena sampai cepat sebab doktor nak check dulu. Klinik tutup pukul 10pm.
Tak sempat makan2, kami tapau kehepsi je, makan dalam kete. Aku makan zinger burger ngan wedges je. Tidakku sangka rupanya itu lah sumber tenaga aku selama 2 hari berikutnya.

So kami sampai di regency lebih kurang pukul 9.30pm. Nurse tu kata tadi datang sebelum pukul 10. Kira ok lah tu. Lagi pun tu salah derang jugak. Masa derang call untuk confirmkan aritu, dia kata datang je malam dalam pukul 9 ke 10 gitu. Mana aku tau nak kena check dulu ke apa. Ingat macam check in hotel je haha.

Sampai2 tu terus register kat emergency. Pastu menunggu lah giliran. Sambil menunggu tu ada la nampak 2 3 orang yang tangannya bercucuk iv tu. Sama kes nak operate besok la tu kot. Tapi memang ramai orang sebab hari khamis memang ada night clinic. Lepas doctor check, ambik darah dan cucuk kat tangan, aku pun dibawa ke wad. Memula dia ambik darah ikut tempat iv tu je. Sekali darah takmo keluar la pulak. Takut ke? Doktor tanya. Mau tak takut! Tapi tak tau lah apa kaitan takut dengan darah takmo keluar tu. Pastu doktor ambik darah ikut tempat biasa lah. Pelipat tangan. Kat situ aku dah biasa. Cuma aku punya jenis penakut ni, takleh tengok jer. So time doktor cucuk tu aku tengok lain hihi. Eh sebelum tu, lepas register tadi kami kena bayar deposit rm15k. Menjajo aku register maybank apps apa ke benda tah yang boleh transfer lebih 10k tu. Kalau guna website biasa dah tak boleh. Last2 dah masuk ward baru berjaya transfer duit tu. Sibbaik derang tak kisah kami tak bayar dan2 tu jugak. Yang cuaknya tu sebab dah dekat nak pukul 12 time tu. Kan kul 12 malam dah takleh buat online banking.

So untuk stay kali ni aku telah memilih wad seorang, rm250 sehari. Dah nama pun n0rasiah kan. Mana mahunya duduk beramai2 dalam wad tu kan. Karang nak kena bersosial pulak dalam tu. Tak kosser aku. Padahal bayar sendiri tu. Alah, anggap macam check in hotel tenera je la kan. Lebih kurang gitu gak rate nya. Tah aku rasa macam berbaloi je rate tu haha.

Dah masuk wad, nurse kasi makan ubat tido dan botol urine. Dan aku kena puasa mulai pukul 2 pagi tu. Tapi aku tak makan pun dah lepas tu. Baik tido. Pagi tu dalam pukul 5 gitu nurse datang cucuk antibiotik dan cucuk bontot. Tak sempat 5 minit, terus mencret haha. Lepas tu 2 3 kali gak la aku beri. Rasanya memang kosong abis la perut dan usus aku sebelum pembedahan tu.

Pagi jumaat, aku cuma menunggu je. Tapi aku dapat agak yang giliran aku belah petang kot, sebab ada 2 3 orang yang masuk dulu malam tadi. Dia ikut giliran tu kot. Tengahari lepas encik suami gi solat jumaat dan makan pun aku belum dipanggil. Sehingga lah pukul 4+ petang. Berjanggut menunggu.

So, lebih kurang pukul 4 gitu, nurse bawak aku ke ot. Naik wheelchair. Lain macam pulak naik wheelchair dalam keadaan sihat walafiat gini hihi. Sampai di ot, aku dipasskan kepada team ot lah pulak. Derang suruh baring kat katil. Oh sebelum turun dari wad tadi aku sempat mandi dan salin baju operate yang ikat2 tali kat belakang tu. Dah tu baring je lah aku menghitung detik. Perasaan? Macam takde perasaan je haha. Tah, takde pulak rasa nebes ke apa. Berdebar pun tidak. Aku suspek aku telah diberi ubat penenang kot hihi. Sebab macam pelik sebab aku rileks sangat.

Lama jugak la menunggu kat luar sebelum masuk bilik bedah tu. Sambil2 tu ada sorang nurse cina dah tua sikit tanya nama, isi borang, sign2 apa semua. Pastu aku pun ditolak masuk. Oo ok, inilah dia. Aku bayangkan ada lampu bulat besar ke apa. Tapi yang aku nampak hanyalah lampu petak je. Kan kalau dalan tv tengok ada banyak mesin2 segala bagai kan. Ni ala2 minimalist je dewan bedah dia aku tengok?

Ok dah masuk tu aku dipindahkan ke atas katil pembedahan. Tak lama tu datang la dr bius. Aku tertunggu2 gak, mana satu la orang yang akan membius hatiku ini haha. Dr bius aku tu lelaki, usia dalam baya2 aku kot. Dan dia buat keje tu kat tepi. So aku tak nampak la. Tadah tangan je la. Sebelum tu nurse bukak baju dan tampal benda alah apa tah untuk ambik bacaan jantung tu kat sekitar badan. Tak ingat pulak aku kat mana dia tampal. Rasa macam ada kat tepi dekat pinggang, kat dada kiri, kanan. Tah masa ni aku tak fokus sangat sebab fikir pasal nak pengsan tu je. Tu pun nurse ada tanya kenapa badan aku ada merah2. Tah, mana lah aku tau. Aku rasa kesan aku garu la kot. Takde apa pun.

Pastu sebelum dibius, dr tu terangkan la apa yang akan dilakukannya. Oh, sebelum tu aku kena sign surat setuju terima untuk dibius dan dibedah. Pastu dia suruh selawat. Sempat lah aku selawat, mengucap dan wassalamu terus padam huhu. Tapi aku dapat rasa la masa dia cucuk ubat bius tu sebab ubat tu macam pekat kot. So ada rasa la sesuatu yang sejuk mengalir melalui saluran darah tu. So kesimpulan setakat dibius ni, ok je. Tak menakutkan langsung.

Dan tiba2, aku tersedar. Homai! Apakah? Adakah aku telah di intubation? Sebelum ni memang aku ada baca blog yang cerita pasal intubation ni, tapi aku ingat bila sedar tu dah takde apa2 berlaku lah. Rupanya aku boleh tersedar ketika tiub itu masih berada di tekak ku. Huaaa apa nak buat ni? Bukan patutnya nurse kejut baru bangun ke? Tapi sibbaik lah bukan tersedar ketika pembedahan kan. Aku ada baca gak pasal kes tersedar ketika pembedahan ni. Menakutkan je. Pastu selepas beberapa kali aku menelan air liur dalam kepanikan itu, aku pun tertidur semula. Feh! Sibbaik tak lama.

Tidak berapa lama kemudian, baru lah aku terdengar ada suara mengejut aku bangun. Puan, bangun ya, dah selesai. Tipu... aku tau dari tadi lagi dah selesai sebenarnya hahaha. Masa tu baru lah aku rasa ada sesuatu berlaku di perut ku. Tapi takde lah sakit. Pastu aku sedar barulah derang keluarkan tiub oksigen tu dari tekakku. Beberapa kali gak lah aku ter gag reflex. Sampai terasa la tekanan kat tempat pembedahan tu huhuhu. Pastu dah ok. Tunggu lagi. Eh jap, masa tu aku dah keluar ke belum ek? Rasanya dah kat luar bilik bedah. Tempat menunggu sebelum masuk tadi.

Sambil menunggu tadi aku cuba fikir balik apa yang berlaku. Orang kata kita akan mamai dan lupa. Tapi aku rasa macam biasa je. Macam bangun tido je. Bangun tido pun aku lagi mamai kot haha. Pastu orang kata nanti badan lemah, nak tertido balik dan sebagainya. Tapi aku takde pulak rasa lemah dan mengantuk. Macam takde pape berlaku je. Dalam kepala fikir takut nak bergerak je.

Selepas dalam setengah jam gitu, aku pun ditolak ke wad. Haa ni baru betul feeling macam orang sakit ditolak dengan katil. Dah dekat sampai wad baru aku perasan ada encik suami. Masuk wad tu dalam pukul 7.30pm gitu. So aku agak operation aku tu berlaku antara pukul 5-6pm kot. Selepas tu aku tak ingat aku buat apa. Tapi sebelum tido tu aku solat jamak maghrib dan isyak. Mujur juga hospital ni jauh dari rumah, boleh la solat jamak. Ye lah, kalau orang operate beranak dah tentu tak payah solat. Ni belah perut tak keluar pape, maka wajib lah solat macam biasa.

Tengah malam/pagi, sesekali misi datang kejut nak injek kat bontot, injek ubat apa tah kat iv dan tukar air. Oh, aku perasan mula2 ni dia masukkan air dalam bekas besar. Air garam kot. Dah besok tu baru dia masuk air biasa. Patut lah aku tak rasa lapar. Eh ada satu lagi, ada juga misi datang tukar bekas kencing. Aku pun tak perasan yang aku memakai tiub saluran kencing. Sebab tak rasa pape pun di sinun. Tapi best pulak aku rasa sebab seharian takde rasa nak kencing. Tau2 penuh je kantung tu hihi.

Besok paginya, aku tak buat pape. Hanya bangun tido bangun tido sahaja. Sekejap2 masuk ubat, masuk air. Sampai lah ke tengahari, misi datang bagitau, doktor lambat sikit sebab ada orang nak beranak. Ok... tak pe lah. Akupun takde rasa lapar ke hape. Untung la encik suami dapat makan makanan aku. Setiap petang ada orang datang ambik order untuk esok. Syok jugak hospital swasta ni ek? Order makan macam kat restoran.

Petang lebih kurang pukul 5, baru lah doktor sampai. Selagi dia tak sampai takleh makan. Bila dia check perut, dia cakap ada berdarah sikit. Pastu misi cabut air dan tiub kencing. Saspen gak sebab ada orang kata sakit. Sekali eh eh, dah cabut ke? Takde rasa pape pun. Tak lama pastu makanan pun sampai. Memula dia suruh try minum dulu. Kalau ok tak muntah baru makan. Hmmm ok jek. Saya kuat! Tengah makan, family mertua datang. Mak, abah, kak long, bang long, kak zela anak beranak dan ila, ulin. Kalau ikutkan aku malas nak bagitau sesiapa sebab tak nak diorang datang melawat. Malas la nak jawab banyak soalan. Tapi yelah. Kan ke melawat orang sakit itu hukumnya... apa eh? Apa2 lah. Dah orang datang, takkan nak halau pulak. I isi redho.

Waktu melawat kat situ pukul 5-9pm. So lebih kurang pukul 9 gitu diorang pun balik. Sempat lah aku melalui pengalaman buang air kecik pertama selepas pembedahan ketika mereka ada. Siap kak long tolong cebokkan lagi hihi. Segan pulak ai. Kecoh betul time aku nak bangun kencing tu hahaha. Sampai 2 3 orang nak papah masuk toilet. Sekali lepas kencing boleh pulak aku jalan sendiri. Takut sangat.

Malam tu dah kurang misi datang. Sekali je kot dia kejut, tu pun dah pukul 5 pagi. Pastu besok tu menunggu doktor datang lagi untuk check dan pastu dah boleh discharge. Tunggu punya tunggu punya tunggu, dari pagi membawa ke petang, akhirnya doktor datang petang dah dekat pukul 5 kot. Lupa lak. Dia pun bukak penutup tempat operate tu, bersihkan dan tutup semula. Dia kata plaster tu kalis air, so boleh la mandi macam biasa. Nak berendam pun boleh. Pastu dia pesan jangan makan jamu ke hape2 supplement yang orang kasi. Makan ubat yang dia kasi je. Dan akhir sekali dia kata, boleh makan semua. Takde pantang2.

Selesai tu aku pun bersiap2 untuk keluar. Sementara encik suami pulak pergi buat bayaran. Remember aritu kami dah bayar deposit 15k? Tak sampai pun. Total semua dalam 13k+ sahaja. Duit lebih tu kami tak ambik. Boleh guna untuk bayaran next time. Pas settle semua, kami pun balik. Yang best nya, masa aku sihat wal afiat dia sorong naik kerusi roda. Ni aku tengah sakit dia biar je aku berjalan turun sendiri. Siap time aku lalu depan kaunter misi tu cakap, jalan slow2 ya. Bukan nak offer wheechair ke hape! Pastu masa aku duduk tunggu encik suami ambik kete, terjumpa sorang misi dari klinik doktor. Comel lote nya adik misi ni!

Keluar dari hospital, SIL tak sampai lagi. So kami tunggu dia kat family mart depan hospital tu. Family mart tu macam kat jepun punya! Satu bangunan atas tanah. Selalu kebanyakan family mart kat malaysia ni dok kat rumah kedai. Yang ni siap ada signboard atas pole lagi. Lebih kurang pukul 6 gitu, SIL sampai dan kami pun terus balik parit raja. Plannya minggu tu SIL yang akan jaga aku kat rumah sebab encik suami keje. Sebenarnya kami dah mintak cuti seminggu minggu depannya, nak pergi hatyai dengan member2 Nagoya. Sudahnya derang pergi juga tanpa kehadiran kami. Dah la aku yang plan itinerary segala. Tetiba aku lak yang tak join. Takde rezeki nak makan dimsum cibaura haha. Sampai rumah encik suami tapau bubur ayam.

Maka bermula lah percutian ku selama sebulan. Dari segi timing memang terbaik ar. Hari aku admitted tu betul2 hari terakhir student final exam. Pastu derang cuti semester 3 minggu. Maksudnya aku masuk keje besok semester baru masuk minggu kedua. Kira ok lah. Tak menyusahkan sesiapa.

Hmmm dah abis lah kot cerita ni. Malas lak aku nak cerita kisah berpantang aku yang ala2 je tu. Nak upload gambo pun malas. Nanti2 lah kalau rajin aku edit. Kalau la. Sekian je lah ya. Yosh!