Thursday, 16 August 2012

Masjid Yang Bersih

Susahnya nak jumpa masjid atau surau yang bersih and cantik toilet and tempat wudhuknya kat malaysia ni. Paling bersih pun rasanya surau di RnR kita. Tapi kalau masjid atau surau yang seketul2 tu, haihhh pikir 88 kali lah. Tak masuk, kang, tak solat. Masuk, kang, tak selesa pulak. Dah tentulah kena pilih masuk, kan. Kalau surau kampung tu, boleh lah diterima, ajk nya dah tua2. Ni surau taman, masjid besar, pun. Tapi tak boleh salahkan derang jugak. Mana ada bajet nak bayar cleaner, kan. Kalau dapat jemaah surau macam pak abu (geng surau) tu ker, mungkin lah berkilat2 surau kiter, kot. 

Tapi baru2 ini, baru tak baru lah. Bulan 6 aritu, aku dah terjumpa satu masjid yang cantik tandasnya and tempat wudhuknya. Saya impress!

Macam kat rumah

Kombinasi warna yang menarik

And bersih jua

Oh, tertengok sabun pencuci tangan tu, teringat aku masa gi singapore aritu. Kat sinki mana2 mesti ada sabun. Itu boleh dipuji. Kalau kedai makan kiter, hmph! Tah sabun bekas cuci pinggan agaknya yang dia taruk kat dalam bekas tu. Tak berbusa langsung! Kedekut sangat nak beli sabun. Tak rugi lah takat sebotol 5 hengget sehari.

Sebenarnya yang lebih aku lihat ialah border ni, sebijik kat dapur rumah aku, cuma warna je lain. Aku kaler kuning, dia kaler coklat. Cer tengok aku punya ni.

Di dalam, ada lemari telekung. Walau pun tak kemas, tapi unik. Buat sendiri ni kot

Aku rasa ada tokey grill kat tempat ni, sebab tu keliling masjid dia pun banyak grill.


Masjid dalam taman.  Kecik je masjid ni, tapi kemas and bersih.
Tahniah kepada ajk masjid saleng! Saya suka masjid awak.

Oh, dah terupload gambar ni pula. Sebenarnya sebelum ke masjid di atas, aku baru balik dari jb. Sempat lah singgah jpo yang diwar2kan itu.

Begitu sopan sekali. Hanya sepasang kurung nan biru...


Sebelum ambik gambar ni, ada artis kat belakang tu. Tiba2 tengok tak enterframe pun. Bukan artis hot pun, kismahj0har je kot huhuhu.

Bukti saya dah sampai di sini.
Sempena bulan puasa ini, kita tengok gambar makanan lah yek. Baru semangat nak memasak petang nanti. Kot2 leh beri inspirasi menu petang ni ke.

Mee rebus tulang, tapi bukan aku yang masak ok

Ahad lepas terjumpa gearbox mentah kat ain ebergrin yang baru. Pergh! Layan seh... Kena belajar buat mee rebus tulang ni lah nampaknya.

Wednesday, 15 August 2012

Persiapan Hari Raya Ini Tahun




Rasanya tahun ni paling sempoi (bukan simple ok... gara2 baju raya terlebih, kalau sikit boleh la dikatakan simple).  

Hari isnin aritu, encik suami tanya, gaji dah masuk eh? Aku adalah, ha? Dah masuk? Rasa macam baru je masuk bonus hari khamis lepas. Dah masuk gaji pulak? Biasalah kan, gaji awal time nak raya. Cuma tahun ni aku adalah tak terasa macam nak berjimat cermat sangat macam selalu (selalu tahan2 takut terbabas soping padahal gaji akan datang lagi sebulan setengah). Tapi, dalam pada tak tahan2 pun, takde mende pun benda yang aku nak beli. Takde nafsu langsung nak menghabiskan duit itu. Apa sudah jadi??? Mari lihat persiapan yang telah aku lakukan...

  • Handbag baru - Toksah la... beg yang ada pun ada 2 tak pakai lagi huhuhu. Aku kalau handbag, yang rm25 kat pasal malam tu pun boleh layan. Aku takkan beli yang lebih 200 hengget punya. Sebab aku suka campak2 handbag. Kalau mahal sangat, sayang pulak. Tu pun nasib baik lah brand2 tempatan punya ada diskaun. Kalau tak, tak mampu akak nak beli dek non(baca macam iklan fia kat radiosinar). Yang penting isinya, dak? Ellooo duit raya tahun ni dah takde hijau2 plastik tu lagi ok. Paling kecik pun yang hijau tua sikit tu huhuhu (pengsan kalau anak sedara aku dengar). Duit raya tu pun dah sama harga dengan handbag aku huhuhu (ini fakta). Eh, aritu kat sinar ada sorang caller ni cakap, dia dah mulakan budaya beri duit raya sebelum raya lagi. Dapat pahala sedekah dalam bulan Ramadhan, kan? Bagus lah! Apa2 pun, syukur ku kepada Ilahi kerana menetapkan hati ku dalam keadaan ini. Jangan tiba2 aku meroyan nak beli elbi sudah.
  • Duit raya - Minggu kedua puasa lagi encik suami dah tukar kan. Kendian minggu lepas tukar lagi encik suami punya melalui opismate. Tetiap tahun memang dia je lah banker kitorang. Wife dia keje mebeng. 
  • Kasut - Beli yang simple, 50 hengget jek. Tu pun dah puas aku lenjan jalan keliling rumah. Bukan beriya nak beraya, cuma nak membiasakan supaya tak melecet di hari raya hehehe.
  • Baju raya - Perlukah aku me reveal kan bilangan baju raya aku? Jika perlu, sila dengar seperti mana anda mendengar pengumuman hari raya (maksudnya dekat kan telinga kat speaker). Ok kita guna matematik ;
         baju raya n0rasiah, N = 180 / (tak jumpa lak simbol bahagi) 4 X 2 - 23 X 3 - 4

Sila kira, ok (kalau rasa nak sakitkan ati). Ni kena guna hukum ayat matematik. Jawapan yang betul akan mendapat sebijik banglo di dalam saidina (permainan tu lah).Semua baju2 ini telah pun aku basuh dan gosok 2 minggu lepas, tinggal angkut je masuk kete.
  • Langsir - Mari kita kitar semula. Akhirnya aku berjaya mengawal diri dari membeli langsir baru. Weekend lepas dah pasang kat bilik punya. Rasa lain walau pun langsir lama. Nampak luas pulak bilik ni. 2 tahun ni aku pakai langsir black out. Luar tak nampak dalam, dalam tak nampak luar (sangat best untuk tidur), gelap gelita jek. Nampaknya aku dah dapat idea untuk langsir akan datang. Pilih yang cerah2, tapi black out. Nak jugak black out tu.
  • Kuih raya - Tak buat. Mengambil iktibar dari tahun lepas, ke tong sampah sudahnya kuih2 tu. Rezeki burung, lalat and tikus. Kali ni aku beli kerepek je lah, macam biasa. Tu pun semua aku beli setengah kilo je setiap satu sebab, pun sama, last2 ke tong sampah jua. Tak elok membazir.
  • Bunga raya -  Tak tukar sebab tak tau nak campak ke mana yang dah ada tu. Dah selalu sangat, bunga2 yang aku dah tak nak, aku suh encik hairul bawak ke opis dia hihihi. Sebab tu banyak bunga di pejabat beliau (kalau nak tau la).
  • Karpet - Baru beli kat kelantan hujung tahun lepas. So, guna yang tu lah. 
  • Perabot -  Takde langsung. 
  • Barang elektrik - Yang baru beli takde, tapi tv tu kira baru lah. Beli masa raya cina bulan 1. Kira tv raya juga, kan.
  • Cadar - Ini tak tunggu raya pun sentiasa ada stok baru. Aku beli cadar macam beli sabun juga. Asal murah (bawah seratus), aku beli. Ni ada 2 set belum pakai.
  • Barang kemas -  Takde perasaan nak beli. Aku pikir, takkan nak beli gelang cincin je? Jari aku ada 10 je kot. Tangan pun ada 2 jek. Nak taruk kat mana kalau banyak2? Nak beli rantai, saper nak tengok? (nampak sangat pakai barang kemas sebab nak menunjuk, ya?) Nak beli anting2 pun sama, tak nampak (padahal anting2 sekarang dah hilang satu tanglungnya, kesian kalau tengok, macam sengkek benar laki ko - motif sebut nama laki? sebab benda2 ni sesuainya suami yang belikan hehe). Tambahan pulak kerja aku kan banyak hands on kononnya kan. Ikut kan mana boleh pakai barang kemas waktu bengkel, tapi ku redah jua. 
  • Mekap - Boleh dikira persiapan raya ke nih? Sajer nak bagi nampak banyak. Padahal takde pun beli mekap. Lipstik pun dah 5 tahun tak pernah beli. Pakai lipstik pun setahun sekali, raya datang lagi, menyambut kembali... kunjung berkunjungan salam bersalaman lalala.
  • Stokin - hahaha dah takde idea lah ni. Eh, tapi memang aku selalu beli stokin time nak raya pun. Adoiyai... Tapi belum beli lagi untuk raya tahun ini. Entah sempat ke tidak tah nak pergi maidin balik raya nanti.
  • Kemas rumah - Belum habis lagi. Weekend lepas dah punggah peti ais and kabinet dapur. Semua pinggan mangkuk sudip senduk aku dah siap cuci. Seronok je bukak peti ais kelihatan luas lapang. Malam pulak, kami berduet mengelap sofa. Nak sangat sofa warna cerah, kan, terpaksa lah lap tetiap tahun. Mujur ada produk c0sway yang sangat pantas menanggalkan kekotoran di sofa anda. Saya recommend cecair pengelap sofa tersebut! Bekas kuih pun dah diturunkan, tapi reben2 dia banyak dah tanggal. Kalau sempat aku tampal lah semula. Dah balik dari cuti pun takpe. Bukan ada orang pun kat rumah tu pepagi raya. Hari jumaat kang tinggal kemas sikit2 jek. Pastu dah boleh balik kota ooo balik kota...
  •  KERETA - takde yang baru. Itu lah yang baru, itu lah yang lama :( Tak sempat nak dapat sebelum raya, last minute sangat booking (alasan, padahal takde pun order).
Jadi, kiranya persiapan raya aku ni dah lengkap lah kan? Dah boleh lah orang datang beraya. Tahun ni tak dak open house ya. Rumah tertutup temanya. Alah, takde saper pun nak beraya rumah aku. Takyah bersiap sangat pun takpe sebenarnya. Yang penting pagi raya nak makan rendang dan lodeh mak. Itu je erti raya bagi ku. Eh, selain pakai baju sedondon suami isteri. Hari lain takde der ko nak suruh laki ko pakai baju melayu pastu ko pun turut memakai baju yang sedondon. Kan.



Selamat Tinggal, Active Blue



Aku mula menggunakan produk shokubutsu active blue ni sejak selepas habis belajar. Masa belajar aku suka guna body shower jenama impulse, yang kaler hijau and biru tu. Shokubutsu ni pulak aku terjatuh cinta pandang pertama di rumah eita di batang berjuntai. Ingat tak ta? Pertama kali berkenalan dengannya, aku terpikat pada baunya yang wangi and buihnya yang banyak. Ia juga tidak melekit and mudah dibilas. Lalukan air je, dia dah tanggal. Sesetengah body shower ni tak berbuih and susah nak tanggal yang menyebabkan badan rasa melekit and tak selesa selepas itu. Tetapi tidak dengan shokubutsu. Eceh, dah macam iklan berbayar pula, ya? Ermmm kalau pun betul iklan berbayar, anda dah takboleh lagi mendapatkan shoukubutsu active blue ini kerana ia telah pun diberhentikan pengeluarannya.

Aku mula perasan pemberhentian pengeluarannya sejak akhir tahun lepas. Pergi mana2 pun takde di atas rak pasaraya. Yang ada cuma yang warna pink and oren. Hijau aku tak perasan pulak. Dalam masa yang sama, shokubutsu juga telah melancarkan rangkaian produk terbarunya, active guard. Aku rasa bagi menggantikan range active kot, sebab ada dua jenis active sebelum ni, active blue (paket biru pekat sikit) and active sport (paket biru cair). Selepas menyedari bahawa active blue dah dijumudkan, aku beli pula yang pink, floral apatah nama dia. Ada jugak aku tergerak hati nak cuba active guard, kot2 lah bau dia sama ke kan. Tapi bila aku cium satu persatu2, takde pun bau active blue. Sedih lah.


Akhirnya, kini tinggal paket terakhir active blue yang telah pun aku buka kelmarin. Sibbaik sempat tanya kat encik suami, ni yang last ker? Kalau tak, tak de lah aku menghargai sangat. Kena jimat2 lah nampaknya ni.  Dalam hal ini, aku yang suka mencari salah orang semestinya menyalahkan encik suami yang suka melarang aku membeli sabun ni bila2 ia murah (pernah cecah rm4.90), lantas menyebabkan stok nya telah berada di penghujungnya. Nampaknya selepas ini, aku terpaksa rela lah menggunakan yang kaler pink tu pulak. Pernah lah aku beli yang pink ni dalam botol kecil untuk travelling. Kiranya masih boleh diterima lah baunya.

Aku sedih and menyesal tak beli banyak2 dulu. Lions jepun ni pun salah, tak bagitau nak stop production. Mencik!!!!!!!!!!!!!!!!!


Friday, 10 August 2012

Ar - Rahman












Malam tadi kami solat terawih di masjid yuthm. Sehelai sepinggang. Kalau  ada roadblock tiba2 ni, komfem dah kena saman. Tapi seumur hidup aku macam tak pernah ada roadblock kat area ni. Kali ni jemaah muslimah tak perlu naik ke tingkat atas. Kat belakang dewan utama je. Tak tutup pun, cuma ada tali merah jer sebagai pembahagi. Boleh nampak lah imam al-hafiz tu. Nampak gaya macam sihat je dia, tak nampak seperti mangsa kebuluran seperti yang aku bayangkan huhu.

Masa solat isyak, tiba2 aku terasa macam berada di masjidil haram. Sound system dia kot. Ditambah pula dengan bacaan imam yang tak macam orang kita. Dengar je pun boleh kenal, ni bukan orang malaysia. Tapi sedap bacaannya. Paling aku suka part waladdhollin dalam surah al-fatihah. Pekat lekat huruf dhod dia hihi.

Bila dah feeling2 masjidil haram tu, langsung aku teringat (tiap2 hari nostalgia ek)... Semasa solat di sana, ada beberapa kali imamnya memberhentikan bacaan surahnya kerana menangis. Sampai kita yang makmum ni turut menangis jua. Detik itu, cuba bayangkan, tengah solat, suasana senyap sunyi (kecuali suara budak kecik menangis la kan), and mendengar esakan imam itu, mahu nya tak syahdu. Yang aku ingat, ada sekali tu, dua kali beliau menangis dalam satu solat, iaitu ketika membaca surah ar-rahman. Alaaa surah yang banyak fabiaiyi aalaa irabbikuma tukazziban tu.

Tetiba masa solat terawih tu, aku terdengar imam tu baca, ar rahmaaan... eh, kebetulan, sama la pulak seperti yang aku fikirkan.

Sekian. 


Thursday, 9 August 2012

Kisah Aku, Dia and Baskin Robbin

Aku selalu berkata di dalam hati, bila tengok shilaamzah, dia ni asal nyanyi je, mesti pakai skirt pendek. Tetiba tadi baca kisah dia dah mula bertudung dan menutup aurat, i terharu uols. Betapa hidayah itu diberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Saya bangga terhadap keputusan kamu! *terms and conditions apply (tak tengok lagi kekdahnya).

Kadang2 kita rasa kita dah cukup patuh suruhan menutup aurat tu, tapi hakikatnya belum cukup sempurna. Kaki tak tutup (kecuali anda pengikut mazhab yang sama dengan orang india dan bangladesh), tangan tak cukup panjang (atau jelas memang pendek), leher nampak (ke'comeback'an tudung bawal bertona sangat saya bantah. begitu juga fesyen turban yang tiba2 kuar anting2 celah serban and tengkuk terdedah), baju ketat and mengikut bentuk badan serta jarang, and sebagainya. Kalau itu masih berlaku, malam ni sebelum menutup mata, fikir2kan lah. Eh, tiba2 berceramah pula. Tak salah kan, kita saling mengingatkan?

Berbalik kepada tajuk di atas, aku teringat yang aku ada satu cerita berkaitan dengan eskrem itu. Bukan cerita la sebenarnya. Statement je kot.

Masa duduk shah alam dulu, giant seksyen 13 adalah tempat soping yang paling aku suka. Mengalahkan jaskobukitraja lah tahap kepalingannya itu. Padahal dia pasaraya besar je kot, bukan shopping complex. Tapi, sebagai student, apa lah yang nak disopingkan pun, kan. Maka giant memang sesuai sebagai tempat membeli alatulis (nampak macam study sangat la tu).

Ia dibuka pada tahun 2000 kalau tak salah (sebab masa tu aku baru sambung degree). Dalam tu ada post office. Tiba2. And ada juga kedai baskinrobbin ini. Selama menjadi student, tiap kali lalu kat situ, aku berazam, nanti bila dah kerja, baru lah boleh makan eskrem ni. Tau eskrem dia mahal, tapi tak tau lah semahal mana. Tapi kalau dah duduk pun dalam giant, aku anggap tidak lah tahap mahal giler kot.

Dipendekkan cerita, bila aku start bekerja di uitm, dapat je gaji pertama, aku terus ajak encik boyfriend makan eskrem ni hehehe. Tu je statement nya. Ceritanya, kami beli and makan di situ. Tak ingat apa yang encik boyfriend order, tapi aku ingat, aku order eskrem dengan brownies di bawahnya. Apa ke benda brownies tu pun aku tak tau. Main order jek. And harga yang aku bayar ialah rm29.++. Kalau sekarang ni memang lah macam tak mahal (macam makan mekdi waktu selain lunch and dinner jek), tapi bila dibandingkan dengan gaji aku masa tu, gaji pertama pula tu, fuh! Mahal nyer!

And, apa yang menjadikan ia satu nostalgia bagi ku ialah kerana aku masih simpan lagi payung kecik yang dipacakkan di atas eskrem itu hihihi. Setiap kali kemas kotak dalam stor mesti terjumpa payung itu hehehe. Sejak itu, aku tak pernah lagi makan eskrem itu sebab pengalaman pertama itu, ermmm takde lah lain sangat dengan eskrem2 yang wujud di muka bumi ini. Sedap lagi eskrem keladi cap dolphin (statement orang tak banyak duit).

Sekian.




Wednesday, 8 August 2012





Maksudnya:

"Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta".




Tuesday, 7 August 2012

Mari Berangan, Jom!


Weekend lepas h0nda buat show kat bpmol. Dalam kelam kabut nak cepat sebab dah pukul 6 lebih tu, ternampak pulak banner dia kat luar tu. Terus lah aku menerjahnya. Alaaa lupa pulak nak bawak duit down payment dia hahaha. Sikit punya lama ke aku tunggu. Ada dia cakap bulan 7 akan keluar. Rupanya hujung bulan 7. Susah2 je aku tahan diri dari membelanjakan tabung kereta bawah bantalku itu. Akibat delay itu, aku pun dah beralih arah hahaha. Kepada siapa? Mari kita saksikan bersama.

Mempersembahkan...
 
All New Civic!

Sebelum dia keluar aku dah intai2 lama dah.
Macam kecik sikit lah.
Kete ni tak pakai kunci biasa dah. Sumer remote control.
Interior warna gelap. Tak minat.
Rim untuk 2.0 navi. Oh, navi tu ada gps dan banyak feature menarik. Kalau yang basic tu, alahai... dengan exora pun kalah dah.
  
Dari belakang macam lampu persona sikit.
Atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, maka daku telah beralih arah kepada si dia ini pula.

Satu, kerana dia nampak lebih besar. Panjangnya lebih 300mm je daripada civic
Dua, kerana interior dia cantik.
And tiga, kerana dia lagi mahal hahaha. Berangan mestilah benda yang mahal.
And, ia nampak mahal jua.


 p/s Saya banned penggunaan D.A.N. dalam blog ini. Commentor juga diminta bekerjasama.

Kecewa Atau Kesian?


It's okay la lee...

Aku lebih rasa kesian berbanding kecewa. Tak kecewa pun tak dapat pingat emas. Apatah lagi kecewa tak dapat eskrem free huhuhu. Tapi kesian melihat dia terduduk selepas tamat permainan. Tentu dibenaknya, oh, jongkong emas ku, 5 juta ku eh, tak lah. Mesti dia fikir, aku dah mengecewakan rakyat malaysi. Oh!. Kesian kat dia. Kalau lah dia dengar komen orang2 yang tak mahu memahami itu, mesti dia tambah sedih.

Kita kena lah rasional. Dia baru jer pulih dari kecederaan. Masa dia cedera di final all-england dulu pun, hey! Final all-england ok. Bukan pusingan pertama ke semi ke. Korang kalau lama tak pegang pen pun, mesti kekok bila nak menulis semula kan? Sama la jugak dengan dia. 2 bulan tak pegang raket, kemudian ada 2 minggu je untuk training semula, ingat senang ker? Lagi pun bukannya dia tak melawan pun, kan. Nampak sangat dia bertarung habis-habisan.

Pagi semalam kat sinar ada caller yang mempertikaikan kekuatan mental beliau. Ok lah, tak sepatutnya dia kalah dalam game kedua. Tapi dalam rubber game dia cover balik. Bagi aku derang sama2 kuat2, sama2 buat silap. Dia dah usaha. Lain lah kalau kita nampak sangat dia menyerah kalah macam beregu tu kan huhuhu. Ni memang dia melawan. Dan dia tak nampak tertekan sangat pun. Rilek je. Mata berselang seli dan ada masa dia lead jugak. Cuma di sini, takdir dah menentukan dia kalah. Bukan menyalahkan takdir, tapi terimalah hakikat bahawa aiskrim baskinrobbin itu mahal harganya dan perlu dibayar hehehe. Kalau dua2 menang, siapa yang kalah? Meh, aku belanja korang aiskrim malaysia perisa santan.

Yang paling aku tak puas hati ialah komen seorang adun tu. Rasa nak lempang je. Kesian dia.


Monday, 6 August 2012

Jurnal Puasa 1433H - 2 - 8 Ramadhan

Nampak gayanya belum sempat aku abis tulis jurnal ramadhan ni, raya pun dah abis jugak huhuhu. Maka, aku tulis ringkas2 kontot2 je lah, janji ada menu berbuka, ye dak?

2 Ramadhan

Puasa ke-2 masih di semenchu. Sampai ke petang aku menjahit. Tak siap2. Sampai pukul 3 petang, tak nampak tanda2 encik suami nak bergerak. Kalau dah balik semenchu, aku ni dah macam anak yatim piatu dah. Huh! Dekat nak pukul 5 baru kami pergi ke eto5. Komfem lah karipap singgit tujuh dah abis.  Bengkek betul. Tapi kami pergi lah jugak rumah pakcik karipap tu. Tinggal pau sambal je. Jumpa kawan yayu hadijah, tapi tak tegur la. Dia pun tak kenal aku agaknya. Sampai rumah, ada mak ngan abah jek. Adik dah balik pagi tadi. Aritu kata praktikal kat kedah. Ni dah balik kolej rasanya.

Mak kata mak kena semput sejak kemarin. Tak pernah2. Lepas asar aku pergi depan, cari sayur. Mak suruh beli sayur siap jek, takde orang makan kata mak. Tapi takde pulak orang jual sayur siap. Maka aku beli kacang buncis (sayur kegemaran aku hihi). Balik tu beli kuih sikit ngan air katira dan tahu panas.

Dekat2 nak berbuka, zati datang. Laaa tak tau pulak aku yang dia dah beranak. Baru abis hari. Kiranya aku dah jadi nenek la ek? Isy, apa panggilan untuk aku eh? Nek Nga? Dah macam nangnak pulak bunyi nyer. Apa2 lah. At least 2 tahun lagi baru dia pandai bercakap kot kan? Ada masa lagi untuk difikirkan.

Terawih malam ke-3 pula kami lakukan di masjid eto5. Imamnya cik rahim. Selalu gigil2 suara dia. Kali ni macam bertenaga sikit, walaupun gigil tu masih ada. Dah tua sangat tu. Ada ke tidak tah pelapis dia ek? Kat sini tak panas sebab selain kipas siling, ada juga kipas industri. Walau pun kipas tu datang kat aku sekejap2, takde lah kedap udara kat situ. Dan tahap kepantasan bacaan imam pun tidak lah selaju masjid semenchu. Kalau kat semenchu tu, kita baru mengucap dia dah bagi salam. Ada tahiyat akhir ringkas ke ek?

Balik masjid, mentong2 sekejap, kul 10.30 malam, kami pun bergerak balik. Mak suruh bawak balik sumer kuih. Tak termakan pun. Sampai rumah pukul 12.30 pagi. Terus la tido.

3 Ramadhan

Bangun sahur pukul 4.45 pagi. Sahur makan nugget ayam dan ikan jek. Goreng nugget sambil pejam mata. Lepas subuh sambung tido sekejap, bangun pukul 6.50 pagi. Eh, tercepat pula. 7.15 dah siap. Besok boleh bangun pukul 7 lah kot hehehe.

Kat opis aku buat apa ek? Dah lupa lak. Balik kerja terus pergi beli ayam ikan kat ain. Kendian pergi bazar bulat. Jumpa fendi ngan eddy. Aku beli nasi kerabu, abang beli nasi beriani kambing. Tak sedap!!! Mencik!

Terawih malam ke-4 di tempat biasa. Baru lah selesa sikit. Nyaman jak. Tapi macam tak puas ati sikit lah. Imam tu baca fatihah macam tak betul sangat. Dia punya seluruh alam 'aaalamin' tu 'a' nya pendek jek. Kalau sekali boleh lah dikira tersasul. Ni setiap kali.

Hmmm satu yang aku perasan perbezaan masjid2 kat kota ngan kat bp ni, kat kota setiap 4 rakaat dia baca doa pendek, kat bp ni takde. Tu yang membawa risiko terlupa jumlah rakaat tu. Kat kota juga ada wirid selepas selesai solat. Kat sini takde.

4 Ramadhan

Sahur makan murtabak beli kat bazar semalam. Lepas tu, rutin bermula seperti semalam. Tapi bangun pukul 7 pagi. Best2. Tapi minggu depan tak boleh la bangun lambat sebab aku bertugas jaga roll-call. Tengahari tak sempat tido sebab nak mengaji. Rasanya tahun ni boleh khatam jugak kot.

Balik kerja terus masak. Hari ni aku masak sambal ayam mae pranom kap pung kap nama dia. Suka suki je kasi nama. Sempat jugak masak puding karamel.

Terawih sama macam semalam. Ngantuk nyerrr...

5 Ramadhan


Bila dah start masak ni, sahur semestinya makan benda yang sama dengan buka semalam lah. Hari ni baru sempat melelapkan mata waktu tengahari. 

Untuk berbuka, aku masak sambal ikan caru. Dah, itu je kot laporan hari ini. Dah lama la, aku pun dah lupa apa berlaku.

6 Ramadhan

Ni lagi ringkas. Untuk berbuka, aku masak ayam paprik. Ooo lain kali letak sos tomato ngan sos cili kot, baru rasa macam paprik kat kedai.

7 Ramadhan

Yeay! Dah hari jumaat. Hari ni tak masak sebab ayam ikan dah abis. Aku beli sikit je aritu. So, balik tu aku terus ke wellward, beli benang getah. Weekend ni nak jahit cerut kat tangan. Tapi, kesudahannya macam biasanya, macam2 yang dibeli. Lepas tu, pergi bazar lurus. Tak banyak pilihan lah. Aku beli laksa johor, abang beli nasi ambeng. Beli jugak cendol manja. Sebelum balik, abang pergi beli coolblog hehehe.

Malam ini kita cuba masjid lain pulak. Kami pergi masjid yuthm. Ini pertama kali terawih di masjid baru. Katanya ada hafiz dari somalia. Fuh! Bukan orang somalia kebuluran ker? Jemaah adalah ramai, seronok. Tapi, panas jugak huuuuuu. Panas dunia je ni. Sedap juga bacaan hafiz tu. Tapi yang tak bestnya dia buat 8 rakaat jek. Untuk menyedapkan hati, 'tapi dia baca surah panjang'. Ok la tu.

8 Ramadhan

Hari ni letih huuuu. Mana tak nya, semalam buka minum coolblog ngan cendol. Padan lah muka. Petang sikit kami keluar ke bp. Pergi k4, bayar cc. Sebelum tu pergi tarmah, beli jarum mesin ngan sekoci. Nak ajer aku beli gunting baru, tapi memikirkan aku dah asah2 gunting tu, hilang lah jugak sompek tu. Memula dia tersangkut jugak kat tempat yang sompek tu. Terutamanya kalau gunting kain lembut. Selepas eiasah berkali2 barulah dia lancar. Boleh lah dimaafkan diri sendiri.

Lepas gi k4, terus pergi bazaar pesta. Cari nasi kerabu ngan air tahu yang biasa beli kat pasar malam. Jumpa jugak sup gearbox tulang merah. Lepas tu terus balik.

Malam tu terawih di masjid al-fateh al-faqeh. 12 rakaat pertama, laju je. Tetiba lepas tu tukar imam. Umak aiii slow giler la pulak. Lepas terawih, singgah bazaar raua (seperti yang diceritakan dalam entry yang lepas).

Ok, cukup cerita seminggu. Bersambung kemudian...

Wednesday, 1 August 2012

Jurnal Puasa 1433H - 1 Ramadhan
































1 Ramadhan

Malam pertama ramadhan kali ni kami pergi ke masjid al-fateh al-faqeh. Konon nak merasa masjid yang baru dibina. Tersalah pulak aritu aku kata masjid tu baru renovate. Sebenarnya dia roboh terus masjid lama dan bina yang baru. Masjid ni dibina 3 tingkat. Bawah sekali dewan kot, tingkat 2 ruang solat utama dan tingkat 3 ruang solat muslimah. Ada laluan wheelchair sampai ke tingkat 3. Karpet dia sama macam karpet kat masjid yuthm. Musim kot. Tapi ruang solat muslimah takde karpet. Tiles semata. Cuma ada sebaris karpet warna merah. Tempat wudhuk wanita pun dok kat tingkat 1. Kalau terkentut ni, ada harapan aku tak sambung dah haha. Ada sikit bahagian tepi tu dia tutup dengan kanvas. Macam kerja pembaikan. Masjid ni kecik je. Tapi lampu chandeliar dia, umak ai ganal nyak! A'ah ek? Tetiap tahun nak raya aku teringin nak pasang lampu chandeliar, tapi tetiap tahun jugak tak tercapai. Tunggu kaya huhuhu (maknanya memang tak la kan).

Sampai2 je dalam masjid, aku terus menyelit di saf pertama, tengah2. Boleh nampak orang di bawah. Nampak encik suami di wing kanan hihi. Kenapa takde orang kat situ? Persoalan terjawab beberapa minit selepas solat bermula. Kipas tak lalu kat situ. Panas!!! Menitis peluh petani. Tapi aku menyedapkan hati, kat Mekah aritu lagi panas...

Lepas 8 rakaat, tinggal 2 saf je. Asalnya pun 3 saf je kot huhu. Ternampak ustaz jugak. Encik suami pun dah beranjak ke kiri. Tapi masih in-sight. Masuk rakaat ke-14, aku dah tak nampak encik suami. Alamak? Mana dia pergi? Abis laaa aku kena tinggal. Tapi mungkin dia terlindung di balik tiang besar kot. Tetiba ternampak dia berjalan pantas ke luar. Eh, mesti terbatal wudhuk tu. Selepas2 itu, aku dah tak nampak beliau dah. Sebenarnya, dalam keterujaan kami nak berterawih tu, kami terlupa nak berjanji nak buat 8 ke 20 rakaat. Aku assume beliau tau. Rupanya lepas rakaat ke-12 tu encik suami bukan terbatal wudhuk, sebaliknya nak pergi tengok, aku dah tunggu ke tak. Lorrr...

Selepas rakaat ke-16, biasanya bilal akan baca, albadru saiyiduna uthman ibnu affan taradhau'anh, kan. Tetiba lepas makmum membalas, dia terus, akhiru tarawih rahimakumullah. Aik? Bukan baru 16 ker? Ke aku yang salah kira? Agaknya bilal tu pun teruja sangat pertama kali terawih di masjid baru. Tu yang tersilap tu. Lagi pun lepas rakaat ke-12 tu derang tukar imam. Errr ada kaitan ker? Bukan tukar bilal ek? Apa2 lah. Selepas beberapa hari baru aku tau, antara sebab kesilapan itu ialah kerana bunting yang digantung kat depan tu sama ngan bunting kat masjid paghit jambul. Lepas ayat albadru... tu bawahnya ialah ayat akhiru tarawih... tu. Maybe bilal tu terbabas baca kot.

Lepas terawih, kami terus bersiap2 untuk balik kampung. Balik dari masjid tu pukul 10, pukul 11 baru kami bertolak. Sampai semenchu lebih kurang pukul 1 pagi.

Besok pagi aku mula menyembat kaki baju. Satu baju 40 minit. Tengahari tu aku ajak encik suami ke kota. Tengah siap2 nak pergi tu, ila ngan sapit nak ikut. Pastu tiba2 anak sedara 2 orang nak ikut pulak. Biar betul budak ni? Bukan apa, budak tu dah la baru nak belajar puasa. 5 & 6 tahun. Kalau ikut aku, dah komfem lah akan penat nanti. Tapi, mak dia boleh bagi pergi pulak. Eee tah pape.

Kami pegi tu pukul 12. Sampai kat kilang, mak telefon. Abah tertinggal! Laaa tak cakap pun nak ikut??? Patah lah balik ambik abah pulak. Sampai kota, kami turun kat kedai kemboja. Suh budak tu pilih, nak ikut mokteh ke nak ikut pokteh? Pokteh nak gi cari kipas. Derang pilih nak ikut aku. Aku pun masuk lah semua kedai yang ada kat situ. Habis pusing area kemboja tu, bebudak tu dah melepek. Asal ada tempat duduk je, derang akan duduk. Nasib la, saper suruh ikut, kan.

Lepas tu, encik suami jemput kami dan pergi ke kedai perabut. Ooo fil nak beli perabut rupanya. Dah pilih design, panggil pempuan2 ni untuk pilih warna/corak pula. Settle di situ, kami ke plaza kota. Tawaf lagi kedai kelantan pulak. Sampai kedai terakhir, barulah aku berjumpa dengan baju raya pertama ku. Haih... Memang unik lah warna baju raya aku tahun ni. Satu mesia cari tak jumpa.

Pastu terus balik. Singgah beli lemang kat eto2. Sampai rumah dah pukul 5. Ngah dah sampai. Malam tu kami buka soto ayam.

Terawih pulak, kami pergi ke masjid semenchu. Sini lagi panas! Ni bukan menitik peluh petani jek. Dah menjejeh dah.

Makin lama makin pendek perenggan aku ek? hihihi. So, habis lah kisah 1 ramadhan. Besok citer 2 ramadhan pulak ek? Tak tau lagi panjang ke pendek citer nya.

Selamat Berpuasa!

p/s oh, lupa pulak, anak sedara yang 5 tahun tu telah selamat berbuka sesampai sahaja di rumah. sibbaik kakak dia selamat lagi.