Wednesday, 7 April 2010

Down Memory Lane : Tanah Tinggi & Skyway

Lebih kurang jam 8.30pm, kami pon tiba dia genting. Kenapa genting? Nak buat apa kat situ? Nak kata nak bermain2 di taman tema, mustahil la kan. Tidak akan.

Sebenarnya, kami pergi ke sana untuk menelusuri jalan2 kenangan di sana. Kali terakhir aku pergi ke sana, lebih kurang 5 tahun yang lalu. Itu bermakna, sebelum tu aku pernah pergi la kan? Ada la beberapa kali masa jaman2 bercintan cintun. Boleh dikatakan kami kerap pergi waktu raya cina. Yang paling aku ingat masa musim wabak severe acute respiratory. Apa tuh? Alaaa wabak SAR yang dibawak dari cina tu. Haaa macam misi membunuh diri je kan? Tah apa2 la aku ni. Naik pakai skyway pernah, naik kete kancil pon pernah. Tapi bukan kancil yang ini lah. Kancil lama encik hairul.

Oleh kerana dah kepenatan amat, kami berjalan2 di sekitar 1st world aje malam tu. Kol 10 dah tido.

Esok pepagi baru lah kami explore (jenjalan di situ). Alahaiii, dulu rasanya aku pernah berjalan kaki sepanjang2 jalan sekitar tempat tu. Sekarang ni macam tak larat je. Tapi tetap la pergi fevret spot ku, tempat yang boleh nampak pemandangan di bawah (bukan yang nampak kl tu). Area hotel resort, genting dan highland tu.

Suhu tidak lah sejuk beku seperti dulu. Kabus pun tak berapa tebal. Bearable la gitu. Takat pakai tiset selai pon masih boleh tahan lagi. Eh, sebelum jalan2 tu kami makan di meribraun. Selain tak makan kehepsi dan mekdi, aku juga was2 nak makan kat tempat2 lain di sana. Rasanya meribraun ni je yang bersemangat kebangsaan sikit.


Jenjalan sambil bernostalgia. Dulu gitu, dulu gini, dulu...

Tak masuk pon. Rate untuk dewasa rm68 kot. Mahalnya!!! "Daripada masuk sini, baik la ayang beli tudung ariani, dapat gak 2 lai hihihi."

Actually malam tu nampak orang bergambar gaya cenggini. Tapi, waktu tu kedainya tutup dan takde orang. So, tak la malu sangat. Ni, tengah ramai2 orang, kedai pon bukak, selamba je wat gaya poyo tu.

Dah puas pusing kat 1st world, kita naik atas pulak.

Haaa ni la tempat nya. Dulu kalau dok kat sini, biru2 kuku aku kesejukan. La ni, selamba je pink kaler kuku ku.



Kat sini la tempat yang boleh nampak pemandangan di bawah.

Tengok di belakang tu.

Tiba2 datang bomba dan penyelamat kat situ.

Ooo dia stand by kat situ untuk rescue lori tangki ni jika berlaku kecemasan.

Kemudian, pusing2 kat hotel highland. Tiba2, eh, jom kita naik cable car. Kan aritu tak merasa naik kat langkawi. Ni kira gantian la ni.

Semasa turun. Mula2 masa dia nak mula turun tu aku dah menjerit2. Ingat dia nak menggelungsur laju. Rupanya slow and steady je. Fuh! Saspen jek. Sekarang, bila kita masuk je dalam kete tu, ada orang ambik gambar kita. Bila tiba di bawah, kita boleh beli itu gambar. Macam aku, aku tak beli pon. rm 30. Mahal!

Tak nampak pon patung2 orang asli? Dulu macam ada?

Kat bawah, kami pusing2 je kat kedai2. Tak lama tu, terus naik semula. Oh, lupa lak. Tiket dia one-way rm5 only. Kira murah la kalau dibandingkan dengan langkawi kan. Dah la yang paling laju dan paling panjang di asia tenggara. Eh, ye ke fakta nih? Aku pun ingat2 lupa.

Seperti biasa, masa balik terasa dekat je.


Tuesday, 6 April 2010

Down Memory Lane : Jalan2 Cari Pasal



Minggu lepas merupakan cuti pertengahan semester bagi pelatih2 ku. Menyedari hakikat bahawa cuti mereka ni cuma lah 1 minggu pada pertengahan semester dan 2 minggu pada akhir semester, aku pon mengambil kesempatan itu untuk bercuti. Bukan tak boleh cuti tengah2 kelas, tapi, memikirkan nak mencari pengganti kelas, membuatkan aku malas nak mintak cuti. Ini mungkin kerana aku sendiri tak suka mengganti kelas orang hihihi. Jadi, aku rasa tak syok nak bercuti2 sedangkan orang lain bersusah payah memenuhi jam aku. Perlu diingat, kelas aku seminggu 19.5 jam, ok. Sanggup ko nak ganti dengan kelas ko sendiri 18 jam? Memang boleh diagih2kan, tapi, kalau sampai peringkat mengagih2 tu, aku rasa macam eh, semua orang terlibat hanya kerana aku nak bercuti2 sakan di bali, contohnya. Me, don't like. Melainkan terpaksa. Mentang2 aku aku takde anak a.k.a takde alasan nak ambik EL, tidak bermakna aku sangat rajin. Ye lah, bila EL kan tak payah pikir pasal pengganti kelas. Jatuh kat bahu kb lak tukang cari pengganti. Boleh pulak ada tu, belum balik lagi keje hari nih, 'esok aku EL'. Pang! Hello E tu stand for emergency ok, bukan enjoy2. Dan emergency tu adalah perkara tak dirancang. Sibbaik aku bukan kb ek? hihihi. Belum2 dah nampak taring neh. Erkkk ini intro yea. Sabar je lah. Kalian patut gembira jika aku sudah membuat intro sepanjang ini kerana itu bermakna aku dah mula mendapat rentak semula. Are you ready tu blog???

Makanya aku telah memohon cuti selama 2 hari. Hikhikhik 2 ari je pon kecoh. Bukan apa, aku kena berjimat cermat dalam bercuti untuk bersaing dengan encik hairul. Kalau cuti aku abis, dan cuti dia banyak, tak ke akan menyusahkan aku dihujung tahun? Tak merasa lah aku jalan2 tak tentu hala menghabiskan cuti. Eh, tipu la. Tak pernah lagi cuti aku abis. Setakat ni masih lagi boleh bawak ke gcr sebanyak 15 hari. Yang penting lebihan selepas ditolak 15 hari itu kerana itu lah yang akan dibawak ke tahun depan. Kenapa nak bawak ke tahun depan sedangkan tahun ini pon tak puas bercuti? Itu dipanggil berakit2 ke hulu berenang2 ke tepian. Oh, tak habis lagi intro ni ek? Ok, stop sekarang. Pointnya satu ayat pertama di perenggan kedua je. Selebihnya, mengeradau.

Balik dari melaka hari rabu tu, aku sampai malam. Jadi, kawan2 terpaksa lah menanti aku balik pada hari isnin untuk mendengar kisah lawatan cik kiah itu. Khamis tu, baru lah kami berkemas2. Padahal ada urusan yang perlu diselesaikan pagi tu. Lebih kurang pukul 11am, kami pun bertolak.

Mula2 sekali kami pergi ke hospital bp. Ada urusan sikit. Tak sampai 30 minit pon urusannya. Dari situ, kami terus pergi makan.
Nasi beriani pokok sena. Ok ok sahaja. Tak boleh lawan mat bond beriani (formerly known as beriani super) bukit pasir. Benchmark aku dalam bidang nasi beriani tu tau.

Dari situ, kami terus ke muar. Saje lalu jalan dalam je sebab takde nak kejar apa2. Tambahan pula, uncle masuk hospital. Boleh la singgah sekali.

Sampai muar, terus ke hospital. Memula katanya wad 8, sekali dah dibawa ke hemo pulak. Aku pon pikir, apa ke benda la hemo2 ni. Aku tau la hemo tu darah sebab, kan aku baru tengok citer daybreakers aritu kan. Hero tu kan pakar darah. Pastu aku pikir, dalam darah ada hemoglobin, kot2 dia ada rawatan darah ke haper2 la. Rupa2nya, hemo tu kependekan bagi hemodialisis. Oh alah! Pusat dialisis la tu kan hihihi. Kebetulan ternampak abang ngah udin (sepupu encik hairul) pon baru sampai, so kami ikut dia je. Ooo lain kali ingat yea, tempat dialisis spital muo ni terletak di depannn tepi jalan besar tu.

Lebih kurang pukul 2.30pm, kami pon meneruskan perjalanan. Singgah solat di surau tepi jalan, tak jauh dari fly over u-turn area kesang kot. Surau terletak betul2 di sebelah kuburan. Kebetulan pintu surau dikunci, jadi aku solat di koridor aje. Betul2 sebelah kubur huhuhu. Insaf okeh. Tapi, siang2 tu pon takut2 gak hihi. Tengah solat, tiba2 ada benda jatuh atas bumbung agaknya, terkezut i. Dah la tak berani sangat. Saspen je. Kemudian, kami terus ke melaka pula.

Singgah sekejap di kedai tepi lebuh amj yang warna pink tu. Alaaa faham2 je lah. Kemudian, singgah jasko meletup semata2 nak beli takoyaki hihihi. Dah ketagihan nampaknya. Sibbaik encik hairul tak berapa suka. Yes! Dari situ kami teruskan lagi ke alor gajah dan keluar di tol simpang 4.


Pastu pastu errr adakah aku tertido? Ermmm ye kot. Sebabnya, sado2, dah tiba tol sungai besi. Masuk jalan ke cheras dan terus melalui mrr2. Waktu maghrib, singgah makan di taman melati. Tah, kat mana tah. Wangsa2 gitu la. Kalo tak wangsa maju, setiawangsa. Ada restoran nasi lemak internasional gak kat situ. Kami makan ini.


25 cucuk je

Dan akhirnya, kami ke sini (gambar di atas). Di mana ya?



Monday, 5 April 2010

Jalan-Jalan SSSSS P0li Merl1mau

Hari Rabu yang lepas (31 Mac), aku telah menyertai rombongan penandaarasan 5s cik kiah ke P0liteknik Merl1mau. Bertolak pada jam 11 pagi, kami pergi seramai 29 orang. Singgah makan di pekan merl1mau sebelum terlajak ke umbai. Terpaksa berpatah balik ke merl1mau untuk ke poli. Tengok gambar je lah ek...

Mendengar briefing dari pihak poli. Derang baru mendapat persijilan 5s dari pihak mPc tahun lepas.

Sebelum jenjalan, sesi penyerahan cenderahati.

Yang pertama sekali menangkap mata bila sampai di sana. Tag bagi lampu.

Pelan lampu.

Borang2.

Peralatan dan parking masing2.

Bilik fail.

Pencapaian bagi pejabat pentadbiran.

Stiker audit.

Di stor utama.

Pejabat pengurusan kams1s (asrama).

Bilik pegawai pengurusan kams1s.

Zon turqoise, semua berwarna turqoise. Kat sini derang guna nama batu2 permata mengikut zon. Teringat rumah sewa aku di seksyen 7 s.a. Jalan zirkon, paladium, turmalin...

1-1 nyer gambar aku sebab malu nak posing.

Ruang mesyuarat pejabat kams1s.

Bilik pengetua kams1s.

Sistem fail. Part ni kami dah advance hehehe.

Cop2 juga ditagging.

Toilet yang sweet.

Semua mesti ada parking.

Bilik modelling.


Rombongan kami.

Ayuh bulikan!

Thursday, 1 April 2010

Menyahut Cabaran Impiana


Berjumpa kembali kita dalam program realiti dekorasi musim ke-8, episod ke-13 (grand finale). Apakah kesudahan cerita buluh tempohari? Mari kita saksikan sama.


Setelah berhujan berpanas selama 3 minggu, akhirnya, buluh itu sudah cukup sesuai untuk digunakan. Kenapa aku tak biarkan dia berwarna hijau? Sebab nampak janggal. Warna coklat lebih sesuai dengan situasi rumah aku buat masa ini.

Lapisan pertama.

Siap untuk dijadikan deko!

Hollohhh baru pandai nak guna setting camera. Baru lah sesuai.

Ok tak?



Oh, macam tak sesuai pulak dua2 belah mencapah, kan? Salah satu je boleh dok situ.

Tunggu ruang makan tu dah complete baru lah kita alihkan salah satu benda alah tu ke sana.


Ni kalau beli kat kedai mau berpuluh2 nih.