Biasa kan? Orang cari gelfren atau boifren, mesti nak yang cantik2, kacak2 aje. Kalau blind date pon, biler jumpa tu tengok ala2 tak berapa nak cantik atau kacak jek, terus buat2 tukar nombor tepon atau tukar nickname. Lumrah manusia, suka yang indah2 ajer. Oh, semua ciptaan Allah swt tu indah. Manusia yang lemah, menilai dari mata.
Tapi jodoh, bukan kita yang tentukan. Kadang bercinta dengan awek sikit punya cun ker, tiba2 kawin, biasa2 aje. Tu bab sebelum kawin. Bila dah kawin, tak bahagia, tak serasi, cerai berai pulak. Kawin la ngan pempuan paling cantik dalam dunia pon, ratu dunia, ratu alam semesta, ratu perlancongan ker, gadis fotogenik dewi remaja ke, gadis muka depan majalah dara ker, kalau jodoh tak panjang, tetap lah akan berpisah.
Rupa yang cantik bukan jaminan kebahagiaan. Ada orang lebih serasi dengan orang kurang cantik. Ada yang dah kawin isteri cantik, masih tak cukup, tetap cari yang lain di luar atau di dalam rumah sendiri. Kekadang terfikir, macam kes artis2 tu, derang kan cantik2 belaka. Tapi kenapa susah menemui kebahagiaan dalam rumahtangga? Orang cantik pon tak bahagia ek? Tapi kenapa orang masih mencari yang cantik2? Adakah kita dilahirkan dengan pemikiran dan naluri bahawa yang cantik adalah yang terbaik? Atau didikan kita yang menjadikan kita begitu?
Pernah juga kita dengar, bila orang tu tengok orang kurang lawa tu berkahwin, dikatakan, laaa kawin jugak dia tu ek. Ada gak orang nak kat dia. Padahal orang tak tau, walo pon rupanya kurang, tak memenuhi ciri cantik, dia ada 3 ciri2 yang lain iaitu, beragama, berharta, keturunan yang baik2. Selain hebat di dapur seperti zaharah anak cik maimon hahaha. Teringat pulak pasal lagu zaharah anak cik maimon tu. Salu aku dengar on the way gi keje je. Sekali aritu, terdengar pulak time dalam kete ngan encik hairul anak cik asim. Mengekek2 gelak. Comel jek lagu tu. Ok, serius balik.
Ada, ramai juga yang cantik dan bahagia. Ada juga yang kurang cantik tapi tak bahagia. Kerana itu, jodoh dan kebahagiaan bukan terletak di tangan dan mata manusia. Jangan pula salahkan takdir kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Tiada manusia yang sempurna. Pandanglah dari mata hati.
Thursday, 12 November 2009
Cantik dan Kacak
Tuesday, 10 November 2009
Kalut!
Pagi ini.
Abang, cuba tengok tayar ni. Pancit tak?
Tak. Ok jek.
Cuba tengok yang belakang ni, macam lembik jek. Nak kena pam ke ek?
Ermmm ok gak kalo pam.
Sampai di stesen minyak.
Psssssssssssss Pssssssssssssss
(Isy, ni pam ke sedut?)
Psssssssssssss Pssssssssssssss
Abang!!!!!!!! Cepat bawak kancil! Tayar ni tak leh pam!!! Cepat!!! Cepattttttttttttttttt!!!
Kancil sampai.
Cepat! Cepat! Nah kunci. Pandai2 abang la ek.
Zassssssssssssss terus aku pecut sepecut2nya.
Dekat nak sampai simpang parit karjo.
Abang!!!!!!!!!!!!!!! Kunci!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ye lah. Takpe, nanti abang balik dulu. Ayang ada kunci tak?
Ada. Tapiiiiiiiiiiiiii bukan tu. Kunci abang laaa.
Kenapa?
Ada dalam kancil nih.
Ayang kat ner?
Kat simpang parit karjo.
Haaa tunggu situ.
Huaaarghhh!!!
AH sampai.
Nah nah nah! Cepatttt!!! Dah pam tak?
Dah. Nak tukar tak?
Takmo takmo babai.
Zoooooommmmmmmmmmmmmm!!!
Tit tit. 7.56am. Selamattt...
p/s macam lari berganti2 pulak.
Monday, 9 November 2009
Multitasking La Sangat
Hari sabtu lepas, sambil aku mengiron baju keje, sambil layan chatting fb dan sambil layan cerekarama. Ambikkk sumer sekali harung. Macamana tuh? Kalo selalu tu, biasa lah, iron sambil tengok tv. Boleh gak siap iron semua dalam masa 2 jam cerekarama tuh. Tapi kali ni, aku rasa 1/4 je yang siap kehkehkeh. Gossip je lebih. Jadi, terpaksa lah aku sambung iron esoknya pulak. Kali ni memang puas ati sebab baju yang dipakai hari jumaat pon aku sempat iron. Maknanya, semua baju lah aku dah iron.
Yang aku agak terkilan ialah, aku tak tau ending cerekarama tu selepas derang eksiden. Tau2 je dah abis. Eh, bulat pulak muka si bienda tu ek? Boleh aku tak kenal dia sepanjang cerita tu? Dah abis kuar nama dia baru aku laaaaaaaaaaaaaaaa dia ker...
Bola Bola Debu

Dah lama giler aku tak follow bola sepak malaysia. Dari zaman semi pro, sampai la ke zaman kemunculan johor fc lagi rasanya. Dan kalau aku follow pon, time final jek la. Tak kosser aku nak tengok tiap2 minggu. Oleh kerana faktor itu, maka, jelas lah sudah, kenapa aku dah tak follow sukan tersebut. Ate, bila kali terakhir johor masuk final hah? Biler? Biler? Biler? Jadi, bukan salah aku lahkan. Saper suh tak main betul2.
Tapiiiiii aku suka world cup. Yeay! Tahun depan ek. Aku suka world cup sebab dia lawan tiap2 hari. Takde lah berjanggut menunggu abis. Musim yang lepas adalah yang terbaik bagi aku sebab aku tak keje time tuh. Doploh pat jam ngadap tivi jek. Eh, betul he. Dulu rumah aku kan kecik cinonet jek. Situ lah ruang tamu, situ lah dapo, situ lah bilik tido. Maknanya memng sentiasa ngadap tivi lah. Tapi tak semestinya tivi tu idup la. Time dia mati pon aku tetap ngadap tivi tu hihihi.
Tapi, musim depan akan berlangsung di afrika. Maybe aku tak dapat ikuti sangat atas faktor masa. Maksudnya, tak dapat tengok live la kot. Dan, kalo pon nak tengok siaran tertunda, dah tak cukop masa kot. Masa tu sentiasa ada, cuma, kena curik la sket. Hmmm kita tunggu je lah nanti cemana.
***********************************************************************************
Sejak 2 minggu yang lalu, kami hidup dalam debu. Rimas nya laaa. Memula debu simen, kendian debu kayu. Pasni, tah debu apa plak tah. Minggu lepas aku rajin lah jugak vakum rumah. Tapi minggu ni aku dah malas. Buang karen jek. Aku vakum ari ahad, ari isnin dia debu balik. Baik aku tunggu sampai musim jerebu ni tamat. Sejak bila pulak jerebu ni eh? Kerrr rumah aku je yang berdebu hebat nih?
Teringat masa aku form 5 kat asrama dulu. Masa tu ada satu projek perumahan nak dibangunkan di jalan masuk sekolah kitorang. Taman bersatu. Kalo pernah nampak, ibu pejabat felisa cosmetic tu terletak kat taman tu. Sebelum ni, jalan masuk ke sekolah kami tu cuma ada hutan belukar jek. Dan sebuah kuil berpokok besar. Biler derang buat projek tu, tinggal kuil berpokok besar tu jek.
Biler derang tebang pokok dan ratakan tanah, abis asrama kitorang berdebu. Debu tanah merah plak tu. Baju pon tak leh sidai kat luar. Kendian, pihak sekolah komplen kot. So, derang kasik ganti rugi. Derang pasangkan ekon kat bilik apa tah, lupa. Pastu derang buatkan tempat pejalan kaki dari jalan besar sampai la ke sekolah kitorang. Tapi kami tak sempat merasa pon.
Kesan langsung yang aku rasa time tu ialah aku selalu selesema. Memang la, kalo ikut kata dato fadilah kamsah, orang yang lahir bulan jun ni selalu kena selesema, tapi ni dah terlebih sudah. Boleh dikatakan, selang seminggu dua baik, kena balik. Memang udara ketika itu sangat tidak sehsuai dengan aku kot. Dah la nak spm kan. Aku rasa kalo persekitaran sihat, aku boleh dapat 10A1 kot hahahaha. Tak boleh blah.
Tah apa kaitannya citer ni ngan jerebu tah. Layan je lah...
Friday, 6 November 2009
Dah lama aku tak terlupa isi minyak, kan? Dulu selalu, tapi dah lama tak sebab aku dah beringat2 sekarang. Sebelum minyak tu kelip2 aku dah isi siap2. Tapi, sejak seminggu dua ni, aku kerap lalu jalan parit lapis sempadan ni waktu balik. Dulu pernah jugak aku lalu, tapi jalannya banyak sangat lopak. Kesian AH. Satu hari, aku sajer nak test lalu semula. Oh, dah banyak gak jalan yang ditar semula. Kalo takat 80km/j tu dah boleh la. Lagi pon, kalo lalu situ, leh jimat beberapa minit.
Thursday, 5 November 2009
Crab Crab Crab
Huh! Reda dah cerita masuk u aku ek. Lega tak? Jangan risau, aku dah abis citer dah. Tapi jangan segan silu untuk kembali ke sana sebab aku akan letak gambar berkaitan kot. Kalo ado.
Ok, hidup perlu diteruskan. Dalam aku bernostalgia2 tu, banyak juga perkara berlaku. Tapi tak tau mana satu nak cerita kat sini.
Meh aku imbas kembali kegiatan aku hujung minggu lepas. Hari sabtu pagi, aku celik je mata, tawaf satu rumah. Abang! Abang! Abang! Macam baby carik mak kekdahnya. Nak nangis jek tengok dia takde. Hahaha over ek. Takde la aku sampai nak nangis. Aku berjiwa kental la. Nak sedih watpe. Bukan dia pergi memana pon. Pergi servis AH jek hehe. Tu pon katanya siap kul 2.30pm tau. Sedih la jugak sebab kalo lambat, musti tak sempat nak kuar soping moping.
So, untuk merawat hati yang rawan, aku pon kemas rumah. Grung greng grung greng bunyinya. Lain macam pulak vacuum cleaner tu punya suction power sebab baru tukar kantungnya. Selesai mengemas, aku pon mandi. Niat di hati yang kental ni, pas ni nak siap2 dan kuar naik bas jek begi bp. Punya lah semangat nak berkongsi rezeki.
Siap mandi, ternampak AH lalu seberang parit. Eh, eh, takkan dah balik kot? Ropanya memang betul. Tapi, macam tak patut la pulak kan, nak kuar dan2 tu. Jadi, lepak kat rumah je la.
Malam lepas isyak baru kami keluar. Kental tak kental? Memula gi makan dulu. Sup sitam. Hujan rintik2 dan sejuk cenggini memang sehsuai sangat la menghirup sup yang panas dan pedas ya ampun tu kan. Selesai makan baru pergi bpmol. Hari ni dia tutup kul 12. Ada pkad sale jugak. Boleh2 nak soping. Kira kalo balik lenggang kangkung tu macam berdosa la hohoho. Last2, bawak balik cadar, purse dan kemeja suami ku jek. Jek? Tak best eh? Memang tak puas ati sebab tak dapat beli kasut dan henbeg. Takde yang berkenan. Minggu ni kiter pegi parkson plak ek?
A'ah ek? Parkson tu macam tak wujud je. Sebab aku jarang pergi situ. Kataaa boikot k4 kan. Aku pon tak paham. Bukan tesco ker yang kena boikot? Apasal k4 pon masuk sekali ek?
Hari ahad, tak tau nak buat apa dah. Angin malas pulak datang, masak pon malas huhu. So, kami keluar makan nasi ayam. Isyyy apa dia letak kat nasik ayam dia ni tah? Enak sekali. Padahal ayam dia goreng biasa je pon. Nasi dia yang sedap tu.
Lepas makan, terus pergi ayer hitam. Ada apa? Takde apa2. Sajer. Balik tu konon nak minum abc. Pergi kat kedai cendol. Sekali, abc pulak dah abis. Terpaksa (saper paksa tah) lah minum cendol jugak. Aku kureng sikit cendol kat situ. Pelik la rasa cendol dia. Cendol mamak mersing jugak yang terbaik.
Kalo nak tau, batuk aku belum baik lagi tau. Asalnya dah nak baik. Sekali, aku yang tak sabo2 ni, terus minum air sejuk. Tak jadi nak baik la dia. Pastu, asik nak minum limau suam je la pulak. Mana boleh tahan. Tu pon tak baik2 jugak. Kalo gitu, baik aku lenjan air batu jek. Tu yang aku layan cendol tu. Tengok2, e'eh, dah tak batuk dah? Ada la sesikit, tapi tak sekuat sebelum tu. Ooo itu ubatnya eh...
Hari isnin, ruh rajin dah mari. Jadi, aku masak benda alah ni. Wallaweiii!!! Sejam setengah mengadap ko je tau. Sibbaik sedap.
Ok, divert cerita. Sejak sebelum puasa aritu, kan aku banyak makan beriani kambing kan. Pastu konon datang keinsafan untuk memerangi kolesterol. Iklan pulak asik kuar muka amy mastura promote kempen jantung sihat quaker. Nampak macam best je kalo kolesterol2 itu boleh disedut oleh oat tu ek? Maka, aku pon beli la benda alah ni.
Abis puasa, raya. Sambung balik makan beriani kambing super. Ehhhhhh dalam bulan puasa tu pon macam2 versi beriani kambing aku makan. Namun benda alah ni masih lagi elok duduk atas kabinet tuh. Ada laaa sesekali tu aku bawak turun dia, konon nak makan. Tapi, bila nampak makanan lain, langsung letak balik dia kat atas. Kalo cenggini, lama2 boleh expired.
Hari selasa tu, baru lah dapat nur untuk memerangi kejahatan huhu. Jahat ke kolesterol tu eh? Kalo ikut cadangan, kat pack dia, masukkan 250 susu dan 5 sudu oat. Camner nih? Kita tukar resepi je lah. Aku buat air milo semug, pastu letak 4 sudu oat. Untuk permulaan. Kang kalo tak sedap, takde la rugi buang banyak2.
Sekali makan, erm ermm ermmm boleh la kot. Seminggu sekali boleh la huhuhu. Untuk jadi ubat boleh la. Kalo nak dijadikan makanan ruji, malammm sikit kot. Kalo nestom aku leh telan lagi. Tapi oat, oh no. Sibbaik milo tu sedap. Pasni aku nak try makan ngan perl choco plak. Air dia kena sedap la kalo nak suh aku makan benda alah tu selalu. Boleh tak kalo makan dengan minuman yogurt tanpa lemak? Adehhh. Nak abiskan semug tu pon aku siap pejam mata 3x tau. Konon takmo tengok la hahaha. Konon bukak mata je, dah abis. Tak senonoh!
Kalo begitu lah kekdahnya, aku sanggup masak lauk dengan nasi. Biar lah penat sikit, asalkan puas makan huhuhu. Mengambil kira kata2 itu, aku pon masak la semalam. Asam pedas ikan terubuk. Dengar encik hairul makan, macam sedap jek hihi. Tapi memang sedap ar. Well... Huiiiii licin tu. Padahal aku masak bogel je asam pedas tu. Takde aksesori tambahan aka daun kesum. Orang terror masak memang cenggitu. Tak perlu bantuan daun berbau harum untuk menaikkan selera makan suami hahaha.
Ok, itu je. Ada sesuatu nak cerita, tapi belum masanya kot. Tunggu dia bersedia baru aku heboh kan. Tak lama, seminggu lagi kot. Tunggu eh...
Bukan Sesat, Tapi...
Ikut jalan alternatif.
Aku nak tulis pasal sesat, tapi tak tau apa nak citer kecuali tajuk tu dan satu baris ayat di atas. Aci tak?
Okeh, kiter elaborate sikit la. Perkara ni sebenarnya diisukan oleh suami ku. Katanya, sebenarnya, kalau kiter kata kiter sesat tu, bukan lah sesat, sebaliknya, kiter ikut jalan yang lain. Yang mungkin jauh sikit la. Tapi yang penting kiter sampai jugak ke tempat yang dituju, kan? So, tidak lah sesat namanya.
Sama juga kalau kita buat perbandingan dengan hidup kita. Ada orang ikut jalan yang lurus, takde bengkang bengkok. Jalan yang lurus ni kita umpamakan seperti perbuatan baik la. Ada orang, melalui banyak liku2 sebelum sampai ke destinasi. Setiap orang tu asal usulnya diberi jalan yang lurus. Ada ketika, kita tiba di persimpangan. Nak terus ke jalan yang lurus, atau belok ke jalan berliku? Contohnya, ada budak ni, masa sekolah dulu, punya lah nakal. Kira dia dah pilih jalan yang berliku la. Tapi, bila dewasa, 'elok la pulak jadik orang' sebab dia sudah kembali ke jalan yang lurus.
Dalam konteks sesat jalan yang sebenar, pon kiter sebenarnya menuju ke satu tujuan juga. Ada banyak pilihan jalan. Tuan rumah biasanya akan beri jalan formal untuk sampai ke situ. Kadang tu siap dengan jalan alternatif lagi. Pon kadang2 kiter tersesat. Bukan tersesat. Tuan rumah tu sendiri pon kadang tak tau, ada jalan lain untuk sampai ke rumah beliau. Dan kiter yang sesat ni lah yang discover jalan tersebut biler kiter sesat tuh. Ok, dapat pointnya, kan?
Wednesday, 4 November 2009
Pengalaman Masuk Menara Gading Part 5
Minggu2 awal di itm, kami sibuk memilih ko (ko-kurikulum). Oleh kerana kawan2 terawal yang aku kenal di situ nak masuk pbsm, aku pon join la sekali. Ropanya bukan boleh terus masuk. Ada audition dulu. Bukan audition la, apa ek? Sesi pemilihan la. So, pada sattu petang, aku pon pergi la ke padang untuk pemilihan tu. Ingat kena interview ke haper. Ropanya dia suh lari. Tah, berapa pusingan tah. Seminggu kemudian baru dia tampal nama yang layak. Tapi nama aku takde lor hoho. Aku tak layak huuuuuu. Sedih jek. Yang sedihnya sebab takut takde kawan sama2 pergi ko.
Jadi, untuk jalan selamat, aku masuk je la kesatria. Memang ramai yang masuk 'kesat' nih. Ropanya ramai juga kengkawan secourse yang masuk ko nih, termasuk la kering. Tapi, memula tu pon kena lari jugak. Bukan lari satu padang lagi. Dah kena lari satu itm dah. Eh, takde lah satu itm. Pusing ikut perindu, delima dan masuk balik padang kawad je. Ingat lagi, masa tu lah aku berjanji ngan kering nak pergi dating kat kl esoknya hihi. Eh, bukan aku dating ngan dia. Dia teman kan aku sampai kl dan aku dating ngan encik hairul la hehehe. Kata tak pernah pergi kl kannn.
Oh, cemana aku boleh berjanji2 dating pulak ek? Bukan ke dulu takde telefon? Haaa sonang bai tu. Kitorang dah plan e'awal hihi. Encik hairul akan call kak zila dan bagi alamat dia dan aku akan call kak zila juga untuk ambik alamat itu huhuhu. Ok tak? Ingat lagi, berapa kali aku suh dia ulang sebut nama tempat tu, celcon apartment? Pelik nyer nama tempat tuh. Makanya, dari situ lah kami berkomunikasi semula. Surat pertama dah ajak dating eh?
Dating pertama di kl adalah pada hari ulang tahun keputeraan spb ydp agong 1997. Sabtu pertama bulan jun kan? Tapi, pada hari itu juga lah aku dipaksa pergi menonton perarakan panji2 agong di stadium merdeka ke nasional tah. Komander kesatria tu lah yang suh pergi. So, pagi tu aku pergi panji2 agong dulu, balik dalam kul 10-11 gitu, dan terus keluar lagi ke kl ngan kering. Dah jumpa kekasih, (haha apa punyer skema laaa) siap janji ngan kering, pukul baper nak jumpa balik kat bus stand klang tuh. Hahaha gi dating pon siap bodyguard.

Petang nyer, balik tu, encik hairul ikut sekali sampai ke shah alam. Pastu dia turun kat seksyen 2 dengan kering. Kering duk kolej jati. Masa tu lah baru perasan yang wallet beliau sudah hilang. Ah! Panik! Dah la masa tu aku dalam bas sebab nak balik seroja terus. Nampak pulak derang bermuka panik. Macam nak terjun bas jek. Ropanya orang jahat ni kenal eh orang yang baru sampai kl. Mudah terpedaya. Suspek kami ialah sorang mamat yang ada mintak duit rm2 kat bus stand klang. Licik.
Dugaan lagi. Kesian sangat time tu. Dah la memang tak berduit, hilang pulak ic segala, lagi la susah kan? Kalau tak salah, kering yang kasik dia duit masa nak balik tu. Kering ni memang superman la hahahahahahahahahahaha (adoi, sakit perut aku gelak sendiri). Kering, sila nyanyi lagu lucky laki yang tajuknya superman tu okeh? Masa aku hilang purse time part 5 pon dia jadi penyelamat dunia. Bawak aku pergi ambik gambo, buat ic segala. Terima kasih kering! Biler tah nak kawen mamat tu. Aku hilang purse tu dulu betul2 sehari selepas pengumuman gambar ic dah boleh guna gambar berwarna. Terkejut aku biler pergi kedai gambar, orang tu suh ambik gambar color. Ingat dia main2. Eh, aku ni takde kawan lain kah? Ada memang la ada, tapi kawan susah senang sukar dicari. Cewah! Apasal aku nak jack si kering ni lelebih lak ek? Ok la tu. Leh naik sket saham dia. Biler tah nak kawin mamat tu. Duit banyak2 buat apa tah?
Ni bukan gambar deting pertama tu. Tapi masa ni encik hairul bawak kawan dia, tukang ambik gambar nih. Apa sumbangan aku kepada encik hairul waktu itu? Aku lagi lah pokai tahap gaban. Hidup bergantung kepada ihsan kerajaan. Sibbaik la itm tu institut tolong melayu kan. Makan minum dah takyah pikir. Sepanjang belajar kat sana, bukannya aku beruwang sangat pon. Masa part 3 baru aku dapat loan ypj. Tu pon rm500 je satu semester. Umpama rm100 sebulan je lah. Hidup jugak aku. Tu yang aku sayang ngan uitm tu. Uitm dihatiku.
Haihhh banyak sangat susah payah sebelum berada di tempat sekarang. Huuuuuu sedey.
Selepas kejadian hilang wallet itu, aku sangat berhati2. Sampai sekarang, aku menjadi paranoid. Semua orang adalah orang jahat hahaha.
Salah satu kebaikan kami belajar berasingan ialah, kami dapat tau banyak tempat di shah alam dan kl. Jangan tak tau, kami antara yang terbaik dalam selok belok jalan di kl okeh... Cuba cakap, celah mana yang kami tak pernah pergi? Cehhh... Orang kl pon kadang tak tau jalan kan? Sebab tu aku berani pergi ke mana2 berpandukan alamat sahaja.
Ada sambungan lagi ker? Tak tau lagi...
Tuesday, 3 November 2009
Pengalaman Masuk Menara Gading Part 4
Laaa tak abis lagi ropanya ek? Hahaha ada part 10 tau. Sanggup ker nak follow??? Tak wajib ok. Orang2 yang penyayang je yang sanggup baca nih haha. Sayang ker?
Sambungan...
Sampai di puduraya, cam biasa la. Kalo naik bas malam, sampai subuh sepi'e la kan. Tunggu ar kawan kakak ku itu. Oh, ni first time aku jejak kl ok. Very the jakun. Banyak ke beg yang aku bawak? Takde la banyak pon. Cuma, agak pelik la kalo nak diangkut naik bas kat bus stand klang tu huhu. Satu beg jenis zaman dulu yang bertingkat2. Boleh tinggi kan dengan membuka zip. Beg tu zaman kak uni masuk u ok. 12 tahun yang lampau kot. Beg tu ada roda, tapi tinggal 2 daripada 4 kot rodanya. Biler sampai itm, terus tercabut roda tu kuikuikui. Sampai sekarang aku guna beg tu tau. Tapi dah tak bawak travel la. Aku simpan perca2 kain kat dalam tuh. Satu lagi beg ialah beg besar saiz aku pon boleh muat dalam. Kira kalo nak jimat tambang bas leh la sumbat aku dalam tu. Gilo ko opo? So, kalau nak dipertikaikan kenapa aku ngengada nak suh orang jemput bagai, sila ambil kira saiz badan aku dan kakak ku itu yea. Kami adalah sesaiz.
Dah dekat nak pagi tu, kawan tu pon jemput. Terus la kami ke shah alam. Benda pertama yang menangkap mata aku ialah pintu gerbang kat federal highway. Wahhh ini kah kola lumpor???
Dari pudu, kami terus ke rumah sewa kakak ku. Mandi2 dan siap2 pakai baju bunga matahari :) Kendian gi sarapan roti canai kat mana tah. Area seksyen 18 tu lah kot. Itu juga first time aku makan roti canai menggunakan sudu dan garpu hahaha.
Selesai makan, kami terus ke itm. Hmmm ingat lagi, kawan tu parking kete kat tepi hotcat lama. Dekat bukit tonggek tu lah. Aku kena register kat kolej seroja. Masa turun bukit tonggek tu menuju ke seroja la roda beg tu tanggal. Huh! Seksa sungguh la. Sibbaik ada kawan kakak ku yang gagah tolong angkatkan beg hihi.
Selesai mendaftar kolej, mendaftar di dewan seri budiman kot. Tak ingat la pulak. Masa tu macam pelik laaa. Kenapa tempat ni banyak nau bukit nak dipanjat. Hongeh! Pastu, aku dibawak berjalan2 sekitar school engine. Perkara yang paling aku ingat, kawan kakak ku tu cakap, kat sini pengumuman sumer ditampal kat notice board ni. Kena selalu tengok kat sini. Kat tepi ofis dekan.
Pastu, aku dibawak pergi giant subang usj. Mak aihhh. Baru aku tau ropanya jauh gak tempat tu. Dekat2 summit nun. Dulu giant tu la yang paling besar pon. Kan aku datang bawak baju je kan. So, masa tu lah baru aku beli baldi gayung bantal segala. Oh, apa perasaan aku masa tu ek? Sedih ke? Tak kot. Biasa je. Excited kot. Lepas antar aku, kakak ku balik kota semula kot. Sebab dia ikut gak antar abang tp kawin kat ipoh. Masa tu aku tengah berjuang ngan minggu wawasan siswa haha. Jalan bertiga2! Pegang tangan kawan! Cepat! Kalau korang lembap macam ni, macamana nak idup 3 tahun kat sini? Hahaha poyo betul la fasilitator tu. Takde pon aku gi kelas berpimpin tangan bertiga2? Sabo je lah.
Ni lah classmate masa part 1 diploma. Iza, anna, kakrusni, kakmaria, puteri dan kaknadiah. Gambar ni waktu tunggu lecturer fizik kat pusat islam.Masa mws ni lah aku jumpa dengan kengkawan yang aku kenal. Ramai gak kawan2 vokay encik hairul yang se course dengan ku. Kira derang jadi guardian aku la sepanjang kat sana hihi. Dalam ramai2 kawan beliau tu, termasuk la kering. Tak faham betul, kenapa dia tak dapat ek? Takde rezeki la tu ek. Eh, entah2 dia dapat tapi tak bagitau tak? Dengar cite kan dulu kakak beliau pernah dapat tawaran sekolah berasrama, tapi disorokkan suratnya? Kot2 beliau menerima nasib yang sama tak? hahaha keji nya syak wasangka terhadap ibu dan bapa mertua huhuhuhu. Eh, masa tu belum lagi. Ye lah, kan dia masuk utm tu kan yuran mahalkan. Mestilah rugi kalau dia berenti, walopon maybe leh refund sikit. Tak pelah. Dah selamat pon.
Ni pulak classmates part 1 degree. Alamak, lupa la nama yang berdiri kiri tuh. Sebelah dia, kakdee, ana, aisyah, puteri, amy, kakzam, kaknorli, anna. Waktu ni tengah tunggu lecturer jugak, kat stadium shah alamSo, begitu lah kisah aku masuk menara gading. Memang ada bangunan menara pon kat situ. Ada sorang lecturer aku, dr bombay (memang asal dari india), bahasa melayu yang paling kerap dia sebut ialah 'menara' dan 'dan'. Dalam speaking london tu, boleh lak dia tak sebut 'and' untuk dan.
Eh, dah terlanjur ni kan, boleh la aku sambung sikit lagi mengenai detik2 awal aku di menara gading nih. Alaaa peduli apa boleh ke tidak. Blog aku, sukati aku lah. Saper suh baca.
O'ooo kiter bersambung lagi yea. Pancing jangan tak pancing :)
Monday, 2 November 2009
Pengalaman Masuk Menara Gading Part 3

Urusan membuat medical check up ni memang leceh. Lebih2 lagi ramai yang nak masuk u dan klinik yang terhad. Sumer nya serentak, jammed ar klinik tu. Sampai aku terpaksa pergi 2 hari berturut2 sebab result urine test takleh siap dalam hari yang sama. Dia kena hantar ke lab di jb. Aku agak2 macam gribbles tulah kot lab nya. Pulak tu bukannya dekat nak ke kota tu. Ok, 30km dekat je. Macam aku pergi balik keje ni ha. Tapi dulu mana ada kete sendiri kan. Naik bas atau naik teksi je lah.
Settle bab mc, masuk bab nak pergi. Biasanya, kalau masuk u ni, mesti lah femli sumer hantar kan? Macam masuk asrama sekolah jugak la kan. Pada masa yang sama jugak, abang tp nak kawin. Kira femli aku sumer sibuk menguruskan perkahwinan itu. Ye lah, bukannya dekat shah alam tu. Makan 2-3 hari gak kalau nak pergi balik tu kan. Eh, macam nak pergi myanmar la pulak sampai 2-3 hari ek? Alaaa 2-3 hari tu termasuk pergi balik jalan2 dan tido bagai la. Bukan setakat constraint masa, fulus constraint pon iyer jugak. Nak sewa kete van bagai, minyak tol segala lah kan. Jadi, aku pon pakat ngan eita yang tengah cuti semester time tu. Dia akan 'mengiringi' aku ke sana dengan menaiki bi ey es. Tu pon susah jugak tau sebab karang dah sampai kl, cemana nak hangkut beg2 bagak sumer tu? Sudahnya, terpaksa lah dia calling2 kawan dia kat sana untuk jemput kitorang. Kulu kilir kitorang pegi tefon kat public phone sebab masa tu line tefon kena potong ke haper tah, takleh call out. Banyak beno bergayut, padan muka.
Sebelum dapat offer ni, aku keje kat kilang EnQ kat desa cemerlang. Pasal keje kilang tu aku akan citer lain kali la. Aku sempat keje kat situ 1-2 minggu jek huhuhu. Selepas dapat offer, aku pon berenti la. Beberapa hari sebelum pergi, aku pergi la kilang tu untuk ambik gaji. Seciput je pon. Tapi masa tu singgit pon berharga ok. Aku pergi tu ngan encik hairul la. Naik bas. Jauh jugak kami berjalan kaki ke kilang tu. Turun kat petronas simpang desa cemerlang tu lah. Masa balik, kitorang ada gado2 sikit. Akibatnya, menononggggg je jalan sensorang hihihi. Benda tu dah lama berlaku, tapi sampai sekarang encik hairul masih jadikan kejadian tu bahan lawak. Sabo je lah. Sumer gaji tu aku kasik kat abah, suh bayar bil tefon. Sebahagian je lah dapat cover sebab banyak kot bil tuh.
Masa balik dari situ, aku singgah di kedai kemboja dan membeli sepasang kain untuk dibuat baju kurung untuk dipakai semasa mendaftar nanti. Ingat lagi baju tu. Baju bunga2 matahari. Sweet eh? Masa nak masuk asrama pon aku ada buat baju baru jugak. Macam acara wajib gitu. Sebab masa nak lapor diri keje pon aku ada buat baju baru gak hehe.
Malam sebelum aku pergi, encik hairul datang untuk mengucap selamat jalan kununnya. Padahal esok dia nak 'iring' jugak ke jb hehe. Balik dari rumah aku, dia ditahan roadblock. Takde lesen, tak pakai helmet takde insurans n roadtax. Pendek kata, sumer kesalahan jalan raya yang melibatkan motosikal lah. Tapi dia tak beritau aku, sampai la aku terjumpa catatan pada organizer dia yang berbunyi 'naik kot'. Masa tu aku tak tau apa maksudnya. Kesian suamiku. Bertahun gak dapat merasai kesan ke atas kes tersebut.
Pada hari nak pergi shah alam, pepagi lagi aku dah keluar. Padahal basnyer malam. Naik kat jb. Bas t hakim. Pagi tu aku naik teksi, pergi kota, kendian naik bas ke jb. Sempat ler kami jenjalan kat jb tu dulu aka deting hehe. Petang tu dia pon balik. Melalak la aku kat situ huaaaaaa sedih bebeno nampaknya huhuhu.
Minggu depan kite jumpa kat kl eh...
