Time raya ari tuh, bil bawak balik video yang dia download sampai episod 8. Memula aku buat tak tau je lah. Sekali aku tengok, umak aihhh sakit perut aku gelak. Korang explore la kalo nak download eh. Sekarang dah episod 16 dah. Tapi, ada orang tak suka tengok sebab kalo dengar shira tu gelak terbahak2 mengilai2, agak tak senonos. Tak tau la apa jadi ngan anak dia yang dikandung tu kelak.
Thursday, 8 October 2009
Every Body Spontan!
None
Petang semalam, dengan gigihnya, aku telah pegi ke bpmall untuk mendapatkan beberapa bijik donut. Tapi, apakan daya. Duren2 sudah habis. Isk isk isk. Tapi aku beli la jugak sikit. Dari situ, aku singgah pasar malam bandar u pulak. Beli nasi ambeng akak smiling face lauk ikan keli. Sampai rumah, terus masak dadih perisa mangga sebanyak 36 bekas. Siap tuang dadih, terus berbuka dengan sebijik kurma dan separuh bijik donut perisa keladi. Isy isy isyyy lembut, lemak dan berkrim sungguh laaa.
Lepas maghrib, aku sambung masak dadih lagi. Kali ni perisa cappuchino pulak. Pon sebanyak 36 bekas. Lepas isyak pulak, cecepat aku sarung baju raya dan pergi baraan. Dah 2 kali aku tak pergi baraan. Lagi sekali, kelmarin. Sebabnya, pukul 8pm lagi aku dah tertido. Selalu, tengahari aku sempat lelap. Tapi hari tu aku kena dok jadi panel proposal final project bebudak. Memang ngantuk tak hengat ler.
Sedar2, lampu tak tutup, dah pukul 12.30am. Mak aiii. Ni betul2 ganti tido untuk sehari nih. Tengok2, encik suami tiada di sisi. Oh, dia kena jaga malam nih. Jengah kat pondok jaga, takde orang pon? Ropanya dia tertido. Lepas kejut beliau, solat dan aku pon sambung tido lor. Apa ke hey ko nak berjaga memalam buta nih. Pusing kiri pusing kanan, bukak tivi, last2, dekat kul 2 baru dapat tido. Encik suami pon dah balik semula sebab takde geng jaga. Bahaya la kalo jaga sengsorang kan. Bangun pagi, rasa segar. Takde la bangun tu rasa malas nak bangun macam selalu. Macam orang cukup tido kekdahnya.
Berbalik ke baraan malam tadi, kali ni di jalan 3. Malam ni baru terasa sakit kaki sakit pinggang. Banyak rumah kena masuk, bangun duduk bangun duduk, makan minum makan minum. Last, sampai tempat makan, aku minum air jek. Dah kenyang makan setiap rumah. Paling banyak aku makan is lengkong. Macam2 jenis. Ada murtabak la, roti jala la, wedges, nugget, pendek kata, tiap rumah aku jamah seketul. Macam2 ada dalam perut ku huhuhu. Dah penat2 tu, takde la rasa nak balik ke haper. Mesti habiskan semua rumah. Ingat, setahun sekali. Untuk jamuan malam tadi, derang masak kuey tiow goreng. Siap goreng depan rumah time kami dah sampai rumah last lagik. Isy, nyesal pulak tak jamah kuey tiow tersebut.
Oh, berkenaan ambi pur semalam, ada 8 haruman tersedia.
vanilla bouquet (fevret kuh)
floren
aqua
pacific
lavender
fresh light
waves
fresh n cool
Wednesday, 7 October 2009
Aku Teringin Nak Makan...
1. Mee Bandung Muar Abang Sayang } nak makan ni kena datang petang/malam
2. Mee Bandung Muar Tg. Agas } patutkah aku pergi muar semata2 untuk makan benda nih?
3. Mee Rebus Stulang Laut
4. Nasi Ayam Haji Ali
5. Kek Chocolate Indulgence Resepi Rahsia
6. Duren-Duren Big Apple Donut
7. Sup Gear Box Sitam
8. Nasi Ambeng Akak Smiling Face Pasar Malam Bandar U (oh, hari ni pasar malam tu)
Kenapa laaa baraan ni tak abis2 ha?
nota kaki : puasa ganti tinggal 3 hari lagi termasuk hari ni.
Ambi Pur Car Market & Price Survey
Tuesday, 6 October 2009
Butik Mini Asia. Now Open. Sedia Menerima Tempahan Baju Kurung Sahaja
Malam tadi, sebelum pergi baraan, aku sempat merepair baju raya aku yang pink tuh. Aku pon pelik kenapa aku tak test dulu baju tu dulu sebelum dipakai. Padahal, kalo ikut pe'el aku, asal siap cantum je baju, terus aku sarungkan ke badan. Dalam kes baju tu, lebar baju tu terlebih 2 inci lagi. Musykil betul ah. Kalau ikut kebiasaan, aku akan potong basi 1 1/2 inci. Maknanya, kalo lebar bahu aku 13.5 inci, maka waktu potong tu aku akan potong 15 inci la kan? Ni tidak. Dah siap jahit pon masih lagi 15.5 inci lagi. Huh! Ke baju tu mengembang eh?
Oh, sebenarnya aku bukan nak citer pasal baju tu sangat pon. Yang aku nak citer ialah pasal perasaan aku ketika menjahit malam tadi, iaitu sangat teruja! 3 minggu aku tinggalkan dia, rindu la pulak. Nampak gayanya, boleh la aku membuka kedai jahit mini itu mulai sekarang. Aku namakan mini kerana aku buat benda ni secara kecil2an dan aku boleh ambik tempahan untuk baju kurung johor sahaja. Meh aku potong reben. Tepuk tepuk tepuk!
p/s kadar upah ialah rm30 untuk kurung biasa dan rm35 untuk piping. semua leher tulang belut. mahal tak? ok la tu. tarif tnb pon dah naik compare ngan 2 tahun lepas kannn. gaji pon naik tiap tahun kan... hikhik. anda mempunyai pilihan. jadilah pengguna bijak eh, aku nak bagitau saper neh?
Monday, 5 October 2009
Perokok + Baraan Lagi
Tahukah anda, orang yang merokok tidak boleh berhenti merokok secara tiba2? Tak tau? Aku pon tak tau. Semalam. Tapi, hari ni dah tau. Sebabnya, ada sorang opismate aku ni, semalam dia warded sebab sakit dada kot. Selepas doktor menyiasat, ropa2nya, didapati kawan ini telah berhenti rokok secara tiba2 baru2 ini. Tak boleh eh ropanya. Kira badan tu terkejut arrr, tu yang sakit dado den tu. Memula doktor tanya, awak isap berapa batang satu hari. Dia cakap la, 20. Pastu, doktor suh kurang kan dulu 15 batang. Bulan depan, 10 batang dan bulan depan lagi 5 batang, kendian baru boleh stop. Ooo cenggitu. Aku tak ambik tau sangat sebab suami ku tak merokok. Abis citer tuh.
Aku baru balik dari baraan. Kali ni, kat jalan 2 iaitu jalan rumah sewa lama ku dulu. Rumah makcik gedik tu la. Nak jugak mention nama dia kan. Sabtu lepas, yang aku tak pegi tuh, dah masuk rumah tu. Arini sambung lagi sebab jalan tu rumahnya banyak. Kena buat 2 hari. Selepas pergi untuk 4 hari nih, baru aku perasan, orang pempuan jalan aku ni kan, takde pon yang pegi selepas hari pertama arituh. Ada la sorang selain aku. Selebihnya, non ado. See? See? Saper kata aku sorang je yang tak campor orang kihkihkih. At least aku pergi jugak, walo pon tak de lah nak huhahuha gossip2 bagai. At least aku masuk gak setiap rumah dan bermarhaban. Tak macam orang lain yang lepak kat luar rumah, time orang nak kuar, baru derang masuk salam tuan rumah. At least aku aminkan jugak doa kesejahteraan tuan rumah. Aku dah tau sumer nama tuan2 rumah tu, walo pon sejam kemudian, aku pon dah lupa hihi. See see see!!! Alahhh, bukan susah pun. Masuk rumah, salam, marhaban, doa, jamah kuih sket, salam lagi dan jalan. Susah ker? Abis semua rumah, makan lagi dengan banyak nya. Dah la setiap rumah dah makan seketul epok2. Dah hujung2, makan ayam goreng bersalut tepung lagi.
Ikut kan hati, memang la malas nak ikut tiap2 malam. Balik rumah dah pukul 11 lebih, besok pagi nak drive. Sampai menguap2 aku dalam kelas tau. Tapi, bila difikirkan, setahun sekali jek. Minggu ni je. Pastu, tunggu la tahun depan pulak. Ada banyak hari lagi boleh tido kan. Eh, tahun depan? Mungkinkah? Pastu pulak, aku sepatutnya bersyukur sebab negeri ku ini mempunyai tradisi ini. Tempat lain mana ada. Open house, mana2 tempat ada. Namun, nak mengunjung dari rumah ke rumah sambil marhaban, kat sini je ada. Syok aperrr... walo pon aku ada agenda sampingan hihihi.
Untuk rekod, baki puasa ganti aku setakat ini ialah 4 hari. Best nyer, kan? Korang makan la puas sekarang. Sok dah bulan rejab syaaban, time korang sibuk2 nak ganti poser, bior aku pulak yang makan puas2 depan korang ngehngehngeh.
Baraan Sambil Marhaban
Baraan di taman ku bermula pada 1hb yang lalu. Setakat 4 hari ni, aku dah ponteng sehari. Tu pon gara2 merajuk hari sabtu arituh huhuhu. Merajuk memang rugi kerana kau akan lapar. Dah lah siang tu kempunan nasi dagang ngan lontong, malam pulak, makan megi jek uhuks. Sedey tau.
Kebetulan pulak, petang tu ada cite akele hum akele tum yang aritu aku cite aku nangis giler2 tu. Kali ni tengok dari mula. Elok beno la tu. Nangis tengok hindustan campur nangis kempunan, jawabnya bengkak mata ler. Huuuuuuuuuu.Belah malam tu, sedang orang lain baraan, aku gosok baju. Siap 32 pasang baju aku gosok muahahaha. Tu pon ada beberapa pasang lagi yang tengah sidai, aku tak gosok. Apa maknanya? Maknanya, dekat 2 bulan ler aku takyah gosok baju ek? Yahoooo!!! Indahnya... Jangan gembira sangat. Tu yang aku gosok tu sebenarnya baju aku je. Mogok, takmo gosok baju dia kehkehkeh. Padan muka. Gosok sendirik! :P Tapi, padan muka kat aku jugak la sebab pasni, komfem aku kena gosok berganda2. Yang terindah hanya sementara la cenggitu ek.
Semalam, aku bangun2 je, tengok encik hairul takde. Mana hilang? Lari masuk batu belah batu bertangkup ker? Eh, sape yang kempunan nih? Ooo alah. Lupa plak. Kan dia ada test pagi nih.
So, aku pon operasi mengemas ler. Siap mengemas, masak. Siap masak, nak makan, tengok2, encik hairul dah tertido. Kesian pulak. Sampai tertido tunggu aku masak hikhikhik.
Dah 2 hari memerap di rumah, malam tadi, aku pegi baraan. Hujan pulak. Keje bukak tutup payung je lah. Akhir sekali, makan soto ayam. Dah 2 malam makan soto. Tapi yang ari jumaat tu memang sedap soto dia.
Selain bermarhaban, ini lah masa yang sehsuai untuk mencari inspirasi untuk menghias rumah. Erkkk ke aku sorang je yang berbuat demikian? Alaaa bukan susah. Scan je lebih kurang. Tapi, setakat ni, aku masih tak jumpa deko yang betul2 memikat hati. Derang niii, asal boleh je tau.
Pagi tadi, nak pegi keje, hati dah sejuk, cium tangan suami. Elehhh jual mahal pulak. Nyampah! Sape yang sepatutnya merajuk tah.
p/s merajuk sebab lain tu sebenarnya kuikuikui
Sunday, 4 October 2009
Kempunan Open House Kak Ita
Tak tau lah, nak merajuk ke, marah ke, kecewa ke, rasa bersalah ke, nak baling cherry ikot tingkap ke, nak sepak modem adsl streamyx ke atau nak terminate line telefon teros. Yang saya yakin betul, saya sangat menyesal!!! Semalam takkan kembali. Dan esok, perlu memikirkan alasan yang kukuh. Menipu sikit2 dan tepek powder (bedak) tebal2.
Pesalah pertama, pemilik rumah yang baru buat loteng di taman wira. Kedua, kemre beliau kerana mengambil gambar loteng itu. Ketiga, sistem email yang membenarkan beliau mengirim email bergambar loteng. Keempat, cherry yang telah mengdownload gambar loteng itu. Tapi, pesalah utama ialah aku kerana tak suka hasil kerja pembuat loteng itu. Blog pon salah gak sikit2. Tapi kalau nak salah kan dia, kena la boikot blogger seperti mogok mcd, kfc dan pizza hut. 9 bulan beb. Boleh tahan ke tak blogging selama itu? Now, nak salahkan tm pulak sebab menawarkan perkhidmatan wireless broadband di rumah.
Masih takleh terima diri sendiri bersalah. :P
p/s kak ita, please buat open house semula, boleh tak??? setahun saya tunggu open house akak, tapi, tiba masa, ...
Friday, 2 October 2009
Deko Deko Deko! Updated
Nyampah tak asik tengok rupa rumah aku jek? Nyampah kalu, sila ambik mouse, drag cursor ke penjuru kanan atas pc anda dan klik butang kiri. Kalo nyampah tahap tak boleh tahan, klik butang kiri banyak2 kali, kendian cabut cable internet terus. Padan muka errr korang. Ke aku? Tah?
Itu ari aku dah letak gambar curtain kan. Sekarang baru perasan, selama ni aku set kan gambar2 aku saiz medium, sebab tuh tak berapa nak nampak. Biler aku adjust terus dari coding, gambar tu jadi pecah2. Nak tepek semula, tetiba tak jumpa plak lam folder. Nak snap balik, cam malas. Tapi takpe, dah orang tak suka kan, aku terpaksa lah tepek lagi sekali versi lain plak. Saje kasik bakar hati orang yang jeles hahahaha keji sungguh sifat ku di syawal mulia ini.
And now, enjoy the piccas. Memang korang dah salu tengok kan? Tapi aku buat ni untuk kenangan ku.
Kesian tempayan aku. Terpaksa duduk bawah meja tuh. Setahun aku tunggu encik suami menebang buluh, tak tertebang2. Padahal, banyak je pokok buluh kat belakang taman aku nih. Alasan yang tak boleh tahan, "nanti abang jumpa puteri buluh betong, cemana?" Haihhh...
Last but not least, koleksi seramik ala omputih kampong
Thursday, 1 October 2009
5 Balang, 5 Jenis Kuih
Aku tau la, korang takleh datang beraya kat umah aku. So, aku tayang je la gambar kuih raya aku kat sini. Telan lioq je la ek.
Oleh kerana aku cuma ada 5 bijik balang kuih yang dibeli pada tahun pertama perkahwinan, maka, aku beli pon 5 jenis kuih je la. Mana la aku tau yang suami ku ada mengorder kuih raya dengan kengkawan beliau. Aku pon tak order mengorder tau. Jadi, bila tiba hari raya, tak cukup ler balang kuih aku. Camno nih? Kiter rotate la. Abis kuih ni, ganti kuih tu. Kalo orang yang datang tu tanya sesama mereka, mesti terkejut, eh, aku tak jumpa pon kuih tu kat umah tu? Itu adalah kerana kuih yang dimakan oleh si A sudah diganti dengan kuih lain semasa si B datang. Apa2 la.
So, kiter layan gambar ni je la. Ni biskut2 je yang aku letak. Setakat kerepek pedas tu, takyah letak gambar pon korang dah tau kan.Ini namanya biskut balqis. Tah apa significantnya nama tu ngan kuih ni, aku pon tak tau. Kalo ikut rasa nya, dia diperbuat daripada corn flakes, minyak sapi, coklat cip, susu dan tepung kot. Kalo ko boleh telan kuih suji dan makmur, maknanya boleh la jugak telan kuih ni. Minyak sapi kan... boleh meloyakan tekak. Eh, tapi sedap tau kuih ni.
Kuning menyala gila kuih semprit nih. Serius, aku tak rasa macam kuih semprit pon. Rasa semprit lain la. Apa nih? Tipu eh? Sibbaik beli sikit jek. Lain kali buat sendiri eh. Komplen kuat.
Ni kuih wajib tayang pada hari raya. Sedap, rangup dan berkrim sekali. Badam pon sebijik dalam duduk. Tapi, aku rasa, komfem tukang buat ni untung lebih sebab biskutnya cinonet je. Aku rasa, janji tutup badam je kot. Cepat2 naik haji ekkk.
Ni kuih yang baru aku jumpa. Popia mini bersira lada. Oleh kerana isinya sedap, otomatik dia jadi sedap. Sungguh enak dimakan begitu saja. Ada ke kuih raya dalam balang yang kena sapu jem dan kaya baru boleh makan eh? Memang ar dimakan begitu saja.
Oh, aku makan banyak batang buruk aka dahan rapuh aka suci dalam debu pada hari raya tahun ini. Tapi, yang kat rumah aku punya jugak yang tersedap sekali paling terlampau amat the most. Tahniah kepada syarikat batang buruk muar atas prestasi yang cemerlang ini. Keep up your good work ok?
Sekian.

