Diam tak diam, hari ni genap setahun aku menghuni rumah ku itu. Rasa macam sekejap, tapi dah setahun ropanya. Setakat hari ini, aku masih rasa macam rumah baru lagik. Salah satu sebabnya ialah aku baru cat dinding! Sikit hari lagi, lagi la nampak cam baru sebab nak pasang langsir baru pulak. Semangat2.
Selain dinding hall, kami juga baru cat bilik tetamu. Cat feature wall jek. Cat bilik tido kami dulu ada lebih, so aku suh abang cat bilik tu la. Kenapa aku tak cat semua dinding bilik tu? Hahaha nak cakap memang agak keji arrr alasan nih. Kalau dah dasar pendengki tu, ngan bilik tido pon nak dengki. Ada diskriminasi di situ.
Bilik jahit pulak cemana? Buat masa ni belum cat lagi sebab nak tunggu mezzanine floor tu dibuat. Kenapa tak sebut loteng je? Saje, nak kasik cam best sket. Alaaa biler sebut pasal loteng ni, terus aku jadik down tau. Alaaa, kan aritu kemre aku hilang sebab loteng tu la. Abang pegi rumah member tu nak ambik gambar loteng umah kawan tu. Konon kalau cantik nak suh wak jo tu jugak yang buat. Sekali, bukan setakat gambar, ngan kemre2 nya sekali aku tak dapat tengok. Nak pergi lagi, segan hikhik. Tapi menurut gambaran suami ku, hasil kerja beliau seperti tidak begitu memuaskan kot. Tapi mungkin sebab tuan rumah nak cepat, tu yang dia buat tergesa2 dan kurang keberhasilannya tu. Tu pon dia repair balik kerja yang tergesa2 tuh. Dah, abang kata tangga tu dia buat cam tangga naik rumah felda dulu2. Aku pon takmo cenggitu. Sekarang dah ok kot. Nanti raya kiter gi beraya umah dia nak? Katanya belum siap lagi.
Eh, pasal cat tadik, aku plan nak cat bilik jahit aku kaler maroon/purple/pink. Mesti semangat nak menjahit nanti, kan? Harapan...
Dapo pulak, aku macam sayang nak cat sebab kaler sekarang ni memang sesuai dengan pintu kabinet dapor tu. Kot di kaler kan dengan warna warni kang, jadik tak matching plak. Tengok la nanti cemana.
Semoga rumah ini akan terus aman tenteram selamanya.
Friday, 11 September 2009
Home Sweet Home
Thursday, 10 September 2009
Makcik Lewat Yang Psiko
Semalam, masa aku isi m inyak, sebelah pam tu ada sebuah kenderaan pacuan 4 roda (pelik plak tulis cenggini. 4x4 kot?) yang mempunyai logo ahli parlimen malaysia di tepi nombor platnya. Rupa2nya semalam dato' tu ada kat surau yang aku terawih. Patut ler imam pon hafiz. Sempena road tour ahli parlimen ropa eh.
Semalam juga, jemaah wanita tak ramai. Tak sampai 15 orang pon. Sebelah kiri aku, ada sorang makcik. Sebelah dia pulak, mulanya takde orang. Sekali, time kami dah rakaat ke 3 terawih, kedengaran sliding door dibuka. Tapi agak keras bunyinya. Komfem la orang tu masuk ikut pintu yang ketat. Kalo yang biasa aku masuk tu, smooth jek. Dan makcik tu solat di sebelah makcik yang sebelah aku tuh. Tamat di situ.
Hari ni pulak, makcik yang sebelah kiri aku semalam tu, ada lagi. Sebelah dia kosong dan makcik yang lewat semalam tu agak jauh sikit dari makcik. Kiranya ada ruang antara makcik sebelah aku dan makcik lewat. Sesuka ati aku je memperkenalkan makcik tu mengikut situasi semalam. Waktu aku masuk tu, imam baru je angkat takbiratul ihram. So, aku terus lah masuk kat tengah2 yang kosong tu. Tu pon masih ada space antara aku dan makcik lewat, leh masuk lagi sorang. Dia tak mo berganjak.
Mula2 aku takde perasaan apa. Cuma, waktu aku sujud rakaat pertama isyak tu, aku perasan yang makcik lewat tu lambat turun sujud. Aku tak fikir apa2 lagi walo pon aku rasa macam dia tak ruku'. Isy, sungguh tak khusyuk eh?
Selepas kami beri salam terawih pertama, rakaat kedua, tiba2, makcik lewat ni pusing ke arah aku dan terus menerpa makcik sebelah aku. Sila bayangkan, aku kat tengah2, makcik lewat agak besar, dan aku ala2 tersepit dan kompius. Erk??!!//E#%^$^(&$&^#@. Tak pepasal aku terlepas menjawab zikir bilal tau.
Kenapa makcik tu menerpa makcik sebelah? Eh, bukan terpa la. Kira dia ermmmm cemana aku nak terangkan ek? Kira macam dia selak2 telekung makcik sebelah dan mencari jari makcik sebelah. Yang tambah aku kompius tu, dia sebenarnya nak tengok cincin di jari manis makcik sebelah???!!*#!*#*&!&(&(&^ Blur aku siot... Makcik sebelah pulak ala2, eh, kenapa ko nih? Gitu lah. Pastu kami pon terus sambung terawih. Tapi aku dah start ngeri la pulak. Pulak tu, makcik tu berdiri pon macam serong sikit dari arah kami semua. Sangka baik ok...
Terawih kedua berjalan lancar. Selepas salam terawih ketiga, rakaat keenam, tiba2, sekali lagi makcik lewat tu menerpa makcik sebelah. Eh, betul la kot dia terpa sebab aku tak terpikir perkataan lain hehe. Kali ni pulak, semasa makcik lewat cari jari makcik sebelah, dia berkata2, tengok2, cantik la cincin ni. Dan dia memusingkan cincin di jari makcik sebelah. Makcik sebelah pulak, eh, kenapa ni, orang tengah sembahyang la. Mana ada cantik. Macam tak pernah tengok pulak. Ewah, dah berdrama pulak makcik berdua ni. Ko tak nampak ke aku tersepit di tengah2 nih. Terasa la jugak ke'berat'an makcik lewat tu sebab dia macam menindih peha aku gitu. Aku, seperti biasa, kompius dan blurrr. Biler kami nak sambung rakaat ketujuh, aku terus rasa macam nak tergelak hihihahahuhu.
Kemudian dari itu, kami pon meneruskan lagi terawih. Haisyyy memang tak khusyuk ler aku nampak gayanya. Takut tiba2 makcik lewat tu buat hal tengah2 sembahyang ke kan. Selesai rakaat kelapan, seperti biasa, aku bangun, ambik sejadah dan bentang di belakang untuk solat witir. Maaf yea... aku bukan nak menunjuk aku buat terawih ke haper. Tapi, memang citer ni kena masukkan point tu sumer untuk diterangkan hihi. Harap maaf.
Belum aku sempat bentang sejadah, tiba2, jeng jeng jeng... suspen siot. Suspen sebab makcik lewat macam nak follow aku hihi. Tiba2, dia tanya aku, dah abis 10 ke? Aku jawab, 8. Dia tanya lagi, aku jawab lagi. 3 kali dia tanya, maybe sebab tak dengar. Sambil dia tanya tu, aku pandang la jugak muka dia. Tapi aku terus melarikan pandangan sebab dia macam menjegilkan matanya gitu. Takut aku. Dan tamat lah episod makcik lewat yang psiko.
Sebelum witir aku senyum je dalam hati. Macam2 hihi. Yang aku pelik, kenapa aku cuma jawab '8' je biler dia tanya tadik? Kenapa aku tak jawab ayat ke haper kan. Maybe aku begitu neves kot hahaha. Esok macamana eh?
Aku Ada Flip Flop. Korang Ada?
Aku rasa, benda ni dah jadi benda wajib ada di dalam kereta kot. Pastu, kalau ada, adakah ia berfungsi? Macam aku punya ni abang yang dapat sebagai door gift masa annual dinner kelab itu ari. Selama ni aku tengok je kat kete orang, tak interested pon nak memiliki seketul. Biler dah dapat, free plak tu, syok la pulak. Dah at par dengan kete2 lain di mesia nih la kiranya ek.
Waktu mula2 diletakkan di atas dashboard tu, dia tak bergerak pon. Padahal masa dapat tu, aku tengok ngan mata kepala aku sendiri dia berjoget2. Sekali bila dah tepek, e'eh? Ko mati plak? Ropa2nya 'derang' terjatuhkan masa nak pasang tu. Fragile nyer eh?
Pastu, masa balik kampung cuti merdeka itu ari, najib tolong betulkan. Dia bergerak kat dalam, cuma dia tak attach kot. Tanggal ke patah tah. So, sekarang, dia dah bergerak semula. Tapi, ala2 teleng la sikit. Tak kisah la. Janji ado. Biler kami perhatikan masa kat kampung tu ari, yayu punya gerak paling laju, diikuti dengan aku, dan last sekali ina punya hihihi. Tak tau la sebab apa. Rasanya, semua duk atas laman yang sama, Maybe kete ina duk bawah pokok kot, tu yang sinaran matahari tak terpancar terus tuh kot.
Yang ni pulak aku jumpa dalam kete opismate aku. Aku curi2 ambik gambar nih. Dia punya ada ladybird ngan spiderman. Aritu tengok tok rimau punya, monyet. Tah, best ke benda ni? Ada tiada tak memberi kesan pon hihi. Eh, ada kesan juga sikit2. Bila tengok dia joget2 tu, otomatik rasa nak tersenyum. Baik untuk senaman muka. Oh, abaikan.
Dulu, masa aku ermmm tengah degree kot, musim pink panther tu. Setiap kete mesti ada sekurang2nya sekor, melekat kat tingkap. Aku ingat, abang tp ada beli kat ayer hitam. Macam2 soft toy ler kat ayer hitam tu. Dari garfield ke kuma2, semua ada.
Selepas tu, ada pulak musim dadu. Pon banyak jugak aku jumpa. Ada macam2 kaler. Aku teringin gak nak beli masa tu, tapi seperti angin lalu je lah. Ada ambik, takde tak mintak. Gitu lah.
Lepas ni, tah apa la pulak ek? Korang, ada tak flip flop nih? Bunga ke ladybird? Atau benda2 lain?
Wednesday, 9 September 2009
Macam2 Pe'el Budak2 Nih
Nak jugak ada entry pada tarikh ni. 09.09.09
Tiba2, 1 hari ni tak dapat internet kat opis. Network connected, tapi tah, server problem kot. Macam tau2 je aku ad akelas dari kul 8 pagi - 5 petang. Sungguh memahami diriku. Kesempatan yang ada waktu rehat tengahari, aku gunakan untuk menjahit. Kalo ada internet tuuu, komfem tak ku pandang baju2 tuh. Buat penat je bawak turun naik tiap2 ari, tak jugak jahit. Setakat ni, dah baju yayu dah siap 2, baju aku pon 2. Tapi ada 1-2 yang belom pasang hook dan butang. Tapi kira dah siap la tu.
Hari ni, aku buat ujian kat bebudak nih. Pukul 8.15 am lagi aku dah start. Tiba2,
Student : Puan, soalan ni saya takleh jawab ni. Saya tak datang masa puan ajar nih. Saya pegi klinik.
Aku : He? Ok, awak pegi la klinik, tanya kat doktor, camne nak jawab.
:P Kijam! Saper suruh tak jumpa aku. Aku bukan apa, sejak h1n1 tu, bebudak kerap sangat pegi klinik. Bukan demam pon. Berlakon je lebih. Mentang2 kitorang beri kebebasan pegi kelinik demi keselamatan diri kami sendiri. Tiap2 ari, ada je yang pegi klinik. Ada sekali tu, budak ni gi klinik, tapi tak dapat mc. Wakakak padan muka. Itu bermakna ko masih mampu menjalankan tugas ok? Boleh pulak dia tunjuk surat bukti buat rawatan kat aku. Dah komfem la bukan sijil sakit kan. Tak agak2 ek ko nyer auta.
Ada 1 hari tu, aku bebel la, korang ni, jawab assignment, jawapan sebijik cam kat nota ponnn boleh salah jugak. Cuba la buat bebetul sket. Tetiba, sorang budak ni jawab, "at least, kami mencuba puan." Erkkk. Terdiam aku dibuat nya. Bila fikir balik betul jugak ek. Tapi, takleh la guna alasan tu kan. Kena la buat bebetul pada cubaan pertama.
Tengok la pe'el bebudak ni. Tengah presentation nih. Rasa nak jotos je sensorang.
Tuesday, 8 September 2009
Ayam Masak Sambal Sos Wanita Thai Mae Pranom
Dah lama tak masak resepi ni. Resepi aku cipta sendiri. Kekdah cuba jaya katanya. Simple jek pon. Takde la sampai peringkat serai lengkuas tu. Bagi aku, kalo dah peringkat serai lengkuas tu kira dah susah dah hihi. Simple maksudnya hanya melibatkan bawang merah, putih, kunyit, halia dan cili.
Bahan2nya ialah:
4 ketul ayam untuk 2 orang makan
5 ulas bawang merah yang sedang2 besar. Aku punyer tadi halus cinonet jek, jadi kena letak 7 bijik
2 ulas bawang putih
1cm halia
7 sudu besar cili kisar. Aku nyer jenis tak pedas, patut kena letak lebih lagi sebab tak rasa pedas pon
Garam
Aji
Gula
1 sudu besar gula
Asam jawa extra adabi sebesar duit 20 sen
Sos thai mae pranom (gambar di atas)
Cara2nya:
Selamat Mencoba! Tak sedap aku tak jamin ek hihi.
Versi Ketiga : Munjung
Alahaiii cemana satu entry aku bleh hilang nih? Padahal sepatutnya kuar yang tu dulu, baru kuar yang sebelum nih. Takpe, boleh diolah semula.
Selesai berbuka, kami pon teruskan dengan solat maghrib, isyak dan terawih. Oh, surau tu dah tak buat 8 lagi cam dulu. Sekarang dia buat 20. Surah pon dah tak baca Quran giant lagi dah. Sumer surah pendek2 macam surau2 lain jugak. Pembetulan. Aritu aku kata surah al qadr tu dibaca pada rakaat kedua kan? Sebenarnya pertama. Maka, mulai malam tu, bermula la kedengaran surah al qadr berulang2 kali. Imam kali ni ialah imam yang bacaannya begitu pekat likat makhraj nya. Kalau dulu, memang sangap arrr aku tiap kali imam ni yang imam kan. Now, dah pandai ekspress jugak.
Selesai sumer lebih kurang pukul 10. Kami pon terus ke bazaar raya di bp walk. Meriah dan ramai orang. Tak beli apa2 pon. Orang kata, bazaar parit raja lagi meriah. Biler lerrr nak sampai tuh. Takde mende nak carik sebenonya. Saje nak merasai kemeriahan membuat persiapan hari raya.
Kemudian, kami terus ke bp mall. Dia tutup kul 12am. Sampai kena 'halau' la kami kat situ. Beli baju abang jek. Takde mood langsung nak membeli belah. Good ke not good nih? Sambil tu survey2 barang untuk 'orang' baru yang akan tiba minggu nih. Tak sabarnyaaa. Nak suh teka lagi kaaa???
Sahur esok nya, makan kebab ngan bubur lambuk. Bubur lambuk taman aku ni. Sedap ya amatttttt.
Ahad pulak, sepanjang hari aku terbongkok2 memotong kaki dan kaki baju. 8 pasang beb, sengal kaki aku. Dah potong, nak kena pin satu persatu pulak. Huh! Sibbaik aku tak jadi tukang jahit hihi. Kalo aku jadi tukang jahit sepenuh masa, rasanya, mau kena baling ngan ketupat di pagi raya sebab tak siapkan baju raya korang. Ya ampunnn!!!
Petang pulak, kengkonon suh abang beli bawang ngan ayam. Rajin la kononnya tuh. Sekali, belum sempat aku kopek seulas bawang, datang sebungkusan makanan raya. Ketupat, lodeh, ayam kicap, rendang daging dan sambal kacang. Wallaaaa!!! Sangat memahami tau. Jiran belakang rumah ni dah mula munjung. Raya awal la nampaknya. Oleh kerana macam sikit jek, aku pon masak la jugak sambal sardin. Dari minggu lepas dah teringin nak masak sardin. Dah lama tak makan, memang ler sedap.
Itu lah saja kisah 3 versi berbuka ku sepanjang weekend.
1. Berbuka di rumah nenek, buka ringan, makan nasik kemudian
2. Berbuka di surau bukit perdana, makan nasi beriani dan bubur lambuk gear box
3. Berbuka lauk munjung jiran belakang rumah.
Monday, 7 September 2009
Pagi Buta Lagi Dah Switch On Mode Bibik
Pagi tadi, seperti biasa, aku bangun panaskan lauk. Cuba bayangkan. Sambal sardin dalam tupperware tahu panas. Sambal kacang dalam tupperware macam tahu panas gak tapi nipis sikit dan rendang dalam tupperware kecik dadih (paling kecik). Selepas dipanaskan, aku keluarkan dan stack up bekas2 tu. Tangan kanan pegang mug hitam power root berisi kopi pracampuran tongkat ali dan ginseng dengan suhu air didih. Tangan kanan pegang tupperware2 tadi. Dah boleh bayangkan?
Aku perasan, tudung tupperware yang bawah sekali tu tak rapat, tapi aku pegang jugak tupperware yang bawah sekali tu, dengan ibu jari pada penutupnya yang tak rapat. Aku hanya memerlukan 5 langkah untuk meletakkan semuanya di atas meja. Tapi, baru 2 langkah, penutup tupperware mula bergerak dan tangan kiri aku bergoncang sehingga menumpahkan power root ali cafe pada suhu didih ke lantai. Sebelum ke lantai, kena lalu tangan aku dulu, kan? Maka, aku pun menjerit manja sambil tak boleh berfikir. Akibat dari itu, tangan kanan semakin tidak stabil. Maka, telungkup la segala rendang dan kuah kacang ku di atas lantai yang sudah disirami kopi itu. Yang kelihatan, hanya sambal sardin yang masih tidak telungkup di atas lantai. Dan kopi yang separa penuh. Beserta tangan yang sudah kemerahan. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Jeritku di dalam hati. Terus aku letak kopi di atas meja.
Habis, nak buat apa sekarang? Lap dulu, kendian mop. Maka terbongkok2 la aku pagi2 buta tu. Banyak ok. Bukan macam ayam goreng jatuh. Ni cecair. Dengan dinding2 sekali terkena percikannya. Sakit ati plus sakit tangan huaaaaaaa. Yang buat sakit tangan tu sebenanrya sebab aku mengelap dengan tangan kiri. Kejap2 perah, kejap2 perah. Nak nangis pon ada.
Dalam pada tu, tak lupa mengejut suami. Dah dekat 5.15am. Konon kejut tu dengan harapan mendapat 2 tangan lagi. Harapan tinggal harapan je lah. Dia tak tengok versi initial condition tadi. Selesai lap, aku makan dulu. Laju2. Pas makan baru mop. Konon nak sambung tido, namun denyutan di tanganku menghalang mata ini dari terlena. Aku sapu antiseptik sket, tu yang dia nyut nyut tuh. Tapi sekarang, dah takde kesan apa2 pon. Tak sia2 aku pergi kursus pertolongan cemas itu hari hikhik. Cikgu tu kata, kalo melecur, takyah ler letak kicap la, colgate la. Lalukan aje kat air lama2. Alhamdulillah mujarab. Tapi tak tau la kot jap lagi dia mengelembung ke haper. Tapi, aku tengok bulu roma kat jari ni steady jek, tak tanggal pon. Tak de mende la kot.
Nak buat cemana, takde rezeki bersahur dengan sambal kacang dan rendang uhuksss.
Moral of the story,
1. tutup rapat penutup tupperware sebelum diangkat
2. gunakan dua tangan untuk mengangkat barang
3. free kan satu tangan semasa mengangkat benda yang panas untuk tujuan kestabilan
4. jangan susun tupperware tinggi2 (tak la tinggi sangat)
5. minum lah power root ali cafe!
3 Hari, 3 Versi Berbuka
Hari Jumaat aritu, balik keje, aku cecepat bersiap2. Nak pergi rumah nenek suami ku. Berbuka di sana. Pukul 6.15pm, kami bergerak dari rumah bersama adik2. Singgah parit jelutong, beli kuih sikit. Takut tak sempat sampai b4 buka. Sampai parit yusof, singgah beli buah pulak. Buah jambu.
Sampai rumah nenek, betul2 masuk waktu berbuka. Terus je lah makan. Mee goreng dan pengat keledek plus terigu. First time aku makan terigu tu. Lebih kurang barli jek rupa dia. Tak berapa nak suka la pulak hikhik. Aku makan keledeknya aje, terigu nya aku pass kat orang tu. Apa beza pengat dengan bubur? Orang kata, sama je. Tapi bagi aku sendiri, bubur tu kalo dibuat dari kekacang dan beras. Pengat pulak, kalo dibuat dari buah2 seperti keledek, labu, pisang dll.
Selesai berbuka, kami berjemaah sekeluarga. Hihi memang kami sekeluarga je pon yang ada. Busu dan uncle dah solat dulu. Lepas tu, baru dihidangkan main course. Nyesal aku makan mee banyak2. Lain plak kekdahnya derang berbuka. Makan nasik lepas maghrib. Tapi, makan la jugak. Nasik ngan lauk rasmi rumah nenek, asam pedas. Ikan mayong plus ikan uji rasid aka beliak mata aka selayang. Adehhh kenyang banget seh. Mentara tunggu mil kemas2 beg, kami nonton tv. Best plak tengok drama, anak cucu tok wan. Oh, actually, mil pergi sana ari isnin lepas. Nenek tak berapa sihat. So, kami datang ni untuk jemput mil la. Lebih kurang kul 10 gitu, kami pon balik. Eh, lepas kami makan nasik tu, anak busu balik. Sebaya kami. Bawak sekali ngan student 4 orang. Dia keje kat kolej ypj kot. Aku pon kompius, samada dia yang keje ypj atau pon adik dia. Sebab kompius, ada sorang lagi keje kat abm. Dah, dua2 pon kat jb, tu yang kompius tuh.
Sebelum balik tu pulak, maklong ngan paklong datang. Derang balik dari masjid tu. Sampai rumah, lebih kurang kul 11 kot. Kemas2 kete, mil terus balik ngan in.
Hari sabtu plak, aku teruskan menjahit baju. Sumer baju dah siap cantum. Kain sumer dah siap. Tinggal nak sembat kaki dan tangan jek la. Leher ada lagi 2 lai tak siap, tapi optional la. Dah 6 pasang baju aku huhuhu over la pulak. Syok nya, lepas raya ni, banyak baju kerja baru.
Belah petang nya, dengan berlapang dada dan otak, aku tak masak buka. Yihaaa! Bukan malas, tapi sebab abang ada jemputan berbuka di surau bukit perdana. Suka la tu, nostalgia2. Kami pergi kul 6.30pm, sempat singgah beli kebab kat pasar malam. Buat sahur sok. Sampai surau, pon, tepat2 masuk waktu berbuka. Ewahhh lenggang kangkung nampak? Dah orang jemput, kiter makan jek la.
Makan apa kat situ. Walllaaa sedapnya. Makan nasi beriani beb. Dengan bubur lambuk gear box yang aku rindu tuh. Selamba je la aku makan sampai kenyang. Siap bertambah nasi tuh.
Tetiba aku rasa terharu bila nampak abang berpeluk2an ngan kawan2 nya. Dato' ex VC pon masih ingat abang. Ye lah, setiausaha surau dulu kan... Dato' tu memang humble la. Very the down to earth kata orang. Pengarah aku pon tak cenggitu huhu. Opsss sori aji.
tbc...
Friday, 4 September 2009
Wadi Unung
Saper tengok citer wadi unung? Aku tengok! Tapi baru je la menengok nyer pon. Memula aku tengok, time fatiha tu nak pegi obersi. Tengah2 tak tengok sebab tak ingat citer tu start kul baper. Lagi pon time2 gitu suami ku paksa tengok jejak rasul huhu. Sekarang dah konflik bagai, rasa best jugak citer ni. Yang tambah best tu sebab pelakonnya, si intan azura tu. Suka sangat dia berlakon. Partner plak ngan eja, lagi la nampak cantikkk je drama tuh.
Intan Azura tu kan dulu penyanyi m'steen kan? Zaman2 feminin, res2 tu lah. Memula aku tengok dia berlakon citer anak bapak kot. Yang zami ismail ngan rusdi ramli tu. Intan ni jadi menantu kot. Sejak tu minat ngan intan nih. Dia pon kalo berlakon set2 eja gitu. Baikkk jek manjang.
Dalam cerita ni, dia jadi fatiha, kawan baik azrin (eja). Masa kecik2 derang ada sebuah errr dangau ke apa tah, yang diberi nama wadi unung. Baru semalam dia cakap apa makna wadi unung tu, tapi aku pon dah lupa. Tapi unung tu sempena dangau tu terletak berlatar belakangkan gunung ar. Wadi tu lebih kurang macam sesuatu yang unik, ada satu je benda tu kat situ. Tak kisah la, yang penting aku faham sendiri hihi.
Kisahnya, fatiha ni gi belajar kat australia. Kendian bercinta ngan mat saleh (tak macam mat saleh pon, pelakonnya cina) dan berkahwin. Sebelum kawin tu dia balik, mintak restu ngan parents dia, tapi derang tak restu. So, kira dia kawin lari la. Boleh ke kawin tak restu tu dianggap kawin lari? Ah, sukati aku lah kan.
Biler dah kawin, laki plak wat pangai. Dah ngandung, dia suh gugurkan. Tapi dia tak gugurkan kot. Pastu sekarang laki dia dah ca alip but. Anak dia pon aku tak nampak lagi. Tak faham di situ. Tu lah, tengok lagi lompat2, cemana nak faham citer? Takpe, citer tu banyak flash back. Dan slow motion juga hikhik. Seni tu.
Jadi, biler rumahtangga nya dah berkonflik, nak balik kampung, merajuk tak abis lagi. So, si azrin ni laaa yang sibuk nak menyettle kan masalah derang. Mak si azrin ni pulak, siap jeles ngan mak si fatiha tu sebab si azrin ni asik laaaaaaa mementingkan masalah orang, sendiri takmo kawin ngan errr nazir ke haper nama si faizal yusop tuh. Ehhh baca tak berita siti nordiana tu tengah mintak pengesahan lafaz cerai suami dia si faizal yusof tuh?
Maka, setakat ini, mak azrin merajuk ngan azrin, marah kat mak fatiha. Siao dia cakap ngan bapak nyer, kiter ni dah jatuh no 3. No 1 si fatiha, no 2 si mak fatiha. Mak fatiha, memang sedia merajuk ngan fatiha, tapi sekarang dah merajuk ngan azrin pulak sebab mak si azrin dah sound dia. Si fatiha ni pulak takmo balik mesia gak walo pon si azrin tu siap datang ostrolia lagi memujuk. Tambah pulak ada masalah ngan wadi unung yang aku tak tau apa masalahnya tu. Jadi, yang konflik besarnya sekarang, si azrin tu lah.
Ok, itu je setakat nih. Kiter tengok sambungannya petang nanti. Alamak! Mintak2 la petang ni takde.
Tahniah! Tapi Maaf, Ko Takde Iklan Nuffnang Dalam Blog
Eh, so, apa maknanya entry itu? Hahahaha. Betul la tu. Aku dah beli kemre baru. Yahoo!!! Google!!!
Ceritanya gini. Hari Selasa lepas,
Yang, malam ni abang ada boling.
Ok.
Tak nak ikut?
Erm.(buat2 tanya pulak. dah tentu2 aku lebih pentingkan tido. tak cukup tido, cemana nak lontarkan vokal setiap hari dengan baik?)
Kat mana?
Summit. Kalau ayang ikut, kiter boleh tengok...
Haaaaa ikot ikot ikot ikot!
Kenapa aku nak ikot pulak? Sebab kalau ikut, kiter boleh tengok kemre hehe. (dan2 sanggup tido lambat)
Sampai2 je foto charlie, dah nak tutup. Ye lah, dah kul 9.45 pon. Pegi lepas terawih. Roller shutter tu pun dah turun sebelah. Staff derang sedang berkemas2.
Percaya atau tidak, time aku beli kemre yang dulu pon cenggini jugak. Pergi time orang dah nak tutup kedai. Not good not god. Macam beli topup henfon je kekdahnya. Mintak je terus bayar. Macam beli jajan 20 sen jek.
Memula tengok t900.
Eh, kenapa mahal plak. Bukan aritu 1299 ker?
Yang ayang tunjuk tu t90 la. t900 yang 1499 tuh.
Ooo tapi rege dia pon tak sampai 1499 ek. Yang t90 pon bawah 1299.
Kiter ada diskaun meh. Dengan free 4G memory.
Apa beza eh?
T900 ni video dia lagi baik lor.
Ermmm bukan nyer kiter nak buat filem pon. Tak penting lah tuh. Kaler apa ada?
Merah je yang tinggal.
Pink takde.
Ni memang keluar kaler hitam, silver, sama merah lor.
Ooo tengok yang t90 tu lah. Nak tengok kaler pink.
Pung pang pung pang.
Ok lah. Ambik yang nih.
Balik rumah...Ayang, smile...
Kenapa abang nih?
Smile ler, nanti kemre ayang kan boleh detect smile.
Eeeee... poyo!