Monday, 7 September 2009

3 Hari, 3 Versi Berbuka

Hari Jumaat aritu, balik keje, aku cecepat bersiap2. Nak pergi rumah nenek suami ku. Berbuka di sana. Pukul 6.15pm, kami bergerak dari rumah bersama adik2. Singgah parit jelutong, beli kuih sikit. Takut tak sempat sampai b4 buka. Sampai parit yusof, singgah beli buah pulak. Buah jambu.

Sampai rumah nenek, betul2 masuk waktu berbuka. Terus je lah makan. Mee goreng dan pengat keledek plus terigu. First time aku makan terigu tu. Lebih kurang barli jek rupa dia. Tak berapa nak suka la pulak hikhik. Aku makan keledeknya aje, terigu nya aku pass kat orang tu. Apa beza pengat dengan bubur? Orang kata, sama je. Tapi bagi aku sendiri, bubur tu kalo dibuat dari kekacang dan beras. Pengat pulak, kalo dibuat dari buah2 seperti keledek, labu, pisang dll.

Selesai berbuka, kami berjemaah sekeluarga. Hihi memang kami sekeluarga je pon yang ada. Busu dan uncle dah solat dulu. Lepas tu, baru dihidangkan main course. Nyesal aku makan mee banyak2. Lain plak kekdahnya derang berbuka. Makan nasik lepas maghrib. Tapi, makan la jugak. Nasik ngan lauk rasmi rumah nenek, asam pedas. Ikan mayong plus ikan uji rasid aka beliak mata aka selayang. Adehhh kenyang banget seh. Mentara tunggu mil kemas2 beg, kami nonton tv. Best plak tengok drama, anak cucu tok wan. Oh, actually, mil pergi sana ari isnin lepas. Nenek tak berapa sihat. So, kami datang ni untuk jemput mil la. Lebih kurang kul 10 gitu, kami pon balik. Eh, lepas kami makan nasik tu, anak busu balik. Sebaya kami. Bawak sekali ngan student 4 orang. Dia keje kat kolej ypj kot. Aku pon kompius, samada dia yang keje ypj atau pon adik dia. Sebab kompius, ada sorang lagi keje kat abm. Dah, dua2 pon kat jb, tu yang kompius tuh.

Sebelum balik tu pulak, maklong ngan paklong datang. Derang balik dari masjid tu. Sampai rumah, lebih kurang kul 11 kot. Kemas2 kete, mil terus balik ngan in.

Hari sabtu plak, aku teruskan menjahit baju. Sumer baju dah siap cantum. Kain sumer dah siap. Tinggal nak sembat kaki dan tangan jek la. Leher ada lagi 2 lai tak siap, tapi optional la. Dah 6 pasang baju aku huhuhu over la pulak. Syok nya, lepas raya ni, banyak baju kerja baru.

Belah petang nya, dengan berlapang dada dan otak, aku tak masak buka. Yihaaa! Bukan malas, tapi sebab abang ada jemputan berbuka di surau bukit perdana. Suka la tu, nostalgia2. Kami pergi kul 6.30pm, sempat singgah beli kebab kat pasar malam. Buat sahur sok. Sampai surau, pon, tepat2 masuk waktu berbuka. Ewahhh lenggang kangkung nampak? Dah orang jemput, kiter makan jek la.

Makan apa kat situ. Walllaaa sedapnya. Makan nasi beriani beb. Dengan bubur lambuk gear box yang aku rindu tuh. Selamba je la aku makan sampai kenyang. Siap bertambah nasi tuh.

Tetiba aku rasa terharu bila nampak abang berpeluk2an ngan kawan2 nya. Dato' ex VC pon masih ingat abang. Ye lah, setiausaha surau dulu kan... Dato' tu memang humble la. Very the down to earth kata orang. Pengarah aku pon tak cenggitu huhu. Opsss sori aji.

tbc...

0 komen: