Wehhh ni bukan entry jijik ok. Kalau kena gaya, tandas boleh menjadi salah satu tempat paling syiok di rumah tau. Oleh itu, aku akan memberi tips berguna kepada rakan2 setaman ku sekelian.
Jubin tandas di rumah ku adalah bertajuk kuda putih. Aku tak tau lah rumah lain, tapi aku ada masalah dengan jubin nih. Bukan rumah sekarang je, malah rumah sewa dulu pon sama. Semasa baru berpindah ke sini, aku telah berazam untuk membasuh tandas sekurang2nya seminggu sekali, dengan harapan masalah itu dapat dielakkan. Kira bersemangat ler kan... rumah baru lah katakan.
Selepas beberapa bulan menjalankan rutin mingguan tersebut, aku dapati, masalah itu tetap datang. Puas ku tenyeh lantai itu, namun ia tidak mahu hilang. Opsss lupa nak cerita apa masalah nya. Masalah nya ialah kesan kehitam-hitaman. Dia mengikut bentuk air yang bertakung. Suspek utama ialah air sabun. Walau pon aku dah melakukan langkah pencegahan melalui simbahan air bersih setiap kali mandi, namun ternyata ia tidak berkesan.
Selepas 9 bulan berlalu, kini aku tidak tertahan lagi. Sesuatu mesti dilakukan, atau semakin tebal lah kesan kotoran ituh. Sehinggakan aku dah nak terbeli asid mozek sekali lagi, kot2 ia boleh menyahkan kesan kotoran itu.
Tiba2, pada suatu hari, aku mendapat idea untuk menukar berus. Sebelum ini, aku menggunakan berus hitam yang biasa tuh. Walau pon dia cukup tajam dan selalu melukakan celah kuku ku, namun dia tidak cukup kuasa untuk menenyeh kotoran. Sejak itu, aku mula mencari berus gantian. Pasifik dan the stor tidak menjual berus yang ku cari. Pergi mana kedai pon, mesti aku intai bahagian berus2 nih, pon tadak.
Akhirnya, pada awal bulan jun, aku menemui berus itu di maidin subang usj. Walau pun bukan saiz yang aku cari iaitu bentuk lonjong, boleh la tu, janji ada. Lagi pon nak test dulu. Akhirnya, pada hujung minggu yang lalu, aku telah berjaya melakukan misi tersebut. Kesimpulannya, jenama sabun atau pencuci serbaguna tidak menjanjikan tandas yang suci. Sebaliknya, bertukarlah kepada berus yang power! Saya sudah, anda, bila lagi? Cewahhhhhh selamat mencuba!
Ini lah berus yang power itu, RM1.50 jer regenyer.
KEBAS 2
1 month ago