"Sia2 je ayang buat revision dari ajl tahun 1986 hihihi," kata encik suami.
Memang betul pun. Tapi bukan lah aku buat revision sebab dah nak ajl ni. Sajer je tengok sambil2. Kebetulan tengah menggodeh youtube tu terjumpa. Layankan je lah kan. Ada juga aku layan ceramah agama time godeh2 youtube tu. Tiba2.
Bila tengok ajl dari yang pertama hingga lah yang ke 30 tu, boleh lah aku lihat bagaimana perkembangan muzik malaysia. Interesting tau! Selain tu, boleh juga aku lihat perkembangan teknologi. Dari zaman piring hitam, ke kaset, ke cd, ke kekdah download. Selain teknologi penerbitan ajl tu sendiri. Dari segi persiapan pentasnya, pengacaraannya, aturcaranya. Dari penyanyi pegang mikrofon sambil tarik wayar, pastu mic takde wayar, sampailah yang selit mic kat telinga. Eh macam2 lah lagi. Pastu dapat tengok perkembangan fesyen jugak. Dari berbaju kurung moden, kemudian datang musim berdress kalah pengantin, yang kelakar pun ada. Pendek kata, satu acara, macam2 benda boleh dilihat.
Okeh, kita cerita ajl31 pulak.
Sejak dari masa tengok semi final tu ari lagi aku dah cakap,
"Ini ajl yang ramai penyanyi yang suaranya tak matching ngan rupa."
Kenapa aku cakap macam tu? Ok, rasanya ajl kali ni agak ramai pesertanya yang merupakan penyanyi baru kan. Kalau tak baru pun, pertama kali masuk ajl. Maksud aku semi final ajl tu lah. Dan aku tak pernah tengok rupa penyanyi2 tu selain dengar lagunya je. Jadi bila aku tengok derang menyanyi kat semi final tu, kira itu pertama kali lah aku tengok orangnya. Antara yang aku rasa menepati kategori ini ialah ippo hafiz, kumpulan khalifa, kumpulan projector band. Tapi yang paling win ialah ippo hafiz la hihi.
Seperti biasa, dalam ajl, ada lagu yang aku suka dan yang aku tak suka. Errr tapi selalunya yang aku tak suka tu bukan lagunya, tapi penyanyi nya huhuhu. Obviously, aku tak suka dayang dan hazama, tapi untuk kali ini aku suka lagu yang dinyanyikan hazama. Acaner tu? Ok, nanti aku terangkan.
Intro
Persembahan 'show dance' diiringi lagu gemilang oleh jaclynn victor. Best jugak la. Ada cerita dalam lagu.
Obses - Akim & The Majistret
Komposer & Lirik : Hang Nadim & Laq
Eh, pernah tak aku cakap yang aku baru perasan kaitan nama akim & the majistret ni hanya selepas ajl yang lepas? Takde kot sebab tahun lepas aku tak sempat buat review ajl. Alah, menyesal pulak tak buat review ajl30. Akim yang menang kot. Time keputusannya best tu lah aku tak buat review. Nak buat la pasni. Boleh?
Lagu obses ni tak best pun sebenarnya. Aku rasa macam dia masuk final ni pun atas kapasiti dia sebagai juara bertahan jer. Boleh tak gitu? Memang lah takde konsep juara bertahan tu, tapi umpamanya macam tu lah. Lagu tak sedap pun boleh masuk final. Apa ke hey? Lagu mewangi yang bukan main sedap aritu tak pulak masuk final. Pui! Tak habis lagi mengungkit 2 tahun lepas punya cite ek hihi. Ye lah uols. Ajl ni bukan boleh patah balik. Maksudnya, lagu yang dah masuk tahun lepas takleh dah nak cuba nasib tahun ni pulak, kot2 boleh masuk final ke kan. Tak boleh ok. Apa dia ingat bila dah bagi lagu potret tu menang, pastu bagi obses ni masuk final ni kononnya boleh mengubat hati aku yang terluka dengan mewangi ke? Tidak sesekali ok. Parut nya masih berbisa ok. Gitu. Over nau kau ni asia! Ini lah padahnya tengok balik semi final ajl 29 kikiki. Tapi memang betul tau. Sakit nau nau hati aku tengok semi final tu. Hatiku terluka!!! Ok lah, mungkin lagu obses ni ada kekuatannya yang tersendiri yang hanya juri je yang mengerti. Tapi bagi aku lagu yang sedap seharusnya popular (macam mewangi) sebab orang takkan suka lagu yang tak sedap, kan? Nampak tak kadar langsungnya di situ? Ah, stress pulak aku buat review pasal lagu obses ni. Tetiba. Nampak nau obses dengan lagu mewangi hahaha. Gituh.
Kurela Dibenci - Aiman Tino
Komposer : A.C.K
Lirik : Reina
Kesian kau dik. Itu je aku nak cakap kalau aku jumpa aiman ni malam tadi haha. Satu, kesian lagu ni kena ubah liriknya. Kedua, kesian pitching kau ke laut dik. Akak tak lah tau pitching tu apa, tapi apa yang kau nyanyikan malam tadi tu adalah definisi pitching ke laut bagi akak ok. Baris pertama je dah ke tengah lautan hindi. Masuk baris kedua terus pencarian dihentikan gitu haha. Ok, aku tidak lah kejam sangat. Bukan lah teruk sangat nyanyian aiman ni ha. Masih sedap jugak kedengarannya. Sebab lagu ni memang sedap pun. Cuma dari segi teknikal tu memang hauk lah. Setahu aku aiman ni bukan produk program realiti kot kan? Dia spesis retis youtube gitu kan? Jadi maafkan lah heols sekiranya teknik persembahan dan vokalnya sekadar itu sahaja. Kesian kau dik.
First time aku dengar lagu ni bukannya dekat radio atau dinyanyikan oleh aiman ni. Tetapi aku dengar dinyanyikan oleh ajak shiro tu ha. Masa tu lagu ni tengah meletup2 kat hotfm kot, tu yang ajak tu wat video nyanyi dalam kete rasanya. Tapi sejak tu aku terus suka lagu ni dan cari lagu asal nyanyian aiman tino ni. Patutlah macam selalu dengar orang sebut aiman tino aiman tino. Rupanya sebab lagu ni. Dia lebih kurang macam first time aku dengar lagu mewangi, sekali dengar terus jatuh cinta gitu. Tak habis lagi rupanya haha. Tapi tahap kesukaan aku takde lah sampai tahap mewangi yang sampai tahap aku nak dia menang ajl ni. Suka gitu je lah. Suka je. Suka lawan kepada benci. Walau pun tajuk lagu ni kurela dibenci.
Berkenaan lirik yang diubah tu pulak, pendapat aku, apabila juri siang2 lagi dah suruh dia ubah lirik lagu ini, secara tidak langsung mereka nak menyampaikan bahawa lagu ni tak cukup bagus pun untuk sampai jadi juara lagu. Kalau aku jadi aiman, aku dah rasa kecik ati cenggitu lah. No point pun nak ubah lirik semata2 untuk ajl ni. Ke dia bagi syarat, kalau nak masuk final kena ubah lirik tu? Sebab ajl ni kan menilai lagu dan lirik sekaligus kan. Tah, bagi aku apa yang best pada lagu ni ialah liriknya. Yang menangkap orang nak mendengar tu ialah liriknya. Melodi nya sedap lah jugak, tapi lirik menghitung menunggu mati tu yang sebenarnya membuatkan aku, "eh, apa dia cakap tadi?" dan terus nak download lagu ni. Gitu. Bila dah lirik nya jadi menghitung menungu hari, aku bayangkan orang nak bersalin je. Kan? Bukan ke menunggu hari tu selalunya orang sebut khusus untuk tunggu hari nak bersalin kan? Sebab kalau orang nak kawin dia akan sebut menghitung hari. Kalau nak balik malaysia for good orang akan sebut, counting days (macam sama je ngan menghitung hari? haha contoh tak boleh blah). Kiranya dia memang takmo ada langsung unsur2 kematian ar dalam lagu tu. Tah pape tah. Selama ni banyak je lagu pasal mati, takde pulak camni. Ke sebab lagu lain tu tak masuk ajl kot? Lagu ajl je takleh sebut pasal mati. Ok, sekian.
Anugerah Terindah - Black
Komposer : Omar K & Audi Mok
Lirik : Omar K
Aku tak tengok cite kapten mukris tu. Slot akasia ke ek? Aku ni layan je drama slot akasia tu, tapi bukan semua la. Bukan asal akasia je mesti tengok. Tak2. Dan aku tak tengok pukul 7 malam setiap hari. Malas nak terkejar2 masa camtu. So aku download je besoknya. Aku tengok yang aku rasa nak tengok je. Macam 7 hari mencintaiku tu memang aku tengok dari episod pertama sebab aku suka siti saleha. Kiranya aku tengok kalau hero heroinnya ialah retis yang aku follow di ig ar hahaha. Selalunya kita dah tau retis tu tengah shoot citer apa melalui ig derang kan. Dari situ kite tau lah cite apa yang nak ditengok. Dan untuk lagu ini, aku tak pernah dengar lagu ni sebelum semi final. Sepatah haram tak dapat tangkap apa yang dinyanyikan. Dan bila black ni pakai baju ala2 kapten, aku pun tak boleh nak relate. Kira macam persembahan yang dilupakan gitu la. Lagu pulak ala2 mellow gitu kan. Takde impak pun.
Setia - Elizabeth Tan & Awi Rafael
Komposer & Lirik : Faizal Tahir, Mike Chan & Ezra Kong
Lagu ni macam sayup2 je dari pendengaran ku. Macam pernah dengar, tapi tak tau kat mana. Kot la ada selit2 dalam drama mana2 lah tu kot. Kalau tak bagitau, aku pun tak tau yang awi rafael tu menggantikan faizal tahir. Actually dah setahun lebih aku tak dengar radio. Dulu hari2 aku bukak hotfm. Sekarang takde masa nak dengar. Most of the time yang aku mengadap pc ni, aku bukak drama yang tak habis2 tu. Kadang tu tak tengok pun. Dengar je ala2 drama radio gitu. Kecuali razia sultan la. Nak tak nak terpaksa tengok betul2 sebab kena baca subtitle. Eh, korang layan razia sultan tak? Best kan? Emosi berkecamuk aku tengok drama tu tau. Sekejap melalak standard cite hindustan, sekejap geram, sekejap sakit hati, sekejap melting tengok kehenskeman mirza hehe. Eh keluar tajuk pulak.
Persembahan derang berdua ni acah2 sweet ar kononnya. Yang si lizzy tu asik la buat aksi shy2 cat gitu. Aku ok je, malas nak kecam haha. Aku sebenarnya tak tau tang mana suara lizzy tu yang sedap tah. Kalau dalam kategori amoi, tak terbanding la dengan suara suki kan. Suka suki suka suki! Tambah pulak dengan teknik nyanyian dia yang erm tak tau nak cakap macam mana, tapi aku tak minat la kekdah nyanyian cenggitu. Tapi kalau awi rafael iols minat!!! Suka suara dia yang erm pun tak tau nak cakap macam mana, tapi aku suka la suara2 cenggitu. Gitu, macam review citarasa sendiri ke apa ni? Apa2 lah. Pendek kata lagu ni biasa2 jer. Takde ciri sebuah juara lagu la kiranya.
Kalah Dalam Menang - Syamsul Yusof & Mawi
Komposer : Syamsul Yusof
Lirik : Syamsul Yusof & Anwar Fazal
Baru je sebut2 nama mawi, dah muncul. Lagu ni soundtrack cite munafik eh? Aku belum tengok cite tu, so lagu ni aku tak pernah dengar. Pertama kali dengar kat semi final tu lah. Lagu ketuhanan kan, takleh la nak cakap tak elok kan hihi. Ok2 lah. Persembahan pun agak mantap. Terer gak syamsul tu rapping kan? Mawi pulak dok la ulang ayat yang sama. Hujung2 orang gunakan lirik lagu ni untuk mengenakan DSV hihi. Kesian makcik tu tak dapat seat kat ajl. Habis madu sepah dibuang katanya haha.
Hang Pi Mana - Khalifah
Komposer : Harry Khalifah
Lirik : Yabang Khalifah
Punya la orang heboh pasal lagu ni suatu ketika dulu, tapi aku boleh buat tak paham je? Tau lah, ada orang cakap lagu ni liriknya sempoi, tapi tak pernah lah pulak aku nak meneliti apa kandungan liriknya. Dengar betul2 pun tak pernah kot. Masa semi final pun aku dengar gitu2 je, tak ambik port sangat. Bila dah menang persembahan terbaik ni lah baru aku mengambil inisiatif untuk menjiwai lirik lagu ini. Ooo alah. Pasal kerja jaga ke. Tapi betul lah, memang sempoi pun lirik lagu ni. Catchy gitu kan. Ok lah, boleh la masuk kategori lagu yang boleh diterima tekak ku hehe.
Persembahan dia pulak ala2 persembahan awan nano hafiz gitu. Dari vc terus keluar pakai baju yang sama. Tapi memang kebanyakan persembahan pun ada kesinambungan dengan vc kot. Sempena temanya cerita dalam lagu kan. Eh, tapi kan, aku boleh sebak sampai bergenang air mata pulak time si yabang tu pergi kat mak bapak dia tu. Touching pulak iols di situ hukhukhuk.
Terakhir - Sufian Suhaimi
Komposer : Shirkan & Rinkarnaen
Lirik : Shirkan
Ni satu lagi geng aiman tino. Stok2 retis youtube lagu sedap tapi teknikal hauk. Acaner? Dia dengan aiman dua2 nampak nau nervous nya. Sampai kan butir yang keluar dari mulut pun ada yang tergelincir. Kesian kau dik. Tapi lagu ni best ar. Eh, tapi aku macam tak boleh nak relate la lagu ni tribute kepada seniman yang telah pergi. Macam tak kena je lirik nya? Macam lagu kena tinggal boipren gelpren je. I is confuse di situ ok. Selain dari suara sufian ni yang ala2 je kan, aku suka je persembahan dia. Boleh la...
Hazama - Diamaran Mama
Komposer : Ajai
Lirik : Ad Samad
Tahun ni hazama bernasib baik sebab aku suka lagu ni hehe. Asal usul aku minat lagu ni ialah selepas izreen azminda nyanyi lagu ni dalam kereta dalam episod dua lelaki macam dia (mamat muka selenga). Hah, info lengkap tau. Sebabnya aku sangat suka drama itu sekaligus semua lagu yang ada dalam drama itu. Padahal lagu ni bukan lagu ost pun hahaha. Ah sukati aku lah kan. Untung aku nak minat lagu hazama tau. Kalau tak kang tak pepasal je aku meroyan tak nak review langsung lagu hazama (macam tahun2 yang lepas hihi). Lagu ni pun sejenis lagu yang catchy kan. Persembahan hazama pulak takde lah menjengkelkan macam selalu tu haha. Kan aku dah cakap, kalau dah suka tu, buat lah apa pun, tetap aku suka. Tapi kalau dah tak suka tu, buat lah bagus macamana pun, tetap lah aku kutuk. Itu juga membuktikan bahawa hati manusia ni sifatnya berbolak balik. Oh insaf betul.
Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah
Komposer : Natasyah
Lirik : Iman Imran
Kalau tak kerana lagu ni dok keluar berpuluh kali dalam drama 7 hari mencintaiku, tidak lah aku teringin nak dengar lagu ni. Silap la dia buat lagu ni untuk dayang. Kalau tokti yang nyanyi, kompem aku suka lagu ni. Ke sebenarnya aku tak suka lagu r&b sebenarnya? Sebab selalunya yang aku tak suka tu ialah penyanyi r&b. Macam azharina, anuar zain tu kan. Stok2 yang menyanyi tersangkut2 gitu kan. Hergh... malas ar nak komen. Menambahkan dosa aku je. Ok next.
Terimaku Seadanya - Hafiz & Misha Omar
Komposer & Lirik : Ajai
Lagu ni amat jarang aku dengar. Dan bila sekali dengar, terus tak berapa nak suka. Tak tau lah sebab apa. Nak kata sebab lagu ajai, lagu diamaran mama tadi tu pun lagu ajai. Selalu nya aku suka je lagu2 ajai. Tapi lagu ni boleh pulak tak menepati citarasa aku. Tapi, sebagai bukan peminat dayang, aku lagi suka kalau hafiz yang menang vokal terbaik. Bab vokal memang terbaik la dua2 ni, cuma lagu je agak kureng. Maaf hafiz, misha. Ku tak dapat menerima lagu ini seadanya. Peace!
Sudah Kutahu - Projektor Band
Komposer & Lirik : Razif
Ini lagu pilihan encik suami! Eh, aku belum umumkan lagu pilihan aku ek? Tet! Rahsia! Aku pernah cakap kot dalam review gv aritu yang mula2 dengar dulu aku ingat lagu ni lagu lama. Memang kedengaran macam lagu zaman 90-an gitu kan. Sebab tu lah agaknya encik suami suka lagu ni. Sebenarnya lagu ni juga merupakan lagu kegemaran group rimba bara heols haha. Ekceli tu nama group whatsapp geng kat nagoya ni. Asalnya group jamming, tah cemana boleh diberi nama rimba bara tah. Pengaruh filem rock ar tu haha.
Kesudahnnya, aku tergelak bila habis persembahan lagu ni. Kemain bikin drama atas pentas haha.
Selamanya Cinta - Shila Amzah & Aliff Satar
Komposer & Lirik : Shila Amzah
Jeng jeng jeng! Ini lah lagu pilihan juara lagu iols tahun ini! Langsung tak menang apa2 hahaha. Haaa mesti korang ingat aku minat lagu ni sebab drama mr pilot kan? Bup bup! Salah ok. Aku suka lagu ni sejak dia belum release pun lagi. Sejak shila amzah mula menyanyikan lagu ni kat ig dia lagi. Sekali dengar je terus suka. Paling aku suka part drum beat last2 tu. Boleh meremang kalau dengar.
Persembahan derang malam tu aku rasa cantik sangat. Permainan lampu dia tu yang nampak cantik. Memang aku berharap last tu keluar gambar love kat belakang tu haha. Cuma aku rasa lagu ni susah nak disampaikan part shila tu. Dia banyak guna falseto kot.
Interlud
Kalau persembahan terbaik boleh diberi kepada mana2 persembahan, aku rasa persembahan interlud ni boleh menang kot. Khususnya persembahan ella. Best sangat! Nak lagi nak lagi! Macam tak cukup dengar 2 lagu je. Aku rasa aku boleh kot pergi tengok konsert ella. Tapi man bai ngan ameng pun takde kurangnya. Dua2 pun best. Lagu best kan.
Persembahan Terbaik : Hang Pi Mana - Khalifah
Vokal Terbaik : Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah
Tempat Ketiga : Sudah Kutahu - Projektor Band
Tempat Kedua : Terimaku Seadanya - Hafiz & Misha Omar
Juara Lagu : Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah
Anti-climax. Sekian.
p/s dah lama tak menaip pepanjang cenggini, sakit bahu aku. cemana la nak masuk kerja tak lama lagi ek?
72 RANCANGAN B
1 week ago
1 komen:
Wow..hebatnya..nice..
Post a Comment