Sunday, 27 November 2016

Review Geli2 Gegar Vaganza 2016 Minggu Keempat - Duet Vaganza

Takde intro. Nah, terus review!

Siti Sarah /  Rahmad - Bunga Angkasa

Lagu ni mengingatkan aku pada funfair kat kampungku masa form 3 dulu. Kat padang awam belakang rumah aku je funfair tu. Masa aku pergi funfair tu kumpulan terrarosa ni yang datang buat persembahan pada malam itu. Sekali tu je lah aku masuk funfair tu pun. Itu lah kali pertama dan terakhir aku naik ferris wheel. Serik hoi! Dah lah gayat, pening pulak lagi. Memang takkan lah aku naik lagi dah. Padahal rendah je kot standard funfair punya kan.

Lagu ni sebenarnya jenis tinggi sampai nak terberi dibuatnya. Sejak tengok gv ni aku dah belajar sikit2 pasal perbezaan genre lagu. Aku ingat yang berbeza cuma instrument yang digunakan, arrangement muzik yang dilakukan, pendek kata, bunyi2 nya je yang berbeza. Rupanya setiap lagu berlainan genre, berbeza juga cara sebutannya, panjang nafasnya, patah lagunya pendek kata teknik menyanyi kan nya lah. Ok, besok nak singgah kelas vokal jap lah. Aku salu lalu depan satu kelas vokal ni kat fushimi tu. Kat anak tangga dia ada tulis course A 2000 yen, Course B, 3000 yen dll. Boleh datang sekali bayar sekali gitu. Tak perlu lah kursus sampai 3 bulan kan. Eh, apa yang aku mengarut nih?

Azharina / Haleeda - Doaku Buat Kekasih

Dah cakap jangan ek ek pun terkeluar jugak sekali dua ek ek tu ek. Eh malas lah nak komen.

Nora / Ayai - Terlanjur Cinta

Tah, aku rasa macam off key je ayai tu nyanyi. Macam terlalu rendah berbanding nora. Tak matching pulak. Tapi, boleh menang duet vaganza. Maksudnya aku lah yang salah dengar ek?

Setiap kali dengar nyanyian dalam gv ni, kalau lagu tu pernah disampaikan oleh pelajar af, mesti aku nak bandingkan. Untuk lagu ni, pernah dinyanyikan oleh mila af5. Lupa lak sape pasangan duetnya. Eh, bukan derang dulu duet sesama derang ke? Maknanya dengan ebi la kot.

Lama kelamaan, aku semakin tak minat pulak kat nora ni. Sebab walau sebaik mana pun persembahan dia, aku tetap rasa tak best. Ini lah risiko gv ye kak nora...

Intan Sarafina / Fazli Zainal - Aku Yang Tersakiti

Perasan tak, berubah terus muka fazli zainal bila nabil sebut dia spesis anak ikan? Tak tau pulak gossip pasal dia berkaitan status anak ikan tu.

Lempunnya lagu ni...

Ameng / Siti Nordiana - Nilai Cintamu

Ameng ni asik dapat lagu tak serius je kan? Tak menonjolkan vokal, tapi lebih kepada persembahan. Lagu ni pun biasa2 je. Tapi aku suka lagu ni. Antara lagu lama yang aku suka selain lagu yang rokiah nyanyi dalam anakku sazali. Eh rokiah ke nama dia? Yang time majlis besdei sape tah tu.

Shidi Data / Ezlynn - Lamunan Terhenti

Malang nasib mu shidi, dapat partner duet yang hado. Tak perasan lah pulak aku bila masanya ezlynn pernah duet bgan awie lagu ni? Ok la, aku memang bias. Bila penyanyi tu aku tak suka, apa2 dia nyanyi pun aku dengar tak sedap. Untuk persembahan ni, ezlynn ni dah macam adira, melebih2 dan overshadow. Kesian shidi. Tapi aku suka je nyanyian shidi. Cuma tiba part pompuan jek, terus rasa nak mute.

Elly Mazlein / Achong - Jangan Menangis Sayang


Laaa tak betul ke elly tu nyanyi? Aku dengar helok je? Tang mana yang salah tu entah la kan. Kiter ni asal sedap, tak sumbang, dah kira ok lah kan.

Tapi aku suka lagu2 safura. Zaman dia sekitar tahun 2001/2002 gitu, time aku duduk kat rumah kedai seksyen 7. Terbayang2 suasana di dalam bilik kecil ku itu ketika mendengar lagu ini. Masa tu dia kawin dengan hairee kool. Perasan time dia bercerai, tapi tak perasan pulak bila masa dia kawin dengan saharul nizam tu. Suka lakonan heols. Lakonan safura pun best. Sebenarnya kalau nak kata penyanyi bersuara unik, suara safura ni pun unik. Lagi sesuai mengambil tempat zur eda sepatutnya. Eh, ni review persembahan elly achong ke safura? Kan dah review kat atas tu. Ha dah kan dah kan?

Zur Eda / Nassie Wahab - Rindu Bayangan

Minggu lepas kan dia kata sepatutnya yang berduet dengan zur eda ialah mamat kan? Aku ni ye lah tertunggu2 kemunculan si mamat tu. Sekali ditukar nassier wahab lah pulak. Hm elok la tu. Dua2 tak best. Lagu dah lah sejenis hiburan minggu ini punya. Lagi lah tak best jadinya.

G-mie Screen / Nizam Laksamana - Pada Syurga Di Wajahmu

Wow! Meletop sangat vokal heols kan? Lagu ni memang tahap pecah anak tekak punya. Dia macam dengar nana nyanyi lagu mengapa la last year. Tunggu je dia terkucil. Tapi tak pun.

Lagu ni mengingatkan aku pada sebuah drama pada sekitar tahun 1992/93. Tak ingat tajuknya sama ke tidak dengan tajuk lagu ni, tapi lagu tema memang lagu ni dan jalan cerita drama tu memang sebijik sama dengan lirik lagu ni. Terbayang2 sekarang ni ada scene si isteri balik rumah naik tangga dan si suami bercakap2 dari bawah tangga. Eh, kenapa aku rasa macam nash tu yang berlakon jadi suami tu ek? Dia pernah berlakon ke? Eh sukati lah. Entah iyer ke tidak ada drama tu. Aku ni kadang banyak nau bermimpi, sampai kompius yang mana satu mimpi yang mana satu realiti. Mimpi encik suami kawen lagi pun pernah beberapa kali. Dengan retis pulak tu. Banyak tengok drama la tuh!

Zarul / Farahdhiya - Lelaki Ini

Biasa2 je lah pulak persembahan zarul minggu ni. Intro dia guna teknik yang sama farahdhiya guna masa nyanyi lagu fotograf dulu. Pandai derang pilih figura yang hampir sama ngan zarul sebagai ganti zarul the silhouette gitu. Tapi sebab dah pernah tengok farahdhiya dulu, takde lah tertanya2 cemana dia sempat naik atas pentas.

Lagu lelaki ni takde apa2 kaitan dengan aku, melainkan aku tak suka semua lagu anuarjen kecuali lagu tak lelah. Itu pun sebab lagu ni ada dalam telemovie sesungguhnya. Tak tau lah kenapa aku tak suka cara nyanyian anuarjen yang meleweh2 tu. Pendek kata persembahan ini biasa2 jer.

Dah itu je.


0 komen: