Friday, 15 October 2010

Momentum

Yah! Yah! Yah! Dah sampai mana kita tadi? Tak de mana2 pun sebab memang tak mula pun lagi. Aduhai lah blog. Setiap hari aku bukak, tutup, bukak, tutup sampai seminggu lebih, baru lah ada mood nak update. Bukan apa. Aku ada kursus minggu ni. So, tak sempat lah nak mengadap pc seperti biasa. Kat rumah pulak, asal malam je, aku potong kain. Asal potong kain je, malam. Nak dekat raya aji ni, kena lah siapkan tempahan pelanggan. Eceh... aku ni dari aritu, cakap siapkan baju pelanggan. Korang tau ke siapa pelanggan aku tu? Sebenarnya, pelanggan tu ialah diri aku sendiri kuangkuangkuang... Sejak lepas raya ni, aku dah mula mengumpul stok2 baru. Aku tak boleh lah lalu kedai kain. Ngeri. Pulak tu, satu pe'el yang tak boleh tahan tu ialah, sekali pergi tu, tak boleh kalau beli satu je. Mesti nak geledah satu kedai mencari yang kedua dan yang keseterusnya. Not good, kan? Caner tuh? Ada sesiapa boleh tolong jahitkan? For free?

Sejak hari ahad dua minggu lepas, aku dah giler pizza. Ni semua gara2 open house kat rumah opismate aku yang menyajikan pizza mini. First time memakan hasil tangan adik kawan tu, aku terus berazam untuk membuatnya sendiri.

So, dari hari isninnya lagi, aku dah menggugel resepi2 pizza. Macam2 kekdah. Untuk cubaan pertama, aku buat mexican bun aka rotiboy aka papparoti aka mamaroti. Penat2 aku menguli, siap buat inti ngan topping dia, end up, bukan mexican bun yang jadi. Batupahat bun pun tak lepas. Tapi, kutelan jua. Kawan aku kata, sedap hihi walau pun keras. Yang penting, toppingnya sedap, rangup.

Selepas agak give up, aku postpone kan keterujaan aku untuk menguli ni ke hari jumat. Pagi jemahat tu aku keluar sekejap. Sempat singgah kat kedai bahan kek untuk membeli tepung dan paper cup pizza. Semangat gilersss. Balik keje tu, terus lah aku menguli. Kul 9 lebih baru dapat makan. Aku buat 1 pan dan beberapa bijik mini. Kali ni aku pakai resepi tepenbiru. Kononnya aku suka roti yang manis, dalam resepi dia ada taruk gula dan madu. Tapi, mula2 je dia ok, besok pagi dia jadi keras kematu hukhuk. Pastu, nyesal buat pizza mini tu sebab macam membazir je pakai cup tu, padahal makan dalam rumah je. Bukan nak kasik orang ke haper. Hari sabtu, semua roti pun langsai.

Tengahari, dengan kerajinan melampau, aku masak rendang daging dan buttered prawn. Suker! Sebab sedap sangat dan menjadi bertali2 buttered prawn itu. Tak sabar nak buat lagik.

Lepas makan udang, kami pergi kenduri kawen pulak. Giler ah, pelahap betul. Kenduri kawen tu kat dewan jubliintan. Sampai2 tu, aku ternampak seseorang. Aritu dia kawen pon kat sini jugak. Ada aku ceritakan dalam entry ni. Tengah makan nasi minyak lauk kambing yang sedap gilos, aku cakap lah kat encik suami, aku nampak sipolana ni tadi. Kemudian, baru lah encik suami bagitau bahawa, sebelum puasa itu ari, suami kepada sipolana itu sudah pun meninggal dunia. Innalillah... Rasa macam baru je aku menghadiri majlis perkahwinan mereka. Kesiannya...

Balik dari kenduri, singgah samit sekejap. Sekejap2 pun, lebur juga beberapa hengget.

Ahad pagi, lapar nyer... mana roti? Mana roti? Tiba2 roh rajin pun masuk. Lalu aku pun menguli lagi. Kali ni, aku pakai resepi lain pulak. Dapat 1 pan ngan sebijik mexican bun. Kali ni baru betul naik dan lembut. Bun tu pun sebesar yang dibeli di kedai. Sedap dimakan panas2. Cuma aku tak puas ati, inti dia tak macam biasa. Yang biasa tu macam rasa inti roti bom je. Mentega masin tu macamana ek? Tak sama ek ngan batekap biasa tu? Kalau dapat yang masin2 tu, mesti lagi sedap. Dah lah topping dia dah sedap dah hihi.

Pizza kali ni aku buat dengan meriah. Yang mula2 tu aku terlupa tabur ayam kisar. Mana tak lupa, banyak sangat toppingnya sampai melimpah2. Eksaited lebih bila tengok roti tu naik membukit sikit punya tinggi. Tapi, menyesal pulak sebab buat pakai pan sebab esok tu aku bawak gi keje. Patut masa ni lah gunakan cup tuh. Apa da...

Hari isnin, baru lah terasa tapak tangan ku sengal. Aduhhh bila nak beli mixer ni???

Mula2, kita berangan dulu. Buat masa ni, makan je lah ngan air tangan aku sendiri. Yang penting, pengalaman. Abang... nak benda niii!!!

Yang ini, nampak moden dan kemas.




Yang ini, nampak comel dan ke'enjin'an. Huhu apa punya istilah tah.



Nak ikut suka, yang pink lagi cantik. Tapi, kalau nak ikut konsep dapur, yang ini lah yang paling cocok.



Sila tulis dalam 'Wishlist 2011'.


2 komen:

kakLuna said...

nak pizza stuffed crust 1..yg cheezy lebih ye


weiii terlior!

AyunasiA said...

uik? belum sampai tahap stuffed crust la. roti tu naik pun dah cukup baik dah...