E'eh, linda off dah join sinar pulak ek? Baru tau arinih.
E'EH, SENSITIF LA PULAK?
Kan kat previous entry aku ada tepek gambo kat kedai buah kan? Kekdahnya, abang ada beli jambu dan mangga. Banyak gak la. Konon nak singgah bukit beruntung tu. Bila tak jadi singgah, aku expect buah tu bakal jadik milik ku la kan.
Semalam, budak final semester IE jemput aku ke jamuan perpisahan derang lepas opis hour. Ingat nak join gak, tapi takde geng. Pengajar ie pempuan ramai yang takde. Walo pon aku meka, derang jemput aku atas kapasiti aku pernah ajar derang time internship dulu. So, lepas kul 5.10pm, aku pon kuar. Derang baru nak idupkan api bbq dan suh aku tunggu. Dalam kepala aku dah terbayang buah jambu. Alaaa jambu yang banyak kat hentian tapah tuh la.
Sampai rumah, abang lum balik. Ni satu lagi. Time student ada, balik lambat, aku boleh consider. Ni student tengah cuti pun balik lambat gak. Padahal sepelaung jek ito tu dari rumah nih. Mencikkkkkkkkk!!!!!! :p
Masuk rumah, aku terus gi dapo. Cari buah, tak jumpa. Bukak peti pon takde. Terus aku terkedu dan menangis beriya2. E'ehhhh sensitif la pulak aku nih. Macam apa jek buah jambu tuh. Tapi aku sedih laaaaaaa. Huaaaaaaaaa nak larik masuk gua batu belah batu bertangkup la cenggini.
MANIK KAYANGAN
Kan raya aji aritu kan aku ada jahit manik kan. Kan aku beli manik tu pat bungkus kan. Lepas jahit tu aku simpan sekali manik2 tu ngan gunting kecik comel aku dalam plastik bekas stokin tangan yang aku beli kat mydin. Selepas seminggu, malam tadik, baru aku teringat kat manik tuh. Carik2, takde. Rupanya abang dah 'terbuang'. Dia ingat sampah. Yelah, aku kan letak dalam sampul stokin tuh. Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah masuk siri kedua batu belah dah nih. Abang ganti ekkkkkkkkkkkkkk RM 19.60 okeh? Eh, campur gunting kecik comel tu kira lum sum RM25 la ek. Saper suh buang.
*Tambahan: bukan manik dan gunting je, benang, jarum dan sedozen butang juga turut terkorban dalam nahas tersebut. Huaaaaaaaa!!!!
KAY DABELYU ES PI
Belum pun aku pegi ambik borang kekal caruman, aku dah hangin. Borang dalam website dah kompem takleh bukak. Kena pegi sana la pulak. Heeeeee nyusahkan orang jek.
Tengahari tadi, aku pon pegi la sana. Dia kasik borang yang ada table untuk isi nama semua orang yang nak join sama. Kena cop rasmi majikan lagi. Maknanya kena pegi lagi sekali untuk hantar pulak. Masaklah nya sekarang, gaji aku masih dibayar oleh jabatan lama. Saper nak cop tuh?
Opsyen lain, aku ikut kan je lah 8% tu dan invest la kat mana2. Kalo setahun setengah lagi baru aku dapat masuk skim pencen, bermaknanya, lebih kurang rm1500. Tambah dividen gitu gini tak sampai 2k kot. Tak la banyak sangat. Cumanya, boleh ke aku disiplin menginvest tuh nanti? Camne eh???????????
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment