Dalam masa 2 hari cuti hujung minggu nih, aku dah makan 2 jenis nasi ayam dan 2 jenis mee bandung. Jenis tu maksudnya 2 kedai la. Dan kesemuanya menepati citarasa aku. Boleh laaa.
Mula2 makan mee bandung hari Jumaat. Biasa arrr. Aku ni kengkonon rajin masak hari keje jek. Biler masuk cuti, dapo pon cuti sekali. Jauhnya nak mencapai tahap isteri mithali. Insaf insaf. Kali ni tak makan kat trafik lite. Abang cakap servis kat situ lambat. Betul jugak. Tapi sebab salu gi situ ari jemaat, tak de lah nak rushing ke hape. So, kami ke restoran pinang sebatang. Restoran ni duduk nya kat belakang siaiembi. Konsep kedai ni, ialah pramli. Banyak gambo2 pramli dalam kedai nih. Entrance nyer pon ala2 kampung gitu. Tapi bukan la kedai ni eksklusif ke hape. Sama je ngan restoran2 biasa.
Aku order mee bandung ngan miloais. Abang lak order nasi putih, tomyam udang ngan sotong goreng tepong. Antara sumer ni, sotong goreng tepung dia la yang paling sedap sekali. Nyum nyum nyum.
Hari sabtu seperti biasa abang gi futsal. Eh, ye ker dia gi futsal nih ek? Cam pelik je tiap2 minggu gi man futsal? Dulu takde pon? Sejak lepas raya ni jek. Pastu sekarang ni tetiba nak gi mancing pulak. Dulu aku pernah tanya, dia cakap dia tak minat mancing. Huhuhu something wrong somewhere.
Tapi minggu ni abang balik tak bawak sarapan. Adusss lapo larrr. So, kami keluar awal ler hari tu. Kan aku cakap nak gi rengit tu kan? Ter realisasi la jugak misi tersebut. Cumanya, takde mende yang menarik pon kat situ. Huhu penat jek. Tapi merasa la aku makan nasi ayam taman rengit jaya. Aritu balik dari pontian pernah makan nasik ayam kat rengit gak, tapi yang kali ni sedap sikit. Abis makan, terus ke bp pulak. Singgah kedai jam, tengok2 jam dinding. Dah banyak kedai jam aku gi, sumer tak kenan. Kalo dah kenan, takde stok, kena ambik display set. Semalam gi kat parit raja pon tinggal display set jek. Dah berkenan sesangat jam tu. Beso dan kaler dia match la ngan kabinet. Susah tul dapat customer cerewet nih. Ye lah, dah tentu jam tu dah display kat kedai tu sejak bertahun2 lama nya kan. Kalo aku beli, tak ke dikira dah buruk dah jam tu kan.
Kendian gi samit plak. Misi nak beli beads ngan kain yang nak buat table runner. Lama gak aku kat kedai beads tu. Banyak sangat sampai berpinar mata (rambang sebenonya) ku melihat beads2 tersebut. Last2 beli 4 paket jek. Beli je dulu, jahit nyer belum tau biler. Ingat nak jahit kat baju opel ngan batik yang aku tengah jahit tuh. Kalo beli 10 paket ngan rege yang sama, dapat free 1 paket. Tunggu la aku giler memanik...
Abis kat situ, kami gi bpmall la cam biasa. Penat cari baju abang, sudahnya tak beli pon. Biasa arrr beli time sale ni, kalo dah kenan, mesti takde saiz. Itu biasa kan... Akhirnya gi soping grocceries jek. Mebelin ni kan, dia kasik diskaun 20%, tapi sebenonya takmo kasik orang beli pon ngan rege diskaun tuh. Sebab tu dia letak bedak tu yang color light ngan honey jek. Eee nyampah!
Tak habis di situ, kami patah balik ke pasar malam pulak. 2 minggu lepas aku ada beli papaya singgit sebijik. Kali ni takde pulak pakcik papaya tuh. Hihihi teringat cite pepaya kat tivi3. Tapi aku beli la jugak papaya, tapi 2 hengget sebijik. Kendian beli buah oren takder bijik janji manit. Tengah aku pilih2 limau tuh, tokei dia; melayu, cakap, dalam banyak2 buah yang dia jual ni, yang paling baekkk punyerrr ialah buah epal kecik kaler merah hijau ngan oren pon kecik jugak. Pastu dia cakap, walau pun epal tu hijau, tapi manisss. Oren tu pon sama. Tapi mahal sket buah tuh. Yang aku pilih tu dia cakap oren dari cina, orang cakap ada melamin. Kompius aku. Takkan sampai ke oren pon ada melamin? Kalo ye pon, takkan satu negara cina tu bermelamin. Ngan orang2 ciner sekali? Abis, kenapa orang cina tak itam? Kalo ada melamin kat kulit kan, kulit kiter itam? Dia cakap oren yang manis tu dari south africa. Pastu dia tambah lagi, setakat nih, sape yang beli buah yang dia rekmen, mesti datang lagi. Ye lah tu. Yang pasti, aku takkan datang lagi gerai buah ko pasnih. Tah, aku rasa cara dia bercakap tu, macam nak suruh aku letak balik buah oren yang aku dah pilih tu, dan beli lah oren yang manisss dan mahal sket tuh. Tak pepasal lak aku takde mood dah nak berjalan kat pasar malam tuh. Nyampah!
Rentetan dari itu, kami pon terus balik. Singgah maghrib kat masjid besar. Balik tu singgah makan kat sebelah kedai makan gazebo yang tak jadik makan aritu. Kat sini la aku berjumpa ngan mee bandung yang paling sedap. Memang rasa mee bandung ar. Best nyerrr...
Semalam pulak, kami gi ayer hitam. Singgah nasi ayam pak ali pulak. Penat betul. Last2 beli pasu ngan lidi2 jek. Tak jumpa bunga yang berkenan pon. Cerewet sungguh! Malam tadi dah siap jahit table runner songket. Cantik! Pada mata aku la.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment