Tuesday, 23 June 2015

Chulippu 2015


Amekaw! Ni bukan tertinggal shinkansen lagi dah. Tahap flight airasia-x ke chubu yang dah tak wujud lagi dah ni. Nyaris nak masuk muzium punya cerita. Agak frust la jugak bila hati meronta2 nak cerita tapi tak berkesempatan. Dah tahap layak melakukan blog revive dah lagaknya. Aritu kata nak update sebelum puasa kan. Sekali last minute baru decide nak buat baju raya kami berdua sedondon kaler tetttt. Tapi takpe lah kan. Sekarang pun bukan zaman blog pun lagi. Takde lagi dah orang tertunggu2. Ada, ada. Takde, takde. Janji balik mesia sok aku ada banyak kenangan2 semua ni dalam sebuah blog. Isy, mesti rindu nanti, kan? Ye lah, diam tak diam kami dah masuk separuh masa kedua dah. Bulan 6 ni kira dah genap setahun 9 bulan kami kat sini. Ada lagi setahun 9 bulan. Cepat betul masa berlalu. Ok, mari pendekkan cerita kepada cerita bunga.

Selepas teroverdosed dengan bunga sakura bulan 4 aritu, aku dah tak berapa berkobar2 nak menengok bunga sangat. Bunga tulip ni pun teragak2 nak pergi ke tidak. Last2 pergi lah jugak. Sama tempat macam tahun lepas, di kiso sansen. Ada je tempat lain yang ada pameran bunga tulip ni, tapi berbayar. Terima kasih je lah.

Tulip tahun ini agak kurang memberangsangkan. Beberapa hari sebelum pegi ke kiso sansen ni, hujan turun sekali sekala. Sekejap sejuk sekejap panas. Agaknya sebab itulah perkembangan bunga2 ni tidak seragam. Ada yang belum keluar putik langsung, ada yang baru keluar putik, ada yang baru kembang, ada yang dah kembang mekar dan ada pula yang dah kiok. Contohnya kat tapak yang aku tangkap gambar banner di atas tahun lepas, bunga semua dah layu. Sedih. Maka tak dapat lah wat posing cenggitu lagi dah.

Kat pintu masuk pulak, tak meriah pun. Tahun lepas kemain meriah dengan tulip merah putihnya. Tahun ni, tengok la sendiri ni.


Cenggini je kat entrance dia.

Tang ni masih sama.


Gigih mengambil gambo tower tu.


Pastu kat area luar ni pun tak banyak tulip.


Amende tah ni.

Tapi orang tetap ramai.










Bento nasi lemak lagi.

Tapi formation bunga ni lain la dari tahun lepas. 

































Macam bunga tipu kat studio pulak.















































Sekian sahaja buat kali ini... sila datang lagi.


Thursday, 4 June 2015

Kena Psiko


Tetiba rasa macam sempat kot nak share satu cerpen. Cerita pendek yang betul2 pendek. Ni cerita masa sebelum aku datang ke Jepun ni. Cerita ni encik suami ceritakan pada aku sebagai mempersiapkan minda dan emosi aku sebelum berhadapan dengan kehidupan baru di perantauan. Yang bagi aku mungkin seronok, tetapi mungkin  tidak bagi beliau. Student phd kot. Orang panggil permanent head damage. 

Ceritanya, ada satu kes yang diceritakan semasa kursus btn sebelum pergi oversea. Ada satu lelaki student phd ni, begitu sibuk dengan research nya sehingga si isteri rasa terabai. Terabai emosi la kot. Alhamdulillah... setakat hari ini aku tak pernah lah rasa camtu walau pun selalu juga beliau balik ketika subuh telah merangkak. Kalau tak sempat balik pun, aku ok jek sensorang kat rumah ni. Syok apa layan kilauan emas ekekek. Tapi mungkin kes tu zaman dahulu kot, time internet belum meluas. Atau mungkin memang si isteri tu jenis mintak perhatian kot.

Nak dipendekkan cerita, bila si isteri dah tak boleh tahan dengan situasi tersebut, beliau telah melakukan satu tindakan drastik iaitu dengan merosakkan komputer si suami. Rosak di sini bermaksud merosakkan semua hasil kerja phd si suami. Sebab tu aku kata masa tu internet belum meluas sebab si suami takde simpanan di alam maya. Kalau zaman sekarang bersepah2 fail boleh disimpan. Pernah sekali kawan aku yang tengah buat phd, rumah kena pecah, laptop kena rembat, mengadu kat FB. Memula aku simpati lah juga, tapi bila tau dia ada simpanan fail di alam maya, terus tak simpati dah hihihi.

Okeh sambung balik. Bila dah jadi camtu, ko rase? Adakah si suami akan berdiam diri dan sekadar menghantukkan kepala kat dinding? Tidak. Sebaliknya si suami telah menceraikan isterinya itu. Nampak... Giler psiko suami i cerita camni sebelum pergi jepun. hahaha.

Eh, ini serius ok. Nampak tak kesan sampingan pengajian phd ni? Bukan student je kena kental, isteri dan femili juga perlu memberi kerjasama. Sebagai aku lagi lah kena beri semangat yang lebih kepada encik suami. Sebab aku jadi guarantor beliau kot!

Wednesday, 3 June 2015

Sikit Lagi

Sikit lagi. Sikiiittt lagi. Sikit lagi nak siap baju2 raya kawan2 aku sekalian kat sini. Insya Allah sebelum puasa aku akan update cerita yang dah agak basi iaitu cerita cuti2 tokyo. Berzaman giler dah aku rasa. Sabar ek...