Monday, 23 March 2015

Ume 2.0 - Selamat Datang Musim Bunga 2015!




Tahun ni musim bunga aku lambat sikit. Sibuk nau nau sampai tak sempat nak menjejak bebunga. Seperti tahun lalu, musim bunga dimulakan dengan kemunculan bunga aprikot/plum atau orang jepun panggil ume. Aku tau tempat bunga ume yang aku pergi tahun lepas tu mula dibuka hujung bulan februari, tapi ada je halangan nak pergi. Mungkin juga sebab niat aku bukan nak pergi situ sebenarnya. Kalau boleh nak pergi tempat lain pulak kali ni. Tu yang tak kesampaian tu. Tapi hujung minggu yang lalu, encik suami sudi meluangkan masa pada hari ahad untuk menemani aku menengok bunga. Mulanya aku ingat nak pergi ke tempat yang kami sesat mula2 tahun lepas tu. Yang kat tepi jalan tu. Tapi tak ingat dah kat mana tempat tu. Pastu ingat nak pergi je ke nagoya agricultural centre tu. Sekali gugel2 tempat nak berhanami, jumpa pulak taman ni yang ada ume jugak, selain sakura. Tempat pun tak lah jauh sangat. Jiran nagoya jek.

So, kami pun pergi lah ke fruit park yang terletak di moriyama-city. Kalau best nanti boleh hanami kat sini jugak. Sampai2 situ, nampak banyak pokok sakura di sekelilingnya. Sakura sedang memutik. Wahhh mesti minggu depan cantik ni. Menurut ceritanya, kat sini ada pelbaagai spesis sakura. Best2. Sebelum nak sampai situ ada forest park, pun ada taman berbunga tapi tak sempat nak singgah.

Okeh, jom layan gambar ume.

Peta kawasan taman. Ada tasik memancing jugak. 

Cak!

Geramnya tengok bunga berjuntai2 cenggini.


Tak jemu dipandang. 


Bunga, batu dan air.






Yang ni spesis cucuk langit.







Tantek kan?












Suker!









Makcik2 peramah yang menegur kami.





















Kengkonon belakang tu fuji-san ar hehehe.



Ini spesis sakura.


Ni macam yang kat tepi jalan tahun lepas.

Macamana satu pokok ada dua warna?

Ada muzium buah-buahan tropika kat situ.

Dah lama tak jumpa durian.

Juga nangka dan papaya.

Jambu air.


Sakura.

Nama spesis sakura tadi.

Dekat round about.


Ada sakura tepi jalan yang dah kembang.

Awww sweet nya bunga sakura ni. Simple je kelopak dia.


Comel kan?




Ok, jumpa lagi minggu depan! Kompiden je minggu depan nak gi hanami.



Tuesday, 17 March 2015

Group Chat


Aku mungkin agak ketinggalan dalam arena group chat. Rasanya aku mula join pun sejak duk kat jepun ni. Ye lah, dulu aku mana lah ada data package yang boleh bertenet 24 jam kan. Ada takde, tenet kat rumah je. Balik keje je lah boleh guna. Kat opis ada wifi, tapi serupa macam takde. Kira anggap takde je lah.

Sampai sini pun, mula2 aku join group chat kat fb jek. Masa duduk hostel dulu takde wifi kat bilik. Lepas pindah rumah baru lah aku boleh guna whatsapp, line, instagram, telegram, wechat dan segala mak nenek chat apps yang wujud dalam dunia ni. Awal2 dulu line je yang boleh install kat pc, tapi sekarang whatsapp pun dah boleh katanya, kan? Tapi aku malas nak layan guna pc. Menyemak je. Dan sehingga kini, yang kekal aktif cuma LINE dan Whatsapp.

Kedua-dua aplikasi ini mewakili group malaysian dan jepun, masing2. Senang nak bezakan. Satu2nya yang orang mesia yang berline dengan aku cuma yayu. Lelain semua orang mesia jugak, tapi duduk jepun.

Yang aku nak citer ni pasal group wa.

Takde lah banyak beno group yang aku join pun. Tapi yang aktif doplopatjam ada 3. Alumni sekolah sains, sekolah menengah semencu dan sekolah rendah eto5. Group sekolah bando mas je aku tak join. Entah ada ke tidak tah. Ikut logik, mestilah ada kot, kan? Cuma derang tak invite je lah kot. Aku pun tak kisah. Kalau join pun bukannya aku menyumbangkan suara pun. Balik2, nanti derang tanya aku pasal jepun.

Hah! Ni yang aku tak puas ati pasal group2 chat semua ni. Terutamanya group  sekolah sains la... sebab group tu yang paling kecoh sampai 2 3 pagi. Masalahnya, asal aku masuk jek, mesti akan tanya pasal jepun. Paham tak? Aku rasa macam derang kenal aku sebagai orang jepun pulak. Padahal kalau nak diikutkan, ramai jer yang dalam group tu yang pernah study kat jepun... tapi zaman dulu la kan. Tapi lagi lama kot derang duduk jepun. Dan info pasal jepun ni derang lagi banyak tahu daripada aku. Eh, bukan itu masalahnya. Maybe lah aku ada info terkini. Tapi masalahnya, bila aku bersuara je, terus topik yang sedang dibincangkan tadi terus terberenti. Berenti ok. Maksudnya kalau sebelum tu kemain rancak, tiba2 malam nanti baru ada new reply. Sebab tu aku pernah cakap, orang pendiam ni bila sesekali bersuara, orang lain boleh sampai terdiam. Aku ingat dalam perbualan biasa je benda ni berlaku. Rupanya dalam grou pun sama. Dan atas sebab itu, aku lebih selesa menjadi silent reader, pendengar pasif. Kang sekali aku menyampuk, sunyi pulak group tu seharian hihihi.

Tapi kan, bila dah terlalu aktif group tu, aku jadi malas nak baca dah. Tengok jugak la. Kalau setakat 100 mesej, gagah la jugak aku baca. Tapi kalau sampai 500+, biasa aku bukak dan tutup je. Janji notification padam je. Paling kuat aku scroll up beberapa mesej terakhir jer. Lagi pun ramai yang dalam group tu aku tak berapa nak cam. Mana taknya, derang tulis nama lain, pastu kawan2 panggil nama gelaran zaman sekolah dulu. Mana lah aku nak kenal. Dah la aku ni  tak berapa nak campur orang sangat. Takat yang sama2 form 4 baru tu aku kenal lah. Ni yang form 4 lama, ditambah pulak yang sampai form 3 jek kat sekolah tu, pun join group tu, tambah la aku blur. Kadang tu pulak, lama kelamaan tu, dapat lah jugak aku tangkap orang nya yang mana satu, pastu tiba2 besok dia tukar nama yang appear kat screen tu, dah aku confuse balik.  Tu tak masuk lagi yang lefted nama lain, masuk balik nama lain pulak. Last2 aku main agak2 je. Ikut konteks ayat hahaha.

Tapi kan, dalam pada aku selalu skip daripada membaca mesej yang beribu2 tu, tapi bila sesekali nama aku disebut, boleh pulak aku tergerak hati nak baca... ? Macam ada instinct gitu. Tapi biasanya aku tak respon la sebab mesej tu dah outdated dah huhuhu. Semalam2 punyer. Contohnya macam semalam, aku dapat tangkap nama aku disebut. Topiknya pasal sistem pendidikan sekarang. Tiba dia petik nama aku yang kuat tido dalam kelas. Adoiyai... Sampai sekarang derang mengingati aku sebagai ratu tido. Sabo je lah. Dan yang surprisenya, derang ingat aku selalu score prinsip akaun!? Apakah?



Ok, itu group sekolah sains. Group sekolah semencu pulak, lagi lah aku tak boleh nak layan. Ramai sangat kot yang aku tak kenal. Pastu isunya selalu overlap ngan group sekolah rendah hahaha.  Group sekolah rendah pulak, sama la pe'elnya ngan sekolah sains. Asal aku bersuara jek, senyap. Pastu asik laaa bertukar nama group. Nama asal dah betul dah. Tiba2 sekarang dah jadi group kelas roti pulak. Apakah?

Eh, lantak korang lah. Aku observe dari jauh je la nampaknya. Kang dah balik mesia baru lah aku join sekaki. Itu pun kalau aku melanggan data package hahaha.

Kesimpulannya, macamana pendiam nya aku kat luar, cenggitu lah pendiamnya aku dalam group chat.