Monday, 23 March 2015

Ume 2.0 - Selamat Datang Musim Bunga 2015!




Tahun ni musim bunga aku lambat sikit. Sibuk nau nau sampai tak sempat nak menjejak bebunga. Seperti tahun lalu, musim bunga dimulakan dengan kemunculan bunga aprikot/plum atau orang jepun panggil ume. Aku tau tempat bunga ume yang aku pergi tahun lepas tu mula dibuka hujung bulan februari, tapi ada je halangan nak pergi. Mungkin juga sebab niat aku bukan nak pergi situ sebenarnya. Kalau boleh nak pergi tempat lain pulak kali ni. Tu yang tak kesampaian tu. Tapi hujung minggu yang lalu, encik suami sudi meluangkan masa pada hari ahad untuk menemani aku menengok bunga. Mulanya aku ingat nak pergi ke tempat yang kami sesat mula2 tahun lepas tu. Yang kat tepi jalan tu. Tapi tak ingat dah kat mana tempat tu. Pastu ingat nak pergi je ke nagoya agricultural centre tu. Sekali gugel2 tempat nak berhanami, jumpa pulak taman ni yang ada ume jugak, selain sakura. Tempat pun tak lah jauh sangat. Jiran nagoya jek.

So, kami pun pergi lah ke fruit park yang terletak di moriyama-city. Kalau best nanti boleh hanami kat sini jugak. Sampai2 situ, nampak banyak pokok sakura di sekelilingnya. Sakura sedang memutik. Wahhh mesti minggu depan cantik ni. Menurut ceritanya, kat sini ada pelbaagai spesis sakura. Best2. Sebelum nak sampai situ ada forest park, pun ada taman berbunga tapi tak sempat nak singgah.

Okeh, jom layan gambar ume.

Peta kawasan taman. Ada tasik memancing jugak. 

Cak!

Geramnya tengok bunga berjuntai2 cenggini.


Tak jemu dipandang. 


Bunga, batu dan air.






Yang ni spesis cucuk langit.







Tantek kan?












Suker!









Makcik2 peramah yang menegur kami.





















Kengkonon belakang tu fuji-san ar hehehe.



Ini spesis sakura.


Ni macam yang kat tepi jalan tahun lepas.

Macamana satu pokok ada dua warna?

Ada muzium buah-buahan tropika kat situ.

Dah lama tak jumpa durian.

Juga nangka dan papaya.

Jambu air.


Sakura.

Nama spesis sakura tadi.

Dekat round about.


Ada sakura tepi jalan yang dah kembang.

Awww sweet nya bunga sakura ni. Simple je kelopak dia.


Comel kan?




Ok, jumpa lagi minggu depan! Kompiden je minggu depan nak gi hanami.



Tuesday, 17 March 2015

Group Chat


Aku mungkin agak ketinggalan dalam arena group chat. Rasanya aku mula join pun sejak duk kat jepun ni. Ye lah, dulu aku mana lah ada data package yang boleh bertenet 24 jam kan. Ada takde, tenet kat rumah je. Balik keje je lah boleh guna. Kat opis ada wifi, tapi serupa macam takde. Kira anggap takde je lah.

Sampai sini pun, mula2 aku join group chat kat fb jek. Masa duduk hostel dulu takde wifi kat bilik. Lepas pindah rumah baru lah aku boleh guna whatsapp, line, instagram, telegram, wechat dan segala mak nenek chat apps yang wujud dalam dunia ni. Awal2 dulu line je yang boleh install kat pc, tapi sekarang whatsapp pun dah boleh katanya, kan? Tapi aku malas nak layan guna pc. Menyemak je. Dan sehingga kini, yang kekal aktif cuma LINE dan Whatsapp.

Kedua-dua aplikasi ini mewakili group malaysian dan jepun, masing2. Senang nak bezakan. Satu2nya yang orang mesia yang berline dengan aku cuma yayu. Lelain semua orang mesia jugak, tapi duduk jepun.

Yang aku nak citer ni pasal group wa.

Takde lah banyak beno group yang aku join pun. Tapi yang aktif doplopatjam ada 3. Alumni sekolah sains, sekolah menengah semencu dan sekolah rendah eto5. Group sekolah bando mas je aku tak join. Entah ada ke tidak tah. Ikut logik, mestilah ada kot, kan? Cuma derang tak invite je lah kot. Aku pun tak kisah. Kalau join pun bukannya aku menyumbangkan suara pun. Balik2, nanti derang tanya aku pasal jepun.

Hah! Ni yang aku tak puas ati pasal group2 chat semua ni. Terutamanya group  sekolah sains la... sebab group tu yang paling kecoh sampai 2 3 pagi. Masalahnya, asal aku masuk jek, mesti akan tanya pasal jepun. Paham tak? Aku rasa macam derang kenal aku sebagai orang jepun pulak. Padahal kalau nak diikutkan, ramai jer yang dalam group tu yang pernah study kat jepun... tapi zaman dulu la kan. Tapi lagi lama kot derang duduk jepun. Dan info pasal jepun ni derang lagi banyak tahu daripada aku. Eh, bukan itu masalahnya. Maybe lah aku ada info terkini. Tapi masalahnya, bila aku bersuara je, terus topik yang sedang dibincangkan tadi terus terberenti. Berenti ok. Maksudnya kalau sebelum tu kemain rancak, tiba2 malam nanti baru ada new reply. Sebab tu aku pernah cakap, orang pendiam ni bila sesekali bersuara, orang lain boleh sampai terdiam. Aku ingat dalam perbualan biasa je benda ni berlaku. Rupanya dalam grou pun sama. Dan atas sebab itu, aku lebih selesa menjadi silent reader, pendengar pasif. Kang sekali aku menyampuk, sunyi pulak group tu seharian hihihi.

Tapi kan, bila dah terlalu aktif group tu, aku jadi malas nak baca dah. Tengok jugak la. Kalau setakat 100 mesej, gagah la jugak aku baca. Tapi kalau sampai 500+, biasa aku bukak dan tutup je. Janji notification padam je. Paling kuat aku scroll up beberapa mesej terakhir jer. Lagi pun ramai yang dalam group tu aku tak berapa nak cam. Mana taknya, derang tulis nama lain, pastu kawan2 panggil nama gelaran zaman sekolah dulu. Mana lah aku nak kenal. Dah la aku ni  tak berapa nak campur orang sangat. Takat yang sama2 form 4 baru tu aku kenal lah. Ni yang form 4 lama, ditambah pulak yang sampai form 3 jek kat sekolah tu, pun join group tu, tambah la aku blur. Kadang tu pulak, lama kelamaan tu, dapat lah jugak aku tangkap orang nya yang mana satu, pastu tiba2 besok dia tukar nama yang appear kat screen tu, dah aku confuse balik.  Tu tak masuk lagi yang lefted nama lain, masuk balik nama lain pulak. Last2 aku main agak2 je. Ikut konteks ayat hahaha.

Tapi kan, dalam pada aku selalu skip daripada membaca mesej yang beribu2 tu, tapi bila sesekali nama aku disebut, boleh pulak aku tergerak hati nak baca... ? Macam ada instinct gitu. Tapi biasanya aku tak respon la sebab mesej tu dah outdated dah huhuhu. Semalam2 punyer. Contohnya macam semalam, aku dapat tangkap nama aku disebut. Topiknya pasal sistem pendidikan sekarang. Tiba dia petik nama aku yang kuat tido dalam kelas. Adoiyai... Sampai sekarang derang mengingati aku sebagai ratu tido. Sabo je lah. Dan yang surprisenya, derang ingat aku selalu score prinsip akaun!? Apakah?



Ok, itu group sekolah sains. Group sekolah semencu pulak, lagi lah aku tak boleh nak layan. Ramai sangat kot yang aku tak kenal. Pastu isunya selalu overlap ngan group sekolah rendah hahaha.  Group sekolah rendah pulak, sama la pe'elnya ngan sekolah sains. Asal aku bersuara jek, senyap. Pastu asik laaa bertukar nama group. Nama asal dah betul dah. Tiba2 sekarang dah jadi group kelas roti pulak. Apakah?

Eh, lantak korang lah. Aku observe dari jauh je la nampaknya. Kang dah balik mesia baru lah aku join sekaki. Itu pun kalau aku melanggan data package hahaha.

Kesimpulannya, macamana pendiam nya aku kat luar, cenggitu lah pendiamnya aku dalam group chat.


Friday, 13 March 2015

A Fashion Designer In Me


Tiba-tiba.

Aku telah dan sedang menjadi tukang jahit rasmi rakyat Malaysia di Nagoya ni ha. Sejak bila ek??? Rasanya sejak aku beli mesin jahit tepi bulan September yang lepas kot. Kira sejak turun dari gunung Fuji la ni hehehe. Kena sampuk penunggu gunung agaknya. Dan penunggu tu sejenis tukang jahit hahaha. Tapi memang semenjak dah ada mesin jahit tepi ni, aku confident sikit nak menjahit baju sebab macam kemas sikit kan... Sebelum ni aku jahit zigzag jer. Jahitan zigzag tu tak bersalah. Ok je cantik. Tapi mesin aku ni low speed. Bercinta nak tunggu sampai ke penghujung kain. Tegedekgedek dia berjalan. Hilang sabar aku kang ada yang cium dinding mesin tu kang. Kiranya aku tak menyesal lah beli mesin jahit tepi tu. Masa nak beli tu ada jugak rasa takut tak berbaloi jek nanti. Tapi rupa-rupanya bukan je dah balik modal beli mesin jahit tepi, modal beli mesin jahit brother ni pun dah balik jugak ngehngehngeh. 

Dan atas sebab itu lah aku dah kurang memblogkan diri. Bukan jer blog sendiri tak terupdate, blog orang pun aku tak sempat lompat. Alah, blog lain pun sikit lebih kurang jugak tak berupdate hihihi. Seminggu sekali bukak pun tak tertinggal keretapi nyer lah. 

Baju apa jer yang aku jahit pun? Haaa sekarang ni kan musim orang berjubah-abaya segala bagai kan. Maka kami kat Nagoya ni pun tidak lah mahu ketinggalan dengan arus fesyen semasa. Jadi, doplohpat jam lah aku menjahit jubah sekarang ni. Bermula dengan jubah raya haji, membawa ke jubah tadarus, dan sekarang ni kawan2 dah menempah jubah untuk hari raya pulak. Nanti kan lah kami menggayakan jubah masing2 raya besok. Warna-warni dah mata aku ni.

Dalam pada sibuk dengan baju raya, datang juga tempahan demi tempahan untuk pelbagai acara ecewah! Dah macam artikel dalam majalah wanita keluaran khas Ramadhan gitu. Ada yang nak pakai buat farewell party, konvokesyen, presentation, kenduri kawen dan akhir2 ini pula, ada yang nak buat kenang-kenangan sebab dah nak balik Malaysia for good. Awww so sweet! Nanti bila pakai kat mesia mesti teringat kat aku lah tuh! 

Fuh! Ni kira pencapaian hebat lah ni boleh tulis 5 perenggan ni. Apa lagi ek? Ok, aku nak sambung menjahit. Sekarang aku belanja gambar baju2 yang telah aku jahit. Tapi aku taruk yang orang dah pakai la. Yang belum kena simpan sebagai memelihara elemen surprise kepada pemiliknya. Segan pulak bila tengok orang pakai baju jahitan kiter hihihi.

Ini jubah riau encik suami. Kembang2 hidung aku bila baju ni siap. Semacam bangga gitu hihi. Banyak benda pertama kali yang aku buat terhadap jubah ni. Wet pocket, leher cekak musang, papan bahu dan lubang butang. Dan satu yang aku belajar tentang perbezaan fizikal lelaki dan perempuan di mana jubah perempuan mengembang di bawah, tetapi jubah lelaki menguncup di bawah. Ini kerana struktur bahu perempuan kecil sementara bahu lelaki lebih lebar. 

Blouse aku. Pertama kali aku letak zip kat dada. Orang lain buat cenggini sebab nak breastfeed, tapi aku sebab nak  kecikkan leher. Selain sebab zip jenis tu cantik untuk ditayangkan hehe. Salu aku buat leher lebar sampai muat kepala terus.

Saya tak nak jubah kembang. Permintaan customer ini. Pastu nak taruk zip kat lengan macam  jubahbellaammara.  Pun aku layan kan jugak walau pun terpaksa memerah otak cemana nak menggayakan zip tu huhuhu. Main try and error jek. Akhirnya menjadi lah jugak.

Jubah ni kira signature design aku la hehehe. Badan plain, tangan dan kaki bercorak. Pleat kat tengah sesuai untuk ibu mengandung. 

Potongan yang sama seperti di atas. Banyak dah paten ni aku buat. Sampaikan sekarang aku dah tak payah pakai pola dah untuk potong kain. Terus sketch je atas kain. 

Kan aku dah cakap. Semua sama.

Ni lagi satu. Tapi yang ni aku pasang zip sorok kat lengan pulak. 

Lagi satu.

Ini jubah simple anak dara. So, takde zip kat dada. Zip belakang jek,


Ada lagi? Yang ni aku cuba jahit piping kat leher, tapi macam tak geti pulak aku nak buat dengan kemas.

Jubah 3 beranak di atas dan di bawah ni. 

Cute!!!

Dan ini pula bekas simpan diapers. Ini pun aku buat? Terer tak terer tak?


Ramai orang tanya, aku belajar menjahit kat mana? Internet! Banyak jer video dan blog yang ajar menjahit ni. Cumanya aku dah ada basic, so kot mana pun kekdahnya dapat lah aku imagine kan. Tapi jangan tak tau... aku pernah masuk kelas jahitan kat pusat kegiatan kemas ok. Satu hari. Masa tu aku tak kerja. Daftar kelas bayar rm18. Pastu setiap kali belajar bayar rm1. Sehengget je ok... Dalam kelas pertama tu aku belajar ukur baju di badan sendiri. Masa tu baru aku tau bahawa untuk ukur bahu dan tangan, kita kena ukur sekaligus. Maksudnya bukan ukur bahu lain, ukur tangan lain. Sebaliknya lepas ukur bahu, tarik tape tu ke tangan terus. Logiknya, bila kita ukur asing2, kemungkinan tempat kita stop bahu tadi tak sama ngan tempat mula tangan. Kan???

Pastu aku sempat buat satu pola baju dengan kertas minyak. Siap kena ketuk lah tangan aku sebab tak betul curve kat ketiak hihi.

Besok tu aku pergi kelas tu lagi, tapi cikgu nya tak datang sebab rumah dia banjir. Kat paritsallehros rumah dia. Ingat lagi. Masa tu musim banjir besar kat johor 2006-2007. Sejak itu aku dah tak pergi dah kelas tu sebab tak tau bila cikgu tu akan kembali. Oh, dan masa tu aku sensorang jek jadi murid.

Okeh, nak sambung jahit. Kang layan kan blog ni tak siap baju aku.

See you when i see you!



Monday, 2 March 2015

Cerita Hindustan Yang Best

Nampak gayanya aku pun dah terkena sindrom blogger sendu. Macam dah tak tau nak tulis apa dalam blog ni bila dah terlalu banyak yang tertunda. Jadi dah tak relevan. Tapi rasa sayang pulak kalau aku turut serta dengan mereka. Sebab bukan selamanya aku akan duduk kat jepun ni, kan?

Ok, sebelum aku terberhenti menaip dan tinggal lah entry ni sebagai draft selama2nya, baik aku taip je apa yang terlintas di kepala sekarang ni.

Ok, baru2 ni aku telah menonton cerita hindustan yang agak kontroversi iaitu PK. Siapa dah tengok angkat tangan! Errr ke aku sorang je yang tengok ha? Tak kisah lah. Dengar nya cerita ni dapat masuk mesia, so takde lah kontroversi sangat kot ek? Aku pun mula2 takut nak tengok selepas membaca review2. Tapi takde mende kot. Takkan lah boleh sampai terjejas akidah ke haper kan. Dan selepas menontonnya, aku pun takde lah memikirkannya sangat. Habis kat situ je lah. Pastu aku ajak encik suami tengok pulak. Akibatnya, aku terus terbuka hati nak tengok cite 3 idiots. Tiba2.

Aku tau cite 3 idiots tu dah lama. Malahan tv pernah tayang pun citer tu, siap bersambung2 3 hari lagik. Tapi aku tetap takde perasaan teirngin nak tengok. Tapi selepas tengok pk, aku rasa filem2 aamirkhan kebelakangan ini mungkin ada sesuatu. Dan terbukti sangkaan aku itu benar. Sehinggalah aku terbuka hari pula nak tengok citer taare zamen paar. Ini pun citer yang ada sesuatu. Bukan citer cintan cintun joget2 nyanyi2 golek2 gelek2. Best laaaaaaa... Kenapa selama ni aku tak tau pun ada citer tu???

Ok, itu je nak citer. Kalau nak tau citer tu pasal apa, sila lah download dan tengok hehehe. Dijamin best!


Saturday, 14 February 2015

Pergi Tak Kembali.


Bila dah lama tak update, tak tau nak mulakan dengan cerita apa. Terlalu banyak peristiwa besar telah berlaku.  Dan peristiwa yang paling besar ialah KEMATIAN.

Yang pertama, pada tanggal 31 Januari 2015, hari sabtu yang lalu aku telah pun menjadi seorang anak yatim piatu. Abah telah kembali ke rahmatullah pada pagi hari sabtu tersebut di tempat aku dilahirkan iaitu Hospital Kota Tinggi. Semoga roh allahyarham abahku Md Aspan bin Abu Hassan, dicucuri rahmatMu dan di tempatkan di kalangan hamba-hambaMu yang beriman, seterusnya dimasukkan ke dalam syurgaMu, Amin. Mohon kalian sedekahkan al-Fatihah untuk allahyarham abah aku, ek? Terima kasih.

Yang kedua, selang 2 minggu kemudian iaitu pada hari Khamis, 12 Februari 2015 pula, seluruh negara dikejutkan dengan berita kematian allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (TGNA). Malam tu aku dok berwasep ngan yayu. Sebelum tido tu dapat berita tersebut. Besok paginya, aku menonton upacara pengkebumian melalui astroawani501. Kalau di sana diberitakan awan memayungi kawasan tanah perkuburan, di sini pula, langit mendung mengiringi salji yang turun renyai pada mulanya, tetapi menjadi lebat beserta angin ketika saat pengkebumian. Subhanallah... alam turut menangisi pemergian ulamak terulung negara itu. Semoga roh allahyarham juga dicucuri rahmat yang Maha Esa serta ditempatkan di syurga, Amin.

Pada hari yang sama juga, tetapi pada sebelah pagi, negara turut menerima berita kembalinya ke rahmatullah, tokoh pengulas sukan negara, Dato' Hasbullah Awang. Selain bola sepak, aku amat meminati ulasan beliau ketika perlawanan badminton. Menggulung di jaring, ungkapan yang sering disebut beliau. Kalau dalam bola sepak, beliau akan menyebut setiap nama pemain yang sedang menerima bola dengan tepat dan cepat! Semoga roh allahyarham Hasbullah Awang juga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman, Amin.

Itu je dulu kot. Cerita lain tulis dalam entry lain la ek. Macam tak sesuai lak nak campur aduk dalam entry ni. See you!