Tuesday, 9 September 2014

Misi Menawan Puncak Fuji-san Bahagian II/III


Rabu, 3 September 2014

Pukul 4 pagi, aku bangun dan menyiapkan sarapan. Buat burger juga buat makan tengahari nanti. Pukul 5 pagi, kejut encik suami pula. Pung pang pung pang, tepat jam 6.30 pagi, kami pun meninggalkan rumah. 

Dah terang benderang pun


Perjalanan kami melalui lebuhraya Tomei dan Shin-Tomei. Keluar di Nagoya IC dekat2 nagakute, kemudian masuk highway shin-tomei, highway baru yang merupakan alternatif untuk ke tokyo. Melintasi kawasan hamamatsu, teringat kat seorang blogger 'hamamatsu now'. Aku baca blog tu sejak zaman anaknya sorang sampai lah sekarang dah 4 ke 5 orang tah. Dari dia dekat jepun, balik mesia, datang jepun balik dan dah balik mesia semula dah pun hahaha. Dekat jer dengan nagoya rupanya hamamatsu ni.

Highway ni agaknya yang aku lalui masa pergi petik epal tu ari. Sebab ladang epal tu kat Iida ni.

Di shin-tomei, kami keluar kat exit fujinomiya. Ada dua jalan sebenarnya nak ke sana. Samada ikut fujinomiya ni atau gotenba. Bezanya fujinomiya ni akan ikut jalan biasa, manakala gotenba ni highway. Pepaham je lah kan. Kos nya dah tentu berbeza. Tapi ikut fujinomiya ni macam dekat sikit dan jalan pun tak banyak traffic light dan kenderaan takde yang lempun. Lori banyak, tapi semua jenis laju2 belaka. Kira pilihan yang tepat jugak lah ni.

Dari fujinomiya ni juga, akan jumpa tasik2 yang banyak orang ceritakan ada di sekeliling gunung fuji ni. Selain gua2 yang termasuk dalam pakej jalan2 di kawaguchi bagi yang ikut pakej jenjalan satu hari di situ. Next time aku ingat nak jenjalan kat 5 buah tasik ni. Yang penting sekali nak ke tasik motosuko sebab kat situ boleh nampak view fuji-san yang sama seperti yang terdapat di belakang duit 1000 yen. Dan tempat ni tak lah jauh dari gotenba. Dalam 30-40km kalau tak silap aku. So, boleh lah kalau nak wat trip flora dan fauna merangkap window shopping dekat outlet tuh huhuhu.

Tiba kat pekan kawaguchi tu, singgah sekejap kat yubinkyoku sebab nak keluarkan duit. Jepun ni macam ni lah. Booking hotel ke hape, takde mintak deposit pun. Dah sampai baru bayar kekdahnya. Kami booking semalam pun pakai sebut nama je.

Pastu kami terus menuju ke fuji-subaru line highway. Jalan nak ke 5th station. Jalan ni selalunya tak dibuka kepada kenderaan awam sepanjang musim mendaki ni. Bas je boleh. Tapi bermula 1 september dia dah buka pada semua. Maybe sebab dah nak hujung2 musim kot. Kalau time peak aritu dia bukak, harus lah jammed dan takde tempat parking. Kena bayar tol kat sini. 2060 yen jer untuk turun dan naik. Bayar sekali je masa naik.

Sebelum naik ke 5th station tu, kami berenti sekejap kat tepi tu untuk membuang apa yang patut.

Setiap step ada papan tanda.

Keadaan jalan adalah agak landai. Tak rasa mendaki sangat pun. Dan takde selekoh2 maut. Masa balik, kami ada lalu kat satu permukaan jalan yang berirama. Bila kita lalu je, dia mengeluarkan bunyi macam lagu. Terkesima sekejap. 




Third step ni kat selekoh. Tiba2 je. Tu yang sempat tangkap gambar camni.


Makin tinggi, pokok di tepi jalan pun bertukar kepada pokok2 pine.





Dah semakin menghampiri, nampak banyak parking lot kat tepi jalan. Ramai juga yang menapak dari sini. Jauh tuuu... Masa kat sini ada guard tahan. Bila ada kosong parking kat atas baru dia lepaskan. Best!

Tak banyak sangat parking lot kat atas ni, tapi boleh je tunggu, tak lama pun. Ramai yang naik kete ke sini untuk tangkap2 gambar, beli2 souvenir je. Bas pelancong pun banyak. Orang china la yang selalunya ramai melancong kat jepun ni. 

Takyah pening2 cari parking sebab dari tempat ditahan tadi dia dah allocatekan untuk kita sebenarnya. 


Kecik je area 5th station ni. Ada kedai2 dan sebuah hotel kalau tak silap.

Kabus tebal, so tak dapat lah nampak apa2 kat bawah tu.


Toilet ada jenis duduk dan cangkung. Air ada kat sinki jer. Itu pun dia suh stemet2 (first time tulis perkataan ni hihi). Aku memang bawak air dalam botol dari rumah.

Lepas gi toilet, kami pergi pusat  maklumat. Beriya datang redah je kan... tiba2 kang dia tak kasi naik, naya jek. Tapi tak. Bukan setakap boleh naik, pakcik tu siap terangkan step by step lagi. Dia pesan, setiap kali berhenti, pastikan minum air dan excercise sikit. Ramai orang tak buat ni. Banyak lah juga tips2 yang dia beri. Sebelum pergi, dia beri kami 2 batang stick yang orang buat cop2 tu. Yang kalau beli 900 yen sebatang tu. Memula ingat dia nak bagi pinjam. Sekali dia suh ambik jek. Tu pun orang yang tinggalkan kat situ. Dia simpan pun nak buat apa, katanya. Bagai orang ngantuk disorongkan bantal, kami terus lah ambik hihihi. Dah jimat 900 yen! Tapi kami bawak naik sebatang je lah. Sebatang lagi boleh la bagi kat saper2 yang nak naik lenkali hehe.

Pastu, kami pergi semula ke kereta, solat, makan dan bersiap2 nak mendaki Gunung Fuji! Kami bergerak dari kereta jam 12.30 tengahari.

Lepas mengumpul maklumat.

Stretching tidak dilupa.


I follow u!

Tiba2 naik semula, dah tak nampak pape dah.

Di hadapan post office. Sepatutnya kat summit pun ada post office, tapi dah tutup pulak sejak 20hb ogos aritu. Tak dapat lah hantar poskad dengan cop summit.

Depan kedai souvenir.


Are you ready???

Let it go! Eh, let's go!

Bentuk sebelum naik.

Kot lah turun besok dah bentuk lain ke kan.

Sebelum memulakan pendakian, kami singgah di pusat maklumat sekali lagi untuk meminta bantuan. Climbing stick aku tu, tak boleh nak diextend. Dah melekat kot. Beli kat kedai chuko katakan. Puas dah kami pusingkan, takmo bergerak pun. Bagi kat orang kat situ, haaa... siap kuar spanar hidup playar bagai. Dengan tenaga 2 orang, akhirnya stick itu berjaya dipanjang pendekkan hehe.

Haaa kan dah panjang stick tu. Ni di pintu masuk fuji-subaru line trail. Ekceli nama sebenar trail ni ialah Yoshida trail dan trail ni bermula dari 1st step lagi. Oleh kerana kita naik dari 5th station yang terdapat fuji-subaru line highway tadi tu, so, dia bagi nama entrance ni dengan nama tu. Penting juga bab nama ni sebab time turun besok, tiba di satu tempat, kena ikut fuji-subaru line punya trail. Kot follow yoshida trail, maka sampai ke step 1 la ko menapak sambil menangis.

Sementara ada selera nak posing. Balik besok dah komfem tak kossser dah nak posing2 camni dah.



Serentak dengan kami, ada 2-3 group yang naik bersama guide. Kami pun menyelit la sekali ngan derang. Slow motion je group derang ni. Asik berenti jek. Asal berenti je, guide dia suh minum la, makan manisan la, pakai glove la, pakai baju itu lah ini lah. 

Tak banyak tumbuhan kat sini.


Time gagah perkasa lagi. Siap boleh menyanyi2 lagik.

Lebih kurang 30 minit kemudian, jumpa lah satu persimpangan yang dipanggil izumigataki. Tah, ada shrine ke ape tah kat sini.







Memang tak nampak apa kat depan. Follow je lah jalan tu. 

Bagusnya, kita tak tau kat depan tu naik bukit tinggi ke apa. 

Pemandangan di kiri kanan.



Laluan dari 5th station ke 6th station agak rata. Dari 6th ke 7th dah mula memanjat sikit2.


Takde lah susah laluan nya.


Tiba di 6th station. Takde mende kat sini. Toilet je.




Rasanya kat sini ada mount guide centre kot. Lupa dah.



Semua orang yang kami berselisih mengucapkan konnichiwa! So sweet...


Kat mana tah ni. Masih di 6th station rasanya.





Tanda2 dah sampai 7th station ialah bermulanya aktiviti mengecop stamp ni. Dan bermula adanya rumah penginapan.

Satu stamp 300 yen. Oleh kerana kami dapat kayu tu free, dah jimat 3 stamp di situ.

Kat setiap hut ada termometer camni.

13 darjah celcius.

Tensen aku bila tengok papan tanda ni. Dia tulis jarak dan masa untuk sampai ke summit. Tak nak tau boleh tak?


Dari 7th ke 8th station, laluan semakin berliku. Banyak batu2. Tapi aku suka! Ala2 rock climbing gitu.

Setiap hentian ada hut dan setiap hut ada stamp. Banyak kot.

Dia stamp guna besi panas.




Muka puas ati dapat stamp banyak2. Aku lak yang bising, membazir, membazir hihi.


Asal jumpa hut je, berenti. Bilanya nak sampai? Rilek... tak lari gunung dikejar, kan...



Petang hampir senja. Dah mula gelap.




Kabus berlalu pergi. Dah boleh nampak jauh di hadapan. Jauhnya lagiii!





Stamp lagi.

Ada tempat yang dia tak bagi tangkap gambar.

3.4km? 273 minit? Hergh!!!




Uiii jauh dah perjalanan kita. Jauh lagi juga nak sampai huhuhu.

Aku paling lemah bila jumpa tangga. Biar lah panjat batu pun, jangan panjat tangga. Tengok budak tu, cergas jek.

Eh, dia dah potong kiter!

Bapak budak tu masih di belakang.

Ganbatte!!!

Tetiba air aquarius tu jadi sedap sangat! Selalu sebelah mata pun tak pandang.

Lega sesangat lah tu dapat minum.

Dah sampai toyokan. Salah sebuah hut yang famous di kalangan pendaki yang datang dengan pakej dari shinjuku.

Tapi ini bukan hut kita...


Nampak batu jer aku jadi cergas. Pelik betul.



Tapi tangga??? Oh no!!!

Boleh pasang eskalator tak?

Adeh...

Merangkak je lah.

Hiah!

Hiah!!

Hiah!!! Sound effect sebenar ni tau. 

Dah nak penuh sebelah kayu.

Akhirnya, lebih kurang jam 6.35 petang, kami pun tiba di tempat penginapan kami. Sampai2 jer, terus dia bagi makan. Memang kami booking siap dengan makan pun. Jangan risau, kami minta vegetarian menu, tapi ikan boleh.

Sampai jugak kat sini...

Ittadakimasu!

Bila terlampau penat, selera pun kurang.

Lepas makan, solat dan aku terus tido. Boleh? Pukul 7.30 rasanya time tu. Tapi pukul 9.30 aku dah tersedar dan tak boleh tido balik.

Okeh, bersambung lagi hari kedua. Aku dah sediakan video untuk gambar2 ni. Enjoy!

*Backgroud lagu macam tak sesuai, tapi nak buat macamana, ini lah lagu yang tengah aku suka sekarang hahaha.


Monday, 8 September 2014

Misi Menawan Puncak Fuji-san Bahagian I/III



Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, satu daripada beberapa impian aku di bumi Jepun ini telah menjadi kenyataan. Mungkin boleh dikatakan impian ini merupakan yang memerlukan fizikal dan mental yang paling tinggi kot. Fizikal tu memang tak boleh nak buat apa sangat lah kan. Dah aku ni memang bukan jenis atlit ke haper pun kan. Dengan kata lain, jenis lembik la kiranya. Tapi, dalam lembik2 aku ni, aku suka panjat memanjat ni. Walau pun gayat. Kira macam tenggiling la, geti panjat tak geti turun huhuhu. Tapi dari sudut mental, aku penuh semangat! Yakin boleh!

Sebelum bulan puasa aritu aku dah terdengar2 budak kohai nak pergi panjat gunung fuji ni, tapi aku buat tak tau jek. Memang ada plan nak pergi, tapi bukan lah dalam musim ini kot. Maknanya tahun2 depan pun boleh. Untuk makluman, aktiviti mendaki gunung fuji ni dibuka kepada umum pada musim panas sahaja, sekitar bulan 7 hingga 9 setiap tahun. Waktu2 lain salji akan meliputi permukaan puncak gunung seperti yang selalu kelihatan dalam gambar. 

Lepas raya aritu, budak kohai tadi tu dah pun selamat pergi dan pulang. Pun, aku masih takde perasaan nak pergi tahun ini. Tiba2 semasa cuti obon baru2 ini, kami ketandusan idea untuk pergi ke mana2. Padahal encik suami free selama seminggu tu. Kucing sibuk time tu, so boleh la tikus2 berkeliaran, kan. Tapi masa tu juga sedang berlakunya ribut taufan yang melanda beberapa tempat di jepun ini. Taufan bersama hujan. So, kalau nak jenjalan pun macam tak best jek. Masa tu lah datang seru nak memanjat gunung fuji ni. Asalnya kami ingat nak pergi tengok gunung fuji dari jauh je. Sekitar dia pun ada banyak tempat untuk dilawati. Tapi kalau nak tengok gunung fuji tu, baik pergi time dia pakai kopiah, kata orang. Maksudnya time ada salji kat atas dia. Nak lagi cantik, pergi time musim bunga. Apa ke hey nak pergi time panas2 cenggini? Gunung tu pun botak je. 

Konsep gunung fuji ni senang jek. Kalau nak tengok cantik, tengok dari jauh. Kalau pergi ke puncak dia, takde mende yang cantik pun. Sebab tu kita panjat dia time orang tak nak tengok pun dari jauh. Supaya kita yang dah berada di puncak ni tak lah terasa 'rugi'. Sebab orang kat bawah pun tengok dari jauh nampak yang tak cantik jugak. Errr faham tak apa yang cuba aku sampaikan ni?

Satu lagi, aku belum pernah tengok fuji-san ni dari jauh, time dia pakai kopiah, dan cantik. Maksudnya, bila lepas ni aku tengok dari jauh, time dia pakai kopiah dan cantik, boleh lah aku berkata, di atas itu lah aku pernah berada pada suatu ketika dahulu. Dan bukannya, suatu hari nanti aku nak berada di atas itu. Mentaliti je tu tapi hehe.

Tujuan utama kami memanjat fuji-san ialah untuk melihat matahari terbit dari atas sana. Encik suami lah yang sibuk nak menyaksikan matahari terbit di atas puncak tertinggi negara matahari terbit kononnya. Kalau setakat nak tengok matahari terbit, tetiap hari pun dia terbit, kan. Itu pun selalu terlepas bila bangun dah tengahari ekekek.

Oh, tapi gunung fuji ni tidak lah tinggi mana. Cuma dia gunung tertinggi di jepun jer. Gunung kinabalu pun jauh lebih tinggi. Tapi ini bukan soal mana lebih tinggi ke haper. It's not about the destination. It's the journey, kata orang. Lain gunung lain cabarannya. In fact, gunung yang sama pun ada laluan yang berbeza untuk ke puncak, kan. Fuji-san ni pun ada 4 trail yang masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. 

Okeh, nak dijadikan cerita, pada suatu hari, waktu pergi ke book-off, aku dah terbeli sepasang kasut untuk climbing/hiking. Maksudnya? Dia lebih kurang macam ko bukak akaun tabung haji la kiranya. Dah pasang niat lah tu kan. Bila masa nak perginya tu, tak tau lah lagi kan. Kita merancang, Allah  swt yang tentukan. Ni pun kami tak merancang sangat. Cuma cakap nak pergi bulan 9. Tarikh pun tak decide sebab tak tau lagi jadual encik suami bulan tu. Tapi, sikit2 persiapan tu ada secara perlahan2. Selepas kasut aku, encik suami pulak beli kasut. Dengan satu set climbing stick. Dah tau dah, kat sana ada jual kayu panjang untuk mendaki yang boleh cop2 sekali. So, tinggal beli satu je lah nanti kayu tu.

Hujung bulan ogos, satu lagi grup dari meikodai pergi. Tengok gambar derang, bertambah semangat aku nak pergi. Padahal stamina tak sekuat mana ni. Tak sempat pun iyer jugak. 2 minggu jer aku training jogging dan panjat tangga depan rumah ni. Itu pun minggu pertama tu sekali je pastu stop sebab kaki sakit. Minggu kedua sambung balik, itu pun 2 kali jek. Alasannya suar senam aku ada 2 lai jek kikiki. Malas training pun ada hati nak mendaki gunung. 

34 anak tangga.

53 anak tangga. Siap kira tu.

Selain itu, aku terfikir juga, baik aku pergi tahun ni, sementara kami masih berdua. Kot ada rezeki besok bertiga berempat, memang tak akan lah aku sampai ke sana sampai bebila. Kalau pun takde apa2 komitmen, semangat tengah tinggi ni, baik pergi sekarang. Tahun depan umur dah bertambah, bukan semakin muda, kan.

1 September, encik suami balik dari lab trip dan dah dapat jadual bulan september. Besok tu jugak beliau pergi tempah tempat penginapan di atas gunung. Haaa bezanya kami dengan orang lain yang dah pergi ialah, kami nak pergi sendiri. Redah kasi pecah katanya. Sedangkan orang lain pergi dengan pakej agensi yang rata2 termasuk bas pergi balik. Kami plan nak pergi naik kete. Dan rata2 tak rekemen kekdah yang kami plan ini sebab nanti balik penat nak mati, tak larat dah nak drive balik, katanya. Kalau naik bas senang, naik bas terus tido. Tapi aku ada alasan yang lebih kukuh kenapa aku nak naik kete iaitu aku takmo rushing mengejar masa. Tau lah kan, kalau dia kata pukul 11 pagi bas dah nak bertolak balik, mestilah kena ada kat bas sebelum waktu tu kan. Ini jepun kot. 

Dan aku sedar diri yang aku tak mampu nak bergerak pantas, apatah lagi dalam keadaan mengetahui ada orang menanti kita. Tak best kot perasaan tu. Kalau nak kata balik nanti penat nak mati pun, boleh je kami tido, rehat2 dulu dalam kete sebelum balik tu. Tak larat sangat nak balik, tido lah hotel ke haper. Takde nak kejar apa2 pun. 

Satu lagi, mungkin lah derang risau kan kami yang tak geti cakap nihongo. Tapi aku rasa, selepas hampir setahun berada di sini, bahasa bukan lah masalah besar sekarang. Dan yang pastinya, pengalaman hidup banyak membantu. Kalau aku datang sini lepas spm, mungkin lah diorang perlu risau lebih. 

So, hari selasa tu kami dah booking hut dekat 8th station. Dan kami akan pergi besoknya!!! Aiyok! Cemas giler aku. Tiba2 rasa tak yakin pulak. Boleh ke aku? Aku mana pernah panjat gunung tinggi ni? Gunung ledang pun tak pernah, apatah lagi gunung kinabalu. Bukit soga pernah lah ekekek. Itu pun sampai tempat tinjau tu jer. Tapi terlajak perahu tak boleh undur dah. Kita redah je lah. 

Petang tu, kami pergi ke loft dekat sakae untuk membeli stokin. Kat kedai mont-bell. Rupanya banyak je kedai outdoor kat loft tu. Ooo tau lah sekarang kat mana nak cari stokin yang bukan sahaja sesuai untuk mendaki, tetapi juga sesuai untuk winter. Malam tu kami pergi cari headlamp lagi satu, pastu beli makan minum untuk bekalan. Beli jugak baju hujan. Oh, satu sebab kenapa aku terpaksa pergi secepat mungkin ialah sebab kaji cuaca cakap lusa tu akan hujan. Dan kebanyakan hut akan mula tutup operasi 15 september ini. So, memang besok tu lah tarikh paling sesuai sekali. 

Balik dari membeli tu dah pukul 2 pagi. Kul 4 pagi dah nak bangun ni. Acaner tu? 

Haih... panjang no intro ni. Kalau aku kata aku sambung dalam next entry, ada yang rasa nak hempuk aku tak? Lantakkan korang. Sukati aku lah, kan.

Bersambung lagi... babai!