Monday, 18 August 2014

Harum Lavender


Macam ketandusan idea nak menulis blog ni ha. Satu sebab takde pergi jalan2 dalam erti kata cuti2 jepun, maka takde lah benda best nak diceritakan. Dua sebab ncis. Ya, aritu aku dah khatamkan ncis la dari season 4-5, pastu patah balik dari season 1-3. Ni aku patah balik ke ncis biasa dari season 1 sampai sekarang dah separuh season 3. Ada 8 season lagi tak khatam huhuhu. So? So, asal ada masa terluang je, aku akan mengadap cite tu lah. Sampai tido pun, cite tu pulak mengadap aku. Maka, ini lah dua sebab kenapa aku ketandusan idea nak menulis blog ni ha. Sekian surat tunjuk sebab saya, tuan.

Walau bagaimana pun, aku ada banyak stok draft yang cuma diisi dengan gambar2 amatur separuh masak. Ini adalah salah satu daripadanya. Bila ek? Rasanya dalam bulan 6 gitu kot aku pergi taman yang ada lavender garden ni. Terletak kat minato yakni nagoya port. Area2 bookoff kegemaranku tu lah. Kami pergi ni dengan an dan rody. Rupa2nya taman ni dok sebelah je dengan aeon minato. Pernah lah aku pergi sekali aeon tu. Aeon mana yang aku tak pernah pergi, kan...

Haaa baru aku ingat. Kami pergi ni seminggu sebelum puasa sebab aku ada pergi outlet gap kat aeon tu dan beli baju untuk baby yang kami melawat keesokan harinya. Ok, settle bab 'bila?' tu tadi.

Nama taman ni ialah arakogawa park. Salah satu taman rekreasi yang ada kat nagoya ni. Spesel nya taman ni ialah dia ada playground yang agak mencabar. Maksudnya bukan setakat gelongsor dan buaian biasa la. Tapi kalau nak yang lagi mencabar rasanya playground kat kiso-sansen kot.

Tujuan utama kami pergi ke taman ni ialah untuk melihat dan menghidu bau bunga lavender yang menjadi pewangi rasmi rumah kami selama ini. Selalu tengok gambar je kan. Ni pun, tengok gambar jugak lah korang. Aku je yang pergi tengok. Bau dia tak dapat pulak aku rakam dan upload kat blog ni hehe.

Lavender ni ada banyak jenis. Aku pun tak tau apa bezanya selain rupa. Itu pun, rupanya tidaklah menarik sangat pun. Yang penting bau dia. Expectation aku dalam lawatan ini ialah akan dapat menghidu harum lavender yang semerbak, sama macam pewangi yang baru disembur ke udara. Rupanya tidak. Takde pun bau lavender yang dapat hidung ku tangkap selama berada di sana. Cuma ada satu bau yang tajam semacam bau herba yang entah, aku sendiri pun tak dapat nak terangkan. Cukuplah ia tersimpan dalam memori yang belakang2. Memang tak boleh nak ingat dah. Tahun depan aku pergi semula, baru lah boleh ingat balik kot.

Okeh, itu je cerita dia.

Meski dicium dihidu, namun tiada haruman dapat dibau. Kena proses kot baru keluar bau. Macam daun pandan la, kalau gitu je tak kuat pun bau dia. Tapi bila dah dihiris, diramas, barulah keluar bau bunga rampai tu. Atau bila dimasak. Eh, ye ke? Macam salah je analogi ni hahaha.


Dia tumbuh serumpun2 macam daun pandan. Lagi?



Gaya apakah?


Yang ni aku tak pasti warna dia memang ni ke, bunga ni belum matang lagi.



Spesis pendek2 dan rapat. Warna pun lagi pekat.

Hah, tu nama dia! Kerabat ni.

Yang ni yang dah layu kot.

Ini bukan lavender. Tah bunga apa tah.


Macam daisy, tapi kenapa tengah di terjojol?



Hydrangea!!! Time ni pun tengah musim bunga ssfhomedecomart ni. Ada banyak kaler. Putih, biru, pepel, pink. Tapi kat sini ada yang putih jek.













Ada juga sebuah taman jepun kat situ. Maksud taman jepun ialah kolam, momiji, water fountain, batu2 dan pokok ala bonsai.




Ini bunga iris. Time ni juga musim bunga iris, tapi taman bunga iris ni jauh sket, malas nak pergi.



Dah penat baru perasan area yang ditanam bunga lavender banyak2. Tadi tu sikit2, buat memperkenalkan jenis2 spesis dia je kot.








Di taman jepun.








Tapi banyak tebuan kat sini. Tapi dia tak kacau kiter lah. Baik dia lepak kat bunga yang wangi ni. Katanya.

Sekian cerita lavender saya.

Tuesday, 12 August 2014

Mandi Sungai Part II : Sungai Di Mino, Gifu


Program mandi sungai kali ni berlangsung selepas raya. Hari sabtu atau dikenali juga sebagai raya keenam hehe. Ni baru betul mandi sungai lepas raya seperti yang diwar2kan. Actually tahun lepas derang dah pernah pergi sungai ni. Best sangat katanya.

Asalnya nak bergerak dari rumah pukul 9 pagi. So, pukul 9 tu kami pun turun lah. Pastu kami gi rumah dak kohai jap nak hantar barang. Sekali, derang nak ikut pulak. Maka tunggu lah derang. Sudahnya pukul 10 baru gerak. Itu pun memula konvoi. Bila dah tersesat, masing2 pergi sendiri. Aku dah agak dah, nak pergi gifu takleh naik hiway nagoya tu sebab nanti kalau tersalah jalan, kena patah balik sebab arah dia bertentangan, macam yang pernah kami alami masa nak pergi toyama tu ari. Sekali betul!!! Aku dah tau dah, nak ke gifu kena ikut arah ke komaki. Eee tak pepasal terbakar gitu jer 770yen.

Bila dah berpecah, kami ikut hiway sepenuhnya. Keluar kat mino, isi minyak dan terus ke tempat yang dituju. Sampai2 kat situ, kete dah penuh kat tepi jalan. Ada pulak pulis menjaga, tak kasi park lagi. Maka kami kena parking jauh sket lah. Rupanya kami yang mula2 sampai. Tapi ada yang dah cop tempat la. Derang pukul 10 dah sampai.

Ini ialah pemandangan di sungai tersebut... (gambo makanan terlupa nak ambik, dah lapo sangat. ada nasi lemak, nasi beriani ayam, nasi goreng, mee goreng dll).



Jernih sangat airnya. Nampak macam cetek, rupanya dalam.


Cantik sangat pokok2 ni sebenarnya.













Dekat 2 jam jugak derang main terjun tiruk kat sini. Mula dah terjun kat tempat lain. Rasa dah best sangat dah tu. Sekali jumpa tempat ni, langsung jadi tak best port tadi. Dapat pulak member bawak gopro...

Port paling terbest sekali katanya.



Sepanjang sungai ni nampak orang mancing cenggini. Panjang2 joran dia.

Dah tak ramai orang. Kami antara yang terakhir balik.

Kesimpulannya, sungai ni memang best!



Wednesday, 6 August 2014

Mandi Sungai Part I : Sungai Di Toyota


Kejadian ini berlaku dah lama dah. Sebelum puasa aritu. Lepas aktiviti mandi laut tu ari, derang kata nak mandi sungai pulak, lepas raya. Sekali tak sempat raya dah terjun sungai dulu. Tapi ni bukan sungai yang dirancang nak pergi lepas raya tu. Boleh pulak tengah nak bertolak pergi tu tukar tempat serta merta? Boleh kah? Tapi oleh sebab aku tak pernah pergi lagi, maka mengikut je lah. Takde lah aku memberontak (over di situ) guling2 nak pergi tempat tu jugak. 

Sampai2 je kat sungai ni, benda pertama yang aku terfikir ialah, ini ke sungai tempat mandi? Sebab aku membayangkan sungai ni macam dalam hutan. Macam air terjun kat tempat kita selalu tu. Sekali tengok sungainya kat tepi jalan, terdedah gitu aje. Cuma yang aku impress ialah airnya yang jernih. Tengok je pun dah tau akan kedinginannya. Aku kalau sungai, air terjun, ok lah kalau nak mandi. Sebab dia sejuk luar sejuk dalam sejuk dengar sini. Maksudnya airnya sejuk dan persekitarannya juga sejuk. Tidak lah macam pantai tu yang panas sampai boleh terbakar kulit. Plus air sungai ni tak masin. So, takat tertelan secawan dua tu, kira ok lah. Eh, tapi mandi sungai mana ada tertelan air pun sebab bukan ada ombak nak memukul pantai. Tapi sungai yang aku pergi ni deras arusnya. Tapi taklah sampai hanyut. 

Nampak deras arusnya.

Ceritanya, sungai ni terletak di daerah toyota. Dah dekat2 dengan korankei. Haaa ingat lagi tak korankei, tempat aku berpiknik tengok daun maple merah2, aka momiji tu? Haaa sungai ni kira sungai yang sama lah dengan yang kat korankei tu. Sungai yang nak pergi kononnya tu pulak terletak kat gifu. Gifu ni kira on the way nak ke rumah segitiga yang aku pergi bulan 5 lepas tu. Kira jauh jugak lah. Toyota ni dekat jek, sebelah nagoya. Memang selalu pun kami pergi area toyota ni sebab pergi makan kat darvesh. Kat toyota ni ada kilang toyota. Eh? Banyak kilang la. So, ada ramai gaijin (foreigner) kat sini. So, kedai makan yang boleh dimakan pun banyak la. Cuma kedai darvesh ni dah jadi tempat fevret kitorang sebab kat situ ada menawarkan menu dari 6 negara, termasuk indonesia. Kedainya pun cantik, nampak mewah, tapi harga murah. Portion makanan pun besar. Memang puas bila makan kat sini. Bulan poser aritu pun ada kami berbuka kat situ. Sekali. Tapi balik dari sungai ni kami makan kat kedai thai pulak. Okeh, lupakan cerita makan tu. Ni nak cerita pasal mandi sungai di toyota.

Konsep piknik kali ni ialah potluck. Biasa lah tu kan. Cumanya tema kali ni ialah nasi campur. So, sorang bawak 1-2 lauk lah kiranya. Tapi aku ngelat. Cuma bawak keropok jek. Takde stok dalam freezer. Sempat jugak kami membakar ikan kat situ.

Okeh, layan gambo je lah.

Mee dan nasi goreng pun ado. lauk2 lain seperti ikan kering, sambal telur, salad, ayam popcorn, ayam kicap, sambal belacan dan sebagainya.

Ikan yang nak dibakar. Yummy!


Orang jepun memang suka memancing kat sungai cenggini kot.



Macam tepi pantai dibuatnya.