Monday, 7 July 2014

Berkelah Di Pantai Yang... errr (takde lah indah sangat)


Aktiviti berkelah ni berlaku pada 8 jun yang lalu. Aktiviti ni merupakan acara tahunan yang diadakan pada setiap kali musim panas. Bagi aku, dah semestinya lah ini pertama kali. Tapi berkelah di pantai musim2 panas camni, kat jepun ke kat mesia ke, takde lah beza pun. Cuaca hari tu pulak tersangat lah cerahnya. Sakit kepala aku yang tak berapa sihat ni. Baru lepas batuk selesema. So, tak boleh makan eskrem mesia pelbagai perisa (nak eskrem asam kecut tuuu!!!) itu. Jeles!!! Tapi yang pastinya bab makan sangat best ok. Kambing dan ayam bbq yang adik2 tu buat tersangat lah sedapnya. Isy, dah lah tengah puasa ni.

Okeh, nak dijadikan cerita, haritu kami tumpang kereta kawan. Macam biasa, aku masak nasi goreng hahaha. Takde benda lain nak buat agaknya. Dah, itu je yang paling senang dan cepat disediakan pagi2. Kami bergerak lebih kurang pukul 9 pagi. Sebab nak sampai sana dalam pukul 11 gitu. Tempatnya menghala ke airport chubu. Kira pantai mengadap lautan pasifik la ni. Di tengah lautan kelihatan banyak kapal2 sedang belayar. Eceh tiba2.

Sampai di Onoura Beach, tengok port biasa mereka dah ada orang. Boleh tahan ramai jugak orang hari tu. Ada pulak acara triathlon kat situ, maka ruang agak terhad la. Dah siap angkut2 sumer, tetiba sorang jepun ni cakap tempat tu takleh bakar2. Kalo bakar jugak nanti dia panggil polis, boleh? Aik? Tahun2 sebelum ni ok je derang berbakar-bakaran? Tapi sebenarnya tempat tu kat area bisnes sewa pit bbq dia. Sebab tu dia tak kasik kot. Ok lah... angkut semula ke tempat lain. Dapat lah area laluan acara triathlon. Boleh la jugak kiter jadi penonton, ye tak? Isy, ada peserta tu dah tua kot... mungkin umur 60-70 gitu. Gagah lagi tu berlari berenang bagai. Eh, cop! Betul ke triathlon ek? Sebab tak nampak pulak derang cycling? Eh, lantak lah. Yang penting aku terkagum melihat pakcik tua tersebut.

Okeh, cam biasa ar, kite bercerita melalui gambar...

Sampai2 je, terus pasang khemah. Masing2. Malam sebelum tu sumer pakat beli khemah macam nak tido kat situ pulak. Besar2 belaka. Tapi puas ati lah.

Pantainya bukan jenis ada pokok2 rimbun ke hape. Panas berdenting!

Tempat derang berlari-berenang.

Macam stand nak tengok bola pulak kan. Pemecah ombak kot...



Meriah, kan?

Solat zohor... alhamdulillah.


Acara bakar2 dah bermula!


Tengok pun dah tau sedap.

Memang sedap pun!


Rasa macam pengembara arab pulak hihi.

Perkampungan arab badwi hehe.

Kejam nya air ni! Nak minum ni pun kena tunggu dia tak sejuk hukhukhuk.

Eh, ada peserta sedang berlari!


'Rumah' kami. Syok ar aku tido dalam ni. Yang bestnya sejuk pulak duk dalam ni. Kat luar punya lah panas.


Mata masuk pasir ke fathi?

Cikami buat kek katanya.



Kek cikami dah siap.

Makan, mandi, ngantuk.

Owh halus nya pepasir ini!

Mandi tak hengat!

Daripada kulit terbakar, baik lah aku tido... kali terakhir aku mandi laut, kulit jadi gatal2. Memang tak ar aku mandi laut lagi.

Siling rumah kite.


Pemerap2 bbq (yang lelaki) dan pemakan2 bbq (yang pompuan) hehe.

Sun bathing ke ape ni?

Tak boleh berpisah dengan gitar.

Tak tanam orang kat pantai tak sah.

Paling junior.


Pastu?

'Ditalqinkan' huhuhu. Muka masing2 serius macam betul2.

Sebenarnya bot boya untuk pendayung ni dah hanyut. Tu yang sumer give up takmo mandi lagi dah.


Selvie?

Monopod lah sangat! Trick je lebih.

Kami semua...


Somi2.

Cukup lah tu... besok kembali ke sekolah.

Ibu2 dan anak2.


Anak2.



Tengah nak balik, ternampak orang sakit. Macam strok je makcik tu. Dari kami sampai sampailah kami nak balik ni nampak dia dudukkk je kat situ. Tiba2.

Di ufuk senja.


Sebelum maghrib, kami pun pulang. Singgah makan kat darvesh. Lapar la tak makan nasik...

Dah... sekian.

Tuesday, 1 July 2014

Salam Ramadhan Dari Jepon


Tahun lepas, masa terdengar lagu setitik cahaya di aidilfitri nyanyian esah, aku berkata, apa ke sedih beno lagu ni? Sambil membayangkan kalau aku dengar lagu ni di perantauan. Mesti syahdu syahdan di pagi raya. Kot. Tak tau lah lagi sebab baru nak masuk hari ketiga puasa. Aku rasa2 macam aku ok jek sambut raya kat mana2 pun. Hati kering lah konon. Tengok je lah nanti.

Pengalaman pertama kali berpuasa di perantauan ni takde lah ganjil sangat bagi aku. Sebab aku tak keluar rumah pada hari pertama. Macam puasa kat rumah sendiri je kot. Tapi demi nak dijadikan kenangan, baik aku ceritakan kisah satu hari aku di bulan Ramadhan kali ini.

Pada mulanya aku dah set dalam kepala dah, puasa start hari sabtu. Mengikut kalendar islamic finder. Dan jadual imsak dan berbuka keluaran masjid nagoya. Tapi 2 minggu sebelum tu, aku tanya yayu pasal puasa kat mesia, dia cakap hari ahad. Aku ingat, jepon ni kan beza sejam je kan dengan mesia. Lain lah negara belah2 arab sana tu kan. Tapi sebenarnya, di mana bumi dipijak, di situ lah langit dijunjung. Walau pun bukan negara islam, ada lah juga  orang islam kat sini. Derang pun tau tengok anak bulan jugak ok...

Jadi, pada hari jumaat, aku pergi tadarus macam biasa. Selalu kami tadarus dulu baru makan, tapi kali ni makan dulu sebab kot lah besok puasa, boleh terus wat terawih kot. Kalau tak, ngaji lah macam biasa.

Selesai makan, dapat maklumat bahawa pengumuman aku dibuat pada pukul 10 malam. Time tu baru pukul 9 malam. So, kami teruskan lah mengaji. Kalau pun besok puasa, balik je lah wat terawih kat rumah memasing. Selesai mengaji, baru lah dapat tahu yang puasa start hari ahad. Gitu lah kisahnya.

So, ada satu hari lagi untuk makan siang. Sabtu tu aku pergi aeon. Kat nagoyadome. Saje jenjalan. Balik tu gi daiso dan makan malam kat gusto. Makan spageti dan pizza jagung. Sampai rumah kul 11 malam, terus wat terawih.

Kendian tak terus tido, sebaliknya kami tengok bola brazil vs chile. Masa rehat first half tu, kami bersahur. Nasi goreng jek. Lepas subuh, sambung tengok bola lagi sebab seri. Habis masa tambahan pun masih seri. Maka penalti lah jawabnya.

Masa tu lah baru aku teringat, rasa2 aku pernah tengok welkap yang main sudden death? Kenapa sekarang dah takde eh? Lalu aku pun membuat sedikit carian. Rupa2nya, kali terakhir welkap ada sudden death ialah pada tahun 2002. Jepun-Korea. Sudden death dimansuhkan pada tahun 2004 dan bermula 2005, semua game fifa adalah menggunakan kekdah masa tambahan 15-15 dan penalti.

Bagus jugak aku terfikir pasal benda ni. Secara tidak langsung, aku tau lah bahawa sudden death pun ada 2 jenis, iaitu golden goal dan silver goal. Apa pula bezanya? Golden death tu maksudnya, bila sesiapa menggolkan pada masa tambahan 15 minit pertama, otomatik terus pasukan dia menang. Dah, takyah main lagi dah. Sementara silver goal pulak, katalah ko golkan pada masa tambahan 15 minit pertama, belum menang lagi. Tunggu habis 15 minit tu, baru lah kira menang. Maksudnya siapa yang lead selepas tamat masa tambahan 15 minit pertama lah. Kalau 2-3 biji gol masuk pun takpe, janji sape yang lead. Eh, bukan memang camtu ker sekarang ni? Sekarang ni dia kena habiskan 15+15 minit tu, baru tau pemenang. Tapi dalam kedua2 golden dan silver goal ni pun, hujung2 kalau still draw, tetaplah penalti sudahnya. Ada la kelebihan dan kekurangannya. Dan silver goal mula2 diaplikasikan semasa liga juara2 eropah 2003. Dan kali terakhir pula pada euro 2004. Maknanya 2003 ngan 2004 je lah dia sempat guna silver goal ni ek? 2005 dah pakai peraturan sekarang. Apa2 pun, aku suka tengok filem sudden death hehe. Tapi cite ni pasal hoki ais la.

Haaa kan aku dah cakap, bab mengeradau memang aku pakar. Mana dah cite puasa tah.

Okeh, lepas tengok bola tu, aku pun tido. Dekat pukul 5 uols!!! Macam tak tido malam lah kiranya.

Hari pertama puasa, takde lah rasa letih ke hape. Melingkor je kat rumah kan... Petang tu lebih kurang pukul 4, kami bertadarus secara online pula. Group aku terdiri daripada para surirumahtangga NU. Ada 2 group anak dara NIT, 1 group anak dara NU. Kami ngaji menggunakan medium skype. Seronok!

Teringat masa2 sebelum ni kat mesia. Aku terpaksa curik masa time takde kelas. Sebabnya time rehat pukul 1 tu aku nak tido huhuhu... Rasa bersalah pulak. Sebab guna waktu kerja walau pun untuk ibadah. Caner tu??? Sedangkan dalam keadaan tu pun boleh, apatah lagi time takde kerja ni kan. Sepatutnya boleh khatam 2-3 kali lah kot? Kalau dapat nak khatam dengan tafsir sekali. Insya Allah... Siap cakap dengan encik suami, untuk pahala bersama, kiter sambung ngaji sama2 macam biasa, pastu untuk pahala masing2, ngaji sendiri2, pastu untuk pahala ngan kawan2, tadarus online hihihi. Tamak! Itu lah pun tujuannya aku siapkan jahitan sebelum puasa.

Habis tadarus, aku terus memasak. Takde idea nak masak yang dasat2. Aku masak kari ikan jek. Ngan puding telur. Pelik tul lah oven aku tu. Dari pukul 6 kot aku masak puding tu, tak keras2. Last2 malas dah aku nak tunggu, lepas terawih baru aku keluarkan dari oven. Selalunya aku kukus atas api, sejam lebih jer dah masak? Pelik2 lah ko ni, ven.

Demikian lah berakhirnya hari pertama puasa ku di jepon ini. Takde, kan? Aktiviti membeli belah di bazar ramadhan?