Tuesday, 7 January 2014

Cuti - Cuti Jepun (Edisi Kyoto & Osaka) : Arashiyama, Togetsu-kyo Bridge


Caner nak mula nih?

Okeh.

Percutian pertama kami di negara Jepun dimulakan dengan Kyoto dan Osaka. Kalau melawat melawat melaka bermakna melawat malaysia, tapi di sini melawat kyoto bermakna melawat jepun kot hahaha. Maksudnya kyoto ni tempat bersejarah sama macam melaka. Katanya dolu2 kyoto ni ibu negara derang. Bila tu aku pun tak pasti. Zaman2 shogun kot. Apa shogun tu pun aku tak tau, tapi bunyi macam zaman dahulu kala, macam dynasti ming kalo kat china hihihi. Cer la korang study kalo rajin. Aku malas.

Sebelum2 ni (sebelum sampai di jepun), aku tau kyoto protocol jer, nama band yang masuk pertandingan versus tahun lepas. Tapi sebenarnya ada kena mengena dengan convention pbb berkaitan perubahan iklim dunia tah apa tah. Mesti derang meeting kat kyoto, tu yang dapat nama kyoto tu kot. Ok, abaikan bab tu. Nak citer pasal kyoto je, tiba2 masuk sampai pbb bagai pulak.

Tapi selepas aku study untuk jenjalan ni, baru lah aku tau yang kyoto ni sebuah bandar bersejarah di jepun. Ramai jer orang mesia yang dah sampai ke kyoto ni sebab dia dekat je dengan osaka. Saper yang pergi osaka mesti pergi kyoto lah, sebab osaka tu takde apa pun selain universalstudio. Tak bersejarah langsung. Aku suka jer melancong dengan tema sejarah ni. Cuma kali ni new year, kan. Muzium2 banyak yang tutup.

So, kami mulakan perjalanan pada 30 Disember. Sebelum pergi tu aku masak nasi ngan lauk sikit buat bekalan. Selain tu, aku bawa satu beg bekalan biskut2 segala. Kira boleh lah hidup untuk 3 hari kalau tak jumpa kedai makan. Tapi kami tak pergi naik kereta member yang aritu sebab power socket dia rosak. Selain tokleh guna untuk etc (ala2 touch n go), tokleh juga nak cas henfon. Dah lah nak pakai gps secara pukal kan. So, kami pinjam kereta dak kohai. Kecik lah sikit, tapi ok jer. 

Dan, tepat jam 9.30 pagi, kami pun bertolak. Memula cuba isi minyak kat shell, tapi tak berjaya hahaha. Lain macam je operasi dia. Memang kena isi esso jugak. Oh, aku belum cerita lagi pasal minyak kat sini, kan? Ye lah, aku pun baru sekali dua isi minyak kete kan. Stesen minyak kat sini ada beberapa brand yang aku familiar, macam shell dan esso. Lelain ada idemitsu, errr tah apa lagi aku pun tak tau. Lain2 stesen, lain2 harga dia. Tapi kalau sama brand biasanya sama atau tak jauh beza la. Dan harga berubah2 setiap hari. Macam hari ni, aku isi esso, harganya 154 yen seliter, kat kyoto aku jumpa 152 yen. Ada hari tu, 149 yen pun ada. Jadi, jadi satu kerja lah pulak kiter ni asyik nak tengok harga minyak sepanjang perjalanan, kan. Bengkek jer bila kiter jumpa yang lebih murah selepas baru je isi yang mahal. Baru2, kan. 

Dah terel isi minyak esso hihihi.

Berselfie sementara menunggu minyak diisi. Ada mode 'beauty face' kat henpon. Langsung muka ku yang huru hara itu menjadi flawless, kan? Beauty face lah sangat.

Untuk pertama kali ni, kiter lalu highway lah kan. Kang lalu jalan biasa, kyoto tak sampai, tiba2 sampai ker okinawa pulak hikhik. Bila sebut okinawa, mesti aku ingat citer meteor garden. Okeh, mari lihat pemandangan di sepanjang perjalanan. Gunung ganang, jambatan besi dan terowong.



Jammed sekali sekala. Ada eksiden. 

Susah nak jumpa motor kapcai kat sini. Tengok enjin motor ni pun dah macam kete.

Ada 2 highway yang kami lalu. Higashi (dari rumah sampai keluar nagoya) dan meishin (keluar nagoya ke kyoto). Faham lah sikit2 rangkaian hiway derang.

Jambatan lagi.


Gunung ganang. Ada la sikit2 salji sebab 26hb hari tu ada turun sikit2.

Berhenti rehat di rnr. Rnr ni combine kedua2 arah rasanya.

Belah belakang untuk arah ke nagoya.


Belah depan ni untuk arah ke osaka.

Jenguk ke dalam toilet dia. Ada changing room.

Dan powder room. Jamban2 semua jenis bidet. Bersih jer. 

Risau aku nak jalan2 kat jepun ni. Banyak nor terowong panjang2. Seram jek.

Orang kata, kiter akan tau yang kiter dah sampai di kyoto sebab suasana dia macam bandar lama. Ye lah kot. Macam melaka hehehe. Tak sudah2 dengan melaka. Tapi tetap lah maju tempat tu, cuma yang tradisi tu dikekalkan.

So, sampai di kyoto, kami keluar di exit kyoto timur (higashi kyoto) dan terus ke arashiyama. Ada 3 benda menarik kat arashiyama ni sebenarnya. Romantic train, jambatan togetsu dan hutan buluh (bamboo grove). Tapi, unfortunately, kami datang tu 30hb, betul2 tarikh romantic train tu tak beroperasi sampai lah bulan februari. Maka tak dapat lah aku beromantika de train. Dia sebenarnya train yang jalan slow (hence the name kot) untuk orang menikmati pemandangan gunung arashiyama tu. Kiranya tempat ni cantik la kalau time autumn aritu. Sekarang ni pokok dah togel, dia pun tak beroperasi. Elok lah tu. Turun dari train tu, sepatutnya akan menyusuri hutan buluh dan seterusnya akan turun ke jambatan. Tu kira kekdahnya kalau pergi ke situ lah. Tapi, bila dah train tu tutup, nak mulakan dari mana???

Comel nya! Kalau cenggini, buat lah jalan lama2 pun takpe hihi.

Maka kami pun ikut je lah gps tu pergi ke arashiyama. Sampai kat situ, park kete dan menjajo lah cari kat mana buluhnya, kat mana jambatannya? Sunyi sepi jer tempat tu. Terjumpa sebuah temple kat situ. Aku pun gi tengok kat atas. Biasanya tempat perlancongan derang ni ada temple2. Ok, shrine.


Pokok bunga yang banyak dijumpai di musim sejuk ini. Macam bunga yang selalu dijumpai di kedai bunga plastik. Warna magenta, tengah2 dia kuning.




Nampak pemandangan kyoto dari atas bukit.


Selepas tak menemui apa yang dicari, kami pun pergi ke arah yang berlawanan. Jumpa sungai yang luas. Ada orang berkayak bagai. Ni lah kot sungai yang kelihatan bila naik romantic train tu.

Buluh, mana buluhhhhhhhhhhh???



Muka dah monyok sebab penat bawak badan dan beg. Berat ok badan pakai baju tebal2 ni. *nak bagitau yang bukan aku gemuk sebenarnya hihi.

Tetiba baru perasan ada jambatan. Ni lah kot jambatan togetsu tu. Cecepat bukak website untuk pengesahan. Betul laaa... Laaa gini je ke jambatan nya? Biasa je? hahaha.



Ya, ini lah dia togetsu-kyo bridge yang diwar2kan itu.

Katanya tempat ni cantik time sakura blossom. Ada park untuk berhanami kat tepi jembatan ni. Tapi sekarang ni togel je la. Tu yang tak menarik kot.

Ada taman monyet juga di sini. Tapi  macam tutup je arini.

Gunung arashiyama.

Ok, setelah penat tak jumpa pokok buluh, kami pun balik ke kereta nak tinggalkan henbeg yang berat itu. Kena solat dulu kot baru jumpa.

Bersambung...






Kain Cotton Special Edition Hello Kitty


Selingan iklan.

Kain cotton batch kedua telah aku pos ke malaysia. Maybe ambil masa 2 minggu baru sampai. Aku lambat pos sebab tunggu musim tengkujuh tamat hihihi. Oleh kerana lambat, sempat lah aku top up kain tu lagi 7 lai. Kali ni aku ambik kain yang dalam koleksi yang sama. Kualiti dia memang tip top. Warna tak luntur ok... Sila lah tengok yea kawan2 ku... email ayunasia@yahoo.com untuk maklumat lanjut. 

Sementara itu, aku nak tunjukkan korang akan kain cotton yang sangat comel. Aku tak jual sebab mahal lor... Semeter je dah seratus lebih. Ringgit ya, bukan yen. So, buat cuci2 mata boleh lah kan. 

Yang ini kain dia macam licin sikit dan agak nipis. Tak macam kain baju sekolah sangat. Tapi mahal ok. Kat 0tsukaya pun dia selevel ngan cotton italy. Aku rasa kain ni mesti sejuk bila dipakai.

Corak dia pun comel2. Cuma kain ni cycle dia agak lambat la sebab tak ramai orang beli. Kalau yang aku jual tu, beli minggu ni, minggu depan belum tentu ada lagi.

Yang ni lah corak hellokitty tu. Memula aku tak perasan. Dah banyak kali lalu baru perasan. Tu pun sebab aku belek sebab curious apasal mahal sangat haha.

Cute nyer kitty...

Tengok ler regenya tu. Dah macam sutera.

Ni semua corak kitty. Geram comel2.

Aku berkenan yang 5 dan 6 dari kiri tu. Kenapa lah comel sangat ni?

Ok, itu jer. Chow!


TPO Abang Kepada JPO


Selepas agak konfiden dengan suasana trafik di nagoya, kami cuba pergi keluar sikit lagi. Kali ni ke gifu pulak. Sebelah daerah je. Kali ni nak ke toki-premium-outlet. Aku rasa betul lah, dia sama adik beradik ngan jpo sebab font papan tanda dia pun sama. Kalau ikut gps, dia suh lalu hiway. Tapi biasa lah, kami kan kedekut tol. So, kami ikut jalan biasa. Masa pergi tah ikut jalan mana tah. Siap lalu kampung2 lagi. Dah ler pergi tu petang, kul 5 je pun dah gelap. Akhirnya sampai juga di sana, lebih kurang pukul 6. Kot. Cepat tul lupa.

Pemandangan sepanjang perjalanan. Elok juga lalu jalan alternatif ni. Luas sikit pemandangan.



 
 

Terowong di mana2.
 
 


Errr tak nampak pape pun. Tapi binaan ni sama cam jpo, kan?

tpo ni kecik sikit banding ngan outlet yang kat nagashima tu. Setingkat jer. Aku pun tak tau nak cari apa kat sini. Memang tak terfikir nak beli baju ke haper. Last2 aku beli breadmaker t-fal. Dapat rege 10k. Tapi kat situ takde yang bleh cakap omputih. Tapi paham lah jugak dia terangkan cara nak guna. Pakai bahasa isyarat jer hihi.



Bersedialah untuk bersenam kalau dah start meroti nih. Harus badan pun naik macam roti jugak.

Pukul 8 malam, kami pun balik. Sampai rumah, terus kemas2 untuk perjalanan besok. Macam tak bersedia jer nak berjalan2. Aku ingat nak pergi lepas new year sebab banyak tempat tutup time new year nih. Tapi kalau gi lepas new year, dah nak abis cuti pulak. Redah je lah. Makanan pun tak sempat standby. 

Breadmaker pun tak sempat try. Cubaan pertama ni dibuat selepas balik dari bercuti. Kembang nyer doh itu!

Lain kali buat yang light sikit kot. Ni macam terlebih masak tepi dia.

Kalau uli sendiri macam susah nak dapat macam ni.

Tiba2 citer roti pulak. Balik tu kami ikut jalan lain, terus ke nagoya. Dekat jer rupanya dan jalan 4 lorong. Lain kali ingat, ikut jalan ke kasugai, kendian ke toki. Sekian.

Bila Kami Mendapat Kaki


Hola! Lama tak aku menghilang? Ada seminggu? Lebih kurang la. Aku tak ke mana2 pun. Cuma ke kyoto dan osaka jer. Eceh... macam kat belakang rumah je kyoto tu boleh pergi hari2 kan. Nak kata perjalanan yang dirancang sangat tu, tidak lah. Separuh terancang gitu. Tapi aku dah study la sesikit pasal kedua2 tempat ni. Study tempat2 yang orang mesia biasa pergi bila ke situ. Kan AA dah lama sampai ke osaka kan. Tu yang ramai jer orang mesia cuti2 ke sinun. Tengok derang redah2 je pun ok je, takkan lah aku yang dah ada kat sini tak boleh, kan. 

Sebelum pergi tu, kami dah pinjam kete member kat sini. Beliau balik mesia. Tapi aku takut nak ke mana2 sebab tak geti isi minyak huhuhu. Tapi encik suami berani je nak redah. Tak geti, tanya. Ok, jadi sebelum kiter berperjalanan jauh, kiter prektis jalan dekat2 dulu. So, pada hari sabtu sebelum new year tu, kami pergi soping dekat2 area imigresen. Dekat2 nagoyaport la kot. Memula pergi aeon. Tak sudah2 dengan aeon nya. Masa dah nak sampai aeon tu, ternampak pulak dengan nitori. Nitori ni kedai ala2 ikea, tapi kecik la. Minggu lepas kami ada pergi nitori dekat ozone, area nagoyadome. Beli sarung futon kat situ. Sekarang ni dah selesa lah tido malam sebab bleh pakai futon yang dapat free kat autumn bazaar tu hari. Selesa dan jimat, takyah bukak heater.

So, lepas gi aeon, kami singgah di nitori tu pulak. Dah park kat situ, baru perasan, laaa depan dia tu lah kedai sushi(ro) yang kami makan mula2 dulu. Sebelahnya pulak ada tachiya. Laaa kat sini rupanya kami sampai. Tak beli pape pun kat nitori tu. Takde mood.

Balik tu kami singgah kedai halal yang kami pergi pada hari pertama sampai di sini. Rupa2nya kami dah lalu tempat tu masa menapak ke aeon dari stesen kanayama masa jemput orang uthm datang itu hari. Ingat jauh sangat la kedai tu sebab bila derang bawak macam berbelit2 jalannya. Kiranya kalau naik subway pun senang je nak pergi. 

Dari kedai halal, kami pergi makan kat kedai kashmir, pun dekat kanayama. Makan menu yang sama dengan kedai2 makan yang lain. Nasi beriani dan cheese nan. Kat sini barulah dapat dengar lagu hindustan yang kiter pernah dengar hehe.

Takde ke menu yang lain sikit eh? Semua menu kedai mamak.



Decoration pun sama lebih kurang.

Cheese nan dia agak gebus.

Spoil di situ. Nasi beriani pakai beras jepun. Terbantut selera ku. Rasa dah sedap dah.

Kari ayam.



Baru aku nak gerak balik, dia serve air pulak sorang segelas. Orang dah tak tahan nak terkucil ni lah dia nak bagi air free.

Pastu kami pun balik. Selama ni naik subway, beli pun berpada2 ikut kemampuan bahu. Ni sekali dapat naik kete, siap pakai troli nak naik bilik hihi.

Oh, pasal isi minyak tu, kami tanya orang sebelah yang nak isi minyak jugak. Sibbaik dia leh cakap english.