Tuesday, 12 November 2013

Sambutan Aidiladha Di Nagoya-Institute-of-Technology


Pada hari sabtu lepas hari raya haji tu, kami telah pergi ke nit untuk sama2 berhari raya dengan seluruh rakyat mesia yang berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut... di nagoya nih. Oleh kerana ianya acara potluck, aku pun membawa sedikit pencuci mulut, lengkong berlumut. 

Macam2 juadah yang tersedia. Kami sampai tu derang tengah sibuk makan. Ada nasi ayam, nasi impit, spageti, kek dll. Aku pun dah lupa. Tapi aku ingat, aku makan nasi ayam ngan nasi impit plus kuah lodeh dan rendang ayam. Pas makan, ada sesi memperkenalkan diri oleh pelajar undergrad baru dari nit, nu dan gu (gifu uni). Ada gak orang2 yang bekerja di sekitar nagoya ni turut datang.

Kendian, solat asar berjemaah dan sebelum bersurai, kami bergambar2. 

Antara yang hadir.

Ibu2 dan gadis2.

Malas aku  nak pilih2 gambo. Leburkan semua dalam ni.

Nampak aku tak? tu yang tudung kuning2 tu. Sebelah aku tudung pink tu lah ita, member yuitm dulu. Baru tu yang besdei dia sama ngan encik suami.






Suri2rumah tangga.


Penuntut2 medai.




Bujang2 medai.

Tak, tu bukan kete aku.


Monday, 11 November 2013

Hari Terakhir Di @TECBP


Flashback lagi! Selain daripada farewell party yang kami makan nasi arab tu, hari terakhir aku di @tec tempohari aku penuhi dengan membuat lawatan ke kelas2. Bukan nak berfarewell sangat pun. Sebenarnya aku kena buat course-exit-survey. Tu yang kena bagi questionnaire kat bebudak ni. Dah terlanjur aku datang tu, derang pun kasi lah hadiah ni. Laaa ada hadiah gak ker...

Ni group budak2 ungkal. Banyak memeningkan kepala kitorang. Aku kurang sikit sebab sem ni aku dah tak ajar diorang. Dah lepas azab aku huhuhu.

Ni ke budak2 yang menaikkan darah mu, puan-aidayu? kehkehkeh...

Dah 2 sem aku mengadap muka bebudak ni.

Yang ni pulak budak sem 2 yang 6 ketul je dalam satu kelas tu. Aman tenteram je ajor derang ni. Tapi selalu jugak kena jerit dengan aku hehe. Bila angin ribut halilintar aku datang, sikit ker, ramai ker, semua aku laharkan...

Tapi muka comel macam ni, kesian lak nak marah, kan? Macam comel jer, macam cute jer...

Jauh lagi perjalanan korang. Selamat maju jaya lah yea...

Dah sama saiz dah murid ngan cikgu nya.

Eh, kenapa 5 jer? Sorang lagi ponteng la tu...


Dah, itu jer. Saje je nak simpan gambo ni dalam picasa hehe.

Bab Ini Bagi Membincangkan Tajuk Toharoh


Ok ni entry pantas. Ingat lagi pinggan mangkuk yang aku dapat dari autumn bazaar aritu? Haaa dah siap sertu barulah aku boleh tayang. Kang ada yang skeptikal kata aku tak mengamalkan toharoh pulak kan. :-p

Maka ini lah dia bendanya yang berjaya aku kutip. Encik suami yang suh ambik bebanyak ni, padahal tak guna pun. Belum berguna. Sajer nak bagi gerobok tu konon penuh dan berkilau.

Sebahagian daripadanya. Bayangkan lah berapa kali 1,2,3,4,5,6, 6 lagi aku kena kira...

Tadaaa... Benda alah macam bakul tu pun termasuk tau. 

Semua gelas2 ni berat dan tebal. Aku suka yang leper tu, konon nak buat puding dalam tu hihi.

Dua jenis piring fevret ku sebab dia berkilauan.

Tetiba ada satu piring yang kekuningan. Encik suami yang beria suh ambik. Macam berlumut je aku tengok. Tapi maybe memang kalernya cenggitu.

Dah, itu jer. Benda free, kiter ambik je lah kan. Kalau kena bayar memang tak pasal la aku nak beli. Tapi kebanyakan benda ni harga asalnya sebelum di let go ialah dalam 20-50 yen sahaja. Tapi kalau dah darab 30 ketul, jadi banyak lah jugak kot. Sekian.

Thursday, 7 November 2013

Kisah Pertama Kali : Memasak Di Hostel


Ekceli bukan lah masakan pertama jer. Kalau masakan pertama jer, sebaris ni je lah entry aku. Sekian. Tapi ni aku masukkan sekali masakan2 yang pertama kali. Ada beza ker...? Maknanya kalau asam pedas tu, yang pertama kali aku masak kat sini je lah aku citer. Yang kali  ke-2 sampai 10 dah takyah lah citer. Sebenarnya sama jer dengan masakan aku kat mesia, tapi eh, sukati lah aku  nak citer. Blog aku. 

Ni bukan masakan pertama tapi ini lah jemput2 yang pertama kali aku masak kat sini. Pagi sabtu tu (semalamnya sampai) encik suami kena pergi lab sebab derang ada monthly report presentation dari pagi sampai lah ke malam. So, aku masakkan meehun goreng, terlupa nak ambik gambo. Alah, meehun goreng bodoh je. Tu pun aku guna serbuk cili jer. Pertama kali gak tu.

Malangnya jemput2 ni keras lah pulak. Tak tau salah siapa. Tepung atau minyak? Maklum lah, tak pernah pakai  minyak bunga kan. Tapi untuk yang kali ke-2 dan seterusnya elok pulak gebu jemput2nya. Whatever.

Masak jemput2 pun nak citer hihihi. Kena citer sebab kat mesia tersangat lah jarang aku buat jejemput ni.

Tiba2 jemput2 menjadi menu of the day pulak kan. 


Masakan lauk pertamaku ialah asam pedas ayam menggunakan pes ini. Masa ni belum beli blender lagi. Ok la, boleh tahan sedap jugak asam pedas ni. Jenama oli collection. Pes ni opismate encik suami yang bagi.

Sangat mudah. Hanya tambah air dan campakkan ayam. Siap!

Nampak sedap, kan? Aku memang peminat asam pedas ayam.

Dimakan bersama beras wangi bird of paradise yang aku bawak sekilo hehe. Tapi sebenarnya aku dah beli beras siam kat kedai halal hari tu. Belum berani mencuba beras jepon.

Sayur pun takde masa ni sebab belum tau kedai.

Selepas beli blender, benda pertama yang aku buat semestinya lah blender lada kan. Dan semestinya juga lah aku masak asam pedas hihi. Lagi. Tapi yang ni original asam pedas, bukan segera.

My signature hehe. Aku rasa ini lah asam pedas ayam tersedap yang pernah aku buat huhuhu. Masak dengan kasih sayang katanya.

Besoknya aku buat puri, cicah dengan kuah ni. Oishi!

Next, sambal udang. Entah sejak bila, aku tak boleh makan udang lagi dah. Gatal kaki. Alergik kot. So, sekarang ni kalau masak sambal udang, aku akan rebus telur untuk aku. Kengkonon sambal telur. Boleh pulak tipu menu camtu.

Punya lah hepi sebab jumpa kacang buncis. Sekali tu je lah tapi. Pastu dah tak jumpa lagi dah.

Dan ini pula ialah masakan pada pagi raya haji. Pada hari tersebut, encik suami pergi lab macam biasa. Kawan2 lain semua ada kelas atau pegi lab. So, tak dapat lah solat sunat aildiladha. Kami pun tak tau nak pergi tempat solat tu macamana. Katanya kat hall, dekat2 NIT. Jadi, pagi tu aku kuarkan daging dan masak lah sedikit menu hari raya iaitu rendang dan lodeh. Tapi ada kekurangan lah pulak. Aku terlupa nak bawak kerisik dan tahu kering n su'un. Asalnya aku plan nak buat kerisik sendiri sebelum pergi tu. Tapi last2 tak sempat. Lupa pulak nak beli yang siap punya. Takde rezeki lah tu kan. 

Rendang daging dan loden in the making.

Ada sambal kacang segera dan nasi impit. Ni memang betul2 nasi impit di mana aku masak nasi lembik sikit dan menghimpitnya. Dulu masa zaman baru2 kawen selalu juga buat camtu. 

Satu lagi menu yang amat jarang aku masak di mesia, tapi kat sini kalau masak ni selalu pun takpe. Senang banget!

Lebih daging lepas buat rendang aritu, ku masak kicap. 

Ok, kuih keria memang tak pernah aku buat, tapi masa form 3 masa zaman mak berniaga sarapan kat depan rumah, tetiap malam kami akan ditugaskan membentuk kuih keria ni. Tapi aku memang suka kuih keria pun. Sebenarnya semua kuih2 manis aku suka. Oh, sedapnya kuih gegetas. Tak jumpa lak tepung pulut kat sini. Kena import nampaknya.


Tada! Siap sudah. Sukanya sayaaa... Eh, boleh ke buat keria ni pakai keledek pepel tu ek? Susah la nak dapat keledek kuning ni. Ni pun jumpa kat jusco.

Okeh, setakat ini dulu. Buat masa ni aku belum nak menulis resepi lagi sebab semua yang aku masak setakat ni semua yang biasa2. Siap lah besok kalo aku dah masak nasik beriani, nasik mandy, kek pintal karamel berlapis gulung stroberi bagai, haaa masa tu baru boleh tulis resepi, okeh?