Friday, 1 November 2013

Autumn Bazaar


Hari sabtunya pulak, ada bazaar jualan barang2 terpakai yang dianjurkan oleh persatuan pelajar antarabangsa. Setahun 2 kali derang buat bazaar ni. Lagi satu masa spring kot. Antara barang yang dijual ialah perabot, barang elektrik, pinggan mangkuk dan basikal. Tapi kali ni ada 2 biji jer basikal. Tu pun dia buat cabutan bertuah. Saper yang terpilih akan dapat beli basikal tu dengan rege 1000yen = rm34. 

Malam sebelum masa balik dari party aku dah nampak perabot2 yang nak dijual, diletak kat bawah bilik aku. Ada kabinet, meja, rak, gitu je lah. Cantik jugak kabinet tu, dalam 1000yen jugak regenya. Tapi aku belum memerlukan lagi. Nanti bila nak pindah rumah baru beli lah kot.  

Pagi tu encik suami turun beli tiket nak masuk yang berharga 300yen. Sekali tengok... nah ko! Sikit punya panjang.


Dah tau barisan panjang, aku pun malas nak turun. Dah dekat baru aku turun hihi.





Dah beli tiket, kena beratur nak masuk pulak. Tiba giliran masuk, barang pun dah habis huhuhu. Ingat nak beli barang elektrik ker. Takde rezeki lah nampaknya. Pastu encik suami ajak beratur kat tempat pinggan mangkuk sebab derang nak bagi free beberapa benda. Beratur lah lagi.

Memula kami ambik pinggan2 gelas2. Orang lain ambik satu dua jer, tapi aku, asal cantik je aku ambik. Kata free kan... Ini lah hasilnya. Satu persatu dia balut dengan kertas. Lenkali aku tunjukkan yang siap disertu.

Kendian turun tingkat bawah, ada futon. Dia suh ambik jer. Aku pun ambik je lah ngan selimut2 nipis sumer. Siap dia cakap, yang ni untuk summer, yang ni untuk winter, yang ni untuk spring. Sudahnya, hah, semua aku ambik. Pastu dia tolong ikatkan. Elok lah tu, boleh aku buat ampai tali tu huhuhu. Sekarang tengah pikir, cemana nak basuh??????????????

Yang corak ni aku ambik dua. Sorang satu sebab kecik je futon ni.


Yang ni dapat satu jer. Cantik pulak tengok dalam gambar ni.

Ok, itu je hasil dari jualan autumn bazaar kali ini. Selain ini, kami juga ambik sekaki payung. Tu pun nyaris nak ambik carpet, tapi pikir2 tak tau nak letak kat mana, tak jadik lah. Lenkali lah yea... Time balik tu, tengok derang dah umumkan pembeli basikal bertuah. Jelesnyaaa...


Welcome Party


Hari jumaat seminggu kemudian, kami dijemput menghadiri welcome party. Alorrr kena pergi ke? Aku ingat party untuk encik suami jer. Lemah betul aku bab2 nak bersosial nih. Tapi dah namanya pun party untuk meraikan kedatangan kami, takkan lah pulak kami yang takde, ye tak? Kalau kat tempat kiter, yang nak pergi tu yang diraikan. Ini terbalik kot pulak. Tapi takpe jer. Dah budaya kiter camtu. Best jugak. Dapat makan nasi arab hehe. 

Sebelum majlis, sensei dah interview encik suami, apa yang boleh dan tak boleh makan. Susah jugak nak jawab sebab musabab tokleh makan dan minum. Tambah menyulitkan keadaan ialah bila mamat turki tu selamba je makan dan 'minum'. Siap derang tanya, kenapa mamat turki tu boleh minum, tapi kami tak boleh? Hah! Sebenarnya nak jawab, itu bergantung kepada sekuat mana pegangan agama masing-masing. Sekuat mana kita mengamalkan Islam tu. Tapi tak tau nak terangkan macamana hahaha. Haih... agak kesal jugak lah aku sebab dia mamat turki. Bumi Sultan Muhamad Al-Fateh! Tiba2.

So, petang tu lepas isyak, aku pergi sendiri ke lab. Party tu dibuat di lab derang. Tempat derang present hari sabtu aritu. Encik suami tunggu kat sana jer. Ok, tengok gambo je lah. Citer melalui gambo lagi senang.


Nak masuk, kena tanggalkan kasut, pakai selipar. Rasanya kat mana2 tempat di jepun pun macamana ni kot. Ye lah, nak masuk fitting room pun kena bukak kasut ok. Very the pembersih derang nih. Tapi bagus jugak, kompiden sket nak solat kat dalam tu hihi.
Mamat tutor yang blur itu. Aku ingat dia cakap english jer slow, rupanya cakap jepun pun slow jugak. Haih... master student nih tau.

Haaa yang baju biru tu lah mamat turki tu. Henskem tak? hahaha.

Untuk kami air oren dan teh. Aku tengok air derang je pun aku dah pening2.

Menu nya ialah sushi. Belasah je lah.

Awek tu tengah demo kekdah menggulung sushi.

Tapi nasi dia sedap, manis2 gitu.


Tekun belajar makan sushi.



Cer cer cer.


Ni pulak derang menghadiahkan 'minuman' yang derang beli dari okinawa. Derang gi melancong ke sana masa cuti sem aritu. Terus aku teringat citer meteor garden hihi.

Sensei suruh terangkan pasal 'minuman' tu. Sorang pun tak geti cakap omputih.

Yang ni pulak kena terangkan. Yang baju hitam belakang tu dari china. Husband dia phd student jugak kat sini, tapi lab mechanical. Dia ada baby umur 5 bulan. Bersalin kat sini. Semua orang tak tau dia pregnant masa tu. Sekarang baby tu kat china, parents dia jaga. Next year baru nak bawak sini dengan parents2 sekali. Bila ditanya, tak sedih ker baby takde? Dia kata masa baby tu dibawa ke china tu, kecik lagi, so tak sempat nak feeling2 sangat. Boleh? Sibuk sangat kat sini kot, tu yang tak sempat nak layan perasaan ke haper.

Merah padam dah muka derang ni.
Kami dan sensei (sv encik suami) dan labmate yang agal metrosexual kikiki. Baru dapat promotion ke AP tu.

Melayan gambar2 yang ditangkap malam tu.


Ucapan dari encik suami. Cakap jer broken2 pun, bukan derang faham pun hahaha.

Sensei memaksa si kito ke hadapan untuk bercakap.

Closing speech. Pemalu ke haper tah mamat ni. Aku pulak yang risau hahaha.

Eh, untuk aku ke tu?


Dan party pun tamat. Sekian.

Thursday, 31 October 2013

Certificate of Eligibility Application


Tidak seperti encik suami yang senang jer dapat coe ni dengan status studentnya, aku pulak kena apply sebagai dependant kepada student itu untuk dapatkan coe tersebut. Dalam kebanyakan kes, student tu pergi dulu, apply kan coe ni untuk isteri dan anak2 kat tempat dia pergi tu dan bila dah dapat barulah bawak derang masuk jepun. Tapi dalam kebanyakan kes jugak, seperti aku, student pergi sekali bawak femli, di mana femli tu datang sebagai tourist, apply coe dan terus buat residence card bila dah dapat coe tu kelak. Lebih kurang sama je prosesnya cuma kalau dapat coe time kat mesia, boleh apply visa terus kat mesia dan bila masuk ke jepun terus dapat residence card macam encik suami aritu. Cuma masa tu kiter sensorang la kena pegi konsulat tu, melainkan suami kiter nak datang balik jemput kita. So, pada hari khamis minggu pertama tu, kami pergi ke imigresen untuk apply coe aku. Kebetulan sorang kawan tu pun nak kena renew dia punya, tu yang dia ajak pergi sekali. Kalau tidak, kenalah kami pergi sendiri dengan tutor yang blur tu huhuhu. Oh, lupa nak citer. Kat school, encik suami dibekalkan dengan seorang tutor untuk membantu dalam segala urusan di sini. Tapi? Tapi yang encik suami dapat tu agak blur orang nya huhuhu. Sabar je lah. Bukan apa, sepatutnya tutor tu boleh lah berbahasa inggeris dan jepun supaya boleh jadi translator ke haper kan. Ini... Sibbaik lah wujudnya satu bahasa universal yang difahami oleh semua manusia di dunia. Bahasa isyarat hihihi. 

Pagi sebelum kami pergi tu, datang 2 orang plumber ni nak servis plumbing kat bilik. Dia bersihkan saluran sinki, dan bilik air. Bagusnya! Aku memang lemah bab membersihkan benda2 kotor ni. Mengada! Pui!

Dua orang yang datang. Sorang ni bersihkan kat tepi mesin basuh, sorang lagi kat bilik air. Hud pun dia cuci sekali.

Lebih kurang pukul 11 pagi, encik suami roger aku suh turun sekarang sebab member tu dah tunggu. Encik suami tunggu kat uni. Ada sorang budak undergrad ikut sekali sebab budak undergrad kan pandai nihongo kan. 2 tahun preparation kat mesia kan, mesti lah terel nihongo. Imigresen derang ni agak jauh la jugak. Aku ingat dekat, tu yang aku tak bawak isi kandungan beg yang sepatutnya tu. Dia dekat dengan port. Kalau tengok dalam peta, kedudukan nagoya ni macam dekat teluk. Aku rasa kat situ lah kot port nya.

Sampai kat situ, pergi dulu kat kaunter maklumat dia. Isi borang siap2, baru lah naik ke kaunter urusan. Memula ambik nombor dulu.

Tak ramai pun orang.


Yang baju putih la budak undergrad tu. Aku faham hait hait jer. (sebenarnya 'hai' jer. tapi sebutannya macam hait! sebab huruf i tu tak mati, kena sebut asing ha+i tu yang bunyi jadi hait tu kot)

Tiba giliran aku, memula dia check dokumen semua. Pastu ada salah sikit kat borang tu. Sebab dia tanya tarikh aku dijangka masuk ke jepun. Yang kami ingat tarikh kami masuk ke jepun ari jemahat lepas tu. Sebab macam kes pertama tadi la, kiter tak datang jepun lagi, tapi suami kite yang applykan untuk kiter. Sebenarnya kalau aku tak ikut pun tak per kot. Pastu dia cakap aku kena balik mesia dan datang balik. So, dia nak aku tulis tarikh aku akan datang balik tu. Aiyok! Cuak jugak aku. Tapi selepas dijelaskan lebih lanjut, baru lah faham. Tak semestinya aku kena balik. Tapi lambat jugak lah proses nak dapat kan coe ni. Makan 2 bulan kot. So sekarang ni aku berdebar lah jugak kot2 coe tu dapat selepas 3 bulan ke kan. Sebab kalau 3 bulan tak dapat, memang komfem aku kena balik la... huaaaaaaa!!!

Settle kat sana, kami pergi pulak ke kedai bookoff iaitu kedai 2nd hand. Lama jugak lah kat situ, padahal tak beli apa pun. Takat beli cadar jer. Time dah nak balik tu aku baru perasan ada sebuah pasaraya kat bawah kedai tu. Sempat lah aku membeli tapewer kat situ. Memula aku macam tak percaya pada tanda harga dia sebab dia tampal kat situ 10yen. Takkan lah kan? Sekali bayar, memang betul 10yen untuk 3 biji tapewer! Ruginya tak beli 10. eceh!

Ada ferris wheel dekat2 situ. 

Lepas tu kami dibawa pulak makan sushi. Aiyok! bersediakah anda? Aku pernah la sekali makan sushi kat k4 tu. Boleh terima, tapi selepas makan tu aku pening. Tak tau lah kat sini macamana pulak.

Belut! Sedap je, rasa ikan keli. Lagi pun tak nampak rupa belut tu dah.

Yang ni sedap.

Lepas makan, kami singgah di supermarket, beli ikan. Kendian terus balik.

Cadar yang aku beli. Tapi kecik la pulak. Rap2 je tilam tu, tokleh selit.

Beli benda ni sebab cantik sangat!

Suka! Suka!
Okeh, dah takde idea. Tak boleh jadi ni. Aku kena update blog ni dalam kadar segera sebab kalau dah lama kejadian, banyak yang aku dah lupa dan feel nyer pun dah ilek.

Tata!