Saturday, 16 March 2013

Jelajah


Hari jumaat beberapa minggu yang lalu (minggu bola jdt lawan n9 tu), aku sempat pergi ke program jelajah-merdekarakyat-pkr yang datang ke rengit. Program start pukul 8.30 katanya. Tapi aku tau dah, anwar mesti datang tengah malam karang. So, kami pergi selepas isyak. Singgah makan dulu kat simpang parit botak (belah rengit). Sedap makanan kat situ. Restoran tomyam and seafood. Malik ke haper tah namanya. Tapi nampak lah dia memasak dari hati. Aku makan nasi goreng paprik, nasi gorengnya pun sedap. Aku benci betul dengan kedai makan yang serve nasi goreng xxxx, tapi nasi gorengnya macam nasi yang disaluti cili boh jek. Sedap lagi nasi putih.

A'ah, dulu aku keliru antara nasi goreng ayam dengan nasi ayam goreng. Caner tu? Tapi masa sekolah dulu, time outing hari sabtu, ada akak senior ni kirim belikan nasi ayam goreng kat belakang coronation. Kat situ lah aku dapat kenal bahawa nasi ayam goreng ialah nasi goreng yang di dalamnya ada ayam goreng yang dicincang. Nasi goreng ayam pula ialah macam nasi ayam, tapi nasinya bukan nasi ayam tetapi nasi goreng. Mungkin lain tempat, lain kedai, lain maksudnya. Tapi itu lah yang aku pakai hingga sekarang eheh.

Macam aritu aku dengar segmen kakbed tentang frasa seperti pisang goreng, goreng pisang. Dia cakap, 'mereka' telah bersetuju penggunaan frasa goreng pisang boleh digunakan kerana ia telah biasa digunakan sejak dulu lagi. Siapa mereka tu eh? Bukan ke tu hukum DM? Boleh pulak ikut kebiasaan ek? 

Whatever.

So lepas makan, kami terus ke rengit. Tak tau pun kat mana tempat tu. Sungai-tongkang. Katanya sebelum rengit. Ooo tepi jalan je. Cari2 parking, akhirnya kami parking betul2 kat simpang kampung sungai-tongkang tersebut. Depan kubur. Menapak lah 1km kot (mengambil kira selalu menapak ke stadium larkin dari plaza larkin tu 500m, tapi yang ni macam 2 kali ganda jauhnya). 

Masa lalu depan tempat tu, dengar suara pempuan tengah berucap. Rupa2nya nurulizzah. Alah sayang nya tak sempat dengar. Aku memang agak 'sensitif' terhadap orang2 hebat yang sebaya dengan aku. Termasuk lah retis. CT, fahrin, mayakarin, wardina, BK (tau, dia muda setahun, tapi bulan 2 aritu dia dah masuk umur 33. kira sebaya la kan??? hahaha) dan lain2. Termasuk lah nurulizzah ni. 

Sampai di tapak tu, tengah berucap seorang lelaki berbaju melayu siap bersamping. Saper tah. Bila dia sebut pasal orang melayu dalam dap, automatik aku teringat kat sakmongkol. Ni blog politik favourite aku ni. Antara bahan rujukan aku semasa isu fgvh tu ari. Dia sebenarnya bekas adun pekan. Kira geng najib la dulu2. Sekarang ni dia join dap. Tengah2 tu, dia sebut nama blog dia. Eh, betul lah dia! Excited giler aku hahaha. 

Lepas tu sorang lagi berucap. Pak sheikh ke haper tah. Kendian bekas menteri kesihatan chua-jui-meng. Ni yang paling panjang ucapannya kot sebab nak tunggu dsai sampai. Tak lama kemudian, bas jelajah pun sampai, membawa dsai. Pung pang pung pang, aku tersuka lak tengok video najib-goyang tu hihi. Comel. Sebab dia lajukan. Kebetulan pada hari itu lah kejadian lahaddatu yang pertama berlaku (yang komando kena tembak tu).

Masa dengar ceramah tu, aku berdiri sebelah keluarga orang-india ni. Sorang lelaki dengan isteri dan mak dia kot. Bersungguh dia tepuk tangan. Sempat aku terfikir, apa yang dia fikir eh? Sebab kebanyakan ucapan malam tu banyak diselitkan ayat2 quran dan hadis nabi. Ok, abaikan.

Selesai dsai berucap, kami pun balik. Itu je. Tapi yang penting nak sampaikan kat sini ialah, pru13 akan menjadi sejarah tersendiri dalam hidup aku. Boleh?


Sakmongkol ak47.


Baru balik dari sambutan maulid katanya. Tu yang berbaju melayu.

Pak sheikh mana tah. 

Chua-jui-meng. Aku tak perasan bila masa dia kuar bn masuk pr.

Kelakar orangnya ni.

Bas baru sampai.


Ok kali ni gambar yang aku  tangkap lagi teruk dari yang lepas haha. Tapi yang ni nampak kepala. 


Bakal pm kiter ke ni?

Dah, jom balik.

Lembaga hitam itu ialah aku hehe.

Thursday, 14 March 2013

Best Best Best!


Malam tadi aku berkesempatan mendengar forum mahasiswa uiam - pru13-harapan mahasiswa. Awal2 aritu aku ada terdengar pasal forum ni tak boleh dibuat dalam uia. Rupanya dia teruskan jugak, tapi dibuat di dewan taman gombak mana tah.

Memula ingat forum biasa2 lah. Kot2 macam forum listen8x tu ker kan. Bila tengok senarai panelis, ada PR, ada BN, ada NGO dan ada lecturer uia sendirik. Mesti best! Aku ni macam over excited pulak dengan pru13 ni. Semua benda kalau boleh aku nak tau. Mungkin sebab kesedaran tu dah ada. Sampai sekarang aku belum buat decision. Maybe aku akan decide seminit sebelum memangkah tu kot. Kata orang, kita tak boleh buat istikharoh kalau dalam hati kita ada bias pada mana2 pihak. Caner tuh? Bukan lah tak boleh means berdosa ker haper. Cuma result nya mungkin sebenarnya bukan petunjuk sebenar.

Berbalik kepada forum tadi. Apa yang menariknya ialah, selain panel nya yang bercampur2, soalan2 yang diajukan oleh students uia sangat memberangsangkan. Soalan2 yang bersifat berani dan 'educated' gitu. Jawapan2 yang diberi pulak sangat meyakinkan. Pendek kata memang best lah.

Jumaat malam katanya ada satu lagi siaran langsung, tapi tak ingat pasal apa. Dengar je lah radiobangsarutama!

Wednesday, 13 March 2013

Kenangan 5 Tahun Lepas


Pengalaman Pertama Kali Mengundi 


Monday, 11 March 2013

4D


Sejak bila pulak la n0rasiah ni beli nombor ekor? Tak. Yang aku maksudkan ialah 4Dimensi. Sebelum ni aku biasa dengar paling kuat pun 3D. Rupanya ada jugak D yang lebih dari itu. Maksudnya? Setahu aku lah, kalau 3D tu kita pandang dari tepi (kiri dan kanan) dan bawah/atas (sambil bayangkan sebongkah ais diletak di atas meja). Kalau 4D maksudnya ada satu lagi sudut la kan? Apa2lah...

Kisahnya tentang baju raya. Dah beli baju raya? Mesti lah belum, kan? Tapi kalau beli kain untuk membuat baju raya mesti dah. Hey! Dah nak masuk bulan 4 ni tau. Puasa bulan 7, raya awal bulan 8 ok.

Aritu yayu citer, dia beli kain kat nilai 3, corak 4D. Pada mulanya aku tak percaya. Dan tak boleh imagine. Pastu minggu lepas aku singgah kedai kemboja kat kota, pompuan tu cakap ni kain baru, 6D. Amek kao! Lagi lah aku tak boleh imagine. Ok, kali ni takyah imagine sebab boleh nampak depan mata kainnya. Tapi bila aku peratikan kain tu, tak macam 6D pun? Macam 3D jek?

Eh, lantak lah dia nak berapa D sekali pun. Kalau cantik, beli je lah! Tapi aku tak beli.

Hari jumaat lepas, aku pergi pasar malam. Biasanya kalau singgah pasar tu aku dah tau nak beli makanan apa, tapi tetaplah aku akan pusing seluruh pasar tu. Cuci mata. Senang, kan jadi aku? Takyah bawak pegi pavilion pun nak cuci mata.

So, aku pun terberhenti di satu kedai kain ni. Pernah gak la beli kain kat situ. Dan terpandanglah aku akan kain 4D. Kali ni baru lah aku dapat gambaran yang agak jelas tentang 4D yang dizahirkan ke atas kain itu. Aku pun beli lah satu. Baju aku ni corak dasar laut. Ada terumbu karang bagai. Ikan je takde hehe. Masa aku nak bayar tu, ada sorang customer tu cakap, e'eh, macam dalam akuarium! Adoiii terbantut aku nak beli kain tu hahaha. Kenapa aku nampak dasar laut, sedangkan makcik tu nampak akuarium?

Tapi, sebenarnya statement itu lah juga yang membuatkan aku lebih faham lagi tentang konsep 4D ni! Boleh? Gini, kalau dasar laut, kita lihat dari mana? Mestilah kita buat scuba diving, baru boleh tengok, kan? Dan bila kita melihat pemandangan dasar laut itu di hadapan mata dan yang kita alami, jelas lah kesannya hanyalah 3D di situ. Sebaliknya, kalau kita melihat akuarium, kita berada di luar kotak akuarium. Maksudnya di dalam akuarium tu ialah 3D, tetapi suasana yang sedang kita alami sebenarnya adalah diluar dari 3D itu. Itu lah yang dimaksudkan dengan 4D itu! (eksaited je rasa ketika menaip ni sebab dapat memberikan hujah tersebut).

Ok, tak paham jugak? Gini, kain 4D tu, memang dah ada corak 3D (iaitu corak dasar laut or akuarium). Tetapi di atas kain itu juga terdapat gambar bunga raya (kain lain mungkin bunga lain. aku citer pasal kain yang aku beli tu). I mean, bunga raya mana ada kat dasar laut? Akuarium pun tak mungkin (kecuali bunga plastik).

Jadi, jelas lah di sini bahawa bunga raya itulah sudut pandangan keempat itu.

So, apa maksud 6D pulak? Kalau ikut teori aku ni, aku bagi contoh yang sama  ngan tadi la ek. Akuarium. Kalau 4D ialah kita (atau aku je lah senang) yang melihat akuarium yang di dalamnya berlaku 3D, 5D pula bermaksud akuarium itu terletak di dalam bilik berdinding kaca dan ada seorang lagi di luar bilik yang ada akuarium itu. Mungkin opismate kita. Jadi, 6D pula bermaksud orang yang diluar bilik itu (opismate) juga sedang berada di dalam bilik berdinding kaca dan ada seorang lagi di luar bilik sebelumnya. Mungkin boss kiter!

Secara ringkasnya, kalau dia nak buat 6D ke atas kain tersebut sebagai contohnya, di atas corak bunga raya tadi boleh lah juga dilukis corak pen, pensel, pembaris dan pelbagai lagi alat tulis untuk kesan 5D. Kemudian lukis selapis lagi corak kupu2 ke, unggas2 ke untuk efek 6D.

Oh ya, kupu2 juga menjadi efek yang penting dalam corak 4D. Ia boleh menggantikan bunga raya itu tadi. Cuma corak asal 3D dia tak boleh lah corak hutan dan tanam-tanaman sebab kupu2 termasuk dalam sudut 3D. Dia kena suasana yang takde kaitan.

Okeh, di sini aku sertakan dalam bentuk visual. Cer la bayangkan hehe.

p/s untuk bukti saintifik, boleh la rujuk WIKI hihihi

Friday, 8 March 2013

MedikTV

Semasa saya sedang menunggu giliran di hospital, mata terpaku di skrin tv lcd yang sedang menayangkan sebuah program berkaitan kesihatan. Makin lama, makin banyak slot-slot menarik yang ditayangkan. Baru lah saya tersedar bahawa tv lcd itu sebenarnya baru sahaja dipasang di situ. Sebelum ini memang ada tv. TV lama. Yang cuma menayangkan stesen tv kerajaan yang bukan setakat kabur, tetapi juga tiada suara. Tidak faham apa fungsi tv itu pada asalnya.

Tapi, tv lcd ini, menayangkan sepenuhnya saluran berkaitan kesihatan yang diberi nama MedikTV. (berusaha tulis bahasa melayu penuh supaya kelihatan seperti di copy-paste). Ada slot kevinzahri, ada slot trivia, ada slot memasak makanan sihat, ada slot temuramah dan sebagainya.

Saya tertarik pada satu temuramah yang dibuat ke atas warga tua. Bila ditanya samada mereka tahu apa itu strok/angin ahmar? rata-rata boleh menjawabnya, siap dengan penerangan lagi. Tidak seperti stesen tv biasa yang selalu menyediakan teks di hadapan orang yang ditemuramah, pakcik-pakcik ini kelihatan bercakap secara spontan. Kalau ada teks, kita boleh nampak mata mereka asyik memandang atau mencuri-curi pandang ke arah teks itu.

Antara banyak-banyak program itu, kami tertarik (maksudnya sampai tahap mengaplikasikannya) dengan slot kevinzahri yang bertajuk diet protein. Atau orang kita sebut sebagai diet Atkins. Apa yang cuba disampaikan oleh kevin itu ialah bahawa diet protein ini adalah berbahaya untuk jangka masa panjang. Memang lah diet ini disukai kerana kepantasannya. Akan tetapi, jika ianya diteruskan untuk jangka masa panjang, mungkin boleh memberi kesan sampingan kepada pengamalnya.

Dia ada dua situasi. Pertama, kita diet protein dan bila dah kurus, berhenti. Maksudnya makan karbo dll semula. Risikonya berat badan kita akan naik dengan cepat, mungkin lebih cepat dari kadar penurunan. Yang kedua pula, kita diet protein selama-lamanya sebab tidak kisah lagi kalau tidak dapat makan nasi, kentang, mi dan sebagainya. Atau pun sebab takut berat naik semula kalau berhenti.

Kedua-duanya punya kesan sampingan yang nyata negatif. Asalnya berdiet sebab hendak kurus, sebaliknya bila dah ringan, berhenti dan kembali berat. Maknanya untuk situasi pertama memang tidak boleh diterima. Kalau ambil kira situasi kedua pula, memang lah berat tidak naik, tetapi boleh menjejaskan kesihatan badan. Ini bahaya!

Ini kerana protein yang berlebihan akan memberi kesan (yang saya sudah lupa, apa). Selain itu, karbohidrat, selain pembekal tenaga, boleh menjadi lemak, ia juga pembekal air kepada badan. Mungkin kita tidak nampak di mana kehadiran air di dalam makanan kita. Nasi misalnya. Nampak sahaja nasi itu kering, tetapi semasa dimasak, bukankah kita merebusnya dengan air? Air itu telah masuk kedalam butir-butir nasi itu. Itu lah yang saya maksudkan.

Jadi, sekiranya kita tidak makan karbohidrat dalam tempoh yang lama, kita akan kekurangan air dalam badan. Ini boleh mengakibatkan dehidrasi!

Alah, kita minum lah air banyak-banyak...

Ok, itu saya tidak boleh jawab kerana kevin hanya bercakap setakat itu. Tiada sesi soal jawab di situ. Lagi pun slot itu cuma 10 minit. Hujah-hujah dari encik Atkins adalah ditutup untuk entry ini. Tapi dia ada cakap kesan-kesan sampingan lain yang berbahaya, cuma saya yang sudah lupa.

Kesimpulannya di sini, saya telah membatalkan cita-cita untuk mencuba diet protein ini sebelum sempat mencubanya. Baru bercita-cita.

Selain itu, ada juga slot ala2 iklan budi bahasa. Ada seorang budak sedang asyik bermain playstation. Kemudian, datang seorang doktor (orang yang menyarungkan kotak kertas A4 untuk dijadikan kepala, siap dengan dilukis mata hidung dan mulut pada kotak itu) untuk menasihati budak itu supaya pergi keluar beriadah. Selepas beberapa alasan yang diberi tidak diterima, budak itu pun keluar. Selepas itu, doktor kotak itu pula mengambil alih budak itu bermain playstation. Kenapa bila saya ceritakan semula, cerita ni jadi tidak lucu? Tapi yang saya ingat, suara doktor itu ialah suara aznil. Oh ya, saya dapati bahawa aznilnawawi rupa-rupanya telah dilantik sebagai duta saluran tv ini.

Sebagai rumusan, saya sangat mengalu-alukan usaha yang dilakukan oleh pihak kkm ini. Selepas ini, kalau saya tidak membawa majalah untuk dibaca pun, masih tidak rasa bosan menunggu. Cuma mungkin mereka perlu menambah siri-siri program yang sedia ada. Ada yang berulang kali ditayangkan. Sekarang ini, saya rasa tidak sabar untuk pergi ke hospital. Sultan Ismail khususnya.


JDT, The Tamil Hero.


Nasib lah. Nak buat macamana kalau dah penulis blog ni tengah gila bola, kan. Untuk 3-4 bulan ni sila lah pasrah dengan cerita pasal bola sahaja. Selama ni, setakat bloglist aku, aku pernah baca satu je blog yang ada cerita pasal tengok bola mesia ni. Kisah bola kelate je lah sebab dia je yang selalu menang. Dulu. Sekarang belum tentu. Mana tau, besok2 aku pula yang akan berebut2 beli tiket final kat bukit jalil. Tak?

Seperti yang dimaklumkan dalam entry bola yang lalu, perlawanan seterusnya ialah pada hari sabtu, 2 mac yang lalu. Kalau hari sabtu tak tengok kat stadium, rasa tak best pulak. Kalau setakat hari selasa tu takpe lagi. Lagipun selepas itu, sebulan lagi baru ada game kat sini. Dah masuk bajet gaji bulan depan. A'ah ek. Tak pepasal aku kena adakan satu peruntukan untuk tengok bola setiap bulan. So not me. Tapi, seploh hengget je kot. Sekarang kami dah bijak sikit. Dah tak beli kat budak alip penjual jersi berrambut merah tu lagi dah. Malam2 pun ada jer lagi tiket dijual. Selagi tak roboh stadium tu, selagi tulah dia jual tiket banyak2. Manyak wuntong wooo... Lagipun besok2 kalau kena saman, ada lah sikit bajet nak bayo, kan hikhikhik. Ni pun dah nampak bayang2 nak kena tindakan ngan fam sebab bakar mercun sampai padang berasap dan permainan terpaksa dihentikan seketika. Nyampah i! Takat game biasa je pun eksaited sampai bakar bunga api, bakar mercun. Hover tau. Tak pepasal aku tak boleh seludup botol air ngan payung lenkali dah.

So, game kali ni akan menentang n9. Sekarang ni aku dah faham. Pasukan yang pernah menang, tak semestinya masih terel lagi sebab players derang dah bertukar. Maka, setiap musim adalah berbeza. Dan peluang untuk setiap pasukan adalah terbuka. Nak kata pasukan yang ramai pemain kebangsaan adalah terhebat, eh, aritu aku tengok kedah, ramai je pemain kebangsaan? Waktu jdt kalah atau seri pun, mesti orang cakap, harap je player2 hebat kununnya, tak menang jugak (eh, aku pun cakap cenggitu huhu). Apa yang penting sebenarnya ialah kerjesame dalam pasukan. Majulah sukan untuk negara!

Eh, sebelum tu. Dah terlanjur sebut kedah tadi, saje lah nak merekodkan di sini bahawa jdt akan masuk suku akhir piala fa menentang selangor selepas menewaskan kedah 5-4 melalui sepakan penalti setelah tamat masa tambahan. Game tu pun menarik jugak sebenarnya. Eh, baru aku teringat. Sebenarnya aku tulis entry ni untuk mengomen persembahan jdt setakat ini, bukan pasal perlawanan sabtu lepas.

Ok, selain game dengan kedah tu, hampir semua games yang dah dilalui oleh jdt terutamanya dalam liga super, pihak lawan yang akan gol dulu. Dengan kata lain, dah macam pilem tamil la kan. Hero kalah dulu. Aku dah tengok game2 yang seri, mesti macam tu. Kiranya boleh lah jugak kita simpulkan bahawa pemain2 jdt ni boleh bermain di bawah tekanan. Selagi masih 0-0, memang liat nak masuk gol. Kiter yang menonton ni jugak lah yang sakit dada bila pasukan lawan dah gol. Pada masa itu, suasana dalam stadium akan senyap sunyi (kecuali suara pasukan sorak yang tak peduli pun nak tengok dorang main). Kalau berselang gol 1-0, 1-1, 2-1, 2-2 tu ok lagik. Ni kalau macam masa lawan lions XII tu ari lah. Derang dah leading 2-0 pada separuh masa pertama lagik (sama macam kedah). Huuu sakit dado den.

Oleh kerana jdt pun baru kalah sekali (pertama kali dan menentang pahang), dan selalu seri, aku macam terlupa yang derang juga dah menang 2 kali. Lawan perak dan T-team. Tau2, bila menang lawan n9, e'eh, dah naik tangga nombor satu? Waaa tak sangkanyerrrrrr... Adakah aku perlu beli tiket grand stand pasnih?

Satu lagi yang aku peratikan, jdt ni tak suka mencuba. Suka sangat main tang wing, tak suka main tengah. Memang lah wing tu ada si niro dan si guiza, tapi apa salahnya try je bila bola ada di kaki? Dah duduk depan pintu gol pun masih nak pass kat wing dulu. Hantaran lintang kunun. Pastu tak sempat nak melintangkan hantaran, dahhh bola dapat kat orang. Memang lah ada taktik sebegitu dalam skema strategi permainan, tapi takyah lah setiap kali pun kena lalu wing. Ewah, cakap memang senang, kan?

Kendian dah dua kali kot, aidil gol kan. Bukan dia defender ker? Gila koser tau. Bukan lah tak boleh, tapi awat lah striker susah nau nak gol? Si safeeyangmenunggang tu pulak, asik lah dimasukkan time 2nd half. Bila dia masuk, memang lah dia selalu try, tapi setiap kali pun tak masuk. Kekadang tu tengok dia ni macam tak larat je nak kejar. Gemuk kot. Nak harapkan matyo? Ramai nau yang jaga dia. Asal dapat bola jer, mesti kena berpusing satu pusingan, baru proceed. Masa tu dah terlambat sebab orang dah curik bola dah.

Pemain import pulak. Ni lah masalahnya. Semua orang harapkan derang jer. Macam yang aku cakap tadi, derang duduk kat wing. Maknanya setiap kali menuju ke gol, mesti derang akan pass kat wing ni dulu sebelum mencuba. Nasib baik kalau try dari wing terus masuk (guiza terel part ni). Tapi yang selalunya hantaran lintang derang tu dapatnya kat pihak lawan. Tak dan nak masuk gol pon.

Yang si niro pulak, ada satu pe'el. Suka sangat tunjuk skill. Sekali sekala memang lah kiter rasa waaa terelnya... Tapi kalau dah setiap kali dapat bola jer, mesti nak tunjuk skill, lambat ler pulak. Elok2 kawan dah free, sempat pihak lawan turun beramai2 dalam petak penalti.


Sesekali aku terfikir, boleh tak main bola sepak ni derang fokus time nak tendang bola masuk gol? Ye lah, besar kot pintu gol tu, nak dibandingkan dengan bola jaring (apakah?). Tapi kenapa tak boleh masuk? Ok, jawapannya ialah sebab kawalan kaki tak sama dengan kawalan tangan. Terima kasih.

Anyway, berikut ialah gambar2 sekitar perlawanan jdt menentang n9  yang baru lalu.













Thursday, 28 February 2013

Wo Ai Beijing : Part 14 (Finale) Perfect Match Versi Pompuan





Apa ke benda yang ingin aku sampai kan agaknya ni ek? Ermmm saper pernah tengok program perfect match kat ntivi7? Alaaa program yang lelaki sorang2 kuar dan dinilai oleh gadis2 cantik tu. Program dari ciner. Aku pun dah lama tak tengok, walau pun tau masih ada bila sesekali ter-lalu kat channel tu. Tapi tak ingat hari apa. Dulu hari khamis malam.

Dan kisahnya, pada malam terakhir di beijing, aku tertengok program yang lebih kurang sama dengan perfect match tu, tapi ni versi pempuan pulak. Pempuan yang dinilai oleh ramai jejaka2 henskem. Cumanya aku rasa dalam satu episod tu takde lah sampai 2-3 orang peserta yang dinilai. Sorang je. Maybe sebab proses nya panjang sikit kot. Kalau yang versi lelaki tu, bila pempuan yang berminat ngan lelaki tu direject oleh lelaki tersebut, dan pempuan yang lelaki tu minat pun mereject lelaki itu, maka lelaki itu akan keluar dan dimasukkan pula lelaki lain. Yang ini, bila pempuan ni dah reject, boleh pulak ada sesi rayuan pulak hihi.

So, ini lah gadis itu. Boleh tahan la, cantik jugak. Sweet kot.

Ni pula antara jejaka yang turut serta.

Orang ciner ni memang suka bertindik kot ek.

Pan-asian pun ada.

Time happy2 sebelum direject hihihi.

Ermmm agak henskem di situ.

Errr...

Muka melayu.

Seorang lagi peserta lelaki

Sekali pandang macam muka xxxxx

Sorang lagi jejaka.


Eh, kenapa banyak gambar mamat ni pulak?

Dan akhirnya, tinggal lah 2 orang jejaka yang masih berminat pada gadis itu. Ni salah seorang daripadanya.

Dan mamat ni.

Maka bermula lah sesi mengayat.

Penuh penghayatan yea. Tapi memang sesi mengayat ni agak serius la berbanding yang versi lelaki punya. Mungkin yang versi lelaki tu goal dia ialah untuk kuar dating di pulau je kot. Yang ni macam betul2 mencari jodoh kot. Aku pun tak paham derang cakap.

Gadis yang diayat sedang membuat pertimbangan. 

Kalau tengok dari segi henskem, aku pilih yang ni. Eh?

Tetapi akhirnya, dua2 pun pempuan ni tak minat. Lorrr... penat jek. Tapi, dia masih ada peluang mengayat lelaki yang dia minat pulak.

Dan mamat pakai kot ni yang menarik minat gadis ini. Tengok tu, apabila pempuan mengayat, siap bagi hadiah lagik hihi.

Sesi mengayat pempuan ni pulak agak emosi. Alah, taktik meraih simpati lah tu kot, kan...

Dan akhirnya lagi, mamat itu pun mereject gadis itu hukhukhuk...

Holoh holoh, dah melalak la pulak. Sedih la kan, kena reject jugak. Kira fair la tu. Ko pun mereject 2 mamat tadi kan. Lagi lah mamat tu 2 orang. Ni ko kena reject ngan seorang mamat jek. Tiba2 ayat memujuk minah ni, apahal?

Wajah si jejaka apabila melihat gadis itu menangis akibat direject huhuhu. Tapi pastu dia datang pujuk balik pempuan tu. Aku ingat dia nak ubah fikiran ke kan. Tapi rupanya cuma nak pujuk jek. Holoh holoh cian dia yea...

Ok, sad ending. Mamat tu pun muka bersalah jer hihi. Nak buat cemana, kita takde jodoh, katanya...

Ok, itu lah cerita penutup wo ai beijing ni. Nak kena bagi tips ke ek? Tengok lah besok2, kalo ada, ada lah.

Wednesday, 27 February 2013

Saat Lafaz Sakinah


Lagu ni aku jumpa masa cuti raya cina tu ari. Ada orang share dalam forum, thread kes shilamzah. Bila dengar lagu ni, automatik rasa sebak dan air mata bergenang (kalau sensitif, boleh mengalir jugak). Mari kita hayati bersama. Bagi suami korang dengar pun bagus ni hihi.



Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East

Heningnya….
Sunyi suasana….
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu