Friday, 23 November 2012

Dah Boring Soping Di BP, Maka...

Duduk jauh dari kotaraya ni, aku tak tau dah nak soping kat mana. Nak gi kl, jauh sangat. 3 jam je kot. Tapi still lah tak sesuai nak pergi balik hari. Sudah nya ke jb je lah bandaraya yang terdekat. Itu pun, berapa sangat lah shopping complex yang ada kat jb tuh kan. Balik2 paksen, jasko. Nak lain sikit, metrojaya. Ya! Mari kiter ke metrojaya. Macam tak pernah pulak aku pergi plaza pelangi tu. Jom!

Sebelum tu kita makan dulu. Seperti biasa, meerebus stulanglaut special 2!

Enak berkrim

Ok dah

Sebelum tu lagi, kami singgah dulu di kulaijaya untuk ke sebuah kedai yang dari luar nampak macam best. Dari luar nampak banyak periuk besar dan buffet set. Best ker...? Aku suka gi kedai2 cenggitu. Kat bp ni pun ada satu baru bukak kat honda lama. Katanya FIL pun dah pernah pergi kedai ni. So, mari kita cekidaut.


Nama diberi. Apa yang aku bayangkan? Seorang koboi memakai topi koboi sambil duduk di atas kuda 
Masuk2 je, ada barang runcit. Pastu ada macam kedai jajan borong. Masuk lagi, ada peralatan dapur. Kendian macam kedai hardware. Eh, semua kedai dalam satu! 

Pelbagai jenis tayar pun ada!

Bestnyer! Bukan nak beli pun, tapi rasa best.
Kedai ni ada 3 tingkat. Yang tadi tu; barang runcit, hardware, peralatan dapo, tu kat tingkat satu. Naik ke tingkat 3, benda2 plastik, alatulis, pakaian. Tingkat 2 ada bunga2 dan kraftangan pengantin, kasut, eh, macam2 lah. Dah lupa. Tapi semua benda ada kot. Ikan ngan sayur je kot tak ada. Lama lah jugak aku kat situ.

Segala mak nenek bakul plastik dari sekecik2 sampai sebesar2 besen pun ada

Sepanjang2 ni barang plastik jek

Ok, noted.
Dari sini, baru lah kami makan mee rebus di atas. Lepas tu baru ke plaza pelangi. Yang tak bestnya soping di bandaraya ni ialah parking semua kena bayar. Kat bp sumer free.

Masuk plaza pelangi, terus nampak ini.

Ada program promosi petr0nas apa tah. Dia tengah agihkan goodie bags. Terus lah kami menyibuk di situ. Tapi sebenarnya beg tu untuk orang yang menyertai senamrobik derang sebelum tu. Lantak ler. Yang penting dapat t-shirt (yang macam dia pakai tu), key-chain dan sticker hehe
Team fbi. Derang ada pertandingan kot, team saper paling happening. Sebelum tu dah ada event ni kat tempat lain dengan team lain, antaranya awal, scha dan haniszalikha

Pastu ada sesi bergambar. Switch for Xtra!
Pas jalan2 di metrojaya aku masuk coldstorage. Huh! Mahalnya barang2 kat coldstorage tu eh? Setiap benda mahal rm2-3 dari harga biasa. Contoh sunquick harga biasa rm9.90, dia rm12++. Tapi yang best nya ada benda yang takde kat pasaraya lain. Macam hasil tenusu. Macam2 ada.

Lepas tu, kami ke kslcity. Ingat kejadian kereta hilang raya aritu? Kan aritu tak sempat jenjalan situ, kete dah hilang, kan. Ni kira nak ulang balik la. Ingat dah trauma nak masuk kslcity dah hihi.

Sebelum balik, kami singgah makan dekat tampoi. Selalu lalu situ nampak ramaiii sangat orang. Ok lah, sedap, walaupun lambat. Berbaloi la penantian yang lama itu.

Aku makan siakap 3 rasa. 


Betul2 sedap nih.
Pastu terus balik rumah. Tiba2 rasa macam entry sampah. Ah lantak la. Janji ada.

Thursday, 22 November 2012

Aaron

Sorry... tidak seperti yang korang sangka. Aku tak maksudkan erenajis. Memang lah aku suka sangat adam&hawa, tapi takde lah sampai aku terminat kat erenajis jugak. Tak. Atau belum. Aku tidak menilai seseorang itu melalui paras rupa dan fizikal semata2. Memang lah ramai wanita2 di luar sana tu tergila2 (atau istilah yang digunakan, 'merembes') kan erenajis. Tapi aku macam zedzaidi jugak hahaha, takleh terima orang singapore lagi popular dari orang mesia. Tiba2 patriotik, kan. Eh, tapi kan, masa abpbh tahun lepas kan, aku macam takde perasaan je erenajis menang. Padahal aku layan noraelena jugak. Aku layan ombakrindu jugak. Kenapa erenajis tak menarik perhatian aku eh? Musykil. Tak hensem ke heols eh? Apa2 pong, anak pak seman tu jugak yang aku minat (dalam kategori artis). I lap u bet0! Tiba2.

Okeh, berkenaan aaron yang aku nak ceritakan ni sebenarnya aku maksudkan aaron kwok. Kenal? Sekarang ni kan kat wayang tengah tayang citer coldwar. Masa pi tengok istanbul aku datang tu ari aku ternampak la poster coldwar tu. Sekali tengok senarai pelakonnya, wow! Ada aaron kwok. Aik? Sejak bila minat aaron kwok pulak ni? Selama ni minat tony leung chiu wai (infernal affair) jek.

Errr ada iras2 bet0 sikit ek?

Ini lah posternya. Kalau sempat weekend ni nak tengok lah. Ada tony leung gak, tapi tony leung ka fai la. Lain.

Okeh, sebenarnya aku ada cerita pasal aaron kwok ni. Dulu, masa kecik2, lebih kurang masa sekolah rendah. Masa tu, kedai2 yang jual frame gambar, mesti kat frame tu ada gambar pelakon2 ciner nih. Antara yang popular masa tu ialah andy lau. Tak ketinggalan juga aaron kwok ni. Jadi, kami yang tak de duit nak beli frame ni, sesuka ati gi ambik gambar2 pelakon2 tu. Ramai yang minat andy lau. Tapi, aku suka ambik gambar aaron kwok. Tak tau kenapa. Ada beberapa gambar berbeza yang aku ambik. Tapi yang penting, kalau nak kenal aaron ni senang jek. Gigi dia comel.

Agaknya dulu aku ada rembat gambar ni tak?

Eh, ada iras2 erenajis la pulak ek?

Sekarang, dah tua sikit. Aku rasa 40-an kot umur dia sekarang.

Dulu dia ni kira cute ar...

Alahai, jambu nyer. Comel kan, gigi dia?

Ok, itu je. Nak citer pasal gambar kat frame tu je hehe.


Monday, 19 November 2012

Macam Scene Di Pejabat, Episod 46! Awww!

Minggu ni aku bertugas di tempat encik suami. Bahagia je rasa bila bangun pagi dan menyedari 'oh, hari ni tempat kerja cuma 5 minutes away jek'. Boleh lah tido lambat dan bangun lambat sikit (tu yang best sebenarnya). So, pagi ni kami pergi kerja bersama. Alahai... so sweet. Selama ni memang aku berusaha pakai baju sedondon time pergi kerja, walau pun kerja lain2 tempat. Ada la sekali sekala kot, kiter kuar makan tengahari, tapi amat lah jarang-jarang. Kiranya kalau tak pakai baju sedondon pun takde saper perasan. Hari ni baru lah dapat pakai baju sedondon, naik kete sesama dan ke tempat kerja yang sama.

Waktu lunch, aku pergi ke opis encik suami. Eceh, dan2 nak buat scene am dan ain kat situ ekekekek. Siap ada dialog, 'ayang, do you know how much i love you? Pastu aku pun kengkonon dalam hati, 'apa kena ambang ni? tiba2 jek?' (sila muntah). Eh, tapi kan, kebetulan pulak...

1. Kat opis tu memang ada sofa. Sesuai sangat lah nak guna dialog, 'have a seat, sayang. nak duduk depan ambang boleh, nak duduk kat situ boleh, nak duduk kat atas ambang pun boleh.'

2. Encik suami pergi solat zuhur. Tapi masih di awal waktu la.

3. Aku adalah 'cuti'.

See! Sama sangat, kan? Nakkk jugak...



Jiwa Taik0

Bunyi macam ganas je kan tajuk tu? Padahal? Ekceli kalau korang tak tau, tu ialah tajuk sebuah filem yang ada bet0 di dalamnya. Tapi bukan hero la. Sipi2 je. Citer ni kuar dalam tengah tahun ni kot. Aku pun terpaksa tengok cerita tu kat panggung sebenarnya. Masa tu aku ada urusan yang kena tunggu sampai malam di jb. Oleh kerana baru tengahari, maka terpaksa lah aku membunuh masa itu dengan melakukan sesuatu. Kebetulan tengah tayang cerita tu, so, jiwa taik0 lah jawapannya.

Sebenarnya lagi, aku rasa itu lah cerita paling b0ng0k yang pernah aku tengok di pawagam miahahaha. Sibbaik ada kelibat bet0 sekali sekala dalam tu. Kalau tak, harus aku dah membuta kat dalam tu. Dah lah ada bet0, hero nya pulak remyishak, tak patut pulak kalau aku tido huhuhu. Kenapa aku rasa cerita ni b0ng0k?

Pertama, lakonan remyishak dalam filem ni adalah kayu dan hampeh. Dianadanielle pun ala2 sendu je lakonannya. Bet0? Ada macam takde je. Ada ke dialog eh? Ada la kot 2-3 patah perkataan. Lelain dia bergasak jek dan gaya bergasak dia tu agak funny hehehe. Sorry bet0 :-p

Kedua, jalan cerita yang tah hape hape. Tentang sekumpulan remaja yang telah rosak dan telah insaf yang duduk di rumah perlindungan ke haper tah. Macam tempat membina semangat gitu. Citer ni berlatar belakang kan gejala sosial yang aku rasa busuk. Yup! B0ng0k. Macam caca marba la citer ni. Maksud jiwataik0 tu aku rasa, muka taiko tapi dalam hati ada taman. Gitu lah. Gaya macam gengster sangat, tapi tang pompuan, tangkap leleh pulak. Tah pepe tah citer ni.

Ketiga, lakonan bersalin di tepi pantai yang tak logik kot. Baru ni baru aku perasan yang pelakon yang bersalin di tepi pantai tu ialah ain hahaha. Nadiyanisaa'. Masa tengok citer ni macam pandang tak pandang je pelakonnya. Tapi dalam ombakrindu, cun, aku perasan la dia berlakon. Camne citer jiwataik0 ni aku boleh tak perasan dia eh?

Keempat, watak bet0 cuma muncul part gasak2 jek. Kira dia geng jahat ngan brontpalarae dan jadi tukang pukul la. Dan aku rasa macam tak patut pulak. Tak patut lah bet0 jadi pelakon tempelan cenggitu. Dah lah nama dia dalam tu ialah agus huhuhu. Tak macho langsung. Yang aku kesal kan juga, pengarah nya ialah pengarah ombakrindu...? Tak boleh terima siot. Eee pehlis la bet0. Ambik lah job yang berjiwa sikit. Eceh.

*Bukan aku silap haribulan. Memang baru terfikir nak tulis pasal benda ni.

Saturday, 17 November 2012

Sekarang Gua layan...



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati



Sempurna...
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya...

Bahasaku...
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah...

Rela ku tunggu
Jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi...
Sampai nanti...
Ooo...ooo..ooo

Rela ku tunggu
jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...Saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku...
Tak bernyawa lagi...

Saat ini..
Rela ku tunggu
jawapanmu...

Masihkah aku ada
Dihatimu...
saat ini….(3x)



Dulu
Aku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta

Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu

Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua
Kembali bersama

Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku tinggalkan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku



Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna engkau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku berhujung padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta.
Up-to-date kan, gua?




Wednesday, 14 November 2012

Istanbul Aku Datang... Dari Retina Mata Seorang Kipas Susah Mati Bet0 Kusyairy

Amaran : Jangan baca kalau ada niat nak tengok citer ni. Kalau memang takmo tengok takper.

Tak sengaja, memakai baju mengikut tema warna poster pula

Tak pernah aku pergi tengok wayang dan membuat perangai jakun di pawagam. Siap bergambar2 dengan poster pulak. Tak dapat bayangkan kalau aku dapat pergi tengok preview dan menonton bersama pelakon2nya sekali. Mesti terkinja2 semacam. Sebab tu tak dapat kot. Eh, tapi apa tujuan dia buat poster2 tu kalau bukan untuk kita mengambil gambar dengannya? Kan?

Selepas Taken 2 dan James Bond Skyfall, filem ketiga untuk tahun ini yang berlatar lokasi di istanbul. Sejak menjak ter'fatih' nih, sensitif betul bila dengar istanbul/turki. Bercakap tentang fatih, selepas dengar ceramah al-fatih dulu, aku telah meng'add ustaz tu dalam fb. Di situ aku melihat betapa beliau gigih memfatihkan segenap pelusuk masyarakat. Tak cukup dengan itu, anak beliau pun difatihkan juga. Nama anak beliau ialah 'Fatihah Wajihah!' Tu pun sebab anak pempuan, kalau anak lelaki, komfem dia kasi nama muhammad al-fatih.

Okeh, kita teruskan ke filem IAD ini. Sebelum menonton, aku takde lah expect cerita ni hebat sangat. Tapi aku suka sangat sangat filem gol&gincu (errr ke suka sangat sangat ngan bet0?). Maknanya, mungkin cerita ni aku akan suka juga. Apatah lagi pelakonnya ialah bet0, kan. Rupanya ramai juga yang sependapat dengan aku (dari bacaan di forum) bahawa sesiapa je heroin yang berlakon di samping bet0 akan terjangkit aura dia, walau pun pada asalnya kita tak suka lakonan heroin itu selama ni. Maksudnya nampak syerasyi la. Macam lisasurirumah ni, aku tak pernah lagi tersuka dengan lakonan dia. Ok lah, pelat dia tu memang tak boleh buat apa lah kan. Tapi aku rasa dia berlakon agak kayu lorrr. Tapi berbeza dengan cerita IAD ni. Dalam filem ni kita boleh lihat yang lisa ni takde lah cantik sangat kalau dilihat dari dekat hahaha. Tapi tetap comel la. Maybe mekap dia kot.

Sebelum filem ni keluar, dah kuar isu. Katanya citer ni menggalakkan bersekedudukan. Tapi, hey! Abis citer2 yang gangster2 tu, yang bohsia2 tu, yang rempit2 tu, yang hantu2 santau2 khurafat2 tu tak menggalakkan apa2 lah? Aku pun tahu, syarat untuk cerita2 berunsur sedemikian untuk ditayangkan di mesia ni ialah lasttt dia mesti ada unsur insaf, menyesal dan yang sewaktu dengannya. Itu syarat tapisan. Tapi rasanya takyah tengok cerita ni lah kalau nak bersekedudukan pun, kot.

Pertama-tamanya aku nak komplen pasal subtitle dia. Bukan pasal dia salah translate ke, (tapi memang ada pun yang macam kelakar seperti gay = lelaki ria? wth!) tapi sebab aku rasa subtitle tu telah mengganggu konsentrasi aku pada citer tu. Entah kenapa aku asik nak baca subtitle jek. Akibatnya aku tak dapat tengok citer tu sepenuhnya. Mencik!

Aku menonton di bpmol pada hari jumaat, malam. Gigih tu ambik air sembahyang siap2 kat rumah supaya sampai2 mall bleh terus solat dan tengok wayang pukul 8.30. Siap buat syarat, kalau belum kentut, kiter tengok kat bpmol pukul 8.30, tapi kalau dah terkentut kiter tengok kat squareone pukul 8.45. Sebabnya aku tak suka ambik air sembahyang kat bpmol hihihi. *maknaya aku tak kentut lah, kan? hahaha

Okeh, mengenai ceritanya pulak, rasanya orang dah tau kot. Ia berkenaan dian yang pergi ke istanbul, membuat kursus pendek bahasa turki selama 3 bulan dengan hasrat, by the time dia nak balik mesia nanti azad telah pun propose dia.

Cerita ni dimulakan macam novel. Ada prolog. Dan disudahi dengan epilog. Macam novel, aku tak suka baca prolog sebab aku tak suka kalau aku dah tau camne akhir cerita tu. Tapi dalam filem ni tak boleh lah pulak nak elak, kan. Hmmm. Memula tu kiranya dian ni tengah dalam flight nak pergi berwedding photoshoot di istanbul. Kiranya masa tu dia dah kawin lah. Tapi dengan siapa? Huh! Aku tak sempat tangkap suara yang bercakap dengan dia masa dalam flight tu sebab tak sangka akan ada suara lelaki tu. Tapi kalau dah dengar tu komfem dah tau siapa yang dia kawen, kan? Tapi jugak, alahhh belum tengok citer ni pun aku dah tau dah dia akhirnya kawen dengan saper. Cuma kalau dapat kenal suara dalam flight tu kan lagi nampak peka. Eh? Seperti komen ramai orang, cerita ni adalah PREDICTABLE. Tapi ramai orang nak tengok jugak sebab ramai yang minat lisasurirumah dan ramaiii juga yang minat bet0. Oh! Cuba letak pelakon tu iqramdinzly ker, komfem aku tak teringin nak tengok.

Okeh sambung balik. Selepas sampai di istanbul, dia terus ke rumah azad. Dalam rumah tu ada 2 orang lagi kawan dia yakni aizat (lupa nama watak dia) dan entah tak ingat nama pelakon tu, apatah lagi nama watak dia hahaha. Memula tu ok lah, dia tumpang sekejap kat rumah tu. Tapi kemudian azad suruh dian cari rumah lain.

Yang comelnya citer ni ialah, dian ni seorang blogger. So, banyak lah kuar alaaa apa nama benda alah tu eh? Macam katun2 gitu. Siap ada suara lagi untuk komen entry dia. Ada orang cakap salah seorang dari pengomen tu macam suara fazura hihi. Tak perasan pulak aku. Dan ada orang cakap jugak, mulanya watak dian tu dioffer pada fazura, tapi dia tolak. Dia kan fevret bernard? Gol&gincu, pisaucukur. Wallahua'lam.

Seterusnya dian pun mencari rumah sewa lain. Dan dia berjumpa dengan sorang mamat turki ni. Mamat ni yang mula2 tolong dia angkat beg ke rumah azad masa baru sampai tu. Dan mamat ni offer rumah bapak dia kot, lupa. Ke pakcik dia eh? Tapi mr. suleyman la nama landlord tu. Dan dian telah membayar sewa rumah tu 3 bulan terus.

Tiba2 masa dian tengah mandi kot, masuk lah si bet0 (watak dia nama harris tapi aku tulis kat sini bet0 je lah ek?). Maka bermula lah episod gaduh2 manja antara mereka. Dian takmo keluar sebab dia dah takde duit nak sewa rumah lain. Bet0 tak nak keluar sebab memang dia yang duk rumah tu dulu. Derang nak settle ngan landlord, mr suleyman tu pulak pergi bercuti ke mana tah. Dian pulak takut nak bagitau kat azad. So, mereka duduk lah satu rumah seminggu kot. Azad nak datang tengok rumah dian, tapi dian tak bagi sebab dia kata housemate dia minah arab yang strict. Satu hari dian tejumpa aizat. Dian cerita kat aizat yang dia ada masalah dengan anak jiran dia. Dan si aizat pulak cerita kat azad. Errr pastu apa jadi eh? Lupa la..

Satu hari azad hantar dian balik, tapi sebelum sampai rumah tu, dia terjumpa bet0. Kat situ bet0 tau yang dian takut ngan kucing. So, bet0 bawak kucing beberapa ekor ke rumah dia dengan niat nanti dian keluar lah kot. Tapi tak berjaya jugak. Ekceli ada beberapa scene comel2 yang kalau aku tulis dia jadi tak comel. So, kena tengok lah sendiri.

Satu hari lagi, azad nak datang rumah dian. Masa tu bet0 pun ada, tapi dia tengah melukis kat rooftop kot. Oh, lupa citer. Bet0 ni sebenarnya seorang pelukis animasi. Dia tengah melukis watak sinbad dengan sorang mamat turki ni. Satu hari tu, dian ternampak mamat ni dengan bet0. Terus dian ingat bet0 ni gay. So, masa azad nak datang tu, dian call bet0 menyamar jadi siapa tah dan nak jumpa bet0. Nak suruh bet0 keluar lah. Si mamat sinbad tu pulak gi tukar baju dulu kat dalam bilik. So, masa azad sampai dia terserempak dengan mamat sinbad yang tengah menyarungkan bajunya di dalam rumah itu. Maka bergaduh2 lah mereka di situ. Bet0 pun balik masa tu. Lagi lah. Kelakar lah.

Bet0 pun rasa bersalah dan dia ajak dian gi jumpa azad untuk explain. Derang pun pergi rumah azad. Belum pun bet0 explain, azad dah menghina dian dengan bermacam2 hinaan. Bet0 dah panas jek dengar. Lalu, azad dan bet0 pun bertumbuk, dan aizat ngan sorang lagi housemate tu pakat tengok jek. Aku suka scene masa ni. Masa tu pulak muncul sorang awek turki ni mengaku sebagai awek azad. Terus jadi situasi jadi awkward. Hah! Dian pulak bergasak ngan awek turki tu hingga dian di tertumpahkan aiskrim atas rambut dia. Selepas tu bet0 dan dian pun balik. Sedih jek. Tapi tiba2 ada scene lawak tengah sedih2 tu. Nak tau apa, kena lah tengok sendiri hihi. Comel. Lepas tu, dian pun berkemas2 nak balik mesia. Kira mission dia gagal lah. Tak sempat pun belajar bahasa turki huhuhu.

Sehari sebelum balik tu, azad ajak dian keluar ronda2 istanbul buat kali terakhir. Kira masa ni lah kot derang kuch kuch hota hai. Dan akhirnya malam tu azad datang pujuk dian balik. Dia dah clash ngan awek turki dan ajak dian balik mesia terus dan kawen. Boleh pulak tengah2 study balik terus, sambung kat mesia je pulak. Mula2 bet0 tak kasi dian jumpa azad. Ye lah, selepas penghinaan yang dilemparkan ke atas dian, memang tak patut dia balik pada azad. Tapi dian termakan pujuk rayu azad dan setuju balik mesia sesama.

Besok pagi tu, azad jemput dian dengan teksi untuk ke epot. Bet0 pun kejar. Dan bla bla bla. Memang cerita ni boleh diagak, tapi elemen2 comel yang menjadikan cerita ni best. Akhirnya, habis je cerita ni, aku rasa ramai yang balik dan makan megi asam laksa hehehe.

Kesimpulannya, cerita ni takde lah romantik sangat. Komedi pun ringan2 jek. Keseluruhannya simple, santai, ringan tapi masih berbaloi untuk ditonton. Takde ke orang nak belanja aku tengok lagi citer ni???



Tuesday, 13 November 2012

Masak Kek Coklat Selepas Kali Terakhir Ialah Pada Hari Raya 2010


Hari ni (as in hari ahad lepas) aku masak kek coklat kukus yang lembap. Dah lama sangat tak masak kek coklat. Aku tak suka makan kek, tapi setakat dua tiga potong tu boleh lah. Maka, aku tugaskan encik suami untuk menghabiskannya besok. Nasib ah! Kali ni aku pakai resepi yang SIL bagi masa raya haji tu ari. Baik aku tulis kat sini supaya senang aku nak refer lenkali. Aku suka resepi ni sebab tak payah kuarkan penimbang. Kalau dah kuarkan tu, harus bersepah2 dapur aku.

Kek Coklat Kukus (tak pasti kalau bakar jadi yang sama ke tak)

Ayak bersama :

1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan coklat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Pukul :

3 biji telur
1 cawan gula halus (lenkali aku nak letak 3/4 cawan jek. takmo manis sangat)

Cairkan :

1/3 buku mentega (sebuku saiz 250g)
1 cawan minyak masak
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (kalau nak taruk topping better kurangkan susu atau gula. kalau takde topping takpe)

Kekdahnya :

1. Pukul telur sampai kembang
2. Masukkan gula, pukul sebati
3. Masukkan benda yang dah dicairkan. Gaul sebati guna senduk
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai abis. Gaul jek guna senduk.
5. Untuk effect lebih coklat campakkan segenggam cip coklat. Best sebab nanti ada rasa coklat cair gitu.
6. Kukus selama 3-4 jam. Tutup dengan aluminium foil untuk elak air menitis atas kek.

Selamat mencuba!




Friday, 9 November 2012

Membaca Jambatan Ilmu :)

Zaman sekarang ni sumber bacaan terlalu banyak, online dan offline. Tak cukup bloglist sendiri, baca bloglist orang. Tapi tetap tak sama dengan membaca buku, kan? Feel dia lain. Macam baca sotkabo online dengan sotkabo betul jugak. Kalau aku, suka sangat beli buku, tapi nak membacanya, jenuh. Bukan tak suka, cuma banyak gangguan2 kecil. Internet dan tv lah antara gangguannya tu. Buku ni sedapnya baca sekaligus dari mula sampai habis. Kalau bersambung2 pun feel dia lain dah. Ada takde, sekarang ni, masa aku membaca buku atau majalah ialah pada pukul 7.50-8.05 pagi setiap hari. Lepas punch card dan park kereta. 15 minit tu je kot masa yang betul2 rileks dan takde sesiapa ganggu. Walau pun 15 minit, lama2 nak habis jugak aku baca buku dr M tu tau. Cuma belum habis lagi lah hehe. Dah 2 tahun kot hahaha. Tu pun berselang seli dengan buku2 lain. Bagi aku membaca buku ni sama macam menjahit jugak. Susah nak start, tapi susah pula nak berenti.

Semalam, tiba2 angin apatah yang melanda, aku telah membalut semua buku2 ku. Dulu memang aku rajin menyampul buku, tapi tengah jalan malas pulak. So aku bawak turun semua buku2 lama dan yang baru beli dan terus menyampul sambil tengok tivi. Seronok pulak kerja menyampul buku ni ek?

Dan sekarang aku sedang bersemangat untuk kembali membaca. Rasanya sejak raya kot aku takde membaca. Kalau majalah solusi tu, dah masuk 4 isu lah yang aku belum baca. Beli je tetiap bulan. Impiana pun sekarang aku beli, tengok gambar, dah. Sayang jek. Chaiyok asia!

Inilah senarai menunggu yang belum aku habiskan. Ada yang belum baca langsung, ada yang baru baca sikit, ada yang lagi sikit nak habis.

Masa duduk kat mersing dulu, aku ada banyak masa terluang. Masa tu lah aku mula mengumpul novel.  Buku ni kira novel terakhir yang aku beli sebelum meninggalkan mersing. Dah 2 kali aku cuba baca. Memula dah baca sikit. Lama... baru aku sambung balik, tapi dah lupa macamana mulanya. So, aku baca semula dari mula. Pun tak sempat nak habis jugak. Nampak gayanya kalau aku nak baca lagi buku ni, kena baca dari mula balik la kot. Dulu aku suka buku2 tulisan ramliawangmursyid, norhayatiberahim dan maleechuswan. Sekarang creativeenterprise macam dah takde kot ek? Banyak buku keluaran alaf21 jek.

Selepas khatam ketika cinta bertasbih, aku beli buku ni. Tapi, pun sama macam buku di atas. Dah 2 kali percubaan yang gagal dah. Entah bila nak habis baca buku ni. Buku ni berkisar kisah di Rusia. 

Buku yang baru ku beli minggu lepas. Kisah 'perawan tua' di negeri China. Baru baca 2 chapter. 

Ni pun buku yang baru ku beli minggu lepas. Aku memang pengumpul buku2 dato'jalil nih. 

Koleksi buku tulisan beliau. Ekceli buku2 ni merupakan kompilasi tulisan beliau dalam majalah wanita kot. Mula2 aku kenal buku asam garam gula kopi tu masa tengok wanita hari ini masa zaman2 nurfarahinjamsari dulu. Sekitar tahun 2003, 2004 gitu. Ada sekali tu nurfarahin tu promote buku ni. Terus aku berazam nak beli. Tapi aku tak beli masa tu jugak. Rasanya 5 tahun kemudian kot baru aku beli.  Masa tu dah keluar yang teh tarik kurang manis dan kopi o tanpa gula tu. Terus aku beli 3-3. Baca buku2 ni macam baca blog jugak. Tapi benda yang ditulis tu selalunya memang kena dengan diri kita. Dan aku selalu berkata di dalam hati, 'a'ah ek? Betul jugak?' bila membaca buku ini. Tapi buku yang terbaru tu macam banyak pengulangan pulak. Ermmm... Boleh pulak, aritu masa encik suami gi lawatan ke karangraf, dato'jalil ni yang entertain, tapi encik suami adalah tak kenal dan buat tak tau jek. Cis!
Buku ni aku beli selepas dengan ceramah motivasi pasal al-fatih bulan 7 yang lalu. Gigih aku membaca buku ni tau, walau pun dalam bahasa ind0n. Buat2 faham jek. Tapi buku ni memang detail lah menceritakan tentang peristiwa pembukaan kota konstantinopel. Lepas baca buku ni terus rasa macam nak kumpul duit, nak pergi turki hehehe.  Tapi bila fikirkan kos nya yang bersamaan dengan kos umrah, macam berbelah bahagi pulak nak pergi ke tak. Tah pape.

Hahaha gila pemalas baca buku bahasa oramputih. Sanggup beli yang dah ditranslate. Memula baca memang lah  aku rasa termotivate, lelama baca, aik? Semua kisah pasal orang sakit kronik yang kuat semangat lalu sembuh. Boring... Last2 aku tinggalkan jek. Entah bila nak sambung tah. 

Buku ni aku dah baca hampir 75% kot. Sikit je lagi, tapi malas baca sebab berat sangat buku ni. Bila baca tu, letak atas perut, mengah la pulak. Tah pape alasan :P

Aku dah ada semua siri travelog ni. Bermula dari travelog cinta abadi kot (yang kulit merah ros tu). Tapi, yang itu lah juga yang aku dah habis baca. Yang di atas ni semua belum habis baca lagi, padahal belinya dah berzaman, sebelum beliau pindah ke madinah lagik.  

Yang ni pulak koleksi buku habiburrahman. Ada satu lagi, ketika cinta bertasbih, selain yang kat atas tu tadi. Di atas sajadah cinta tu pun aku belum habis baca. Last aku baca pada tahun 2009, masa musim h1n1. Pergh! Giler lama. Aku ingat sebab aku baca tu masa tengah buat soalan exam kat sepang.

Nampaknya itu je lah buku yang perlu aku habiskan dalam waktu terdekat nih. Kena tunggu dua masa untuk membacanya. Satu, time line streamyx ada masalah. Dua, time hujan (estro takde signal) hehehe.

Tuesday, 6 November 2012

Konvokesyen

Rasa nak menceceh tapi takde cerita. Ada cerita, tapi tak boleh diceritakan. Aktiviti harian tak banyak perbezaan. Hujung minggu lah kot kalau nak berbeza pun. Weekend lepas aku tak keluar ke mana2 pada hari sabtu. Hujan lebat. Tapi bukan sebab tu aku tak keluar. Sebab encik suami kena kerja. Memang kalau ada konvo derang wajib kerja tapi boleh book off la besok2.

Oh haaa aku dah agak dah. Kalau tak tulis ni memang takde cerita. Bila dah tulis seperenggan baru lah ada cerita hehe. Gini. Konvo yang encik suami pergi kali ni ada students beliau. Ingat lagi yang aku pergi kuantan 3 minggu berturut2 bulan april yang lalu? Haaa students tu la yang konvonya pun. Kisahnya pada hari pertama kelas di kuantan tu, aku tengok senarai nama students tu. Lorrr ada classmate aku masa dip dan degree rupanya. Sebaya. Dia keje kat ikip. Pernah lah aku contact dia thru' fb sebab kami ada beberapa persamaan. Satu, masa kerja kontrak kat uitm dulu, aku tercampak ke dungun dan dia tercampak ke miri. Dua, kami dedua tak dapat scholarship tpm hukhukhuk. Dan ketiga, kami sesama kulaan hehehe.

Bila dah tau student encik suami adalah kawan ku sendiri, aku suh encik suami jangan cakap apa2. Buat macam biasa dan be professional. Aku pun tak pernah cakap apa2 ngan dia. Dan kemarin masa konvo tu, mereka akhirnya mendedahkan bahawa mereka sama2 tau hahaha. Ye lah, ikut logik pun, kalau dah sebaya tu, mesti pernah bertembung kat school. Lagi lah masa kau uitm, di mana ada aku di situ ada encik suami kan. Cuma mungkin mamat tu tak tau nama lah kot.


Sekarang ni makin ramai opismate aku yang buat master kat yuthm. Tapi aku masih tak isi borang permohonan pun. Aik? Kata aritu kalau dah ada program part-time nak sambung belajar? Alahai... memang lah teringin nak sambung, tapi ada kekangan yang tak boleh dielakkan. Kekangan yang sama dengan jawapan kepada soalan, kenapa aku tak beli kereta baru, kenapa aku tak pakai berokben, kenapa aku tak buat rumah lagi dan kenapa aku tak boleh tukar estrobiyon (boleh?)? Semuanya atas alasan yang sama. Tak kisah lah. Dalam hidup ni, kita tak boleh dapat semua. Aku redha. Tiba2 rasa melankolik.

Dan pagi ni pulak, aku ada sesi lawatan sambil belajar ke library yuthm. Aku bawak student aku. Dah habis lawatan, sempat lah aku ke festivalkonvo derang. Kenapa aku rasa bulan ni semua orang konvo eh? Tak kira lah uni, kolej, institut, pusat, malah tadika pon! Kaya lah tokei bunga dan photographer/kedai gambar yea...

Rombongan kami

Dah.




Friday, 2 November 2012

Raya Haji 1433H

Ikutkan rasa memang malas dah nak update pasal raya haji tu ari. Tapi bila mengenangkan besok2 aku jugak yang suka nostalgia bila baca entry2 lama, maka ku teruskan lah jua. Setiap hari adalah berbeza, begitu juga hari raya haji. Tahun lepas kami berkorban lembu, tahun ni takde buat apa2.

Seperti yang aku ceritakan dalam entry yang lepas, balik dari yutp tu aku terus cuti. Hari isnin tu tak masuk kerja, kira cuti perjalanan la. Hari selasa aku terpaksa pergi ke opis (bukan pergi kerja) sebab nak isi borang cuti untuk selasa depan nya pulak. Kang tak sesuai pulak isi borang hari isnin, selasa terus cuti. Maka aku pun pergi lah ke opis. Sambil2 tu sempat jugak aku ambik assignment budak. Kengkonon cuti seminggu nak menanda lah kan. Konon.

Lepas isi borang cuti, aku pun pergi ke klinik. Ingat yang aku kena wat screening tu? Haaa tak jadik ok. Sebabnya aku dah tak batuk lah pulak. Tapi, sakit tekak la pulak melanda. So, doktor bagi sakit tekak jek. Tu yag tak best tu. Sebabnya aku dah faham sangat dengan badan aku ni. Lepas sakit tekak, komfem aku akan selsema dan kemungkinan akan batuk semula. Betul pun. Sepanjang raya haji aku selsema, tapi takde ubat. Mencik! Pastu sekarang ni diselang seli pula dengan batuk lite2. Patut kah aku ke klinik lagi? Antibiotik dah 2 cycle dah. Aritu aku baca paper, dia kata antibiotik boleh menjadi racun kalau diambil berlebihan. Apa lah masalah sistem pernafasan aku ni eh? Kompius betul. Nak kata aku minum ais, takde lah pulak. Dah 2 bulan ok aku aku bebas dari ais. Macam dah boleh membiasakan diri pulak.

Berbalik kepada cerita kita. Lepas ke klinik, aku terus balik rumah. Dan selama 2 hari itu, aku adalah melepak je depan tv dan pc. Sempat lah aku download semula noraelena dan ulang balik adamhawa serta ombakrindu. Tu yang sampai terlarut tuh.

Hari rabu malam, baru lah kami berkemas2 untuk balik kampung. Pukul 11 malam baru kami bergerak. Sampai semencu lebih kurang pukul 1.30am.

Hari khamis, seperti biasa lah, acara masak2 raya. Kali ni aku tak banyak membantu sebab siang tu derang siang2 bahan jek. Petang lepas asar, kami pun balik eto5. Raya haji biasanya mak tak masak ketupat rendang. Kali ni mak masak kambing apa tah, macam kari tapi ada serai. Pastu mak buat laksa johor dan asam pedas ayam tua. Sedapnyerrr... Tu pun masak pagi raya (mak yang masak, bangun kul 5 pagi).

Dan raya haji pun habis sebelum tengahari. Takde aktiviti nak buat. Makan jek lah. Petang lepas asar kot, baru lah kami balik semula ke semencu. Pung pang pung pang, malamnya balik semula eto5. Eh, dah macam cerita ulang alik lah pulak. Dah tak macam raya. Tapi memang macam tu lah kekdahnya aku kalau balik kampung.

Besok petangnya (sabtu) kami pergi ke batu layar. Femli in law. Berkelah2 di sana. Sebelum maghrib kami dah balik. Malam tu ada sup tulang merah gear box dari rumah kakada-abangyus. Pergh! Sorga sungguh. Malamnya aku menemankan sil sambung tengok adamhawa. Aritu masa dia datang rumah aku, dia dah layan separuh. Ni sambung lagi separuh. Tapi aku tak tengok sampai abis lah. Pukul 12 aku dah tido. Dia layan sampai habis, rasanya sampai pukul 3 pagi kot huhuhu.

Hari ahad, sebelum tengahari kami dah balik. Seperti biasa, singgah kota dulu. Best nya... sekarang ni tengah musim tudung t-shirt bermanik. Santek!!! Macam nak beli semua warna. Pastu pusing2 kipmart, plazakota dan kedai kemboja, terbeli 4 helai blouse t-shirt. Suker sangat! Ada satu baju tu aku rasa macam artis lah pulak hahaha.

Dah habis soping, pukul 4 petang baru lah kami bergerak balik. Punya lah lama. Keluar rumah pukul 12 tu tau. Ni pun aku tak pandang kain2 ela. Kalau kain pun nak beli, harus malam baru aku balik kot. Sejak lepas raya ni aku banyak mengumpul tudung dan baju untuk jalan2. Belum angin membeli kain ela lagi.

Dan kami sampai rumah sebelum pukul 7 malam. Punya lah kat kampung panas terik sejak sebelum raya, sampai pr, hujan selebat2nya. Minggu ni je tiap2 hari hujan petang. Dah tiba musim tak perlu siram pokok bunga. Jimat bil air aku.

Minggu ni aku kerja celup2. Isnin kerja, selasa cuti. Rabu kerja, khamis mc. Jumaat kerja, besok lusa dah cuti. Minggu depan je lah kot kerja penuh. Minggu depannya pun kerja celup2. Isnin kerja, selasa cuti (deepavali). Rabu kerja, khamis cuti (awal muharam). Pastu minggu depan depannya pulak, ada cuti hari khamis sempena hol sultan. Kerja cuti jek lah. Akibatnya, kelas banyak hangus. Exam start lagi 2 minggu. Kelas tak abis lagi. Caner tu?

Abis tiba2.
H