SELINGAN
Aku rasa nak demam. Lagi. Seminggu sebelum raya aritu aku dah sakit tekak selesema. Pastu aku minum air asam bebanyak, makan ubat, 3 hari dah baik. Selalunya bila dah kena sekali, 2-3 bulan lagi baru kena balik (remember, i tak minum susu ibu). Ni, baru 2 minggu dah sakit tekak dan selesema balik. Tiba2 pula tu. Aku suspek faktor udara tidak sihat sebagai puncanya. Tempat kerja aku ni dah macam reban dah. Sana sini burung merpati dua sejoli berkeliaran (macam antu pulak guna perkataan berkeliaran). Atas bumbung yang aku duduk ni pun ada. Biasalah. Kat tempat aku ni, konsepnya ialah selagi takde yang mati, peduli tidak. Dinosaur nak duduk pun dipersilakan. Errr dinosaur makan orang ker?
Tak, sebenarnya aku rasa nak demam sebab hal lain. Nak mengadu domba sket kat sini. Letih dah aku memendam rasa, tiada yang peduli. Kesian diriku.
Kisahnya tentang seorang student ni. Biarlah aku namakan dia sebagai N. Eh, Z lah. Sebab N tu dah macam nama aku pulak. Ok, Z.
Budak (tak budak la... dah 20+ pun) ni masuk sini bulan april. Aku namakan 'intake tiba2' kekdahnya. Sejarahnya, budak ni pernah belajar di poli. Berenti (dia kata masalah kesihatan, tapi selama kat
@tec ni tak pernah pun dia MC). Kendian dia masuk kolej swasta. Berenti jugak (dengar citer sebenarnya masalah pointer rendah). Tak kisah lah apa2 pun sebabnya. Yang penting, dah masuk sini, ikut lah cara sini.
Pada mulanya aku ok jer mengajar dia. Kelas dia ada 20 orang. Dalam kelas tu majoritinya budak lepas spm yang baru je kuar resultnya beberapa hari sebelum masuk @tec ni. Jadi, dia dikira senior la dari segi umur. Dan cerdik sikit daripada budak2 lain.
Beberapa minggu kemudian, dia mula buat perangai. Tak datang kelas atau datang kelas lambat. Katanya dia selalu stay up malam, maka susah nak bangun pagi. Kelas aku pulak hari jemahat pagi hingga petang (ingat lagi yang aku tertekan setiap hari jemahat tu ari? haaa sebab ni lah). Dah tak datang kelas pagi, petang pulak datang lewat. Kadang2 pagi petang pun tak datang.
Masalahnya, derang ni intake april yang pendek. Maknanya kiter kena rush sikit mengajar. Bila kena rush, setiap kelas mesti selesai satu topik. Tak sempat nak ulang atau lengah bagai. Nak tak nak derang terpaksa tangkap cepat. Kalau dah ko tak datang, datang lambat, orang dah sampai london, ko baru nak tempah tiket, alamatnya orang dah habis olimpik, ko dapat masuk paralimpik je lah. Dah lah kawan2 dia pun tak lah berapa nak pandai, nak layan pulak dia yang ketinggalan, tak dapat dek!
Bila aku buat amali, orang dah tengah jalan, dia baru sampai. Pastu nak tompang sekaki ngan kawan yang dah nak siap. Tau2 data/result dia penuh jek, padahal aku tengok dengan mata kepala hidung mulut aku sendiri yang dia tak buat apa2 melainkan mengendeng semata2.
Tiba time exam, attendance dia tak cukup 90%. Maka, tak layak masuk exam. Bagus. Kalau satu dua subjek je kantoi, takpe. Ni semua pun sama. Cumanya, aku rasa, dalam banyak2 pengajar yang mengajar dia, aku lah yang paling MENYAMPAH, BENCI, MELUAT dan BENGKEK kat budak tu. Eee aku rasa dia ialah orang kedua yang aku berperasaan sedemikian selepas makcik gedik. Sampai tahap aku tengok je muka dia, angin aku naik lah. Tak pasal2 kawan2 dia yang lain kena tempias sama. Pembawa aura negatif!
Habis exam, aku tanda juga assignment dia (yang dia hantar, kebanyakannya tak hantar). Sebab aku fikir, kalau kita bagi markah, walau pun sikit, akan keluar cgpa. Dan bila cgpa dia setakat 0 point something atau 1 point something, confirm dia akan dinyahkan dari muka bumi @tec ni. Aku rasa itu je cara paling halus dan sopan untuk mengenyahkan dia. Bukan aku dengki dengan memberi markah rendah. Memang aku bagi markah secara telus, berdasarkan assignment yang dia buat. In fact markah assignment dia pun tinggi, cuma bila dikira purata, jadi sikit lah sebab banyak yang dia tak hantar.
Sebelum tu, ada lah jugak bos aku warning bla bla bla. Tapi, keluar pulak cerita sedih kononnya dia ni anak orang senang tetapi terabai (macam dalam drama2 tu) dan sebagainya. Dengar macam kesian, tapi AAK? Tak kira lah ko anak orang miskin yatim piatu, atau anak orang kaya penuh kasih sayang ke. Takde kena mengena lah dengan tidur lewat ngadap komputer dan bangun lambat. Aku pun macam tu hehe (suka tidur lewat bangun lambat). Yang pentingnya ialah datang kelas. Ingat kawan2 dia yang lain tu excellente sangat ker? Semua pun slow learner. Tapi derang datang kelas (walau pun tido dalam kelas), hantar tugasan (walau pun copy paste). Aku pun tak kuasa nak check, budak ni tiru ke haper sebab kalau dah semua pun jawapan sama, saper tiru saper pun dah tak boleh trace dah. Point nya di sini ialah hadir dan buat. Anda buat, anda dapat heh.
Dipendekkan cerita selesai semester, bermula semester baru. Derang tak cuti. Terus je sambung semester dua. Bila result keluar, keputusan jawatankuasa berkenaan ialah dia diberhentikan. Pointer dia 1 point something. Frankly speaking, perasaan aku ketika itu adalah lega. Tiba2 parent dia datang la pulak. Bla bla bla, kita beri dia satu lagi peluang. Ulang semester. Dipersilakan!
Maka dia masuk semula semester 1. Pun dalam kalangan budak lepas spm. Memula aku dapat jadual, kena ajar budak semester 2. Tetiba tukar pulak. Kena ajar semester 1. Maknanya? Maknanya aku kena mengadap muka budak tu lagi lah! Ini kah dugaan yang ku terima... Ok, kami diminta agar menganggap dia sama seperti budak2 yang baru masuk itu. Jangan bias, jangan boikot dia, jangan asingkan dia. Kiranya buat macam eh, awak student baru, siapa nama, asal mana bla bla bla. Macam tak pernah kenal gitu.
Hari pertama dia masuk kelas. Ok, nampak patuh (sebab baru semalam kena bambu ngan bapak dia). Aku pun mengajar macam biasa. Kira boleh terima lah terpaksa tengok muka dia. Time amali, aku bagi dia buat dengan sorang girl ni. Tak siap lagi. Esoknya sambung lagi. Dia tak datang. Naik cuti raya minggu lepas, dia datang lambat. Aku adalah sabar dan senyum sambil mulut takde insurans aku berkata, awak buat lah perangai lagi...
Kelas berikutnya aku ajar teori. Satu yang lain kali ini ialah, kami dah ikut kekdah mqa. Maka subjek aku ni ada la kira2 dan konsep2. Tak paham konsep memang stuck. Dah lah kira2 derang pun memang dah sedia maklum kan. Dia pulak, tak datang. Diulangi. Tak datang kelas. Sebabnya, dia nak siapkan assignment yang kena hantar hari itu (ya, assignment ko yer ayu!). Abis, bila masa dia datang kelas? Semalam.
Semalam, aku ulang balik benda yang sama sebab budak kelas tu memang lebih slow dari siput. Ok lah. Aku pun ulang. Bla bla bla nod bla bla bla kcl bla bla bla persamaan serentak bla bla bla tekan kalkulator. Ok, cuba buat contoh. Bling! Dia pun muncul. Ya, macam iklan biskut chocfudge itu. Kelas pukul 10, dia muncul 10.45. Selepas aku habis terangkan sekali lagi. Barang diingat, yang kali pertama pun dia tak datang. Maknanya, dia tak tau apa2 pasal tajuk tu (nodal analysis). Apakala muncul je dia, langsung angin aku pun datang sama. Kawan2 dia lah yang jadi mangsa. Pok pek pok pek aku bebel. Eee aku bukan suka nak marah2 ni. Cuma aku kurang sabar kot. Tension laaa ajar budak2 peralihan ni. Pening kepala gue. Sekali tu derang tengah kira, 2 tolak 8. Tekan kalkulator tu dah wajib la kan. Tetiba sorang budak ni jawab 6!
'Ada jugak kang aku campak ko keluar!'
Dah marah sangat lah tu. Sampai keluar kau-aku.
Nak tau tak tahap matematik budak2 ni macamana? Dia lebih kurang macam kalau -2 tambah 6, dia kira 'hutang 2 bayar 6 tinggal 4' gitu. Ni aku dengar sendiri tau. Bila dengar tu, aku terus,
Haaa??? Awak kira macam tu???
Oh My Mathematics!
Kan ke macam tahap sekolah rendah tu?
Maksud aku kat sini, dah lah budak2 lain tu pun tak berapa nak pandai, ada pulak sorang budak yang mengada2 di situ, tak ke tertekan hidup ku? Sebenarnya dia takde masalah pembelajaran. Kalau banding ngan kawan sekelas, dia kira pandai sikit la, cepat faham. Tapi ni masalah sikap. Rasanya kalau dalam aspek ini, tak memerlukan ibu bapa yang kaya dan sibuk pun untuk terjadi. Dan ibu bapa yang sedemikian juga tak semestinya akan melahirkan anak sedemikian. Dah besar panjang macam tu, haih...
Maka, apa yang terjadi selepas itu? Ni lah yang sedang aku fikirkan ni. Nak buat apa ek?