Abang, henpon tinggal kat opis ngeee...
Patut lah telefon tak angkat. Tengok ni. Pukul 5.45, 550, 6 ada missed call.
Alah, dah masuk kete baru teringat. Malas nak naik lagi.
Sibbaik tepon cikai jek. Kalau tepon pintar, mesti dengan gigihnya aku naik semula. Tak kosser.
Apa punya kedekut lah aku ni. Telefon pon pesen lama. Orang dah tak pakai dah. Abis, dah 40 kali jatuh pun dia takmo rosak2. Caner? Aritu skrin dia kuar line, macam nak rosak. Tetiba hilang pulak line tu. Hek eleh... Kalau beli telefon baru pun, telefon sekarang ni nak buat apa? Nak kasik kat adik2 pun segan. Derang pakai paling cikai pon samsungkorbi. Derang banyak duit, biarlah. Aku masih lagi berpendapat bahawa telefon pintar ni memperbodohkan maknusia.
Sebab apa? Takyah telefon pintar lah. Cukup setakat gps. Kengkonon smart sangat lah tu, tunjuk jalan. Kang tak guna, jatuh kufur nikmat pulak (dah beli tapi tak guna). Maka, nak pergi kerja yang dah 10 tahun kiter pergi balik tu pun nak pakai gps. Waima nak balik kampung halaman tanah tumpah darah sendiri pun, pakai gps. Lain lah kalau nak pergi timbaktu ker, korea selatan ke, kan. Nyampah.
Dah terlanjur cakap pasal telefon ni, best jugak kalau aku cerita pasal telefon pertama ku. Pertama kali aku tengok handphone ialah milik kawan aku kat yuitm. Masa tu, dialah satu2nya orang yang aku kenal memiliki handphone. Tak ingat jenis apa. Mak dia keje telekom. Selepas tu, roomate aku pulak memilik handphone. Boyfriend dia bagi, katanya. Telefon yang antenanya dok kat tengah tu. Macam lucah sket. Masa tu macam meluat tengok beliau bergayut di telefon itu siang malam. Boyfriend berkerjaya lah kata kan. Jeles lah tu.
Kali pertama menggunakan handphone, aku guna handphone eita. Yang motorola gabak tu. Masa tu prepaid mahal. Nak register line tu pun aku tunggu sampai dapat duit ptptpu pertama. Bila dapat je ptptpu, aku register celcom. Kerana menurut kata hati, bil telefon mencanak naik. Cukup masa (beberapa bulan je), tak mampu nak bayar. Terminate. Tapi, bil tak bayar2 jugak. Sampai aku kerja, barulah aku settle kan bil tu. Sampai dapat surat loyar lagi tau. Earnst&young ke haper tah.
Selepas itu, aku adalah handphone free. Boleh hidup tanpa handphone selama hampir 2 tahun. Tapi ada telefon rumah. Sehinggalah pada final semester, selepas kes tak pergi test sebab tak dapat maklumat, terpaksalah aku beli handphone jugak. Pon dengan dana ptptpu. Terima kasih ptptpu! Iklan sekejap.
Sebelum beli telefon tu, aku ada pinjam telefon kawan encik suami. Hah? Kawan encik suami pun bagi pinjam handphone? Entah. Tapi rasanya mereka saling bertukar telefon, dan aku pinjam pulak telefon yang mereka saling bertukar itu. Semata2 sebab nak main game penguin tolak2 ice block. Best giler game tu. Dan oleh kerana suka sangat dengan game tu, maka telefon pertama ku adalah sama dengan telefon itu. Tada!
Hahaha tak glemer langsung, kan? Ni model mitsubishi. Aku beli telefon ni kat bukit jalil. Dulu kan ada karnival jualan mega ke haper tah, tetiap tahun ada kat situ. Dan aku beli simkad digi. Kenapa ek? Sebab murah kot. Background keypad tu boleh tukar2 warna. Aku suka pakai kaler kuning. Dia kasik banyak kaler. Mana tah pergi semua tu.
Bila balik je, dengan penuh keterujaan, aku terus lah nak main game penguin tolak2 ice block tu. Sekali, eh, takde pun? Dia ada game lain. Sedih. Nak ngamuk pun ya. Besok tu, kami pergi semula ke bukit jalil (gigih nyer, kan?). Tanya kat kedai tu, mana game penguin tolak2 ice block? Rupa2nya walau pun model yang sama, game yang diinstall dalam tu tak sama. Yang ni batch baru, derang tak install game tu kot. Dan tak boleh pun nak install2 sesuka sesuki hati dan2 tu. Maka, dengan kehampaan tahap mega, aku pasrah dengan ketentuan itu. Terpaksa lah aku guna henfon tak glemer ni tanpa sebab.
Tapi, henpon ni pun species nokiah jugak. Campak kat dinding pun tak rosak. Sempat lah aku pakai sampai sebelum kawen. Tak ingat lak kenapa aku dah tak pakai henpon ni, padahal dia tak rosak? Sebalik nya aku pakai henfon encik suami yang lagi olskool iaitu... tada!

Tada! Ya, kami bemakna kami lah. Mula2 encik suami beli dulu. Bulan jun 2007. Kat fotocharlie. Sebelum tu beliau pakai 3310. Bulan depannya, aku pulak beli yang sama, sebijik dot. Kat simpang PR ni. Dah tutup pun kedai tu. Murah je tefon ni. Aku ingat rege nya sampai sekarang sebab sama ngan nombor rumah abah di eto5 hehe.
Encik suami dah bertukar ke telefon pintar pada tahun lepas. Alasannya, betri dah kembung. Memang lah kembung kalau overcharging. Aku punya betri tak kembung pun? Padahal beza sebulan jek usia mereka. Beberapa minggu yang lalu, encik suami tukar telefon lagi. Aku rasa sejak tahun ni kot, telefon pintar tu dah tak berapa nak pintar dah. Asik lah the number you have dialed is not reachable. Menyakitkan hati! Ditambah pulak dengan komen kawan2 yang mengatakan telefon mereka yang sama jenis mengalami masalah yang sama. Maka, aku paksa lah beliau tukar henfon lain.
Tapi, bila dah tukar (macam downgrade je hihihi), masalah masih berlaku. Baru lah terlikir nak tukar simkad. Maka, beliau pun pergi kedai tukar simkad. Tada! Dah takde masalah lagi. Hahahaha. Sekarang ni, aku lak rasa bersalah sebab beliau tak berapa serasi dengan tefon baru tu. Tak banyak apps kan. Dah lah tefon ni takde built in compass! Sayang je telefon lama tu. Patut ke aku gantikan balik telefon yang lama (upgrade sikit pun takpe) dan ambik telefon baru itu? Aku tak rasa perlu lagi, tapi kesian lak kat dia. Lagi pun kalau nak pun, aku mesti beli yang kaler pink punya. Ni, hitam? Tapi, aku kah yang bersalah?
Kini, aku masih lagi jadi pengguna henfon nokiah 6070 sehingga kini. Sibbaik tepon ni berbunyi sebab betri nak habis sekejap tadi. Kalau tak, harus aku tertinggalkan ia lagi hari ini.
