Thursday, 30 June 2011

Umrah 2011 : Ziarah Makkah al-Mukarramah ~ Umrah Sunat ~ Puasa




Alamakkk caner eh? Aku takde idea la nak update pasal umrah ni. Ni kira update semata2 nak taruk gambo je ni. Cerita nya lenkali la bila2 aku ada idea ke. Kalau ada la. Kalau tak, setakat ni je lah.

Pada hari khamis, 9 Jun, kami dibawa ziarah sekitar makkah seterusnya melakukan umrah, miqat di jaaranah.

Singgah di jabal tsur, lokasi gua di mana Rasulullah bersembunyi semasa hijrah. Banyak sangat bas, so kami park jauh sket.

Bersama rakan seperjuangan

Jabal tsur





Dah macam tikus mondok dah kami menyusup masuk kat celah lubang tu

Tumbuhan di padang pasir

Seterusnya kami ke jabal rahmah, lokasi pertemuan nabi adam dan siti hawa selepas berpisah beratus tahun.


Peringatan





Masa kecik2, eksaited bila tengok orang balik haji tunjuk gambo unta berhias ni

Ramai orang mendaki bukit ini

Binaan paip yang ditaja oleh siti zubaidah. Masih digunakan sehingga kini. Satu contoh sedekah jariah.


Seterusnya kami ke padang arafah dan mina.



Masjid yang hanya dibuka semasa musim haji






Lokasi melontar jamrah



Terowong yang kanan ialah terowong al muassin. Sekarang dah ada 2 terowong one way



Stadium yang dibina di luar tanah haram


Ambulans

Masjid apatah ni? Jaaranah kot. Kami bermiqat di sini.

Jabal nur, lokasi gua hira'. Sayangnya kami tak berpeluang mendaki gua hira'. Memula derang ajak pegi malam yang aku puasa+umrah tu. Tapi pikir2 balik, besok tu nak buat umrah lagi. Karang penat sangat pulak. Bila dah tangguh, langsung tak pegi terus.


Kembali dari ziarah, kami diturunkan di hotel, simpan beg dan terus berjalan ke masjid untuk umrah kedua. Waktu dah hampir waktu zuhur. Panas berdenting. Orang lain, sikit2 berenti minum air zam2. Aku pulak, air liur pun dah tak kuar dah. Kering sampai ke tekak. Waktu saie ke-6, azan zuhur pun berkumandang. Kami solat di tengah jalan. Lepak gilers.

Selesai umrah, kami terus berjalan balik. Aku dah rasa nak pengsan. Haus sehaus-hausnya. Sampaikan aku terfikir, macam ni agaknya bila kita berada di padang mahsyar besok. Haus haus haus. Sampai di bilik, bukak ekon, terus hilang haus hahaha. Sibbaik tak berenti beli aiskrim kat tengah jalan tadi hihi.

Esoknya, kami pergi ke tanaim untuk miqat umrah seterusnya. Kali ni takde ziarah2 lagi dah. Dari tanaim, kami diturunkan di bawah masjid. Kali ni, kami tak ikut mutawwif sebab masa nak mula tu, ada orang yang lambat. Ustaz suh buat sendiri je sebab hari ni hari jumaat. Orang ramai tengahari karang.

Masjid tanaim. 5 kali kami ke sini.

Perkuburan ma'ala. Yang kedua dibangkitkan.

Penginapan kami

Kedai2 di bawah hotel

Tuesday, 28 June 2011

Umrah Jun 2011 : Umrah Wajib

Seterusnya, pada hari selasa 7 jun, kami pun bertolak ke Makkah. Pagi tu kami disuruh melakukan ziarah wida' dan check out jam 2 petang kot. Bab masa tu aku tak berapa ingat. Oh, aku pun tak tau kenapa. Sepanjang berada di sana, aku mengalami sindrom short-term memory. Kadang2 benda yang baru beberapa saat aku buat pun aku boleh lupa. Banyak kali lah juga. Sampai balik barulah ok.

Sampai di zulhulaifah, kami berhenti untuk solat sunat ihram dan berniat ihram di masjid bir ali. Orang lelaki menukar pakaian ihram di sini.


Di hadapan masjid bir ali.


Pintu masuk ke masjid ini.

Tak tau lah ni gambo apa. Pemandangan di kira kanan jalan kot. Layan kan je lah.





Selepas tido bangun tido bangun beberapa kali, kami pun sampai di tempat makan. Entah kat mana tah. Ala2 rnr gitu. Waktu maghrib.

Kami makan berlima (3 lelaki 2 pempuan)

Sedap jugak. Walau pun kering nak tercekik.

Licin! Tak elok membazir katanya.


Lalu di hadapan masjid tanaim.


Ada sederet kedai mesin jahit hihi.


Dah nampak menara zamzam dari kejauhan. Dah dekat agaknya ni. Suspen.

Kami diturunkan di hotel penginapan. Masijdilharam masih belum kelihatan. Rombongan kami yang asalnya 54 orang berpecah dua. Kami termasuk dalam kumpulan 14 orang. Kalau dalam website atau risalah andalusia, hotel kami masuk kategori 'atau setaraf' la. Group yang 40 orang duduk di r0yal sultan yang katanya lebih dekat dan selesa. Takpe lah. Bukan tak biasa duduk hotel tak berbintang2 ni.

Kami sampai jam 10.15 malam dan diminta turun semula jam 11.15 untuk melakukan umrah pertama kami. Tepat jam 11.15 malam, kami pun berjalan menuju ke baitullah. Jalan menuruni bukit. Jarak ke masjid lebih kurang jarak safa marwah la. Tapi bukit nya tidak lah curam. Balik pun tak terasa sangat mendakinya.

Masuk ikut pintu king abdul aziz dan terus menuju ke dataran kaabah. Seperti orang lain, aku pun suspen jugak kot2 tak nampak kaabah hahaha. Tapi tidak. Terus nampak depan mata. Dan kami disuruh melakukan sujud syukur. Seterusnya ustaz pun memimpin kami melakukan tawaf dan seterusnya saie. Di antara tu kami berdoa dan solat sunat tawaf. Secara peribadi, aku rasa tawaf lebih mudah dan cepat berbanding saie. Lagi pun jarak untuk tawaf boleh berubah2. Kot tak ramai orang, radius pendek, 20 minit dah selesai. Kot ramai orang, sejam pun tak sudah2. Tapi saie, ramai tak ramai, itu lah jaraknya. Jauh ke tidak? Saujana mata memandang la jugak. Apa tak saujana nya. Dekat ngan marwah tu ada flyover. So, tak nampak lah kedua2 bukit ni antara satu sama lain. Agak2 5 minit ar jaraknya. Dekat je hehe.

Ni selepas selesai umrah wajib kami.

Geng encik hairul di sana. Lelaki 3 orang jek.


Jom balik...

Lelaki2 bersama mutawwif kami, ustaz rifa'i.

Selesai ni lebih kurang pukul 2 pagi. Kami terus balik hotel. Ada yang nak stay sampai subuh.


Sampai hotel, nampak kedai kebab. Terus beli kebab sorang satu. Ada orang belanja.


Dah. Abis begitu saja hehe. Takde idea la nak cite.

Next, ziarah makkah dan umrah2 sunat.

Monday, 27 June 2011

Umrah Jun 2011 : Ziarah Madinah al-Munawwarah

Kami dibawa ziarah ni pada hari isnin 6hb jun. Aku memang dah niat nak puasa sekurang2 nya sekali di madinah, sekali di mekah. Oleh kerana besok dah nak ke mekah, tinggal hari ni je lah yang boleh puasa. Takpe lah kalau tak dapat makan kurma dan minum teh di ladang kurma.

Sebelum keluar, kita baca paper dulu. Macam la faham hihi. Tengok gambo je la.

Penginapan kami.

Mula2 sekali kami melintasi perkuburan baqi'. Ni belah yang bersetentang dengan masjid. Katanya, pada hari kiamat nanti, orang yang pertama dibangkitkan ialah orang2 di perkuburan baqi' ni lah. Kendian baru perkuburan ma'ala (di mekah) dan last sekali semua kubur2 di dunia. Sebab tu ramai orang nak mati kat sini. Kot.



Sama je macam ladang sawit rupanya. Eh, rasanya aku bukan ambik gambo pokok kurma tu. Aku nak ambik gambo benda yang dililit di tiang lampu tu. Aku nampak macam pelekat lalat. Saje dia takmo serangga berterbangan di jalanan kot.

Takde sejarah apa2 pon benda alah ni. Cuma aku tengok unik je tangki air ni.

Di ladang kurma encik ajis.

Buah macam buah pinang. Daun macam daun sawit.



Cuma daunnya pendek2.



Kemudian kami ke bukit uhud di mana peperangan uhud berlaku. Banyak la ustaz tu cerita, tapi aku tak geti nak cerita balik. Bukit ni kelihatan kemerah2an sebab katanya umpama darah para syuhada la.


Aku berada di atas bukit pemanah. Masa perang tu dulu, para pemanah duk kat bukit ni umpama benteng pertahanan la. Belakang tu lah bukit uhud. Bukit ni panjang.



Ni area perkuburan syuhada perang uhud. Ada kubur saidina hamzah katanya. Tapi rumours juga ada mengatakan, tak lama selepas perang ni, berlaku banjir besar dan jenazah2 yang dikebumikan di sini telah terkeluar dan hanyut. Makanya derang dah pindahkan kubur derang ke tempat lain. Entah la.


Sibuk la encik hairul tu mengambil gambo wiring kat sana. Moskel aku.

Masa nak balik dari bukit uhud ni, ada sorang makcik ni tertinggal. Dia datang bersama femli. Dekat 10 orang aku rasa femli dia. Time kat situ dia jalan sensorang. Pastu dia citer, ada orang pimpin tangan dia. Dia ingat anak sedara dia (pempuan). So, dia ikut je lah. Bila dah jauh tu, rupanya2 baru dia perasan yang itu bukan anak sedara dia. Cecepat dia baca rabbi yasir wala tu'assir dan dapat lari dari pompuan tu. Mujur juga dia nampak sedara dia kat bas. Drama betul la makcik ni.

Last sekali kami ke pasar kurma. Just terjah satu kedai je. Kedai tu dah biasa ngan group andalusia. Kalau kat ladang tadi kurma ajwa rm80 sekilo. Kat sini rm60. Borong punya borong, tak cukup duit pulak 50 riyal. Terpaksa pinjam ngan ketua rombongan. Wat malu je. Balik dalam bas tu selak2 wallet jumpa 50 riyal terselit. Terus pulang duit dia. Kot lah dia pun nak borong banyak ke kan. Bila dah sampai mekah, rasa nyesal pulak tak beli lebih2. Macam tak cukup je kurma tu. Puasa dah dekat pulak kan. Ada sesiapa nak pergi, boleh kirim tak??? Pehlisss...

p/s kat madinah susah nak jumpa atm bank al-rajhi. Kalau kat mekah bersepah atm drive thru.