Friday, 24 June 2011

Umrah Jun 2011 : Masjid Nabawi ~ Raudhah ~ Maqam



Seterusnya aku dah tak tulis ikut kronologi ek. Ikut sedap rasa je.

Hari pertama di madinah, pukul 8 pagi lagi kami dah disuruh turun untuk ziarah dalam. Dalam ni bermaksud dalam masjid nabawi. Apa yang nak diziarahi di masjid ini? Maqam Rasulullah, perkuburan Baqi' dan Raudhah.

Tapi, kami turun terlambat sikit dan mutawwif dah pergi. Ada la 4-5 orang lagi yang sama nasib, tapi derang cakap derang dah masuk Raudhah pepagi tadi lepas subuh. Ketua rombongan kami suh kami pergi sendiri. Pandai2 la. WTFunny?

Lalu kami pun melakukan ziarah dalam sendiri. Tiba di masjid, kami ternampak group mana tah sedang berjalan menuju ke satu arah. Kami pun follow. Fuh! Bertembung pula dengan group kami (pempuan je) yang meninggalkan kami tadi. Derang dah lepas ke perkuburan Baqi' dan maqam nabi. Ekceli derang tak masuk pun. Just kat luar je. Lagi pun pompuan takleh masuk ke kedua2 tempat tu. Sibbaik la ada sorang je kawan je yang kirim salam. Aku dah la lemah nak menyampaikan salam ni. So, aku beri salam dari luar je lah. Orang laki senang. Bila2 masa je boleh pegi sana.

Pastu kami dibawa ke Raudhah. Bukan dibawa la. Sebab mutawwif tu lelaki. Dia cuma tunjukkan pintu abi talib yang menghala ke Raudhah. Orang laki senang, masuk je dalam masjid, jumpa la Raudhah tu.

Kendian aku pun masuk. Kena berkumpul dulu ikut 'bahasa'. Bahasa Malayu katanya. Sementara tu aku solat hajat dulu. Mohon dipermudahkan. Ye lah, orang kata macam susah nak masuk Raudhah tu kan. Abis je aku berhajat, terus disuruh masuk. Belum masuk dalam Raudhah lagi. Berkumpul lagi. Lebih kurang 10 minit, tiba giliran kami masuk. Eh, senang la pulak. Mak aih... kena menyerbu ke? Aku rilek je lenggang kangkung. Tau2 polis tu dah cakap, solat ibu solat ibu, sini Raudhah. Aku tengok bawah, a'ah la. Dah sampai karpet hijau. Aku pun terus la solat 2 rakaat kat situ. Takde la kena berebut2 ke haper sebab yang derang rebut kan tu aku rasa barisan depan. Entah, nak dekat dengan maqam ke haper tah. Dah selesai tu, aku terus keluar. Nangis tak? Tak. Tapi air mata jatuh sendiri.

Gambar2 di bawah ni kebanyakannya encik hairul yang tangkap. Pompuan memang susah nak bawak kemre. Rasionalnya (ni pandangan aku je), aurat pompuan di sana adalah vary. Lain mazhab lain pembawaannya. So, kena lah derang jaga. Aku pun mulanya lepas jugak bawa kemre. Tapi last2 kantoi jugak hahaha. Ibu, haram haram. Adoiyai... lawak pun ada. Tak pasal2 kena patah balik hantar kemre. Sibbaik tak jauh sangat. Derang memang ada masa2nya begitu strict. Ada masa dia selak2 lebih kurang jek.

Aku pun tak sempat menyaksikan sesi mengepak dan menguncup benda alah ni. Tapi aku pernah nampak derang bersihkan bumbung ni. Bila dia cuci, airnya akan jatuh ke dalam tiang. Ada salur la kot.


Errr nanti aku dah tanya encik hairul baru aku cerita kat mana tempat2 ni. Tak dapat bayang.

Haaa yang ada kepungan putih (kiri gambar) tu la area Raudhah orang pompuan. 2 tiang je. Tengok orang laki, depan polis pon tak kisah ambik gambo.


Ni kot tiang aisyah. Aku yang paksa dia cari tiang2 ni. Orang kata tempat2 yang mustajab doa. Katanya.


Yang ni kot maqam Rasulullah dan 2 sahabat. Kiri sekali maqam Rasulullah.

Yang tengah maqam saidina abu bakar.




Pintu salam (babussalam). Area orang lelaki.


Hari isnin tu kami puasa. Hari tu jugak kami pergi ziarah luar. Tak merasa makan kurma percuma di ladang kurma. Petang nya aku berbuka di luar masjid. Aku tak tau kenapa orang2 paki+india suka sangat solat di luar ni. Panas lak tu. Kat dalam ada ekon. Aku kalau masuk mesti duduk dekat2 tiang sebab ekon kuar ikut situ hehe. Masa menunggu waktu berbuka tu aku duduk sebelah makcik paki ni. Dia offer jajan potato chips. Aku lak bawak pisang sebijik je. Lepas buka lebih kurang, cecepat aku masuk dalam. Tapi dah penuh. Dapat solat maghrib pun dekat2 dengan tong air zam2 je.

Gaya orang berbuka.


Orang lelaki ada makanan disediakan. Kata encik hairul, bila dibuat cenggini, orang yang tak puasa akan rasa semacam. Segan2.

Makanan berbuka encik hairul kot. Kami ada bawa kurma sendiri. Kan siangnya kami pergi ziarah. So, dah beli la kurma ajwa yang diwar2kan tu. Memang sedap kurma ajwa ni. Tak manis sangat.


Deretan al-Quran. Ada 2 orang kawan aku kirim wakafkan al-Quran. Tapi kami tak dapat pergi ke kilangnya. Kat luar masjid memang banyak orang jual al-Quran, tapi tak semua boleh masuk dalam masjid. Kalau dapat masuk pun, sekejap je. Bila derang check dan bukan cetakan kilang tersebut, derang akan keluarkan dan hantar ke masjid2 lain. Kalau beli kat kedai atau tepi jalan, rm50 boleh dapat 2-3 naskah al-Quran. Tapi kami kirim kat mutawwif untuk belikan yang ori punya, 40 riyal senaskah. So, untuk kawan yang kirim tu, aku cuma dapat beli sorang 1 naskah je la (kalau convert pun 40 riyal lebih kurang rm50). At least kita yakin naskah tu takkan dikeluarkan dari masjid nabawi/haram sebab dia ada front and back cover yang menunjukkan ia cetakan kilang sebenar. Kalau yang kat kedai tu takde cover tu.

Rak kasut pun nak ambik gambo.

Dalam banyak2 tiang yang dikatakan tempat mustajab untuk berdoa, ada satu tiang yang tak ramai yang orang tau. Tapi bukan tiang yang mustajab berdoa la.

Inilah dia. Tiang Asiah. Takde kena mengena dengan firaun. Cuma ini tiang di mana aku selalu menunggu encik hairul setiap kali lepas solat hehehe. Ekceli kami dah bertukar 3-4 lokasi menunggu. Last2 tiang ni yang paling ideal. Betul2 kat depan pintu masuk lelaki. Kalau kat pintu masuk pempuan ada satu kawasan menunggu. Tiap kali lepas solat, mesti penuh tempat tu dengan orang lelaki yang memanjangkan leher mencari femli masing2.

Tak sempat menerai kehepsi kat sini sebab sibuk demam. Hari yang aku masuk Raudhah tu, petang nya aku ikut member ke perkuburan baqi'. Balik dari situ, kami pusing satu masjid, ikut jalan lain. Jauh tu... Sampai2 je kat bilik, terus aku togok air sejuk. Padan lah muka. Dan2 terus sakit tekak. Sejak itu, segalanya tinggal sejarah. Aku tak sihat sepanjang berada di sana. Malam selepas aku puasa tu, aku demam. Huuu... Besok nya kami dah nak berangkat ke Makkah. So, encik hairul mengemas la beg sensorang. Mujur besok tu dah kebah. Cuma selesema pula mula menggila.


Ni kot mehrab nabi (yang asal). Bahagian lelaki memang aku tak dapat nak imagine.

Encik hairul di maqam nabi.

Encik hairul mengalami kehilangan selipar sebanyak 2 kali. Satu di madinah, satu di mekah. Kira 2-2 selipar mesia hilang lah. Tah mana pulak gambonya. Dah terdelete kot. Kang aku guna laptop kang aku taruk gambo beliau berkaki ayam balik dari masjid. Tu lah. Degil sangat. Aku buatkan 2 uncang kasut untuk dia, tapi tak mau guna. Geram betul.

Tu lah uncang yang aku buat (kaler ceklat krim tu). Tapi 2-2 pun hilang kat mekah. Satu hilang sebab tercicir, satu hilang bersama selipar. Tinggal uncang aku je yang selamat dibawa pulang.

Errr aku baru upload gambar2 di bawah, so ia mungkin tunggang langgang. Tak kosser aku nak edit2 dah. Tapi masih relevan dengan tajuk.

Kami dapat bilik dengan 4 biji katil. Satu hari satu katil hihi. Tak tak, kiter combine kan dia menjadi king kong size bed.

Betul la orang cakap, hotel madinah is better than makkah. Tapi masjidilharam is much much better than masjid nabawi kan....

Belian pertama ku. Air mineral. Bila dah jumpa air zam2, bercinta nak abiskan air ni. Last2 abis jugak time kat epot time nak balik. Oh, masa balik takde masalah bawa liquid bersama2. Time kat klia, pencuci muka aku yang tinggal nyawa2 ikan pon dia buang. Cis!

Bumbung yang bergerak. Ni je lah sekali aku dapat bawak kemre. pastu dah kantoi.

Remember masjid jertih? Kat sini pon ada belang2. Tapi yang aku maksudkan dulu tu masjid di cordoba.

Ambik gambo pon takut2 hihihi.



Aku bersama uncang pink. Memula aku bawak beg telekung bandung. Tapi selepas polis tu cakap aku orang ind0n, terus aku tukar beg lain. Oh, tapi selain ind0n, aku juga disangka orang filipin. Errr ada iras2 marimar kah?

Rujukan kami di madinah.

Hah jumpa pon gambo ni.

Orang hilang kasut.

Ni platform tempat azan rasanya. Area orang lelaki.


Sempadan Raudhah. Karpet hijau.




Tong air zam2.

Semua sejuk kecuali yang bertanda not cold. Sehari je aku dapat merasa yang sejuk uhuk uhuk uhuk.

Satu yang istimewa bila minum air kat sini, kita takkan rasa nak terkencing. Semua diserap badan kot. Panas sangat.

Suasana waktu malam.



Next, sekitar ziarah luar madinah. Tak banyak gambo sangat sebab aku keletihan puasa.

Thursday, 23 June 2011

Umrah Jun 2011 : Perjalanan


Selepas mendengar taklimat ringkas dan mendapat passport serta boarding pass, tiba lah masa untuk berbabai2an. Aku sebagai manusia hati kering, ala2 takde perasaan je hahaha. Bak kata ustaz penceramah itu ari, bukan nak pergi mati. Isy.

Menuju ke errr apa nama tempat tu? Tempat nak naik katebang tu lah.

Bukan kesilapan teknik fotografi. Memang nak ambik gambo katebang tu.

Tepat masa yang ditetapkan, kami pon berlepas. Bila aku cakap kat member aku nak naik gulf air, derang cakap, bagus lah. Nanti derang baca doa naik kenderaan. A'ah, awal2 lagi derang dah baca. Siap sadakallahul'azim lagi. Ye lah, doa tu kan dipetik dari ayat al-Quran kan.

Tak sempat nak lelap, dah dibagi makan. Belasah je lah. Nasi lauk kambing.


Sepanjang perjalanan selama +- 8 jam, aku menonton program ni je tau. Insaf tak? Eh tak. Ada gak tengok discovery channel citer pasal pembuatan kete porsche dan tasik apatah yang ada niagara fall tu. Sumber air di us katanya.

Abis makan, tak sempat derang kutip tray ni, aku dah tido dulu.

Bila bangun, tengok2 kami dah melepasi semenanjung india (ada ke?). Tido balik dan sedar balik bila derang nak serve makanan lagi. Dah dekat bahrain dah.



Tak lama tu, sampai lah kami di epot bahrain. Manama kot nama negeri ni.




4 jam jugak kami kat sini. Ramai orang2 paki+india bergelimpangan dengan pakaian ihramnya.

Ada sebuah bilik kaca kat situ. Rupa2nya bilik merokok. Macam bilik membunuh diri je. Penuh orang. Tengah2 menunggu tu, aku ternampak sorang mamat ni. Smart je ngan uniform. Gaya pilot. Siap bawak briefcase. Jalan pun tegak je. Sekali dia boleh berenti, letak beg dan masuk dalam bilik ni. Ek eleh... Terus hilang kemachoan.

Kat sebelah bilik asap ni ada 2 biji pc. Sempat lah aku berblog sekejap.


Dah dekat sampai masa berlepas lagi.


Lebih kurang kul 6.30 petang (kat mesia dah 11 malam dah ni), kami pun berlepas dari bahrain ke jeddah pula. Perjalanan lebih kurang 2 jam kot. Lupa lak.

Makan lagi.


Sampai di jeddah, kami turun di terminal haji. Dengar citer baru tahun ni kot derang turun kat sini.

Tak tau tengah tunggu apa. Ni sebelum check out.


Urusan imigresen dan kastam berjalan lancar. Takde sangkut langsung. In fact beg dah kuar dulu sebelum kitorang kuar.

2 je beg kami. Ada 1 masih dalam kandungan. Time balik baru dia beranak.

Macam pernah tengok pemandangan kat sini.




Dari sini, kami pun menaiki bas untuk ke madinah. Ada 2 bas. Oh, lupa nak cite. Rombongan kami seramai 54 orang. Masa nak naik bas tu, kami tengok dulu basnya dari luar. Yang satu tu kaler kuning macam bas sekolah. Yang satu lagi macam bas biasa. Terus aku pilih yang biasa tu. Padahal takde lah beza. Tah2 lagi teruk.

Sampai di madinah lebih kurang jam 3.30 pagi. Betul2 time subuh. Lepas mandi2, kami terus ke masjid. Owh... gini rupanya masjid nabawi.


Umrah Jun 2011 : Pengenalan

Macamana aku boleh terbuka hati nak mengerjakan umrah? Bukan lah selama ni hati aku tertutup untuk itu. Cumanya, macam tak terpikir pulak. Memang ada niat nak ke sana, tapi mungkin terus buat haji je kot. Tapi, nak menunggu tahun 2028 tu kan macam zaman kanak2 mendengar tahun 2020 kekdahnya. Jadi, jawapan cliche yang boleh aku berikan ialah, dah sampai seru.

Eh, boleh tak aku straight to the point je? Malas la nak intro2 bagai. Kalau ikutkan memang banyak kisah sebelum kejadian yang nak distorikan, tapi macam malas nak mengungkit. Tentang ejen batu pahat yang hampagas, tentang kursus, tentang ketua rombongan yang erk entahlah. Betul. Aku tak nafikan. Memang tiada travel yang maksum. Tapi... haih entah lah. Sabar je lah. Citer pasal tu aku simpan untuk edisi berita biasa je la. Takyah masuk edisi jumbo nih.

Ok lah. Masa sebelum pergi, aku ingat nanti balik nak buat entry ala2 travelog. Tapi rasanya aku tak cukup idea lah nak bercerita. Tah2 ni kang aku taruk gambo ngan caption je tah. Jadi, aku mulakan cerita ni dengan kisah sehari sebelum bertolak.

Jadual penerbangan kami ialah pada hari sabtu jam 10.25 pagi. Penerbangan dari klia ke bahrain, transit +- 4 jam kemudian ke jeddah. Aku mula bercuti pada hari khamis. Kononnya nak kemas2 rumah dulu. Hari jumaat baru lah kami bertolak ke kl. Keluar rumah lebih kurang jam 11 pagi dan singgah di rnr pagoh untuk makan tengahari. Ni kira first time aku singgah rnr ni selepas direnovasi. Toilet dia cantik. Ada eskalator pulak tu. Kat situ aku makan nasi lauk asam pedas ikan patin. Mula2 makan tu sedap lah. Macam biasa, kalau makan ikan patin, aku mesti tinggalkan part perut dia dulu. Save the best for last gitu. Sekali bila aku makan part tu, mak ai... nak muntah aku rasa. Hanyir semacam je. Sayang nyerrr.

Dari rnr, kami terus ke kl. Pergi ke masjid india. Sekejap je. Selepas tak berjumpa apa yang dicari, kami pon terus ke rumah in. Sampai sana, pil ngan adik2 pun ada. Kak zela pon ada. Derang dari kontan semalam. Alahai... aku ingat tak nak la ramai2 menganto ke epot besok. Macam yoyo o sangat. Tapi, dah orang nak anto, eh, sukati lah.

Malam pukul 10 aku dah standby nak tido. Tapi, derang, biasa lah. Tengah2 malam tu lah nak masak sardin la. Nak buat bekal sandwic besok katanya. Haihhh memang tak boleh tido la jawabnya. Pagi2 buta pulak si saleh keluar gi jemput si safit kat hentian serdang. Pon nak ikut jugak. Dia balik semula pun aku sedar. Tido bangun tido bangun, last2 kul 5 pagi, aku pun bangun. Pung pang pung pang gedebuk gedebak, pukul 6.30 pagi baru kami bergerak ke klia. Derang suh datang kul 7.30 pagi. Ikut jalan putrajaya. Sampai sana, dah ramai orang dengan beg biru kuning. Tak lama tu check in dan menunggu.

Kat klia takleh log in fb sebab ia social network. Ek?




















Sebelum masuk, kami diberi taklimat sedikit. Dan berkenalan dengan ketua rombongan.


Segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

p/s caption pon takde hahaha.

Wednesday, 22 June 2011

Nora 'Asia' Elena (teringat anak sedara ku elena amenda hihi)

Sebelum cerita yang sepatutnya diceritakan, adalah di sini dimaklumkan bahawa saya telah pon sama2 menaiki keretapi dengan korang ok. Ya, keretapi n0raelena tu lah. Walau pun sepanjang tayangannya selama 24 hari itu, tak pernah sekali pun saya menontonnya, tetapi bersempena saya mengextend cuti sampai ke hari ini, dapat lah saya meng catch up ceritah itu sampai khatam (hehehe ngaji tak sempat khatam pulak :P). Bukan apa. Saya teringin sangat nak tau bila orang cakap yang encik sethtan itu sangat lomantik kan. Sekali? Alaaa biasa jek? Mula2 tu ingat, nanti biler dah tengah2 episod kot. Tapi, sampai ke episod 24 saya tunggu. Mana part lomantik giler tu? Mati2 gua ingat dia kasi bunga 1 kontena. Ropanya segitu jek? Hiiiiii tak puas ati betul. Korang memang suka exxagerate eh?

Kesimpulannya, lakonan dia sebijik macam r0syamnor. Sekian.

p/s dari segi jalan cerita pula, rasanya berlambak2 novel berjalan cerita seperti itu. huh!

Sunday, 12 June 2011

Hari Lahir

Insya Allah, jika dipanjangkan umur, aku menyambut hari lahir ke tiga puluh dua ini di Tanah Suci. Alhamdulillah...

Saturday, 4 June 2011

Seru


Assalamualaikum semua...

Dengan kerendahan hati, di sini saya ingin memohon maaf kepada pembaca sekalian, seandai kiranya selama kita berblogging ini, ada saya melakukan sebarang kesilapan, terkasar bahasa, termengata, tersindir, terikut suka hatiku je dan lain-lain bentuk kesalahan yang mengguris hati sanubari kalian. Maafkan lah saya zahir dan batin.

Semoga saya dan suami selamat pergi dan selamat kembali, diberi kesihatan dan kekuatan serta segala urusan kami dipermudahkan. Amin.