Thursday, 24 June 2010

Azzurri!!! *Updated 9am

From HERO to ZERO! Uhuk uhuk uhuk kesian siot tengok derang menangis.

Aku, bila encik hairul takde, asyik lupa je nak tengok bola. Dah 2-3 hari jugak aku miss. Malam tadi nak tido, encik hairul bukak bola. Tapi, dia yang tido dulu. Aku yang terkebil2 ni terpaksa la layan bola. Azzurri vs Sl0vakia? Boleh la. Penyandang juara lawan tah, tak glemer.

Gol pertama aku tak tengok. Baru aku nak melayang, gol kedua pula masuk. O'ooo kena tengok betul2 nih. Camne pulak juara boleh kalah nih? Masa semakin suntuk. Muka coach dah ketat. Tetiba mereka berjaya menyumbat 1 gol. Lain. Takde masa nak joget2 buat slide bagai. Monyok je muka walau pun gol. Masa ni azzurri dah mula fight balik. Banyak cubaan2. Dah gol, offside pulak.

Masa dah tipis, sl0vakia bikin drama pulak. Main tukar2 player. Grrrrrr... Tengah eager nak menggol, tiba2 sl0vakia counter attack dan terus gol ketiga. Aiyokkk??? Itali semakin terdesak. Di saat2 akhir, masuk gol kedua. Part ni kelakar sikit. Lepas gol tu, keeper sl0vakia terus ambik bola tu. Si penggol azzurri pulak berebut nak bola tu.

"Aku punya bola la. Bak sini!"

"Takmo takmo. Nah, ambik ko sebijik. Dusy!"

"Ooo ko main kasar ek. Nah, ko pon sebijik jugak. Dusyum!"

Referee pon datang, "Ni apa gado2 nih. Meh sini, meh sini. Nah ko, ambik ni (kad kuning). Ko pon ambik ni (kad kuning jugak)."

Selepas itu, sl0vakia tukar pemain 2 kali. Saje buang masa. Akhirnya, wisel penamat pon di tiup. Lalu, tergolek la sorang mamat itali itu.

"Huuu isk isk isk sedih wooo. Dah la sedih, malu pulak lagi huuuuuuuuuuuuuuu."

Coach, tanpa membuang masa, terus menyusup keluar padang.

Aku, tumpang sedih. Alah, biasa lah tu. Brasil pon dulu kalah jugak. Tapi tidak lah kalah di pusingan pertama huhuhu. Apa2 pon, memang buruk owang laki ni menangis uhuks.


Seni Jahit : Buku, Bakat Atau Skill?

Hari ni aku nak bebel pasal aktiviti menjahit pulak.

Aritu, kan aku ada beli buku seni jahitan kan. Sejak beli, tak pernah lagi aku praktikkan. Dah lama aku tak buat dan pakai baju kebaya. Sebab dah insaf sikit. Isk, bukan ler pakai baju kebaya tu berdosa. Cuma, aku rasa macam tak sesuai pulak nak pakai pergi kelas. Students aku bukannya budak kecik yang belum mummaiz lagi. Sedang2 naik pulak tu. Dah lah majoritinya lelaki kan. Boleh mengundang imaginasi yang liar di situ. Bahaya! Maka, berbaju kurung ler aku. Eh, tau tak korang mana asal usul datangnya nama baju kurung nih? Entah, aku pernah baca kat mana tah. Kiranya wanita melayu ni kan penuh dengan sopan santun dan pemalu kan. Jadi, baju yang dipakai juga haruslah dapat memelihara ciri2 ini. Kiranya dengan memakai baju kurung, dapat 'mengurung' kita dari bersifat sebaliknya. Kot gitu lah.

Aku mula mengenal baju berkun/piping semasa ermmm form 2 kot. Kiranya ilmu tu baru masuk ke dalam komuniti kami la. Mula2 'ibu' je yang pandai jahit kun tu. Pastu, mak suruh aku belajar dari dia. Pergi lah aku ke rumahnya untuk belajar. Oh, bukan belajar jahit kun aje, buat scallop langsir pun aku belajo dari dia. Dan aku belajar melalui pemerhatian sahaja.

Sejak kecik lagi rasanya aku dah mulakan aktiviti observation nih. Masa arwah mak ada lagi (kira2 umur aku 4/5 tahun), aku dah menengok mak menjahit. Antara yang paling aku ingat ialah baju gaun besdei yayu hihi (yang aku ceritakan yayu sakit gigi tu). Selepas emak takde, aku tengok kak uni pulak menjahit. Ni lagi lah banyak aku rasa sebab kak uni ambik upah dari arwah cik esa, menjahit baju budak untuk jualan pasar lambak.

Ada satu peristiwa lucu semasa jiran kami meminta kak uni menjahit baju cucu dia. Umur budak tu ada la dalam 3-4 tahun kot. Bila neneknya nak ukur badan dia, dia meraung2 takmo. Last2, tah cemana dia buat, dapat la dia mengukurnya dan menghantar ukuran tersebut kepada kak uni. Tapi ukuran nya macam tak logik (ala2 saiz anak patung je). Kami pon bantai gelak. Eh, kenapa macam tak lawak plak? Tah, dulu rasa macam lawak giler? hahaha.

Naik sekolah menengah, time aku duduk rumah busu temah, aku meneruskan aktiviti mengendeng kat tepi mesin ini. Tapi, bukan setakat itu, aku turut belajar memotong baju kurung. Setelah aku perhati2kan, banyak juga ilmu2 jahitan yang aku pelajari secara tidak formal. Selepas itu, aku dah pandai jahit baju kurung. Setakat baju sekolah, baju raya tu, kira dah lepas lah. Kadang2 aku ambik upah jahit mata lalat dengan upah 3 hengget.

Masa form 3, aku pernah terpilih untuk menyertai pertandingan jahitan (kemahiran hidup kot). Kami buat secara team. Projek kami ialah beg cum bekas surat. Aku ditugaskan membuat tali beg cum penyangkut bekas surat. Siap jahit lubang butang bagai. Pada hari kejadian, aku berada di kampong makam. Pertandingan tu di sekolah laksamana kot. Oleh kerana aku tak pergi sekolah hari tu, aku pesan dengan kawanku, 'cakap kat cikgu, ambik aku kat simpang makam tau'. Tapi, tunggu punya tunggu, sampai nak tengahari, takde pun cikgu yang mengambik aku. Rupanya derang tak pergi pon. Kot, lupa dah. Huh! Kalah sebelum bertanding.

Sebenarnya, aku rasa semua classmates aku pandai menjahit baju kurung.

Masa sekolah dulu, kami memang suka buat kain kipas. Bayangkan, ropol kain tu dilipat sebesar 1 inci setiap satu. Memang macam kipas ler.

Oh, lupa lak. Sebenarnya aku nak cerita ni pasal kaedah menjahit kun. Masa aku belajar dengan ibu dulu, dia guna satu papan kun untuk sebelah pesak. Maknanya, untuk sepasang, memerlukan 2 papan. Baru2 ni pulak, aku belajar satu kaedah lagi, iaitu, belah kun tu dan terus je tindih kun tu antara pesak dan badan. Tapi, dengan mesin jahit juk! ni, susah pulak aku nak adjust saiz kun tu sebab bila kecik sangat, dia jadi tersorok ke dalam. Bila besar, hodoh pula.

Bila aku tengok kat buku seni jahitan tu, aku menemui satu kaedah baru. Aku dah tanya kat sil yang belajar menjahit di kkbn*. Dia kata, dia pon diajar cara tu. Jadi, aku pun mengetestnya. Siap lah jadi satu baju. Haaa baju biru chifon goget tu lah. Tapi memang aku tak berapa puas ati dengan hasilnya. Dengan kaedah ini juga, kita boleh belah kun tu. Sepapan cukup untuk satu baju. Jimat!

Dan beberapa hari lepas, aku cuba jahit guna kaedah yang sama, tapi nampaknya semakin teruk. Herot petot jadinya. Nak buat macamana? Kun dah belah dah. Lalu aku mengambil keputusan untuk balik ke asal. Back to basic. Dengan kun yang dah dibelah, aku cuba menggunakan kaedah 'ibu'. Dan, wallaaa!!! Cantik! Yeay! Aku telah mendapat sentuhan itu! Seperti do-do ku. Errr ada kaitan tak?


Wednesday, 23 June 2010

Lapan Belas (18) : Bukan Rate SX, PL, Whatsoever

.

Aku dah kira dah. Dari tempat kerja aku sampai ke sengg@rang, ada 18 buah gerai menjual durian yang aktif. Ikutkan banyak lagi, tapi ada yang dah tutup awal. Kiranya purata 1 kilometer ada 2 gerai la.

Sabtu lepas, kami pergi bp dan balik lalu jalan itu. Sajer nak beli durian. Mulanya nak beli kat kedai buah simpang rantai je. Sekali pikir2 balik, dia memang jual buah. Maknanya mungkin dia dapat durian tu dari orang lain yang juga bermakna harganya mesti mahal sket. Baik lah kita beli dari pemilik pokok tu terus. Segar dari ladang.

Maka, kami singgah lah di gerai 'durian bukit'. Kenapa bukit? Mungkin kebun durian itu terletak di atas atau lereng bukit. Atau mungkin juga kerana lokasi gerai tersebut adalah di selekoh bukit kel!cap. Gerai ni antara yang terawal dibuka pada musim ini. Yang bagusnya, ownernya melayu. Bekas tokei kafe kami jugak katanya. 'Cakap je ko keje @tec, mesti dapat diskaun punyer', kata kawanku.

Sampai di sana, terpaksa parking di seberang jalan sebab gerai dia belah kanan. Kelihatan di sebelah kiri jalan, pemandangan indah ini.

Bergayut-gayutan

Fuh! Fuh! Aku cuba meniup2 agar dia jatuh di sebelah ku.

Best2. Kami beli durian sebanyak 10kg=7 biji. Jangan terkejut sebab durian ni berat kulit je. Kali ni beli durian kawen d101 dan durian merah (tak tau nama saintifik). Hidup ni sementara. Bila lagi nak makan durian yang sedap, kan? Hehe cover baik punya. Padahal encik hairul dah gelar aku hantu durian dah. Terasa berada di dalam filem animasi up1n dan ip1n pulak.

Malam itu, kami dinner durian sahaja. Aku ni suka makan durian, suka bau durian. Tapi, bau sendawa durian, rasa nak pengsan!

Tempoyak yang aku buat pada musim yang lepas pon aku dah buang. Baru je. Sedih je time nak buang tu. Sebabnya, aku sempat makan sikit jek. Menyesal! Sebenarnya encik hairul tak makan tempoyak. Jadi, takde lah aku masak menu berasaskan tempoyak. Aku suka je makan begitu saje dengan nasik, tapi asik terlupa je. Akhirnya, 1 tapewer-bubur-ayam tempoyak terpaksa dilupuskan.

Tapi semalam, durian dah abis huuuuuuu tak cukop. Aku siap kumpul bijinya lagi, konon nak tanam kat belakang tanah baru tu. Tapi, tak geti cemana nak semai. FIL ada bagitau aritu, kena potong sikit kat bahagian mana tah. Tak ingat. Tu yang tak geti tu. Kalau banyak yang jadi anak pokok, aku nak tanam kat umah abah. Motif? Menambah alasan nak balik kampung. Boleh?


Tuesday, 22 June 2010

Sorry Pak Tam...


Isteri saya dah pandai masak char kuey teow, kata encik hairul hehehe. Sebenarnya aku 'pernah pandai', tapi selepas 3 tahun, barulah angin nak masak ckt pun datang kembali. Padahal takde lah susah mana pun nak menyediakannya. Once dah buat sambal dan kicapnya, 5 minit je dah siap masak. Bezanya aku takde kuali melengkung, dapur yang api besar sampai boleh masuk dalam kuali dan pinggan lonjong. Kalau ada semua tu, dah setaraf ckt telur dibasuh sungai 2 kot huhu.

Pertama kali memasak ckt ni ialah masa aku baru pindah paghit ghaja. Masa tu lah aku bertemu dengan sos sotong yang sebenar. Kalau tak tu, sos ikan cap sotong je yang ada. Oleh kerana sos itu masih banyak dan akan expired pada bulan 12 nanti, aku pun cecepat ler membuatnya weekend lepas. Itu pon tak abis lagi juga. Aku buat separuh dari resepi sebab kalau ikut resepi tu banyak sangat. Macam nak berniaga 1 malam. Guna nya sikit jek.

Ok, aku mendengar detik hati korang. Nak resepi kan? Ngehngehngeh. Tengok, walau pon korang kerek2 takmo respon pon, aku kasik jugak resepi tau. Dah, takyah hegeh2 sekarang baru nak komen. Aku tujukan lagu Hati Yang Kau Sakiti kat korang :P . Tak pon, start je kete, pegi lah makan ckt pak tam yang sepinggan 4 hengget (mahal giler) tuh. Aku tau, korang memang tau makan je, malas masak hehehe.

Resepi Char Kuey Teow (1/2 adunan yang selepas ini dah diisytiharkan sebagai 1 adunan sebab dah jadi resepi aku dan kalo korang nak kurangkan lagi, bahagi dua lagi menjadi 1/4 adunan dan buat2 macam 1 adunan resepi sendiri. paham ke?)

Pes Sambal

  • Lada kering siap gunting buang bijik 50 gram. Serius, aku siap timbang ok...
  • Bawang merah 3 bijik setengah (3 biji besar, 1 biji kecik). Imagine lah sendirik.
  • Bawang putih 2 bijik setengah (2 biji besar, 1 biji kecik). Giler poyo ikot resepi sebijik2 bahagi 2 haha.
*Rebus lada kering, cuci, tos dan blend sekali ngan bawang. Kalau takmo sakit perut la. Sebab kita masak ckt ni kan secara pantas, takut tak garing lak lada tu kang.

*Tuang semua sekali ke dalam kuali dan rebus sampai pekat sikit.

*Tuang dalam bekas aiskrim walls perisa coklat cip dan simpan kat chiller esbok.

Kicap

  • Sos tiram suku botol. Entah, botol kecik ke botol besar tak tau la. Pandai2 korang. Nak nampak saintifik sikit, baca isipadu kat label, bahagi 4 dan sukat guna cawan sukat yang biasa buat sukat susu nak buat kek coklat tu.
  • Kicap cair setengah botol. Ni pon korang boleh buat cara yang sama jugak.
  • Sos ikan 2 senduk. Senduk ni ada macam2. Kalau korang salu tengok orang masak ckt ni mesti nampak derang guna senduk yang bulat besar tu kan? Aku agak2 senduk ni lah kot. Tapi aku lupa nak guna senduk ni, so aku guna senduk nasik biasa (yang macam beli kat langkawi tu).
  • Sos sotong 2 senduk. Pon sama macam di atas. Sesetengah resepi yang aku gugel tak suh taruk sos sotong ni. Tapi aku gigih gak cari merata2 cari sos sotong. Dan kebanyakan kedai yang aku tanya "sos sotong ada?" akan kasi sos ikan yang cap sotong (bukan kebanyakan, tapi semua kot). Jadi, kena baca ingredient dia. Kalau dia cakap anchovy ekstract tu maknanya bukan lah tu. Cari sampai jumpa yang tulis ekstrak sotong baru betul. Mungkin tempat2 di sempadan siam senang nak cari kot. Huh! Panjang nya. Kalau tak jumpa jugak, taruk je lah sos ikan tu dabel dan buat2 macam sos sotong. Derang kata resepi derang setaraf ckt pmatang pao ngan buket mertajam, so, mungkin lah lagi sedap. Siapa lah resepi aku kan...
*Jerang 750ml air dengan secubit garam (buat ada2 je sebab kicap2 tu semua dah masin2).

*Dah didih, masukkan sos tiram. Kacau2 sampai larut.

*Kendian masuk kan kicap cair, sos ikan, sos sotong. Nak taruk aji pon bleh buat ada2. Dah didih, tutup api, tuang dalam bekas aiskrim nestle perisa neopolitan dan simpan dalam chiller esbok. Eh, tunggu sejuk dulu la.

Bahan2 lain

Segenggam kuey teow. Tak jumpa yang halus, pakai yang biasa pon boleh.
Toge sket.
Kucai sket (aku tak letak sebab nanti masa makan dia suka lekat kat lelangit. boleh terbegik. me, don't like)
Telur sebijik dibasuh.
6 ekor udang.
Beberapa ekor kerang ikut suka. Aku suka tapi malas nak gi beli. Kalau beli yang bercengkerang nak kena kopek pulak. Yang siap kopek takde jual pulak kat ain ebergrin tu.
Minyak masak 4-5 sudu

Cara memasak

  • Panaskan minyak dengan api beso. Kendian masukkan udang. Goreng la sampai rasa2 macam dah masak, kecikkan api.
  • Ketepikan udang tu, kuarkan minyak tu sampai tinggal lebih kurang 2 sudu. Agak2 je lah. Kalau malas nak kuar2, masa mula2 tu guna je minyak sikit untuk goreng udang. Senang sekali jalan jek. Park at your own risk yea.
  • Masukkan 1 sudu pes sambal dan sesudu kicap, besokan api balik. Kacau jangan bagi hangus. Eksyen la sikit macam pro. Time ni bau dia dah ala2 ckt dah. Eh, masukkan lah kerang time nih. Kang tak masak pulak.
  • Agak2 dah garing, tuang sumer kicap. Kacau sikit. Sekali lagi kena eksyen kelentung kelentang sikit. Eh, giler ko nak tuang semua kicap? 2 senduk je lah. Campur air sikit kalu masin sangat. Bleh la rasa2 time ni. Lagi2 kalau first time tu kan. Kalau dah masak banyak pinggan tu mesti dah boleh agak berapa banyak air nak taruk. Lagi pun air ni untuk tambah kuah. Nak harapkan kicap tadi memang sikit la kuahnya. Takpon, masa buat kicap tu, taruk air lebih. Cuma, kalau terlebih, cair sair sangat, tak masin, dah susah nak adjust. Kalau termasin boleh tambah air. Kalau tawar hebeh, dan2 tu nak masukkan sos, huru hara ler. Kesimpulannya, ikut je resepi asal.
  • Dah didih, masukkan kuey teow, toge dan kucai. Kacau sampai didih semula. Jangan lelama. Kang kuey teow tu kembang, tekak pon kembang jugak.
  • Akhir sekali pecahkan telur. Kacau sikit dan tutup api. Hidang dan terus dimakan. Nyumnyum.
Selamat mencuba! (mesti ada ayat ni ek?)

Opsss resepi ni untuk pemasak beginner ok. Macam aku. Yang dah pandai masak mesti pandai ejas2 sendiri kan. Huh! Paranoid nya.

p/s Oh, baru teringat, jumaat lepas aku gi makan ckt pak tam ni, jumpa ex-kete kak azie. Ok, nampak gaya masih elok lagi kak heheh.

*Jika baik beritahu kawan (dan aku sekali), jika tidak, beritahu kami (aku lah juga, tapi jangan bagitau kawan :P

Thursday, 17 June 2010

J@bulani



Apakah jabulan1? Ya, jabulani ialah nama bola yang digunakan dalam welkap 2010 ini. Aku pon tak perasan yang nama tu ada tertera pada gambar bola giant yang aku bergambar dengan (direct translate hihi) di midveli aritu. Dengar berita pagi tadi ada komen pasal jabulan1 ni yang dikatakan lain macam pergerakannya. Ala2 mengempo gitu kot. Errr tau ke mengempo tu apa? Emmm camne nak cakap ek? Dia macam kita bawak kereta laju2 kat selekoh. Kan nanti kereta tu macam tersenget macam nak tumbang kan. Haaa tu la mengempo namanya. Macam terlajak gitu. Tapi aku rasa perkataan sebenarnya ialah mengempar (centrifugal), tetapi telah di johor kan menjadi mengempo. Ohhh betul lah. Aku dah gugel dah. Memang mengempar tu ialah satu inertia yang berlaku berkaitan dengan putaran iaitu suatu daya ke luar dari pusat putaran (lebih kurang gitu lah). Tapi, macam dah tak kena pulak dengan konsep bola jabulan1 nih ek? Mana ada bulatan dalam kes bola ni? Ok tukar tukar. Mungkin boleh dikatakan bahawa dia boleh jadi macam bola boling yang dibaling oleh shal1n zulkifl1 la kot. Ala2 curve gitu. Ok ok dah faham, kan? Katanya lagi, bola itu mengalami trajektori yang tidak boleh diramal. Ko tendang kot lain, dia pergi kot lain. (lagi nak terangkan hihi).

Siaran ulangan

Alerrr aku mengalami masalah dengan welkap la. Rupa2nya p0rtugal satu group ngan brasil. Masalahnya ialah, encik hairul sokong brasil. Ini bermakna, kebarangkalian kami akan masuk final bersama2 adalah tipis. Nasib baik sikit kalau derang sama2 masuk 2nd round. Dan nasib lebih baik lagi kalau derang menang dalam 2nd round dan masuk quarter. Dan kalau hebat sikit, derang boleh masuk semi bersama. Final sungguh kecil kebarangkaliannya (ada, tapi kalau tengok performance semalam, macam tipisss). TAPIII tak mustahil ok. Come on do-do, you can do it! Ecehhh...

Yang masalahnya, berdasarkan kepada prestasi malam semalam, nampak gayanya macam p0rtugal tak terer pon main? Satu, kapten nya siang2 lagi dah dapat kad kuning. Jadi, dia kena berhati2 la pasnih. Alerrr itu pun sebab dia protes sebab referee tak kasi free kick bila mamat iv0ry tu tendang kaki dia sampai tergolek dog. Dua, sepanjang game tu, aku rasa, ada sekali je lah kot do-do buat cubaan gol, tu pun tersasar. Mungkin juga betul jabulan1 yang salah hehehe. Tapi sebenarnya memang derang semua tak terror pon huhuhu. Main macam ta!k! (ni kalau kat sekolah dulu cikgu selalu cakap). Jadi, ini bermakna, tak lama la aku dapat tengok do-do beraksi huuuuuuuu sedih lah! Semua nak harapkan do-do, sedangkan do-do lah yang dikawal ketat dek pihak lawan. Belum bola sampai kat dia, orang dah pintas dulu. Tapi betul lah. Iv0ry c0ast tu memang terror mengongkong p0rtugal. Macam semut nampak gula jek kekdahnya. Pastu, yang aku nampak jugak, keeper derang jarang (atau tak pernah) tendang bola dari gol. Kebanyakannya dia baling/lempar je dekat2. Camne laaa bola tu tak duduk je kat kawasan gol dia ek? Akhirnya, derang siri 0-0 jek. Bosan! Apa2 pon, tunggu je lah second game derang nanti. Kalau masih macam tu, byebye do-do!

Semalam pulak, juara euro lawan SUi. Ni lagi satu main macam budak sekolah rendah. Semuaaa berkumpul depan gol. (ni kalau kat sekolah, mesti cikgu-coach dah jerit, jangan berkumpul!!!) Jadi, bila tu bounce ke belakang, takde saper kat belakang atau wing yang boleh tolong. Sibbaik SUi tu tak banyak counter attack. Tapi, SUi gak yang menang 1-0.

Setakat seminggu ni, aku belum pernah lagi bangun pukul 2.30 kerna bola. Tengok yang pukul 10 je pun aku dah menyesal hahaha. Kuyu je mata aku pepagi. Ngantuk laaa!!!

Kain Ela, Kain Pasang, Kain Bunga, (whatever we call it)


Orang lain tengah 'in' kain cotton; english cotton, japanese cotton, cotton jacquard, xxx cotton, aku masih lagi dengan status quo (tak agak2 punya vocab nih) ku, chiffon georgette (CG) yeyay! Entah lah. Aku rasa macam jatuh cinta pandang pertama plak ngan kain CG nih.

Tahun lepas, sumer orang giler dengan china silk. Mula2 kuar tu, nampak la macam original silk sebab harga pon seratus lebih. Lama2, eh eh, makin banyak pulak dan murah pula. Terus tak macam ori. Sekali pandang dah macam satin biasa je. Pastu, pegi kl, kota, bp, sumer corak yang sama. Kain2 lain pon ada yang sama, tapi tak lah ketara sangat.


Sebenarnya, aku rasa, trend kain2 ni ditentukan oleh pengeluar. Kemudian, bila ada demand dari pengguna, barulah dia merebak2. Kadang2, corak sama, material yang berbeza. Sekarang ni pun tengah musim baju matching; corak sama, tapi material baju jenis chiffon, material kain jenis satin atau lain2. Biasanya yang aku faham, kalo sebut 'matching', mesti baju bunga, kain plain. Sekarang dah berubah dan bervariasi.

Jenis2 fabrik ni ada pelbagai. Masa sekolah dulu, yang aku tau cuma kain klabmen (clubmen?) ngan sb line. Klabmen tu kain yang buat baju sekolah tu lah. Sb line pulak kain untuk tudung. Dulu2, tudung ni pakai kain yang nipis dan jarang macam chiffon tu. Tah, tak tau pulak apa nama kain tu. Kain sb line ni kira rating tinggi sikit la sebab dia tak jarang dan sedap pakai. Akak2 sekolah menengah (yang dah pandai bergaya aka anak dara) jek yang pakai nih. Kain sb line ni ada tekstur sikit. Susah aku nak terangkan (macam lah orang tak tau hehe).

Masuk sekolah menengah belajo kh, ada belajar pasal fabrik nylon, poliester dan kapas. Nylon tu asalnya dari new york dan london, tu yang nama jadik nylon. Poliester pulak erkkk dah lupa. Cikgu... apa ek? Yang pasti dia fabrik sintetik la. Kapas tu pulak, dari pokok kapas, asal kapas jadi benang, dari benang dibuat baju, barang lepas jangan kenang, sudah jadi orang baru, mengapa dirindu lalala.

Oleh kerana aku tak belajar teknologi tekstil (kat uitm ada course nih), aku pon tidak la tahu jenis2 fabrik secara spesifik. Setakat dengar2 je. Contoh2 lain seperti, satin, lace, silk, chiffon, jacquard, rayon, opel, kasa rubia dan lain2. Itu baru basic. Belum lagi yang dah dikacuk. Satin silk, chiffon jacquard dan macam2 lagi. Pastu, bila dah ada kain, printed, dibubuh pulak batu2 la, lilin la, labuci la, prada la. Dahhh kuar pulak macam2 nama. Angkasawan la, siang malam la, hujan batu la, bintang malam la (erkkk aku reka2 je hihihi). Kadang2 dia kasi nama ikut musim telenovela atau drama tv. Rosalinda la antara yang paling glemer dulu. Kalo rosalinda tu mesti jenis bunga besar2 sempena rosalinda suka pakai bunga besar kat telinga hihi.

Masa raya tahun 2006, musim kain jalur2. Nampak macam sama, tapi sebenarnya lain. Ada yang jenis nipis, mudah pecah, murah. Kalau tebal sikit, tahan lasak dan mahal sikit. Masa ni pulak aku tak keje. Adoiii kena jahit baju femli yang kebanyakannya jenis jalur2 ni. Pulak tu, derang beli 4 meter je. Kalau kecik molek comel macam aku takpe la. 3 meter setengah pun cukup. Ni, nak kena ikut ira jalur2 tu. Kain pun nak kena selari. Mana nak cukup. Sampai kena sambung2 kat montot (dah macam pembedahan plastik ambik kulit peha letak kat pipi plak). Stress gue. Aku takde beli kain jalur2 tu masa musim raya tersebut sebab aku tak suka beli kain ikut musim. Nak selamat, beli jenis fabrik yang standard, boleh pakai sampai bila2.

Raya 2007 pulak musim baju benang hitam. Memang la sedap pakai, tapi tukang jahit ni yang tak sedap menjahit. Pulak tu ada versi stone pulak. Rasa nak mengamuk je kalau jarum patah terlanggar stone. Masalah kain benang hitam ni ialah sewaktu memotong. Dia licin dan menggelembung bila dilipat. Jadi, kadang2 bila dah siap potong, ukuran dah lari. Kalau tebuk leher tu, elok2 bulat macam epal, boleh jadi buah pear pulak. Sekarang ni pun ada kain jenis tu jugak, tapi dia dah tak pakai benang hitam, tapi kaler biasa. Bengkek betul aku dengan kain tu.

2008 aku dah lupa sebab dah berenti menjahit secara komersial. Dan baju aku sendiri memang takkan ikut musim. Eh, bukan musim kain songket seciput2 ker? Alaaa kain yang macam songket tapi dia anyam kat tempat bunga tu jek. Saing2 dengan tu, ada songket vietnam la, india la, thailand la. Kelakar je dengar cerita kawan aku. Dia beli kain songket tu suh mak dia jahit. Sekali mak dia ingat benang (yang disulam jadi corak tampuk manggis segala tu) kaler gold tu ialah benang yang terlebih2 or terlekat kat kain tu. So, dia cabut la selai2, sampai la berlubang baju kawan tu hikhikhik. Selain tu, time tu jugak musim batik print. Merudum abis bisnes batik sutera gara2 batik nih.

Setelah aku perhatikan, rupanya ada beberapa jenis perniagaan kain. Ah sudah! Ni nak tulis entry versi analisis kah? Sabo je la ek. Aku tengah takde idea segar. Ni pon terpaksa edit draf2 lama hahaha.

1. Kedai kain berkayu2

Ni biasanya perniagaan besar macam jak3l, kamdar, nag0ya, gulati5. Cara derang display ialah dengan menyusun kain2 itu dengan kayu asalnya. Maknanya kalau nak beli lebih dari 4 meter pon boleh. Dia kira harga permeter. Untuk memilih, kita biasanya akan tengok satu persatu pada kayu dan cuba memadankannya ke badan. 'Oh, cantik'. Atau, 'nampak cantik, tapi bila dah lekat kat badan, macam tak cantik pulak'. Itu kita yang cakap. Kalau budak SA tu, dah komfem dia akan cakap, 'dah siap baju ni cantik kak. Kulit akak putih, kaler apa pun cantik'. Kadang2, SA tu sendiri melilit kain tu ke badan mereka. Saper nak beli nih? Eh, tapi kalau beli batik, memang tokei kedai yang lilit ke badan sendiri. Abis tu, takkan nak belit2 kat badan kastemer tu pulak kan? Melainkan kastemer tu sendiri yang mintak. Sebab biasanya dia akan ikat bahagian kain kat pinggang, kemudian belit kat badan sekali. Dah macam patung cendana dah. Itu pun dia akan pikir sejenak, kang tercalit lipstik ke maskara kastemer tu ke, boleh kasi pantun pecah kaca pecah gelas tak? (once broken considered sold).

2. Kedai kain kayu + pasang

Ini kedai jenis sederhana besar. Kalau kat bp ni, macam bintang emas, kahbee (dah tutup kot). Kalau kat kota banyak ar contoh. Tangkak, nilai 3 pun banyak jenis ni. Selalunya bila memilih, kita akan mendongak untuk tengok kain pasang yang dah siap dipotong sepasang sepasang. Pastu kalau macam menarik, boleh la suh dia turunkan. Tapi kalau jenis kedai begini, dia ada kain kat kayu, so, instead of dia turunkan, dia akan ajak kita masuk ke dalam dan tengok kat kayu. Dan di sini, umpama jerat sudah mengena. Mata ko akan rambang dan...

3. Kedai kain pasang

Ini versi kedai kemboja kalau kat kota. Dan jenis aked2 jalan tar dan masjid india nun. Kalau kat bp ni, jenis2 yang kat belah2 pasar sana tu. Kain yang didisplay tu dah siap2 potong sepasang sepasang tinggal pilih dan bayar jek. Kalau nak beli lebih dari 4 meter? Entah, tak pernah pulak aku. Kena beli 2 pasang la kot. Biasanya derang beli dengan pemborong sekodi2.

Antara banyak2 kedai, aku takde fevret tertentu. Ikut mood. Tak kira la kedai mana pon, probability untuk pakai boria dengan jiran tetangga adalah sama. In fact, aku pernah sama corak baju dengan sil dan biras ku. Sebelum aku kawen lagi. Dan kalau dengan biras tu, memang ada 2 pasang yang aku temui. Tu kebetulan dia pakai time aku ada. Yang aku tak tau tu, tah2 lagi banyak. Jenis fabrik je lain. Bukan songket. Kalau songket memang la komfem ramai yang sama. Cuma aku nak bagi tips membeli kain pasang. Tah betul ke tidak, tak tau la.

1. Jangan pandang rupa semata. Pegang dan uji kain tu sebelum beli. Senang je, try tarik2 atau gonyoh2 dengan 2 tangan kat hujung kain tu. Buat dengan kasar yea. Kalau pecah, sila la lupakan. Nanti, belum sempat pakai lagi dah tetas siap2 (semasa jahit). Aku terkagum minggu lepas bila SA satu kedai kat nilai 3 tu tarik2 kain dengan ganas dan sangat kuat demi membuktikan kepada ku bahawa kain tu tahan lasak. Erkkk tapi aku tak beli sebab tak cantikk hehe.

2. Cantik dimata ku belum tentu cantik dimata mu. Cantik itu subjektif. Jangan terpengaruh sangat dengan cakap orang, especially SA. Ikut je kata hati. (ni bukan tips, dah macam luahan perasaan jek).

3. Sale di cawangan2 jak3l tak boleh percaya hehe. Kain baru dia adalah mahal jika dibandingkan dengan kualiti. Dan yang murah adalah yang outdated. Itu lah bahaya nya membeli kain sekali sekala. Kain lama pon boleh disangka kain baru. Last week aku jumpa kain yang sebijik sebijon dengan baju kakak ku (yayu - kaler hijau yang orang jahit sekali dengan baju yang repair zip aritu) masih tergantung di dalam kedai. Baju tu aku jahit pada tahun 2006. Can you imagine? So, buat survey tentang trend terkini.

4. Owh, tahun ni musim apa ek? Selain cotton, corak2 adalah abstrak. Fabrik yang juga in untuk tahun ini ialah errr apa tah yang ada bau wangi tuh. Aku tak suka pulak sebab colornya semua gelap dan tak nampak corak. Aku suka yang cerah. Dan corak baju aku mesti jelas. Kalau bunga mesti nampak bunga, kalau abstrak, nampak abstrak. Kira kalau belajo pendidikan seni, tajuk garisan itu penting. No wonder la aku suka batik, kan? Chiffon matching pon ok. Ermmm, chiffon masih relevan untuk tahun ini. Tapi, staf gomen jangan buat2 lupa yea. Circular tahun lepas ada cakap, takleh pakai baju species sifon/opel ke tempat keje. Nak pakai, gi kenduri kawen ke, open house ke, je. Opel? Nope. Bukan untuk raya ini tahun. Corak berkaki pon tengah in sekarang. Biasanya bunga nya macam 'pokok2 bunga tumbuh di kaki mu' gitu. Bukan hati je ada taman. Badan pon bertaman juga. Taman bunga lagik.

Ok, itu je yang ingin dikongsi bersama. Selamat membeli baju raya!

p/s foto di atas ialah baju kegemaran ku raya tahun lepas. what a taste...

Eh cop!!! Tadi kan aku kata aku suka kain chiffon georgette kan? Now let these pics tell you why...

Ini yang pertama, aku beli dari forum wmc pada tahun 2007 dari forumer bernama 'pinkr0ses'

2008, aku beli lagi dengan dia. Tema raya tahun ini ialah oren (termasuklah rumah)

2009 aku beli lagi dan lagi dan lagi (+ next 2). Ini sempat dijahit sebelum raya

Yang ini dan seterusnya baru je siap baru2 ini

Ni yang terbaru. Tapi aku agak menyesal dengan yang ni sebab corak dia macam penyakit. Ewww macam gatal badan aku bila pakai. Tapi terpaksa pakai jugak. Konsepnya, jangan pandang bawah/badan. Yang ni versi heavy CG. Tebal sikit berbanding yang 2 di atas.

Apa2 pon, yang pertama tu adalah yang paling terbaik sekali amat. Cinta pertama gitu.Aku rasa aku suka kain ni sebab bila dia print corak tu, kalernya akan masuk betul menjadikan ia kelihatan lembut. Tapi, memang lembut pun kain ni. I loike!

Aku rekemen sangat beli CG dari dia nih. Tapi akhir2 ni takde corak yang aku berkenan. Dia pun baru je sambung bisnes dia selepas cuti bersalin agak lama.

p/s2 korang yang tempah baju tu beli je lah ikut suka ati korang, takyah pikir susah senang nak menjahitnya. aku je yang terpaksa cerewet pilih yang senang jahit only :( .

Wednesday, 16 June 2010

Goal!!!

Jangan terkejut ler malam2 kalau dengar jeritan ini dari taman w1r@ j@y@. Kerana malam semalam, derang dah memasang kuali estro di pondok 5rs. Sabo aje aku.

Tak tau kata apa. Kiut, bahaya, ngeri atau comel?

Nampak rileks je budak ni dok belakang ni. Mesti syok, luas pemandangan.

p/s Owh, p0rtugal tak terel la. Susah betul nak dapat bola. Bila dah dapat, sekejap je dah kena serbu ngan 2-3 orang iv0ry c0ast. Dalam perjalanan bola nak sampai kat kawan pon boleh dipintas dek iv0ry. Camne ni do-do? Dah la siang2 dah dapat kad kuning. Jangan gaduh2 ek do.


Tuesday, 15 June 2010

Tak Tau Nak Letak tajuk Apa


Lamanya birthday!?

*********

Spoil! Aku dah tak rasa kebebasan menulis sepenuhnya lagi. Ko umpama ISA* atau pon suruh@njaya k0munikasi dan multimedi@. Kau ibarat hantu kau menghantui ku lalala. Siapakah ko itu? U know who you are.

*********

Perasaan bercuti di rumah disaat orang lain pergi bekerja adalah berbeza dengan perasaan bercuti ke mana2. Kesan psikologi yang sangat nyaman. Lebih kurang sama dengan perasaan tidak bekerja.

Jumaat lepas, aku ambik cuti untuk mengikut encik hairul ke kl. Dan demi nak mengelakkan aku merungut pagi isnin sebab penat balik2 je terus gi keje, aku ambik cuti hari isnin gak. Dah pasang niat siap2, nak tido, lepak, terbongkang je ari isnin tu. Oh, i deserve it dowh. Setakat 6 bulan tahun ni, baru sehari aku mc. Itu pun boleh kira separuh hari je sebenarnya. Dan aku takde pon ambik cuti sepanjang sesi persekolahan ini. Ada la aritu aku cuti 2 hari time derang cuti mid sem seminggu. Lagi pun, cuti aku untuk tahun ni masih tak luak lagi. Masih >30 hari. Eh, kepada saper yang aku nak justify tah?

Jadi, hari khamis malam, kami bergerak ke nilai. Macam biasa. Sebelum bertolak, tengok numbers dulu. Cemana aku nak layan welkap eh? Tiap2 ari pon ada citer best2. Jangan suh aku tengok ulangan sebab belum tentu lagi masa ulangan tu aku dapat tengok. Tak elok bertangguh eheh. Aduhhh malam ni do-do nak perform pukul 10pm, tapi nak tengok NC!S!!! Ok ok kena tetapkan pendirian. Welkap 4 tahun sekali. Dan tengok ulangan bola tak sama dengan ulangan nc!s ok. Debaran nya lain kan? Okeh, on the way ke nilai, kami singgah makan di sr! gading hehehe. Bunyi macam jauh je ek? Padahal kuar2 je rumah terus jumpa. Sampai2 je, terus tido.

Esoknya, lepas jumaat, encik hairul balik. Dah abis kelas. Siap2 dan terus ke midveli. Dah setahun lebih tak jejak ke situ. Sampai2 kat sana, terus cari makan. Lapar gilos. Dah pukul 6pm kot time tu. Dari pagi aku makan roti seketul jek. Lepas makan, pusing2 ronda2. Hasil tak berapa memberangsangkan. Cuba cari sunglass untuk encik hairul pulak. Ewah ewah ni saper punya besdei nih? Dia pulak yang nak yang lebih mahal dari aku punya. Ada lah dalam 3-4 kedai optik yang kitorang masuk. Dan setiap satu, kami dapat ilmu2 baru terutamanya berkaitan sunglass la kan. Yo yo o je lebih. Belinya tidak.


Mee kari kerang. Ok ok saja

Soto ayam old timer. Aku bayangkan soto = nasi impit. Tapi yang ni ada la nasi impit 2-3 ketul, tapi lebihnya mihun

Sabtu, kami keluar pukul 11.30am. Lepas brunch di old timer bangi (ni pengaruh blogger la nih), terus ke umah abang tp. Tak seperti yang dijangka, baby itu tidak bernama fafifufefofe. Mesti takut kena ejek ngan kengkawan kot kat sekolah nanti hihi. Lepak2 situ sekejap, kul 3.30pm kami pon balik. Bukan balik rumah la. Lawan bagi datang = balik. Terus kami ke h0us dep0t. Biasa arrr. Aku kan, selagi tak pergi, tak puas ati je tak tau cemana keadaannya. Parking singgit sejam. Kesimpulannya, dia bukanlah pesaing ik3a. Jauh beza. HD ni boleh la dikatakan kedai hardware cum kedai cat cum kedai elektrik cum kedai peralatan dapo dan bilik mandi cum kedai tiles cum nursery cum kedai perabot cum kedai lampu blablabla. Kira pusat sehenti untuk sesiapa yang nak buat rumah atau masuk rumah lah. Semua benda berkaitan rumah ada kot. Mak bapak je tak jual. Dan macam2 jenama pon ada. Aku tak explore semua sebab macam takde benda nak beli plus pikirkan parking singgit tu jek.

Muhammad Rafiq. Terbayangkan pelakon citer azura dan diari ramadhan rafiq hehe

Dari situ kami ke 1utama. Takde la lama sangat tak pergi sini. Last rasanya masa aku tengok heri p0rter. Tahun lepas la kot. Ok, lenkali ingat, parking kat sini singgit for the first 6 hours. Kami kat situ tepat2 6 jam kot. Kat midveli pulak singgit for the first 3 hours. Masuk 1 utama ni sebenarnya memerlukan 1 hari kot kalau nak pergi semua. Ni aku pegi 6 jam pun dapat 2 level jek. Itu pun sebab dah sakit kaki. Nak pengsan! Kat sini jugak kami masuk 3-4 kedai optik. Still tak beli. Sebenarnya yang menjadikan tak beli tu ialah, masa kat midveli lagi, encik hairul dah berkenan ngan cap 'reban'. Elok la tu. Aku cap ayam, dia cap reban. Ok, cap tu je pon dah over bajet, belum campur spec 'polarized + sporty + ringan' yang diingini itu. Oleh kerana yang nak membayarnya ialah mrs hairul, memang la tak dapat dek... Siap ugut lagi, nak sunglass je ke, nak sunglass + n5800? Muahaha bijak tak? Padahal yang + tu macam dah tak jadi pon.

Keluar dari situ, dah malam. Mana kita nak tido nih? Takmo lah asik menompanggg jek. Besdei girl lagi pulak kan. Jadi, kami pusing2 la mencari hotel. Malam minggu, cuti sekolah, kebanyakannya dah full. Sibbaik lah dapat jugak kat jalan tar nun. Boleh lah... janji tak tido ala caravan. Malam tu, kami tengok bola nigeria lawan errr aper ek? Argentina kot?

Besok nya, ahad. Misi jalan tar pulak. Kaki belum betul2 'sembuh' nih. Oh, h0uz dep0t tu nak bukan kat depan mara tu. Alaaa yang bazaar apa yang tak jadik sangat tu. Ada kk home dec0 aritu, sekarang dah tutup.

Aku jalan sampai area toilet cantik tu jek. Macam nak tercabut kaki aku. Kalau jalan je takpe jugak. Ni masuk depan, kuar belakang (aked). Siap ngan kamdar pon aku terjah. Oh, aku masuk kamdar sampai tingkat 4 tau. Tempat langsir2 tu. Aku kuar2 je lif, aik? Puting beliong ke haper nih? Banyak langsir2 yang tumbang. Ala2 domino gitu. Huru hara sekejap aku tengok tempat tu. Bukan la orang yang huru hara. Keadaan langsir tu yang huru hara.

Kiut je kekdah promosi mekdi itu

Lepas makan, kami pun nak balik. Masuk la sog0 sekejap. Pastu masuk pertama. Isy, nostalgia betul masuk tempat nih. Dulu aku tengok wayang titanic kat situ lah. Sekali lagi, kami masuk kedai optik. Dari satu kedai ke satu kedai, harga barang yang kami nak tu semakin kurang. Last2, satu kedai ni leh dapat lagi murah. Ok lah. Malas dah aku nak masuk kedai ni lagi. Selagi tak beli, selagi tu lah aku terpaksa masuk lagi, kan? Boleh jadi sampai ke utara pun akan cari kedai optik. Jadi, kami settle kan di situ saja.

Pastu, kami terus balik. Ni baru betul balik yang menuju ke bp. Tapi, singgah dulu kat nilai3. Hoyeh hoyeh! Aku dah beli karpet raya. Bukan kat kilang karpet raya tu. Karpet untuk hari raya. Lepas maghrib baru kami balik betul2 punya balik. Tak kisah pon balik malam sebab esok cuti, yeay!

Eh eh, macamana sambutan hari jadi ku? Ada aku tulis? Takde kan? Maknanya memang tak de la. Tak kisah pon.



Saturday, 12 June 2010

Selamat Hari Lahir N0rasiah!

Thursday, 10 June 2010

Re-Publish Entry : 1 Rejab = Isnin, 14hb Jun 2010

BULAN REJAB

Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Sabtu, 10 Julai 2010) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (14, 15, 16 Jun 2010) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt... InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi : "Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda, "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."