Wednesday, 14 April 2010

Kenduri Kawen Delly



Di mana ada kemahuan di situ ada baju. A'ah. Ada baju. Aku memang tengah takde mood nak menjahit. Selalu aku tengok orang buat baju baru bila ada kenduri kawen. Teringin la pulak. Jadi, minggu lepas, aku pon pulun menjahit baju ni. Actually aku dah cantum dah. Tinggal jahit kain ngan kelim2 dan leher jek. Tu pon, kalau tak kuat semangat, takde nya siap. Mana la pergi angin tukang jahit tu. Please please please sila lah datang.

Tak jadilah aku nak biat entry marathon. Sebabnya, aku dah terkesan daripada aktiviti berjalan2 aritu. Demam. Tak habis lagi penat berjalan minggu lepas, weekend lepas, aku sibuk lagi. Memang 3 minggu berturut2 aku tak jumpa weekend. Atau dengan kata lain, 3 minggu berturut2 tak pegi bpmol huhuhu. Minggu ni ada aktiviti taman pulak. Adeh! Tapi bagus jugak. Jimat!

Hari jumaat malam, mulanya kami kena pegi parit yus0f dan bawak rombongan perantin
lelaki. Tiba2 waktu maghrib, ngah udin call bagitau yang kete dah cukup. So, kami terus je pergi ke rumah perantin pompuan. Feh! Lega.

Lebih kurang pukul 8pm, kami pun kuar rumah. Gi jemput nana kat bus stand. Datang bawak kawan. Aku lemah betul la kalau adik2 bawak kawan pompuan nih. Ye lah, tak pepasal suami ku dapat dosa free bila kawan tu tak menutup aurat di dalam rumah ku. Huh! Alasan terbaek hehehe.

Lepas tu, kami pi makan kat sup sitam. Aku makan mihun singgit je. Spare perut. Lebih kurang pukul 9, kami terus ke rumah pompuan. Elok2 saing ngan tok kadi dan cameraman.


Sampai di sana, pompuan2 duk kat dalam. Lelaki2 duk kat beranda/porch iaitu lokasi akad nikah. Gambar di atas ialah adik beradik nenek encik hairul kecuali yang 2 dari kiri tu. Nenek betul yang 2 dari kanan.

Selesai nikah, makan ler, apa lagi. Kemudian, kami pon balik ke par1t raja semula.

Hari sabtu pulak, pagi tu encik hairul ada keje. Fil singgah sekejap ngan ila. Abang epet pon datang sorang. Tu pon sekejap jek. Dah pukul 1, encik hairul tak balik2 lagi. Eh, ni nak hantar pengantin ke tak? Last2 kami pergi time pengantin dah kompang2. Sampai2 je, derang tengah sesi tol bukak kipas. Ermmm ada gimik pulak time nak bayar tol tu. Siap derang bawak smart tag lagik.



Actually, perantin ngan bestman nya tu twin, dell dan delly. Yang kawen ni kira si bongsu la. Ada sorang lagi abang yang lom kawen. Kiranya langkah 2 bendul ar nih. Dalam hantaran pompuan pon ada baju 3 helai dan jam 3 utas. Takyah letak gambar perantin lelebih la kan? Bukan blog dia.

Kek dan kapkek.




Rombongan ari ni tak seramai malam nikah sebab esok dah kenduri belah lelaki.

Time nak makan, ngah baru sampai dari kontan. So, macam datang kenduri je lah, terus makan. Selesai semua, kami pon terus ke parit yus0f. On the way, singgah kat sini. Nak tau apa ada kat sini.










Sampai kat sana, takde lah rewang2 ke hape. Waktu maghrib, kami mandi kat rumah mak long. Malam tu pulak, encik hairul ada meeting taman. Aku adalah suka. Sebab boleh balik rumah hehe. Boleh tak kita salahkan orang2 tua kalau anak2 zaman sekarang tak betah tido di rumah sedara mara? Ye lah, kan orang tua2 ni, bukan nyer nak tinggal ngan anak2. Hidup mati aku, biarlah di rumah ni. Gitu, kan? Jadi, anak2 pon mengikut la juga.

Kalau kami ada alasan meeting, macamana pulak dengan ngah and co? Sama seperti dulu, derang guna alasan belum beli hadiah perantin. Dah terlanjur pegi bp tu, baik terus ke parit raja je hahaha. Padahal kalu pergi parit raja, lagi lah jauh, kan? Padahal kalau pergi muar pon boleh sebab parit yus0f letaknya kat tengah2 antara muo dan bp. Rumah adik beradik gak yang selesa. Walau pun air tak kuar.

Esok pagi, sarapan pon beli je. Alasan lagi. Takde air. Takkan nak tunggu pukul 10, kan? Lebih kurang pukul 10.30 kot, baru lah kami pergi.

Ewah ewah, macam kawan pengantin pulak ek. Datang tinggal makan jek.

Dengan sedara mara. Yang tengah2 2 orang tu sedara yang dok bukit beruntung yang kitorang nak pergi tapi tak jadi time pergi sabak bernam tahun lepas lepas kot. Bulan depan derang pulak wat kenduri kawen. Aku dah siang2 surrender takmo ikot.

Pengantin dah sampai.

Flower girl yang belah kanan tu kemain excited, tapi yang belah kiri pulak sakit perut. Masam je muka dia.

Masa ni bapak perantin dah sound, kat sini tutup mulut. Takmo nampak gigi. Setakat ni gambar semua senyum2 sengih2 nampak gigi. Tak tau lah gurau2 ke serius. Terus terkatup mulut perantin hihi. Zaman dulu kan, mana ada perantin menyeringai atas pelamin, kan? Senyum pon mengulum je. Tapi tetap berseri2, kan? Perantin sekarang, dah macam iklan keju dah.

Oh, pengapit pompuan tu bakal menantu juga, tapi bukan pengapit lelaki punyer hihi.

Ok dah. Aku rasa macam nak pitam.

Monday, 12 April 2010

Warm Up


Akhirnya, nanang update jugak akaun aku. Nyaris2 aku nak boikot. Dah, kalau dah sebulan naik 30 sen je, adalah tidak patut yea. Eh, sejak bila pulak aku jadi mata duitan nih?

Selepas diterbitkan, barulah aku perasan yang previous entry tu teramat lah panjang nya. Bila lah nak dapat macam tu selalu2, kan? Tahniah! Cehhh tiba2. Ohhh aku dah tau dah tips, bagaimana nak memanjangkan entry. Tulis cerita2 nostalgia, komfem panjang punya. Tapi valid untuk aku je kot.

Eh, tiba2 teringat ceramah aritu (yang aku cerita separuh jalan tu). Ustaz tu cakap, kenapa lah kita nak baca surat khabar tuh. Paling kuat pun dia tulis pasal semalam. Mana ada dia tulis pasal besok. Ada? Berita tu cakap, esok ada eksiden di depan @dtec? Takde kan? Tapi, kalau kita baca Al-Quran, cerita dulu2, hari ini dan esok2 sampai kiamat pon ada. Jadi, sendiri mau ingat lahhh.



Best nya, dah bulan april. Sebab apa aku suka? Sebab bulan depan ada piala th0mas dan bulan 6 ada w0rldcup. Yeay! Dan yang lagi best, budak2 dah nak exam. Fuh! Sedar tak sedar, dah banyak jugak task yang dah settle. Kiranya, datang keje tu dah lapang la sikit kepala otaknya. Kalau tak tu, tengah drive tu pon pikir, apa aku nak ajar arini? Memang dah tau nak ajar apa, tapi, bab nak menggoreng tu yang kritikal. Ajar subjek management, memang la kena banyak elaborate. Kena pandai sembang. Kalau baca je slides tu, alamat ko cakap dengan dinding je la. Tapi, aku kan pendiam dan tak peramah? Camne tu? Hahaha itu hanya aku dan student ku je yang tau. Kadang2, bila abis kelas, aku tersenyum sensorang. 3 jam kelas tu aku boleh bercakap tanpa henti. Kalau derang tak cakap 'take 5' agaknya, aku pun tak perasan masa dah berlalu.




Malam minggu lepas, lepas tengok af, aku tengok bola. Lagi 5 minit nak abis 90 minit. Bersambung ke masa tambahan, sebelum penalti dan sudden death. Seingat aku, last time aku tengok sudden death, derang main lagi sampai sesiapa gol. Ek? Ke memang tendang penalti je? Sebabnya, aku pernah tengok filem sudden death yang sangat best dan derang bermain untuk sudden death. Bezanya dalam filem tu derang main hockey ice kot. Tapi, kalau main sampai sesiapa gol, buatnya tak gol2, sampai gol la semua pemain tu main sampai besok pagi kihkihkih.

Sambil2 tengok bola tu, tetiba je aku tersokong n9. Nape eh? Musykil betul. Adakah kerana aidil dan adha ituh? Hahaha. Apa2 pon, tahniah kepada n9. Sian kedah. Last aku tengok fa cup ni rasanya tahun 2008. Masa tu aku induksi kat intur@ sungai petani. Dan pada malam final tu, kami beramai2 pergi ke rumah course manager kami untuk makan durian. Pergh! Yang pempuan pulun duren, yang laki tengok bola kedah lawan selangor kot masa tu. Dan kedah menang.

Ok, itu je untuk warm up sebab ada satu entry marathon pasnih.

Thursday, 8 April 2010

Down Memory Lane : Baby (Elena Amenda) Al-Anis Maisara


Ini lah matlamat aku pergi ke kl sebenarnya, melawat budak yang baru melihat dunia ini, Al-Anis Maisara ada 'h' tak ek? lupa). Pergi genting, soping2, buang2 duit tu semua cuma sampingan je. Ada cerita lawak nipis tentang dak anis nih.


Gini, sejak dia lahir, aku tak pernah lagi telefon mak nya. Jadi, pada suatu hari, aku tanya la kat yayu kat fb, saper nama anak eita ek? Dia jawab,

Elena amenda tah, akak pun lupa.

Aku pon, wah! Class gitu. Macam ala2 mat salleh pulak nama nya kan? ELENA AMENDA.

Selepas itu baru aku perasan.

Eh, elena amenda tu maksudnya elena APA KE BENDA ker?

Kuang kuang kuang...

Rupa2nya, yayu nak bagitau 'elena apa ke benda tah, akak pun lupa.' Dan yang tambah tragis, elena tu pun salah jugak huahuahua. Yang sebenarnya, Al-Anis Maisara (ala2 alanis morrisette kan?). Class anak buah acik.

Maka, ari ahad tu, kami pon balik. Mengikut perancangan aku, nak balik pepagi supaya sampai rumah siang2 dan sempat berehat. Tapi, kita hanya merancang. Akhirnya, pukul 12pm baru kuar rumah.

Kali ni lalu jalan semalam. Jimat tol. Dah terlanjur lalu jalan tu, baik la terus ke shah alam. Boleh nostalgia2. Tu pun rugi jugak sebab kuar dah tengahari. Kalau pepagi leh pegi pasar tani.

Suka suasana jalan cenggini. Macam kat tepeng. Ye ker? Tapi ni pokok nya kecik lagi dan togel2 la.

Nyaman je rasa.

Salah satu sebab nak lalu sini sebab nak tengok kampus baru ni. Tapi sayang nya pintu masuk di menghala terus ke meru. Aku nak belok jalan ke puncak perdana. So, ambik gambar sayup2 je lah.

Tiap kali lalu sini, mesti teruja melihat pemandangan ini. Kalau tak salah, scene cinta kolesterol part erra turunkan yusri kat tepi jalan tu dibuat kat sini.

Apa nak buat kat shah alam?

Mula2 pegi seksyen 7, nak tengok rumah sewa dulu. Ni rumah masa keje, sebelum pindah terengganu. Jalan turmalin. Dulu rumah ni basic je. Now dah ada pemilik nya duduk kot. Tu pon selepas aku pindah, owner nya jual rumah tu, mungkin kepada owner yang sekarang ini. Bilik aku kat belah belakang, tapi bilik yang ada balkoni tu ada cerita nya sendiri. Biarlah rahsia.

Rumah yang sebelah tu dulu ada sepasang suami isteri duduk. Si isteri ni cikgu kot. Dan dia ada buat part time mengajar BI di uitm sebelah malam. Jadi, bila malam dia gi mengajar tu, dia anto sorang anak kecik dia kat rumah kami. Ada sorang student budak pontian ni yang jaga. Hua hua huek huek la rumah anak2 dara tu kan. Musti laki dia tak geti jaga budak kecik ek? Sebabnya, anak dia yang besar sikit lagi sorang tu dia tinggalkan kat rumah pulak?

Ini pulak rumah sewa encik hairul kat jalan paladium. Sejak masuk, sampai la abis belajo, beliau duduk di sini. Dalam rumah tu, kebanyakannya dah keje dan ada yang keje+belajo. Dan ada yang belajo, dan kemudian keje, pon duduk situ lagi. So, dari segi kemudahan asas di dalam rumah, kira complete la bagi seorang student. Baju pon sentiasa wangi hihihi. Wangi dalam konteks student lelaki la kan.

Ni pulak rumah atau hostel aku masa degree. Jalan zirkon. Sewanya dibayar secara perhead per semester. Bila semester tu terpendek, ownernya akan kira2 berpaa hari yang kurang dan pulangkan duit kami. Bagus, kan? Boleh dikatakan, semua rumah yang aku sewa adalah mengikut kepala. Senang, takyah pikirkan orang lain. Kalau bayar ikut rumah kan, bila tak ramai, bayar lebih. Pastu housmate pon nak kena cari sendiri. Kalau ikut kepala ni, ramai ke sikit ke, nasib ko lah landlord. Pandai2 la ko cari orang. Macam rumah aku yang atas tu tadi, sekepala 150. Dia sediakan kelengkapan dengan kapasiti untuk 12 orang, tapi yang duduk 7-8 orang je. Fully furnished pulak tu.

Rumah aku yang atas sekali atas 7E tu. Aku mula duduk sini masa part 2 sampai la part 5/abis. Atau dengan kata lain, sejak encik hairul masuk uitm dan duduk di rumah di atas tu tadi. Jarak rumah ni dengan rumah dia lebih kurang 500 meter kot. Kat sini dulu ada restoran khalifah, khulafa, hakim dan belanga. Memang port lepak2 la. Kat sebelah kiri yang kaler biru tu dulu ada restoran jugak. Masa musim worldcup 2002, derang tengok bola kat atas tu. So, kira berlawan2 la bersorak rumah aku ngan restoran sebelah tu. Eh, macam gadis2 gedik je bunyiknye ek? Takde lah, kami semua sopan2 je. Mak orang pun ada 2 orang tau. Salute ar derang. Tinggalkan suami dan anak2 yang masih kecil demi menuntut ilmu di dada. Orang kedah lagi tau.

Kat 7E tu, dulunya ada kedai barang basah kat belah belakang. . Tiap2 ari la aku beli ikan sayur kat situ. Siap ada bilik sejuk lagi untuk sayur2an. Bila aku grad, ada kedai jahit baru bukak kat belah depan kedai tu. Pernah la aku jahit tepi kain kat kedai jahit tu.

Kat pasar mini fathima tu dulunya kedai maria. Budak2 uitm mesti kenal la kedai maria ni. Ada satu lagi kat seksyen 2. Kedai cina. Yang tukang jaga kedai ni biasanya lelaki (anak dia kot) yang memandu kete honda. Kedai ni ada jual majalah juga. Selalu la juga, balik kelas, sebelum naik rumah aku baca sotkabo kat bawah nih hihi. Antara berita yang aku ingat time tu ialah berita abby ngan norman bertunang belah siang dan malamnya terus nikah. Pelik betul. Wartawan pon tau yang derang menikah tu minggu depannya kot. Pastu tu macam2 la speku kononnya derang kena tangkap wet wet wet. Sebelah kedai maria tu memang kedai motor sejak awal. Sebelah nya baru restoran khalifah.


Bila tengok bebetul, isy, macam buruk je rumah tu. Maybe masih lagi hostel, tapi dari luar nampak bersepah. Mungkin sebab langsir tu disingkap sedemikian rupa. Tempat ni memang sibuk siang dan malam. Ye lah, kedai mamak kat 24 jam. Jadi, jangan la expect suasana hening. Kalau malam minggu tu lagi la bising. Tapi aku dah biasa kot. Dok tingkat 3, nyamuk pon tak sampai nak terbang hihi.

Dari situ, kami ke seksyen 2. Oh, dah siap dah gerai makan tu. Tapi??? Mana pergi rumah flat di atasnya? Dulu memang ada bantahan pasal pembinaan rumah flat tu. Maybe memang tak jadi kot. Kehepsi pon dah ada kat situ. Lagi la senang bebudak nak makan.

Ini pulak rumah sewa pertama selepas grad. Seksyen 2 jalan kamunting. Kiranya masa aku keje lecturer 'fulltime parttime' (FTPT). Pernah tak aku cite apa maksud FTPT tu? Gini. Biasanya kalau keje parttime ni, kita kerja tak penuh 8-9 jam macam orang keje tetap kan. Tapi, kami ni keje macam orang keje tetap (dari sudut masa), tetapi kami tak tetap (part time). Jadi, kuar lah istilah ftpt tuh. Tak kisah la tu kan. Janji ada keje hehe. Gaji aku masa tu fix, rm1.8k. Takde elaun2 ke haper sumer takde. Tolak kw5p dapat la dalam 1.6k gitu. Lepas la takat nak bayar kancil, sewa rumah dan makan minum kami berdua. Rumah ni pon takde dapo. So, memang kami makan kat luar je lah tetiap ari.

Tetiap malam, without fail, encik hairul akan datang ambik aku dan kami pergi makan kat seri bunga. Almost every day jugak kami makan nasi pataya dan nasi paprik kat situ. Yang bestnya, nak jimat punya pasal, tetiap ari aku akan buat air oren sunquick satu tumbler dan simpan dalam peti ais (ada pulak peti ais?) dan bawak ke kedai makan ni. Sampai la budak engine corner tu pun dah paham dah, tak ambik order air kat kami. Setiap ahad pulak, aku belanja dia makan kehepsi. Begitu la rutinnya, sampai la encik hairul grad dan balik kampung. Alahaiii... nostalgik sungguh.

Masuk semester baru, kami semua pindah dari rumah ni sebab rumah ni terlalu banyak cikti mondok. Besssar punyer! Abis semua benda nak digigitnya. Simpan biskut dalam tapewer pon dia gigit tapewer. Simpan kain baju dalam beg pon dia gigit beg. Mimpi ngeri betul.

Yang ni pulak rumah di jalan kamunting juga, tapi belah2 rumah semi-d dan banglo. Kalau rumah di atas tadi tu belah2 tasik, yang ni belah2 uitm. Actually aku bukannya sewa rumah ni, tapi bilik yang terletak di belakang rumah ni. Uisyyy makcik ni mesti kayes. Dia ada anak lelaki, tapi tak dok situ. Dia tinggal sensorang jek. Kalau tak silap sewa sekepala 125 kot. Eh, lupa. Aku sewa bilik ni masa part 1 degree. Masa tu belum dapat ptptpu, so bergantung sepenuhnya kepada duit yang eita bagi, rm300 sebulan. Plus sedikit wang ehsan encik hairul yang masa tu keje kat kilang hitaci bangi hehehe.

Aku rasa kete putih tu memang ada sejak dulu lagi, tapi maybe dulu bukan kaler putih kot. Kalau nampak, kat belah kiri tu nampak macam putih2 tu, tu lah tangga naik ke bilik aku. Bilik aku tu pulak ada tingkap yang attached ngan bilik rumah makcik tu. Jadi, kadang2 tu makcik tu sesuka ati dia je wat seprais menjenguk kat bilik aku huhuhu. Isu penting yang aku ingat semasa tinggal di rumah ni ialah pilihanraya dun teluk kemang kot. Sebabnya roomate aku aktif dalam gpms dan dia terlibat semasa pilihanraya tersebut.

Kedai makan seksyen 2 yang sementara pon dah dirobohkan.

Akhir sekali kami ke kompleks. Saje la tengok kot2 ada jual2 kain baju kat tengah2 tu kan. Memang ada, tapi benda yang aku cari yang takde. So, kami balik je. Semasa berada di traffic light dekat hotel apa ke depan sacc mall tu, ternampak papan iklan ni. Terus teringat kat status update seseorang itu. Ooo sebab dia nak makan nandos kat seberang jalan tu la, lub hihihi.

Kemudian kami terus la nak balik. Masuk jalan belakang anggerik mall tu, nak ke cia5t. Sekali ada jalan baru nak ke hiway laksa. Gelabah2 takut termasuk hiway. Rupanya jalan biasa tu je, cuma dah diturap cantik2. Hiway laksa tu kalau naik kat roundabout seksyen 24 tu la.

Kat sini la aku duduk selama 3 bulan tak lama dulu. Banyak nyamuk! Tak agak2 punya banyak.

Dari sini, kami keluar ke tol hikom. Dah dekat2 nilai, encik hairul ajak gi nilai 3. Aiyok! Saje nak perabis duit aku, kan? Kebetulan minyak pun nak abis, so, ikut kan je lah. Tapi? Selamat, tak beli apa2 pon. Fuh!

Dah dekat2 melaka pulak, encik hairul sebut2 pasal tako la, char kuey tiow la, mee bandung la. Akhirnya, terpedaya jugak aku. Masuk kat ayer keroh, konon nak beli tako kat jasko lama. Sekali dah masuk, takde pon. Lorrr dia ada kat jasko2 baru je kot. Tengok2, jaskokad dah expired 31hb mac. Ingat kena bayar parking. Aku pon pergi la kat jaskokad centre tu nak renew. Tapi, orang nya pulak takde. Dapat la ceramah free pasal kad aeyon tu. Sampai aku naik menyampah pulak dengar. Last2 aku ajak dia balik je. Tak kisah la bayar parking singgit. Sekali baru teringat, sejam pertama free kalo takde kad. Jaskokad holder 2 jam pertama free. Selamat singgit. Dah la tako tak dapat, kan?

Makanya, oleh kerana aku dah terliur dengan tako tu, kami pergi la pulak jasko meletup. Hihihi senang nak address kedua2 jasko melaka tu ek? 1 jasko lama, 1 jasko meletup. Kali ni dengan tamaknya aku beli dua. Ingat encik hairul tak suka, boleh la baham sensorang. Sekali aku suap kat dia, eh eh macam sedap. Pulak? Huaaaa!!! Dah tak best lor. Dia pon dah suka jugak. Memang takkan cukup satu la pasni, kan? Dusy dusy dusy! Terpaksa cari resepi tako pulak pasnih. dah jumpa, tapi pelik2 la pulak bahannya. Maybe ada jual kat jasko or sogo kot.

Kemudian, aku makan tako cepat2 sebab pasni nak singgah makan mee bandung pulak. Tu pun terpaksa memilih, ckt atau mee bandung. Oleh kerana baru je aritu makan ckt, aku pilih mee bandung. Lagi pun, dah lama giler tak makan mee bandung abang sayang (AS) tu. Tahun lepas dalam bulan 4 gitu ada aku pergi ngan kengkawan, balik dari sukan kat selandar. Tapi kami datang tu awal sangat, derang belum siapkan bahan. Pastu pergi time raya tahun lepas, kami datang waktu senja, derang dah tutup sebab ada baraan malam tu. Memang takde rezeki aku nak makan mee bandung AS tahun lepas.

Sampai2 je kat bas stand muo, tengok2, kedai bukak. Bukak tak menjamin mee bandung ada yea. Sebelum order air, tanya dulu. Kadang tu dah abis. Mujur lah kali ni aku tak kempunan. Fuh! Puas ati dapat makan mee bandung yang rasa mee bandung yang sebenar.



Dah abis makan, erkkk bungkus satu lagi. Tamak. Lepas makan, kami pon meneruskan perjalanan. Singgah solat kat surau parittttt jap jap, lupa lak. Parit kodhi la kot, dekat2 je. Masuk2 je, tengok, erm tak de orang. Bila pegi tempat ambik wudhuk, mak oi! Abang!!! Teman! Padahal sebelah2 je tempat wudhuk lelaki ngan pompuan, tapi nak jugak nampak dia depan mata. Nak tutup mata pun takut hihihi. Sebabnya? Sama la ngan surau masa pergi aritu. Betul2 sebelah kubur. Heee orang sekarang takut kat manusia yang bernyawa ni ha. Ramai orang jahat. Orang dah meninggal tu nak takut apa. Ey, jangan cakap besar.

Akhirnya, kami sampai di rumah lebih kurang jam 9.15pm. Cecepat mandi sebelum air berenti jam 10pm. Ni lah yang aku tak suka nya bila berjalan2 bercuti2. Jalan2 tu seronok, tapi bila dah sampai rumah, ... Tapi, sekurang2nya, aku dah merasai perasaan seronok ketika hendak memulakan perjalanan pada hari khamis lepas. Itu lah saat2 yang paling best ketika bercuti.


Sekian, The End, Tamat.

p/s dan untuk ini semua, berat aku naik 2kg.

Wednesday, 7 April 2010

Down Memory Lane : Sekitar GH

Dah naik kete kabel turun naik, kami pon menuju pulang. Sambil2 tu, tangkap la gambar kat mana2 tempat yang membuktikan bahawa aku berada di sana. Kang orang cite2 besok, dapat la bayangkan, ye dak?

Gambar sempena aku mendapat buluh.

Menarik sangat! Teringin nak buat cenggini kat rumah. Dalam balang tu sumer rempah ratus masakan.

Banyak, kan? Tapi tak semuanya aku tau nama hihi. Mungkin patut dilabelkan juga dengan nama bahan2 tersebut. Letak nama saintifik sekali. Dengan tulisan pelbagai bangsa di dunia. Macam muzium rempah pulak. Pastu kenakan bayaran masuk singgit sorang, kanak2 5posen. Huuu tak pasal2.

Ada jualan barang2 thailand jugak.

Ouch! Bagai dipanah petir.

Salah satu restoran.


Model genting city. Oh, i really mean it. Yang belakang tu, bukan yang orang kat depan tu :).

Pernah berjalan kaki sekeliling tempat n suatu ketika dulu. Masa tu, lautan api pon sanggup direnang, tapi selepas hujan.



Gambar kat tempat ni mesti ada.


Ok, dah sudah tu, kami pon turun lah. Mulanya plan nak turun ikut batang kali, terus ke rawang. Tetiba rasa macam nak shopping pulak. So, kami turun kl macam biasa. Masuk jalan ipoh dan terus ke masjid india.

Masalah parking? Jangan bimbang. Gunakan instinct anda untuk mengesan kereta2 yang bakal keluar. Tak lama tunggu, kete yang betul2 kat sebelah pon keluar.

Tak masuk pon jakel ni. Kat bp pon ada kan. Aku pergi kedai depan dia je hehehe. Owh! Kedai pakaian khellas tu dah jadi kedai tudung jugak. Kekdahnya, kebanyakannya tudung lycra la. Harga ikut saiz. Dia pakai saiz 1,2,3 gitu. Kalau 1 tu umpama s la. harga rm25. Kalau saiz 2=m rm35 kot. Lupa. Tapi kalau beli 3 seratus. Serupa je la dengan ar1ani, cuma ar1ani lagi pandai la. Tudung yang rege 30 dia jual 60, tapi buy 1 free 1. Sekaligus melonjakkan sale dia kepada double. Cuma kualiti je la tak tau cemana.

Setakat ni aku dah beli 4 version. Pertama, kain dia macam berjalur sikit texture nya. Bila kita gosok, kadang kan terkelepet kan? Dia akan bertanda dan tak boleh hilang pulak tanda tu. Tapi kainnya lembut.

Versi kedua, ni memang banyak aku jumpa kat mana2 area jalan tar tu. Ada label 'korea quality' ke haper tah. Tapi ada korea la. Yang ni kainnya elok, cuma kasar je sikit. Tapi awning pulak, terlalu lembut. Baru pakai basuh beberapa kali dah herot petot sebab 'kertas'nya dah lembik.

Versi ke 3, awning thai silk petak2. Aku suka yang ni sebab kaler yang aku beli tu pink. Tapi, awning dia macam tak masuk dengan kepala aku. Maybe sebab bentuk kepala aku yang bersegi kot. Rasa macam kejung je. Dan kainnya pulak cepat renyuk. Tapi aku suka pakai sebab warnanya yang sesuai dengan kebanyakan baju aku. Eh? Aku suka pink ke? Tah? Aku suka semua kaler la.

Dan versi keempat ialah ar1ani. Tu pon ada versi melaka dan versi kl. Yang melaka punya, kainnya lembut dan halus texture nya, manakala yang kl pulak, macam kasar texture nya. Tapi, yang bestnya, pakai basuh 3 kali pon masih ok, tak yah gosok pon tak pe. Kali ke-4 pon sebenarnya ok, cuma, aku la gian nak menggosok hihi.

Eh, dah melilau sampai ke cerita tudung pulak.

Sesampai sahaja di masjid india, kami terus makan. Lapar gilos. Apa tak nya. Last akan waktu sarapan. Pastu pikir, takkan nak makan meribraun lagi, kan? Dah la mahal kat atas tu. Tu yang tahan makan sampai la turun kl. Oh, masa on the way turun genting tu lah kami baru tau berita din beramboi meninggal. Tu pon berita pasal pengkebumian dia.

Lepas makan, encikhairul masuk maidin,aku berjalan ke aked. Siap mula dari arked pertama belah2 belakang masjid india tu lagik. Visit terakhir ke sini tahun lepas baru aku perasan yang aked lama yang belah2 situ tu ramai orang kelantan. Aked2 baru tu yang ramai indo, bang la ke paki ke tak tau la. Pusing punya pusing punya pusing, sampai la aku ke hujung aked yang satu lagi. Kira dekat2 maidin pakaian tu. Hasilnya, 4 pasang baju sahaja. Aku saje je kumpul dari sekarang. Besok dekat2 nak raya baru jahit. Baru ada feel.

Dah penat berjalan cari kain, baru lah beli tudung yang sepadan dengannya. Tapi dah beli tu baru sedar, eh, kenapa aku beli tudung sekarang? Dah tentu baju tu nak buat raya sok. Tudung pulak dah tentu2 aku akan pakai terus. Nanti nak raya, tudung tu pon dah buruk. Isy! Suka mengikut hawa nafsu tau. Tapi takpe. Tudung yang dibeli tu memang sesuai dengan baju2 yang sedia ada juga. Niat menutup aurat tu yang penting, kan? Hihihi niat tak menghalalkan cara. Tapi beli tudung tak haram, kan? Eh dah dah.

Ok, pastu kami pon melalui jalan kucing, terus ke tol duta menuju ke rawang. Sampai di rumah, gedebuk gedebak pung pang pung pang dan tido. Malam tu, budak2 nak tido dengan kami. Fuh! Lawak betul la azam tu. Ekon bilik tu rosak. Setiap 15 minit, ekon tu mati. Jadi, sementara nak lelap tu boleh la bila ekon tu mati, aku hidupkan, mati idup, mati idup. Tapi bila dah tido, biar kan je la. Cooler pon pasang jugak sebagai back up. Tapi, azam ni pulak tak tido2. Sekejap2, cik nga, bila nurin nak sampai? Cik nga, ekon mati. Tah berapa kali tah. Aku pon buat2 tido hihihi. Bila nurin sampai pulak, punya excited, cik nga, nurin dah sampai. Beberapa kali la jugak dia kejut aku. Last2 dia naik katil, terus tido. Besok pagi, tengok2, dua2 orang dah takde. Rupanya derang turun bawah, 'mama, ekon tak idup.' Nasib korang la dapat mak sedara yang begini hihihi.

Esok pagi, kami lepak2 jer. Lebih kurang pukul 12 kot, baru lah kami keluar gi rumah abang tp. Nak singgah 1kea dulu. Keluar ikut jalan alternatif, tembus terus kat kota puteri. Dekat betul?! Kat depan kuil yang selekoh maut tu, jumpa eksiden nih.


Fuh! Ngeri betul.

Abis soping kecil2an, terus gi umah abag tp. Sampai2 je terus makan. Pung pang pung pang lagi, pukul 6pm baru kami balik semula ke rawang.

Mula2 tengok ingat ad aorang panjat. Rupanya patung. Iklan mi1o.

Sekian untuk hari ini.