
Sedih nyerrr!!! Aku ni betul2 mengamalkan amalan 5S, eh ekspresi dirimu. Suka menunjukkan perasaan sebagai intro sesebuah entry. Apa yang sedih pulak nih? Sedih la tengok jumlah entry aku pada bulan februari. 15 jek? Dah tak capai target nih. Nampaknya kena wat overtime bulan ni lor. Tapi, apakah target aku? Oh, belum tau ek? Aku nyer target ialah 1 hari 1 entry. Atau mengikut jumlah hari dalam bulan itu. Kenapa mesti ada target? Entah. Saje. Nak menunjuk bahawa aku mempunya visi dalam hidup hahaha. Ok lah kan. Memenuhi ciri2 specific, measurable, achievable, realistic dan time frame.
Ok, chaiyok! Mulakan dari sekarang. Baru 4 hari bulan mac, dah ada 9 entry. Good sign.
Aku nak cerita gak pasal sayur. Apa ke tak best langsung ek, cerita pasal sayur. Tak merangsang adrenalin. Bukan apa. Aku dan sayur ni umpama cat and dog gitu. Dulu la. Sebabnya, entah? Tau, sayur itu baik untuk kesihatan. Mencantikkan kulit dan membantu sistem penghadaman anda. Banyakkan makan sayur dan tiada istilah 'adoiii sakit nya b0nt0t' akibat terlebih teran dalam hidup anda. Vitamin baik untuk pertahanan tubuh. Mana lah aku tak tau, aku kan pergi sekolah. Apa da. Tapi, application? Hancus. Jadi, mari kita sama2 lihat, trend pemakanan sayur puan asia yea. Silakan.
Kalau aku makan makanan sajian lengkap seperti mee, meehun, kuetiow goreng, aku akan makan sayur2 itu. Tapi, untuk kurang dari 5 suapan sahaja. Selepas suapan ke 5, aku akan memilih2 sayur itu dan menyusunnya di tepi piring. Sebabnya, bagi lidah aku, sayur2 itu telah mengganggu rasa enak mee itu. Elok2 mee tu sedap, bila dah sekali masuk ngan sayur, dia jadi pahit, masam dan payau. Sebelum aku berlapar (kerana berhenti makan) dan membazir (kerana tak menghabiskan makanan), baik lah aku asingkan sayur2an tersebut. Ok lah tu, 5 lai togeh tu leh cover keperluan vitamin untuk sekali penghadaman, kot hihihi. Terutama sekali ialah sayur carrot dan sawi. Memang boleh spoil mood betul. Togeh masih ok la, tapi takleh banyak2 jugak. Sibbaik mata tak rabun walau pon tak makan keret.
Kalau sayur yang dimasak untuk makan ngan nasi, aku boleh makan sebarang jenis yang berdaun. Tapi aku makan daunnya je la. Batangnya memang takleh masuk. Kalau tersuap batang sayur tu, aku sanggup kuarkan balik walo pon dah masuk kan muka pintu tekak. Erkkk nak termuntah lak aku ketika menaip itu. Kecuali batang kangkung dan tah, sayur apa tah yang aku makan baru sekejap tadi. Lembut je batang nya. Daunnya pun umpama sutera lembutnya. Meranti kot. Sesedap rasa je bagi nama. Tapi, ada batang sayur yang aku makan dan sangat makan, iaitu kacang panjang, kacang buncis hehehe. Mana ada orang makan daun kacang ek? Dan, memang 2 jenis kacang ni pon yang sentiasa ada dalam esbok ku hehehe dan kailan. Tapi kailan aku makan daunnya ajer.
Kubis bunga dan brokoli aku boleh makan juga. Kubis biasa pon boleh sebenarnya, tapi akak aku kata, sayur kubis adalah sayur yang paling cepat basi. Bila kita masuk je dalam mulut, dia dah basi dah sebenarnya. Terapi warna yang kata. Jadi, aku dah lama tak masak kubis. Kalau dalam mee tu kekadang termakan jua. Walau pun kubis masak lemak adalah sungguh enak, aku cuba elakkan dari memakannya.
Aku juga tak makan petola. Ke peria? Hahaha tak tau beza. Memalukan! Alaaa yang pahit dan berkulit keras tu lah. Yang macam timun tu aku makan la jugak. Pendek kata, sayur2 pahit ni memang aku takleh masuk la. Timun? Bagi aku, timun bukan sayur. Boleh? Aku makan timun, tapi jarang. Ikut mood.
Tapiii, aku pon pelik lagi ajaib tau. Kalau ulam-ulaman tu aku makan la pulak? Pegaga, ulam raja, kacang botor contohnya adalah among my fevret. Pucuk ubi juga ku suka. Dan urap dalam nasi ambeng akak smiling face pon aku sangat suka. Pahit jugak, tapi beshhh. Tak payah faham mengapa aku begini.
Akhir kata, kesimpulannya, aku makan sayur hanya lah untuk memastikan ada vitamin duduk dalam perut ku. Kalau kat kedai makan, aku ambik sayur sebab malu kalau time bayar nanti orang tengok aku tak ambik sayur. Boleh? Biasanya kalau aku ambik sayur tu, separuh je yang aku makan. Lebihnya, terpaksa dibazirkan. Isy isy isy. Tapi takpe, sayur murah je hihihi.
p/s tetapi saya menggantikan vitamin itu dengan vitamin c yang banyak dari buah2an. vitamin a b d e f g h i j k tu tak tau la datang kot mana...
Friday, 5 March 2010
Aku dan Sayur (tajuk macam kartun popeye)
Thursday, 4 March 2010
Pekerjaan Anda
Kalau sebut ptd ngan kawan2 seperjuangan, mesti ramai yang akan menunjukkan muka ala2, eleh. Macam yang aku citer dalam entry yang lepas, derang ni kan kemas, smart dan nampak hebat. Dengar citer orang, nak dapat keje tu pun sikit punya banyak step nya. Exam la, kursus la, interview la, baru lah dapat. Setakat yang ala2 macam aku ni, toksah berangan la.
Tapi aku memang tak berangan pon nak jadi ptd hikhikhik. Dalam borang spa pon aku tak isi ptd sebagai salah satu option. Rela lah aku letak 'penjaga jentera dan mesin' daripada ptd. Kelakar lak nama post tu, kan? Aku bayangkan jentera dan mesin tu macam mesin menuai padi hahaha. Sabo je lah. Bukan, bukan memperkecilkan pekerjaan itu. Isy, kan aku kata, aku pon letak post tu sebagai salah satu pilihan kan. Cuma, nama jawatan tu je macam tak vouge ekekek. Kalau lelaki nak gi meminang, pak mertua tanya, ko keje apa? Penjaga jentera dan mesin. Apa agaknya reaksi pakcik tu ek?
Haaa dah terlanjur bercakap pasal nama pekerjaan ni, aku nak cerita la pulak pasal pekerjaan aku. Kata ada kena mengena dengan pekerjaan kan. Human resource katanya. Masa aku keje kat jpk dulu, memang aku terdedah dengan macam2 nama pekerjaan. Sebabnya, kami lah yang meng 'create' latihan untuk pelbagai jenis pekerjaan di malaysia ini. Pastu, masa mula2 keje tu, biasa lah derang cite la pasal sejarah jabatan, bidang tugas department2 bagai kan. Satu perkara yang aku ingat, orang tu cite, dulu2, masa awal2 ditubuhkan, nama2 pekerjaan ni memang la tak vouge. Kalau plumber tu, namanya tukang paip. Kalau buat rumah tu, tukang kayu. Yang wireman tu, tukang elektrik. Pendek kata, tukang segala tukang la.
Memang zaman dulu pon orang panggil pekerjaan seseorang tu sebagai tukang, kan? Tukang jahit, tukang besi, tukang gunting dll. Ikut dalam kamus pun, tukang tu ialah orang yang membuat sesuatu itu.
Lama kelamaan, apabila zaman semakin moden, dengan perkembangan sektor perindustrian segala bagai, jabatan ini mendapati, nama tukang itu sudah tidak relevan lagi. Relevan, tapi tak vouge gitu. Orang nak sebut nama pekerjaan pon segan, walo pon gajinya beso. Lalu, mereka pun membuat rebranding terhadap standard2 pekerjaan dengan memberikan nama baru yang lebih segar, comel dan vouge de vass. Maka, takde lah lagi mereka malu2 nak menyatakan bahawa, pekerjaan mereka ialah juruteknik, jurutera (read=juru terror), jurugambar, jururawat, jurujual, juruterbang, jurupaip, juruelektrik, jurutera(p batu bata) dan tol juru. Walau pon kerja tu sebenarnya takde lah vouge sangat, tapi, kalau dah nama juru tu, sedap dah lah tu. Begitu lah adanya asal kejadian nya.
Jadi, apa nama pekerjaan anda?
Alamak, ni dah macam tajuk lain jek? Tadi nak citer pasal ptd kan? Sambung lain kali ek?
p/s lagi foto di teluk sengat. ariff dan afiff. tah apa agaknya nama adik derang yang dah nak kuar tu ek? affiffahfafifu kot? pembetulan. nama pon teluk sengat, kan? jadi, bukan la selat tebrau sebenarnya, kan? pantai lid0 tu baru la selat tebrau.
Entry Rojak Petis
Kali ni aku tak nak tunjuk baki hutang aku. Sila fokus pada ayat yang di bawah cc statement di atas. Tiba2 aku rasa macam nak gi soping2 plak. Tiada keraguan lagi. Kita ada pilihan. Jadi lah pengguna yang bijak.
Wednesday, 3 March 2010
Saya Pon Cerdik Jugak, Apa?
Apa la aku ni. Kekadang ada blogger yang tutup blog. Atau pon dia private kan blog dia. Aku dah susah hati. Terlupa pulak, ada cara untuk bukak blog yang dah tutup nih. Feh! Sibbaik aku cerdik hihihi. Saper cakap budak2 zaman sekarang ni cerdik2? Memang la betul, tapi, bukan budak zaman sekarang je la. Aku rasa, masa aku kecik2 pon mak aku cakap aku cerdik hehehe perasan! Kalau lah blog ni dah wujud pada tahun 80-an, mungkin sekarang ni aku dapat baca blog mak aku yang menceritakan tentang keletah ku yang comel dan cerdik itu. Macam eklan 'burung apa? murai' tu. Kan mak dia tulis diari kan? Tapi, mak aku takde la pulak tulis diari.
Tapi, masa kat rumah nenek dulu, aku pernah baca surat. Surat abah kepada emak. Kenapa nenek yang simpan ek? Dalam surat tu, abah cakap, dia tak dapat balik, jadi dia kirim duit untuk persiapan hari raya haji. Masa tu abah keje kat pontian. Pastu ada sedikit pesanan untuk abang tp ke abang epet tah, jangan main pasir hihihi. So sweet oh. Jap! Tapi abah pakai kata ganti nama diri kekanda-adinda kah? Tak ingat la pulak. Tapi kalau ikut rekod selepas2 tu, kalau tulis surat pada kak uni, abang tp dan abang epet, abah guna ayahanda-anakanda. Tiba turn aku masuk asrama, dah takde dah surat2. Dah ada tefon kat rumah.
Erkkk apa kaitannya neh? Aku pon dah lupa apa yang aku nak tulis sebenarnya. Oooh pasal aku yang cerdik. Hahaha nak muntah lak aku baca ayat2 riak takabbur dan bongkak cenggini. Dah lah baru makan ayam masak kari bungol yang sedap. I warning u, kalau tak sanggup baca sila keluar sekarang. Now!!! Kalau blog orang lain ni memang aku dah delete terus dari follower list hihihi. Dah lah earning nanang tak bergerak2 sejak sebulan yang lalu. Berani ko menjolok sarang tebuan eh.
Ye lah kan? Sekarang ni, tengok, ramai sangat anak yang dapat nombor 1. Dah macam tak special dah. Nombor 1 tu dah tak hebat lagi dah. Bila upsr pulak, ramai sangat dapat 5A. Kata orang, kualiti yang banyak A ni takde lah bagus sangat. Ada la yang baik, kang kecik ati plak korang yang anak pandai2 tu kan hiks. Tapi, kalau dah banyak sangat, dah tak sweet lagi dah. Memang la pihak sekolah hepi giler sebab 100% dapat 5A, tapi, lu pikir la sendiri.
Cuba kalau sorang dua jek yang dapat 8A pmr. Bangga siot. Bangga la sebab lebih hebat dari orang lain. Kalau semua 8A, semua orang sama je lah. Umpamanya, hari semalam, sama je dengan hari ini. Tapi kalau tak ramai tu, kemanisannya macam hari ini lebih baik dari semalam. Hahaha analogi jenis apa tah ni. Hentam je la.
Macam zaman aku, aku pmr kali kedua. Maksudnya baru tahun kedua pmr diperkenalkan. Tahun pertama, pencapaian terbaik sekolah tu cuma 6A. Masuk tahun kedua, masih takde 8A (hihi cover nampak?). Tahun ketiga kot baru ada 8A. Tapi sebelum nak tahun ketiga tu, yang tahun kedua tu dah cukup kembang2 dah sebab lebih baik dari tahun lepas hahaha. Haaaaa kan ke sweet tuh? Pakwe pon berebut2 nak jadikan awek hahaha. Opsss tipu tipu dan perasan. Yang tahun ketiga tu lagi la toksah cakap dia punya kembang. Pertama kali 8A dalam rekod sekolah. Huhhh saya sangat bangga dengan kamu lah!
Pastu, bila dah dewasa, jumpa kawan2 lama, kita akan diingati sebagai budak pandai suatu ketika dulu. Kalau gi beraya umah kawan, nak kenalkan kat mak, contohnya,
'Kawan kamu ke ni? Kenapa mak tak kenal? Anak siapa?'
'Alaaa mak. Ni lah budak yang dulu salu dapat nombor 1 tu mak. Memang la mak tak kenal. Dulu dia masuk asrama, memang la takde buat ulangkaji masa spm kat rumah kita.' (tak sebut pun nama kita. apalah ada pada nama)
Contoh, kata ku. Tapi, memang ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati hihi. Jadi, tak ke kembang jadiknya bila orang mengingati kiter dengan perkara yang sebaik itu? Takde lah pulak orang cakap, ni lah budak yang dulu selalu dapat nombor 15 daripada 35 orang ke kan? yang penting nombor 1 dan selalu (=maintain). Nombor corot pon orang ingat kot huhuhu. Apa berlaku di sekolah berasrama penuh itu, tak perlu diketahui. Kisah kita fail bahasa melayu dan tertido semasa exam di tingkatan 4 serta kisah kita fail sejarah dan kimia semasa tingkatan 5, simpan sorang2 je lah hahaha. Bab tu boleh salahkan boifren yea. Mengganggu emosi calon spm.
Kesimpulannya, aku rasa, aku juga cerdik, pada zaman aku. Dan cerdik anak2 zaman sekarang takde bezanya. Ianya in proportion with peredaran zaman ini juga. Kira kalau pecahan 1/2 sama dengan 5/10, gitu lah. Nakkk juga dimatematikkan.
p/s maaf jika ada yang tersinggung.
Rungutan Yang Takkan Memberi Kesan

Aku dah lama tau. Merajuk ngan seorang bernama suami memang tak berbaloi langsung. Elok2 kita yang merajuk (tapi tak elok yea), tiba2 dia jadik terbalik pulak. Nggak ngertik gue. Bukan ke merajuk itu bermakna, 'hello, saya tak suka awak buat begitu. sila jangan buat lagi yea'? Tapi, ni dah jadi macam, 'awak tiada hak untuk marah saya. man will always right. sila jangan derhaka. mintak maaf sekarang'. Apakah? Eee kalau bab merajuk, lelaki ni tak malu ek berperangai seperti perempuan? Kosserrrrr.
Tuesday, 2 March 2010
Melaka Bandaraya Bersejarah
Hari sabtu lepas, aku telah pergi ke melaka. Penat tak hilang lagi, tapi kerana jemputan, ku gagahi jua. Boleh la aku melelap2kan mata sepanjang perjalanan tuh.
Keluar rumah hampir2 pukul 1 tgh. Dah sampai kilang miow2, baru teringat, tak bawak kad jemputan. Cemana nak tau rumahnya? Ikut kan ati aku yang separuh ati je nak pegi ni, nak je aku balik rumah terus. Oleh kerana tak elok patah balik, kami pergi semula ikut hiway ayer hitam. Jauh la pulak. Membazir betul.
Sampai rumah kenduri dah dekat pukul 4. Kenapa lambat sangat? Tah, aku main hentam je suh kuar tol jasin. Dulu salu kuar situ untuk ke muar. Sekarang ni, rasa jauh la pulak. Dah masuk amj, terlajak la pulak. Aku ingat amj tu tembus sebelum alai. Rupanya betul2 selepas alai. Dah dekat simpang masjid alazim tu, buat uturn. Dekat je rupanya dari tempat tembus amj tuh. Nostalgia kat sini, kami pernah beberapa kali berenti solat di masjid tepi jalan tuh. Rasanya masa interview keje sekarang ni pon kami pernah singgah situ.
Selesai makan minum di rumah perantin, kami pon solat di surau depan rumah perantin itu. Dah terlanjur sampai melaka ni, wat pe lagi kalau tak soping2 kan? Memula sekali singgah arian1. Kalau singgah masa balik nanti, duit dah abis, terus tak merasa nak singgah. Benda kalau bertangguh selalu tak menjadi hihihi. Konsep ini sesuai diguna pakai untuk kempen jimat cermat.
Arian1 tengah sale lah! Untuk tudung jenis tiara (standard plain), buy 1 free 1, rm60 only atau bersamaan rm30 selai. Dah sama ngan arian@ pasar malam dah. Aku pon beli la 1, percuma 1. Jadik lah. Merasa jugak pakai tudung yang dibeli di butik arian1 hikhikhik.
Pastu kami pon mencari jasko meletup itu. Aku perasan jasko tu kat belah kiri menghala ke alor gajah. Rupanya kat belakang tesko jek. Sangat mudah untuk di akses. Cuma jalan kuar dia je yang kurang sehsuai.
Dekat situ, aku beli apa ek? Macam takde apa2 jek? Nak beli kasut, takde saiz. Oh, aku beli tako tao lerrr. Selama ni tengok je orang makan, teringin lak nak rasa. Ooo gitu rasa dia. Ok jugak. Pastu try beli donut jko. Tak pernah rasa lagi. Macam kureng sket kot banding ngan epal beso.
Balik tu pulak, singgah makan char kuey teow kat telok mas. Dah lama sangat tak pegi situ. Sejak 2 menjak amj tu dah bukak sampai ke muar. Sibbaik wujud lagi kedai tuh. Tak sia2 aku kosongkan perut. Macam ckt penang jugak rasanya. Kira ni balas dendam ckt putrajaya yang hampeh aritu la nih.
Lepas makan, kami pon balik. Sampai rumah lebih kurang pukul 12 kot. Penatnya!!! Oh, aku beli cadar la kat jasko.
Semalam pulak, sesi mengemas kotak lagi. Selagi ada kotak kertas, selagi tu lah keje mengemas kotak ni tak selesai. Kali ni, giliran kotak nostalgia pulak. Macam2 benda muncul dari kotak2 itu. Antaranya benda ini.
Luka Lama Berdarah Kembali (Overnya!)
Sakitnya hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!
Malam tadik, seperti biasa ar, aku mengeset alarm kat henfon encik suami ke pukul 4.25am. Sebabnya, carik la sendiri. Dan selalunya aku terus je berbuat demikian, tanpa menyiasat sms inbox beliau. Tapi, betul lah kata orang, instinct seorang isteri ni memang kuat dalam hal ehwal mengesan keluarbiasaan. Dah tau tu pon, si suami masih tak geti2 jugak ek?
So, malam tadik, aku pon saje lah membuka inbox itu. Selalu jugak aku bukak hihihi, tapi takde apa2 yang mencurigakan. Cuma semalam, aku ternampak mesej lebih kurang cenggini:-
'Jangan lupa bawak tools ya?'
Agak2, aku membaca text tersebut dengan tonasi yang bagaimana? Kalau dia tak tulis 'ya?' tu, aku rasa, aku takde la kisah pon. Kalau tulis 'ek', ke, 'tau' ke, masih dikira sempoi lagi, kan? Tapi, ini, 'ya'. Penggunaan kosa kata adalah dititikberatkan di sini ya. Maka, aku memilih untuk membacanya dengan tonasi manja. Boleh? Tengok nama sender pulak, Anis UTiHM.
Kemudian, ada mesej ini pula:-
'Ok, saya dah balik rumah.'
Rumah? Apakah? Kalau rakan sekerja, mesti lah sebut tempat2 berkaitan opis, kan? Kalau sebut nama tempat pon, mesti lah, sama ada, bilik kuliah, library, cafe, dewan besar, masjid, pusat bahasa dll. Ini, rumah. Rumah? Tidak kah itu menggambarkan keintiman dalam konteks seorang rakan sekerja? Feh! Ko ni membesar2kan ar. Ok, apa tujuan dia menyampaikan kepada seorang suami itu bahawa dia sudah balik rumah? Untuk mengkomfemkan bahawa dia sudah selamat sampai? Caringnya suami itu?
Ok ok, sebenarnya aku faham, cuma, ya lah, pempuan kan, mesti lah aku curiga. Ko nak ajak suamiku datang rumah ko kah?
Seterusnya, mesej agak panjang. Aku pon dah lupa sebab semasa membacanya, amarah ku sudah naik ke kepalak. Lebih kurang cenggini:-
'Nanti saya beli tombol pintu siap2.'
Ke gitu lah lebih kurang. Pendek jer? Dia tulis panjang, tapi aku ingat tombol pintu je, so aku anggap dia nak balik rumah. Sebelum balik rumah, dia singgah kedai beli tombol. Dan bila sampai rumah, dia pesan supaya bawak tools supaya boleh digunakan untuk memasang/ menukar tombol itu. Aku baca mesej tu secara kronologi. Reverse psychology kekdahnya. Mana tak hangin, ek?
Ok, biasa lah tu, mintak tolong pasangkan tombol pintu. Kenapa nak marah? Ehhh kenapa mintak tolong? Buat je lah sendiri? Tukar tombol tu pakai logik je lah. Takyah tunggu dewasa atau berfikiran matang pon boleh buat la. Aku pernah tukar tombol opis kat uitm dulu. Sendiri. Tak perlu pon latihan atau pon pendidikan formal untuk melakukannya. Common sense. Ni lah akibatnya kalo masa wat projek kemahiran hidup dulu, suh mak atau bapak yang buat.
Seterusnya, kenapa mintak tolong suami ku? Berapa besar punya ito tu, takkan takde orang lain? Yang bujang, at least. Kalau pon suami orang, officemate pon boleh, apa? Ni, tah dia dari jabatan mana tah, tiba2 mintak tolong ngan orang fkee. Gajah depan mata tiadakah?
Ok, macamana dia boleh kenal encik hairul. Haaaaaaaa ni lah punca asal kejadian aku hangin tahap gaban. Aku rasa, kalau kawan fkee encik hairul yang mintak tolong tu, takde lah aku hangin sangat. Kira, boleh la nampak rasional nya sket kot. Kalau takde kena mengena dalam hidup ku, takde lah aku berasap. Tapi ni, siapakah anis itu? Jeng jeng jeng...
Ada pun anis itu ialah penyewa rumah mak cik gedik selepas kami. Kiranya selepas kami pindah, dia terus masuk rumah tu. Laaaaa ingat kan sedara mara makcik tu ke. Penyewa jer? Memang la dia penyewa je, tapi, hari ini dalam sejarah ada tercatat, semasa dia pindah dulu, dia ada mintak tolong pasangkan antenna astro kat rumah tu. Pada masa yang sama, dia juga memanggil makcik gedik itu datang sekali. Maka, berlaku lah pertembungan 2 mata antara mereka iaitu suami ku dan musuh ketat ku. Dah macam matchmaker la pulak kan. Pastu boleh pulak berlakon, eh, saya tak tau pon makcik tu nak datang jugak. Blah la lu. Dia dah tau kisah makcik gedik tu, tapi langsung tak bekerjasama.
Jadi, haruskah saya hepi dan gembira malam tadik? Menurut suspek, anis ni pindah rumah kat taman man1s dan mintak tolong sikit ngan dia. Tu pon dia gi ngan kawan, bukan sensorang. Selepas lebih setahun, kenapa cari suami saya? Cikgu kamal sebelah rumah tu kan ada? Wakjoe jiran selang serumah pon ada. Kenapa suami ku? Porkeeeeeeeeeee???
p/s setiap perkara yang berkaitan dengan rumah nombor 19 jalan 2 itu adalah mendatangkan trauma di batu jemala ku.
Yasinan
Sabtu malam tu jugak, kak uni balik bawak ikan patin. Lalu, apa lagi, berpatin tempoyak ler jawabnya. Nyum nyum enak sekali.
Hari Ahad, takde aktiviti. Lepak je. Malam, lepas raja lawak, aku balik semencu plak. Adehhh dah mula wat preparation ker? Tengah2 malam tu jugak aku menblend cili. Bersungguh2 sekali nak beryasinan ek.
Jadi, hari isnin tu, pulun ler memasak. Aku ke mana, nota ptk ke mana. Hancus timetable ku.
First time buat secara buffet nih. Kuih muih sikit punya banyak ke. Kalo sorang datang bawak sejenis, seploh orang, tak seploh jenis?
Hari selasa, masa untuk balik semula. Mula2 ngah balik kontan. Diikuti dengan kami dan in. Macam jauh je ek? Walopon dekat, kalo baju lom iron, tetap ku rasakan jauh huhuhu.
Sebelum balik, singgah kota dulu. Aihh tak sah la balik kota kalo tak pegi kedai kemboja kan. Dapat la sambar 2 lai kain. Ni ada kang jadik baju raya tahun ni. Bila nak jahit tah. Masa kat kedai kemboja, aku peratikan ada sorang pempuan ni ngan mak dia. Memula kat satu kedai ni, dia beli selai. Aku tengok kain yang dia beli. Dalam hati ku berkata, oh, cantik itu subjektif. Cantik di mata dia, tak cantik di mata aku. Pastu dia pegi kedai sebelah, terus dia tanya ngan tokei, yang ni 30 dapat tak? (sama dengan rege kain yang dia beli tadi). Pastu mak dia cakap, tanya lah dulu berapa harganya. Main cakap je. Tapi memang betul pon. Tah2 kain tu regenya 20 hengget je, kan? Kalo aku jadi tokei tu, aku pon suka dapat customer cenggitu hihihi. Terus aku cakap kain tu rm40. Nampak gaya macam dia nak cepat dan ingin membeli secara banyak.
Tips tawar menawar :
- Tanya harga
- Mintak kurang.
- Selepas dia bagi harga diskaun, mintak kurang lagi.
- Selepas dia bagi diskaun, mintak kurang lagi. Ulang langkah ini sampai tokei tu halau hahaha.
- Baru mintak rege yang kita nak.
Monday, 1 March 2010
Back To Basic : Teluk Sengat
Isy, bersambung2 pulak kes adik safiyah tu ek? Now, jais plak nak charge kes mak dan boifrennya bersekedudukan. Sabar je lah.
Kelmarin aku try buat scheduled entry, nak publish ari nih, tapi dia terpublish terus pulak. Terpaksa aku secara tergesa2 mengdraftkannya semula. Musykil seketika. Dah malam tu baru teringat. Laaa tahun ni mana ada 29hb februari la. Arini dah 1hb mac lor.
Eh, dah 1hb mac? Sekejap nya rasa. Sibbaik bulan 2 cuma 28 hari, tak la rasa lama sangat menantikan gaji bulan nih. Uihhh sayup nya lagi tarikh gaji.
Okeh, mari kita undur kembali ke bulan lepas, semasa cuti cny. Aku, seperti biasa, kalo cuti panjang sket, aku akan balik ari sabtu. Konon dekat je kan. Orang dekat salu lambat sampai.
Sabtu tu, kami balik lebih kurang pukul 11 kot. Singgah kota, makan kat kedai mail. Jumpa yayu kat situ. Wahhh kete baru. Ni yang jeles ni. Aku kan, harap je kerja, tapi, mana ada rete benda. Kete pon takde tau. Sampai bila aku akan mata duitan sahaja? Bila nak materialistik neh?
Kali ni balik at5 terus. Macam keajaiban dunia ke-8 je kalo balik at5 tu. Actually mil nak buat kenduri ari isnin. Kalo takde apa2 tu, komfem akan bypass kampung halaman ku.
Mak takde, pergi segamat, tinggal abah ngan farah jek. Adik ku itu sedang tunggu spm. Mentara tu, dia keje kat kedai henfon kat depan. Best nyer, dekat je tempat keje. Tengahari boleh balik rumah, makan. Sebelum pergi, mak dah masak siap2. Bertuah betul.
Dah petang, dah boring, kami kuar jenjalan. Kami tu kami dan abah dan abang tp sekeluarga. Kami pergi ke teluk sengat. See! Saper kata takde tempat perlancongan di tanah air sendiri? Di sini lah sejarah negeri ini bermula tau.
Kat teluk sengat ni lah terletaknya kota johor lama. Pada zaman dulu, sebelum johor bahru menjadi ibu negeri johor, di sini lah kerajaan johor lama terbina. Kami pon pergi ke 'kota' itu. Ada pon kota tu adalah sebuah erkkk macam benteng la, yang digunakan sebagai pertahanan dan tempat meninjau kedatangan kapal portugis yang ingin menyerang negeri ini. Kiranya, selepas melaka ditawan, sultan melaka telah berpindah ke sini. Kot gitu lah yang aku faham. Pada zaman pemerintahan sultan alauddin riayat syah adanya, kota ini telah di bina. Dan apabila portugis menawan negeri ini, kota ini telah dibakar. Yang tinggal ialah satu struktur berupa padang bola sepak kekdahnya. Kalau ditinjau di hujung kota ini, kelihatan laut selat tebrau kot huhuhu. Lebih kurang macam puncak melawati kat kuala selangor tu. Haaa lebih kurang cenggitu la. Cuma kat sini takde meriam2 dan monyet :P.
Semasa berada di sini, abang tp calling2 kawan dia yang rumahnya sepelaung je dari sini. Gengjernel. Teringat masa zaman aku belajar dulu. Pernah jugak terjebak dalam aktiviti gengjernel. Antaranya, makan sate kat awan besar, gi pasar malam jalan tar, makan kat uptown dll. Eh, ada ke dll? Macam segitu je?
Lepas tuh, kami pergi ke jeti pulak. Ermmm malam ni ada pertandingan memancing. Meriah tempat nih.
4 Hari Itu
Sepanjang 2 minggu yang lepas, aku memperlahankan aktiviti blogging ku. Bermula dari 7hb lagi, otak ku mula berserabut. Semuanya gara2 4 hari itu. Sayang semuanya sudah terlambat, application aku yang tahun lepas telah di bring forward kan terus ke tahun ini. Akibatnya, belum sempat aku mempostpone kan tarikh, aku terus terpilih untuk sesi pertama untuk tahun ini. Dan aku baru tahu 2 minggu sebelum kejadian. Adoiii mana sempat nak mengulangkaji? Bukan setakat exam je, ada komponen2 lain lagi yang nak kena disediakan sebelum tu. Haru biru. Menyesal pun tak guna. Padan muka. Saper suruh mintak kalau tau belum bersedia.