Friday, 20 November 2009

Loteng, Attic : Pengganti Bilik Ke-4 (Siri 4)

Hari seterusnya, balik keje aku tengok steps bawah ni dah siap. Memula dia lekatkan step tu guna bolt and nut. Kira tebuk atas bawah la. Pastu encik hairul cadangkan guna skru je sebab tak nampak dari atas. Guna bolt tu dia nampak atas bawah. Kalo ikut graviti pon elok guna skru jek. Bukan nak ikat kuat sangat pon step tu kan. Sibbaik dia sempat buat step pertama jek. Step berikutnya dia guna skru jek. So, tak nampak la. Dalam entry yang lepas leh nampak bolt dan nut tuh.


Abis celorang celoreng dinding aku ngan sketching wak joe nih. Sibbaik aku dah plan nak cat cantik2 pasnih. Memula tu besi yang dipasang tu pun macam misalignment. Kot balik rumah malam2 dia fikir kot cemana nak mengatasinya. Esoknya dia betulkan. Aku dah ngamuk2 dah time tu. Huuuuuu buruk. Lepas dibaiki, barulah aku ceria semula.

Lepas aku ambik gambar yang first dan second tuh, wak joe datang lagi. Dia nak siapkan steps belah atas pulak. Huuuuu bingit betul. Dah lah jiran sebelah ni jaga budak. Cemana lah dia menangani situasi tu tah. Tapi e'awal lagi kami dah kabokan pasal projek nih. Jangan dia komplen kat majlis sudah lah.

Dalam masa sejam jer, siap lah steps nih. Wahhh dah nak siap nampaknya. Aku? Sangat suka! Tapi aku gayat ler. Sengal lutut aku biler naik atas nih. Maybe sebab belom siap kot. Kang dia dah tutup bawah tangga tu kot dah tak gayat kot.

Sabtu ahad kononnya dia nak buat kerja jugak. Sekali dah tengahari sabtu tu, dia call, tak jadi datang. Dia nak siapkan benda alah ni lah. Wow! Tak sangka aku dia akan ukir bertingkat2 tuh. Aku expect belah atas jek. Ini sudah bagus. Puas ati sangat! Tak sabarnya nak siap.

Oleh kerana aku dah melalui saat2 menahan sabar menunggu loteng ni siap, maka korang pon kena merasai juga apa yang aku rasa hahaha. Sabar lah menunggu aku teruskan kisah loteng ni eh? Hehehe suka!

Thursday, 19 November 2009

Loteng, Attic : Pengganti Bilik Ke-4 (Siri 3)

Kejadian ni pulak berlaku pada hari ketiga kerja. Memang menguji kesabaran betul la. Adaaa je yang tak kena di mata aku. Penat bertekak. Biasa ar aku. Cerewet lebih. Tapi, penting gak tau cerewet nih. Kalo tak, orang tak tau apa kehendak kiter. Ikut sukati dia je buat ikut selera dia. Padahal rumah kiter tu. Mesti lah ikut citarasa client kan? Eh, aku bertekak ngan encik hairul jek. Dia yang tukang report nyer hehe. Bertekak pon tak sempat nak masuk bilik discussion kehkehkeh.

Hari ketiga ni, ini je yang siap. Selepas itu, rehat lagi 2 hari. Mana laaa aku tak hilang sabar. Kiter dah tak sabar2 nak siap. Rimas dengan habuk2 nih. Boleh pulak main selang seli pulak. Biasa arrr orang melayu kalo wat keje kontraktor, mesti grab job sebanyak mungkin, kendian buat serentak. Kalo ada klon 10 boleh la cenggitu,kan? Sabo sabo sabooo...

Tengok je pun dah rasa tak puas. Ini je? Boleh tak cepat sikit? Huuu tensi tensi... Aku memang kuat komplen ok. Boleh kasik crown ar bab komplen2 nih. Kalo kemas rumah pon aku tak puas ati kalau encik hairul tu buat. Kang biler dia vakum tak ikut spec aku, time mop nanti mula la aku sakit ati. Bawah kabinet tu vakum tak? Bawah pasu tu vakum tak? Celah sliding door tu vakum tak? Bawah sofa vakum tak? Bla bla bla. Eeeee nak mop cemana ni, ada abuk lagi ni. Abis mop ni pulak yang kotor. Pok pek pok pek. Daripada dengar aku komplen, biar lah dia basuh kain je hikhikhik. Dia rajin basuh kete pon aku komplen gak hahahaha. Tak payah la basuh, musim hujan ni. Pagi isnin tu gi keje je dah abis kotor balik. Membazir air jek. Huh! Pendek kata, memang kuat komplen la. Jadi, biler dah bersetuju untuk buat projek2 macam ni, bermakna encik hairul telah bersedia lah dengan komplen2 ku. Huhu bersiap sedia la pakai perisai.

Pelik tak tengok besi2 tu? Memang silap. Kenapa mesti disengetkan belah depan tu ek? Pulak tu, terkedepan la pulak step tu.

Hari berikutnya, dia terus baiki besi yang misalignment tuh. Lega. Aku dah pesan awal2, kalo ada yang tak ikut spec aku, memang aku suh buat balik punyer. Baik bagitau awal2. Tapi memang berlaku ok. Cerewet nyer ko ni eh?

Ni je pun makan sehari tau. Macam sama je ngan semalam, kan? Cuma, kali ni besi tu dah tegak dan ke belakang sket. Dan aku dah tenang sikit. Ok, dah tak nampak pelik.

Tengok, huru hara ar rumah aku selama 3 minggu nih. Ni dalam bilik tu je. Kat luar, penuh habuk atas kabinet dapor, sofa segala. Huuuuuuuuuu Tetiap ari kena vakum. Kalo tak, memang tak selesa la. Nak masak pon jadi malas huhuhu. Alasan terbaik untuk malas masak ek. Alaaa memang ye pon kan. Tiap kali nak masak, kena la lap2 dulu. Kang makan debu pulak kan. Lap ari ni, esok debu balik. Tak ke menyampah tuh? Siap kena sorok rak pinggan sumer dalam kabinet. Dah tak muat kabinet, kena letak kat luar yard pulak. Ahhhh daripada kita susah2, baik start kete, order dan makan. Dapo tak kecah, hati pon senang hehehe.

Up next, masih bahagian tangga bawah nih. Adoiyaiii. Sabo je lah... Kita sama2 bersabar ok? Sabar itu separuh daripada iman.

Gali Lubang Tutup Lubang

Apa nak buat bila orang nak pinjam duit kiter untuk bayar ah long atau bayar bank sebab rumah nak kena lelong? (siap boleh tukar kes pulak ekekek)

a. tengok la saper yang pinjam tu, adik badik ke sedara mara ke, kawan2 ke, sedara jauh ker.
b. bagi je lah. lagi pon dah janji nak pulang lagi 3 bulan.
c. nak bagi, tapi duit ada dalam asb. kalau kuarkan sekarang, rugi la sikit. dividen dah nak kira hujung tahun nih. kalo nak jugak, dengan syarat, bayar sekali dividen dan bonus yang terlepas itu. bukan interest yea...
d. nahi nahi nahi!!! betul ke dia boleh bayar lagi 3 bulan tu? katner dia dapat duit? pinjam orang lain pulak? bila kitaran gali tutup gali tutup tu akan berakhir?
e. boleh bagi, tapi bak sini ermmm geran tanah wat cagaran dan kiter wat agreement siap mati setem bagai.
f. boleh bagi. hari ni hari dia kannn.
g. nahi nahi nahi! susah nak percaya orang walo pon sedara sendiri. apatah lagi bukan sedara, kan? eh, sedara ke bukan ek?
h. boleh bagi, sebab dia pon ada kerja tetap bergaji besar. cuma bulan lepas dia baru je beli laptop baru rege rm5k untuk anak dia masuk sekolah emaresem. tu menunjukkan dia banyak duit, tapi bulan ni je tak cukup kot.

Hahahaha banyak nyer option kihkihkih. Itu menunjukkan keadaan serba salah dan kebingungan hehe.

Wednesday, 18 November 2009

Loteng, Attic : Pengganti Bilik Ke-4 (Siri 2)



Selepas seminggu wak joe tak datang, aku dah hangin satu badan. Dengan debu2 berterbangan satu rumah. Adoiii rasa nak terminate jek dia. Tetiba satu hari dia datang dan siapkan benda alah ni. Dah nampak progress dah.

Kalau dalam projek taman wira aritu dia guna plywood sebagai lantai loteng, aku plak guna papan. Terasa macam kat rumah kampung sket hehe.

Papan tu dia baru susun je, belum paku lagi. Tak berani la aku nak naik.

Huuuuuuuuuuuu abis dinding aku. Sibbaik abang meyakinkan aku yang wak joe akan plaster balik dinding tu. Huaaaaa...

Pandangan dari atas loteng. Encik hairul la yang berani panjat. Aku ni penakut dengan graviti. Kalo jumpa besi penutup longkang pon aku akan lompat. Takut tercerobos ke dalam. Apa jenis fobia tah.

Boleh la tahan, luas jugak. Boleh la takat nak tido2 kat sini. Ehhh rugi lah kalo tido jek. Kena la buat macam2 aktiviti sebab aku dah melabur banyak menggunakan kayu mahal untuk buat benda alah ni tau. Lompat2 pon takpe. Sengal ke haper nih? Takde laaa. Maksudnya aku yakin la akan kekuatan struktur nih.

Yang masih lopong tu dia nak letak papan yang lebih panjang sebagai platform biler kiter naik tangga nanti.


Ok, layan gambar yang sama.

Setakat ni aku puas ati lah. Tengok la nanti cemana. Yang boleh aku katakan,
memang bangak suka duka sepanjang proses membuat benda ni. Aku laaa emosional lebey.

Dah, tak tau nak citer apa. To be continued...

Bila Artis Masuk @dtec

Gedik nyer perasaan ni. Perasaan apa? Perasaan nak merajuk. Sebab apa? Sebab takde komen dalam entry loteng. Boleh? Hahahaha ok, takyah merajuk. Blog aku bukan ramai pembaca pon. Dalam tak ramai tu, 2 orang je yang ada direct contact ngan loteng dalam idup mereka. Lelain tu, samada tak berminat, atau tak terfikir. Lantak pi lah. Yang penting, tahun depan, bila aku baca balik entry ni, aku akan teringat2. Macam entry pindah rumah jugak. Boleh dikatakan 2 bulan sekali aku akan baca balik. Sajer.

Tapi, aku taknak update gak pasal loteng tu sekarang. Padahal aku dah siapkan 7 siri untuk entry loteng. Tunggu masa je nak release hehe.

Sekarang ni aku nak cite pasal artis hehehe. Alaaa orang batu pahat bukan selalu jumpa artis pon. Ada takde, time konsert je. Nak jumpa artis yang asalnya bp ni pon macam takde jek.

Oleh sebab itu, biler sesekali jumpa artis, aku adalah jakun hahaha. Bukan jumpa laaa. Nampak jer dari jauh.

Semalam, aku naik admin, ada taklimat sket. Masa naik tangga tu, aku nampak ada sorang pegang kemre dan sorang berambut kerinting berseluar khakis 3/4 kat foyer tingkat atas admin tuh. Derang tengah menunggu.

Biler aku masuk je bilik meeting, derang sumer kepochi2, katanya ada shooting drama kat edtec nih. Aiyok? Siapa pengarah sinematografi derang ni hah? Dah la foyer tu tengah pasang tiles. Cafe pulak tengah renovate. Pendek kata, huru hara la pemandanga kat sini. Kang buruk pulak nampak dalam tv tu kang. Ropanya derang shooting dalam opis tp. Orang 2 admin pon dah tak senang duduk aku nengok. Kalo boleh enterframe, nak enterframe gak tuh. Sibbaik opis tp tu kecik je ek?

Balik semula ke opis aku, pon kepoh2 pasal artis tu. Hahahaha jakun ok. Tempat aku ni bukannya besar macam uitm ke kan. Kecik ciput je. Jadi, pusing2 ternampak jugak. Time balik, baru aku nampak pelakon2 tu tengah smoking kat tepi kolam. Haihhh dah la pakai suar pendek je masuk opis gomen. Buat macam umah mak dia pulak.

p/s shooting itu ialah untuk tayangan astro oasis. kisah ajaran sesat katanya.
p/s pelakon2 nya 3 orang jek, ridzuan hashim, ebby saiful dan zain ruffedge.



Tuesday, 17 November 2009

Loteng, Attic : Pengganti Bilik Ke-4 (Siri 1)

Aku saje je takmo kepoh2 pasal projek loteng aku ni. Takut tak jadi seperti yang aku harapkan, aku gak yang kecewa berganda. Kecewa pertama, sebab tak jadi seperti yang diharapkan. Kecewa ganda dua pulak, dah tentu lah sumer orang tau aku beriyo yo kan. Secara otomatik aku akan malu la ngan korang. Jadi, kuputuskan, biarlah rahsia, pada waktu itu. Sekarang dah siap, so, takde rahsia2 dah. Lagi nak kepochi kan ada. Macam aku sorang je ada loteng dalam dunia ni hihihi. Ah, pedulik. Jeles la tuh.

Kalo sesiapa tak tau lagi, rumah kami ni sebenarnya ada 4 bilik. Tapi, masa dalam pembinaan tu, kami suh derang pecahkan dinding bilik ke-4 tu dan naikkan dinding untuk dijadikan bilik stor. Jadi, takde la bilik ke-4 tu, diganti dengan ruang dapur yang lebih luas. Masa tu juga kami dah plan nak buat loteng ni, cuma tak tau bila nak buat tu. Tengok keadaan. Jadi oleh kerana kami dah tengok situasi sesak yang berlaku bila ramaiiiiiiii femli datang, maka, ini lah masa yang sesuai untuk projek nih. Dah tu, jeles ar tengok rumah orang ada meja makan marble huhuhu. Nak jugak!!! So, pasni, boleh la kompol duit untuk beli meja makan pulak. Macam la rajin sangat masak ek? Apa kena mengena loteng ngan meja makan marble? Ye lahhh aku nak letak meja tu kat ruang tengah tu la. Sekarang ni orang datang salu tido kat situ. Now dah boleh transfer ke loteng tu lah pulak. Ok tak, kak ani? Ada kang anak2 dia terjun dari atas tu kang. Dah la bujang2 tu kemain lagi ligatnya kehkehkeh.

Ok, gambar ni takde apa2 pon nak ditunjukkan. Just nak buat comparison sebelum, semasa dan selepas projek tu siap. Ni gambar sebelum berlaku apa2.

Ni lagi lah tak nampak apa2 kan? Actually ni gambar selepas kami kosongkan bilik tengah tu. Masa ni kami dah booking tukang. Standby je biler2 masa dia nak datang. Ya, tukang yang sama ngan kawan taman wira tu lah.

Ni pon gambar sebelum projek mula.

Lagi2.

Ok, kejadian pecah rumah ini berlaku pada suatu hari. Dan selepas kerja ini dilakukan, wak joe tak datang2 selama seminggu. Grrrrrrr... dia ada projek lain. Gini la orang melayu. Aku anggap kerja ni sebagai 'booking' la. Kira kami terpaksa menunggu lah jugak dia buat, walo pon lambat. Putus harapan la kalo nak terminate dia waktu nih.

Kemusnahan di dinding.

Tengok la nih. Baru first day dah begini sepahnya. Belum lagi berhari2. Kena lah sabooo...

Memula dia tak kasik bukak kipas tu sebab dia nak guna. Panas lor bilik tu. Tapi sekarang kan musim hujan. Takde lah panas sangat kan. The next day tu dia suh bukak. Mengganggu keje ler kipas tu dok kat situ. Lagipon, abis ler kipas aku dilitupi debu. Huuuuuu sabooo lagi.

Korang sabo tak? Kena sabo jugak sebab aku akan sambung di lain kali hakhakhak. I loike...


Monday, 16 November 2009

Sok Sek Sok Sek

(Tah pape la encik hairul tuh. Aku nak transfer duit kat kakak ku pemilik kancil tu guna cimbclicks. Sekali tengok, tak cukup lagi rm5. Kendian tadi dia call nak bagitau, dia nak topap duit tu kat cash deposit. Aku pon ok je lah. Sekali aku nak transfer tadi, no tefon yang terima tac no pulak lupa nak tukar ker no baru. So, tak jadik la transfer. Yang musykilnya, kenapa tadi dia tak bank in je duit tu terus ke akaun kakak ku pemilik kancil tu masa kat cash deposit tu tadi ek?)

Ari sabtu tu, selain menghadiri majlis perkahwinan ex-(nak kata opismate, bukan. erk...) department mate, kami juga pergi ke rumah kawan lama pil di kampung sentosa paroi seremban. Kawan 30 tahun yang lampau neh tau. Untuk rekod, simpang masuk ke kampung tersebut ialah di trafiklite depan stadium paroi, okeh? Belok kanan, selekoh kanan, belok kanan depan gerai buah, belok kiri depan surau dan selekoh ke kiri, rumah hujung sekali. Almaklum lah kan... pergi nya seploh tahun sekali.

Memula tu kami dah terlajak juga. Mil pon dah kuar pe'el aku jugak hikhik.

"Dah tak jumpa tu dah la bahhh. Tak payah pergi lah bahhh."

Fil pulak kuar pe'el encik hairul jugak hukhuk.

"Rasanya kat trapiklite tadik la. Simpang yang ada susur ke bawah tu. Cuba berenti kat petrolnas tu. Kiter tanya orang."

"Situ sumer bangla la bah. Mana la derang tau. Tak payah lah bah. Lagi pon hujan2 gini, nak pergi rumah orang pon tak sedap."

Hakhakhak memang vice versa pe'el owang laki ngan pempuan ni, kan?

Kendian, fil pun masuk dalam kedai mesra. Bila dia kuar, terus dia suh follow satu kete nih. Ada orang nak tunjukkan. Pergh! Melambung2 dipujinya mamat badan besar2 tuh tak abis2. Fil cakap, dia salu tunjuk orang jalan, tu yang bila time kiter pulak, ada orang tolong. Hehehe

Apa kata orang? Hari ni hari dia. Esok lusa, hari kita pulak. Tak gitu?


Dah sampai depan gerai buah kampung sentosa tersebut, budak tu pon berenti. Katanya, ni kawasan kampung sentosa lah ni. Pak cik cari la area2 sini. Lalu dia pun blah. Baik budaknya, puji tak abis lagi tuh. (Leh buat menantu huhuhu).

Teringat pulak aku masa baru2 kawin dulu. Masa tu kitorang ada buat upah haji untuk arwah mak dan korban sekali. Jadi, pada hari raya haji tu, kami pon balik la kampung kat mersing. Lepas korban, malamnya ada kenduri. So, masa rewang siang tu lah, kedengaran makcik2 ni memuji encik hairul tu. Antara ayat yang aku ingat,

"Rajin nyer... kalau tau dari dulu dah booking buat menantu."

Ahaksss. Aku yang mendengar tu, nak tergelak pon ada kihkihkih. Kembang lah tuh.

Ok, berbalik kepada kampung sentosa. Tah melalut2 pulak. Abis, dah cerita pasal kampung kan...

Selepas mamat tadi meninggalkan kami, kami pon terus lah masuk ke jalan kampung sentosa tuh. Sampai lah ke rumah di jalan mati. Fil pon bagi la salam, kot ye ke ni rumahnya? Rupanya betul. Laaa hai. Terus jejak kasih. Sebenarnya bukan derang tak pernah jumpa 30 tahun. Last derang pernah pergi masa kak zela nak kawen, 2003. Kira baru 6 tahun je lah.

Sembang punya sembang, kuar lah macam2 cerita. Yang menariknya, pakcik ni jenis'borak' punya orang. Alaaa jenis yang kalo bercakap tu, adaaa je idea dan orang yang mendengar akan berkata, "a'ah betul jugak" gitu. Sambil2 tu derang nostalgia2 la.

Kisahnya, ada sorang anak pakcik ni meninggal akibat kanser rahim. Maka pakcik ni pon bagitau lah, macamana anak beliau boleh diserang penyakit ini. Anak beliau ni keje gomen dan mempunyai 3 orang anak pempuan. Tah tak tau la asal punca nya, anak nya ni telah melakukan 'ikat tiub falopio', tah apa ke orang panggil tubektumi ke masektomi ke gitu lah. Kononnya nak stop production la kan. Tak lama kemudian, beliau disahkan menghidap kanser rahim. Takde sakit apa2pon pada awalnya. Biler dia check, contoh hari ni, esok tu terus kena operate.

Menurut teori pakcik nih, bila kiter ikat tiub itu, ovum akan tetap keluar, tetapi tidak dapat bergerak ke uterus. Maka, ovum2 ini akan tersekat la kat tempat ikat tuh, lalu membentuk kanser. Gitu lah lebih kurang teori dia. Cuma dia tak la sebut ovum tu huhuhu. Lalu, beliau menasihatkan kami orang2 muda ni agar mengambil iktibar dari kejadian ini. Katanya, benda dah kena pada batang hidung dia kan. Takmo la kena pada orang lain.

Selain itu jugak, beliau banyak memberi nasihat2 tentang penjagaan kesihatan tentang perniagaan, eh pendek kata, macam2 la. Bak kata fil, pakcik tu kalo dilayan borak, sampai ke besok tak abis kehkehkeh. Banyak knowledge betul.

Ada satu kisah, di citer pasal rokok. Aku tengok kotak rokok dia bukan jenama biasa ar. Tah lupa pulak apa ke tajuk rokok tuh. Species import tu la. Dia pon citer la, dalam kete dia ada 2 karton lagi rokok tuh. Dia keje dalam kilang, so, senang la dah banyak tu, takyah nak kuar2 cari rokok. Kuat gak dia merokok. Kendian dia citer la dia pernah kena tahan ngan erkkk polis kot. Ke kastam tah. Kantoi bawak rokok ni la. Biler polis tu nak saman, dia pon bahasa kan la balik.

"Cuba awak tengok kotak rokok ni. Ada pelekat kastam, kan? (Barang rampasan kastam katanya ada pelekat tuh)."

"A'ah", kata polis/kastam tu.

"Tapi, macamana rokok ni boleh ada pada saya sekarang???"

A lu pikey la sendiri wakakaka. Terus tak jadi nak saman kuikuikui.

Eh, dah lah. Tah pape tah yang aku tulis nih.

(Malam tadi kami pergi cimb, nak bank in duit kakak ku tadi. Memula kuarkan duit dari akaun abang. Dah kuar tu, kononnya nak bank in kat cash deposit pulak. Kendian baru terfikir, kenapa tak terus transfer je kat atm tadi? Puncanya, otak dah fokus nak masukkan duit ikut cash deposit akibat dari kejadian petang tadi. So, tak pikir lah nak transfer tu. Haihhhhhhhhhhhhhh dah macam pak pandir dan mak andeh lah pulak. Blurrrrr)

Near Miss

Sejak sebulan lepas lagi aku dah suruh abang renew insuran kancil sebab dah tentu2 roadtax tu mati 18hb ni. Memang komfem sebelum gaji. Maknanya memang guna gaji bulan lepas yang 8hb tu lah kan. Dah lagi seminggu, baru lah dia sibuk nak renew. Tangguh punya tangguh, last2 baru teringat agaknya abang dia baru dapat lesen ejen etiqa. Jadi, kononnya nak buat dengan saudara sendiri lah. Huiii insurans kancil yang 2++ je tu ponnn berebut2 eh? hihihi. Sabtu lepas, ngah cuba nak buat insurans tu, tapi takleh bukak pulak website etiqa. Semalam dia tak try sebab busy berjalan2.

Tetiba pagi tadi, kakak ku pemilik kancil, sms bagitau dia dah pos roadtax kancil. Aiyok? Terkujat aku. Sebabnya, sepatutnya arini ngah yang akan buat insurans dan roadtax tuh. Kang tak pepasal ada 2 insurans plak kete itu. Tapi, derang guna online kan? Mesti takde overlap, kan? Memula kakak ku pon suh ejen tu buat ari sabtu, tapi katanya server down jugak. Jadi, dua2 ejen takleh buat insurans tuh. Dan mujur juga kakak ku itu lebih pantas dari biasa hehehe. Kalo dia nak buat seprais ke, tiba2 roadtax sampai je kat rumah, pon naya juga. Eh, tak kot. derang takkan overlap kot. Kalo roadtax aku percaya ar takkan overlap. Tapi, kalu insurans, ermmm i doubt. Sedangkan abang pon ada 2 insurans kan? Relevan tak? Eh, aku pon ada 2 insurans juga. Tapi dari kompeni yang sama. Skim je berbeza. Isyyy nyaris2 melayang lagi rm200. RM200 tu boleh beli pinggan makan correlle sebanyak 7 keping di langkawi tuh.

Apa2 pon, syukur lah semuanya selamat. Eh, belum selamat betul sebab sekarang ni aku sedang bergantung harap kepada pos malaysia pulak. Tapi rasanya takde masalah kot.

p/s pasnih, kalo balik kampung, kena bawak geran sekali tau.





Friday, 13 November 2009

Cikgu Favourite Saya

Puan, sem depan puan ajar kitorang lagi tak?


Tak kot.

Kenapa puan?

Saya tak boleh ajar modul sem 5. Saya belum training lagi.

Alaaa puan. Puan ajar la puan.

Kenapa pulak? Kan modul sem 5 tu belajo automation, mps sumer tuh. Saya pon tak belajar lagi. Cikgu xxx kan dah biasa ajar modul tu. Biar lah dia yang ajar awak.

Ala puan, cikgu xxx tu bukan pandai pon sebenarnya. Puan arrr ajar.

Isy, awak ni, sukati je cakap orang tak pandai eh. Kang saya bagitau dia kang.

Hehehe puan ajar la kami puan.

Takmo takmo.

Tapi puan masih PA kelas kami kan?

A'ah.

Ohhh nasib baik.

Aku rasa la, ada lah 3 kali kot derang dok ulang dialog ni dalam kelas. Sayang betul derang ngan cikgu derang yang sorang ni ek? Cikgu fevret mereka kah? Hakhakhak





Thursday, 12 November 2009

Kaedah Cuba Jaya : Moving Blog Title (tak semestinya title. nak tulis apa2 pon boleh)

Kenapa mesti letak tajuk camtu tah? Tiba2 teringat kat cikgu matematik aku masa darjah 6, cikgu darlina. Dia salu ajar kaedah cuba jaya nih. Try and error la kot.

Serba salah aku nak buat entry ni. Ye lah, aku bukannya expert pon dalam dunia coding2 computer nih. Yang tambah aku serba salah ialah, takut tersalah ajar. Jadi ajaran sesat pulak. Silap aribulan, elok2 blog orang tu ok, terus ilang sumer entry dia yang selama 10 tahun tuh. Tak ke naya tuh? Huhuhu exxagerate lebih ek. Padahal takde lah sampai peringkat tu kihkihkih.

Kadang2, bila jumpa satu2 blog tu, aku terberkenan ngan deco2 dia. Nak tanya empunya blog, cam segan. Jadi, aku belek la page source dia. Dari situ, aku boleh tau html code blog tersebut. time tu lah aku buat try and error. Godeh situ, godeh sana, preview 80 kali, sampai lah berjaya. Sama jugak time tukar template. Godeh2 jek coding tu, lama2 faham la.

Tapi, tak semua orang ada masa nak buat tu semua. Tu lah gunanya bertanya. Malu bertanya, sesat jalan. Sekarang ni, kat mana2 boleh jumpa tutorial dalam blog. Tu pun salah satu sumber ilmu aku. Cuma untuk buat moving display tu, aku godeh sendiri. Contoh lain yang aku godeh ialah bunga kat bawah tarik dan title sidebar tuh. Jangan takut nak godeh. Kita buat dia kannn..

Masa mula2 buat moving display tu, aku pon tak puas ati, sebab bila tengok kat feedjit, dia tak kuar nama penuh blog tu. Tapi, oleh kerana dah ter buat, biarkan aje lah. At least, bila tak ramai orang buat camni, senang aku nak detect mana satu blog aku kalo aku tengah bukak 20 tab serentak. Kan best tuh?

Okeh, aku tak pasti korang bleh faham ke tak penerangan aku ni. Pandai2 la eh.

Memula, bukak edit html. Atasssssssss sekali, akan kuar cenggini :

<!DOCTYPE html PUBLIC "-//W3C//DTD XHTML 1.0 Strict//EN" "http://www.w3.org/TR/xhtml1/DTD/xhtml1-strict.dtd"> <html dir='ltr' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'>
<head>

Tapi bergantung jugak pada jenis template korang. Cam aku guna pyzam punya, memang cenggini. Kalo tak salah, orang yang bertanya punya blog lain sikit code nya. Sorry ye dikkk. Bertukarlah kepada pyzam kehkehkeh.

Kendian, copy paste la kod yang kaler biru kat bawah ni di atas 'head' tuh. Edit la ayat yang kaler oren tu dengan title blog korang. Yang baris kedua tu optional. Kalo nak sebaris je, kena delete la msg yang baris kedua tuh. Try and error.

<!DOCTYPE html PUBLIC "-//W3C//DTD XHTML 1.0 Strict//EN" "http://www.w3.org/TR/xhtml1/DTD/xhtml1-strict.dtd">
<html xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'>
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[

msg = "
Aku Insan Biasa ";
msg = "
== AYUNASIA ==" + msg;pos = 0;
function scrollMSG() {
document.title = msg.substring(pos, msg.length) + msg.substring(0, pos); pos++;
if (pos > msg.length) pos = 0
window.setTimeout("scrollMSG()",200);
}
scrollMSG();
//]]>
</script>

<head>

Selamat mencoba yah!