Wednesday, 14 October 2009

Buat Penat Jer...

Merajuk.

Sebabnya, aku rasa, macam ok jugak kalo buat mezzanine floor tuh ngan wak joe tuh. Takde la buruk beno hasil keje dia tuh. Cuba kiter bagi masa dan material yang baik dan mencukupi, tentu setanding dengan hasil kerja professional jugak. Makanya, aku pon dah terbuka hati nak buat benda alah tuh. Ni mesti encik hairul dah doa sambil menangis2 nih, tu yang cepat makbul kihkihkih.

Ok, tanpa mendapat kebenaran pemilik rumah, aku nak tunjuk la hasil kerja wak joe nih ke atas rumah beliau. Abang, tolong mintakkan kebenaran ngan dia eh. Dan aku tunjukkan juga sedikit perbandingan dengan apa yang aku kehendaki, hasil rujukan dari blog ini. Harap2 berhasil lah...

Rumah taman wira ni ade kelebihan sikit sebab ruang tengah dia pon tinggi jugak. Rumah aku, cuma bilik tengah tu je yang tinggi, so takleh la buat cam dia. Dia punya ni, tangga nyer naik dari ruang tengah, dan dia tebuk pintu masuk ke bilik tengah seperti gambar di bawah. Untung la sikit, dapat buat bilik tengah tu penuh.

Pintu yang ditebuk itu.

Bilik yang terhasil di atas bilik tengah. Penuh, kan?

Dan, untuk pengudaraan yang baik di bilik tengah yang ditutup abis atasnya, dia pecah pintu bilik ni dan jadi ruang terbuka. Kalo aku, rasanya aku kasi pecah terus sampai ke tepi terus, baru lah nampak betul2 lapang, kan? Orang taman wira (saper ek?), sila take note ini okeh? Sebenarnya, aku pon baru tahu bahawa design rumah wira dan wira jaya ni ropanya lain. Ku pikirkan samer.

Dan berikut ini ialah struktur yang menyebabkan aku sanggup merajuk dengan suami ku hihihi. Sila fokus kepada tangga okeh.

Cuba tengok pemegang tangga tuh. Senget, kan? Ker, tak cukup kayu? Tah, aku rasa macam buruks di situ. Tu je sebenarnya yang aku tak puas ati hihihihihihihihihihihihihihihihihihihih dah mengilai macam hantu pulak.


Yang tangga ni pulak, takde pemegang. Lagi menguatkan hujah tak cukup kayu di situ. Dan jarak anak tangga jugak agak jauh. Puas la mengangkang nak naik tu karang.


Kalau ditengok dari atas tangga, eh, ok jugak hihihihihihihihihihihihihihihihihihi mengilai lagi sekali (nak cover malu).

Jadi, selepas eksperimen ini dapatlah kiter buat sedikit recommendation untuk improvement. Antaranya :

1. Jarak antara steps perlu dikecilkan. Tapi memerlukan slope yang sesuai juga. Kang rapat2, slope plak tak kena, habis tersadung kaki setiap kali melangkah (faham, kan fizik nyer?)

2. Pemegang tangga adalah perlu di setiap tangga. Strukturnya perlu lah lebih kemas dan menarik dengan menambah kayu besar berukir2 sikit pada permulaan dan selekoh tangga.

3. Kayu penghadang juga perlu lebih rapat2 supaya tiada mangsa jatuh dari tingkat atas.

4. Untuk menambah ruang bilik atas, struktur seperti ini adalah sesuai dibuat.


5. Instead of papan lapis, gunakan papan sekeping2 untuk membuat lantai bilik atas. Lebih kemas dan kukuh kot. Ada duit lebih (atau ada sponsor ker), kiter pasang laminated floor ker huhuhuh

Ni nak tunjuk contoh yang guna kayu sekeping2. Ni rumah lain, aku jumpa kat forum. Yang ni dia guna struktur logam. Mahal, sampai rm7k uuuuuuuuuuuuuu. Tapi cantik. Nak tengok hasilnya??? Sebijik macam design bilik aku tuh

Sebelum di tutup

6. Tutup belakang tangga dan lubang antara steps macam kat atas nih.

7. Kalau tulang rangka bilik tu macam tak menarik, kiter pasang siling ar, kemas sikit, kan?

Itu je kot. Eeeee tak sabar nyer nak buat benda niiii. Pasni, maybe kabinet buku boleh naik tingkat atas kerrr. Best2. Takpon, si putih gebu je kiter hangkut ke atas. Eh, berat ler. Tak sabar nyerrrrrrrrrrrrrr. Jom beli kayu jom! Eh, kayu resak tu mahal eh?

Tangga macam ni memang menjimatkan ruang, tapi terlampau menjunam dan bahaya. Aku ni dah la gayat


p/s Kos bahan2 termasuk upah untuk member tu tak sampai rm2k tau. Murahhhhhhhhhhhhhhhh sangat, kan??? Tu dia siap pecah2 bagai tu. Aku punya mesti lagi murah, kan? So, kiter contra kat kayu arrr. Beli kayu baik sikit kot.


Tuesday, 13 October 2009

Welcome or Not Welcome?

Takper, pikir positif. Sekurang2nya, boleh meningkatkan traffic. Sila klik iklan di sebelah setiap kali bukak blog ini, okeh?

Monday, 12 October 2009

Jamuan Rumah Tertutup (ala2 konsep kejohanan badminton tertutup gitu)


Selepas gambar mee siput, aku tepek gambo mee yang menjadikan mee siput. Kalo sesaper tak tau, mee siput tu dibuat dari mee kuning ni lah. Dia keringkan ke gitu la kekdahnya. Kengkadang orang panggil mee sanggul.

Sabtu, pepagi lagi aku dah rebus daging. Sempat la tido sekejap mentara nak tunggu daging tu empuk kan. Sambil2 tu jugak, rebus cili kering. Tuh, mee siput tu nak dilawankan dengan apa kalo bukan sambal tumis? Nak buat sambal kicap, cam tak geti sebab yang pernah aku makan tu tak macam sambal kicap biasa tuh. Jadi, kiter buat apa yang kiter geti je lah.

Memula sekali aku masak sambal tumis. Sedap nyerrr makan mee siput ngan sambal tumis ek? Tambah pulak kalo sambal tumis tu sedap, pergh! Tapi aku nyer sambal tumis, seadonya ajer la. Siap sambal tumis, baru lah menumis kuah mee itu. Mee apa yang aku masak? Rahasia! saje takmo kasik tau. Macam bagus.

Dah siap masak mee, baru lah buat aksesori2nya. Celur mee, potong buah, buat air dll. Apa yang lain2 tah. Siap sumer, tak sempat aku mandi, student2 encik hairul dah sampai. Kelam kelibut aku mandi. Takde la ramai sangat. Dalam 20 orang gitu je. Jemput budak2 p.a. je. Lepas derang balik, kami terus pegi open house rumah end lot. Ooo cikgu ropanya. Rajin tanam pokok daun. Makan nasi tomato, sate dll. Masaklahnya gi open house ni, susah nak jumpa air panas. Terpaksa lari balik rumah untuk minum.

Tak lama lepas kami balik, baru lah student aku lak datang. Heeeee memang bikin hangin jek. Kiter tak ajak, sibuk tanya, biler puan biler puan. Kiter dah buat, takmo datang pulak. Macam2. Nak suh aku buat makan2 hari keje? Tak kosser. Seciput je yang datang. Tu pon ramai budak utara yang memang tak balik kampung weekend2 cenggini. Last2 aku tapau kan je untuk yang lain.

Time derang datang tu pulak, yayu pon sampai. Derang dari muo, nenek najib meninggal. Jauh gak tuh. Selesai sumer balik, aku pun mengemas. Pung pang pung pang, malam pon tak siap kemas.

Esok pagi, sambung membasuh. Lepas yayu balik, terus aku vakum dan mop. Tak abis di situ, basuh plak toilet. Adoi yaiiii sakit pinggang aku. Selesai semuanya lebih kurang kul 2.30pm. Mandi siap2, pegi open house kat jalan 3. Member abang yang dulu kami gi kenduri kawen dia kat jb. Makan nasik ayam. Dan jajan mamee hihihi.

Balik dari rumah tu, asar dulu, dan terus pegi bp. Baru aku perasan yang aku dah lama tak soping barang dapo. Perasan biler plastik sampah dah abis. Salu guna plastik pasifik. Pegi bpmol. Lepak dalam popular lama jugak. Aku belek buku sulaman benang. Takyah beli ar buku tu. Dah boleh faham dah. Kedekut. Biler roh sulam benang nak mari nih? Nak kena cari benang dan jarum dulu kot. Pasni, bersedia lah tudung2 polosku. Akan ku tepek ngan sulaman benang. Kalo jadik la. Kalo tak, nampak gaya cam kena beli gak buku tu huhuhu.

Keluar dari pasifik, dekat pukul 7pm. Konon nak makan sup sitam. Sebelum tu singgah maghrib kat masjid lama. Sekali pergi, alahaiiii tutup pulak. Takde rezeki nampaknya. Aku dah siap terbayang2 ke best an menghirup sup ketika demam begini. Apakan daya. Konon nak makan bubur ayam je kat parit raja. Ponnnn tutup jugak. Langsung ke warung har har harun je lah. Ayam goreng di situ adalah sangat sedap. Tak pandang kfc dah.

Balik rumah, iron baju pulak. Hadoiiiiiii. Ngantuk laaaaaa...

Ok, tengok gambar pulak.

Kuah mee xxx


Student encik hairul


Mana satu yang tumpahkan air? Aku ingat kalo tak ajak budak kecik, takde la tumpah air kan. Ropanya, ada jugakkk.


Makan mee siput?


Si kenit yang datang dari jauh


Holohhh bulat nyer mater. Asal di agah je, senget2 mulut cuba nak bercakap sampai berkerut2 muka


Dah pandai tengok tivi


Yayu and co.


Jamuan Hari Raya dan Perpisahan


Petang jumaat, in datang umah beraya bawak sate yang sama, dari jamuan ito. Makan2 lebih kurang. Kang malam nak makan sate lagi. Lepas isyak, derang balik, kami pon pergi ke jamuan raya opis aku. Sampai2, baru baca doa pembukaan.

Buat majlis kat dewan besar ni memang la tak begitu sehsuai. Dah la memang sedia bergema, tambah plak gema suara budak2 berlari menjerit, satu haper pon tak dengar. Tau2, terdengar pengarah nyanyi lagi bertemu dan berpisah adat manusia biasaaaaaa...

Actually, derang buat sekali majlis perpisahan untuk staf yang akan berpindah. Jenuh la menunggu sorang2 berucap. Orang dah lapo nih. 29 orang ok, bukan sedikit. Umpamanya separuh dari pengajar akan pindah. Camno tuh? Yang pasti, aku akan semakin sibuk dan menyibuk la tahun depan. Lupakan dulu bab tuh.

Ada gak acara sampingan seperti pakaian beragam kanak2. Boleh? Aku di suruh jadi juri? Musykil di situ. Hentam je lah. Janji agak2 comel dan menarik, aku kasik menang. Sebelum selesai, acara memberi duit raya. Boleh lagi sekali? MC tu cakap, ambik jajan, kendian salam atuk tu ambik duit raya. Atuk dipanggilnya pengarah aku tuh huhuhu.



Selain itu, ada juga acara untuk orang dewasa iaitu menganyam ketupat. Aku pon apa lagi, ajak la encik hairul tu join sekali. Sekali, abis juara bertahan pon tewas di tangan suami ku itu. Kehkehkeh tiap2 tahun orang tu je menang. Sekali datang orang baru, terus tumpas kihkihkih. Syabas bethi! Peraturannya, buat ketupat bawang dalam masa 2 minit. Aku sempat buat 2 bijik setengah je. Tu pon sebab neves, yang first tu tertanggal. Ceh! Tak ngaku kalah tuh. Kiranya average orang buat 3 bijik la. So, juaranya dapat buat berapa?

Tara!!! 5 bijik ketupat bawang beb. Saper nak lawan? Sila lapor diri tahun depan yea... Ada sorang pakcik ni, memula beria2 nak masuk. Sekali, biler nampak encik hairul campak ketupat yang dah siap 2 bijik, terus tarik diri hahaha psiko.

Dan, penyampaian hadiah. Suami siapa nih?

Ini lah yang kami menangi heheh. Aku dapat nombor 5 la. Hadiah ada 6, yang masuk pon 6 orang, so sumer dapat adiah. Aku punya tu ada 5 bijik tapewer. Yang juara tu dapat dispenser. Yang ni takleh kasik orang pinjam eh. Kang jadi cam yang aku beli tu, dah menitik2 airnya.

Dah, jom balik!

Cuti Sakit


Ari jumaat aritu aku dah datang keje macam biasa. Tiba2, bila aku ambik ubat selesema, lerrr dah abis la pulak ubat nih. Sah lah, suami ku sudah abiskan ubat nih. So, lepas abis kelas kul 9.30am tu, aku pon terus la gi klinik. Bahaya nih. Dah 2-3 hari selesema, tapi tak pegi check lagi. Sesampai di klinik, tak ramai. Ye lah, klinik pon baru je bukak. Aku patient nombor 5. Masuk jumpa doktor, tarik nafas, bukak mulut, bukak telinga dan dia pon kasik mc. Yiha!!! Suka! Suka! Masa on the way tadi sempat aku pikir, nak mintak mc ke tidak. Last2 decided to takyah mintak. Kalo dia kasik, ambik, kalo tak, tak kisah. Tapi...

Tapi, ada jemputan open house tengahari nanti. Penat je aku pakai baju raya siap2. Nak balik sekarang ke, nak tunggu makan? Alah, baik la aku balik. Boleh tido. Makan, kat mana2 pon boleh makan. Tapi, kena balik opis dulu sebab aku tak plan pon nak cuti. Kena ambik laptop bagai. On the way balik opis, aku singgah sat kat the store. Siap tengok kiri kanan, takut pengarah nampak hihi. Padahal dah ada surat mc di tangan.

Kendian, konon nak pegi pasar sat. Sampai jalan pasar tu, banyak lak kete. Malas la nak cari parking. So, aku terus balik opis. Sampai opis, bagitau bos, dan balik yeay! Sebelum sampai rumah, singgah beli barang sikit. Pasar parit raja dah tutup pulak. Menjajar aku cari daging. Susah nya laaa nak cari daging segar. 2-3 kali aku pusing kat parit jambul tu. Last sekali aku beli daging beku je kat rahim segar, tah apa ke nama baru dia sekarang.

Sebelum tu, aku singgah selesa, cari mee siput. Tah cemana, aku boleh terlupa tutup pintu kete rapat2. Time aku kuar ke jalan besar tu, siuuuuuuungggggggg pintu kete tu terbukak. Eh, takde la bunyik cenggitu. Saje kasik effect sket. Kalo pintu je terbukak takpe lagi. Aku ni kalo masuk kete, salu letak handbag sebelah aku je sebab takut kena ragut dari pintu belah kanan. Jadi, handbag aku pon turut jatuh bersama terbukanya pintu itu. Alamakkkkk!!! Terabur segala henfon, pen, marker, stapler bagai. Traffic light pulak baru je hijau. Ambik kooo... tak pepasal jammed sekejap parit raja tuh aku keje kan hihihi.

Dari situ pulak, aku ingat nak pusing balik lalu parit daun. Sekali aku masuk je simpang tu, jalan tutup pulak, ada jamuan apa tah, open house kot. Dahhh aku kena buat stunt melintang tengah2 simpang tu untuk keluar balik ke jalan besar. Traffic light hijau lagi, so lambat la baru dapat masuk. Ada pulakkkkkkkkk ambulan ni nak kuar dari jalan parit daun tuh. Hambekkkkkkkkkkk... dapat la se'hon' dua dari ambulan tu huhuhu. Haru betul la. Dah la aku ni demam hihi. Dan2 demam.

Sebelum balik, beli nasik kat line clear. Terlupa pulak yang encik hairul ada jamuan raya. Musti banyak 'berkat' nya nanti tuh. Sampai rumah, makan nasik dan makan ubat. Dari pukul 10am aku balik tadi, sampai rumah dah kul 12pm lebih. Musykil aku. Sebelum jumaat encik hairul balik bawak sate, dadih dan muffin. Alerrr rugi je, dah kenyang. Kendian aku potong daging dan siang udang sesiap. Time ni dah mamai2 kesan ubat itu dah. Selesai sumer, dah pukul 2pm. Pas solat, aku pon titon. Biler dah makan ubat nih, badan yang sihat pon rasa demam. Lama jugak aku tido. Sampai pukul 5pm kot.

Up next, jamuan raya edtec.

Friday, 9 October 2009

Nak Buat Apa Ek?


Apa yang korang nampak di dalam gambar di atas tuh? Tak nampak apa2? Haaa pi check power spec eh. Takkan paip tu pon tak nampak kot? Tapi bukan itu yang aku nak kasi tengok. Meh aku zoom in...
Hah! Ni kalo tak nampak gak tak tau la kan. Apa ke bendanya tuh? Benda tu ialah c.a.c.i.n.g. uolssssss. Kenapa dengan cacing tu?. Dia sudah menyemakkan mata aku lorrr.
Gini citernya. Ni ikut teori aku la kan. Cacing kan idup di tempat yang lembab kan. Kalo kat umah aku dulu, cacing banyak kat bawah pokok manggis sebab pokok tu kan daunnya rimbun dan rendang. So, memang redup dan sejuk la kan. Teringat zaman mandi paya dulu2. Sikit punya berani ke aku pegang cacing tu masukkan pada mata kail. Sekarang gedik pulak geli2. Mengada!
Gambar tu ialah bilik air kedua. Bilik air ni memang aku jaaaaaaaarang masuk. Masuk tu mungkin selalu la, tapi menggunakan air kat situ memang kurang. Paling2 pon bukak paip kat sinki je. Jadi, aku ingat, biler kiter jarang mengalirkan air, cacing ni kepanasan la kan. Macam cacing kepanasan. Ala2 pepatah gitu. So, biler dah panas, dia pon keluar lah dari lubuknya untuk mencari kelembapan. Nak harapkan mak encik tu bukak paip, alamat mati kering la kami kat lubang nih. Biler dia keluar ke permukaan, dia terpandang satu dataran yang luas, saujana mata memandang. Derang pon jalan jalan dan jalan la ke hulu ke hilir mencari air. Tak sedar diri tu kecik lagi dan tak kuat, berani pulak panjat2 dinding. Maka, biler sampai serunya, maka matik la dia di tengah2 jalan. Yang paling kerap aku jumpa kat dinding la. Pastu bila aku buang, ada kesan kekuningan. Cecair dalam badan ke haper lah tu.
Kat bilik air aku pon kekadang muncul gak dia. Tak kira basah ke kering. Tapi dia jarang mati sebab aku salu siram air kan. Kalo dia panjat dinding, aku simbah, kasih dia masuk balik dalam lubang. Aku rasa dia ada koloni besar kat lubang salur air tu kot. Kalo aku bukak perangkap tu, nampak la dia menguit2. Eeeeeee.
Tiba2, minggu lepas, aku jumpa cacing ni dalam mangkuk tandas aku. Eeeeeeeeeee ramai pulak tu. Biler masa dia masuk situ tah? Ke dia lalu salur kumbahan? Bayangkan, kalo dia panjat dinding mangkuk tandas tu, kendian aku duduk membuang ke kan. Eeeeeeee ada kang kau melompat2. Ceh! Tetiba terbayangkan citer dukun lintah.
Jadi, apa harus aku lakukan sekarang bagi membendung gejala lepak cecacing ini? Kalo budak, boleh gak aku pegi farmasi kasik ubat cacing. Camno?

Kerja Ganti

Berita baik ker berita buruk neh? Bagi aku, lebih banyak baik banding ngan buruk. Wah wah! Adakah aku sudah layak dicalonkan sebagai pekerja cemerlang? Tak kisah lah tu.

Ada pon, memo sudah pon keluar dimana, kami akan bekerja pada hari Sabtu 24hb Oktober ini bagi menggantikan hari Khamis sebelum raya haji tuuu. Kan raya haji ari jumaat kan. Kiranya, sempat ler kiter potong daging dan rebus ketupat di kampung kan. Kalo tak tu, tengah malam raya baru nampak bayang. Ehhh cop cop cop! Itu aku yang cuti. Cemana ngan encik hairul? Ah, tak kira, kiter paksa dia cuti ari khamis gak. Nak raya umah saper? Haaa sibbaik ada alasan nak ugut. Kali ni aku ingat nak masak rendang siap2 kat rumah. Baru la dapat menambat hati ibu mertua kannn. Aku kan ala2 pasrah sudah kerana kurang mendapat kasih sayang ibu mertua kan wakakakak. Kesian ko.

Walo pon aku memandang berita itu sebagai berita baik, student aku berpandangan sebaliknya. Sebabnya apa? Isy, aku nak cakap pon bikin panas ati jek. Sebenarnya pada 23hb - 25hb Oktober itu akan berlangsungnya motor gp di sepang uolsss. Dan student2 aku ni dah booking tiket dah. Nampak gaya macam derang rela ponteng 5 slot itu. Siap dah kira2 tu, berapa % dah derang ponteng. Maklum ler... lebih 20% takleh masuk final exam. Pepandai la korang jawab eh. Aku tak jamin.


Saya Ban Lagu Itu

Ada sesaper perasan tak kenapa eklan bio aura kat tv tu dah takde kuar lagi? Aku pon tak perasan mulanya, hingga lah sorang student aku cakap yang eklan tu dah kena ban sebab ada skrip ni,

"terima kasih bio ura kerana memberi rezeki kepada saya/kami/kami sekeluarga."

Tah, aku pon tak perasan derang ada cakap cenggitu. Macam ada, macam takde? Kalau takde, aku mintak maaf la siap2 ek. Ermmm, rasanya, tak perlu komen kot. Oh, student aku ni kalau bab sembang, serah kat depa. Kadang tu, aku nak mengajar pon derang saje tukar topik. Geram betul.

Balik dari cuti merdeka itu ari, aku ada ternampak satu kedai sedang di renovate kat depan kluang mall. Radix fc katanya. Tah, dah bukak ke belum. Dengar citer saper ek? Katanya sedap jugak ayam goreng di sana. Tah biler boleh pergi try. Eh, israel masih serang palestin eh? Dah boleh makan mcd tak? Hahaha sabau je la aku ni. Macam la boleh mati kalo tak makan benda alah tu. Huh! Aku ingat, kalau sekarang derang tengah takde serang2, takde lah seketul fries = sebjik bom. Sabar sabar sabar... drumet ayamas pon sedap jugak aper...

Oh, tentang lagu itu. Gini, masa awal2 puasa itu ari, aku ada la dengar cite, anita serawak ada lagu raya baru. Maafkan ke gitu lah tajuknya. Aku pon tunggu2, sampai la ke raya, non ado pon lagunya. Cemana nak ada, dah ko bukak sinarrrrrrrrrrrrrrr je manjang. Lagu baru kuar kat era la. Oh, begitu. So, aku pon lupa la pasal lagu baru tu.

Tetiba, masa dalam kete, on the way nak balik dari parit yusof ke parit raja itu ari, terdengar la pulak lagu tu kat radio era kot. Aku pon macammmmmm eh eh, ko ni nak mintak maaf kat orang, tapi kenapa nak marah2? Teran? Remify bagai? Musykil di situ. Memang la kite rberiya2 nak mintak maaf. Kira kalo ko tak maaf kan, aku rela matik la. Tapi, bior la berpada2. Tau la kalo ulang korus banyak2 kali kena tukar2 nada kan. Bermula dari saat aitu, aku terus ban lagu tuh. Boikot lagu maafkan anita serawak!!! Over ke?

Thursday, 8 October 2009

Hamper Raya Suami


Tah, budaya mana datang tah nih. Arituh, ada orang kasik hamper ni. Yang pasti bukan supplier. Tak bukak pon lagi. Sebab bukan dia kasik kat aku. Suami kuuuuu biler nak bukak ini hamper ha??? Nak ceklat! Nak ceklat!

Agenda makan2 : Esok tengahari, open house rakan setempat kerja. Esok malam, jamuan kelab tempat kerja. Tahun lepas aku tak pergi sebab sibuk memasak untuk open house rumah aku esoknya. Kali ni , tak kira! Nak pergi jugak walau pon esoknya pon ada student aku nak datang beraya. Kena la masak jugak sikit2. Takde open house. Nak beraya, sila lah datang. Kuih muih sentiasa terhidang di atas meja sepanjang syawal ini.


Rubiks Cube



Saper pernah main benda alah nih? Benda ni juga adalah satu lagi benda yang aku temui pada hari raya tahun ini. Sebenarnya dah lama ada kat rumah tu, tapi baru aritu derang main depan aku. Siap ada 2 bijik lagi.

Oleh kerana ianya macam best, suami ku pon teruja la nak membeli. Pegi kat kedai permainan kanak. Jumpa yang ori jenama rubiks nih. Rege lebih kurang rm30. Mahal la kan. So, carik pulak kat kedai cikai2. Dapat la rm8 ke gitu la lebih kurang. Takde beza pon, sama aje. Penemuan benda ni kat kedai cikai telah membuktikan bahawa, tiada benda yang china tak buat.

Aritu masa aku nak beli motor mesin jahit, pon jumpa made in china. Dari sekecik2 benda, sampai la ke sebesar2 benda, sumer derang boleh buat.

Dengan adanya benda alah ni, aku dapati, suami ku sentiasa memegang benda ini di mana2 sahaja di dalam rumah. Bangun cube, nak tido pon cube jugak. Siap print tuh dia punya hint dan tips. Siap ada formula bagai. Aku dah try part yang last layer jek. Memang menjadi kalo ikut formula tuh.

R' F U' RUF bla bla bla. Gitu la formulanya.