Friday, 4 September 2009

Buka Puasa Di D'Impian Inn

Setiap tahun, ada sorang kawan suami ku yang sukaaa menganjurkan buka puasa beramai2 di restoran/hotel. Suami ku pula, untuk mempamerkan sikap sporting, suka2 hati je join. Macam semalam, aku dah balik rumah baru dia tefon bagitau, takyah masak, takyah beli, kiter buka kat hotel. Hangin betul la. Aku ni dah macam nak pengsan, kaki dah longlai, lagi nak kena bersiap2 makan kat luar. Sepatutnya ia menjadi sesuatu yang best, kan? Aku lak mengaruk tak pepasal. Aku bukan apa, tahun lepas kiter dah buka kat bisik2 tu. Sudahnya, balik rumah tak puas ati sebab tak cukup makan. Dah ler takleh tapau kan. Nak sahur apa lak esok pagi?

Kali ni pulak, ada sebuah hotel bajet baru di buka di parit raja. Hotel baru, ko pepaham je la. Dah la kecik cinonet je, entah apa yang dikasi makan agaknya. Kalau crystal inn tu takpe gak. Dah terbukti boleh makan sampai buncit.
Kami sampai betul2 masuk waktu. Tengok makanan, alahaiii tinggal serdak. Kalau lauk tu, tinggal kuah je la. Tak puas ati langsung. Ni kalo dia tak kasi diskaun, memang aku kutuk2 kaw2 lagi pasni. Cam bisik2 tahun lepas, dia pulangkan duit sebab memang tak cukup makanan nak topup. Ni pulak, bukan tak cukup topup, nak mula pon dah langsai siap2. Dusy!
Takmo dah buka poser ngan derang lagi pasnih. Kecuali kat hotel crystal inn, katerina atau landmark hehe.
Tetap smile walo pon tak cukop makan. Demi mu sony!

Ada Ka Patut?

Tak patut!

Tak logik!

Kompius!

Blur!

Kalut!

Mental block!

Kenapa ni asia?

Ari ni ari jumaat kan. Aku ada kelas kul 8-9.30. Pastu dah free. Tapi, kenapa aku masih ada di kereta selepas pukul 8? Why? Porke? Kiu???

Lepas sahur tadi, tanpa memikirkan masa depan, aku sambung tido. Tiba-tiba, jeng jeng jeng...

Eh ayang, tak pegi keje ker?

Ha?(Blurrr)

Haaaaaaaaaaaaa? Dah pukul 8? Cemana nih? (takleh pikir)

Pergi je la keje.

Ok ok.

Berdesup aku gosok gigi basuh muka. Sibbaik dah mandi time sahur tadi huhuhu...

Abanggggggg cepat start kete. Abang niiiiiii kenapa tak kejut? Dah la ayang ada kelas kul 8 ni. Huaaaaaa...

Abang tak perasan. Tetiba tengok jam, eh kul 7 ke berapa tuh? Kul 8???

Hah? Cemana boleh tak perasan? Tak logik.

Iyerrr abang tekun sangat buat keje.

(tu lah akibatnya kalo bawak keje balik rumah). Takkan la tak sedar. Kan salu ayang gi keje tengah berita kat tv3.

Abang dengar je, tak tengok tv.

Heeeeeeeeeeee tak logik tak patut eee tak logik tak logikkkkkkkkkkk!!!!!! Abis, cemana ek? Nak punch card merah ke, tak punch kunun tertinggal kad kad rumah.

Abang cadangkan takyah punch hihihi. Abis, nak abang antar tak?

Apa kena mengena nya pulak?

Entah.

Eeeeeeeeeeeee dusy dusy dusy.

Ada ka patut? Nak kata dia tertido, tidak. Sibuk menanda kertas ujian itu ari. Kompius ai.

p/s boleh pulak follower tarik diri sebab aku takmo follow dia. patut juga kah? tak jadi follower tak semestinya kiter tak masuk blog dia. tapi takpe, bunga bukan sekuntum.

Beraya Di Mana?


Hek elehhh... takat laki bini sebelah kampung, takyah buat entry pasal ni la. Baik pikir, kuih apa nak bagi mak mertua. Atau menu apa nak dimasak malam raya. Atau pon, apa makanan berbuka terakhir tahun ini? Adakah sup tulang mak siti yang lazat berkrim disukai ramai? Atau ketupat rendang mak aji jiran sebelah rumah? Atau mungkinkah ikan bakar dengan kailan ikan masin beserta poktek laut china selatan yang segala spesis makanan laut duduk dalam? Ok ok cukup tu.

Time balik semenchu itu ari, keluar gak la isu ni di kalangan femli in law. Ngah raya kontan. In raya balakong. Abang ayun? Kiter raya mana tawon ni ek? Buat2 tanya pulak. Mil kata, tak kisah la.

Busu ajak mil beraya kat muo. Dah lamaaa tak beraya di sana. Sejak anak2 dah berumahtangga dan masing2 ada giliran beraya masing2, mil dah tak beraya di muo lagi. Tak boleh laaa, anak2 aku sumer nak raya kat sini. Anak2 dah besar kan. Lain la masa kekecik dulu. Kekiter pon, time anak kekecik, beraya umah parent sendiri atau in law. Agak2 anak dah besar, baru lah beraya di rumah sendiri. Biasa ar cenggitu kan.

Kenapa nak beraya umah parent? Time tu je lah sumer boleh berkumpul. Cuti panjang. Lagi pon, raya kan. Boleh jenjalan rumah sedara mara dan handai taulan tanpa ditanya, "ada apa hajat datang nih?" Atau, "mimpi apa ko datang rumah aku nih?" Bagi je salam, otomatik tuan rumah jemput naik dan sediakan air sirap atau tuang air oren serta suh bukak bekas kuih.

Ada orang cakap, kalau baru kawin, biasanya raya pertama mesti umah parent pempuan. Ambik ati lah katakan. Tahun lepas2 tu, baru lah suami guna kuasa dia. I follow. Cam kami, takde pon perjanjian pasal giliran2 nih. Sendiri mau ingat jek la. Kira otomatik gitu. Bukan jauh mana pon. Yang menentukan beraya di mana tu sebenarnya malam raya dan pagi raya di mana. Selepas dan sebelum, mana2 pon bolehhh. Yang menjadikan aku berkira nak balik rumah aku tu pon sebab adik beradik sumer dah sampai. Tergedik2 la nak sampai jugak. Padahal time hari raya tu sendiri, tengahari dah terbongkang sumer nya.

Jadi, raya tahun ni, insya Allah, malam dan pagi raya aku di at5. Nasib korang la adik2 ipar ku sekalian. Abang2 korang dah kawen ek. Aku dulu pon merasai yang sama hehe.

Thursday, 3 September 2009

Cuba Teka!?


Apakah makna entry ini?

Tips : Rujuk entry bulan Ogos

Aiyak? Takde sape ke nak teka? Sebab takde hadiah eh? Ooo korang materialistik eh. Ye la ye la, kasik hadiah la. Peneka tepat mengikut skema jawapan akan menerima kunjungan balas beserta double klik di eklan nuffnang setiap 30 minit dari jam 8 pagi hingga 5 petang 1 hari iaitu esok (4hb September 2009). Kehkehkeh. Tak menarik langsung. Kenapa esok? Sebab esok je aku boleh makan gaji buta free kuikuikui.

p/s terms and conditions apply (sleeping partner ku tidak layak menyertai)

Sembahyang Rehat-Rehat

Kalau diberi pilihan buat masa ini, aku akan memilih untuk solat terawih di surau yang memang buat 8 rakaat berbanding buat 8 rakaat di masjid atau surau yang buat 20 rakaat. Bukan tak mampu buat 20. Takde keuzuran pon. Takde la tulang ku boleh patah kalo wat 20 tu. Tapi, sejujur nyer, memang malas. Terus terang je lah kan. Watpe pura2 dan memberi pelbagai alasan. But why? Porke? Kiu? Kenapa?

Seumur idup aku berterawih ni, 3 tempat yang memang buat 8 rakaat ialah

1. Surau seksyen 7 bawah, shah alam.
2. Surau kampung erk apa ke nama kampung tu eh? Kat taman bunga raya lah, dungun.
3. Surau bukit perdana, batu pahat.

Mungkin pengaruh dari surau2 ni jugak kot. Dah biasa wat 8, biler pergi yang 20, still buat 8 jugak. Dengan tak malunya. Malu la jugak sebab makcik2 nenek2 tu sumer buat 20 hihi. Ok, takyah beri alasan.

Berbalik kepada persoalan tadi. Kenapa aku suka gi surau yang memang buat 8?

1. Dapat witir bersama2 imam dan jemaah.
2. Dapat niat poser bersama2 imam dan jemaah. Kalau balik cepat, boleh jadi terlupa niat plak.
3. Dapat aminkan doa lepas terawih. Dah ler susah nak jumpa surau yang baca doa setiap 4 rakaat tu. Setakat nih, masjid at5 ada baca doa tu. Tapi tak seperti surau bukit perdana yang ada amin aminnnnnnnnnnnn tuh. I loike... Eh, boleh ke gini?
4. Dapat terus tadarus bersama2 imam dan jemaah (if applicable ekekekekek)
5. Dapat dengar surah yang panjang2 (huwargh!!! menguap2) dengan surah al Qadr setiap hari. Kalo yang 20 ni biasanya dia baca ikut buku; takathur, wal asr, wailullikulli, alam tarakai rakaat pertama dan qul huallah rakaat kedua. Lepas 15 hari baru dia baca al Qadr rakaat kedua.
6. Dapat salam makcik2 makmum selepas terawih (boleh ke ni dijadikan sebab?)
7. Dapat dengar tazkirah. Kalo yang 20 tu, jarang ada tazkirah cenggitu. Maybe dia nak cepat kan.
8. Dapat makan moreh bersama2 imam dan jemaah kehkehkeh (ni tak pernah kot. biasa terus chow cin chow kejar tilam bantal).

Semua perkara di atas boleh didapati juga, hanya jika aku buat sampai 20 ler. Tapi, seperti yang aku katakan, aku buat 8 jer hehe. Tak tau lah biler aku nak buat 20 tuh. Lum datang seru kot kihkihkih. Jumaat boleh kot. Maybe.

Eh, kan aritu aku ada citer pasal imam yang baca fatihah style 3 kali berenti tu kan? Lorrr baru sekali aku dapat jadi makmum dia, tetiba kena stroke la pulak pakcik tuh. Sekarang ni imamnya diganti ngan pakcik yang salu baca zikir ke aper tah nur tu. Tapi, tahun ni takde pulak dia baca zikir tuh. Aku suka dia baca. Masalahnya pulak, dia selalu ter skip satu ayat dalam surah erk apa ke nama surah tu tah. Wailullikulli tu la. Tahun ni juga, derang dah buat bunting besar bacaan selawat setiap kali salam tuh. Senang sket. Memang menyenangkan la surau tuh. Dah la ada ekon. Fuh! Selesa sungguh. Tu pon ko masih tak buat 20 ek? Erkkkkkk :p

Wednesday, 2 September 2009

Kupon Diskaun 52% Sempena Hari Kebangsaan Ke 52


Sebelum balik semula ke bp, aku lepak2 sambil baca sotkabar. Sejak 2menjak ni, abah salu beli metro la pulak. Salu bh jek. Kot dah bosan baca berita politik kot. Metro kan ala2 tabloid gitu kan. Anak ko jatuh basikal pon leh masuk metro kehkehkeh. Tetiba terjumpa lak kupon diskaun 52% big apple. Maknanya, kalo beli 6, umpama beli 3 dan kalo beli 12, umpama beli 6 la kan. Fuiyoh! Takkan nak lepaskan peluang baik kan? Lagi pon dia dah ada 6 topping baru. Boleh try test cuba. Kalo ikut taste suami ku, sume yang coklat dia ambik. Kalo aku, suka yang warna warni.

So, balik tu, kami singgah ler kat keluang man keluang man keeeluang man. Kluang mall ler. Selain kupon tersebut, dalam metro juga kami jumpa iklan pasifik dan giant. Kat pasifik, rege dynamo rm19.99. Kat giant plak, rege rm26.99 (lebih dari rege pasaran), tapi beli 2 percuma 1. Selepas di tambah tolak hitung hisab, rege di giant ialah rm17.99 sebotol. Tapi kena beli 3 botol ler.
Pusing2 pasifik sikit, nak balik tu baru beli donut. Banyak yang abis la pulak. Ambik je lah apa yang ada. Perisa keladi tu best, macam aiskrim. Kendian, kami singgah giant kecik kat taman intan. Alooorrr yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Dah abis la pulak. Dah, benda sikit, sorang ambik 3 botol, cepat ler abis nyer. Padahal ada 2 lagi giant kat bandar kluang tuh. Maka, takde la tambahan sabun di stor ku itu. Tapi tak kisah.

p/s tengok kat kotak, baru tau rupanya big apple dah bukak kat bp mall. maklum lahhh dah lama tak soping moping...

Tuesday, 1 September 2009

Edible Garden

Terlupa pulak nak citer. Masa kami sampai ari sabtu tu, nampak rumah mak aji dicat warna sebijik sebijon ngan kaler umah abah. Abah cat tahun lepas. Cemana boleh sedondon eh? Poyo tau mak aji nih hihi.



Sejak tahun 2008 ke tahun ni tah, felda telah melancarkan program/kempen edible garden. Konsep edible garden ni boleh lah diberi nama lain, kebun sayur depan rumah. Kalo tengok kalendar felda 2009, dia letak gambo rumah beredible garden ni lah. Yang lawaknya, dia letak gambar sebelum dan selepas, tapi yang selepas tu dia buat superimpose. Lain macam jek rupa rumah tu biler dikelilingi tanaman sayur-sayuran. Sayur musim sejuk pon ada. Over jek.



Sebenarnya aku nak citer, umah jiran aku tu meriah ngan edible garden. Siap dia pasang pagar jaring lagi. Banyak sungguh sayur2an di rumah beliau. Umah aku ada jugak, tapi pokok lada jek la. Tu pon dapat free dari felda hikhik.



Ok, sambung balik pasal balik kampung. Time kami gi kota tu, hujan turun sepanjang hari. Tengok berita pon ada tempat banjir, kan? Memula kami pegi econsave. Biasa arrr, tempat baru, kena la wat lawatan tapak. Ramai jugak orang kat situ. Banyak aje gula kat situ. Kami beli 4 bungkus, tapi bayar asing2. Sebabnya, dia limit kan 2kg per customer, per bayaran, per troli. Dalam pad anak beli gula tu, terbeli la jugak benda2 lain. Aku beli mesin mee. Alaaa yang pusing2 je terus tepung tu keluar macam mee tu. Dulu2 setiap rumah kat felda tu mesti ada satu kot. Rumah aku punya dah karat dan rosak. Salu kalo nak buat karipap pon leperkan tepung guna benda tu. Mudah! Pastu, dulu kami salu buat kuih apa ke nama tah. Tepung sira sambal kot. Pon guna benda alah tu. Nak buat kerepek pagoda pon leh guna tu jugak. So, raya kali ni aku nak buat la kuih sambal tu lah hihi. Sempat ke tak eh?



Lepas tuh, kami pergi kipmart pulak. Yayu je yang membeli belah. Aku cuci mata jek. Param pon ada kat situ. Penat tawaf param, sudahnya, beli roti john, putu bambu, air tebu ngan murtabak je. Je?



Balik tu, antar yayu ke sg mas. Sampai rumah, mak aji ngan wak aji ada kat edible garden derang. Terus ar kepochi. Dia tanya kami, kenal tak anak sedara dia, ada kedai kat parit raja. Lorrr ropanya, selama ni aku beli ikan sayur balik keje tu kat kedai abang mak aji. Ain evergreen tuh. Ain tu nama anak eh. Cashier yang muncung manjang tu la anak sedara mak aji. Lulusan universiti katanya. Tapi, bapak eh kasik gaji 2k untuk jaga kedai tuh. Ada anak sorang tuh. Pastu derang citer ar, salu derang wat kenduri kawen ke haper, tak pernah nyer beli barang kat kota. Sumer beli kat abang kat parit raja nih. Angkut ngan lori sumer ngan ayam2 sekali. Ooo, aku ooo kan je lah hehe.

Kebetulan kami sampai tu saing ngan ina. Dia pon beli makanan kat param kota. Jadi, mewah ler kami makan buka malam tuh. Mak pulak masak sambal pedal ngan ikan masak taucu. Pergh! Menjilat jari ar sambal tuh. Sampai aku tak sabar nunggu sahur sebab nak makan sambal tuh huhu. Poyo.

Lepas tarawikh, cecepat balik sebab nak tengok konsert satu ct nurhaliza. Tak senonoh perangai. Tah2 tengah kat masjid dah terbayang2 tv. Macam la esok2 takde ulangan. Tengok konsert sampai abis. Besok pagi sahur bersungguh2. Banyak makan.

Isnin pagi, bangun lambat sket. Hari ni bebudak main meriam pulak. Sakit telinga, sakit jantung plus sakit hati dibuatnya. Bukan calang2 plak tu bunyik nya. Macam bom. Eeeeee nyampah. Tapi, dulu masa kecik2 ada gak tengok budak main meriam. Tengok je lah. Biasa kat belakang rumah cik yasin. Tamat ar taiko meriam tin kat blok kami. Tamat tu nama kawan seblok ku. Hatamat nama betul dia.

tbc...

Patut Kah?

Weekend yang lepas, kami balik kota lagi. Orang lain balik 'kampung', kami balik 'kota'. Kota tu stand for kota tinggi. Dah biasa sebut gitu. Cuma sejak kawin nih, kena fokuskan lagi, balik semenchu atau at5.

Kami bertolak pada petang sabtu. Kenapa begitu lambat? Sebab abang buat ujian kol 2 petang. Ujian beramai2. Sabo je lah ek. Sementara menunggu abang balik, aku menjahit ler, apa lagi. Dapat ler siapkan 2 kain dan 2 baju. Ceh! Buat penat je aku jahit kain tu siap ngan zip bebagai. Sekali, yayu cakap, pasang getah jek. Feh! Lega. Mujur juga aku baru jahit 2 kain. Kalo nak tau, kain aku tak pernah nyer ber zip hook bagai. Sumer aku bantai getah je. Memula aku heran gak, kenapa kain baju kurung nak kena pasang zip? Sama jugak kalo pasang getah. Tapi, kawan aku cakap, kalo ada zip, orang mengandung pon leh pakai sampai perut besar. Dia pakai baju kurung sampai 7 bulan. Terus aku terkedu dan tidak mempertikaikannya lagi. Tapi, biler aku tanya ngan yayu, dia kata, dia ngandung 4 bulan je, dah pakai baju ngandung. Lagi pon, aku rasa, kalo kita pakai kain ber zip tu tengah2 ngandung, ada risiko terlucut jek kain tu tengah jalan. Bahayo! Ah, lantak pi lah. Pilihan masing2. Yang penting, 'pelanggan' aku kali ni tak kisah pakai getah je. Senang keje aku. Pejam mata pon boleh jahit hehe.

Kami bertolak dari rumah jam 5 petang. Sikit punya laju ker. Takut beno tak sempat berbuka di rumah. Sampai at5 baru pukul 6.50pm. Lepas buka, cecepat mandi, pegi tarawikh pulak. Ramai nyerrr. Tak macam parit jambul tu. Pempuan sedozen orang jek. Tapi, kalo nak dibandingkan dari sudut kelajuan, at5 ni umpama jet pejuang, parit jambul plak umpama kapal terbang penumpang kehkehkeh.

Hari ahad, kami gi kota ngan yayu. Sebelum tu, singgah kedai kat depan, konon nak beli gula. Mula najib dah pegi, tapi orang tuh tanya, ada nak beli apa2 lagi tak? Tak, katanya. Maka, orang tu cakap, gula takde. Boleh? Biler kami pergi pulak, pon diajukan soalan yang sama. Maka, suami ku pon ambik ler susu pekat setin. Time bayar, orang tu tanya, ini jek? A'ah, kata suami ku. Orang tu cakap, gula takde. Boleh? BOLEH KE TIDAK? Tak pepasal beli susu. Kalo aku tu, komfem aku pulang balik susu tuh. Kena ajar peniaga yang macam tu. Patut ler kedai ko tak berkembang, pakcik. Kalo gini la gaya meniaga, jangan heran ler kalo meninggal sok tak ramai orang datang menziarah. Geram betul aku. Cepat ler pakcik tu naik haji kot.

Huh! Langsung hilang mood aku nak sambung citer. Pakcik tu la punyer pasal. Dusy!

Jangan Serik Yaaa...

Sori la... aku tengah mood hiburan minggu ini. Seronok dengar lagu lama. Lain kali dah takyah korek utube lagi dah. Lagu ni mengingatkan aku kepada sukan komanwel 1998. Masa tuh, kami cuti tengah semester kot seminggu dan aku balik semula ke shah alam naik bas sekali ngan abang. Terdengar lagu ni kat bus stand larkin (stesen bas larkin yea, kami salu sebut bus stand).

Juliana Banos & Indigo, Sehidup Semati



Lagi-Lagi Anniversary

Korang jangan bosan arrr ngan tajuk anniversary nih. Aku memang suka mengingat tarikh2 penting nih. Tapi untuk hari ulangtahun kali ni aku pernah tulis kot, tahun2 yang sudah. Takyah la korang nak korek balik arkib tu. Kiter citer yang sekarang ek.

1 September adalah ulang tahun pertemuan kami. Jadi, hari ni adalah ulang tahun ke ermmm jap, nak kira. 2009 tolak 19 errr tingkatan 3 tahun 1994, jadi 2009 tolak 1993 sama dengan 16.

Selamat Ulangtahun Pertemuan Ke 16, Ayun & Asia!