Hehehe kalau la betul aku boleh wat cenggini, manyak jimat ooo.
Saturday, 13 June 2009
Hadiah Hari Lahir Ku Lagi
Hehehe kalau la betul aku boleh wat cenggini, manyak jimat ooo.
Friday, 12 June 2009
Terbaik Setakat Ini
Friday, 12 Jun 200952 perkataan
Akan di update dari semasa ke semasa. Syiokkk. Rate biasa 70 okeh... Mana pergi lagi 18 perkataan tuh? Takpe, chaiyok! Ni kalau dak 'SS' wat ni mesti sampai seratus kot. Derang pejam mata je menaip kan...Hadiah Hari Lahir Ku
Thursday, 11 June 2009
Kesian nyer...
Khamis, 11 Jun 2009
Balik kerja kelmarin, aku terbau aroma durian. Mesti jiran sebelah no makan durian. Biler abang masuk rumah, dia terus senyum2, ingat aku beli durian lah tuh. Kesian pulak nengok. So, semalam aku pon singgah ler kedai durian fevret ku.
Belum aku tarik hand brake, dia dah melompat (exxagerate sket).
"Lama tak datang..."
"Hehehe. (dalam ati : dah tak musim durian, cemana aku nak datang. gerai dia pon tak bukak)"
"Berapa biji mau."
"Eh eh tu berapa inggit tu?"
"Tujuh ringgit. Kasik lu nam ringgit la. Ni durian kawen, lu salu beli"
"Errr takmo la, nak test yang ni dulu. Yang tiga inggit nih."
"Ni durian kampung haaa isi tak tebal."
"Takpe takpe nak try yang ni dulu."
Huhahuhahuha aku beli 3 bijik, dia kasik free sebijik. Baik punya marketing strategy. Setiap bijik dia bukak.
"Tak masak kiter tak bagi..."
Wednesday, 10 June 2009
Pengaruh Drama Swasta
Ini semua salah amat tamimi sirega. Arituh, kalo tak silap pagi sabtu, aku ter nonton drama swasta di tv2. Isyyy, dulu masa duk dungun, tiap sabtu mesti aku tengok drama2 nih sebab takde esterok kan. Balik2 tv1 tv2 je lah.
Tajuk citer ni aku tak ingat, tapi kata suami ku tajuk nama budak perempuan tuh. Citer nya pasal amat tamimi ni ada sebuah rumah anak yatim yang dok ceruk la. Setiap budak yang dihantar kat situ dibagitau awal2 kat penghantar, takleh datang melawat sebab kononnya takmo kasik budak nih mengimbas kenangan ketiadaan parent la kot. Gitu la lebih kurang. Seperti biasa, aku tak geti nak cerita balik.
Budak2 ni tak dihantar sekolah, sebaliknya, ada sorang akak ni yang ajar, nama aishah ke asiah kot, eh nama aku tuh. Tah, dah lupa (hahaha fault laaa sumer luper hihihi). Akak ni pon anak yatim jugak dan dia kerja kat rumah tu. Kira tukang masak, tukang kemas, tukang jaga sekali lah. Selain tu dia juga kerja kat rumah amat tamimi nih. Bini dia ni pulak cengih giler. Siap dera2 lagi. Saleha ke hape nama nya, tapi bini betul amat tamimi la pelakonnya.
Dipendekkan cerita (kang cerita detail2 berjaman nak abis), budak2 ni disuruh mengemis kat bandar dan duit tu bini dia joli2 gi melancong ke luar negara. Banyak tuuu derang dapat. Kalau dapat sikit, kena dera lagi. Dipendekkan lagi kasik kontot, akhirnya kes terbongkar apabila bini dia bunuh si esah tu tadik. Eh, lupa, esah tu juga menjadi mangsa nafsu serakah amat tamimi tuh. Bini dia pon tau dan tak kisah pon??!!//
Ok, moral of the story? Gini, ari isnin lepas aku isi minyak, kendian didatangi sorang budak pempuan baya emmm memel kot, dia jual balm. Bila aku kata tak mo, dia kasik ayat power nih,
Sumbang la cik, untuk anak yatim nih.
Sambil aku isi minyak tu, dia dok congok nengok aku sambil mengulang ayat tuh. Aku ni nak percaya cerita2 orang pasal sindiket, tapi bile pikir, ni parit raja, ada ke kes macam tuh? Sudahnya, aku berlalu begitu sahaja. Kalau kat key el kot aku dah tanya soalan nih kat dia,
Adik terima credit card tak??? (Huhuhu hina keji giler ek?)
Tuesday, 9 June 2009
Sekali
9 Jun 2009, Tuesday
Pagi ni aku sengih sensorang dalam kete sebab terdengar lagu nih. Korang pernah dengar tak? Check it out...
Sekali, janji ku lafazkan
Akan ku kotakan
Walau pun dihalang
Sekali, ku lafazkan kata cinta
Takkan ku permainkan
Sekali, di dalam hidupku
Kurasakan cinta yang suci sejati
Sekali, hanyalah sekali ini
Tiada lagi tukar ganti
Sehari ku rasa setahun
Jika tiada kasihmu jika kau pergi jauh
Perasaanku akan terganggu
Hanyalah kau seorang pengubat hati rindu ku
Tiada bandingan di dunia
Yang sama semurni cinta yang kau beri
Sekali, ku katakan sekali lagi
Cinta ku hanya sekali...
Sebenarnya ni bukan lagu cintan jiwang2 aku ok. Bukan my era. Yang buat aku tersengih tu sebenarnya ialah kerana lagu ni adalah salah satu daripada yang 'kami' (baca:aku, yayu, eita) nyanyikan di tangga sambil menggayakan kasut tumit tinggi kak onnie ngehngehngeh. Alaaa masa kecik2 dulu la, bukan dah besar.
Citer nyer gini. Dulu kak uni belajar kat upm. Lepas abis belajar tuh, dia bawak balik banyak benda. Antaranya ialah kasut2 tumit tinggi dan buku lirik lagu. Tah trend dulu2 kot, ada jual buku lirik nih. So, kami adik2 yang jakun nih pon melaram la dengan kasut tumit tinggi tuh. Dulu rumah kami ada tangga batu. Kat situ lah kami berlatih menyanyi kihkihkih. Banyak lagu dalam buku tu, tapi lagu ni antara yang kami nyanyi la. Alaaa dulu mana ada karoke2 nih kan.
Monday, 8 June 2009
Lawatan Hari Terakhir
Pada hari ketiga dan terakhir ni, kami naik semula ke bangi. Memula pegi uniten. Tempat pertama aku suka sebab masih terasa sejuk pagi. Duduk dalam kete je pon ok. Tempat yang biasa2 aku tak ambik gambar.
Kendian kami ke artiem kajang. Kat sini dah panas. Memula aku bukak laptop, wow! Full bar strimiks tanpa password. Baru aku sempat bukak blog aku, dah disconnected. Ces! Kedekut. Pastuh kami terus ke bandar sungai long. Ermmm baru aku perasan, hari last nih sumer tempat tak best.
Selesai kat situ, kami terus ke jasko cheras selatan. Lapar giler! Pas makan, aku jenjalan kat situ, abang gi jumaat. Abis jumaat kami ke ti n bi cheras, dekat2 jasko jugak tapi seberang jalan la. Sekejap2 je sebab kebanyakan tempat takde supervisor. Kendian kami pergi seri kembangan pulak. Ceruk jer tempat budak ni praktikal. Syarikat kontraktor. Opis kecik jek. Tiba2, baru perasan cop abang takde. Ah sudah! Tepon budak kat ti n bi tadi. Sibbaik ada kat dia. So, lepas tu kami pergi semula ke ti n bi. Patut la tadik sekejap je kat sana. Ropanya nak kena pergi lagi.
Selesai kat situ, bererti, selesai juga lah kerja suami ku. Sekarang, masa untuk soping lagi! Dari situ kami terus ke damansara. Nak tido umah abang tp pulak. Sekali derang takde kat rumah pulak. Terus lah kami ke ikeea. Pusing punya pusing, dapat lah sikit hasil. Mulai hari ni, derang dah stop guna plastik. Pastu try ler beli karipap yang dengar citer universe giler tuh. Ok, aku tak suka karipap, tapi demi nak melayan curiousity ku ini, aku beli lah jugak. Pasnih takde dah beli lagi. Kendian kami terus balik umah abang tp.
Hari sabtu, kami keluar sebelum tengahari. Pergi shah alam. Sesaja nak tengok roomantika sana. Ok, jb punya lagi best kot. Tapi beli lah juga sikit. Dari situ kami terus ke kenduri kawen yang berlangsung di dewan kompleks kastam kelana jaya. Pastuh nak balik! Yeay! Rindu rumah. Sebelum tuh, singgah lagi. Tak abis lagi ker? Singgah maidin plak. Kononnya 2 minggu selepas ni takmo kuar rumah time weekend. So, kena stock up apa yang kurang. Abis membeli belah, baru lah betul2 kami balik. Ok, kali ni dah takde singgah2 lagi dah. Kuar tol hikom, masuk tol yong peng. On the way aku kemengantukan. Huargh!!!
Sampai kat yong peng dah maghrib. Singgah solat kat parit yaani. Pastu terus balik. Nak makan, lum lapar. Memang tadi makan betul2 kat kenduri kawen. Sampai rumah terus semak harta sepencarian. Tak sabar2. Paling best kerusi herman tuh la. Special untuk digandingkan dengan si putih gebu hehehe. Dah selesai mandi sumer baru kuar makan bubur ayam. Haihhh boleh darah tinggi lor makan bubur ni. Sumer benda masin.
Semalam, bangun2 jek, aku terus potong langsir. Punya lah tak sabar. Lepas lunch baru aku mula menjahit. Ok, siap lah dalam 40%. Tu pun sebab tak cukup benang dan tape. Kalo tak, harus dah siap tuh huhuhu. Semangat betul. Raya lambat lagi laaa. Aduiii banyak nyer benda nak dijahit. Sarung kusyen pon nak kena didondonkan jugak kan. Sebab tu kengkonon weekend ni takmo kuar memana hihihi.
K, dah abis citer. Babai!
Lawatan Sambil Belajar Sambil Shopping
8 Jun 2009, Monday (terpaksa letak tarikh sendirik huhuhu)
Minggu lepas aku ambik cuti 3 hari. Tujuannya, nak mengikut suami melawat bebudak prektikel. Oleh kerana jarang sekali jejak kaki ke klang valley, harus ler aku wat plan sopping. Heee abis ler duit aku...
Lepas ambik baju, terus keluar ikut tol yong peng. Hujan on off. Maka, aku pon tertido sepanjang jalan. Tak tau lah apa kaitannya. Sampai nilai dah dekat kol 1pm. Dapat la diskaun tol sket. Kalo belum kol 12 rasanya aku berenti sekejap kat tepi tol tu kot. Buat macam eklan mekdi tuh, kul 12 tepat baru bayar tol. Sampai2 je, terus tido.
Hari rabu, tak pagi sangat, kami pergi bangi dulu. Memula gi soni. South plant. Ada sorang budak kat situ. Time nak masuk tuh, pak guard siap check mata lagi. Aku rasa dia check anak mata untuk kesan h1n1. Pak guard tu pon pakai mask. Kengkonon aku takmo lah ikut masuk. Dahhh kat luar tu panas ya amat. Pastu, dah masuk tupon ada waiting room yang selesa, tapi abang ajak gak masuk. Maka, terjebak lah aku seolah2 jadi co-supervisor pulak. Ok gak. Boleh aku belajar2. Lenkali mesti aku kena melawat budak aku praktikal jugak kan.
Budak yang pertama ni siap wat short presentation. Boleh jugak tau pasal tv lcd soni. Lama la jugak kat situh. Keluar tuh dah tengahari. Mentara nak pergi soni north plant pulak, kami gi masjid. Eh, cop. Sebelum pergi tadi kami ada singgah sarap kat bukit mahkota. Lepas solat, kami terus gi soni yang lagi satu. Kali ni parking kat seberang jalan. Betul2 kat tepi plus. Kat bawah billboard besar soni bravia. Kali ni aku tunggu kat kete. Tapi panas la pulak. Nak duk tepi kete, takut kete dari hiway tu terbabas ke, ngeri jugak. Lama pulak tuh. Selesai kat situ, sepatutnya kami pergi ukm, tapi budak tu tak dapat dihubungi sejak minggu lepas lagi. Call opis bos dia pon tak berangkat. Dah malam tu baru dia call balik, kata tinggal henfon kat rumah.
Kendian kami minum2 kat tepi bomba. Makan laksa dengan minum abc dan cendol. Sedap jugak. Pastu terus balik nilai. Bukan balik rumah. Pegi nilai square. Pusing2 sumer kedai, berkenan dengan 2 design. Satu design, lerang 60, rege rm11.90. Mintak kurang pon tak kasik sebab dah rege offer katanya. Satu lagi lerang 110, rege rm43.90. Kat tag. Takde yang layan, so kami tak mintak kurang ler. Kendian pegi nilai 3 pulak. Kat tekstil walk jumpa design kedua, dia kasik rege rm27. Murah banyak!!! Tapi tak beli lagi sebab lum abis survey. Kedai2 kat situ tutup kul 8 kot. Pegi kedai lain, jumpa day curtain yang sehsuai, lerang 110 rege rm18.
Lepas maghrib, kami gi makan terus. Kang dah balik rumah mandi2 wangi2, malas lak nak kuar balik. Makan tempat biasa, order pon menu biasa. Apa lagi kalau bukan poktek. Kali ni dia masak tak pedas sangat. Kira boleh dihirup begitu saja la. Hari rabu ditutup pada pukul 10.30pm.
Hari Khamis kami bergerak awal sikit dari semalam. Destinasi pertama ialah bbst. Tapi kami lalu kota warisan. Sebab nak pegi stesen erl. Rupanya kat situ ada opis dan maintenance centre. Pon aku ikut masuk meeting. Terjebak jugak. Tak sangka ada tempat keje kat situh. Budak yang praktikal tu pempuan, tapi dikasik keje maintenance. Giler ahh. Keje berat tuh. Ye lah, wat maintenance ketapi kan. Kat situ derang tak panggil erl tuh train, sebaliknya ‘rolling stock’. Huhahuha siap berjejak kasih pulak sebab abang macam kenal engineer tuh. Sebaya dan ex utm semarak. Alaaa mesti pernah terlanggar bahu kat utm la tuh. Pas tu kami gi makan kat kedai mamak.
Settle kat situ, kami gi klia pulak. Ok, ni opis gomen pertama yang kami pegi. Aku baru nak cakap, opis private ni takde makan2, tapi kalau opis gomen mesti ada kot. Memang betul pon. Tidak syak lagi hehehe. Tempat yang kami pergi ialah dca atau kompleks kawalan trafik udara. Teringat masa aku isi boring spa8. Salah satu jawatan yang aku pilih ialah pegawai kawalan trafik udara. Pernah dipanggil exam kat Melaka, tapi aku tak pegi pon. Katanya exam tu kena baca petikan, takleh tersasul. Pastu dia kasik gambar, kena describe on the spot. Pendek cite, kena fasih la. Bahasa inggeris.
Kawalan kat tempat tu agak strict. Ada 2 orang budak. Dua2 kawan ulin. Dan asalnya derang buat lawatan ke situ, langsung mintak wat praktikal. Kami dilayan oleh pengarah di situ. Humble je pengarah dia. Kalau pengarah aku, takde de dia nak melayan orang datang melawat budak praktikal nih. Bukan setakat melawat budak, kami juga dibawa melawat tempat keje mereka. Huaaaaa aku takmo ikot lorrr. Dia bawak naik menara tu. Huiiii gayat weiiiiii. Rupa menara tu ala2 menara kl. Dia tunjuk la kawasan sekitar klia tuh. Nampak kecik je kapal2 tu dari atas. Nampak masjid depan kuarters klia yang aku btn arituh. Laaa baru aku tau rupanya lcct tu rupanya attach jugak ngan klia tu, cuma dia kat belah hujung je. Banyak gak ilmu yang aku dapat hehehe. Sepanjang kat atas tuh aku kaku beku melekat kat dinding. Asal nampak pengarah tu gerak2 kat tepi tu, kaki aku sengal jek. Gayat weiii...
Pastu dia bawak masuk ke bilik kawalan trafik udara. Tengok sumer pakai baju batik. Laaa baru teringat arini ari khamis. Orang dalam tu lah pegawai kawalan trafik udara. Hebat2 tuh. Bukan senang nak dapat keje nih. Derang keje shift. Macam yang ada tuh, derang masuk kul 7am, abis kul 1pm. Pastu derang rehat sampai kul 7pm, masuk keje lagi sampai kul 7 pagi. Gitulah keje nye. Tapi yang best nya, keje 2 ari, cuti 2 ari. Kira dalam setahun tu keje setengah tahun je la ek? Macam keje petronas jugak la, keje 4 ari, cuti 4 ari. Keje ni pon masyuk gak gaji nya. Kira 2 kali ganda basic la lebih kurang.
Abis kat situ, kami terus ke cyberjaya. Ni first time aku sampai sana. Macam best je suasana kat situ. Tapi kami sampai tuh dah kul 1pm. So, kami gi cari tempat lepak dulu. Dah pukul 2 baru kami pergi semula ke tmnet. Kat sini ada 3 orang budak. Biasa arrr, tempat2 free ni memang ramai. Cuba yang kasik elaun tu, sorang pon berkira. Kat sini pon lama jugak. Siap makan minum lagi. GM pon sempat sembang sekali.
Last sekali arini, kami gi picc. Ni pon first time jejak kaki. Kengkonon satu hari nanti akan jejak jugak kaki kat sini kalo dapat akc. Kehkehkeh, bos, sila kasik markah lebih2 sket hujung tahun ni ek? Teringin nak masuk dalam nih. Tunggu kat sini best arrr, bleh duduk2 baca paper dalam suhu yang dingin. Lama2 pon takper. Sambil2 tu aku tengok ler display cabinet kat tepi tuh. Banyak souvenir dari tempat2 yang pernah melawat ke sini. Yang aku tergezut tuh, ada satu tu, dari SK Sawah Dato’ Mersing! Kampung ku tuh. Dulu la. Eh, tapi tu tempat tumpah darah saper ek? Ita kot? Tak kisah lah, yang penting nak menunjukkan bahawa, walau pon pihak yang datang tu dari pelusuk kampong mana pon, mereka tetap menayangkannya di cabinet mereka. Banyak lagi space tuh. Ramai lagi boleh datang bawak souvenir. Tak cukup kat situ, nanti derang tambah la kabinet kat belah kiri pulak.
Selesai kat situ dah kul 5 lebih. Kami pon balik ler, sekali lagi ke nilai. Singgah nilai square lagi untuk membuat pilihan. Memula gi design pertama tuh. Ok, dah tak cantik pulak nampaknya. Pegi yang kedua, dia kasik rege rm35. Masih mahal compared to rm27 kedai kat nilai 3. Kendian gi nilai 3 lagi. Sambung survey. Akhirnya pegi kedai semalam tuh jugak. Huhahuha, dia kasik rm20 pulak. Tanpa berfikir panjang lagi, aku terus la beli. Siap beli untuk kepala lagi. Kendian gi kedai day curtain yang semalam jugak. Pon terus beli.
Lepas maghrib, pegi makan macam semalam, tapi kat kedai sebelah pulak. Sebelum tu singgah rumah ambik saleh dulu. Saleh praktikal kat skf. Perasan tak yang kami tak makan tengahari? Hahaha sebenarnya lepas dari picc tu dah kriuk kriuk dah perutnya. Sekali jumpa kedai langsir, lupa terus nak makan. Dah abis membeli, nak belah tu baru teringat hehehe.
Lepas makan, balik rumah, terus belek langsir. Pasnih, bila aku dah jahit, dah gantung, pasti akan mendapat pujian dari ibu mertua wakakaka. Poyo.
Okeh, sambung lagi selepas ini. Hongeh ler nunggu upload gambo2 nih.
Tuesday, 2 June 2009
Balik Kampung Bulan Mei
Jumaat lepas, kami balik kampung. Dah dekat kul 10pm baru bertolak. Terus balik semencu. Esok nyer, pagi, cam biasa, mil gi ngaji. Kami kat rumah melayan hujan. Best sangat suasana tuh. Memula mendung, awan berarak. Kendian hujan renyai2. Sejuk je pepagi.
Tengahari aku masak. Makan sendiri2 jek. Wat macam umah sendiri. Petang bantai tido jek. Langsung tak produktif. Malam lepas maghrib baru balik at5. Mengambil iktibar dari kepulangan yang lepas, kami singgah makan kat 'depan'. Aku makan mee bandung. Sape ke nama member yang empunya kedai tuh. Tau nama panggilan dia ani jek. Sejak zaman berzaman kedai makan dia tuh. Ada jual sop juga. Abang makan/minum sop tulang. Rupa sop nya tak pekat, tapi rasa dia, pekat lekat betul.
Sampai rumah, abah takde. Gi kenduri kat blok 12. Jauh bebeno la pulak. Salu kenduri sesama blok jek. Mungkin sebab ahli blok sekarang dah berkurangan, so kena la panggil blok2 lain. Tah2 dah ada blok 'merging' kot. Walau pon kami blok 13, tapi blok 12 berselang dengan blok 20.
Abah balik, sembang2 pasal kenduri tadi. Orang tuh kasik 'berkat' kuih. Banyak betul. Katanya kenduri tu sempena anak orang tuh tak jadik kawen. Aiyak? Boleh pulak? Ingat anak pompuan ke. Rupanya anak lelaki. Kisahnya, lelaki tu keje dresser (ke haper ke nama pekerja spital tuh tah, salu orang sebut dresa dresa gitu) je. Bapak pempuan pulak, mintak hantaran 20k. APA? Artis popular kah? Ok ok persoalannya, kenapa dia tak jadi kawin, boleh wat kenduri? Hehehe mungkin kebetulan je kot. Itu bukan sebab kenduri tu diadakan kot. Sukati dia lah.
Pastu, abah kasik sijil. Wah! Sungguh cekap la derang nih. Ikhlas pulak tuh. Arituh kan orang pejabat kami tolong hantarkan abang punya sekali kan. Dia cakap, nanti sijil dihantar ke pejabat kampung abang. Sekali, dia hantar kat kampung aku jugak. Errr lain kali boleh lagi tak?
Esok pagi, abah ngan mak gi kursus haji kat semencu. So, balik tu tak jumpa derang lah. Pagi aku buat jemput2. Sebelum balik aku cabut pokok pandan kat sempadan belakang rumah wak jongkong. Pastu paksa abang cabut pokok kari. Mak aihhh! Tak padan wei pokok kari tuh. Besar dia, ada lah dalam ermmm sejengkal gitu. Tapi, akar dia, akar tunjang kot. Berpeluh la jugak nak mencabut nya.
Kami balik kul 11.30am. Balik semencu dulu sebab abang tertinggal towel. Elehhh padahal takpe je tinggal towel pon. Sajer tak nak pecah tradisi. Memang setiap kali balik, mesti balik semencu dulu. Padahal pil takde pon. Derang dah gi bp, ada kenduri kawen. Eh, member cerita, ari ahad tu jammed jugak kat ayer hitam. Macam hari raya kekdahnya. Ramai nyer orang kawen.
On the way balik, kami banyak persinggahan. Memula singgah kipmart. Saje, beli buah. Kendian gi kedai kemboja. Saje, beli kain hehehe. Kendian kami gi jb. Memula singgah persada. Ada furniture fair katanya. Pusing2 cari idea. Sudahnya, bukan dapat idea furniture, idea mezzanine floor yang dapat. Tak sabar nak buat loteng.
Pastuh, dah terlanjur sampai jb, kami gi jomhebuh pulak. Tak pernah pegi! Kelakar je, jumpa ikram dinzli tuh. Ramai aweks ambik gambar ngan dia. Aku pulak, bila teringat dia berlakon auw!, terus cabut. Apa kes tah, dah 2 drama dia auw! Pastu ada sorang awek ni duduk pegang tabung bersama mu. Sambil2 tu dia sign otograp. Aku ngan abang saling berpandangan, 'sape tuh?' Tak kenal pon. Sebelum maghrib, kami blah.
Maghrib kami kat angsana. Akhirnya aku dah beli benda alah tuh. Takmo tepek gambar. Saje nak simpan untuk hari raya hehehe. Tah kul baper kami balik. Sebelum keluar tol kulai, singgah tesko. Semata2 nak beli komfort rege rm4.45. Boleh pulak? Tak boikot pon?
Keluar tol, tengok2, toilet tengah renovate. Adoiyaiii. Terpaksa gi petrolnas. Selesai hajat, laaaaaa jumpa plak pil kat situ. Dah jodoh. Balik tu singgah makan kat pak long. Sampai rumah dekat kul 12pm. Fenat nyerrr!!! Sibbaik keje 2 ari je. Esok aku cuti sampai jumaat! Yeay!
Hasil karya AyunasiA pada 3:13 pm 2 komen
Label: Balik Kampung
