Tuesday, 5 June 2018

Sinar Mentari Oh Korea - Part 1 : Perjalanan

Sejujurnya, kalau ditanya, tempat mana aku nak pergi melancong, Korea langsung takde dalam list. Even masa kat Jepun pun encik suami banyak kali ajak pergi korea. Sementara tengah dekat ni, katanya. Ye lah, kalau naik katebang sejam je kot. Macam pergi sabah je gitu. Tapi aku tetap takde perasaan nak pergi. Entah, takde benda atau tempat yang menarik aku ke sana. Mulut selalu sebut winter sonata, autumn in my heart, tapi sampai ke sudah aku tak pernah tengok drama tu. Sampai kan rancangan tv running man yang orang cakap kelakar giler sangat tu pun aku baru tengok sekali. Baru2 ni. Tertengok kat tv rumah mil. Tau orang selalu sebut, Nami island, lokasi penggambaran winter sonata. Pastu selalu tengok gambar pokok rhu bersusun kat Nami island tu. Cantik memang lah cantik, tapi macam tak cukup menarik aku untuk kesana. Ingat, kalau tak dapat ke sana pun, bila2 nanti pergi je Pantai Senok kat Kelantan tu. Pun ada diorang tanam rhu rapat biar senang puyuh berlari. Masa kat Jepun pun selalu je budak2 kohai ni pergi Korea. Time cuti sem selalunya diorang jenjalan Korea dulu sebelum balik mesia. Aku dengar je lah, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 

Tiba2, pada suatu hari, aku ingat lagi,  1 November 2017, hari Rabu. Masa tu aku cuti dan ikut encik suami pergi kerja kat Pagoh. Lepas makan tengahari kat Bukit Gambir, makan ikan baung yang sedap gilers, pastu encik suami ada meeting. Aku pun lepak2 la dalam bilik beliau sambil tengok GV kat laptop. Balik2 je dari meeting tu, encik suami tanya, nak ikut pergi korea tak? Dan aku terus jawab, nakkk!!! Tapi aku rasa bukan sebab pergi korea tu yang aku terus cakap nak. Tapi sebab nak ikut pergi... tu. Tak kisah lah pergi mana pun. Sejak itu lah aku pun pun mula tune kepala otak untuk bersedia pergi ke korea. Masa tu plan asalnya nak pergi 9hb Disember. Ada sebulan lebih je lagi untuk aku buat permohonan ke luar negara atas urusan peribadi. Entah boleh ke tidak tah. Sepatutnya 3 bulan sebelum. Tapi takpe lah. Biasanya bukan dia tak luluskan. Cuma lambat je kot. 

Tak lama pastu, encik suami kata, program tu ditangguhkan ke tahun depan. Itu pun kalau diluluskan semula. Sebab sebelum ni dah lulus atas bajet tahun 2017. Tak tau lah boleh lulus semula kalau dah masuk tahun lain. Bila dah dapat tarikh, kami pun book flight. Kebetulan time tu mas tengah buat promo. Kami dapat beli tiket return rm1300 jer. Itu pun ada yang dah beli lebih awal dapat lagi murah. Tapi still reasonable la kan sebab dah termasuk makan dan luggage. Kami pergi bukan dalam satu group. Masing2 beli tiket sendiri2. Ada yang beli AA pun lagi mahal. Dan hari pergi tu pun tak sama. Ada yang pergi sehari awal, ada yang 2 hari awal. Macam kami dapat pergi sekali dengan kawan yang pernah duduk seoul 9 tahun. Mendengar itu je pun aku dah rasa lapang. Tapi dia dah tinggalkan korea 5 tahun la. 

Masuk tahun baru, tiba2 keluar circular dari hq yang melarang staf jtm dari pergi ke luar negara atas urusan peribadi pada bulan Januari, kecuali pergi umrah. Tapi sibbaik tarikh kuatkuasa peraturan tu bermula tahun depan. Tapi iols terasa lah jugak sebab aku akan pergi korea pada bulan Januari. Entah, ramai sangat kot yang buat permohonan. Untuk mengelak salah tanggapan masyarakat terhadap kakitangan kerajaan la gitu. Haih... pergi melancong pun tak boleh. Sebenarnya aku rasa masalah ni berpunca dari sistem hrmis tu. Kalau cuti bulan Januari, cuti tu kita tak boleh mohon melalui hrmis. Kena isi borang manual. Permohonan pulak kena hantar 3 bulan sebelum pergi kan. So, kalau hantar bulan November contohnya, masa tu belum tahu lagi berapa kelayakan cuti kita pada tahun depan. Kan bulan Januari diorang baru nak kira kelayakan cuti, carry forward, gcr pebagai. Jadi, ia semacam sesuatu yang menyusahkan la kot. Macam aku, masa tu ada cuti lagi 5 hari. Dan kalau ikut tarikh nak pergi tu, jatuh pulak cuti deepavali. So aku mintak cuti 4 hari je lah. 1 hari lagi bawa ke tahun ini. Yang best nya, sehingga ke hari ini, cuti aku masih penuh lagi. Tahun lepas masa aku balik, cuma dapat 22 hari je bila dikira secara kadar langsung. 8 hari hilang di lautan pasifik hihi.

Lebih kurang 2 minggu sebelum pergi tu, baru lah programme tu dapat approval. So, ke korea kiter!!! Tapi, aku takde pun rasa excited ke haper. Sampai kan dah tiba kat klia pun aku masih takde rasa teruja tu. Yang bagusnya, aku takde expectation la. Kalau tak best, ok, kalau best, bonus. Ke sebenarnya aku tak suka sebab pergi time winter? Tu pun betul jugak. Lagi lah bila diorang yang sampai 2 hari awal tu cakap suhu kat sana -16 degree. Ko ghase??? Rasa tak sanggup dah nak menghadapi winter. Bagi aku cukup lah 4x winter kat jepun. Nehi nehi nehi!

Seminggu sebelum pergi, aku dah siap packing2 baju dah. Ye lah, kami ni kan balik rumah time weekend je kan. Masa tu je lah pun boleh buat kerja ni semua. Pastu pergi supa beli lah sikit barang makanan. Beli biskut dan megi jer. Memula tu diorang cakap nak masak sarapan kat sana bergilir-gilir. Aku dapat turn hari kedua. Last minute diorang kata airbnb tu ada sediakan roti waktu sarapan. So, tak jadi lah nak bawak. Pandai2 lah cari makan kat sana nanti. Dua orang pernah study kat seoul. Tau lah diorang mana nak cari makan.

Okeh... akhirnya tiba lah hari yang dinantikan itu. Flight kami pukul 3.30 petang hari Sabtu, 27 Januari 2018. Kenderaan uni dah dibooking, akan bertolak dari parit raja jam 7 pagi, ambik diorang kat pagoh dan terus ke klia. Ada 3 4 orang yang sama flight tapi tunggu kat klia siap2. Kiranya kami 7 orang je yang naik kenderaan tersebut. On the way, kami singgah sarap kat rnr ayer keroh. Sampai kat klia sebelum pukul 12. Sebelum check in, wrap bag siap2. Kami tak boleh check in online, tak tau kenapa. Settle semua tu, lepak minum2 kat oldtown. Tak pernah umur aku makan kat kopitiam camni. Ada je kat bpmall tu tapi tak termasuk dalam senarai tempat aku makan. Lepas solat zohor, kami pun terbang ke korea. Anyeong!

Flight kecik jer. Tapi penuh lah jugak. 

Dalam flight, aku sempat tengok 2 movie. Satu, telefilem Kau Takdirku, lakonan Remyishak dan Ezzatyabdullah. Kebetulan time tu tengah musim drama akasia Remy yang pakcik2 tu, aku pun dah lupa apa tajuknya. Best jugak citer ni. Citer pasal adik beradik angkat, jatuh cinta. Sedihnya... Berjurai air mataku.

Yang kedua, filem Hindi, Dangal. Best jugakkk! Mula2 ingat tak best. Sebab macam cerita kampung, kotor, selekeh. Tapi lama2 makin best. Cerita ni adaptasi dari kisah benar pasal wrestling. Pun sedih jugak. Bengkak2 mata I menangis on the way ke korea. Terisi lah masa sepanjang perjalanan tu kan. Travel siang2 gini tak sesuai pulak kalau tido. Kang malam takleh tido pulak.




Dah sampai di Incheon Airport. Sejukkk. Kalau boleh dah takmo rasa dah sejuk jepun. Sampai di sini, alahai... sejuk  jugak. Bau winter pun sama.

Sampai2 tu terus ada orang dah tunggu nak bawa ke tempat penginapan. Naik starex. Tapi, boleh pulak diorang lupa nak count me in. Terpaksa lah berhimpit2, terlebih muatan 10 orang penumpang. Sampai di guesthouse, menjajor cari bilik. Front office dia dah tutup. Dia tinggalkan je kunci. Rupanya dia ada 2 bangunan berlainan. Sebahagian duduk yang sini, sebahagian lagi duduk yang sana. Tak jauh la tapi. Sepelaung jer.

Sampai tu dah pukul 12 malam. Lapooo!!! Diorang ajak beli fastfood. Encik suami beli burger udang dan untuk aku nugget ikan. Katanya. Dah hari last baru tau rupanya tu nugget sotong. Lepas makan terus tido. Besok hari ahad, belum ada kerja lagi. Tapi diorang dah ada plan nak jenjalan sekitar Seoul.

Ok, bersambung...

0 komen: