Tuesday, 24 October 2017

Kisah Yang Tak Pernah Diceritakan Di Media Sosial : Siri Pendedahan 2 - Job Hunting


Haha sebenarnya sepatutnya senang je nak dapat 5 komen. Post je kat fb. Tapi aku seperti biasa, segan tak bertempat. Tapi sebenarnya aku ada share gambar yang aku share kat fb semasa aku pergi interview satu kerja ni. Tapi semorang tak faham kot. Ok, jom sambung.

Bila dah dapat permit, maka lebih mudah lah urusan mencari kerja. Kira kalau dapat kerja boleh terus kerja dah. Kalau nak cari kerja dulu baru buat permit pun boleh juga.

Seterusnya, aku perlu pergi ke halo work. Seperti juga pergi imigresen, pergi halo work pun aku kena sendiri. Entah di mana aku dapat keberanian tu tah. Sebab aku kan sejenis penakut tak bertempat. So, aku memilih untuk pergi ke situ pada hari Jumaat. Kali pertama tu aku pergi naik bas ke sakae. Ofis halo work tu betul2 sebelah stesen bas sakae tu. Tingkat 12. Dan ofis dia agak isolated. Sunyi dan kau masuk tu macam seorang alien. Patut lah dulu nama residence card tu alien card. Memang fefeeling alien pun bila jadi foreigner (gaijin) di jepun ni. Tapi, dalam pada alien tu, bukan lah ko jadi alien sorang2 sebab nama pun tempat mencari kerja untuk gaijin kan, maka ada lah jugak alien lagi kat situ. Cuma hari tu hari jumaat kot, so tak ramai orang. Eh, kenapa pulak? Bukannya diorang pergi solat jumaat pun? Ke sebab aku pergi waktu lunch hour? Haaa ya lah. Aku sampai situ dalam pukul 12 lebih. Memang lah waktu lunch hour diorang. Tapi dia tak tutup office. Aku boleh je masuk dan tunggu dalam tu. Sambil2 tu boleh la aku membelek fail iklan jawatan kosong.

Fail tu ada 3 ke 4 bahasa tah. Jepun, English, Spain. Tah tak ingat lah aku. Aku bukak yang english je. Setiap satu bahasa tu ada 3 ke 4 fail. Dia susun ikut kronologi. Selain fail tu, kita boleh juga tengok iklan2 tu secara online. Aku pun dah tengok dah. Cuma yang online tu dia tak detail. Yang dalam fail ni ada semua maklumat yang kita nak tau pasal kerja tu. Macam gaji, elaun, syarat, cuti, jenis kerja, alamat majikan, eh macam2 lah ada dalam satu kertas A4 tu.

Bila ofis tu bukak semula, dia pun register kan aku dalam sistem halo work. Lebih kurang macam jobsmalaysia la kan. Dia boleh juga match kan dengan pekerjaan yang kita nak. Mula2 tu aku tak cari kerja housekeeping hotel ni. Aku ingat nak kerja dobi. Aku kan suka gosok baju. Konon nak kerja yang aku enjoy melakukan la. Tapi, selama aku cari tu, takde satu pun kerja sedemikian. Eh, orang jepun ni tak guna gaijin ke untuk mengiron? Akhirnya aku terpaksa lah juga cari kerja sebagai cleaner. Mula2 tu tak nak housekeeper hotel sebab takut aku tak larat nak angkat tilam. Tapi bila tengok cleaner opis dia nak yang boleh cakap basic nihongo. Maksudnya boleh berbual perkara harian la. Banyak la kerja2 yang aku rasa tak layak memohon sebab tak boleh cakap nihongo ni.

Sudahnya, pada hari itu, aku cuma dapat apply satu kerja housekeeper. Kekdahnya, kat jepun ni, hotel tak ambik pekerja housekeeping dia sendiri. Dia outsource kan kepada company lain. Ada lah beberapa company yang aku jumpa dalam fail tu yang serve beberapa buah hotel berbeza. Makanya, aku mohon lah kat satu company ni. Kekdahnya, halo work akan keluarkan satu cover letter yang menyatakan yang kita nak apply kerja sekian2, pastu kita kena tulis cv dan poskan kedua2 dokumen ni sekali.

Nak dijadikan cerita, rupanya format cv ni seragam satu jepun. Siap dijual kat kombini ok. Tapi aku print je dari website halo work ni. Yang asal saiz A3 lipat 2 jadi A4. Tapi boleh je ikut saiz sendiri.

Ok, cv ni menjadi masalah sikit bagi aku. Dia tak boleh tulis romaji (tulisan rumi). Kena tulis tulisan jepun, hiragana, katakana atau kanji. Ada takde kena mintak tolong adik2 kouhai la tolong tuliskan. Mula tu mintak tolong gg tuliskan. Sekali ada tersilap sikit. Terpaksa lah aku ni menekap tulisan kanji dia tu. Sibbaik la ada google translate kan. Boleh la jugak cari tulisan sebenar. Kalau harapkan tulisan tangan tu, entah apa2 tah jadi maknanya. Proses menulis ni sahaja makan masa 2 minggu. Aku pun giri2, nak hantar ke tidak sebab macam dah lambat benar. Last2 aku pos lah juga. Dalam tempoh menunggu tu, aku masih membelek iklan jawatan kosong secara online. Menariknya diorang update iklan tu 2x sebulan. 11hb ngan 26hb. So, setiap haribulan tulah aku excited membelek iklan sambil2 mencatit option2 yang ada.

Kali kedua aku pergi ke halo work tu, pun takde hasil. Ada beberapa company yang diorang call, tapi kebanyakannya nak nihongo atau diorang ada uniform dan ini akan menyusahkan orang berhijab. Aku pun malas nak cakap apa2. Kalau tak salah, aku pergi setiap hari jumaat sebab hari jumaat antara hari yang ada translator english. Tapi tak juga. Ada juga masanya aku pergi tapi orang jepun jugak yang layan. Aku main hait2 je, tah apa dia cakap pun aku tak tau. Untuk kali kedua tu encik suami hantar, tapi balik sendiri naik bas. Naik bas ni untung nya murah la sikit, 210 yen dan tak perlu berjalan jauh. Turun je bangunan tu terus jumpa stesen bas. Pastu sampai bus stand uni, jalan sikit je dah sampai rumah. Kalau naik subway kat sakae tu, penat la menapak nak sampai ke train. Berbelit2 jalan. Serabut. Cuma cepat la sampainya. Naik bas takde lah lambat sangat. Yang bagusnya bas kat jepun ni, dia dah set time dia tu mengambil kira waktu berenti kat trafiklite, kesesakan trafik ngan berenti2 turunkan atau ambik orang. So, kalau kata dia sampai time tu, time tu lah dia akan sampai. Time gerak pun sama. Seminit pun dia tak nak tunggu.

Kali ketiga aku pergi dengan 2 orang dak kouhai; siham dan eleen. Diorang ni bukan tak cukup duit, tapi terlebih rajin dan masa agaknya haha. Semester tu diorang banyak masa free, so boleh lah nak baito sikit2. Kitorang pergi naik bas, balik pun naik bas. Eh jap. Rasanya aku balik sorang, diorang nak jenjalan sakae. Kali ni aku pulak yang guide diorang pergi situ kekeke. Bagus nya aku bawak translator sendiri, takyah harapkan translator diorang. Tapi yang tambah bagusnya, dah sampai situ baru perasan yang siham ni tak bawak residence card haha. Ni samalah macam masa nak translate lesen memandu dulu. Orang yang nak translate tu lah yang tak bawak lesen. Bila dah sorang tak lengkap, maka diorang pun postpone la nak register kat situ. Tolong aku je cari kerja. Dan kali ni, aku dapat satu appointment untuk interview. Bukan kerja housekeeping uols... kerja repair Iphone! Gila tak excited? Untung oi kalau geti repair henfon. Boleh buat duit sampai ke malaysia kot. Tapi... takyah nak excited sangat. Karang aku ceritakan kenapa. Aku pergi tu hari jumaat, dan interview tu hari rabu minggu depannya. Pun sama, diorang printkan cover letter dan aku kena bawak cv time interview tu nanti.

Ok, ini ialah contoh job posting yang ada dalam fail2 cari kerja tu. Ini untuk post repair iphone tu. Agak detail la isi kandungan dokumen ni. 

Oh, apa cerita ngan dak jaha? Time ni dia masih kat mesia, tak balik lagi.

Ok, bersambung lagi. Next, kisah interview pertama yang bikin trauma hihi. Kali ni pun kena ada 5 komen jugak ok? Next 10 komen pulak hahaha...


5 komen:

Yayu said...

#sayanaktahu

eita said...

#naktahulagi

Anonymous said...

Sila sambung cepat sikit...

Mommysihatanggun said...

Last2 kje ape

Yayu said...


#cepatsambungcite