Siapa tau lagu hindustan tujhe dekha toye jana sanem dari filem dilwale dulhania le jayenge? Korang mesti ingat dalam video lagu tu kajol menari2 dengan shah rukh khan di celah2 pokok bunga kuning kan? Begitu lah perasaan ku ketika masuk ke taman nanohana ini. Rasa nak guling2 ala hindustan di situ.
Entah kat mana tah encik suami jumpa cerita pasal festival nanohana ni tah. Kalau tau tidak lah aku memakai baju hijau ni. Tenggelam iols dalam gambar dibuatnya. Rupa2nya bersekali dengan sakura tadi, ada juga pesta bunga canola ni. Tak jauh sangat la jarak antara sakura ngan canola ni. Sebenarnya kat tempat sakura tadi tu pun ada matsuri jugak pada hujung minggu sebelum tu.
Tapi sebelum nak sampai ke situ, kami terjumpa sekebun bunga canola ni jugak. Tanah persendirian kot. Berenti lah jugak ambik2 gambar.
|
Sebab ada kincir angin tu sebenarnya. |
|
Ada empangan juga dekat2 situ. |
|
Oh besar juga kincir angin ni ya? Brand mitsubishi. |
Nak masuk ke taman ni free je sebenarnya. Tapi dia ada taruk tabung sumbangan hyakuen kat pintu masuk. Segan pulak kalau tak masukkan pape kan. Takde orang jaga pun.
|
Masukkan sorang 100 yen. |
|
Suka la taman ni... ada prop untuk ambik gambar. |
|
Motip gaya macam ni??? Entah. |
|
Sejuk oi! Makin petang makin la sejuk. |
|
Ada sakura jugak kat situ! |
|
Bro cuba. |
|
Macam pokok ceri di tengah sawah. |
Ok dah habis gambar bunga kuning. Berpinor mata tengok. Sebelum pulang, kami pusing2 tahara city. Ada jeti dan rumah api kat tepi pantai. Tapi kereta tak boleh masuk untuk naik ke rumah api tu. Dah nak senja pulak tu. So, kami jalan2 tepi pantai je lah.
|
Air datanggg... |
|
Lariii... |
|
Ok, air tak sampai ke sini. |
|
Akhir sekali, gambar bersama kincir angin. Tak jumpa jalan nak pergi ke situ. So, ambik gambar dari jauh je lah. |
|
Tepi2 tu kebun kobis. |
Sekian. Terima kasih kerana sudi berkunjung di hari raya yang mulia ini. Salam Aidilfitri!
2 komen:
masih di nagoya ke asiah?
dah balik malaysia dah...
Post a Comment