Friday, 28 October 2016

Reviw Geli2 Gegar Vaganza 2016 - Minggu Kedua : Memori Berkasih


Aku rasa bila tengok ulangan video yang didownload bunyi nya jadi lebih baik kot. Sebab time aku tengok live malam tu macam tak berapa nak sedap je derang nyanyi. Sekali tengok ulangan semua sedap2 la pulak. Sama jugak macam minggu lepas. Aku rasa macam ellymazlein ada terkucil masa sebut 'kan' mula tu. Tapi bila tengok ulangan takde pulak. Derang dah filter kot ek? Tak kisah lah tu.

Okeh, minggu kedua ni kebanyakan peserta dapat lagu yang agak sesuai dengan suara masing2. Tapi cabarannya ialah lagu2nya agak sukar nak disampaikan. Tapi lagi, kebanyakannya dapat menyampaikan dengan baik. Kiranya konsert kedua ni pun agak best la keseluruhannya. Semoga aku dapat memberi keadilan terhadap semua peserta dalam review minggu ini hehe.

Azharina - Sinaran

Para juri agak gemar akan persembahan beliau ini. Tapi bagi aku biasa2 jer. Lagu ni zaman aku sekolah rendah kot. Macam takde nostalgia sangat dengan lagu ni. Kalau lagu2 dari album lagenda memang banyak kenangan sebab masa tu abah ada beli album lagenda tu kat kedai sarikat. Naik lunyai cover kaset tu kami dok baca lirik. Agaknya sebab tu lah kot aku suka lagu2 lama kot. Macam aritu lagu2 zaleha hamid ngan abdullah chik. Ni lagu sheila majid dari album lagenda pulak.

Seperkara lagi, lama2 aku makin menyampah pulak ngan dia ni hahaha. Selalu sangat buat muka blur. Mula2 masa diumumkan masuk gv3. Pastu minggu ni bila diumumkan vokal paling menyengat pun buat muka blur. Memang blur ke ek?

Shidi Data - Meneka Dalam Kesamaran

Aku sampai sekarang takleh bezakan suara ibnor reza, shidee ngan zamree. Macam sama je semua. Ni kalau tak sebut penyanyi lagu ni ialah ibnor reza, aku ingan shidee atau zamree. Mungkin kena dengar selalu lagu2 derang kot baru lah boleh kenal pasti. Tapi apa2 pun, aku suka suara spesis2 cenggini. Dalam.

Lagu ni takde apa2 kenangan dalam hidup aku. Tapi persembahan shidi bagi aku agak best. Sedap je kedengarannya. Cuma dato' Arahmanhassan kata ok, biasa2 jer. Kesian heols tau.

Razis Ismail - Bunga Pujaan

Telah terbukti yang beliau ini agak lemah pada low note. Part tinggi2 ok je kan? Tiba low note habis gigil2. Sayangnya... Lagu ni best. Tapi memang jarang pun lagu jamal abdillah yang tak best kan. Bila dah best, susah pulak nak dinyanyikan.

Zur Eda - Berpaut Di Dahan Cinta

Lagu ni diterbitkan pada tahun 1988. Dayangku Intan ni rasanya antara artis yang pernah datang ke kampung eto5 ku masa funfair zaman aku kecik2 dulu. Entah masa tu arwah mak ada lagi ke tak eh? Dah takde lah kot. Tapi lagu ni takde la kenangan atau kena mengena dengan aku. Sekadar pernah dengar je. Tapi kalau dayangku intan tu sendiri, memang ada kena mengena dengan aku. Giler takde kena mengena? Cuba bacakan perbualan kami sebentar tadi...

Abang tau lagu ni lagu sape?

Ntah, sape?

Dia ni lah yang ayang pangkah time pru dulu hehehe.

Sape?

😤  (Ok, mesti beliau pangkah abam azalina ni)

Ya, beliau adalah calon parlimen kami pada pru13 hehe. Alah, biarlah aku nak undi dayangku intan. Aku lagi malu kalau aku undi azallina kot hahaha.

Mengenai persembahan zur eda, erm... nak kena cakap ke? Walau pun encik juri sangat menyukai persembahan beliau, tapi aku tetap tak suka. Biarlah cecepat beliau ni tersingkir. Malas nya nak mengulas persembahan beliau.

Rem - Suratan Atau Kebetulan

Lagu sedap tapi ala2 tak sampai je rem ni nyanyi. Mendatar jer. Lagu ni sejenis lagu evergreen. Mula2 dengar je pun dah macam something wrong, tengah2 boleh tersasul pulak. Hujung2 baru nak masuk gear, lagu dah habis. Kadang2 aku pelik dengan penyanyi yang tak boleh nyanyi lagu berlenggok2. Kata penyanyi, kan? Aku rasa bila derang dah belajar pelbagai teknik vokal, makin susah kot derang nak menyampaikan sesuatu lagu. Aku perasan benda ni sejak zaman AF lagi. Sesetengah nya lah. Ntah apa yang cuba aku sampaikan ni tah. Pendek kata, persembahan rem tak best.

Intan Sarafina - Pudar

Lagu rancak pun tetap tak boleh bergerak. Aku rasa macam mamai baru bangun tido. Dengar bunyi muzik yang laju tapi pergerakan objek adalah perlahan haha. Tapi aku suka lagu ni. Ingat lagi masa mila nyanyi lagu ni dalam af dulu. Walau pun intan ada membuat adlib di sesetengah tempat, tapi tak menyerlahkan apa2. So so je lah.

Ameng Spring - Epilog Cinta Dari Bromley

Ok! Tak tau nak cakap apa. Ok je persembahan beliau. Tapi takde lah wow sangat. Ameng ni macam play safe la minggu ni.

Nora - Setelah Aku Kau Miliki

Tak best! Walau pun juri kata bagus, tapi bagi aku tak best pun. Eh, sukati lah, review aku kan? Malas nak elaborate lebih lanjut.

Zarul Umbrella - Untukmu Selamanya

Memula aku ingat lagu ni acong dah pernah nyanyi lagu ni tahun lepas. Rupanya tahun lepas tu lagu dalam gerimis. Lagu visa jugak. Lebih kurang sama je bunyi nya. Tiba2 aku dah kompius, cerita yang aku ceritakan dalam entry tahun lepas pasal lagu dalam gerimis tu sebenarnya betul ke pasal lagu tu? Atau sebenarnya lagu untukmu selamanya ni? Rasa macam lagu ni lah pulak huhuhu. Tak kisah la tu.

Rupa2nya zarul ni memiliki suara yang bersih ek? Tak serak, tak nyaring, tapi terang benderang, jelas dan nyata umpama izhar halqi gitu hihi. Kalau hasrat beliau nak sampai high note tu, kiranya tercapai lah di situ. Erkkk aku nak masuk #teamzarul jugak boleh tak? hehehe...

Elly Mazlein - Berpisah Jua

Ok, dah tau dah lagu sabarlah hati tu ada dalam drama pergilah air mata. Tak perasan ini lagu elly sebab selain lagu tu, semua lagu dalam drama tu ialah lagu tokti. Jerat percintaan, biarlah rahsia, wanita. Tiba2 lagu ni pun kedengaran macam lagu tokti jugak. Lega dah habis drama tu. RTM ni bagusnya, dia ambik jugak drama2 adaptasi novel ni, tapi bukan sejenis yang bongok2 tu. Cuma yang malasnya layan drama rtm ni, asik la tertunda. Sikit2 live bola la, live konsert diraja la, live itu live ini. Sampai kan pernah tahun lepas aku layan drama masihkah ada kasih, tengah2 tiba2 senyap sunyi. Aku ingat orang yang upload tu yang lupa nak upload. Tapi tiba2 ada balik. Selepas sebulan ke dua bulan tah. Rupanya dia stopkan tayangan sepanjang bulan puasa. Sampai nak habis raya kot baru bersambung balik. Boleh je nak tengok live streaming kat myklik tu, tapi masa asik tak kena je. Aku rasa macam lagi best download jer daripada tengok live. Tv3 pun ada je live tv kat internet, tapi malas pulak aku nak follow mengikut masa tertentu. Elok yang download ni, bila2 ras nak tengok, boleh tengok. Pergilah air mata tu pun punya lama nak tayang, dari izreen tu tak pakai tudung, sampai dah bertudung. Weekend pulak tu. Lagi lah berjanggut nak habis. Eh, dah keluar tajuk pulak.

Okeh, lagu berpisah jua ni dari album puncak kasih yang keluar tahun 1997. Tak tau kenapa aku tak berapa suka lagu puncak kasih. Kenapa ek? Mungkin sebab masa tu tokti baru muncul dan minat ku sedang beralih arah. Asalnya aku minat ziana zain ni. Sampai masa ajl 1996 yang tokti menang jerat percintaan tu pun aku masih sokong kemelut di muara kasih yang menang. Sejak itu lah kot.

Persembahan elly dengan lagu berpisah jua ni agak baik sebenarnya. Cuma, tidak lah sebaik nana putus terpaksa. Mungkin setaraf nana madah berhelah kot? Memang kedengaran high note beliau agak flat. Macam dengar lan kristal nyanyi memori berkasih gitu. Sampai tapi tak tercapai kekdahnya.

G-mie Screen - Januari

G-mie ni macam acong la last year. Macam tak percaya, tapi percaya lah. Gitu. Masa keluar lagu to'ki pun aku dah boleh agak lagu tu untuk g-mie. Sebab suara dia jenis nyaring2 gitu kan. Sesuai dengan lagu camtu. Lagu januari ni popular sekitar tahun 2003. Takde apa2 kenangan kot ngan lagu ni. Cuma kalau dengar lagu ni, mesti ingat lagu jika melly goeslaw. Ntah, zaman2 tu jugak kot. Overall, persembahan g-mie ok-ok saja.

Siti Sarah - Teratai Layu Di Tasik Madu

Suker3!

Lagu teratai ni popular sekitar tahun 1993, masa aku form 2. Ingat lagi zaman dia baru kembali ke pangkuan keluarga selepas kes si tanggang. Bila sarah dapat lagu balada cenggini, memang takyah risau sangat lah. Mesti best punya. Lagu2 popular dia pun banyak yang jenis2 camni. Dan ternyata, persembahan pada malam itu sangat2 best! Tak kedengaran fauziahlatif langsung. Pastu dah hujung2 baru keluar gaya mendepangkan tangan tu hihi.

Dan konsert minggu kedua berakhir dengan penyingkiran abam razis ismail Alaaa... tak sempat nak dengar beliau menyanyikan lagu2 pelbagai genre. Tapi takpe lah. Memang selayaknya la.

0 komen: