Dah lama tak buat entry kedai makan kat jepun, kan? Last rasanya hitsumabushi tu ari. Pelan2 nanti aku nak buat summary lah.
Kejadian ini berlaku 2 minggu yang lepas. Biasa dengar nama ni kan? Kat malaysia aku tau ada kedai ni kat sogo. Tingkat bawah belakang bonia. Sejak zaman belajar dulu lagi dah ada. Tapi tak terpikir pulak nak makan kat situ. Namanya je macam amerika, tapi sebenarnya restoran ni miik orang malaysia tau. Tu pun baru tau hihi. Sebelum kat nagoya ni, restoran pertama di jepun telah di buka di tokyo. Baru2 ni juga. Yang ini, baru je dibuka 27 Ogos yang lalu. Memandangkan restoran ni telah mendapat sijil pengesahan halal oleh pihak berkenaan jepun, maka kena lah kita memberi sokongan kan.
Terletak di aeon mall takanome, sejam lebih perjalanan dengan kereta menggunakan jalan biasa. Kalau highway dalam 40 minit gitu. Tempat ni sepelaung je dengan airport chubu. Sesuai lah kalau makan kat sini selepas menghantar sesiapa kat airport tu. Sesambil tu boleh singgah costco sekali. Tapi jalan2 kat dalam aeon mall ni je pun dah cukup best dah. Banyak kedai2 best dalam tu. Kat luar tu pulak ada tempat main go-kart. Tempat permainan kanak2 pun ada. Kedai2 makanan lain pun banyak. Pendek kata, memang tempat riadah sekeluarga lah. Pastu kat mall ni juga ada prayer room tau. Sangat selesa siap dengan tempat wuduk sekali kat dalam tu. Haih... bpmall yang kat negara islam tu pun kena ambik wuduk jauh dekat toilet ok.
Eh, berbalik kepada manhattan. Kedai ni satu2nya kedai makan yang aku jumpa takde tulisan jepun pada ruang hiasan dalaman dia. Kalau tak bagitau, kiter pun tak tau ini kedai malaysian. Amerika sangat.
Kami sampai di sana dalam waktu puncak orang jepun makan. Kena lah ambil giliran menunggu sekejap. Sementara tu kiter selfie selfie.
|
Window display. Nampak sedap! Terus kriuk kriuk bunyi perut. |
|
#ootd baju baru jahit hehe. |
|
Ini bukan kami yang order. Ada cendawan shitake goreng tepung. |
|
Something mediteranian. |
|
Menu encik suami. Tak ingat nama menu. Seafood platter ke haper tah. Bukan itu je, bawah tu ada nasi mentega ok. Ini bukan makan, ini melantak! |
|
Ikan, udang, sotong, kupang ngan apatah salut tepung tu. |
|
3 orang order menu ni. Sampaikan waiter tu cakap, menu ni sesuai untuk 3 orang makan tau. Nampak... |
|
Pedas. |
|
Nangisss... udang with cheese. |
|
My fish and chips. Banyak nya... tak larat nak abiskan. Bagi bukan peminat ikan dory, aku rasa ini sedap. |
|
Sekali pakej fish and chips ngan air sedap ni, 980 yen sahaja. Zaman sekarang kalau nak convert, darab 4 je terus. |
|
Weols... |
|
Pisau tu nak tikam saper? |
|
Last. |
Sekian lah sahaja. Tak tau nak tulis apa lagi dah.
0 komen:
Post a Comment